"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Saturday, February 1, 2014


MOMO

TIDAK PATUT DIINTRODUCINGKAN
Teks Oleh Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Di Edit Di Semak & Di Susun Oleh Zaini Yusop





# LIHATLAH DAN BACALAH___
* NONA ASIAH "ciumku lagi" dan "nona" membawa tuah * R. AZMI berada dalam kamar sepi dalam kesepian * ROH MEMBELA kekuatannya special effect dan aziz sattar * CHEMBURU banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff * BRAVADOS perbuatan membalas dendam yang sia-sia * BATTLE HYMN buat amal kebajikan sebagai penebus dosa * CHARITO SOLIS sedia berbogel jika benar-benar diperlukan * CECILIA CHEUNG foto-foto lucahnya menggemparkan dunia filem * RAMON A. ESTELLA bertanggungjawab mengubah corak filem malaysia * B.S. RAJHANS perintis filem malaysia dan singapura * RAFEAH BUANG 12+1 lagu terbaik "kalau rindu"
* SUDIRMAN 12+1 lagu terbaik "salam terakhir"







Oleh MUSTAFAR A.R.__________




REMEH, tetapi sangat bermakna.

Mungkin, ramai yang tidak menyedari, mungkin ramai yang tidak ambil peduli.

Namun dari segi fakta ternyata, ia sesuatu yang tidak betul, kesilapan besar. Ertinya, disalahgunakan.

Topik perbincangan, introducing atau memperkenalkan, yang digunakan dalam filem.

Defination introducing, the act of starting something for the first time; introducing something new.

Definasi memperkenalkan, perbuatan memulakan sesuatu untuk kali pertama; memperkenalkan sesuatu yang baru.

Kalau mahu diteliti semua filem (banyak juga ada introducing dan memperkenalkan), tentu agak sukar. Oleh yang demikian, saya hanya tumpukan kepada filem-filem P.Ramlee saja.

Dalam filem "Pendekar Bujang Lapok" terdapat dua pelakon diiktiraf sebagai introducing - Rose Yatimah dan Momo Latiff (saya lebih suka menggunakan Momo saja, itu lebih popular sejak lama dulu).

Rose Yatimah, okey. Tetapi Momo, tidak okey.

Bagi Rose Yatimah, "Pendekar Bujang Lapok", filemnya yang pertama, sesuailah diletakkan dibawah introducing. Tetapi, filem tersebut yang kedua bagi Momo, tidak patut diletakkan sebagai introducing.

MEREKA HANYA TAHU

Mungkin, P.Ramlee dan sesiapa saja yang bertanggungjawab dengan filem komedi itu, tidak menyedari Momo ada berlakon filem sebelum itu, ditahun 1940an.

Mereka hanya tahu, Momo sebagai penyanyi saja, seringkali berpadusuara dengan P.Ramlee merakamkan lagu-lagu ke piringhitam.

Sebenarnya, Momo sudah berlakon dalam "Toping Saitan" (Topeng Syaitan) KLIK DISINI yang diarahkan oleh Hau Yau dan Wan Hai Ling keluaran Shaw Brothers, diedarkan pada 19 April, 1941.

Keprihatianan pengeluar filem (Shaw's MFP) dalam menggunakan istilah introducing atau memperkenalkan, selalu terabai.

Ini juga berlaku kepada Jins Shamsudin (Shamsuddin) dalam filem "Panca Delima".

Dengan catatan sebegitu, pasti ramai yang beranggapan, itu filem pertamanya, padahal dia sudah berlakon dalam dua filem, ada dialog pula, cuma nama tidak tercatat dicredit title.

Jins Shamsudin turut berlakon dalam "Keadilan Ilahi" yang diarahkan oleh K.M.Basker, dan "Anak-Ku Sazali" arahan Phani Majumdar.




Nasib baik Hashimah Yon, tidak diletak dibawah introducing, kalau tidak ia lebih mengelirukan, tambah bercelaru.

Sebelum berperanan utama dalam "Panca Delima", dia membintangi beberapa filem termasuk "Ayer Mata", "Penarek Becha" dan "Anak-Ku Sazali".

Selain itu, kepincangan juga berlaku kepada Latiffah (Latiffa) Omar dalam filem "Panggilan Pulau" yang diarahkan oleh S.Ramanathan, turut dibintangi P.Ramlee, Normadiah, Yusof Latiff dan Noordin Ahmad.

Namanya tidak patut berada dibawah memperkenalkan, tidak seperti Ibrahim Hassan (Pendek) yang sememangnya filem tersebut lakonannya yang pertama.

Latiffah Omar, sebelum "Panggilan Pulau", pernah berlakon dalam dua filem - "Dahlia" diarahkan oleh B.S.Rajhans dan "Kerana Kau" arahan K.R.S.Sastry.

Dalam filem "Sumpah Orang Minyak", nama Marion Willis dan Sri Dewi, berada dibawah introducing tepat dan betul kerana, filem tersebut lakonan mereka yang pertama, begitu juga Dayang Sofia dalam "Bujang Lapok", Sarimah, "Ali Baba Bujang Lapok".

ADA SEDIKIT KECERDIKAN

Bagaimanapun, ada sedikit kecerdikan (Shaw's MFP) apabila meletakkan nama Udo Umar (Omar Hitam) dibawah introducing dalam filem "Penarek Becha" arahan P.Ramlee.

Sebenarnya, filem pertama Udo Umar, "Hang Tuah", namun kerana sesuatu sebab, filem yang diarahkan oleh Phani Majumdar itu ditayangkan terkemudian dari "Penarek Becha".

Lain-lain introducing (memperkenalkan) dalam filem-filem P.Ramlee dikira okey.

Antaranya, Sharifah Hanim, "Masam2 Manis", Ruminah Sidek, "Anak Bapak", Julie Faridah, "Keluarga 69", Mimiloma, "Ahmad Albab" dan Monica Jones, "Di Belakang Tabir".

Bagi memanjangkan cerita, kerana fokus utamanya Momo, saya meminta Zaini Yusop membuat artikel mengenainya, dan hasilnya ikutilah dibawah.









MOMO, MASA DULU-DULU

Satu-satunya Mustafar A.R. bergambar dengan Momo. Dari kiri: Indra Shahril, Nona Asiah, Momo, Salleh Kamil, Mustafar A.R. dan Ismail Kassim (berdiri). Gambar ini dirakamkan di Kuala Lumpur pada tahun 1978.



BIODATA__________
Nama Popular MOMO (MOMO LATIFF)
Nama Sebenar MAR'FUAH BINTI MAT KARIM
Tahun Lahir 1923
Tempat Lahir BETAWI (JAKARTA), INDONESIA
Tarikh Meninggal dunia 10 DISEMBER 2015
Tempat meninggal dunia WOODLANDS, SINGAPURA




MAT TOYOL (Sumber: FilemKlasik Melayu)

ANTARA SENYUM DAN TANGIS (Sumber: DezyDizzy)

LEBIH TERKENAL SEBAGAI PENYANYI DIBANDINGKAN PELAKON
Oleh ZAINI YUSOP

MOMO, sebagaimana juga Nona Asiah dan Rokiah Hanafi, lebih terkenal sebagai penyanyi jika dibandingkan pelakon filem.

Nona Asiah hanya satu filem, "Pelangi" (arahan Nas Achnas), Rokiah Hanafi, juga satu filem sebagai heroine dalam "Seruan Merdeka" (B.S.Rajhans) bersama Salleh Ghani.

Bagaimanapun, Rokiah Hanafi, sebagai pelakon pembantu dalam "Chempaka", "Pisau Berachun" dan "Perkahwinan Rahsia".

Agak menarik, Momo memulakan kariernya sebagai pelakon filem dengan membintangi "Toping Saitan" (Topeng Syaitan, Shaw Brothers), yang diarahkan oleh Hau Yau dan Wan Hai Ling.

Dikeluarkan pada 1941, selepas 6 tahun "Leila Majnun" ditayangkan kepada umum, KLIK DISINI turut berlakon, A.Rahman, Haji Gong, Hapsha dan Hassan Temberang.

Menurut Momo, "Toping Saitan" filem pertamanya, sebelum itu, di Betawi, buat pertama kalinya menjejakkan kakinya di pentas bangsawan sebagai anak raja, setelah pelakon yang sebenar tidak dapat berlakon kerana diserang deman panas.

Momo mendapat namanya kerana, waktu kecil-kecil, usianya 8 tahun (1931), perangai macam tomboy, suka mandi sungai, berkawan pun ramai dengan budak lelaki.

"Sebab wajah saya comot dan hitam, mereka gelarkan saya, Momok, macam hantulah lebih kurang," katanya.

Sebelum perang dunia ke-2, sebelum Jepun masuk Malaya/Singapura, Momo pergi ke Medan kemudian ke Melaka ikut main bangsawa dengan Norhan Opera.

Ketika di Melaka itulah, dia mendapat tawaran berlakon dari Shaw Brothers memegang peranan heroine dalam filem "Toping Saitan".

Selepas itu, Momo tidak berlakon, dia lebih tertumpu kepada nyanyian, membuat rakaman piringhitam dan menggunakan suaranya (playback singer) untuk pelakon-pelakon yang membintangi filem-filem keluaran studio MFP Jalan Ampas, terutamanya.

TETAP TIDAK BERUBAH

Antara filem-filemnya, "Nasib", "Bakti", Takdir Illahi", "Sejoli", Antara Senyum Dan Tangis", "Anjoran Nasib", "Patah Hati" dan "Putus Harapan", digunakan oleh antaranya, Siput Serawak, Kasma Booty, Neng Yatimah, Rokiah dan Mariam.

Disamping filem, Momo juga seringkali menyanyikan lagu-lagu bercorak komedi (dipiringhitamkan) bersama S.M.Al-Idrus, P.Ramlee, Jasni dan Aziz Sattar.

Antara yang popular dan diminati ramai, "Oh, Manisku", "Mabok Kepayang" dan "Tak Guna" bersama P. Ramlee, "Lagak Berani" dengan Aziz Sattar, "Siti Zawiyah" bersama S.M.Al-Idrus dan "Takut Di Madu" dengan Jasni.

18 tahun kemudian (1959), P.Ramlee mengambilnya berperanan sebagai emak Rose Yatimah dalam "Pendekar Bujang Lapok", dimana dia telah memperlihatkan lakonan yang mencuit hati, penuh kelucuan.

Kerana itu, sekali lagi P.Ramlee memberi peranan dalam "Musang Berjanggut" sebagai emak Sa'adiah pula, dan komedinya tetap melucukan seperti "Pendekar Bujang Lapok" juga, apatah lagi berpasangan dengan Raden Sudiro, yang terkenal dengan peranan lawaknya.

Itulah filem terakhir, Momo berlakon dibawah arahan P.Ramlee, selepas itu, dia menyepi sekejap.

Setelah 2 tahun menghilang, pada 1961, Jamil Sulong mengambilnya berlakon dalam "Si Tanggang" bersama Jins Shamsudin, Sarimah dan Normadiah, kemudian disusuli "Mambang Moden", disamping Sa'adiah dan Aziz Jaafar.

Momo turut membintangi beberapa filem Cathay Keris Film, "Jiran Sekampong", "Mat Toyol" dan "Mat Karong Guni".

Selain itu, dia berlakon juga dalam "Mat Tenggek" diarahkan oleh Mat Sentol keluaran Maju Filem Produksi, selepas Cathay Keris Film ditutup.

Dalam "Mat Toyol", dicredit title, nama Momo terletak dinombor dua, dibawah Mat Sentol, ertinya memegang peranan utama, tetapi dalam "Mat Karong Guni" namanya tidak tercatat langsung.

Sepanjang kariernya sebagai pelakon filem, Momo membintangi 10 filem, tetapi lagu banyak sekali, sampaikan tidak boleh terkira.


# PENCAPAIAN TERBAIK
* PENERIMA ANUGERAH KHAS
Anugerah Bintang Popular (Kuala Lumpur, 1995)
* ANUGERAH KEHORMAT JOHAN BINTANG SARAWAK (JBS)
Daripada Yang Di-Pertua Negeri Sarawak (2007)
* ANUGERAH BINTANG LEGENDA
Sempena Festival Filem Malaysia Ke-22 (Kota Kinabalu, 2009)
* ANUGERAH LEGENDA SEPANJANG ZAMAN
Sempena Anugerah Seri Temasek (Singapura, 2013)

# FILEM (10 semuanya)
1. TOPING SAITAN (Hou Yao Wan & Hoi Ling 1941)
2. PENDEKAR BUJANG LAPOK (P.Ramlee 1959)
3. "MUSANG" BERJANGGUT (P.Ramlee 1959)
4. SI TANGGANG (Jamil Sulong 1961)
5. BUDI DAN DOSA (Jamil Sulong 1963)
6. MAMBANG MODEN (Jamil Sulong 1964)
7. JIRAN SEKAMPONG (Hussain Haniff 1965)
8. MAT TOYOL (Mat Sentol 1969)
9. MAT KARONG GUNI (Mat Sentol 1970)
10. MAT TENGGEK (Mat Sentol 1979)

# LAGU (antaranya)
PULAU BALI
RAYUAN PULAU KELAPA
MERPATI DUA SEJOLI
TAK GUNA
OH MANISKU
MABUK KEPAYANG
CORAK DUNIA
BERTEMASYA
BERDENDANG RIA
SITI ZAWIYAH
IBUKU SAYANG
YALE YALE
RASA SAYANG EH
LAGAK BERANI
RODA DUNIA
DENGARLAH SANG OMBAK BERDESIR
PUTUS KASIH DI SEMERAH PADI






# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


AIMI JARR
dari kacamata mustafar a.r.


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?







KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya
- KAKAK TUA.





14 comments:

  1. Agaknya memang menjadi budaya para penulis tempatan untuk tidak memberi banyak sorotan kepada artis-artis kita yang hanya memainkan peranan sampingan seperti Momo Latiff. Terima kasih Encik Mustafar kerana anda mempunyai "approach" yang berbeza. Di bidang lakonan, Mak Momo sememangnya tidak prolifik tetapi di bidang nyanyian Momo memang jauh ke hadapan. Beliau adalah seorang vokalis yang serba boleh & versatile. Apa saja rentak & irama lagu dapat dibawakannya dengan cemerlang - langgam, joget, jenaka, asli, keroncong, setambol, moden dan lain-lain. Cuma dari segi kemerduan, anehnya suara Momo tidaklah "semuda" suara Allahyarham Saloma. Mungkin ini disebabkan oleh teknologi rakaman & audio zaman dulu yang menyebabkan ramai penyanyinya yang bersuara "tua" di piring hitam seperti Rubiah, Sutinah, Nona Aisah, Lena, A. Rahman, Dara, Rokiah Wanda, Zaharah Agus, R. Azmi, Ahmad C.B., Kamsani, Jasni dan ramai lagi. Ini hanyalah pendapat saya & mungkin ia secara kebetulan saja. Tetapi ada juga penyanyi-penyanyi dulu yang bersuara "muda" selain Saloma seperti Maria Menado, Hashimah Yon, Aziz Jaafar & P. Ramlee. Dalam meniti usia senjanya yang telah memasuki ke angka sembilan puluhan, Mak Momo kini hanya bergantung hidup pada anak (penyanyi 70'an, Kamaliah Latiff) & cucu-cucunya di Singapura (jika tidak silap saya dulu mereka menetap di Eunos Crescent ~ tidak jauh dari kawasan Geylang, pusat tumpuan masyarakat Melayu Singapura). Apabila era rakaman piring hitamnya merudum, Mak Momo beralih & paling aktif di pentas-pentas pertunjukan bersama-sama pelawak Alias Congo & Aziz King Godobel secara kumpulan trio. Ada juga Mak Momo bergabung dengan Wahid Satay, Hamid Bond dan para pelawak yang lain. Kalaulah di Amerika Syarikat, Eropah, Hong Kong ataupun India, sebagai seorang penyanyi "besar", Mak Momo sudah pasti hidup senang sekarang kerana dapat meraih wang royalti & honorarium daripada album lagu-lagu lamanya. Beginilah nasib artis Melayu generasi lama yang telah menghambakan diri mereka pada dunia seni tetapi berakhir dengan hidup yang serba kedaifan.

    - NONAMA

    ReplyDelete
  2. Salam Encik Mustafar. Tertarik sungguh saya dengan artikel-artikel yang dipaparkan dalam FKM. Ada saja perkara menarik ditimbulkan. Contoh terbaru, Momo dan introducing. Pada hemat saya, tidak pernah ianya timbul di mana-mana sekali pun bukan saja internet, malahan majalah dan akhbar sejak dulu-dulu lagi. Jelas, ini memperlihatkan keprihatinan Encik Mustafar dalam mengedalikan blog FKM ini. Saya merasakan kefahaman Encik Mustafar tentang filem begitu luas sekali, dan dikira sangat sesuai duduk di Finas memandu mereka disana yang boleh dianggap tidak tahu buat kerja, lebih-lebih lagi memertabatkan sejarah filem Malaysia, sejak terdulu, terkini dan terkedepan. Banyak juga fakta yang terdapat di FKM bercanggah dengan apa yang ada dalam blog-blog lain termasuk sinemalaysia (Finas), IMDb dan Wikipedia. Bagaimanapun, saya lebih percayakan FKM kerana sebab-sebab yang tidak perlu saya ulas lagi. Saya berharap Encik Mustafar dan isteri berada dalam sehat sejahtera supaya dapat meneruskan FKM yang kini sudah tersemat dihati saya - SURIANA (via e-mail, UKM), Bangi, Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Suriana.
      Luahan hati, menyebakkan saya.
      Ke Finas? Tak payahlah.
      Kalau 20 atau 30 tahun lalu, mungkin.
      Kini, tak larat dah. Sebab, faktor umur.
      Biarlah saya kendalikan FKM, selagi termampu.

      Delete
  3. Salam Mr. Mustafar & Puan Zaini,

    Tahniah diucapkan kepada anda berdua kerana berjaya menampilkan suatu artikel yang cukup menarik dan informatif terutama sekali buat golongan muda seperti saya yang meminati filem-filem klasik dan segala kisah yang berkaitan dengannya. Saya sungguh teruja sekali...

    Disini saya ini menambah info (mohon tegur sekiranya info yang saya nyatakan di bawah adalah salah dan bercanggah) berkenaan artikel yang di atas:

    1. Rokiah Hanafi : Kalau tidak silap saya, mengikut apa yang saya pernah baca sebelum ini, penyanyi Rokiah Hanafi turut berlakon sebagai pelakon pembantu di dalam filem "Pisau Berachun (1948) & filem "Perkahwinan Rahsia" (1950)

    2. Filem pertama lakonan Hashimah Yon ialah "Untok Sesuap Nasi" (1953)

    3. Tambahan filem-filem lakonan Momo Latiff:
    i - Njai Dasima (I) (1929) - Produksi Tan's Film
    ii - Njai Dasima (II) (1930) - Produksi Tan's Film
    iii - Si Ronda (1930) - Produksi Tan's Film
    iv - Njai Dasima (1932) - Produksi Tan's Film
    v - Siti Noerbaja (1941) - Produksi Standard Film
    vi - Ikan Doejoeng (1941) - Produksi Standard Film
    ~ Sumber http://filmindonesia.or.id

    vii - Si Tanggang (1961) - Produksi MFP
    viii - Mat Karong Guni (1970)
    ix - Mat Tenggek (1979)


    Sekianlah sahaja tokok tambah saya...

    Buah cempedak di luar pagar,
    Ambil galah tolong jolokkan,
    Saya budak baru belajar,
    Kalau salah tolong tunjukkan... :)

    Sekian. Wassalam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlebih dulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih pada Sdra Anon, diatas komen yang dibuat. Cuma satu ingin saya ulas, yang lain tu terpaksa research dulu. Jika didapati konfirm betul, pembetulan dan penambahan akan dilakukan supaya fakta Momo ini lebih tepat dan selari. Betul, Rokiah Hanafi ada berlakon dalam "Pisau Berachun" dan "Perkahwinan Rahsia", malahan "Chempaka". Itu sebagai pelakon pembantu atau tambahan. Artikel diatas merujuk sebagai heroine "Seruan Merdeka". Apapun, komen Sdra sangat berguna dan akan diambil perhatian. Inilah salah satu cara untuk memperbetulkan sesuatu. Saya dan Zaini manusia biasa, ada kalanya terlepas pandang dan membuat kesilapan jua. Hanya orang yang prihatin macam Sdra yang boleh membantu memperkasakan FKM. Sekali lagi terima kasih.

      Delete
    2. Setelah mendapat feedback dari Momo yang memberitahu, filem pertamanya "Toping Saitan", yang lain-lain sebelum filem tersebut seperti "Si Ronda", "Njai Dasima" dan "Siti Noerbaja" terbatal dengan sendirinya. Nama Momo yang tercatat seiring dengan filem-filem tersebut ialah pelakon lain, bukannya Momo yang kita semua tahu. Artikel Momo oleh Zaini Yusop sudah diupdatekan, dan setakat ini, itulah fakta yang boleh diianggap tepat dan betul.

      Delete
  4. Memang telah saya jangkakan pelakon Momo dalam filem-filem Indonesia era bisu dan permulaan era "talkie" itu adalah orang lain. Ia bukan Momo yang apa kita kenali sebagai penyanyi terbilang piring hitam batu 78 rpm. yang popular di seantero Malaya (termasuk Singapura) dulu. Mujurlah En. Mustafar mempunyai sumber & jaringan untuk mendapatkan fakta sebenar daripada Mak Momo sendiri yang diberikan Allah umur yang panjang. Dalam konteks hari ini, Momo samalah seperti Allahyarham Saloma & Sharifah Aini yang "lebih banyak menyanyi daripada berlakon". Bagaimana En. Mustafar & Pn. Zaini kalau dalam milis yang akan datang anda mengutarakan pula kisah hidup peribadi & latar belakang profesional para penyanyi-pelakon klasik Melayu yang lain seperti Nona Asiah, Julia, Lena, Rokiah Hanafi/Wandah, Salbiah, Rubiah, Tarminah, Taksiah, A. Rahman, S. Hamid, Zainab & Razak Majid, Ahmad CB, M. Sidin & lain-lain. Walaupun antara mereka ini yang telah tiada, tetapi mereka masih mempunyai ramai waris & kaum keluarga yang boleh dihubungi untuk mendapatkan cerita & maklumat.

    - NONAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, baik juga cadangan NoNama itu. Nanti saya bincang dengan Zaini. Kalau dia kata okey, yang NoNama senaraikan itu akan menyusul. Menurut Zaini, kini dia sedang menyusun artikel tentang Rokiah Wandah, jika siap akan dipostkan tidak lama lagi. Mengenai Nona Asiah, artikelnya yang panjang lebar sudah ada dalam FKM, NoNama carilah kalau belum baca.

      Delete
  5. Maaf kepada semua - bukanlah niat saya untuk menjadikan posting-posting dalam blog Encik Mustafar AR ini sebagai forum tulis-menulis & jawab-menjawab yang dimonopoli oleh saya saja. Maaf kepada Encik Mustafar juga kerana posting tentang Nona Asiah memang telah ada & sudah pun saya baca dulu - terlupa! Sebagai seorang "hobbyist", saya banyak menyimpan rekod atau piring hitam batu 78 RPM pelbagai vokalis klasik. Antara mereka yang paling prolifik merakamkan lagu ialah LENA & JULIA (selain Momo, Nona Asiah, Rubiah, Sutinah dll.) & saya tahu ramai daripada mereka adalah bakat asing (foreign talent) yang berasal dari Indonesia yang berhijrah ke Singapura, kemudian ke Malaya. Saya paling "intrigue" untuk tahu tentang siapakah Lena & Julia kerana saya langsung tidak tahu tentang latar belakang mereka memandangkan mereka terdiri daripada generasi yang terdahulu. Daripada sedikit informasi yang saya baca, Lena berketurunan Serani (Eurasian) tempatan & beliau adalah ibu kepada penyanyi lama, Fatimah Huri. Tentang Julia, tidak pernah saya terjumpa apa-apa artikel mengenai beliau. Mungkin mereka ini semua telah pulang ke Rahmatullah. Jadi eloklah jika menerusi jasa baik Encik Mustafar & Puan Zaini, bintang-bintang generasi lama kita ini dapat "diperkenalkan" semua kepada generasi hari ini. Malangnya, syarikat-syarikat rakaman kita jika mereka membuat album kompilasi sekarang langsung tidak mahu menceritakan tentang latar belakang artis-artis lama ini di majlis-majlis re-launching, press conference atau press release yang diadakan. Terima kasih.

    - NONAMA

    ReplyDelete
  6. Bagi pengetahuan NoNama, tidak jadi masalah menjadikan ruangan komen FKM sebagai forum sihat untuk menimba ilmu dan mencari fakta yang tepat. Teruskanlah, selagi ada point-point yang berguna untuk kita kongsi bersama. Benar apa yang NoNama sarankan, sukar untuk memperolehi cerita sebenar mengenai Rubiah, Lena, Julia, Sutinah dan ramai lagi. Tengoklah apa jadi dengan R.Azmi, lintang pukang. Sekejap, orang Perak, sekejap orang Selangor, akhir-akhirnya yang tepat, dia orang Linggi, Negeri Sembilan. Mengenai album kompilasi, syarikat-syarikat piringhitam tidak boleh disalahkan kerana, mereka sendiri pun tidak tahu. Itulah sebabnya, saya beberapa kali mengesyorkan supaya diwujudkan badan bebas seperti Sinematek Malaysia (SM), bertujuan bukan saja memelihara dan membuat kajiselidek tentang filem tetapi juga musik dan lagu. Orang macam saya dan Zaini sekadar boleh buat yang termampu saja. Tetapi setakat ini, tidak dipedulikan, jauh panggang dari api. Diharap ada satu susuk (benar-benar serius) menjadi penggerak mengwujudkan SM itu (hasilnya nanti) dapat pula diwarisi kepada anak cucu kita yang akan datang. Seorang anak muda berdidekasi dan berkometmen tinggi diperlukan, baru boleh berjaya. Sekadar ada SM, tidak buat kerja (goyang kaki saja) pun tidak berguna. Saya kira, bahan-bahan ada dimana-mana, hanya pencarian saja yang harus dilakukan. Kalau tidak dipecahkan ruyungnya, manakan dapat sagunya.

    ReplyDelete
  7. Tahukan Encik Mustafar & Puan Zaini bahawa di media Singapura, nama penyanyi klasik ini sering dieja sebagai MOMOK, sama ada Momok Latif (nama suami) atau Momok Karim (nama ayah). Nama Momo atau ejaan Momo terdapat pada nama-nama artis & bukan artis wanita di Jepun.

    - NONAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama Momo digunakan sejak
      filem "Toping Saitan" pada 1941.
      FKM akan terus menggunakan Momo saja.
      tidak Momok dan tidak juga Momo Latiff
      atau pun Momok Latiff.
      Kalau media di Singapura atau sesiapa saja
      mahu menggunanys, terpulanglah.

      Delete
  8. Salam Tuan Mustafar,

    Malam tadi saya sempat menonton filem "Budi Dan Dosa" arahan Datuk Jamil Sulong. Di dalam filem itu, Momo Latif turut diundang berlakon dalam 1 babak. Harap maklum. Sekian. Terima kasih...

    ReplyDelete