Teks Oleh Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Di Edit Di Semak & Di Susun Oleh Zaini Yusop
# LIHATLAH DAN BACALAH___
* NONA ASIAH "ciumku lagi" dan "nona" membawa tuah * R. AZMI berada dalam kamar sepi dalam kesepian * ROH MEMBELA kekuatannya special effect dan aziz sattar * CHEMBURU banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff * BRAVADOS perbuatan membalas dendam yang sia-sia * BATTLE HYMN buat amal kebajikan sebagai penebus dosa * CHARITO SOLIS sedia berbogel jika benar-benar diperlukan * CECILIA CHEUNG foto-foto lucahnya menggemparkan dunia filem * RAMON A. ESTELLA bertanggungjawab mengubah corak filem malaysia * B.S. RAJHANS perintis filem malaysia dan singapura * RAFEAH BUANG 12+1 lagu terbaik "kalau rindu"
* SUDIRMAN 12+1 lagu terbaik "salam terakhir"
Oleh MUSTAFAR A.R.__________
REMEH, tetapi sangat bermakna.
Mungkin, ramai yang tidak menyedari, mungkin ramai yang tidak ambil peduli.
Namun dari segi fakta ternyata, ia sesuatu yang tidak betul, kesilapan besar. Ertinya, disalahgunakan.
Topik perbincangan, introducing atau memperkenalkan, yang digunakan dalam filem.
Defination introducing, the act of starting something for the first time; introducing something new.
Definasi memperkenalkan, perbuatan memulakan sesuatu untuk kali pertama; memperkenalkan sesuatu yang baru.
Kalau mahu diteliti semua filem (banyak juga ada introducing dan memperkenalkan), tentu agak sukar. Oleh yang demikian, saya hanya tumpukan kepada filem-filem P.Ramlee saja.
Dalam filem "Pendekar Bujang Lapok" terdapat dua pelakon diiktiraf sebagai introducing - Rose Yatimah dan Momo Latiff (saya lebih suka menggunakan Momo saja, itu lebih popular sejak lama dulu).
Rose Yatimah, okey. Tetapi Momo, tidak okey.
Bagi Rose Yatimah, "Pendekar Bujang Lapok", filemnya yang pertama, sesuailah diletakkan dibawah introducing. Tetapi, filem tersebut yang kedua bagi Momo, tidak patut diletakkan sebagai introducing.
MEREKA HANYA TAHU
Mungkin, P.Ramlee dan sesiapa saja yang bertanggungjawab dengan filem komedi itu, tidak menyedari Momo ada berlakon filem sebelum itu, ditahun 1940an.
Mereka hanya tahu, Momo sebagai penyanyi saja, seringkali berpadusuara dengan P.Ramlee merakamkan lagu-lagu ke piringhitam.
Sebenarnya, Momo sudah berlakon dalam "Toping Saitan" (Topeng Syaitan) KLIK DISINI yang diarahkan oleh Hau Yau dan Wan Hai Ling keluaran Shaw Brothers, diedarkan pada 19 April, 1941.
Keprihatianan pengeluar filem (Shaw's MFP) dalam menggunakan istilah introducing atau memperkenalkan, selalu terabai.
Ini juga berlaku kepada Jins Shamsudin (Shamsuddin) dalam filem "Panca Delima".
Dengan catatan sebegitu, pasti ramai yang beranggapan, itu filem pertamanya, padahal dia sudah berlakon dalam dua filem, ada dialog pula, cuma nama tidak tercatat dicredit title.
Jins Shamsudin turut berlakon dalam "Keadilan Ilahi" yang diarahkan oleh K.M.Basker, dan "Anak-Ku Sazali" arahan Phani Majumdar.
Nasib baik Hashimah Yon, tidak diletak dibawah introducing, kalau tidak ia lebih mengelirukan, tambah bercelaru.
Sebelum berperanan utama dalam "Panca Delima", dia membintangi beberapa filem termasuk "Ayer Mata", "Penarek Becha" dan "Anak-Ku Sazali".
Selain itu, kepincangan juga berlaku kepada Latiffah (Latiffa) Omar dalam filem "Panggilan Pulau" yang diarahkan oleh S.Ramanathan, turut dibintangi P.Ramlee, Normadiah, Yusof Latiff dan Noordin Ahmad.
Namanya tidak patut berada dibawah memperkenalkan, tidak seperti Ibrahim Hassan (Pendek) yang sememangnya filem tersebut lakonannya yang pertama.
Latiffah Omar, sebelum "Panggilan Pulau", pernah berlakon dalam dua filem - "Dahlia" diarahkan oleh B.S.Rajhans dan "Kerana Kau" arahan K.R.S.Sastry.
Dalam filem "Sumpah Orang Minyak", nama Marion Willis dan Sri Dewi, berada dibawah introducing tepat dan betul kerana, filem tersebut lakonan mereka yang pertama, begitu juga Dayang Sofia dalam "Bujang Lapok", Sarimah, "Ali Baba Bujang Lapok".
ADA SEDIKIT KECERDIKAN
Bagaimanapun, ada sedikit kecerdikan (Shaw's MFP) apabila meletakkan nama Udo Umar (Omar Hitam) dibawah introducing dalam filem "Penarek Becha" arahan P.Ramlee.
Sebenarnya, filem pertama Udo Umar, "Hang Tuah", namun kerana sesuatu sebab, filem yang diarahkan oleh Phani Majumdar itu ditayangkan terkemudian dari "Penarek Becha".
Lain-lain introducing (memperkenalkan) dalam filem-filem P.Ramlee dikira okey.
Antaranya, Sharifah Hanim, "Masam2 Manis", Ruminah Sidek, "Anak Bapak", Julie Faridah, "Keluarga 69", Mimiloma, "Ahmad Albab" dan Monica Jones, "Di Belakang Tabir".
Bagi memanjangkan cerita, kerana fokus utamanya Momo, saya meminta Zaini Yusop membuat artikel mengenainya, dan hasilnya ikutilah dibawah.
MOMO, MASA DULU-DULU
Satu-satunya Mustafar A.R. bergambar dengan Momo. Dari kiri: Indra Shahril, Nona Asiah, Momo, Salleh Kamil, Mustafar A.R. dan Ismail Kassim (berdiri). Gambar ini dirakamkan di Kuala Lumpur pada tahun 1978.
BIODATA__________
Nama Popular MOMO (MOMO LATIFF)
Nama Sebenar MAR'FUAH BINTI MAT KARIM
Tahun Lahir 1923
Tempat Lahir BETAWI (JAKARTA), INDONESIA
Tarikh Meninggal dunia 10 DISEMBER 2015
Tempat meninggal dunia WOODLANDS, SINGAPURA
ANTARA SENYUM DAN TANGIS (Sumber: DezyDizzy)
LEBIH TERKENAL SEBAGAI PENYANYI DIBANDINGKAN PELAKON
Oleh ZAINI YUSOP
MOMO, sebagaimana juga Nona Asiah dan Rokiah Hanafi, lebih terkenal sebagai penyanyi jika dibandingkan pelakon filem.
Nona Asiah hanya satu filem, "Pelangi" (arahan Nas Achnas), Rokiah Hanafi, juga satu filem sebagai heroine dalam "Seruan Merdeka" (B.S.Rajhans) bersama Salleh Ghani.
Bagaimanapun, Rokiah Hanafi, sebagai pelakon pembantu dalam "Chempaka", "Pisau Berachun" dan "Perkahwinan Rahsia".
Agak menarik, Momo memulakan kariernya sebagai pelakon filem dengan membintangi "Toping Saitan" (Topeng Syaitan, Shaw Brothers), yang diarahkan oleh Hau Yau dan Wan Hai Ling.
Dikeluarkan pada 1941, selepas 6 tahun "Leila Majnun" ditayangkan kepada umum, KLIK DISINI turut berlakon, A.Rahman, Haji Gong, Hapsha dan Hassan Temberang.
Menurut Momo, "Toping Saitan" filem pertamanya, sebelum itu, di Betawi, buat pertama kalinya menjejakkan kakinya di pentas bangsawan sebagai anak raja, setelah pelakon yang sebenar tidak dapat berlakon kerana diserang deman panas.
Momo mendapat namanya kerana, waktu kecil-kecil, usianya 8 tahun (1931), perangai macam tomboy, suka mandi sungai, berkawan pun ramai dengan budak lelaki.
"Sebab wajah saya comot dan hitam, mereka gelarkan saya, Momok, macam hantulah lebih kurang," katanya.
Sebelum perang dunia ke-2, sebelum Jepun masuk Malaya/Singapura, Momo pergi ke Medan kemudian ke Melaka ikut main bangsawa dengan Norhan Opera.
Ketika di Melaka itulah, dia mendapat tawaran berlakon dari Shaw Brothers memegang peranan heroine dalam filem "Toping Saitan".
Selepas itu, Momo tidak berlakon, dia lebih tertumpu kepada nyanyian, membuat rakaman piringhitam dan menggunakan suaranya (playback singer) untuk pelakon-pelakon yang membintangi filem-filem keluaran studio MFP Jalan Ampas, terutamanya.
TETAP TIDAK BERUBAH
Antara filem-filemnya, "Nasib", "Bakti", Takdir Illahi", "Sejoli", Antara Senyum Dan Tangis", "Anjoran Nasib", "Patah Hati" dan "Putus Harapan", digunakan oleh antaranya, Siput Serawak, Kasma Booty, Neng Yatimah, Rokiah dan Mariam.
Disamping filem, Momo juga seringkali menyanyikan lagu-lagu bercorak komedi (dipiringhitamkan) bersama S.M.Al-Idrus, P.Ramlee, Jasni dan Aziz Sattar.
Antara yang popular dan diminati ramai, "Oh, Manisku", "Mabok Kepayang" dan "Tak Guna" bersama P. Ramlee, "Lagak Berani" dengan Aziz Sattar, "Siti Zawiyah" bersama S.M.Al-Idrus dan "Takut Di Madu" dengan Jasni.
18 tahun kemudian (1959), P.Ramlee mengambilnya berperanan sebagai emak Rose Yatimah dalam "Pendekar Bujang Lapok", dimana dia telah memperlihatkan lakonan yang mencuit hati, penuh kelucuan.
Kerana itu, sekali lagi P.Ramlee memberi peranan dalam "Musang Berjanggut" sebagai emak Sa'adiah pula, dan komedinya tetap melucukan seperti "Pendekar Bujang Lapok" juga, apatah lagi berpasangan dengan Raden Sudiro, yang terkenal dengan peranan lawaknya.
Itulah filem terakhir, Momo berlakon dibawah arahan P.Ramlee, selepas itu, dia menyepi sekejap.
Setelah 2 tahun menghilang, pada 1961, Jamil Sulong mengambilnya berlakon dalam "Si Tanggang" bersama Jins Shamsudin, Sarimah dan Normadiah, kemudian disusuli "Mambang Moden", disamping Sa'adiah dan Aziz Jaafar.
Momo turut membintangi beberapa filem Cathay Keris Film, "Jiran Sekampong", "Mat Toyol" dan "Mat Karong Guni".
Selain itu, dia berlakon juga dalam "Mat Tenggek" diarahkan oleh Mat Sentol keluaran Maju Filem Produksi, selepas Cathay Keris Film ditutup.
Dalam "Mat Toyol", dicredit title, nama Momo terletak dinombor dua, dibawah Mat Sentol, ertinya memegang peranan utama, tetapi dalam "Mat Karong Guni" namanya tidak tercatat langsung.
Sepanjang kariernya sebagai pelakon filem, Momo membintangi 10 filem, tetapi lagu banyak sekali, sampaikan tidak boleh terkira.
# PENCAPAIAN TERBAIK
* PENERIMA ANUGERAH KHAS
Anugerah Bintang Popular (Kuala Lumpur, 1995)
* ANUGERAH KEHORMAT JOHAN BINTANG SARAWAK (JBS)
Daripada Yang Di-Pertua Negeri Sarawak (2007)
* ANUGERAH BINTANG LEGENDA
Sempena Festival Filem Malaysia Ke-22 (Kota Kinabalu, 2009)
* ANUGERAH LEGENDA SEPANJANG ZAMAN
Sempena Anugerah Seri Temasek (Singapura, 2013)
# FILEM (10 semuanya)
1. TOPING SAITAN (Hou Yao Wan & Hoi Ling 1941)
2. PENDEKAR BUJANG LAPOK (P.Ramlee 1959)
3. "MUSANG" BERJANGGUT (P.Ramlee 1959)
4. SI TANGGANG (Jamil Sulong 1961)
5. BUDI DAN DOSA (Jamil Sulong 1963)
6. MAMBANG MODEN (Jamil Sulong 1964)
7. JIRAN SEKAMPONG (Hussain Haniff 1965)
8. MAT TOYOL (Mat Sentol 1969)
9. MAT KARONG GUNI (Mat Sentol 1970)
10. MAT TENGGEK (Mat Sentol 1979)
# LAGU (antaranya)
PULAU BALI
RAYUAN PULAU KELAPA
MERPATI DUA SEJOLI
TAK GUNA
OH MANISKU
MABUK KEPAYANG
CORAK DUNIA
BERTEMASYA
BERDENDANG RIA
SITI ZAWIYAH
IBUKU SAYANG
YALE YALE
RASA SAYANG EH
LAGAK BERANI
RODA DUNIA
DENGARLAH SANG OMBAK BERDESIR
PUTUS KASIH DI SEMERAH PADI
# Update akan dilakukan dari masa ke masa.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
berapa banyakkah yang masih ada?
AIMI JARR
dari kacamata mustafar a.r.
SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem
A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati
R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian
AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni
LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu
SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?
Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya
- KAKAK TUA.














