Tribute... A.R. Ismail (8/10/1929-15/1/1995) Pencipta Lagu Yang Tidak Patut Kita Lupakan (Update: 24/11/2016)

1. Bisikan Hati 2. Senja Berulang Senja 3. Dimanakah Cintamu 4. Aku Kecewa 5. Berikan Ku Sinar Harapan >> Kliks Disini

Thursday, November 1, 2012


KEPUTUSAN KUIZ FILEM KLASIK KE-2

TAHUKAH ANDA SIAPA SAYA?
Teks & Kuiz: Mustafar A.R. & Aida Zailina
Foto Dari Pelbagai Sumber


Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop




1.
Klue: Saya, pernah pegang peranan Zulkifli.
Siapa saya?: P. RAMLEE


2.
Klue: Saya, pernah berlakon disamping Shammi Kapoor.
Siapa saya?: MARIA MENADO


3.
Klue: Saya, pernah berlakon sebagai monyet.
Siapa saya?: S. ROOMAI NOOR


4.
Klue: Saya, pengarah mulakan P. Ramlee jadi hero.
Siapa saya?: L. KRISHNAN


5.
Klue: Saya, pernah memegang peranan gadis buta.
Siapa saya?: KASMA BOOTY


6.
Klue: Saya, tidak ada peranan lain, balik-balik lawak.
Siapa saya?: D. HARRIS


7.
Klue: Saya, jadi popular selepas "Iman".
Siapa saya?: SA'ADIAH


8.
Klue: Saya, menari mengiringi lagu "Hamidah".
Siapa saya?: ROSNANI


9.
Klue: Saya, kalau berlakon sering menitiskan airmata.
Siapa saya?: NENG YATIMAH


10.
Klue: Saya, pengarah filem seram dan 'box office'.
Siapa saya?: B.N. RAO


11.
Klue: Saya, pernah bawa watak ikan duyong.
Siapa saya?: SURAYA HARON


12.
Klue: Saya, pernah jadi isteri kedua P. Ramlee.
Siapa saya?: JAH MAHADI


13.
Klue: Saya, suka berperanan spy atau pengintip.
Siapa saya?: MAT SENTOL


14.
Klue: Saya, terkenal badan yang gemuk gedempol.
Siapa saya?: ANNIE JASMIN


15.
Klue: Saya, membintangi filem komedi 1001 malam.
Siapa saya?: SARIMAH









16.
Klue: Saya, turut berlakon "Masuk Angin Keluar Asap".
Siapa saya?: RAHIMAH RAHIM


17.
Klue: Saya, pernah menang anugerah di Festival Filem.
Siapa saya?: BAD (BAT) LATIFF


18.
Klue: Saya, turut membintangi "Tunggal".
Siapa saya?: MAHYON ISMAIL


19.
Klue: Saya, pernah berlakon dengan Broery Marantika.
Siapa saya?: SHARIFAH AINI


20.
Klue: Saya, hero filem bercorak musikal.
Siapa saya?: HAIL AMIR


21.
Klue: Saya, berlakon buat perjanjian dengan syaitan.
Siapa saya?: AZEAN IRDAWATI


22.
Klue: Saya, hanya berlakon satu filem saja.
Siapa saya?: SUDIRMAN HAJI ARSHAD


23.
Klue: Saya, pegang peranan Uji Rashid waktu kecil.
Siapa saya?: FAUZIAH (OGY) AHMAD DAUD


24.
Klue: Saya, banyak mencipta lagu untuk filem.
Siapa saya?: AHMAD NAWAB


25.
Klue: Saya, dikasari dalam "Lagit Tidak Selalu Cerah".
Siapa saya?: MARIA ARSHAD


KUIZ kali ini agak mudah. Ini kerana, sebegitu ramai yang menyertai, 95% berjaya meneka dengan tepat.

Sebab berlaku demikian, foto-fotonya yang agak jelas dan mudah diteka disamping kluenya pula sudah diambang jawapan yang tepat.

Sebagaimana biasa (mengikut ketetapan syarat) udian terpaksa dijalankan bagi memilih 5 pemenang yang bernasib baik.

Selain menerima penyertaan dari Malaysia, FKM juga menerima penyertaan dari Indonesia, Brunei, Singapura, England, United States, Saudi Arabia, Mesir, Brazil, Thailand, Filipina, Russia, India, Hong Kong, Jepan, Jamaica dan Argentina.

Yang menariknya, ramai peserta dari negara luar meneka dengan tepat termasuk 2 peserta dari Jamaica dan 2 peserta dari Jepun.

Bagaimanapun, penyertaan mereka terpaksa dibatalkan kerana masalah penghantaran hadiah sekiranya mereka menang. Kos poslaju buku "Filem-Filem P. Ramlee" (beratnya hampir satu kilo) terlalu mahal.

Oleh yang demikian, undi hanya dilaksanakan kepada peserta-peserta dalam Malaysia saja.

Setelah undi dijalankan mereka yang berjaya ialah:

Pemenang Pertama
RM250 & 1 buku "Filem-Filem P. Ramlee"
ZANARIAH ZAINAL ABIDIN,
Kota Bharu, Kelantan.

Pemenang ke-2
RM200 & 1 buku "Filem-Filem P. Ramlee"
HASHIM SULAIMAN,
Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pemenang ke-3
RM150 & 1 buku "Filem-Filem P. Ramlee"
IBRAHIM HASSAN,
Pasir Gudang, Johor.

Pemenang ke-4
RM100 & 1 buku "Filem-Filem P. Ramlee"
MASTURA MUHAMMED EFFENDI,
Petaling Jaya, Selangor.

Pemenang ke-5
RM100 & 1 buku "Filem-Filem P. Ramlee"
HARUN OTHMAN,
Batu Gajah, Perak.

Kepada yang berjaya diucapkan tahniah, dan kepada yang tidak berjaya cuba lagi dalam kuiz ke-3 yang dijangka akan diadakan tidak berapa lama lagi.

Kesemua pemenang akan menerima hadiah masing-masing seminggu dua ini atau secepat yang mungkin.

Terima kasih.

Pengelola Kuiz FK,
ZAINI YUSOP & AIDA ZAILINA.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SEKSI ARTIS DULU-DULU
dedah ke tak dedah ke seksi tetap seksi


10 FILEM BOLLYWOOD HEBAT SEPANJNG MASA
top 10 bollywood films all time

REVOLUSI ISLAM DAN FILEM IRAN
"a separation" meningkatkan martabat negara iran


CECILIA CHEUNG
foto-foto lucahnya menggemparkan hong kong


CINTA DAN LAGU
satu-satunya filem musikal wujud di malaysia

PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai...

TRIVIA "PERMINTAAN TERAKHIR"
ciplakan filem hong kong "susanna"



FILEM-FILEM BARU DI PANGGUNG WAYANG___




















KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.







2 comments:

  1. Tahniah 1,
    kepada 5 peserta kuiz yang berjaya.
    Saya turut serta, dan telah meneka dengan tepat.
    Tetapi sayangnya, undian menewaskan saya.
    Insyaalah saya akan cuba lagi di masa depan.
    Tahniah 2,
    kepada Encik Mustafar dan Puan Zaini.
    Kerana mencipta logo (lambang) baru,
    yang saya anggap cantik dan menarik.
    Ini jelas memperlihatkan kesungguhan FKM
    untuk terus maju dan menarik lebih ramai peminat.

    - Shahriman Abdullah, Temerloh, Pahang.


    ReplyDelete