"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Friday, March 1, 2019


BUKU 50 TAHUN FILEM MALAYSIA & SINGAPURA

PELANCARAN DI ISTANA BUDAYA, KUALA LUMPUR 25 MAC 2019



Buku 50 Tahun Filem Malaysia & Singapura berdasarkan cetusan idea Datuk Aziz Satar kemudian direalitikan oleh Mustafar A.R.

Bergambar selepas selesai berbincang mengenai pelancaran buku 50 Tahun Filem Malaysia & Singapura. Dari kiri: Sandakiah Azez, Mustafar A.R., YBhg. Tan Sri Utama Dr. Rais Yatim, Yusof Wahab dan Muzlina Abu Bakar.

Tribute... pertama Tribute... Bahyah Mahmood. Tribute kedua 25 Mac 2019. Turut kelihatan bersama Bahyah - Yusof Haslam, Muzlina Abu Bakar, Huzz, Fauziah Raof, Sonny Abdullah, Mustafar A.R., Chuari Selamat dan Ahmad Fauzee.



100 KARYAWAN FILEM DIJEMPUT HADIR
Oleh Aidalina Mustafar



Pelancaran buku 50 Tahun Filem Malaysia
& Singapura akan diadakan 25 Mac 2019 berlokasikan Istana Budaya, Kuala Lumpur, dan YBhg. Tan Sri Utama Dr. Rais Yatim, juga selaku Penaung dan Tetamu Kehormat, bersetuju untuk hadir.

Seramai 100 tetamu jemputan akan diundang terdiri dikalangan penggiat-penggiat filem antaranya termasuk Maria Menado, Rosnani, Sarimah, Salmah Ahmad, Yusof Haslam, Rahim Razali, Othman Hafsham dan Rubiah Suparman.

Turut diundang sama seniman dan seniwati Singapura, Nona Asiah, Wahid Satay, Hashimah Yon, Zaiton dan K.Fatimah.

Dalam pelancaran buku tersebut, YBhg. Tan Sri Utama Rais Yatim juga akan menyampaikan senaskah buku kepada lima wakil kedutaan asing - Indonesia, Singapura, Brunei, Amerika Syarikat dan United Kingdom - sebagai usaha mempromosikan sejarah filem Malaysia dan Singapura ke negara-negara luar yang selama ini gelap dan kabur, terlalu ramai yang tidak tahu.

BERFORMATKAN 4 DALAM 1

Pelancaran buku yang menyingkap sejarah filem Malaysia dan Singapura selama 50 tahun sejak tahun 1930, berformatkan 4 dalam 1 yang meliputi;

1. Pelancaran buku 50 Tahun Filem Malaysia & Singapura.
2. Mengisytiharkan 27 Mac 1934 bermulanya filem Melayu.
3. Memperingati hari kelahiran Seniman Agung P.Ramlee ke-90.
4. Tribute... kepada seorang yang berjasa dalam kegiatan filem.

MZA TRIBUTE PRODUCTIONS (MZAtp)

Tribute... diilhamkan oleh Mustafar A.R. kerana wartawan terutama wartawan hiburan dipinggirkan sedangkan peranan mereka cukup besar sama tarafnya dengan para karyawan filem itu sendiri.

Apabila wujudnya persatuan Wartawan Artis Malaysia (Wartisma) menganjurkan Tribute... Bahyah Mahmood, Mustafar A.R. berharap persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (Wham) mengambilalih menganjurkan Tribute... tersebut.

Namun setelah hampir empat tahun (Tribute... Bahyah Mahmood diadakan pada 12 April 2015) ternyata presidenya, Tengku Khalidah Tengku Bidin, tidak berminat. Walhal Tribute... boleh dijadikan acara tahunan atau dua tahun sekali sebagai memberi penghormatan kepada wartawan-wartawan yang banyak memberi sumbangan kepada aktiviti kesenian, kesusasteraan dan kewartawanan.

Justeru itu, dalam pertemuan yang diadakan di Kelab Darul Ehsan, Ampang, Selangor pada 15 Januari 2019 antara Mustafar A.R., Muzlina Abu Bakar dan Sandakiah Azez, Mustafar menyatakan hasratnya untuk meneruskan Tribute... Ini telah dipersetujui oleh Muzlina dan Sandakiah.

Lantaran itu, pada 21 Januari 2019 tertubuhlah MZA Tribute Productions (MZAtp), anak syarikat MZA Terbit Enterprise (MZAte), dan Yusof Wahab telah dilantik sebagai Pengerusi merangkap Pengarah Urusan.

Yusof, disamping terkenal sebagai pengarah drama dan dokumentari, juga pernah berlakon beberapa filem antaranya "Matinya Seorang Patriot", "Anak Sarawak", "Sumpahan Mahsuri" dan "Syahadat".

TRIBUTE... SATU KEJUTAN!

Dalam mesyuarat gerak kerja (exco) pelancaran buku tersebut yang berlangsung pada 25 Februari 2019, tiga nama telah disenaraikan yang berpotensi untuk ditributekan.

Namun menurut Yusof, siapa wartawan yang akan dipilih hanya akan ditentukan beberapa hari sebelum pelancaran buku berlangsung, dan hanya diumumkan semasa pelancaran buku itu nanti. "Kami ingin melakukan kejutan," katanya.

Tokoh Tribute... akan menerima anugerah tribute (trofi), sekeping sijil pengiktirafan dan wang tunai RM10,000.00.

Sementara itu, Pengerusi merangkap Pengarah Urusan MZA Terbit Enterprise (MZAte), Mustafar A.R. memberiathu, diperingkat awal Tribute... mahu diperluaskan kepada semua bidang iaitu kesenian, kesusateraan dan kewartawanan.

Tetapi, setelah berbincang, pihaknya mengambil keputusan Tribute... dikhususkan hanya kepada wartawan, dan untuk kesenian dan kesusateraan diwujudkan Salute..., sebagai contoh Salute... Maria Menado yang dijangka akan diadakan bulan Februari tahun depan.

Tokoh Salute... juga akan menerima anugerah tribute (trofi), sekeping sijil pengiktirafan dan wang tunai RM10,000.00.




BUKU KEDUA 2019



HARGA SENASHKAH: RM39.90 (162 Muka)
Beli Online Boleh Dapat Tandatangan Penulis
Emel: mar27843@yahoo.co.uk / Telefon: 012-3408117


BUKU PERTAMA 2008



HARGA SENASHKAH: RM69.90 (358 Muka)
Beli Online Boleh Dapat Tandatangan Penulis
Emel: mar27843@yahoo.co.uk / Telefon: 012-3408117
Tinggal Sedikit Sahaja Lagi



30 MAC 2019



12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG.



# ULASAN & KRITIKAN
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM * CHEMPAKA
* DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU
* PONTIANAK * SUMPAH ORANG MINYAK
* SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA * GELORA * THE LONG HOUSE
* PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * SHANE
* CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON
* TIGA DARA * CINTA PERTAMA * TENGKORAK HIDOEP
* SAYANG ANAKKU SAYANG * MENANTI HARI ESOK
* SIAPA SALAH? * PERJODOHAN
* SEMERAH PADI * SI TORA HARIMAU JADIAN

# 5 ARTIKEL POPULAR
(SETAKAT 1 MAC 2019)
1. SEKSI SELEBRITI MALAYSIA & SINGAPURA DULU-DULU
2. PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
3. SEKSI SELEBRITI INDONESIA DULU-DULU
4. SELAMAT PENGANTIN BARU
5. FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT

# 5 PAGEVIEWS TERBANYAK
(SETAKAT 1 MAC 2019)
1. MALAYSIA -> 1,412,810
2. INDONESIA -> 209,918
3. UNITED STATES -> 137,102
4. SINGAPORE -> 119,512
5. RUSSIA -> 51,118






BILA FILEM MELAYU BERMULA
DI MALAYSIA DAN SINGAPURA
Oleh Zaini Yusop






YBhg. Tan Sri Utama Dr. Rais Yatim dijangka akan mengisytiharkan 27 Mac 1934 sebagai bermulanya filem Melayu di Malaysia & Singapura, yang selama ini tidak pernah dilakukan.

Kita manusia ada tarikh lahir. Tetapi bila tarikh lahir filem Melayu? Setakat ini tidak pasti, berbeza-beza. Ada yang kata tahun 1932, 1933, 1934, 1935 dan tidak kurang pula tahun 1938. Apa sudah jadi?

Supaya tidak bersimpangsiur dan berkecamuk, dalam pelancaran buku 50 Tahun Filem Malaysia & Singapura nanti, YBhg. Tan Sri Utama Dr. Rais Yatim akan diminta mengisytiharkan tarikh lahir sebenar bermulanya filem Melayu iaitu pada 27 Mac 1934.

Ini berdasarkan filem Melayu pertama di Malaysia dan Singapura (dulu Malaya), LEILA MAJNUN, mula di tayangkan (Grand Gala Opening) di Marlborough Theatre, Singapura pada tarikh tersebut, hanya 27 hari lagi genap usianya 85 tahun.

PENGKAJI-PENGKAJI FILEM TIDAK LAGI TERABA-RABA

Bukti jelas terkandung dalam buku 50 Tahun Filem Malaysia
& Singapura tulisan Mustafar A.R. yang mana pelancarannya akan dilakukan oleh YBhg. Tan Sri Utama Dr. Rais Yatim.

"Dengan menetapkan tarikh tersebut, pengkaji-pengkaji sejarah filem Malaysia dan Singapura tidak lagi teraba-raba mencari punca tarikh lahir sebenar filem Melayu," demikian kata Mustafar A.R. yang mula menulis buku tersebut, berdasarkan cetusan idea Aziz Sattar, sejak tahun 2010.

Kini buku tersebut dalam proses percetakan oleh Pekan Ilmu Publications, dan dijangka mula berada dipasaran sempena berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 29 Mac 2019.

Dalam pada itu, blog Filem Klasik telah menerima 182 tempahan melalui e-mail (jual xecara online), dan dijangka bertambah dari masa ke masa.





Satu lagi sejarah bakal tercatat apabila MZA Tribute Productions (MZAtp) akan menteaterkan "Pontianak." Skrip sedamg diusahakan oleh Yusof Wahab bersama Mustafar A.R., dan Yusof Wahab dijangka bertindak sebagai pengarah. "Pontianak" di teaterkan sempena meraikan hari kelahiran Maria Menado ke-88 jatuh pada 2 Februari 2020. Bagi memeriahkan lagi suasana, dianjurkan juga pelancaran buku "Filem-Filem Maria Menado" tulisan Mustafar A.R. kemudian disusuli "Salute... Maria Menado." Perlunya Maria Menado disalutekan kerana peranan beliau dalam filem begitu besar. Antara sumbangannya; Mempopularkan watak Pontianak menyebabkan filem "Pontianak" mendapat kejayaan box office hingga membawa penggabungan Pertubuhan Cathay dengan Keris Films, seniwati pertama sebagai produser menubuhkan Maria Menado Productions, satu-satunya seniwati berlakon filem Bollywood disamping seniman popular, Shammi Kapoor, dan satu-satunya seniwati menyanyi dalam filem menggunakan suara Lata Mangeshkar. Sponsor sedang dicari sekiranya berjaya "Pontianak" akan mengamuk di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 1 hingga 3 Februari 2020 nanti.





P.RAMLEE

"Berkorban Apa Saja" (P,Ramlee)
(Sumber: dwniss)

"Berkorban Apa Saja" (Lena)
(Sumber: jefferniagaz)

BERKORBAN APA SAJA

Hmmm... hmmm...

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Hmmm... hmmm...

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahgia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Hmmm... hmmm...

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Penyanyi P.RAMLEE & LENA
Pencipta P.RAMLEE
Lirik JAMIL SULONG
Musik MFP STUDIO ORCHEST
Filem "HANG TUAH" (1956)




HAZIQ AF4

JAMIE CHIK



HAZIQ AF4 DAN JAMIE CHIK
MAHU BERKORBAN APA SAJA?
Oleh Muszaili Mustafar



Penyanyi bersuara Ahmad Jais, Haziq AF4, dan cucu Rosiah Chik, Jamie Chik, akan menjadi penyanyi undangan di majlis Pelancaran Buku 50 Tahun Filem Malaysia & Singapura.

Mereka akan menyanyikan lima lagu petikan filem Melayu lama atau klasik seperti;

1. "Berkorban Apa Saja" (Hang Tuah)
2. "Saat Demi Saat" (Dang Anom)
3. "Budi Setahun Segunung Intan" (Aksi Kuching)
4, "Malaysia Baru" (Kaseh Tanpa Sayang)
5. "Di Manakan Ku Cari Ganti" (Ibu Mertua-Ku)

NARATIF PERISTIWA SYAHDU MASA SILAM

"Di Manakan Ku Cari Ganti" ciptaan P.Ramlee menjadi lagu finale yang turut dinyanyikan oleh YBhg. Puan Sri Masnah Rais dan para hadirin sebagai memperingati hari kelahiran P.Ramlee ke-90 yang jatuh pada 22 Mac 2019.

Satu perkara lagi dijangka menarik, dalam ucapannya nanti, Mustafar A.R. akan menaratifkan peristiwa syahdu masa silam ketika bersama Aziz Sattar di Jalan Ampas, Singapura. Ia kemudian dimuktamatkan dengan lagu "Berkorban Apa Saja" nynyian Haziq dan Jamie.

Dengan kehadiran Haziq AF4 dan Jamie Chik dijangka akan memeriahkan lagi suasana Pelancaran Buku 50 Tahun Filem Malaysia & Singapura yang dijangka mencatat satu lagi 'event' penting dalam sejarah filem Malaysia dan Singapura.




9 comments:

  1. Tahniah Pak Mus...akhirnya,yang ditunggu tunggu kini telah tiba

    ReplyDelete
  2. Salam
    cerita patung cendana di yotube tak de ke...filem nordin ahmad

    ReplyDelete
    Replies
    1. filem "patung chendana" boleh dianggap hilang. hingga kini tidak ada usaha dilakukan untuk mencarinya. kita tidak ada sinematik seperti indonesia dan filipina. itu sebab yang hilang terus hilang, yang ada pun akan hilang. finas tidak peka dalam perkara sebegini.

      Delete
  3. Tahniah dan terbaik Pak Mus..InshaAllah saya akan hadir sama majlis pelancaran Buku tanda sokongan perjuangan Pak Mus selama ini,hehee
    Ismadi@Tengku Zakaria

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sokong saja.
      Beli buku Pak Mus.
      Apa pun terima kasih.

      Delete
  4. Jangan risau, Sudah semestinya saya akan beli buku Pak Mus esok..Jumpa esok ye.. hehe

    ReplyDelete
  5. Asalamualaikum Pak mus. Macam mana nak beli buku ni boleh order di sini ke? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Boleh.
      Saya akan tandatangani, jika mahu.
      Tempat lain tidak ada.
      Hanya di Filem Klasik sahaja.
      Harga murah: RM39.90.
      Poslaju: RM10.00.
      Emel saya untuk dapatkan keterangan lanjut.
      mar27843@yahoo.co.uk
      Terima kasih.

      Delete