"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Saturday, June 16, 2012


CECILIA CHEUNG

Teks: Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop

[>>> # UPDATE: 8 JANUARI 2014 <<<]


CECILIA CHEUNG

Cecilia Cheung, Quintus and Lucas.

CECILIA CHEUNG OFFICIALLY RESIDING IN SINGAPORE___
By Heidi Hsia (Cinema Online)

IT has been made official that Cecilia Cheung is now residing in Singapore with her children and has been doing so for the past two months.

News of her Singapore residence was triggered by ex-husband Nicholas Tse back in December, when he revealed that the two of them have agreed to send Lucas and Quintus to a Singaporean school.

Meanwhile, the actress was full of praises for the Singaporean education system, and said that both of her boys are excited to begin their schooling semester in late January.

She revealed that the lack of paparazzi culture in the country is one of the reasons that made her stay, adding that she is able to live like a normal person, bare-faced and able to wear any clothes she likes, without the constant harassment of reporters and photographers.

The actress has also been helping out a lot at a local volunteer organisation for the past three weeks, and added that she will go and help out three to four times a week when she doesn't have to fly back to Hong Kong.

Cecilia also seemed to embrace the fact that the fans in the country respect her requests when asked not to upload photos they took of her online, saying, "Here in this country, people ask me first before taking my pictures. And they respect my requests to keep the photos to themselves."








Tiga foto yang memperlihatkan kejelitaan Cecilia Cheung.

MARI KITA KE HONG KONG___

PADA awal tahun 2008, Hong Kong menjadi gempar dan panas apabila foto-foto lucah Edison Chen meletup dan terdedah memperlihatkan betapa rendahnya moral beberapa orang pelakon dan penyanyi yang mana salah seorang antaranya cukup popular dan mempunyai ramai peminat.

Kalau yang terlibat itu sekadar Gillian Chung, Bobo Chan dan Candice Chan yang belum ada nama dan kurang popular, mungkin ramai tidak ambil peduli. Itu perkara biasa, mungkin.

Tetapi apabila Cecilia Cheung terbabit sama, bahangnya sudah agak lain. Apa sudah jadi, sehinggakan dia sanggup mengeksploitasi tubuh badannya (berbogel) di depan Edison untuk di klikkan kameranya.

Bukan itu saja, aahh..... malas nak tulis. Selebriti Hollywood pun (maksud di sini sepopular Cecilia) tidak pernah saya lihat foto-foto mereka seperti apa yang dilakukan oleh Cecilia.

Anda cari dan layari sendiri dalam internet. Kalau bernasib baik, terjumpalah yang panas berahi itu, mungkin anda geleng kepala dan tidak menyangka pelakunya, Cecilia.

Apa lagi yang Cecilia mahu. Cantik, popular, kemewahan dan lain-lain asas kehidupannya sudah mencukupi, malah berlebihan pula.

Apakah kecurangan dan menurut hawa nafsu merupakan kepuasan hidup bagi Cecilia? Tidak ada sesiapa pun yang boleh menjawabnya, hanya dia saja yang tahu.

Skandal foto Edison mula tersebar secara meluas di internet pada awal tahun 2008. Ia boleh dianggap foto lucah selucah-lucahnya terutama yang memaparkan aksi berahi Cecilia yang mengiurkan.

Ia juga telah menjadi hiasan semua muka depan akhbar dan majalah di Hong Kong selama beberapa minggu termasuk menjadi berita panas dan gempar dalam sektor perniagaan filem dan peminat filem di seluruh dunia.

Ramai yang tidak percaya, Cecilia sanggup beraksi panas sebegitu rupa.

Menurut siasatan polis, foto-foto itu tersebar luas di internet akibat kecuaian Edison, dia tidak berhati-hati di mana harus menghantar komputernya untuk dibaikpulih.

Polis Hong Kong tidak mampu menahan penyebarannya sehinggakan mereka tepaksa meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol).

Pada 27 Februari 2008, 10 orang telah ditangkap atas tuduhan menyebarkan foto-foto yang boleh dianggap sebagai skandal seks paling besar pernah berlaku dalam sejarah filem dan hiburan di Hong Kong.

Edison secara peribadi mengakui dia mengklik foto-foto tersebut bukan untuk diedarkan tetapi hanya sebagai simpanan peribadinya, bukan cara paksa tetapi atas kerelaan yang empunya diri.

Ertinya, Cecilia, Gillian, Bobo dan Candice (watak-awatak utama) bersetuju diklik foto-foto mereka oleh Edison berbogel dan berbagai-bagai aksi dan gaya.

Kata Edison, foto-foto itu dicuri dari komputer kepunyaannya dan penyiarannya dibuat secara haram dan tanpa keizinannya. "Kalau minta izin sekali pun saya tidak akan membenarkannya."

Edison memohon maaf secara terbuka kepada mereka yang terbabit. Tidak pernah termimpi olehnya perkara tersebut boleh berlaku lebih-lebih lagi melibatkan Cecilia yang popular dan sudah mempunyai suami dan anak.

Pada ketika itu juga, Edison mengumumkan yang dia akan mengundur diri dari dunia hiburan Hong Kong secara muktlak dan pulang ke tanah tempat lahirnya - Canada.

Ada laporan lain menyatakan, foto-foto tersebut dicuri dari laptop Edison oleh tekniksyen yang membaikinya, dan salah satu sebab mengapa ia tersebar di internet kerana Cecilia berkahwin dengan Nicholas Tse.

Ertinya, balas dendam. Sengaja mahu mengaibkan Cecilia dan suaminya, Nicholas. Ada cerita lain di belakang tabir.

Menurut siasatan polis lagi, dalam bulan November 2006 Edison telah membeli PowerBook sebagai komputer peribadinya, dan di dalamnya banyak tersimpan foto lucah.

Edison kemudian, secara cuai, telah menghantar komputernya itu untuk dibaikpulih, tanpa mengetahui risikonya.

Tidak kurang 1,300 foto lucah Edison dengan wanita-wanita yang ramai diantaranya selebriti (termasuk pelakon dan penyanyi) telah disalin semula oleh pekerja-pekerja di kedai tempat komputernya itu diperbaiki.

Foto-foto tersebut telah diklik oleh Edison antara tahun 2003 hingga 2006. Menurut seorang teman rapatnya, Edison memang suka mengklik foto ketika membuat perhubungan dengan wanita-wanita kenalannya, 14 antaranya selebriti.

Edison juga pernah menunjukkan foto-foto lucah yang dikliknya itu kepada teman-teman yang rapat dengannya.

Foto pertama, melibatkan Edison dan Gillian, telah di hantar kepada Hong Kong Discuss Forum lebih kurang jam 8.30 malam 27 Januari 2008.

Sungguhpun foto-foto original telah dipadamkan, tetapi ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab menghantar kepada forum lain seperti Uwants dan HKGolden.

Agensi tempat Gillian bernaung, Emperor Entertaiment Group (EEG), mencabar kesahihannya dan tidak berlengah lagi membuat lapuran polis.

Pada 12.30 petang 29 Januari 2008, foto-foto Cecilia pula tersebar di internet, dan nota tercatat, ia menyerupai wajah Cecilia.

Bagaimanapun, jam 6.00 petang foto-foto bogel pula muncul yang ternyata sah dia, Cecilia.

Menurut polis, terdapat 465 foto yang melibatkan 7 selebriti. Daripada sejumlah itu 143 kepunyaan Cecilia; 116, Bobo; dan 104, Gillian.

Selebihnya melibatkan Candice Chan (48), Mandy Chen (40), Rachel Ngan (13) dan Vincy Yeung (3).

CECILIA CHEUNG SESUDAH SKANDAL___

Cecilia Cheung telah membidas Edison Chen dan menuduhnya sebagai hipokrit. Katanya, mohon maaf Edison itu hanyalah lakonan semata-mata. Dia ingin mendapat simpati orangramai.

Cecilia seterusnya memberitahu dalam satu bualbicara dengan iCable pada bulan Februari 2008, "Edison tidak pernah meminta maaf secara terbuka kepadanya.

"Sepatutnya, dia berjumpa dengan mereka yang terlibat dan menyatakan kesilapan yang telah dilakukannya jika dia benar-benar mahu mengaku kesilapan.

"Foto-foto tersebut masih tersebar luas di internet. Bagaimana kami boleh hidup selesa dan gembira? Bagaimana kami mahu hidup seperti sediakala?"

Menjawab tuduhan Ceclia itu, Edison berkata: "Janganlah menyangka buruk kepada saya, apa yang telah berlaku. Apa yang saya harapkan dia memahami dan apa pun, samada hari ini atau suatu hari nanti, dia tetap akan memaafkan saya.

"Dia juga patut merasakan yang saya juga menghadapi berbagai-bagai masaalah yang mana perkara serupa ini tidak pernah saya mimpikan akan berlaku. Saya tetap menghormati Cecilia."

Tekniksyen, Sze Ho Chun, yang mencuri 1,300 foto lucah Edison, apabila dibicarakan, didapati bersalah, dan dihukum perjara 8 setengah bulan.


Cecilia Cheung dibualbicara oleh wartawan tv iCable selepas tersebar foto-foto bogelnya di internet.

Akhbar dan majalah yang bertimbun menceritakan mengenai skandal foto-foto lucah Cecilia Cheung dan Edison Chen.








6 daripada 143 foto seksi Cecilia Cheung yang diklik oleh Edison Chen yang menggemparkan Hong Kong pada tahun 2008.
(Sumber: Celebrity Shots)


CECILIA CHEUNG PERNAH DIUGUT ROGOL DAN BUNUH___

Cecilia Cheung dilahirkan di Hong Kong pada 4 Mei 1980. Ayahnya berbangsa Cina manakala ibunya kacukan Cina dan British.

Kedua ibubapanya itu bercerai ketika Cecilia masih kecil dan semasa umurnya 14 tahun dia pergi ke Australia tinggal bersama pak ciknya.

Pada tahun 1998, ketika membantu temannya mengenai dandanan rambut untuk pertunjukan fesyen, Cecilia telah menerima tawaran untuk muncul dalam satu iklan tv - Lemon Tea.

Kemudian (1999), dia buat pertama kalinya membintangi filem Stephen Chow sebagai penyanyi kelab malam dalam "The King Of Comedy", dan disusuli pula filem "Fly Me To Polaris".

Ditahun yang sama, Cecilia telah menerima ugutan rogol dan bunuh daripada satu kumpulan kongsi gelap kerana adanya perbalahan antara ayahnya (juga ahli kongsi gelap) dengan pihak yang membuat ancaman.

Kerana filemnya "Fly Me To Polaris", membolehkan Cecilia memenangi anugerah Pendatang Baru Terbaik di Anugerah Filem Hong Kong Ke-19, dan ditahun yang sama juga, dia muncul sebagai penyanyi dengan melancarkan album sulongnya - "Any Weather".

Pada tahun 2003, Cecilia memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Filem Hong Kong Ke-23 kerana peranannya sebagai wanita muda yang kehilangan tunang dalam kemalangan jalanraya menyebabkan dia terkapai-kapai mengharungi hidup dalam "Lost In Time" yang turut dibintangi Derek Yee, juga selaku pengarah.

Selain filem "Lost In Time", di Anugerah Filem Hong Kong yang sama, Cecilia turut dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik kerana filemnya "Running On Karma" yang diarahkan oleh Johnnie To dan Wai Kar Fai.

Cecilia juga dikatakan membuat perhubungan dengan Daniel Chan dan Jordan Chan sebelum berkawan rapat dengan pelakon dan penyanyi Nicholas Tse, di awal-awal tahun 2002.

Bagaimanapun, ia terputus apabila Nicholas kembali semula ke pangkuan bekas teman wanitanya - penyanyi dan pelakon Faye Wong.

Tidak lama lepas itu tersebar khabar angin, Cecilia berkasih-kasihan pula dengan anak muda Siyun Lu, tetapi tidak kekal lama apabila ianya berakhir di penghujung tahun 2003.

Cecilia dikatakan terlalu kecewa hingga menyebabkan dia tidak dapat mengawal pemakanannya selepas perpisahan tersebut, dan dalam pada itu dia juga membuat perhubungan dengan Joreon, yang dikatakan berasal dari Belanda.

Cecilia dan Nicholas dilaporkan berkawan rapat semula di awal tahun 2006 dan pada 31 Julai tahun yang sama, Nicholas telah membuat pengakuan yang dia telah kembali bersama Cecilia dalam satu temuramah dengan stesyen radio Hong Kong - 881/903.

Bulan September tahun 2007, Nicholas menunjukkan cincin perkahwinannya di Lapanganterbang Antarabangsa Hong Kong disamping membuat pengumuman yang dia dan Cecilia sudah pun berkahwin secara rahsia di Filipina.

Pada 8 Junuari 2007, bapa mertuanya, Patrick Tse, membuat pengumuman secara terbuka yang Cecilia mengandung 3 bulan dan pada 2 Ogos tahun yang sama dia telah melahirkan anak lelaki yang kemudian diberinama Lucas.

Tidak pun sampai 6 bulan (Januari dan Februari 2008) selepas melahirkan anak sulongnya itu, masyarakat Hong Kong dan dunia digemparkan dengan tersebarnya foto-foto Cecilia yang dianggap lucah selucah-lucahnya di internet yang turut melibatkan pelakon dan penyanyi muda yang mempunyai ramai peminat
- Edison Chen.





BOBO CHAN & GILLIAN CHUNG


CANDICE CHAN & MANDY CHEN


RACHEL NGAN & YINCY YEUNG


(Sumber: Scandal3Scandal3)

SIAPA EDISON CHEN?___

Edison Chen yang dilahirkan pada 7 Oktober 1980 di Vancouver, British Columbia, Canada merupakan pelakon dan penyanyi Hong Kong. Ayahnya Edward Chen, ahli perniagaan, berdarah kacukan Cina dan Portugis.

Edison mendapat pendidikan di R.C. Palmer Secondary School, Richmond, British Columbia, kemudian menyambung pelajarannya di Hong Kong International School.

Pada tahun 1999, ketika usianya 19 tahun, Edison muncul dalam filem iklan. Bertolak dari situlah dia menempah kejayaan demi kejayaan.

Kerjayanya dalam berlakon dimulakan dengan filem Jepun "Dead Or Alive 2: Birds", kemudian buat pertama kalinya dalam filem Hong Kong, "Gen Y Cops", pada tahun 2002.

Edison juga berlakon dalam beberapa filem popular seperti "Infernal Affairs", "Infernal Affairs 2", "Initial D" dan "Dog Bite Dog". Dia juga berlakon dalam drama Jepun, "Under The Same Moon".

Pada tahun 2000, Edison mendapat tawaran menyanyi dengan Emperor Entertaiment Group (EEG) dan beberapa album nyanyiannya mendapat sambutan yang agak baik, sebelum diberi peluang menerbitkan album hiphopnya pada bulan Februari 2004.

Bertajuk "Please Steal This Album", rakamannya mendapat bantuan daripada M.C. Yan dan pemusik Singapura, Hanjin Chen.

Pada bulan Februari tahun 2007, Edison melabur $10 juta HKD menubuhkan syarikat perniagaannya sendiri, Clot Media Division, bagi mengeluarkan filem cerita, filem iklan dan rakaman lagu.

Pada bulan Jun 2007, Edison mengedarkan album Mandarinnya, "Allow Me To Reintroduce Myself," dengan traknya diusahakan bersama Kanye West, Just Blaze dan Clinton Spark.

Mengikut senarai, antara banyak filem yang dibintanginya cuma satu filem saja dia berlakon bersama Cecilia - "Sex And The Beauties" pada tahun 2004.

Pada tahun 2002, Edison telah dicalonkan merebut anugerah kategori Pendatang Baru Terbaik kerana filemnya "Gen Y Cops" di Anugerah Filem Hong Kong Ke-20, tetapi gagal apabila Qin Hai Lu memenanginya kerana "Durian Durian".



KING OF COMEDY




FLY ME TO POLARIS (Sumber: Trannamcloud)


LOST IN TIME


TOKYO RAIDERS


PARA PARA SAKURA


THE WHITE DRAGON




THE PROMISE




LEGENDARY AMAZONS (Sumber: Han34Han34)


SPEED ANGELS


SHADOW OF LOVE


THE LEGEND OF ZU


THE MONKEY KING

FILEMOGRAFI CECILIA CHEUNG___

  • The Monkey King (2012)
  • The Lion Roars 2 (2012)
  • Dangerous Liaisons (2012)
  • Shadows Of Love (2012)
  • Speed Angels (2011)
  • Legendary Amazons (2011)
  • Treasure Hunt (2011)
  • All's Well, Ends Well 2011 (2011)
  • The 601st. Phone Call (2006)
  • My Kung Fu Sweetheart (2006)
  • The Shopaholics (2006)
  • The Promise (2005)
  • Himalaya Singh (2005)
  • The White Dragon (2004)
  • One Nite In Mongkok (2004)
  • PaPa Loves You (2004)
  • Sex And The Beauties (2004)
  • Fantasia (2004)
  • Lost In Time (2003)
  • Running On Karma (2003)
  • Cat And Mouse (2003)
  • Honesty (2003)
  • Love Under The Sun (2003)
  • Mighty Baby (2002)
  • Second Time Around (2002)
  • The Lion Roars (2002)
  • The Legend of Zu (2001)
  • Para Para Sakura (2001)
  • Shaolin Soccer (2001)
  • Failan (2001)
  • Everyday Is Valentine (2001)
  • Old Master Q 2001 (2001)
  • Wu Yen (2001)
  • Twelve Nights (2000)
  • Tokyo Raiders (2000)
  • Help!!! (2000)
  • The Legend Of Speed (1999)
  • Fly Me To Polaris (1999)
  • The King Of Comedy (1999)



    DANGEROUS LIAISONS

    MARI KITA MENONTON FILEM "DANGEROUS LIAISONS"



    (Sumber: MyTrailerRich)


    (Sumber: MsApril419)


    FAKTA___
  • Cecilia Cheung dan Nicholas Tse bercerai pada 21 Jun 2011, tiga tahun selepas foto-foto bogelnya tersebar luas di internet. Cecilia dan Nicholas berkahwin secara rahsia di Filipina pada tahun 2006.
  • Cecilia dan Nicholas mempunyai dua orang anak lelaki - Lucas (2 Ogos 2007) dan Quintus (12 Mei 2010).
  • Selepas peristiwa foto-foto bogelnya tersebar pada 2008, Cecilia berhenti buat sementara daripada berlakon filem. Dia kembali pada tahun 2011 dengan filem "Treasure Hunt".
  • Dibandingkan Cecilia, dari segi umur Edison muda lima bulan. Cecilia lahir pada 4 Mei 1980 manakala Edison pada 7 Oktober 1980.
  • Skandal Edison-Cecilia mendapat perhatian dunia, dan antara media yang membuat lapuran CNN, BBC, The Wall Street Journal, The New York Times, The Economist, MSNBC dan The Guardian.


    # Update akan dilakukan dari masa ke masa.



    ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI:


    MARION WILLIS

    kenapa hilang selepas "sumpah orang minyak?".



    NONA ASIAH

    "ciumku lagi" dan "nona" membawa tuah.



    MADHUBALA

    menyayangi dilip kumar hingga ke akhir hayat.



    CHARITO SOLIS

    sedia berbogel sekiranya benar-benar perlu.














  • 7 comments:

    1. Well done Mr. Mustafar.
      Marvelous blog.
      Thank you.
      From: Carina Lee.

      ReplyDelete
      Replies
      1. thank you, carina.
        are you from hong kong?

        Delete
      2. yes, i'm from Hong Kong
        somehere in Kowloon.
        Mr. Mustafar,
        have you been in Hong Kong?

        Delete
      3. yes, i'm. two times.
        first, with popular malaysian
        actor hussain abu hassan in 1986.
        second, i'm alone in 1994.

        Delete
    2. Marvelous blog.
      Yes, I'am with u Carina.
      Apa yang saya perhatikan, kekuatan Encik Mustafar ini ialah pengalaman, pengetahuan dan keilmuannya tentang filem.
      Pada mulanya, blog FKM tidak menarik buat saya,
      tapi lama kelamaan semacam satu routine,
      setiap hari saya misti mengunjunginya.
      Jika tidak ada artikel baru hampanya rasa hati.
      Keistimewaan Encik Mustafar, kebolehannya
      mengaduan dan merangkumi setiap artikelnya
      hingga seronok dibaca disamping memperolehi
      fakta yang tepat dan boleh diterima kesahihannya.
      Contohnya, KFC. Sekadar ayam goreng saja.
      Dimana-mana saya boleh mendapatkan ayam goreng.
      Tapi tidak sesedap ayam goreng KFC.
      Cecilia, sekadar Cecilia saja.
      Saya memang tahu dan pernah membaca mengenai
      skandal Cecilia dan Edison. Biasa saja.
      Ia berbeza dengan apa yang ditulis oleh Encik Mustafar.
      Rangkuman atau adunan artikel Cecilia yang
      meliputi cerita, senarai filem, fakta, foto,
      poster, video YouTube dan sebagainya,
      membuatkan ianya seronok dibaca walaupun
      sudah berlaku pada tahun 2008.
      Begitu juga dengan yang lain-lain seperti
      "Cinta Dan Lagi", "Niagara Falls", "Pergimu
      Takkan Kembali Lagi", "A.R. Ismail",
      "Apabila Lagu P. Ramlee Di Orkestrakan"
      dan banyak lagi, kupasannya sangat menarik.
      Diharap Encik Mustafar berada dalam
      keadaan sihat supaya dapat meneruskan
      usaha yang dikira sangat berharga ini
      terutama dikalangan generasi-generasi muda
      yang dahagakan ilmu pengetahuan mengenai
      filem-filem lama (klasik) malaysia.

      Daripada: Kamaludin Baharin, Shah Alam.

      ReplyDelete
    3. Blog Encik Mustafar baru saya jumpa.
      Satu kupasan yang sangat menarik
      mengenai aktres Hong Kong, Cecilia Cheung.
      Artikel-artikel lain pun menarik juga.
      Encik Mustafar berjaya memilih artikel-artikel bersesuaian dengan citarasa penyunjung FKM.
      Ia juga saya takrifkan sebagai lain dari yang lain.
      Teruskan usaha murni ini, Encik Mustafar.
      - Saufiq Taufiq, Nusajaya, JB.

      ReplyDelete
    4. Terkejut sekejap bila membaca komen daripada Carina Lee, mulanya saya menyangka Carina Lau, seorang selebriti Hong Kong yang pernah diculik dan diambil gambarnya dalam keadaan separuh bogel. Kisahnya boleh dibaca di laman wikipedia.

      ReplyDelete