Teks: Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
# LIHATLAH DAN BACALAH___
* NONA ASIAH "ciumku lagi" dan "nona" membawa tuah * R. AZMI berada dalam kamar sepi dalam kesepian * ROH MEMBELA kekuatannya special effect dan aziz sattar * CHEMBURU banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff * BRAVADOS perbuatan membalas dendam yang sia-sia * BATTLE HYMN buat amal kebajikan sebagai penebus dosa * CHARITO SOLIS sedia berbogel jika benar-benar diperlukan * CECILIA CHEUNG foto-foto lucahnya menggemparkan dunia filem * RAMON A. ESTELLA bertanggungjawab mengubah corak filem malaysia * B.S. RAJHANS perintis filem malaysia dan singapura * RAFEAH BUANG 12+1 lagu terbaik "kalau rindu"
* SUDIRMAN 12+1 lagu terbaik "salam terakhir"
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
# LIHATLAH DAN BACALAH___
* NONA ASIAH "ciumku lagi" dan "nona" membawa tuah * R. AZMI berada dalam kamar sepi dalam kesepian * ROH MEMBELA kekuatannya special effect dan aziz sattar * CHEMBURU banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff * BRAVADOS perbuatan membalas dendam yang sia-sia * BATTLE HYMN buat amal kebajikan sebagai penebus dosa * CHARITO SOLIS sedia berbogel jika benar-benar diperlukan * CECILIA CHEUNG foto-foto lucahnya menggemparkan dunia filem * RAMON A. ESTELLA bertanggungjawab mengubah corak filem malaysia * B.S. RAJHANS perintis filem malaysia dan singapura * RAFEAH BUANG 12+1 lagu terbaik "kalau rindu"
* SUDIRMAN 12+1 lagu terbaik "salam terakhir"
RIBUT RAWIT & MOCH. YUSUF
(sumber: PakLongKlasik)
AZIZ JAAFAR & PANCA SITARA
(sumber: PakLongKlasik)
EDDIE AHMAD & HAMIDAH AHMAD
(sumber: AbangSin)
SITI NURHALIZA & 2BY2
(sumber: SuriaRecordsSRC)
MUNGKIN ramai yang sudah tahu, mungkin juga ramai yang tidak tahu, "Mawarku" (ejaan tahun 1950an, "Mawar-Ku") nyanyian Siti Nurhaliza dan 2by2, merupakan lagu jiran kita, Indonesia.
Lagu tersebut yang menjulang naik nama Siti Nurhaliza dan 2by2, bersama 3 lagi lagu Indonesia, "Tiga Malam", "Gubahanku" dan "Lagu Gembira", begitu popular apabila dirakamkan semula pada tahun 1995.
2by2 dianggutai oleh Faizal, Halim, NeiziMan dan Zul. Dimana mereka sekarang, ya?
Siti Nurhaliza mengeluarkan 2 single (ep) bersama 2by2.
Anehnya, Siti Nurhaliza terus naik mendadak selepas itu, tetapi 2by2 jatuh merudum, kemudian terus hilang, tanpa kubur dan nesan.
Sungguhpun Liza Hanim, Anis Suraya dan Mazleela, menggantikan penyanyi kecil molek kelahiran negeri Pahang itu, tidak dapat membantu 2by2 bertahan lama.
Mungkinkah, disebabkan ketiadaan Siti Nurhaliza, ke? Tidak, kot. Ada sebab-sebab lain, agaknya.
Apa pun, yang jelas cerita Siti Nurhaliza di Wikipedia begitu panjang lebar, namun dia bersama 2by2 tidak tercatat langsung. Kenapa, ya.
Dari segi fakta, ini menyalahi hukum, tidak patut berlaku, sangat mendukacitakan, apatah lagi popularitinya bermula dengan 2by2.
Apa saja yang berlaku, apa saja krisis yang ada, elok ke tak elok ke, jangan abaikan fakta.
"Mawarku", boleh dianggap sebagai salah satu lagu "tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan", ertinya evergreen, malar segar dan sentiasa segar.
Ia sudah dianggap sebagai klasik, dan boleh bertahan sepanjang zaman.
Lagu versi Siti Nurhaliza dan 2by2 ini, tidak jemu-jemu didengar, walau seberapa banyak kali pun, sebab, gubahan musik dan lagu, suara penyanyi, suara berharmoni.
Kini usianya 18 tahun, popularitinya masih tetap unggul. Sama seperti "Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi", Alleycat, dan "Epilog Cinta Dari Bromley", Sohaimi Meor Hassan.
Hanya, ada sedikit tercalar (bagi sayalah), penuturan lirik yang kurang jelas (berharmoni, berbunga-bunga) terutama Siti Nurhaliza, nasib baik klip videonya ada sarikata.
Itu saya panggil (bahasa saya) sebagai meraban. Atau mungkin, sememangnya cara dan style Siti Nurhaliza begitu.
Tetapi, Liza Hanim, Anis Suraya dan Mazleela, tidak pula macam tu, biasa saja, okey.
Kita lupakan dulu, Siti Nurhaliza dan 2by2nya.
Sebenarnya, lagu "Mawarku" mula muncul diawal-awal tahun 1950an (lebih tepat lagi penghujung tahun 1951), tidak pula diketahui siapa pencipta lagunya dan siapa pula yang menulis liriknya.
Lagu tersebut dipetik dari filem Indonesia, "Marum Manis" ("Harum Manis"). Itu saja yang dapat dikesan.
# Diharap, ada sesiapa dapat memberikan info yang jelas mengenai perkara tersebut.
Ada sumber mencatatkan, Moch. Yusuf yang menyanyikan lagu itu bersama Ribut Rawit, sebagai pencipta lagu dan penulis lirik. Ini tidak dapat disahkan, ia perlu dibuat kajiselidik terlebih dulu.
Menurut Mustafar A.R., ketika berbual dengan Ahmad Daud suatu ketika dulu, dia ada menyebut nama pencipta lagu "Mawarku" itu, tetapi terlupa pula.
Saya paksa dia ingatkan, puas dia cuba mengingatkannya, tak ingat juga. Kesian, dia.
Selain menyanyi, di Indonesia, Ribut Rawit juga terkenal sebagai pelakon filem.
Antara filem-filemnya, "Djembatan Merah" (1950), "Saputangan" (1951), "Lenggang Djakarta" (1953) dan "Setulus Hatimu" (1957).
Moch. Yusuf (M. Jusuf) turut berlakon dalam "Djembatan Merah" dan "Setulus Hatimu".
Selain "Mawarku", tidak dapat dikesan lagu lain nyanyian bersama Ribut Rawit dan Moch. Yusuf, tetapi ada 2 lagu yang tidak kurang popularnya nyanyian Ribut Rawit, "Dewi Murni" dan "Fajar Menyinsing", berirama keroncong.
Satu hal yang agak menarik, kenapa mawar putih?
Tidak mawar merah atau mawar kuning atau mawar hijau, oopp... ada ke mawar hijau?...
Kata Mustafar A.R., putih tu, suci murnilah, ya, ada pun dalam lirik.
KUMPULAN SUARA HARMONI
Panca (Pancha) Sitara (bersumberilhamkan The Platters) ditubuhkan oleh P. Ramlee pada 1955, disertai oleh Aziz Jaafar, Normadiah, Kassim Masdor, Ahmad C. dan P. Ramlee sendiri.
Pemuzik-pemuzik (asal, fakta ini penting) yang mengiring kumpulan suara harmoni itu, Ahmad Kassim (piano), Yusof B. (teno-saxaphone), Osman Ahmad (double bass) dan A. Rahim (dram).
Bagaimanapun, tidak lama kemudian, Aziz Jaafar dan Normadiah menarik diri, kerana melanggar syarat, bercinta. Berasmara danalah tu.
Salah satu syarat Panca Sitara, anggutanya tidak boleh bercinta, bila didapati bercinta, pecat, sebelum P.Ramlee bertindak memecat, mereka menggundur diri lebih dulu.
Tempat Normadiah dan Aziz Jaafar digantikan dengan Saloma dan Ahmad Daud, jadilah Panca Sitara 2, dan terakhir.
"Mawarku" dinyanyikan oleh Aziz Jaafar, dan merupakan yang paling diminati ramai pada masa itu, hinggakan lagu asalnya nyanyian Ribut Rawit dan Moch. Yusuf, tenggelam timbul.
Berbeza dengan Ribut Rawit dan Moch. Yusuf, Aziz Jaafar menyanyi secara solo, tidak ada lelaki dan perempuan berpadusuara, hanya suara latar (suara harmoni) mengiringi di belakang, itulah keistimewaannya.
Popularnya "Mawarku" Panca Sitara itu, mendorongkan Eddie Ahamd dan adiknya, Hamidah Ahmad, merakamkannya semula pada 1973, digubah semula ikut cara mereka, juga menjadi minat ramai.
Eddie Ahmad, merupakan penyanyi pop yeh yeh (berinspirasikan The Beatles) diera tahun 1960an dan 1970an, membuat single (ep) pertamanya pada 1966, mengandungi lagu "Aduh Sarodja", "Aku Tetap Merindu', "Aku Kecewa" dan "Dara Merindu".
Agak menyedihkan, Eddie Ahmad (nama asal, Idris Ahmad), meninggal dunia (jauh diperantauan, luar Singapura), di Copenhagen (menjadi rakyat Denmark) pada 1992 kerana barah ursus.
Ketika itu, usianya boleh dianggap masih muda, 45 tahun, lahir pada 1947.
Hamidah Ahmad, juga pernah merakamkan lagu-lagu kepiringhitam (ep) secara solo dengan EMI, "Jumpa Semula" dan "Hamidah", dan seorang lagi adiknya, Dahlia Ahmad, turut membuat rakaman piringhitam, salah satu antaranya, "Persembahanku".
Kita agak bernasib baik, kerana 4 versi "Mawarku" ada di YouTube, dan saya pindahkan ke entri ini untuk dikongsi bersama.
Sebenarnya, lagu "Mawarku" ada beberapa versi lagi, namun yang 4 ini saja yang dianggap sebagai menarik dan terbaik.
Terima kasih kepada PakLongKlasik, AbangSin dan SuriaRecordsSRC kerana bersusah payah menguploadkannya, hingga membolehkan saya membuat satu artikel, yang boleh dikatakan menarik.
Sebabnya, tidak seorang pun terfikir nak buat, seperti juga entri Momo dan salahguna introducing dalam filem.
Ini semua, Mustafar A.R. punya pasal...
DENGARLAH LAGU ORIGINAL "MAWARKU"
VERSI RIBUT RAWIT & MOCH. YUSUF
MAWARKU
Kau mawar ku
Juwita kalbu
Gadis yang ku rindu
Kau remaja pencuri hati ku
Merayu jiwa ku
Kau teruna
Rangkai nyawa
Lampu hati beta
Mesti kau pergi jauh kesuma
Ku terbayang juga
Bila engkau hilang di mata
Tidur nyenyak ku tak bisa
Ku terkenang pada mu kanda
Hancur kerna
Kau jelita
Mawar putih
Suci murni
Pujaan jauhari
Senyuman mu yang menawan hati
Gadisku pertiwi
Bila engkau hilang di mata
Tidur nyenyak ku tak bisa
Ku terkenang pada mu dinda/kanda
Hancur kerna
Kau jelita
Mawar putih
Suci murni
Pujaan jauhari
Senyuman mu yang menawan hati
Gadis ku pertiwi
Penyanyi: RIBUT RAWIT & MOCH. YUSOF
Filem: MARUM MANIS (HARUM MANIS)
Pencipta lagu: TIDAK DIKETAHUI
Pencipta lirik: TIDAK DIKETAHUI
Iringan musik: ORKESTRA RAYUAN KENCANA
Pimpinan: AHMAD JAAFAR
Dengan lahirnya artikel "Mawarku" ini, Mustafar A.R. dan saya telah berbincang, dan tercetuslah idea untuk melibatkan anda, sebagai pengikut (follower) dan peminat FKM.
Caranya cukup mudah, "Mawarku" ada 4 versi, diantaranya itu yang mana satukah anda suka, menarik dan memenuhi selera anda, maknanya yang terbaik, kemudian komenlah.
Catatkan komen anda, di ruangan komen. Tidak melebihi 500 perkataan. Bersopan dan beretika. Jangan sentuh peribadi sesiapa, komen hanya mengenai lagu saja. Jika ada, akan di delete.
Kepada anda yang memberi komen terbaik (dalam penilaian saya), hadiahnya senaskah buku "Filem-Filem P.Ramlee". Tiga pemenang akan dipilih.
Ini juga satu cara (bagi mereka yang berminat menjadi penulis), melatih diri sebagai pengomen atau pengkritik yang kritikal.
DALAM ENTRI KHAS
Tarih tutup 15 Mac, 2014. Hanya mereka yang tinggal di Malaysia saja boleh turut serta, luar Malaysia, jangan. Jika ada, terbatal dengan sendirinya.
Keputusan yang dibuat adalah muktamad, tidak boleh dipertikaikan, sebarang bantahan tidak akan dilayan.
Menggunakan nama samaran (nama dalam kad pengenalan lebih afdal) dibolehkan, dan FKM akan mengumumkan 3 pemenang dalam entri khas "Mawarku" pada 20 Mac, 2014.
Anda juga boleh membuat komen melalui e-mail, yang akhirnya akan dimuatkan (via-email) ke dalam ruangan komen, sekiranya sesuai.
Pemenang pertama, ada bonus lagi. Apa bentuknya, akan diumumkan kemudian.
Selamat memberi komen...
# PERHATIAN: UNTUK MEMBERI PELUANG LEBIH RAMAI MENGAMBIL BAHAGIAN MEMBERI KOMEN LAGU "MAWARKU" INI, TARIKH TUTUP DILANJUTKAN HINGGA SAMPAI 15 APRIL 2014 DAN KEPUTUSANNYA AKAN DIUMUMKAN PADA 20 APRIL 2014.
# Update akan dilakukan dari masa ke masa.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
berapa banyakkah yang masih ada?
AIMI JARR
dari kacamata mustafar a.r.
SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem
A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati
R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian
AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni
LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu
SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?
Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.
Assalaamu'alaikum Encik Mustafar & Puan Zaini,
ReplyDeletePertama sekali, terima kasih kerana memberi peluang kepada para pembaca FKM untuk menjadi penilai dan pengkritik tidak bertauliah. Setelah mendengar keempat-empat versi lagi 'Mawarku', saya memilih versi yang disampaikan oleh 2 By 2 dan Siti Nurhaliza. Walaupun susunan muziknya mirip dengan versi 1970-an yang dinyanyikan oleh Eddie Ahmad dan Hamidah Ahmad, tapi kelebihan versi terbaharu adalah disebabkan suara Siti Nurhaliza yang lebih merdu dan sesuai digabungkan dengan keharmonian Kumpulan 2 By 2.
Versi 1960-an yang didendangkan oleh Aziz Jaafar dan Panca Sitara juga enak didengar tapi saya merasakan lagu ini lebih elok disampaikan secara duet kerana liriknya yang sedemikian rupa. Secara jujurnya, saya kurang gemar dengan versi asal lagu Mawarku dendangan Ribut Rawit & Moch Yusuf. Susunan lagunya kurang kemas dengan suara kedua-dua penyanyi yang sememangnya bernuansa tahun 1950-an, maka versi asal ini dilihat tidak 'menangkap' ke telinga belia seperti saya. Mungkin kekurangan kelengkapan alat muzik pada ketika itu telah mendorong saya menolak untuk mengundi versi asal ini. Walau bagaimanapun, kredit tertinggi wajar diberikan kepada penyanyi asal, pencipta lagu dan penulis lirik kerana telah berjaya menghasilkan sebuah lagu yang malar segar.
Sekian, terima kasih.
Syed Putra (pemajuanperumahan@gmail.com)
Setelah mendengar 4 versi "Mawarku", kesemuanya menarik belaka. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Bagaimanapun, justeru keadaan dan suasana yang berbeza, kelebihan nampaknya berpihak kepada Siti Nurhaliza & 2By2.
ReplyDeleteSuara Siti Nurhaliza, iringan musik dan suara latar (harmoni) begitu menarik lebih-lebih lagi adanya teknologi rakaman yang lebih advance, dan sekali gus boleh menutup sedikit kelemahan, penuturan lirik yang kurang jelas. Ini berbeza dengan teknoloji rakaman di zaman 1950an, 1960an dan 1970an.
Satu hal lagi, yang membuatkan Siti Nurhaliza dan 2By2 lebih ke depan, kerana adanya klip video, tidak dipunyai 3 "Mawarku" yang lain. Ia turut membantu menarik ramai peminat lagu tambahan ada pula sarikatanya. Sambil mendengar lagu, terpaut dengan persembahan dan boleh ikut sama-sama menyanyi.
Mengenai "Mawarku" Ribut Rawit dan Moch. Yusuf, memanglah itu cara dan coraknya yang termampu dimasa itu, begitupun juga, peminat lagu memberikan respon yang cukup baik, walaupun kualiti rakaman tidak sebagus 1990an. Kalau Siti Nurhaliza dan 2By2 lahir dizaman itu dan membuat rakaman, itulah juga cara dan coraknya.
Begitupun juga, "Mawarku" yang original ini masih seronok dan sedap didengar dengan penuturan lirik yang cukup jelas, disamping iringan musik yang sederhana, tidak ada suara harmoni. Suara Ribut Rawit dan Moch. Yusuf baik juga.
"Mawarku" Aziz Jaafar dan Panca Sitara pula, yang mengikut corak dan gaya The Platters, mempunyai kualiti persembahan yang dikira menarik. Suara Aziz Jaafar dan suara latar serta musiknya, bersepadu dapat melahirkan lagu tersebut dengan lebih bertenaga berbanding originalnya. .
Yang menariknya, lagu tersebut dibawakan secara solo, tidak ada lelaki dan perempuan, seperti Ribut Rawit dan Moch. Yusuf, hanya suara harmoni mengiringi Aziz Jaafar.
Gubahan semula oleh P. Ramlee dari lagu asalnya inilah dan juga dari nyanyian Eddie Ahmad dan Hamidah Ahmad, mendorongkan Siti Nurhaliza dan 2By2 mengilap apa yang sudah ada, jadilah ia sesuatu yang lebih baik dan boleh dibanggakan.
Eddie Ahmad dan Hamidah Ahmad, wujud dizaman ala-The Beatles, namun pengaruh penyanyi kumpulan pop yeh yeh, tidak terbawa ke dalam "Mawarku", ia sama seperti Ribut Rawit dan Moch. Yusuf.
Iringan musiknya agak solid (teknik rakamannya yang mantap) menambahkan kualiti persembahannya, namun keistimewaan yang lain tidak ada apa-apa pun, ianya biasa saja.
Pada keseluruhannya, ke-4-4nya "Mawarku" menarik, seronok, sedap didengar dan menghiburan.
Disamping itu, saya salute kepada mereka kerana, tidak banyak perubahan lirik, sedikit saja. Kalau Ribut Rawit dan Moch. Yusuf masih ada, sudah tentu ini membanggakan mereka.
Apapun, saya terpaksa juga membuat pilihan, iaitu;
1. Siti Nurhaliza & 2By2
2. Aziz Jaafar & Panca Sitara
3. Eddie Ahmad & Hamidah Ahmad
dan
4. Ribut Rawit & Moch Yusuf.
Daripada: .IDHAM AHMAD (via e-mail) Putrajaya, WP.
Salam Puan Zaini. Satu lagi entri FKM yang mempersonakan saya. Memang benar kata Puan Zaini, tidak ada sesiapa pun yang terfikir untuk melakukannya dalam bentuk artikel. Dulu, saya memang teruja dengar lagu "Mawarku" nyanyian Aziz Jaafar & Panca Sitara dan Siti Nurhaliza & 2By2, yang dua lagi tu jarang saya dengar. Pada ketika itu saya hanya seronok dan terhibur, itu saja. Namun apabila adanya entri ini, segala faktanya yang tersembunyi terpahat sudah, jelas dan nyata, siap dengan petikan dari filem, "Marum Manis". Ulasan Puan Zaini pun menarik, apatah lagi ada pula usaha untuk pembaca dan peminat FKM mengasah bakat sebagai pengulas dan pengkritik. Jika diizinkan, saya pun ingin turut serta. Syabas Puan Zaini, dan juga Encik Mustafar. Diharap lebih banyak lagi artikel menarik dimuatkan dalam FKM ini dari masa ke masa - LYNDA (via e-mail), Kuala Pilih, N. Sembilan.
ReplyDeleteBagi saya, lagu "Mawarku" versi Siti Nurhaliza & 2By2 lebih menyerlah dan diingati berbanding tiga versi yang lain. Mungkin disebabkan oleh populariti Siti Nurhaliza & 2By2 ketika itu yang membuatkan lagu tersebut lebih diingati oleh pendengar.
ReplyDeleteJika dinyanyikan sedikit lagu ini dan ditanyakan kepada orang ramai, pasti mereka akan menjawab lagu itu "lagu Siti Nurhaliza berduet bersama 2By2". Bukan jawapan "lagu Aziz Jaafar & Pancha Sitara", "lagu Eddie Ahmad & Hamidah Ahmad" dan jauh sekali "lagu Ribut Rawit & Moch Yusuf".
Mohd Danial Abd Aziz (Bung Danial)
Baling, Kedah Darul Aman.
3 versi purbawara tu seronok di dengar & di ketahui sejarah kegemilangannye
ReplyDeletetp versi Siti &2 by2 tu saye sempat merasai sendiri fenomenanye sbb dah hadir ke dunie waktu tu, waktu tu masih bersekolah rendah dlm kereta nak ge & balik skolah dah jd mcm lagu wajib waktu tu. Mat2 romeo sekolah pon gune lagu tu nak pancing awek zaman cinte monyet tu, bile di ingatkn balik tergelak sendiri (sekolah rendah pon dah gatal tp x sedasyat budak2 skg)
satu lagi fakta yg boleh dikaitkan secare x langsong dengan lagu ini kejadian di air terjun waktu Siti Nurhaliza & jejake2 2by2 (yg juge digilai ramai waktu tu) di minte bergambar "mesre" bersame utk promosi lagu tu & diri masing2 sbg pendatang baru yg berjaye mencuri perhatian umum dng ledakkan lagu Mawar Ku nyanyian mereka itu, Siti sgt kekok muke mcm dah nak menangis dlm senyuman dlm gambar siaran majalah hiburan tu
berikutan itu Siti buat kenyataan yg die x akan buat sebarang posing maut dng mane2 artis lelaki lg selepas itu,
kenyataannye yg di angap berani mati utk pendatang baru yg baru nak bertapak dlm dunie hiburan itu menjadi topik hangat ruangan hiburan selain mjd buah mulut masyarakat, komen pebagai pihak berlumbe2 di siarkan media utk melariskan akhbar&menaikkn renting mereka, "tak payah jd artis balik kampong jd ustazah je lah" antare komen yg masih saye ingati tp ramai juge yg menyokong pendiriannye itu bahkan peminatnye semakin ramai x dpt ditandingi oleh mane2 artis waktu itu,
saya gembire dpt tahu melalui FKM ini bahawe Mawar Ku rupenye juge meledak di 4 kali di4 zaman berbeza bukan senang utk sebuah lagu capai tahap itu
kredit perlu di berikan pd pencipte&penulis liriknye yg mampu memcipte lagu sehebat tu, bg saye faktor zaman & kecanggihan peralatan x sebanding dng ILHAM PENCIPTA utk hasilkan karya yg hebat, Perkakasan hanye akan tinggal perkakasan kalau dprt di gunekan utk hasikkan yg terbaik, banyak je lagu yg hebat hancor bile diperbaharui
dulu Saloma pon banyak membarbaharui lagu2 sebelom zamannye mcm kain songket, tiru mcm saya, diikuti Syarifah Aini, bunga tanjong, seri dewi mlm, Kartina Dahari, masa berganti masa, & sudirman sgt banyak memperbaharui lagu2 lama sampai sesetengah org melupekan terus penyanyi asal & sangka itu lagu sudirman mcm lagu 31 Ogos tu
sebaliknye pule kadang2 nyanyian asal tu dah di tahap yg terbaik oleh penyanyi asalnye & sangat janggal di telingge bile penyanyi baru yg belom capai tahap itu gatal nak nyanyikannye, mcm sesetengah lagu P.Ramlee,Sudirman,Jamal Abdillah & lain2
apepon saye bersyukur karya asal yg baik spt Mawar Ku dpt di perbaharui 4 kali & menjadi semakin baik tiap kali diperbaharui
Salam Encik Mustafar & Puan Zaini. E-mail ini dihantar kerana ingin menyatakan kekaguman saya terhadap artikel-artikel menarik yang disiarkan. Ternyata, Encik Mustafar, bekas wartawan hiburan, dapat melakukan sesuatu yang menarik, peminat-peminat hiburan terutamanya.Memang, apa yang dikemukakan dalam FKM tidak terfikir oleh pemblog-pemblog lain sehinggakan ianya menjadi tarikan yang sangat menarik, seperti "Selebriti Seksi Dulu-Dulu", "12+1 Lagu Terbaik", "Momo Dan Salahguna Introducing" dan yang terbaru "Mawarku". Yang lain-lain juga antaranya, "Kassim Masdor" yang membuatkan saya tersenyum membacanya, "Anugerah Oscar" dipersembahkan dengan corak yang berbeza, dan ulasan filem, "Bayangan DiWaktu Fajar" dan "Singapore" , infonya begitu jelas sekali. Saya terus mengikuti FKM dari masa ke masa, dan menilainya, ternyata, the best, foto-fotonya, layoutnya bersih, tidak ada iklan yang berserabut, dan mudah dibaca. Diharap FKM dapat diteruskan, jika tutup ia merupakan satu kerugian kepada saya (mungkin juga yang lain) yang mahukan info dan fakta yang tepat dan meyakinkan. Blog-blog hiburan lain (termasuk kendalian Finas), bagi saya tidak sebaik FKM. Saya doakan, pembedahan mata Encik Mustafar pulih seperti sediakala, supaya dapat memberi sumbangan yang berguna terutama kepada pencinta filem-filem lama, yang kini sudah dianggap klasik - Kamaruddin Baslah (via-email), Shah Alam, Selangor.
ReplyDeleteTerima kasih, Kamaruddin.
DeleteNampaknya, matlamat saya sudah berjaya.
"Hanya mutu saja, mengenali manikam".
Komen yang akan saya berikan di sini bukanlah untuk mendapatkan apa-apa hadiah - kalau pun ia dicanang sebagai pemenang tidak kiralah di tangga yang ke berapa! Ia adalah pandangan saya untuk merancakkan berbincangan. Bagi saya kesemua empat versi lagu MAWARKU ini mempunyai gaya serta tarikan masing-masing yang tersendiri. Untuk membandingkan versi asal & versi-versi berikutnya dalam suatu perlombaan (menurut istilah seberang) adalah sama sekali tidak adil. Ini saya mengatakan sedemikian kerana kalaulah pada tahun 70'an dulu ketiga-tiga versi lagu ini dibandingkan, tentu generasi waktu itu akan memilih versi Eddie-Hamidah Ahmad sebagai yang paling bertenaga sekali kerana pada hemat generasi itu, versi asalnya "lembab" manakala versi Pancha Sitara dikira agak "kebaratan" kerana ia bernuansa kumpulan The Platters. Justeru itu, tidak menghairankan mengapa 4 atau 5 penyumbang di sini memilih versi 2 by 2-Siti Nurhaliza sebagai johan kerana mereka berada dalam generasi hari ini yang lebih cenderung kepada gaya persembahan "bandboy" & kagum dengan suara diva sanjungan mereka, Siti Nurhaliza. Sebenarnya, MAWARKU adalah sebuah lagu romantik sepasang kekasih yang meluahkan ekspresi cinta seorang individu lelaki kepada seorang individu wanita, & vice versa. Pendek kata, samalah macam Romeo & Juliet, Romi & Juli dan Uda & Dara. Versi asal & versi Eddie-Hamidah Ahmad secara "faithfully" patuh kepada format nyanyian berduet ini. Bukan itu sahaja, kedua-dua versi ini menggunakan iringan muzik latar bertali berbentuk orkestra. Ini menjadikan versi kedua-dua ini agak "solid"; cuma versi Ribut Rawit-Much Yusuf perlahan & lembab sedikit - maklumlah gaya lama, teknologi & peralatan instrumennya pun agak ketinggalan zaman. Versi Eddie-Hamidah Ahmad patuh pada format asal tetapi ia lebih bersemangat & jauh ke hadapan memandangkan teknik rakaman & orkestra iringannya yang terdiri daripada para sessionist profesional di syarikat gergasi EMI yang tentu hebat. Mentelah pula suara dua pasangan adik-beradik ini memang "power" hingga dapat mencecah ke nota yang tinggi (sama seperti Siti Nurhalizah). Versi dua-beradik ini menduduki di tangga teratas selama 30 tahun sehinggalah versi 2 by 2 terbit di pasaran. MAWARKU dendangan Pancha Sitara & 2 by 2 merupakan versi innovatif yang menyimpang daripada format duet. Kedua-dua versi ini berbentuk nyanyian harmoni dengan back-up suara ramai. Muzik iringannya bukan orkestra & agak ringan. Generasi hari ini pasti tidak dapat mengapresiasi versi Pancha Sitara kerana muzik ala The Platters digemari oleh segolongan pendengar saja (walaupun di era kemuncak The Platters dulu) kerana iramanya bernuansa "black American cabaret". Versi Pancha Sitara & 2 by 2-Siti Nurhalizah lebih berani melencong daripada format asal MAWARKU kerana yang diutamakan adalah persembahan mengikut selera pada zaman masing-masing. Malah versi 2 by 2-Siti Nurhalizah boleh dianggap lemah sekiranya Siti Nurhalizah tidak bersama kerana suara kumpulan boyband ini langsung tidak ada "power", malah patah lagu suara lelakinya juga agak terkeluar sedikit. Siti Nurhalizahlah yang menaikkan versi MAWARKU di abad yang ke-21 ini ke mercu "billboard" tempatan yang teratas sekali kerana kemampuan suaranya serta persembahan yang penuh "embellishment" daripada bakat semula jadi Siti. Tanpa Siti Nurhalizah, versi 2 x 2 boleh dikira hambar & kecundang dek suara lelakinya yang kurang "power". MAWARKU adalah lagu "killer song", malar segar (evergreen) & ikon dari generasi ke generasi menurut keberadaannya di zaman masing-masing.
ReplyDelete- NONAMA
Nampaknya, penghujahan semakin bertambah rancak.
DeleteSiti Nurhaliza & 2By2, mula melangkah ke depan.
Apa tunggu lagi, tunjukkan bakat anda sebagai pengkritik.
Sememangnya dan tidak boleh dipertikaikan lagi, "Mawarku" versi Siti Nurhaliza & 2By2, yang terbaik berbanding dengan 3 yang lain. Advantagenya yang ada, teknologi rakaman dan musik yang lebih ke depan, hiasan klip video dan mengilap dari tiga versi yang sudah tersedia ada. Maknanya, menciplak lebih mudah dari melahirkan sesebuah lagu yang original.
ReplyDeleteDalam topik ini, yang dikemukakan olen Puan Zaini Yusop, mencari yang terbaik, sedap didengar dan menghiburkan "Mawarku" diantara 4 versi yang ada, bukannya perkara-perkara lain, itulah sebabnya Siti Nurhaliza & 2By2 berada di depan.
Kalau berdasarkan ciplakan, ianya terduduk, kerana kebanyakan lagu-lagu Nurhaliza & 2By2, adalah ciplakan seperti "Lagu Gembira", "Tiga Malam" dan "Gubahanku". Ertinya, populariti mereka banyak bergantung kepada populariti lagu-lagu lain yang sudah ada.
Namun begitu, perkelakuan seperti itu, bukan saja berlaku kepada Siti Nurhaliza dan 2By2, tetapi juga Aziz Jaafar & Panca Sitara dan Eddie Ahmad & Hamidah Ahmad.
Perkara ini sudah lumrah, tetapi 2By2 ketara sangat, bukan saja bersama Siti Nuharliza, malahan dengan Liza Hanim, Anis Suraya dan Mazleela, serupa saja.
Mereka banyak bergantung kepada lagu-lagu popular yang tersedia ada, lagu-lagu original ciptaan mereka, nampaknya tidak ada langsung (tidak tahulah kalau saya terlepas pandang), populariti atas populariti.
"Mawarku" Ribut Rawit & Moch. Yusuf dan "Mawarku" Aziz Jaafar & Panca Sitara, hanya diminati oleh kalangan yang lahir di zaman tahun 1950an, lebih kepada nostalgia, tidak untuk jenerasi 1990an dan 2000an (kalau ada pun sedikit sangat), yang banyak dipengaruhi dengan pengedaran zaman.
Nyanyian Eddie Ahmad & Hamidah Ahmad, nampaknya tidak menyerlah. Ia popular ketika pengeluarannya saja, selepas itu hilang dan sesekali timbul. Begitu pun juga dari segi kualiti persembahan, tetap baik dan sedap didengar. Musiknya pun bagus.
Bagi saya yang lahir, setahun selepas Malaya merdeka (1958), menyukai 4 versi "Mawarku" ini dimana saya dapat mendengar 4 corak persembahan yang berlainan, cara yang tersendiri. Cuma versi Nurhaliza & 2By2 lebih menarik berbanding yang tiga lagi.
Apa yang jelas dan nyata, kekuatan "Mawarku" bukan disebabkan cara penyampaian, gubahan musik serta ada yang dirakamkan menggunakan teknologi terkini, tetapi banyak disebabkan lagu "Mawarku" itu sendiri, dan saya bersetuju ia dikategorikan sebagai evergreen atau pun sentiasa segar, tidak pudar walaupun zaman berganti zaman. Itulah keistimewaannya.
Terima kasih kepada pencipta lagu dan penulis lirik yang berjaya melahir sebuah lagu (saya ulang sekali lagi) yang "tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan", Tetapi malangnya (setakat ini), kita tidak tahu, siapa pencipta lagu dan penulis liriknya. Diharap ia akan terungkai suatu ketika nanti, lagi cepat lagi baik.
Akhir sekali, dalam pemilihan, saya pilih;
1. Siti Nurhaliza & 2By2
2. Aziz Jaafar & Panca Sitara
3. Eddie Ahmad & Hamida Ahmad dan
4. Ribut Rawit & Moch. Yusuf.
Sekian, semoga FKM terus maju jaya.
Saya: Jaffar Hashim (via-email), Taiping, Perak.
Kebagusan sesebuah lagu bukan saja harus diukur dari persembahan seseorang penyanyi atau kumpulan penyanyi saja, tetapi disebabkan lagu itu sendiri.
ReplyDeleteMemang benar, nyanyian "Mawarku" oleh Siti Nurhaliza dan 2By2 menjadi minat ramai, namun "Mawarku" tahun 1950an nyanyian Ribut Rawit dan Moch Yusuf itulah yang sebenarnya, menarik.
Kalau tidak menarik, takkan Aziz Jaafar dan Panca Sitara dan Eddie Ahmad dan Hamidah Ahmad, menciplak menyanyikan semula lagu tersebut.
Kekuatan Ribut Rawit dan Moch. Yusuf, kekuatan original. Kekuatan Siti Nurhaliza dan 2By2 kerana ciplakan, sesuatu yang telah diberi nafas baru bukan saja berdasarkan satu versi, tetapi tiga.
Apapun, saya bersetuju "Mawarku" Siti Nurhaliza dan 2By2 memang menarik dan sedap didengar. Gubahan semula dari tiga versinya yang terdulu begitu berkesan.
Tambah menarik dengan suara Siti Nurhaliza walaupun ada kalanya penuturan liriknya yang kurang jelas, serta iringan musiknya yang dikira okey juga.
Sebagai jenerasi baru, lahir selepas tahun 1980, pendengaran saya terhadap keempat-empat versi "Mawarku", lebih ke arah kepada Siti Nurhaliza dan 2By2, yang ternyata seronok dan sedap, lebih penting, menghiburkan.
Selain itu, "Mawarku" Aziz Jaafar dan Panca Sitara, mempunyai kekuatan sendiri. Ia yang digubah semula oleh P. Ramlee berala-The Platters, juga seronok dan sedap didengar, lebih-lebih lagi adanya suara harmoni Panca Sitara yang direncanakan cukup mantap..
Versi Eddi Ahmad dan Hamidah Ahmad, tidak ada keistimewaan apa-apa, cuma musiknya yang agak baik, kelihatannya lebih mencengkam.
Nyanyian Ribut Rawit dan Moch Yusuf, kekuatannya kepada lagu "Mawarku" itu sendiri, dan harus dinilai tahun 1950an, jangan samakan dengan tahun 1990an.
Akhir sekali pemilihan saya;
1. Siti Nurhaliza dan 2By2
2. Aziz Jaafar dan Panca Sitara
3. Eddie Ahmad dan Hamidah Ahmad
4. Ribut Rawit dan Moch. Yusuf
Drp: Zainal Abidin Salleh (via e-mail), Kangar, Perlis.
Bagi saya, komen-komen yang diberikan semuanya amat bernas dan telah digarap dengan baik. Ini saya melihat dari aspek penulisan & bakat sedia ada pada individu-individunya di sini yang langsung tidak saya kenali. Saya juga tidak menganggap sumbangan yang diberikan di sini sebagai suatu perlombaan (siapa yang menang siapa yang kalah & siapa yang betul siapa yang salah)! Kalau saya dikecualikan pun tidak mengapa. Saya rasa kami yang memberi komen-komen ini bukanlah pakar muzik & ahli seni yang arif, dan rata-rata saya dapati komen-komennya berbentuk subjektif dan kurang berunsur objektif. Apa-apa pun sama ada topik MAWARKU ini dianggap sebagai perlombaan (menurut pemblognya) ataupun bukan (menurut saya), di akhir penutupnya, dapatkanlah buah fikiran & komen daripada cita rasa seorang ataupun beberapa orang individu berlatarbelakangkan muzik yang agak meluas. Kita lihat pula bagaimana pandangan mereka. Apa kata Encik Mustafar AR ~ kerana ini semua adalah Mustafar AR punya pasal!!!!!!
ReplyDelete- NONAMA
Entri "Mawarku" ini, lebih berbentuk main-main, suka-suka saja. lebih menjurus kepada yang rengan, tidak serius. Kalau berat terpaksa pula jemput Ahmad Nawab atau Johari Salleh terlibat sama. Kita sudah temui "Mawarku" 4 versi di YouTube, apa salahnya kita sama-sama polemikkan, mencari konklusi yang berbeza, bukannya itu bagus, ini tidak bagus. Yang lebih ditekankan, mengasah bakat menjadi pengkritik yang peka dan sejauh mana penerimaan seseorang penulis itu terhadap lagu "Mawarku". Setakat ini, komen yang diberikan sangat baik, tidak prejudice, dan ternyata masing-masing memberi pandangan yang seimbang, walaupun, nampaknya, Siti Nurhaliza & 2By2 menjadi piliahan utama. Jangan salah mengerti niat FKM. Saya dan Zaini, tidak mahu melukakan hati sesiapa pun, lagi pun apa faedahnya. Kalau dikatakan, penuturan lirik kurang jelas, itu pendapat masing-masing, bukan bererti melukakan hati Siti Nurhaliza. Kalau ada yang kata tidak, okeylah. Jangan paksa, orang kata tidak, suruh kata okey sudahlah. Saya banyak menerima e-mail tentang perkara ini. Penuh emosi. Bagaimanapun, biarlah ia berada disitu, selagi saya mahu ia berada disitu. Rupa-rupanya ramai sekali peminat Siti Nurhaliza. Saya dan Zaini pun peminat Siti Nurhaliza, tetapi yang elok katakan tetap elok, yang kurang elok, katakan kurang elok. Barulah boleh menjadi pengkritik yang hebat dan unggul.
DeleteSaya minta kepada Nonama, jangan mengomen komen orang lain, tumpukan kepada lagu "Mawarku" dan komen Nonama sendiri. Rasanya, tidak begitu baik dibuat komen diatas komen. Biarkan Zaini Yusop buat komen, bila sampai ke penghujungnya nanti. Boleh ya, Nonama.
DeleteBenar kata Encik Mustafar. Biarlah "penganjur"nya membuat komen ke atas penulisan & pendapat para "peserta"nya. Saya juga terlalu ghairah kerana meminta buah fikiran daripada pakar muzik untuk memberi ulasan. Pada hal benda ini cuma main-main & sekadar suka-suka saja. Takkan sampai nak undang Ahmad Nawab, M. Nasir atau Johari Salleh untuk terlibat sama? Hihihi........... (ketawa besar)! Tapi jika Kak Pah atau M. Daud Kilau atau Shila Amzah ingin memberi pendapat, apa salahnya? Ini akan menjadikan topik perbincangan ini lebih seronok & lebih istimewa.
ReplyDelete- NONAMA
Kalau sesiapa yang menyatakan, lagu "Mawarku" Siti Nurhaliza & 2By2 kurang atau tidak baik, ada sesuatu yang tidak kena kepada mereka. Ini kerana lagu tersebut sememangnya seronok dan sangat menarik untuk dilihat dan didengar. Bagi saya, "Mawarku" Siti Nurhaliza & 2By2 lebih bernyawa dibandingkan dengan nyanyian Ribut Rawit & Moch. Yusuf, Aziz Jaafar & Panca Sitara dan Eddie Ahmad & Hamidah Ahmad. Sebenarnya, empat versi "Mawarku" tidak sepatutnya dipertandingkan. Tetapi, awal-awal lagi, Zaini Yusop telah memberitahu, bukan mencari yang terbaik atau yang terburuk, hanya sebagai pengasah bakat untuk para penulis yang baru cuba-cuba mahu menulis, tidaklah ianya suatu kesalahan. Malah bagus dan dialu-alukan. Dalam hal "Mawarku" ini, saya ibaratkan sebagai pelawanan tinju. Siti Nurhaliza & 2By2 muda dan kuat, katakanlah begitu. Lawannya Ribut Rawit & Moch. Yusuf yang kelihatan lemah dan tidak bermaya, tentulah ianya tidak seimbang, dan sudah pasti Ribut Rawit & Moch. Yusuf akan kecundang ditangan Siti Nurhaliza & 2By2, bertinju digelanggang yang tidak sama rata. Bagaimanapun, empat versi "Mawarku" itu ada keistimewaan masing-masing mewakili zaman dimana mereka berada. Nyanyian Ribut Rawit & Moch. Yusuf memang kurang oommnya, kerana itulah kemampuan yang mereka ada di waktu itu. Tetapi cukup popular dan diminat ramai. Versi Aziz Jaafar dan Panca Sitara, menampakkan sedikit perubahan kerana, adanya unsur-unsur The Platters dimasukkan, suara Aziz Jaafar, suara harmoni dan iringan musik yang digubah oleh P.Ramlee ternyata dapat bertahan hingga ke hari ini, walaupun tidak dapat mengatasi Siti Nurhaliza & 2By2 yang mempunyai kelebihan dari segi teknologi rakaman dan klips video. Versi Eddie Ahmad & Hamidah Ahmad pula tidak mempunyai kelebihan apa-apa. Persembahannya biasa saja, begitu pun juga, musiknya dirasakan lebih bertenaga, menarik. Pada keseluruhannya, empat versi "Mawarku", menarik dan menghiburkan, disamping mewakili zaman masing-masing yang mana agak sukar menentukan yang mana baik dan yang mana pula kurang elok. Apapun, dalam pemilihan, saya memilih Siti Nurhaliza & 2By2 ditempat pertama; Aziz Jaafar & Panca Sitara, kedua; Eddie Ahmad & Hamidah Ahmad, ketiga; dan Ribut Rawit & Moch. Yusuf, keempat. - Razali Othman (via-email), Shah Alam, Selangor.
ReplyDeleteLebih suka dengar suara Miss Ribut dan Moch Yusuf.. suara Miss Ribut AKAN- AKAN suara Miss Rubiah penyanyi " Bunga Tanjung " dan Rachun Dunia . Suara Miss Rubiah kerap digunakan oleh allahyarhamah seniwati Kasmah Booty untuk adegan nyanyian filem.
ReplyDeleteAlamak, saya baru terbaca tentang undian ni. Dah lewat tapi nak undi jugak.
ReplyDeleteKesemuanya bagus. tapi pilihan hati saya yang nak mencecah separuh abad ni ialah:
1. Eddie & Hamidah
2. Siti & 2 by 2
3. Aziz Jaafar & Panca Sitara
4. Ribut Rawit & Moch Yusuf
Saya suka suara Eddie yang gemersik & terbayang teruna remaja yang berjiwa sederhana. Sebutan oleh kedua beradik ini jelas.
Siti & 2 By 2 pun menarik tetapi Siti adakalanya berdengung kurang jelas. 2 By 2 mirip Eddie lembut didengar sesuai untuk telinga saya yang berjiwa lama ni.
Saya tak pandai nak buat komen, tapi ingin menyatakan artikel "Mawarku" ini berfakta, dan tak pernah jumpa dimana-mana blog diinternet termasuk Indonesia. Tahniah Encik Mustafar dan Puan Zaini, teruskan usaha yang baik ini. Drp: Julia (Tg. Malim), Perak.
ReplyDeleteAda empat versi lagu "Mawarku". Tetapi hanya blog Filem Klasik mengemukakannya sebagai fakta yang selama ini tidak ramai yang tahu. Syabas Mustafar A.R. dan Zaini Yusop.
ReplyDeleteEmpat versi, empat ragam, mewakili zaman masing-masing. Ini sudah tentu tidak sama, pasti berlainan. Banyak kekurangan Ribut Rawit dan Moch. Yusuf berbanding Siti Nurhaliza dan 2By2. Bertanding digelanggang yang tidak sama rata.
Sebenarnya, empat versi ini tidak harus diperdebatkan, dipolimekkan. Masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri mewakili zaman dimana mereka berada dan berkarya.
Bagaimanapun, tujuan Filem Klasik bukan mencari yang terbaik, hanya sebagai memberi peluang kepada penulis membiasakan diri sebagai penulis atau pengkritik, alasan tersebut tepat, dan sangat dialu-alukan.
Apapun, realitinya, nyanyian Siti Nurhaliza dan 2By2 mengungguli tiga versi yang lain. Ini kerana mereka berada dizaman yang serba canggih teknologi rakamannya, tambahan pula ada klips videonya.
Nyanyian Ribut Rawit dan Moch. Yusuf, memang terkebelakang dari segi rakaman, namun begitu paduansuara pasangan tersebut tetap baik dan memuaskan, sesuai sebagai pengasas lagu tersebut.
Tidak ada "Mawarku" mereka, tidak ada "Mawarku" Siti Nurhaliza dan 2By2.
Pada saya, "Mawarku" Aziz Jaafar dan Pancha Sitara, menduduki tempat kedua kerana, P.Ramlee telah menggubahkannya ala "The Platters" yang saya anggap sangat menarik tambahan pula tiga anggutanya yang lain sudah popular (selain dua yang disebut), Normadiah, Ahmad C. dan Kassim Masdor.
Nyanyian Eddie Ahmad dan Hamidah Ahmad, pun tidak kurang menariknya, disamping suara, musiknya pun menambahkan lagi kekuatan persembahan "Mawarku" mereka itu.
Pada keseluruhannya, empat versi "Mawarku" tetap baik, tetap menarik, mewakili zaman dimana mereka berada, jangan dirangkumi semuanya.
Jika dilakukan juga, sudah pastilah "Mawarku" Siti Nurhaliza dan 2By2 berada jauh ke depan.
- Noorman Noordin (via-email), Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
ya jelas lah pada milih siti, kan yg komen banyakan orang malaysia, tapi kami sebagai warga Indonesia tetap mengagungkan versi asli lagu mawarku ini dari ribut rawit dan moch yusuf...dimana pun juga versi asli memang lebih asyik
ReplyDelete