"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Monday, March 4, 2013


FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-25







Oleh MUSTAFAR A.R.
Salah Seorang Pengasas FFM
Setiausaha FFM2 & FFM10

FILEM TERBAIK FFM25

SUMBER: BUDIEY ISMA

PENGARAH TERBAIK
Dain Iskandar Said (BUNOHAN)


PELAKUN LELAKI TERBAIK
Faizal Hussein (Bunohan)


SUMBER: BUDIEY ISMA

PELAKUN WANITA TERBAIK
Maya Karin (Ombak Rindu)


PENYAMPAIAN Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-25 (FF25) berada dalam keadaan hambar dan kurang menarik. Itulah kesimpulan yang saya ambil setelah menontonnya di kaca TV Astro pada malam 2 Mac yang lalu.

Lebih mengecewakan lagi, roh dan semangat Jubli Perak (yang sepatutnya ada) tidak ada langsung.

Ini kali ke-25 penyampaian anugerah FFM diadakan. Ertinya sudah suku abad (sambutan Jubli Perak) namun persembahannya masih ditakuk lama.

Lebih buruk lagi, adanya unsur-unsur politik untuk memuaskan hati semua pihak (kaum). Konsep 1Malaysia digunapakai, ternyata begitu ketara sekali.

Akibatnya, FFM25 sudah jadi cacamarba, maruahnya sudah tercemar. Intergritinya diperkotakkatikkan. Usaha memertabatkan filem Melayu sudah terpesong jauh.

Perancangan FFM25 tidak diatur dengan baik dan kemas. Pergeseran yang timbul antara Finas dan Gafim salah satu punca keadaannya tidak bermaya dan terkulai layu.

Malah, ada diantara penyampaian anugerah FFM yang lalu lebih hebat dan lebih meriah kalau dibandingkan dengan apa yang terdapat dalam FFM25 ini.

Sepatutnya, sambutan Jubli Perak FFM dilaksanakan dengan penuh gilanggemilang, aturacaranya merangkumi keseluruhan 24 festival filem yang pernah diadakan.

Malangnya, semua itu tidak ada. Malah ada kategori-kategori yang diwujudkan menampakkan kejelekan festival filem itu sendiri.

Saya tidak nampak apa relevennya begitu ramai yang terlibat dengan "Life of Pi" naik ke pentas untuk menerima Anugerah Khas Juri.

Tidak perlu ramai, seorang dua pun cukup kerana ia hanya anugerah khas, bukannya anugerah utama atau istimewa.

Apakah tidak ada tunjukarah dari pihak penganjur, atau memang digalakkan.

Pemenang anugerah utama Filem Terbaik (Bunohan) pun, tidak begitu ramai naik ke pentas tidak seramai mereka. Kalau pun ramai, memang patut.

Pemberian anugerah tersebut kepada Rhythm and Muse (Life of Pi) boleh dianggap pelik bin ajaib, seharusnya dipertikaikan.

Kalau penglibatannya kepada "Bunohan" atau pun "29 Februari" dan "Ombak Rindu" mungkin boleh juga diterima akal.

Biarkanlah Anugerah Oscar Academy menentukan kehebatan Rhythm and Muse dan "Life of Pi", janganlah Finas dan Gafim ambil kesempatan memandai-mandai masuk campur rumah orang lain.

Hidung tak mancung, pipi tersorang-sorong.

TIDAK MEMBERI KESAN

Bukankah lebih baik dan releven, Norshah Thamby diberi Anugerah Khas Juri Pengasas FFM kerana peranannya yang begitu besar dalam penganjuran FFM.

Tanpa Norshah dan rakan-rakan wartawannya dalam Eja, FFM tidak akan lahir hingga mencapai Jubli Perak seperti sekarang.

Memberi anugerah kepada Norshah, bererti Finas dan Gafim menghargai sumbangan wartawan-wartawan hiburan dalam memberi promosi (tidak berbelahbagi) kepada FFM sejak dulu sampai kini.

Apa yang patut dipuji, kesederhanaan persembahan, dan kesederhanaan itu pula tidak bererti tidak boleh meniup roh dan semangat Jubli Perak.

Hanya, kepekaan dan kebijaksaan penganjur saja boleh memasukkan roh dan semangat ke dalam FFM25 ini.

Pengedalian FFM25 tidak mendapat nasihat dari mereka yang tahu, contohnya Zain Haji Hamzah, Norshah Thamby atau pun Ahmad Idris (Abi).

Kerana itu tidak ada, jadilah FFM25 tidak terpahat sebagai pencapaian sesuku abadnya, malah berakhir dengan tidak mempunyai erti langsung. Tidak memberi kesan, perginya seperti angin lalu.

Jika persembahan sedemikian rupa, tidak mungkin perbelanjaannya meningkat sampai RM1 juta, apatah lagi RM3 juta seperti yang disebut-sebut.

Jangan kelentungkan duit rakyat.

Perlu juga dipertikaikan, pemberian anugerah kepada Mariani.

Mariani pernah diberikan Anugerah Veteran dalam FFM22 yang berlangsung di Kota Kinabalu pada 2009.

Sungguhpun, anugerah diubah namanya kepada Anugerah Khas Sepanjang Hayat (Special Life Achievement Award), tetapi fungsi tetap sama dengan Anugerah Veteran yang diberikan kepada Mariani di Sabah itu.

Ini kerana pemberiannya dua. Kebiasaannya Anugerah Khas Sepanjang Hayat hanya satu saja, tidak kira lelaki atau pun wanita.

Apakah sudah tidak ada pelakun lain yang belum pernah menerima Anugerah Veteran FFM yang patut diberi anugerah.

Pada saya, Mariani belum layak menerima Anugerah Khas Sepanjang Hayat. Paling layak ialah Rosnani yang pencapaiannya dalam filem Malaysia begitu cemerlang sekali.

Kalau Anugerah Khas Sepanjang Hayat, kekuatan Rosnani jauh ke depan berbanding Mariani. Sepatutnya Rosnani yang menerimanya terlebih dulu.

TIDAK PERLU DUA

Sebab itulah, sebelum diberi sebarang anugerah berprestij seperti Anugerah Khas Sepanjang Hayat, pihak penganjur, buatlah homework dulu. Jangan membutatuli saja.

Perkara ini cukup sensetif, mengecewakan mereka yang benar-benar berhak.

Kalau menarik benang dalam tepung, benang jangan putus tepung jangan berselerak.

Penganugerahan yang sama turut juga diberikan kepada Aziz Sattar.

Ini rasanya tidak dapat dipertikaikan kerana kegigihannya dalam filem dan berusaha mengembalikan kegemilangan filem Melayu dengan filem arahannya, "Keluarga Comat".

Tetapi melonggokkan terlalu banyak anugerah kepada Aziz Sattar, juga tidak begitu baik kerana ramai lagi di luar sana sedang menunggu untuk diberi anugerah, mereka juga banyak jasa dan berbakti juga.

Perkara ini tidak boleh disalahkan kepada Aziz Sattar, orang memberi disapunyalah. Bukannya beliau meminta-minta.

Mengenai pemenang anugerah, kali ini tiba masanya Dain Iskadar Said untuk bergaya kerana filemnya "Bunohan" berjaya merebut banyak anugerah.

Nampaknya kegemilangan Yusof Haslam dan anaknya, Syafiq Yusof, tergerenjat kerana "SAM" tidak mampu mengatasai "Bunohan".

"SAM" menang satu anugerah saja dari lima pencalonan yang diterimanya. Itu pun Anugerah Cipta yang merupakan anugerah secondary.

Kenapa, kenapa ya? Syafiq Yusof diberi Anugerah Cipta (Pengarah Filem Harapan), sedangkan Jojo Goh (Pelakun Wanita Harapan) dan Izzue Islam (Pelakun Lelaki Harapan) menerima Anugerah Perdana.

Kalau Pengarah Filem Harapan disecondarykan, Pelakun Lelaki Harapan dan Pelakun Wanita Harapan logiknya, menerima Anugerah Cipta bukannya Anugerah Perdana.

Dalam konteks filem, kedudukan pengarah filem lebih istimewa berbanding pelakun filem.

Takkan perkara sekecil ini pun, Othman Hafsham (salah seorang panel juri) tidak tahu.

Yusof dan Shafiq patut buat bantahan. Ini soal intergriti. Kejayaan Shafiq seolah-olah dipermain-mainkan.

Ada baiknya dan sudah sampai masanya, dua anugerah yang berbeza ini dihapuskan. Guna satu saja macam Anugerah Oscar, cukuplah.

Jika dibuat perbandingan antara "Bunohan" dan "29 Februari", saya lebih menyetujui "29 Februari" memenangi anugerah Filem Terbaik.

Ini kerana, "Bunohan" boleh dianggap filem violent (ganas). Filem violent kebiasaannya jarang diangkat sebagai Filem Terbaik.

Pada anggapan saya, "29 Februari" menjadi mangsa kemenangan Filem Terbaik "Magika" (FFM23) dan "Hikayat Merong Mahawangsa" (FFM24).

Atau, sememangnya kesemua panel juri sukakan filem violent.

Kemungkinan, panel juri merasakan tidak patut KRU diberi anugerah Filem Terbaik tiga tahun berturut-turut.

Bagaimanapun, kalau dinilai dari aspek kreativiti seperti filem, perkara menang berturut-turut sepuluh kali pun tidak patut dihalang.

Jika filemnya baik (betul-betul berhak) apa salahnya diberi anugerah Filem Terbaik.

Kemenangan Faizal Hussein, setelah menonton "Bunohan", sudah kena pada tempatnya. Mengikut lima nama pelakun yang dicalonkan, ternyata Faizal jauh ke depan.

Sepatutnya, Faizal sudah lama memenangi anugerah tersebut. Ini kerana komitmennya dalam filem bermula sekian lama, sejak kecil lagi, ditahun-tahun 1970-an di Merdeka Studio.

MAHU MENYEBUT NAMA

Banyak juga filem yang beliau telah memperlihatkan kemampuan berlakun dengan baik terutama "Kanta Serigala" yang diarahkan oleh Hussein Abu Hassan..

Dalam pertandingan kali ini, Faizal menewaskan pencabar terdekatnya, Shaheizy Sam, yang dicalonkan dengan dua filem - "Songlap" dan "SAM".

Jika Hussein Abu Hassan dan Mahyon Ismail masih hidup tentu pencapaian Faizal itu menggembirakan hati mereka.

Maya Karin, menang anugerah Pelakun Wanita Terbaik kerana "Ombak Rindu", mengatasi lakunan pencabar kuatnya, Vanida Imran yang membintangi "Untuk Tiga Hari".

Sememangnya Maya telah memperlihatkan lakunan yang berkualiti dalam "Ombak Rindu", tetapi sayang sekali beliau tidak dapat hadir untuk menerima sendiri anugerahnya itu.

Maya hadir di FFM24 kerana pencalonannya dalam "Cun!" tetapi gagal apabila ditewaskan oleh Eja kerana filemnya "Janin".

Ketika kalah hadir, semasa menang tidak datang pula.

Satu perkara yang saya anggap tidak kena ialah pemberian anugerah kepada Mano Maniam dan Lai Meng.

Mereka menerima Anugerah Juri Penggiat TV lelaki dan wanita.

Ini bukan bermakna mereka tidak layak diberi anugerah tersebut, tetapi gelanggangnya tidak tepat.

Anugerah Angkasapuri bukankah ada, kenapa mahu diselitkan juga ke dalam FFM25.

Biarkahlah filem dengan filem dan tv dengan tv. Bukankah bagus, begitu?

Siapa yang memberi idea tersebut, saya anggap goblok, pinjam cakap Indonesia.

Inilah buruknya apabila Finas dan RTM duduk dibawah satu kementerian yang sama. Ada saja yang mahu ditokoktambah bagi memuaskan hati pihak sana pihak sini.

Inilah akibatnya apabila konsep 1Malaysia menjalar masuk, sedikit sebanyak mencemarkan juga identiti FFM25. Banyak perkara tidak kena.

Konsep 1Malaysia baik, tetapi kalau disalahgunakan, tidak baik jadinya.

Di FFM25 ini, apabila 1Malaysia memainkan peranan, rosaklah kreativiti yang merangkumi artistik filem.

Filem dan politik, tidak boleh dicampuradukkan, kalau dicampuradukkan, rosaklah kreativiti dan pincanglah seni.

LAMBANG SENI NEGARA

Banyak kali juga Rais Yatim naik ke pentas FFM untuk menyampaikan anugerah utama, tidak ada menteri lain ke?

Agaknya, kalau FFM berlangsung 100 kali lagi dan Rais masih menguasai kementerian berkenaan, 100 kalilah beliau akan berbuat demikian.

Lebih tidak menarik lagi, kali ini beliau sendiri menerima anugerah, Pembela Seni dan Budaya Malaysia.

Persoalannya, apakah Rais seorang saja yang dianggap sebagai Pembela Seni dan Budaya Malaysia.

Ramai lagi yang lebih layak berbanding Rais.

Lembu punya susu, kerbau dapat nama.

Pembela apa, kalau tarian Bollywood atau Tamilwood dipersembahkan sedangkan tarian Melayu yang menjadi lambang seni negara Malaysia dipinggirkan?

FFM25, sudah ada ciri-ciri penyampaian anugerah ala-Bollywood - Flimfare Awards atau pun Stardust Awards.

Ya, memang ada tarian serupa itu di majlis perasmian FFM25, tetapi ia diperlukan di sini bukannya di sana.

Saya setuju dengan Rais yang menyatakan, anugerah tersebut tidak sepatutnya diterima dan disampaikan di situ.

Tetapi ikhlaskah kenyataan beliau itu.

Ada sebab, kenapa burung tempua bersarang rendah.

Tidakkah beliau diberitahu terlebih dulu sebelum naik ke pentas, yang beliau akan menerima anugerah tersebut.

Mustahil! kalau tidak.

Lagi pun, klips videonya terpampang di skrin lebar. Maknannya, sudah ada dalam perancangan, bukannya secara spontan.

Pengacara (Erra Fazira dan Fahrin Ahmad) boleh dikatakan berjaya mengemudikan FFM25 dengan baik.

Tidak kecuhmecuh dan gelejatmengelejat (bahasa saya sendiri) seperti yang diperlihatkan oleh Ogy Ahmad Daud dibeberapa FFM yang lalu.

Agak mengkagumkan saya, apabila Erra masih mampu menyebut nama bekas suaminya, Yusry Abdul Halim, didepan publik yang ramai di Pusat Konvensyen Putrajaya itu.

Masih sayangkah Erra kepada Yusry? Biasanya, kalau benci tidak sebut. Tidak cemburukah, Lisa Surihani?

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain.

Anugerah poster terbaik ialah Seefood. Kenapa poster filem animasi turut dipertandingkan? Bukankah dulu, untuk filem cerita saja.

Sebenarnya, anugerah poster terbaik tercetus dari idea saya, dan saya tahu, syaratnya hanya untuk filem-filem cerita saja.

Ini, bagi membolehkan mereka menghasilkan poster yang menarik dan cantik untuk menarik orangramai datang ke panggung wayang.

Bukannya filem animasi atau filem pendek.

Ingat, pada asalnya (tujuan FFM diwujudkan) hanya kepada filem-filem Melayu (cerita) saja, bukannya filem-filem jenis lain atau bahasa-bahasa lain.

Meluaskan kepada yang lain, bererti menyempitkan lagi harapan filem-filem Melayu (yang menjadi keutamaan) untuk menang anugerah dan dengan tidak secara langsung melemahkan kegiatan dan berkreativiti mereka yang terlibat.

Oleh yang demikian, eloklah kalau FFM balik ke pangkal jalan. Laksanakan tujuannya yang asal, yang original.

Biarlah filem Melayu lawan filem Melayu. Jangan serapkan filem-filem bahasa lain ke dalam FFM.

Jika mahu dirangkumkan semua bahasa (kaum), wujudkan satu lagi festival filem, namakan saja Festival Filem 1Malaysia (FF1M).

Tentu, Rais setuju.

Pada keseluruhannya, penyampaian anugerah FFM25 sekadar persembahan biasa saja. Tidak ada apa-apa yang boleh dan mahu dibanggakan.

Jauh sekali adanya roh dan semangat Jubli Perak.

Satu post-motem perlu dilakukan supaya FFM26 dan FFM-FFM seterusnya dilaksanakan dengan lebih baik dan lebih sempurna.








PELAKUN PEMBANTU LELAKI TERBAIK
SYAFIE NASWIP (Songlap)


SUMBER: BUDIEY ISMA

PELAKUN PEMBANTU WANITA TERBAIK
NORMAH DAMANHURI (Songlap)


SUMBER: BUDIEY ISMA

PELAKUN WANITA HARAPAN
JOJO GOH (29 Februari)


SUMBER: HONEYB3S

PELAKUN LELAKI HARAPAN
IZZUE ISLAM (29 Februari)


ANUGERAH PERDANA___

Filem Box Office
OMBAK RINDU (Astro Shaw & Tarantella Pictures)

Penyunting Terbaik
WONG HUI LYNN (Songlap)

Cerita Asal Terbaik
DAIN ISKANDAR SAID (Bunohan)

Pelakun Harapan Wanita
JOJO GOH (29 Februari)

Pelakun Harapan Lelaki
IZZUE ISLAM (29 Februari)

Lakun Layar Terbaik
DAIN ISKANDAR SAID (Bunohan)

Sinematografi Terbaik
HARIS HUE ABDULLAH (Songlap)

Anugerah Khas Sepanjang Hayat Wanita
MARIANI

Anugerah Khas Sepanjang Hayat Lelaki
AZIZ SATTAR

Anugerah Khas Juri Penggiat TV Lelaki
MANO MANIAM

Anugerah Khas Juri Penggiat TV Wanita
LAI MENG

Pelakun Pembantu Wanita Terbaik
NORMAH DAMANHURI (Songlap)

Pelakun Pembantu Lelaki Terbaik
SYAFIE NASWIP (Songlap)

Anugerah Khas Juri Filem Tamil
VAJRAM

Pelakun Wanita Terbaik
MAYA KARIN (Ombak Rindu)

Pelakun Lelaki Terbaik
FAIZAL HUSSEIN (Bunohan)

Filem Bukan Bahasa Melayu Terbaik
PETALING STREET WARRIORS (Juita Entertainment)

Pengarah Terbaik
DAIN ISKANDAR SAID (Bunohan)

Anugerah Khas Juri
RHYTHM AND MUSE STUDIO (Life of Pi)


SUMBER: AMY IKRAM

Anugerah Pembela Seni dan Budaya Malaysia
RAIS YATIM

Filem Terbaik FFM25
BUNOAN (Apparat Films)








ANUGERAH JURI SEPANJANG HAYAT LELAKI
AZIZ SATTAR


ANUGERAH JURI SEPANJANG HAYAT WANITA
MARIANI


ANUGERAH KHAS JURI PENGGIAT TV LELAKI
MANO MANIAM


ANUGERAH KHAS JURI PENGGIAT TV WANITA
LAI MENG


ANUGERAH KHAS JURI FILEM TAMIL
VAJRAM









PENGARAH FILEM HARAPAN
SYAFIQ YUSOF (SAM)


PELAKUN KANAK-KANAK TERBAIK
TEE JING CHEN (Hantu Gangster)


LAGU TEMA TERBAIK
NURZAIDI ABDUL RAHMAN (Ombak Rindu)


PENATAAN BUNYI TERBAIK
RAJA AHMAD SHAIDALEY (Bunohan)


PEMENANG-PEMENANG ANUGERAH CIPTA

ANUGERAH CIPTA___

Poster Terbaik
SEEFOOD (Silver Ant)

Pereka Kostum/Busana
HASNAN YAACOB (29 Februari)

Pelakun Kanak-Kanak Terbaik
TEE JING CHEN (Hantu Gangster)

Lagu Tema Terbaik
NURZAIDI ABDUL RAHMAN (Ombak Rindu)

Penataan Bunyi Terbaik
RAJA AHMAD SHAIDALEY & IMAGINEX STUDIO (Bunohan)

Penataan Seni Terbaik
DAIN ISKANDAR SAID (Bunohan)

Pengarah Filem Harapan
SYAFIQ YUSOF (SAM)

Filem Pendek Terbaik
SANZARU (Reservoir Production)

Filem Animasi Terbaik
NINJA VS PIRATE (The One Academy)

Skor Musik Asal Terbaik
YUAN TAN YEN WEI (Bunohan)

Penggiat Belakang Tabir
LINK PEW WAH


PENCAPAIAN ANUGERAH KESELURUHAN___

* BUNOHAN - 8 Anugerah
* SONGLAP - 4 Anugerah
* 29 FEBRUARI - 3 Anugerah
* OMBAK RINDU - 3 Anugerah
* SAM - 1 Anugerah
* HANTU GANGSTER - 1 Anugerah


SUMBER: SINAR HARIAN

SUMBER: BUDIEY ISMA

SUMBER: NAZAHARTV123








# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu


AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

JEJAK TERBILANG
terbilangkah kalau banyak fakta yang salah?

ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar

CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff

PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan

SEKSI SELEBRITI MALAYSIA DULU-DULU
dedah ke tak dedah ke seksi tetap seksi

SELAMAT PENGANTIN BARU
jodoh dan perpisahan kuasa tuhan



FILEM-FILEM BARU DI PANGGUNG WAYANG___


















KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.









4 comments:

  1. Satu kritikan yang berani,
    berterus-terang dan lantang.
    Ramai yang terduduk termasuk
    Menteri Rais Yatim.
    Syabas sdra Mustafar.
    Pemblog macam sdra sangat
    diperlukan dalam dunia filem,
    sebagai 'watchdog'.

    - Ibrahim Musa, Putrajaya, WP.

    ReplyDelete
  2. Setuju.
    Kalau politik
    dicampuradukkan dengan FFM.
    Rosaklah kreativiti
    dan pincanglah seni.

    Drp: Mazlan Huzairi, Kuala Kangsar, Perak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak ada seorang pun
      secara individu boleh dianggap
      Pembela Seni & Budaya Malaysia.
      Ini kerana ramai yang terlibat,
      malah lebih pembela berbanding Rais Yatim.

      - Yatim Mustapha, Jalan Sentul, KL.

      Delete
  3. Satu sahaja, tuan membantai pencampuran bahasa lain dlm penganugerahn "filem Melayu" (rujuk Skrip2Skrin terkini wawancara U-Wei) tetapi tuan menggunakan istilah macam violent (ganas) dan post mortem, mengapa?

    ReplyDelete