Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
tapi jasamu tetap dikenang & dihargai
# LIHATLAH DAN BACALAH___
* NAS ACHNAS pengarah filem seolah-olah terpinggir
* A.R. ISMAIL pergi dan hilang bersama angin lalu
* PONTIANAK mencapai kejayaan box office luar jangkaan
* JAMBATAN MAUT rela mati demi pertahankan maruah
* A TOWN LIKE ALICE ketabahan tawanan perang wanita di malaya
* WUTHERING HEIGHTS kisah percintaan yang kekal abadi
* P. RAMLEE apabila lagu-lagunya diorkestrakan
* CINTA PERTAMA ya, begitulah kira-kira...
* B.S. RAJHANS printis filem melayu
* RAMON A. ESTELLA menukar corak filem melayu
* RAFEAH BUANG * SUDIRMAN * CECILIA CHEUNG
* CHEMPAKA * VICTOR MATURE * BRAVADOS * PENAREK BECHA
* SUMPAH ORANG MINYAK * NIAGARA FALLS
RIBUT RAWIT & MOCH. YUSUF
SETELAH dinilai dari berbagai sudut, ternyata tulisan dan kritikan yang dibuat oleh peminat-peminat Filem Klasik (FK) tidak menghampakan, malah patut diberi pujian apatah lagi sekiranya yang menulis dan mengkritik itu, baru pertama kali mencuba.
Apa yang sangat membanggakan saya, tulisan dan kritikan tersebut dilakukan dengan susunan ayat dan ejaan yang seharusnya digunakan, sikit-sikit silap, biasalah.
Bagaimanapun, ada juga yang menulis dan mengkritik dengan semborono saja, ejaan yang tidak betul (maksudnya guna bahasa sms), tidak menggunakan huruf besar pada yang sepatutnya, kedudukan para (perenggan) dan lain-lain, yang mana itu harus diambil kira.
Apa pun, pada keseluruhannya, saya berpuashati dan gembira dengan mereka, ini memberi pengertian FK terus diminati ramai dan seterusnya memberi impak yang baik untuk saya meneruskan pertandingan lain bagi mengasah bakat mereka yang mahu menjadi penulis dan pengkritik.
TIDAK ADA PEREMPUAN
Setelah menilai kesemua penyertaan dalam ruangan komen, saya (bersama Mustafar A.R.) telah memilih tulisan dan kritikan Idham Ahmad dari Putrajaya, Wilayah Persekutuan sebagai pemenang pertama.
Pemenang kedua: Zainal Abidin Salleh, Kangar, Perlis.
Pemenang ketiga: Jaffar Hashim, Taiping, Perak.
Yang menariknya, kesemuanya lelaki, tidak ada seorang pun perempuan.
Idham Ahmad akan menerima RM100 dan 1 Buku "Filem-Filem P.Ramlee", manakala Zainal Abidin Salleh menerima RM50 dan 1 Buku "Filem-Filem P.Ramlee" dan Jaffar Hashim menerima 1 Buku "Filem-Filem P.Ramlee".
Mereka bertiga, diminta menge-mailkan nama dan alamat rumah atau pejabat (kepada FK) bagi memudahkan kerja-kerja mengposlajukan hadiah-hadiah yang dimenangi.
Kepada yang berjaya diucapkan tahniah, yang tidak berjaya jangan putus asa, cuba lagi dalam pertandingan yang lain di masa akan datang.
Perlu juga diberitahu, tulisan dan kritikan yang menang, original. Kalau ada penyuntingan pun, cuma sedikit saja, sekadar pembetulan ejaan.
AZIZ JAAFAR & PANCA SITARA
PEMENANG PERTAMA___
Anonymous February 12, 2014 at 8:50 PM
Setelah mendengar 4 versi "Mawarku", kesemuanya menarik belaka. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Bagaimanapun, justeru keadaan dan suasana yang berbeza, kelebihan nampaknya berpihak kepada Siti Nurhaliza dan 2By2.
Suara Siti Nurhaliza, iringan musik dan suara latar (harmoni) begitu menarik lebih-lebih lagi adanya teknologi rakaman yang lebih advance, dan sekali gus boleh menutup sedikit kelemahan, penuturan lirik yang kurang jelas. Ini berbeza dengan teknoloji rakaman di zaman 1950an, 1960an dan 1970an.
Satu hal lagi, yang membuatkan Siti Nurhaliza dan 2By2 lebih ke depan, kerana adanya klip video, tidak dipunyai 3 "Mawarku" yang lain. Ia turut membantu menarik ramai peminat lagu tambahan ada pula sarikatanya. Sambil mendengar lagu, terpaut dengan persembahan dan boleh ikut sama-sama menyanyi.
Mengenai "Mawarku" Ribut Rawit dan Moch. Yusuf, memanglah itu cara dan coraknya yang termampu dimasa itu, begitupun juga, peminat lagu memberikan respon yang cukup baik, walaupun kualiti rakaman tidak sebagus 1990an. Kalau Siti Nurhaliza dan 2By2 lahir dizaman itu dan membuat rakaman, itulah juga cara dan coraknya.
Begitupun juga, "Mawarku" yang original ini masih seronok dan sedap didengar dengan penuturan lirik yang cukup jelas, disamping iringan musik yang sederhana, tidak ada suara harmoni. Suara Ribut Rawit dan Moch. Yusuf baik juga.
"Mawarku" Aziz Jaafar dan Panca Sitara pula, yang mengikut corak dan gaya The Platters, mempunyai kualiti persembahan yang dikira menarik. Suara Aziz Jaafar dan suara latar serta musiknya, bersepadu dapat melahirkan lagu tersebut dengan lebih bertenaga berbanding originalnya.
Yang menariknya, lagu tersebut dibawakan secara solo, tidak ada lelaki dan perempuan, seperti Ribut Rawit dan Moch. Yusuf, hanya suara harmoni mengiringi Aziz Jaafar.
Gubahan semula oleh P.Ramlee dari lagu asalnya inilah dan juga dari nyanyian Eddie Ahmad dan Hamidah Ahmad, mendorongkan Siti Nurhaliza dan 2By2 mengilap apa yang sudah ada, jadilah ia sesuatu yang lebih baik dan boleh dibanggakan.
Eddie Ahmad dan Hamidah Ahmad, wujud dizaman ala-The Beatles, namun pengaruh penyanyi kumpulan pop yeh yeh, tidak terbawa ke dalam "Mawarku", ia sama seperti Ribut Rawit dan Moch. Yusuf.
Iringan musiknya agak solid (teknik rakamannya yang mantap) menambahkan kualiti persembahannya, namun keistimewaan yang lain tidak ada apa-apa pun, ianya biasa saja.
Pada keseluruhannya, ke-4-4nya "Mawarku" menarik, seronok, sedap didengar dan menghiburan.
Disamping itu, saya salut kepada mereka kerana, tidak banyak perubahan lirik, sedikit saja. Kalau Ribut Rawit dan Moch. Yusuf masih ada, sudah tentu ini membanggakan mereka.
Apapun, saya terpaksa juga membuat pilihan, iaitu;
1. Siti Nurhaliza dan 2By2
2. Aziz Jaafar dan Panca Sitara
3. Eddie Ahmad dan Hamidah Ahmad, dan
4. Ribut Rawit dan Moch Yusuf.
Daripada: IDHAM AHMAD (via e-mail) Putrajaya, WP.
EDDIE AHMAD & HAMIDAH AHMAD
PEMENANG KEDUA___
Anonymous February 20, 2014 at 2:58 AM
Kebagusan sesebuah lagu bukan saja harus diukur dari persembahan seseorang penyanyi atau kumpulan penyanyi saja, tetapi disebabkan lagu itu sendiri.
Memang benar, nyanyian "Mawarku" oleh Siti Nurhaliza dan 2By2 menjadi minat ramai, namun "Mawarku" tahun 1950an nyanyian Ribut Rawit dan Moch Yusuf itulah yang sebenarnya, menarik.
Kalau tidak menarik, takkan Aziz Jaafar dan Panca Sitara dan Eddie Ahmad dan Hamidah Ahmad, menciplak menyanyikan semula lagu tersebut.
Kekuatan Ribut Rawit dan Moch. Yusuf, kekuatan original. Kekuatan Siti Nurhaliza dan 2By2 kerana ciplakan, sesuatu yang telah diberi nafas baru bukan saja berdasarkan satu versi, tetapi tiga.
Apapun, saya bersetuju "Mawarku" Siti Nurhaliza dan 2By2 memang menarik dan sedap didengar. Gubahan semula dari tiga versinya yang terdulu begitu berkesan.
Tambah menarik dengan suara Siti Nurhaliza walaupun ada kalanya penuturan liriknya yang kurang jelas, serta iringan musiknya yang dikira okey juga.
Sebagai jenerasi baru, lahir selepas tahun 1980, pendengaran saya terhadap keempat-empat versi "Mawarku", lebih ke arah kepada Siti Nurhaliza dan 2By2, yang ternyata seronok dan sedap didengar, lebih penting, menghiburkan.
Selain itu, "Mawarku" Aziz Jaafar dan Panca Sitara, mempunyai kekuatan sendiri. Ia yang digubah semula oleh P.Ramlee berala-The Platters, juga seronok dan sedap didengar, lebih-lebih lagi adanya suara harmoni Panca Sitara yang direncanakan cukup mantap.
Versi Eddie Ahmad dan Hamidah Ahmad, tidak ada keistimewaan apa-apa, cuma musiknya yang agak baik, kelihatannya lebih mencengkam.
Nyanyian Ribut Rawit dan Moch Yusuf, kekuatannya kepada lagu "Mawarku" itu sendiri, dan harus dinilai tahun 1950an, jangan samakan dengan tahun 1990an.
Akhir sekali pemilihan saya;
1. Siti Nurhaliza dan 2By2
2. Aziz Jaafar dan Panca Sitara
3. Eddie Ahmad dan Hamidah Ahmad, dan
4. Ribut Rawit dan Moch. Yusuf
Drp: Zainal Abidin Salleh (via e-mail), Kangar, Perlis.
SITI NURHALIZA & 2BY2
PEMENANG KETIGA___
Anonymous February 15, 2014 at 2:10 PM
Sememangnya dan tidak boleh dipertikaikan lagi, "Mawarku" versi Siti Nurhaliza dan 2By2, yang terbaik berbanding dengan 3 yang lain. Advantagenya yang ada, teknologi rakaman dan musik yang lebih ke depan, hiasan klip video dan mengilap dari tiga versi yang sudah tersedia ada. Maknanya, menciplak lebih mudah dari melahirkan sesebuah lagu yang original.
Dalam topik ini, yang dikemukakan olen Puan Zaini Yusop, mencari yang terbaik, sedap didengar dan menghiburkan "Mawarku" diantara 4 versi yang ada, bukannya perkara-perkara lain, itulah sebabnya Siti Nurhaliza dan 2By2 berada di depan.
Kalau berdasarkan ciplakan, ianya terduduk, kerana kebanyakan lagu-lagu Nurhaliza dan 2By2, adalah ciplakan seperti "Lagu Gembira", "Tiga Malam" dan "Gubahanku". Ertinya, populariti mereka banyak bergantung kepada populariti lagu-lagu lain yang sudah ada.
Namun begitu, perkelakuan seperti itu, bukan saja berlaku kepada Siti Nurhaliza dan 2By2, tetapi juga Aziz Jaafar dan Panca Sitara dan Eddie Ahmad dan Hamidah Ahmad.
Perkara ini sudah lumrah, tetapi 2By2 ketara sangat, bukan saja bersama Siti Nuharliza, malahan dengan Liza Hanim, Anis Suraya dan Mazleela, serupa saja.
Mereka banyak bergantung kepada lagu-lagu popular yang tersedia ada, lagu-lagu original ciptaan mereka, nampaknya tidak ada langsung (tidak tahulah kalau saya terlepas pandang), populariti atas populariti.
"Mawarku" Ribut Rawit dan Moch. Yusuf dan "Mawarku" Aziz Jaafar dan Panca Sitara, hanya diminati oleh kalangan yang lahir di zaman tahun 1950an, lebih kepada nostalgia, tidak untuk jenerasi 1990an dan 2000an (kalau ada pun sedikit sangat), yang banyak dipengaruhi dengan pengedaran zaman.
Nyanyian Eddie Ahmad dan Hamidah Ahmad, nampaknya tidak menyerlah. Ia popular ketika pengeluarannya saja, selepas itu hilang dan sesekali timbul. Begitu pun juga dari segi kualiti persembahan, tetap baik dan sedap didengar. Musiknya pun bagus.
Bagi saya yang lahir, setahun selepas Malaya merdeka (1958), menyukai 4 versi "Mawarku" ini dimana saya dapat mendengar 4 corak persembahan yang berlainan, cara yang tersendiri. Cuma versi Nurhaliza dan 2By2 lebih menarik berbanding yang tiga lagi.
Apa yang jelas dan nyata, kekuatan "Mawarku" bukan disebabkan cara penyampaian, gubahan musik serta ada yang dirakamkan menggunakan teknologi terkini, tetapi banyak disebabkan lagu "Mawarku" itu sendiri, dan saya bersetuju ia dikategorikan sebagai evergreen atau pun sentiasa segar, tidak pudar walaupun zaman berganti zaman. Itulah keistimewaannya.
Terima kasih kepada pencipta lagu dan penulis lirik yang berjaya melahir sebuah lagu (saya ulang sekali lagi) yang "tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan", tetapi malangnya (setakat ini), kita tidak tahu, siapa pencipta lagu dan penulis liriknya. Diharap ia akan terungkai suatu ketika nanti, lagi cepat lagi baik.
Akhir sekali, dalam pemilihan, saya pilih;
1. Siti Nurhaliza dan 2By2
2. Aziz Jaafar dan Panca Sitara
3. Eddie Ahmad dan Hamida Ahmad, dan
4. Ribut Rawit dan Moch. Yusuf.
Sekian, semoga FK terus maju jaya.
Saya: Jaffar Hashim (via-email), Taiping, Perak.
# Update akan dilakukan dari masa ke masa.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
Berapa Banyakkah Yang Masih Ada?
FFAP6 (1959)
Filem Terbaik: THE KINGDOM AND THE BEAUTY (Hong Kong)
AHMAD MAHMOOD
Ahmad Mahmood Bintang Di Langit Seni
FFAP19 (1973)
Filem Terbaik: PERKAHWINAN (Jakarta)
LATIFAH OMAR
Ikon Era Gemilang Filem Melayu
FFAP25 (1979)
Filem Terbaik: PENGEMIS DAN TUKANG BECA (Jakarta)
R. AZMI
Berada Dalam Kamar Sepi Dalam Kesepian
FFAP30 (1985)
Filem Terbaik: DEEP BLUE NIGHT (Seoul)
Setelah diamati buku setebal 355 mukasurat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P.Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun disebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P.Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar negara untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.
Saya sudah baca dan teliti tulisan dan kritikan tiga pemenang, dan ternyata pemilihan Puan Zaini sangat tepat. Diharap FK akan terus menganjurkan pertandingan yang serupa, supaya mereka, terutama yang masih muda yang berhasrat menjadi penulis dan pengkritik, berkarya dengan cara sepatut dan sewajarnya - Wan Salman (via e-mail), Kota Bharu, Kelantan.
ReplyDeleteMenarik dan setuju dengan pilihan Puan Zaini.
ReplyDeleteBila nak adakan Kuiz Filem Klasik?
Dah lama tak ada.
- Eza, Shah Alam, Selangor.
Memang ada yang terbaru.
DeleteKini, Zaini sedang menguruskannya.
Tunggu, ya.