"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Friday, January 29, 2021


SI JELITA DAN KUCING KESAYANGNYA
Oleh Mustafar AR



Kucing (meow) haiwan comel (cute) paling rapat dengan kita (manusia). Tidak ada haiwan lain sepertinya. Ada sebab mengapa Allah mencipta kedudukannya seperti itu. Jangan kita tidak tahu, kucing adalah pelindung tuannya (pemiliknya) dari ancaman kuasa ghaib yang kita sendiri tidak sedari serta pembawa rezeki. Ketahuilah, doa kucing sering dimakbulkan Allah. Saya ada pengalaman dalam hal ini. Kedudukan meow sudah berlaku berkurun-kurun, sejak zaman dulu kala lagi. Bagaimanapun, artikel ini tidak berhasrat mengisahkan apa-apa pun mengenai meow, tapi lebih tertumpu si jelita yang sayangkan kucing. Setakat ini, Saya paparkan hanya 9 dulu, dan akan ditambah dari masa ke masa - Kasma Booty, Sophia Loren, Marilyn Monroe, Auni Zahrah (facebook), Penelope Cruz Suraya Salleh (facebook), Princess Melati (facebook), Princess Raden Anjar Asmara (facebook) dan Qaseh Love (facebook). Sesiapa si jelita yang ada gambar bersama meow hantar kepada Saya melalui e-mail (mar27843@yahoo.co.uk) bagi meyerikan lagi blog ini disamping berkempen, "Sayangilah Kucing"...



Kasma Booty
Sophia Loren
Marilyn Monroe
Auni Zahrah
Penelope Cruz
Suraya Salleh
Princess Melati
Princess Raden Anjar Asmara
Qaseh Love



KASIH KUCING SEPANJNG MASA
Oleh AaZik GhJohri
"Kucing akan melindungi kita di malam hari, supaya tiada roh yang tidak diperlukan memasuki rumah semasa kita tidur. Sebab itu mereka suka tidur di atas katil dengan kita. Dan jika mereka fikir kita baik-baik saja, mereka tidak akan tidur dengan kita di malam itu. Sekiranya ada sesuatu yang pelik berlaku disekeliling kita, mereka akan terus melompat ke atas katil untuk melindungi kita. Jika ada orang yang berkunjung ke rumah kita, dan kucing merasakan ada ancaman atau benda buruk, kucing akan mengelilingi kita untuk melindungi kita. Kita haruslah berwaspada. Sekiranya kucing berlari mendapatkan orang itu, mencium mereka dan ingin dibelai, ketahuilah, mereka perlukan kita. Jika anda tiada kucing, dan ada kucing jalanan memasuki rumah anda, peliharalah kucing tersebut, kerana anda memerlukan kucing pada saat itu. Kucing jalanan sedia membantu anda!. Berterimakasihlah kerana rumah anda telah dipilih oleh si kucing untuk tujuan ini. Jika anda tidak boleh memelihara kucing jalanan tadi, carilah tempat yang sesuai untuknya. Kucing biasanya datang kepada kita secara fizikal tanpa sebab-sebab yang diketahui, dan di dalam mimpi kita dapat melihat sebab kenapa kucing itu muncul seketika. Berkemungkinan ada hutang karma yang harus dibayar kembali kepada kita. Mereka mesti melindungi anda. Oleh kerana itu jangan takut atau menakutkan kucing. Kerana mereka pasti kembali kepada anda untuk memenuhi tanggungjawabnya. Kucing menyembuhkan kita. Kucing makhluk yang comel, kasih mereka kepada kita sangat jujur dan melebihi segala-galanya, cuma mereka punya cara yang berbeza untuk menzahirkan kasih mereka. Mereka sahabat teragung dan terbaik antara semua sahabat. Manusia yang alergi pada kucing secara emosinya adalah gagal utk mencintai seseorang secara mendalam, kerana mereka sering melindungi perasaan sebenar meraka."


# Akan di Update dari masa ke masa...



No comments:

Post a Comment