Tribute... Raja Idris Shah (17/8/1924-31/1/1984) Sultan Perak Berjiwa Seni (Update: 8/12/2016)

* Kalau Rindu * Semalam Di Subang * Cempaka Sari * Namamu Dibibirku * Pulau Pangkor >> Cerita Menarik Di FK. Tunggu...

Tuesday, July 26, 2011


BUKU P.RAMLEE

Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


[ >>> # UPDATE: 8 FEBRUARI 2016 <<< ]








Sebuah buku lirik lagu-lagu dari filem dan album P.Ramlee
260 Muka surat
95 Lirik lagu
500 Gambar menarik
Banyak lagu yang belum pernah dicatatkan sebelum ini
Sebuah lagi terbitan AF Cendana Publications






Antara beberapa buku P.Ramlee yang telah diterbitkan

AMERIKA SYARIKAT berbangga dengan Charlie Chaplin, Jepun berbangga dengan Akira Kurosawa, India berbangga dengan Raj Kapoor dan Malaysia, sudah tentu berbangga dengan P. RAMLEE.

Kalau mahu di kemukakan di persada dunia, tidak keterlaluan dan tidak boleh dipertikaikan, orangnya bernama P.Ramlee - seniman berbakat serba boleh dan kehilangannya sukar dicari pengganti.

Setakat ini, sudah adakah usaha dibuat untuk menglobalisasikan P.Ramlee?

Selain menayangkan filem-filem lakonan dan arahannya di luar negara dengan kerjasama Kedutaan Malaysia, cara paling baik menerbitkan seberapa banyak buku mengenainya terutama dalam bahasa Inggeris.

Saya kagum, ketika berada di kedai buku di Hollywood, mendapati beribu-ribu mengenai apa saja tentang filem Hollywood - dari bintang filem sampailah ke pekerja di belakang kamera.

Tetapi di Malaysia, mahu dapatkan 50 buku (orang filem) pun susah.

Bulan Mac tahun 2010, usaha telah saya lakukan dengan Aziz Sattar menyampaikan buku Filem-Filem P. Ramlee kepada lima kedutaan asing untuk di persada duniakan.

Negara-negara tersebut Amerika, United Kingdom, Indonesia, Singapura dan Brunei, dengan harapan buku tersebut disimpan di perpustakaan masing-masing untuk bacaan sesiapa saja yang meminati filem.

Setakat yang diketahui, buku P.RAMLEE berversikan bahasa Inggeris cuma ada dua saja.

1. P.Ramlee The Bright Star
2. Getaran A P.Ramlee Tribute Songs From His Movies

Satu usaha yang sangat baik. Tetapi sejauh manakah buku-buku tersebut sudah diglobalisasikan?

Sudahkah dihantar ke setiap perpustakaan (terutama kedutaan Malaysia) di seluruh dunia?

Jangan harapkan perpustakaan dunia mencari, penerbit perlu menghantar (paling tidak dua naskah) dan minta jasa baik Wisma Putera menghantarnya.

Baiklah, sekarang mari kita senaraikan berapa banyak buku mengenai P.Ramlee telah diusahakan oleh penerbit-penerbit buku di Malaysia.

1. Gagak Di Rimba
(Abdullah Hussain, Angkatan Baru 1965)
2. Nasib Si Labu Labi
(P.Ramlee, Angkatan Baru 1965)
3. Si Tora Harimau Jadian
(P.Ramlee, Angkatan Baru 1965)
4. P.Ramlee Kisah Hidup Seniman Agung
(Abdullah Hussain, Utusan Publications 1973)
5. P.Ramlee AMN Pujaan Nusantara
(Kalam Hamidy, Percetakan Bendahara 1973)
6. P.Ramlee Dari Kacamata Aimi Jarr
(Aimi Jarr, Pustaka Romjarr 1984)
7. Seniman Negara P. Ramlee
(Ahmad Bujang/Mohd. Sarani Nordin, International Book Service 1985)
8. P. Ramlee Seniman Agung
(ABI, Utusan Publications 1986)
9. Senandung Seniman Agung
(Zakiah Hanum, Berita Publishing 1990)
10. Manusia P.Ramlee
(Wan Hamzah Awang, Fajar Bakti 1993)
11. Gelora Lagu-Lagu Filem P.Ramlee
(Ahmad Sarji/Johari Salleh, Havard Club of Malaysia 1995)
12. Air Mata Di Kuala Lumpur Lagu-Lagu P. Ramlee
(Ahmad Sarji/Johari Salleh, Havard Club of Malaysia 1996)
13. Seniman Agung P. Ramlee
(Ahmad Sarji, Havard Club of Malaysia 1998)
14. Kenangan Abadi P.Ramlee
(Ramli Ismail, Adhicipta 1998)
15. P.Ramlee Sepanjang Riwayatku
(Arkib Negara Malaysia, 1998)
16. Getaran A P.Ramlee Tribute Songs From His Movies
(Ministry of Cultural, Arts and Tourism of Malaysia, Panggung Negara 1998)
17. P.Ramlee Erti Yang Sakti
(Ahmad Sarji, Pelanduk Publications 1999)
18. P.Ramlee Legenda Yang Terus Hidup
(Aimi Jarr, Variapop Group 1999)
19. P.Ramlee Yang Saya Kenal
(Yusnor Ef, Pelanduk Publications 2000)
20. P.Ramlee The Bright Star
(James Harding/Ahmad Sarji, Pelanduk Publicatios 2002)
21. P.Ramlee Seniman Agung Dunia Melayu
(Arkib Negara Malaysia, 2003)
22. Senandung Warisan
(Arkib Negara Malaysia, 2005)
23. P.Ramlee Di Careka Nusantara
(Awang Azman/Kor Chooi Lan, Universiti Sarawak 2005)
24. Bapaku P.Ramlee
(Nasir P.Ramlee, MPH Publishing 2007)
25. Filem-Filem P. Ramlee
(Mustafar A.R./Aziz Sattar, MZA Terbit Enterprise 2008)
26. P.RAMLEE Irama Sanubari
(Ahmad Fauzaee, AF Cendana Publications, 2015)

Dua lagi, Album P.Ramlee (Mustafa Ton) dan Kisah Hidup P.Ramlee (Abdullah Hussain) diterbitkan di awal-awal tahun 1950an dan 1960an.

Ini bererti ada 28 buku semuanya, dan boleh dikatakan kesemuanya diterbitkan oleh penerbit-penerbit yang boleh dianggap nyamuk dan universiti. Penerbit kerajaan (Arkib Negara) ada tiga, Finas tidak ada langsung.

Sebelum kita mempersoalkan perpustakaan luar negara, antara buku-buku yang tersenarai di atas berapa banyakkah yang terdapat diperpustakaan seluruh Malaysia?

Contohnya buku Nasib Si Labu Labi dan Si Tora Harimau Jadian. Berapa banyak perpustakaankah di Malaysia ada menyimpannya?

Tidak ada. Kerana saya telah berkunjung boleh dikatakan kesemua perpustakaan ibu negeri termasuk Johor Bahru, Seremban, Ipoh, Kota Bharu, Melaka, Pulau Pinang dan Kuantan.

Anehnya, 2 buku tersebut ada tersimpan di British Library, London dan Library of Congress di Washington DC.

Ini kerana pihak yang bertanggungjawab (pegawai-pegawai perpustakaan) tidak mengambil berat tentang perkara tersebut.

Mereka bekerja 8 pagi - 5 petang, habis bulan dapat gaji. Mereka tidak memikirkan sesuatu perkara itu atas kepentingan masyarakat dan negara.

Contohnya (biarlah saya berterus terang), mengenai buku Filem-Filem P.Ramlee.

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) tidak menampakkan minat membeli buku tersebut untuk di edarkan ke kesemua (kalau boleh) perpustakaan seluruh Malaysia.

Bila didesak barulah dibelinya (pembelian yang tidak ikhlas), itu pun hanya 8 naskah. Mahu ke mana hendak dihantar buku sebanyak itu, sedangkan perpustakaan di seluruh Malaysia ada beribu?

Setelah Menteri (yang mengawal PNM) campurtangan dengan arahan, barulah mereka kelamkabut dan mengambilnya 362 naskah.

Cukupkah sebanyak itu?

Apakah cara itu perlu dilakukan untuk kita menonjolkan kehebatan dan keunggulan P.Ramlee yang banyak jasanya terhadap bangsa dan negara?

Tidak adakah rasa tanggungjawab dan kesedaran dalam diri mereka (pegawai-pegawai PNM), tanpa mendapat arahan dan campurtangan Menteri?

Aziz Sattar dan saya, atas tanggungjawab dan kesedaran, mengambil masa 20 tahun membuat kajiselidik dan seterusnya melahirkan buku Filem-Filem P.Ramlee, tanpa bantuan sesiapa.

Saat-saat akhir barulah ada sumbangan dari Taib Mahmud dan Finas.

Ini bagi membolehkan ia dijadikan rujukan oleh peminat-peminat filem Malaysia bukan saja sekarang tetapi juga pada tahun-tahun mendatang.

Bak kata Nabil, "Lu, fikirlah sendiri!"

Kita lupakan sejenak perkara yang kurang menyenangkan ini, sekarang mari kita tumpukan ke perpustakaan-perpustakaan di dunia yang sudah ada menyimpan buku-buku P. Ramlee.

Menurut kajiselidik yang dibuat, di Perpustakaan Universiti Ohio, Amerika Syarikat, sudah ada menyimpan buku Filem-Filem P.Ramlee dan boleh didapati dan dibaca di Alden, Tingkat Pertama Asia Tenggara (PN 2899.8.P73 M87 2008x).

Buku-buku P.Ramlee yang lain, samada ada disimpan di situ atau pun tidak, tidak ada pula maklumat yang diterima.

Di Perpustakaan Kongres, Washington DC, Amerika Syarikat, pun sudah ada menyimpan buku Filem-Filem P.Ramlee yang boleh diperolehi dan dibaca di Bilik Bacaan Asia (Jefferson LJ150).

Lain-lain buku P.Ramlee yang ada di Washington DC. itu,

1. P. Ramlee Erti Yang Sakti
2. P. Ramlee Kisah Hidup Seniman Agung
3. Nasib Si Labu Labi
4. Si Tora Harimau Jadian
5. Gagak Di Rimba
6. P.Ramlee Legenda Yang Terus Hidup
7. Manusia P.Ramlee
8. Kenangan Abadi P.Ramlee
9. P.Ramlee Yang Saya Kenal
10. Bapaku P.Ramlee

Di Singapura, buku Filem-Filem P. Ramlee boleh ditemui dan dibaca di Perpustakaan Esplanade di Raffles Avenue dan di Perpustakaan Nasional (Perpustakaan Rujukan Lee Kong Chian) di Victoria Street.

Buku-buku P.Ramlee yang lain terdapat di perpustakaan Singapura itu,

1. P.Ramlee Erti Yang Sakti
2. P.Ramlee The Bright Star
3. Irama Lagu-Lagu P. Ramlee Lagu-Lagu Filem (1948-1960)
4. P.Ramlee Legenda Yang Terus Hidup
5. P.Ramlee Dari Kacamata Aimi Jarr
6. P.Ramlee Kisah Hidup Seniman Agung
7. Gagak Di Rimba
8. Bapaku P.Ramlee
9. P.Ramlee Yang Saya Kenal
10. Kenangan Abadi P.Ramlee
11. Senandung Seniman Agung

Di Perpustakaan British (British Library), London, United Kingdom, belum ada maklumat tentang buku Filem-Filem P.Ramlee samada ada tersimpan atau tidak di situ.

Bagaimanapun, mengikut catatan katalognya terdapat beberapa buku P.Ramlee boleh diperolehi dan dibaca di perpustakaan tersebut.

Antaranya,

1. Nasib Si Labu Labi
2. Si Tora Harimau Jadian
3. Kenangan Abadi P.Ramlee
4. P.Ramlee Erti Yang Sakti
5. P.Ramlee Yang Saya Kenal
6. Seniman Agung P. Ramlee

Kini, saya sedang dalam proses menterjemahkan buku Filem-Filem P.Ramlee untuk dibukukan ke versi bahasa Inggeris - The Films of P. Ramlee.

Dengan terbitnya buku The Films of P. Ramlee, saya harap kehebatan dan keunggulan P. Ramlee dapat disebarkan ke persada dunia dengan lebih meluas lagi.




(Sumber: Alam07shah)


(Sumber: Pakcummy)


(Sumber: Malayascreen)


(Sumber: Dwniss)


(Sumber: Pakcummy)



# Update akan dilakukan dari masa ke masa.








5 comments:

  1. Saya kagum atas usaha yang dilkukan oleh Tuan Mustafa A.R dan rakan-rakan. Teruskan perjuangan Tuan memartabakan filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih rohaida.
      bukan saja tan sri p. ramlee,
      tapi juga semuanya yang telah
      berjasa terhadap filem malaysia
      yang kini sudah dianggap klasik.

      Delete
  2. bagus la entry ni...pihak2 berwajib sepatutnye lebih peka dan tanggungjawab tentang hal ini

    ReplyDelete
  3. Saya merupakan salah seorang antara peminat tegar Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang lahir pada tahun 1991.

    Saya amat menyokong usaha dan pendapat tuan Mustafar AR dalam memartabat dan meluaskan ilmu pengetahuan mengenai seniman agung Tan Sri P. Ramlee.

    Setiap perpustakaan (di Malaysia khususnya) sepatutnya mempunyai semua buku mengenai Tan Sri P. Ramlee supaya masyarakat lebih "celik" P. Ramlee.

    ReplyDelete
  4. Saya amat kagum dengan seniman agung Tan Sri P.Ramlee.. Setelah membaca buku-buku tentang beliau. saya merasa lebih mengenali beliau ... Semoga Malaysia akan lebih menghargai jasa beliau dan melakukan usaha yang sepatutnya bagi menghargai jasa tersebut.

    ReplyDelete