OSMAN GUMANTI & KASMA BOOTY PASANGAN YANG IDEAL
KASMA BOOTY SEBAGAI DEWI MURNI
OSMAN GUMANTI SEBAGAI RAJA INDRALOKA
HASHIM NOOR SEBAGAI BOMOH SIHIR
JUNAIDAH, KASMA BOOTY & JUNAINAH
OSMAN GUMANTI, D. HARRIS & A.R. TOMPEL
D. HARRIS & MARIAM
SITI TANJUNG PERAK & D. HARRIS
A.R. TOMPEL & TINA
DAENG IDRIS & M. AMIN
SALMAH & OSMAN GUMANTI
JAFFAR WIRYO & KASMA BOOTY
HAJI GONG & KASMA BOOTY
KHATIJAH & DAENG IDRIS
S. SUDARMAJI & ULONG JAWA
P.SURIATI & SALMAH SEBAGAI PENARI ISTANA
KASMA BOOTY, OSMAN GUMANTI & RAKYAT BERGEMBIRA
RAJA INDRALOKA & DEWI MURNI, HAPPILY EVER AFTER...
HARGA SENASHKAH: RM39.90 (162 Muka)
Beli Online Boleh Dapat Tandatangan Penulis
Emel: mar27843@yahoo.co.uk / Telefon: 012-3408117
HARGA SENASHKAH: RM69.90 (358 Muka)
Beli Online Boleh Dapat Tandatangan Penulis
Emel: mar27843@yahoo.co.uk / Telefon: 012-3408117
Tinggal Sedikit Sahaja Lagi
12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG.
# ULASAN & KRITIKAN DALAM FK___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM * CHEMPAKA
* DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU
* PONTIANAK * SUMPAH ORANG MINYAK
* SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA * GELORA * THE LONG HOUSE
* PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * SHANE
* CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON
* TIGA DARA * CINTA PERTAMA * TENGKORAK HIDOEP
* SAYANG ANAKKU SAYANG * MENANTI HARI ESOK
* SIAPA SALAH? * PERJODOHAN
* SEMERAH PADI * SI TORA HARIMAU JADIAN
Di Edit & Di Semak: ZAINI YUSOP
Pelakun: KASMA BOOTY OSMAN GUMANTI D. HARRIS A.R. TOMPEL DAENG IDRIS KHATIJAH HAJI GONG JAFFAR WIRYO SITI TANJUNG PERAK MARIAM JUNAIDAH JUNAINAH HASHIM NOOR M.AMIN TINA SALMAH P.SURIATI S.SUDARMAJI
ULONG JAWA
Pengarah: B.S. RAJHANS
PEMBAWA WATAK:
Dewi Murni KASMA BOOTY
Radza Indraloka OSMAN GUMANTI
Noto D. HARRIS
Paman Suwanda A.R. TOMPEL
Perchasuga (Datuk Menteri Besar) DAENG IDRIS
Chitrawati KHATIJAH
Suwarsa HAJI GONG
Baturu Dhurma JAFFAR WIRYO
Minasari SITI TANJUNG PERAK
Kusna MARIAM
Nilawati JUNAIDAH
Tahun Di Tayangkan: 1950 (15 Julai)
Masa Tayangan: 1 Jam 45 Minit (Lebih Kurang)
SINOPSIS___
CERITA mengenai Raja Indraloka (Radza Indraloka) telah bertemu gadis kampung yang cantik jelita, Dewi Murni, ketika memburu rusa dihutan lalu berkahwin dengannya.
Dengan tipu helah Datuk Menteri Besar kerana berkehendakkan Raja berkahwin dengan anaknya, Chitrawati, dia telah menggunakan ubat bomoh sihir untuk Raja melupakan Dewi Murni yang telah dikahwininya.
Kemurjaban ubat bomoh sihir akan menjadi sia-sia sekiranya cincin Raja yang kini dipakai Dewi Murni masih ada, dan kerana itu Datuk Menteri Besar memerintahkan orang suruhannya supaya pergi mengambilnya.
Cincin berjaya diperolehi tetapi terjatuh pula ke dalam sungai yang menyebabkan Datuk Menteri Besar marah dan memenjarakan orang suruhannya itu.
Bagaimanapun, cincin ditelan ikan dan bila tukang masak istana membeli ikan tersebut cincin dijumpa di dalam perut, dan diserahkan kepada Noto, orang kanan Raja.
Dengan adanya cincin tersebut kesihatan dan ingatan Raja kembali pulih dan dia mula mengingati Dewi Murni yang telah menjadi permaisurinya.
Kerana kecewa, Dewi Murni cuba membunuh diri tetapi di selamatkan Baturu Dharma dan membawanya tinggal bersama dirumahnya.
Setelah puas mencari, akhirnya Raja Indraloka bertemu semula dengan Dewi Murni, dan dengan itu hinduplah mereka dalam keharmonian dan kebahagiaan.
Happily ever after...
ULASAN FK___
TIDAK dapat dinafikan, Kasma Booty memainkan peranan penting dan dikuatkan lagi dengan kejelitaannya yang mempersonakan ditambah pula tarian-tarian dan nyanyian-nyanyiannya sungguh mengasyikkan.
Disamping itu, Osman Gumanti sebagai hero yang tampan, lawak D. Harris dan A.R. Tompel serta lagu-lagu ciptaan Zubir Said, mengukuhkan lagi kedudukan filem ini yang mengisahkan zaman silam dan tidak heranlah kejayaan box office diperolehinya.
Dikeluarkan pada tahun 1950, ertinya 63 tahun berlalu, namun saya masih terhibur dengan filem ini berdasarkan elemen-elemen yang disebutkan di atas, dan penuh yakin ramai lagi (peminat filem Melayu) di luar sana seperti saya.
Magic touch yang dilakukan oleh B.S. Rajhans sememangnya powerful bukan saja filem ini tetapi juga yang sezaman dengannya seperti "Chinta", "Nasib", "Nilam", "Aloha" dan "Sejoli".
Ceritanya khayalan semata-mata dan berlaku di masa entah berentah yang mengandungi adat istiadat bertuankan Raja zaman silam di seluruh alam Melayu ketika ramai penduduknya masih menganuti agama Hindu terutamanya di tanah Jawa.
Besar kemungkinan B.S. Rajhans membuat filem ini berdasarkan filem Tamil (contohnya nama Dewi itu ialah Devi berasal nama Hindu), tetapi tidak dapat di kesan filemnya.
Tidak seperti "Takdir Illahi" yang diarahkan L. Krishnan yang sama corak filemnya disadur dari filem "Gnana Soundri" arahan Murugadasa keluaran tahun 1948.
Begitu juga "Pembalasan" (juga arahan L. Krishnan) dipadan dari cerita filem pertama Indonesia, "Loetoeng Kasaroeng", terbitan tahun 1926.
Temanya agak familiar, hanya pengolahan jadi pemisah. Antaranya filem Shaw Brothers Hong Kong, "The Kingdom and the Beauty" (1959), yang dibintangi Lin Dai.
Bagaimanapun, Kasma Booty bernasib baik (happily ever after...) tetapi Lin Dai (sadly ever after...) apabila dia mati dalam dagapan Raja sebaik saja bertemu, setelah sekian lama ditinggalkan.
Filem ini lahir ketika saya berusia 7 tahun, baru nak kenal dunia, maksud filem itu pun tak tahu. Dan, hanya dapat menontonnya beberapa tahun kemudian (tahun 1980an) melalui tayangan Astro Ria kemudian disusuli VCD yang dipasarkan melalui Music Valley.
Ertinya, sesudah 30 tahun berlalu. Dan saya masih ingat, filem Melayu pertama saya tonton "Rachun Dunia" kemudian disusuli "Aloha", kedua-duanya di dua panggung wayang di Teluk Anson (kini Teluk Intan), Perak.
Bagaimanapun, saya tahu filem ini wujud lebih-lebih lagi ada usaha saya untuk membukukan filem-filem P. Ramlee yang mana kajiselidik terpaksa dibuat terhadap kesemua filem yang dikeluarkan di Malaysia termasuk Singapura.
Serta, popularnya lagu "Jodoh" yang dinyanyikan M. Yatim dan Rubiah kemudian dipercepatkan tempo dan diubah tajuknya "Ikan Di Laut Asam Di Darat" nyanyian Norlela Nasir dan A. Talib.
Filem ini tidak ada crook tertentu (face to face), orang jahatnya Datuk Menteri Besar (kadang-kadang tersasul ke Datuk Perdana Menteri) yang merupakan musuh dalam selimut dan dibantu Minasari (Siti Tanjung Perak) membuat kerja-kerja jahat, memperdayakan Raja Indraloka.
Daeng Idris (Datuk Menteri Besar) mahukan anaknya, Chitrawati (Khatijah), menjadi Permaisuri bukannya Dewi Murni yang telah dikahwini Raja Indraloka sewaktu pergi memburu rusa di hutan berhampiran dengan sebuah kampung.
Mengenai lakunan, Kasma Booty, A.R. Tompel dan D. Harris jauh ke depan, baik dan memuaskan kerana sesuai dengan peranan masing-masing.
Osman Gumanti, peringkat awal orangnya lemah lembut tetapi apabila diubatbomohsihirkan wataknya bertukar (baik menjadi jahat) seperti Dr. Jekyll (baik) dan Mr. Hyde (jahat) dalam filem "Dr. Jekyll and Mr. Hyde" (1931).
Lakunan baiknya, baik. Lakunan buruknya, buruk. Ada sedikit kejanggalan, nampak semacam kaku dan tidak natural. Dia kurang sesuai membawa watak tidak siuman dan merapu.
Yang lain-lain sederhana - Daeng Idris, Mariam, Jaffar Wiryo, Siti Tanjung Perak, Haji Gong dan Tina.
Bagaimanapun, heroine kedua (Khatijah sebagai Chitrawati) ternyata dan jelas kekakuannya lebih-lebih lagi ketika pengucapan dialog.
Dari segi teknikal pula, biasalah filem lama, fotografi, penyuntingan dan rakaman suara banyak kelemahannya.
Kualiti gambar yang diperolehi dari rakaman VCD, DVD, YouTube dan tayangan di TV kurang memuaskan. Ada kalanya gelap dan suara pula tenggelam timbul.
Sebagai warisan bangsa Malaysia, disinilah letaknya peranan Sinematek Malaysia (sepatutnya sudah wujud) untuk mengrestorekan (dibaikpulih) filem ini dengan mengembalikan ke kualiti asalnya.
Atau pun mungkin lebih baik lagi sama seperti "Casablanca" (Hollywood), "Tiga Dara" (Indonesia) dan "Hum Dono" (Bollywood).
Pada keseluruhannya, filem ini baik dan memuaskan serta dibuat hanya hiburan semata-mata dan tidak ada hubungkait dengan agama Islam.
Ia nampaknya, lebih ke Hinduan kerana kecenderongan meminta pertolongan dewa-dewa, bukannya Tuhan (Allah) yang maha Esa.
NEW FILM OF EASTERN FOLKLORE___
By Our Malay Film Reporter
The Straits Times, 2 Jun 1950
A NEW Malay Film, "Dewi Murni" to be shown in Singapore this month, stars Osman Gumanti, well-known Indonesian dancer and Kasma Booty.
The film based of Eastern folklore and culture, despicts the story of of a King of Java centuries ago. It was made by Malay Film Productions Ltd.
It contains 12 new Eastern melodies that should captivate most people here. Music and lyrics composed by Zubir Said, who is well known in Malaya as a songwriter.
The film which full a production, contains many costumes of the past, Eastern dances and typically, those two comedians, Tompel and Harris, who can always be counted on for plenty of laughs.
Osman Gumanti plays the King, Kasma Booty the girl he falls in love with finally marries , despite the wiles of the premier, who wanted his daughter (played by Khatijah), to become Queen.
It is quite a story and Malay Film Productions have spent a lot of money to ensure accuracy and in obtaining costumes and material.
LAGU-LAGU___
Terdapat 12 lagu kesemuanya, tetapi 4 lagu lagi tidak dapat dikesan tajuknya.
* "Hikmat Alam" (Rubiah)
* "Bunga Dan Kumbang" (Rubiah)
* "Jodoh" (Rubiah & R. Azmi)
* "Wahai Si Kumbang Jati" (Rubiah)
* "Kurnia" (Salmah)
* "Dewi Murni Kesuma Hati" (Rubiah & R. Azmi)
* "Tangkap Ikan" (P. Ramlee & M. Sidin)
* "Sukma Suka" (Neng Yatimah & Salmah)
# Pencipta lagu: ZUBIR SAID
# Pencipta lirik: ZUBIR SAID
# Apabila dipiringhitamkan, "Jodoh" dinyanyikan oleh Rubiah berpadusuara dengan M.Yatim bukannya R. Azmi.
# "Jodoh" pernah juga dirakamkan ke piringhitam pada tahun 1970an oleh Norlela Nasir dan A. Talib menggunakan tajuk "Ikan Di Laut Asam Di Darat".
FAKTA___
* Filem ini ditayangkan sempena sambutan Hari Raya Puasa di panggung wayang Rex, Singapura saja memakan masa 10 hari (15 Julai hingga 25 Julai 1950) yang boleh dianggap lama ketika itu.
* Cerita filem ini berdasarkan salah satu episod terdapat dalam kitab klasik Mahabharata, "Sakunthala", dan pernah difilemkan pada tahun 1943 diarahkan oleh V.Shantaram dengan bintang utamanya Jayshree dan Chandra Mohan.
* Inilah filem kedua dan terakhir Kasma Booty berpasangan dengan Osman Gumanti sebagai hero dan heroine selepas "Rachun Dunia." Kasmah Booty setelah membintangi "Manusia" meninggalkan MFP dan muncul semula dalam filem "Mahsuri" manakala Osman Gumanti selepas "Tas Tangan Wanita" berubah angin ke Nusantara ("Dian") dan kemudian ke Keris Film ("Insaf").
* M.Amin (kemudian sebagai pengarah), turut berperanan kecil dalam filem ini, telah diambil oleh S.Ramanathan sebagai hero dalam "Kembar" berheroinekan Mariam yang berperanan Kusna dalam filem ini.
* Haji Gong dan isterinya (Tina) yang membintangi filem ini, turut berlakun dalam filem-filem Shaw Brothers sebelum Perang Dunia Kedua seperti "Mutiara", "Bermadu" dan "Ibu Tiri".
* Gabungan mantap dua pelawak popular, D. Harris dan A.R. Tompel. Selain filem ini mereka juga bersama dalam "Rachun Dunia", "Takdir Illahi", "Aloha" (A.R. Tompel berperanan jahat) dan "Berdosa".
* Boleh dikatakan kesemua pelakun filem ini berasal dari Indonesia (Sumatra), kecuali M. Amin dari Kuala Kangsar, Perak dan Mariam, Singapura. Pengarahnya, B.S. Rajhans, berasal dari India.
* Ramai penulis menterjemahkan (ke Bahasa Inggeris) "Dewi Murni" sebagai "Goddess Of Purity". Sebenarnya, "Dewi Murni" nama watak utama seperti juga "Chinta", "Chempaka" dan "Aloha" yang tidak perlu diterjemahkan.
(Sumber: jefferniagaz)
(Sumber: DezyDizzy)
Kalau menyanyi perlahan-lahan
Di bawa angin terdengar jauh
Kalau menyanyi perlahan-lahan
Di bawa angin terdengar jauh
Kalau hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh
Kalau hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh
Kalau takut di lambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai
Bunga melati di dalam taman
Daunnya hijau banyak yang gugur
Bunga melati di dalam taman
Daunnya hijau banyak yang gugur
Putus di hati makrifat iman
Air dan minyak mungkin bercampur
Putus di hati makrifat iman
Air dan minyak mungkin bercampur
Ikan di laut asam di darat
Dalam periuk mungkin mufakat
* Penyanyi di filem: OSMAN GUMANTI & KASMA BOOTY
* Penyanyi di belakang filem: R. AZMI & RUBIAH
* Penyanyi di piringhitam: M. YATIM & RUBIAH
* Pencipta lagu & lirik: ZUBIR SAID
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
berapa banyakkah yang masih ada?
kekuatannya special effect dan aziz sattar
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff
PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan
MUTIARA DARI MALAYA (1955)
teknik fotografinya sangat menarik
LAIN JALAN KA-SHORGA (1968)
apa, berdosakah aini?
SELENDANG DELIMA (1958)
kejelitaan maria menado dieksploitasi sepenuhnya
No comments:
Post a Comment