"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Thursday, September 12, 2019


RAJA IDRIS SHAH SULTAN BERJIWA SENI


Teks Oleh Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto Daripada Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun Oleh Zaini Yusop

# UPDATE: 12/9/2019


Raja Idris Shah

Aminah Ahmad


NYANYIAN SEMALAM DI SUBANG
AMINAH AHMAD LEBIH BAIK
BERBANDING RAFEAH BUANG?
Oleh Mustafar A.R.



SEDANG sibuk berkemas dan menyusun piringhitam lama yang jumlahnya melebihi seribu, tiba-tiba aku terpegun merenung EP yang sudah aku lupakan sekian lama, terlalu sangat lama - lebih 40 tahun.
Cover cantik. Tajuk SEMALAM Di SUBANG. Foto dan catatan AMINAH AHMAD dengan ORKES RISHAH.
Aminah Ahmad, penyanyi terpinggir yang kini dilupakan kehadirannya di alam seni. Tidak menyerlah, walhal suaranya begitu lunak sekali. Dengarkan lagu nyanyiannya, "Semalam Di Subang".
Malah nyanyiannya lebih baik kalau dibandingkan "Semalam Di Subang" Rafeah Buang yang terkandung dalam LP "Dalam Ketenangan" keluaran Philips pada tahun 1981. Kliks Di Sini
dan dengarlah perbezaannya.
Setelah aku renung seketika dan lihat depan belakang EP tersebut, fikiran aku tiba-tiba berpatah balik ke penghujung tahun 1972, return to nostalgia. Gambarannya samar-samar namun masih berupaya membentuk peristiwa yang berlaku.
Ya. Aku, Foo Jock Kuang, Norashid Taib, Norshah Thamby dan Hanie telah diundang ke Istana Tambun Sultan Perak di Ipoh. Tujuannya, membuat liputan Aminah Ahmad yang baru saja merakamkan suaranya ke piringhitam menyanyikan dua lagu ciptaan Sultan Perak, Raja Idris Shah (Raja IS) - "Semalam Di Subang" dan "Pulau Pangkor".
Foo, penerbit syarikat rakaman GUO, Norashid mula asalnya penyanyi (satu EPnya berduet dengan Maria Bachok) tapi bertukar jadi penari, Norshah wartawan hiburan sekian lama memegang jawatan Presiden Eja yang memulakan penganjuran Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 dan Hanie (penyanyi GUO).
Sebenarnya, ada beberapa sosok lagi bersama tapi malangnya aku gagal mengingati mereka.
Kami bermalam semalaman di istana tersebut, esok barulah bertemu Aminah Ahmad dan beberapa orang pemain musik Orkes (Kombo) Rishah. Raja IS tidak bersama kerana tujuan utama semata-mata mempromosi Aminah Ahmad dan EP "Semalam Di Subang".
Itu saja yang aku ingat. Bila pulang ke Kuala Lumpur aku tulis cerita bertajuk RISHAH ORKESTRA Iringi AMINAH AHMAD Rakam Lagu Ke Piring Hitam, dan disiarkan dalam URTV yang aku pimpin, pada 1 Disember 1972.
Menulis mengenai Aminah Ahmad aku anggap bak kata orang putih, "killing two birds using one stone" ("membunuh dua ekor burung menggunakan sebiji batu").
Mengapa tidak, ini kerana menyentuh Aminah Ahmad, bererti aku terpaksa menyentuh Raja IS.
Kejayaan Aminah Ahmad banyak begantung atas kesempatan yang diberikan oleh Raja IS sebagai penyanyi Orkes Rishah seterusnya merakamkan suaranya ke piringhitam.
Aku tidak pernah tahu samada orkes tersebut yang diketuai dan dipimpin oleh Raja IS mengiringi penyanyi lain membuat rakaman ke piringhitam. Hanya Aminah Ahmad saja. Tidak juga "Kalau Rindu" yang dinyanyikan oleh Rafeah Buang.
Kepekaan Raja IS terhadap suara Aminah sangat tepat. Lunak, merdu dan lantang, "Semalam Di Subang" sebagai contoh. Kalau tidak, takkan Raja IS memberikan dua lagu ciptaannya itu kepadanya untuk rakaman piringhitam.
Kalau mahu, Raja IS boleh memberikannya kepada Rafeah Buang kesemuanya, atau Sharifah Aini, Noor Kumalasari, Uji Rashid dan ramai lagi.
Kalau kejayaan Aminah Ahmad itu boleh dianggap sebagai kejayaan, tercatat dalam sejarah Negeri Perak (dan Malaysia khususnya), Raja IS yang memimpinnya.
Di alam seni musik dan lagu, Raja Idris Shah dan Aminah Ahmad berpisah tiada. Macam juga P.Ramlee dan Saloma, kalau boleh dikatakan begitu. Atau paling tidak pun seperti Kassim Masdor dan Sanisah Huri.

Aku (kanan) bersama Aminah Ahmad (duduk, tengah), Norshah dan Hanie semasa berada di Istana Tambun Ipoh,
kira-kira 46 tahun yang lalu.




BUKU MUSTAFAR A.R. YANG KEDUA (2019)



HARGA SENASHKAH: RM39.90 (162 Muka)
Beli Online Boleh Dapat Tandatangan Penulis
Emel: mar27843@yahoo.co.uk / Telefon: 012-3408117


BUKU MUSTAFAR A.R. YANG PERTAMA (2008)


HARGA SENASHKAH: RM69.90 (358 Muka)
Beli Online Boleh Dapat Tandatangan Penulis
Emel: mar27843@yahoo.co.uk / Telefon: 012-3408117
Tinggal Sedikit Sahaja Lagi





12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG.



# ULASAN & KRITIKAN
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM * CHEMPAKA
* DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU
* PONTIANAK * SUMPAH ORANG MINYAK
* SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA * GELORA * THE LONG HOUSE
* PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * SHANE
* CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON
* TIGA DARA * CINTA PERTAMA * TENGKORAK HIDOEP
* SAYANG ANAKKU SAYANG * MENANTI HARI ESOK
* SIAPA SALAH? * PERJODOHAN
* SEMERAH PADI * SI TORA HARIMAU JADIAN

# 5 ARTIKEL POPULAR
(SETAKAT 12 SEPTEMBERC 2019)
1. PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 208,495
2. 10 FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 32,081
3. 10 FILEM INDONESIA TERBAIK 17,199
4. TAHUN PEMERGIAN P.RAMLEE 17,132
5. A.R. TOMPEL (1918-1973) 13,058

# 5 PAGEVIEWS TERBANYAK
(SETAKAT 12 SEPTEMBER 2019)
1. MALAYSIA 1,470,230
2. INDONESIA 212,342
3. UNITED STATES 143,343
4. SINGAPORE 123,387
5. RUSSIA 57,373





LAGU-LAGU RAJA IDRIS SHAH DI YOUTUBE


(Sumber: OldToad63) (Sumber: OldToad63) (Sumber: icam somban) (Sumber: Hassny Hussin) (Sumber: X05Radar) (Sumber: Hassny Hussin) (Sumber: Hassny Hussin) (Sumber: zacky uesoff) (Sumber: Hassny Hussin)

SEMALAM DI SUBANG

Kala ku menung di Subang
Bulan purnama mengambang
Di pagar bintang-bintang
Mengerlip berkilauan

Mendung meliputi bulan
Hati ku sedih dan rawan
Terpendam sendirian
Bersama sang bulan

Hati ku rindu
Pada bulan ku mengadu
Bila masanya kita bertemu

Indahnya purnama mengambang
Di larut malam nan sunyi
Aku terkenang-kenang
Semalam di Subang

Hati ku rindu
Pada bulan ku mengadu
Bila masanya kita bertemu

Indahnya purnama mengambang
Di larut malam nan sunyi
Aku terkenang-kenang
Semalam di Subang

Penyanyi: Aminah Ahmad
Lagu & lirik: Raja Idris Shah
Iringan Musik: Orkes Rishah
Susunan Musik: R.Ismail Iskandar & Albert S.Pohan



ULASAN LAGU-LAGU
RAJA IDRIS SHAH
Oleh Zaini Yusop



Waktu sarapan pagi, kira-kira sebulan berlalu, tiba-tiba aku dihulurkan dengan pen drive.
Apa ni, bang?
Takkan tak tau, inikan pen drive.
Ya, taulah. nak buat apa?
Tengok baca dan dengar. Buat ulasan.
Bila abang aku cakap macam tu, ini mesti tugas berat. Jangan macam Rafeah Buang dan Sudirman, sudahlah. Teruk aku. Nanti kucing aku yang 30 ekor tu mati kelaparan.
Memang betul. Bagaimanapun, kali ini agak rengan sedikit, tapi luar biasa. Sesuatu yang orang lain tidak boleh dan pernah fikirkan.
Dalam pen drive, sudah lengkap semuanya - foto, klips video, biografi pendek dan lirik lagu. Aku cuma disuruh buat ulasan lagu-lagu yang dinyatakannya. Itu cara atau style abang
aku memberi arahan.
Pada mulanya, aku tak tertarik langsung nak buat ulasan. Tapi apabila sudah tengok baca dan dengar aku berminat pula. Memang abang aku ni, tajam pemikirannya,
jauh pandangannya.
Raja Idris Shah, rujuk Raja IS selepas ini, aku tau. Sultan Perak, sebelum Sultan Azlan Shah. Aminah Ahmad, cukup asing pada aku. Dia penyanyi, tapi lagu-lagunya aku tak pernah dengar pun, "Semalam Di Subang" merupakan lagu pertama nyanyiannya aku dengar, kemudian disusuli
"Pulau Pangkor".
Setelah menilai dua lagu tersebut, ternyata Aminah mempunyai suara yang cukup baik - lunak merdu lantang. Ini menjadikan kehilangannya menimbulkan persoalan tandatanya, kenapa dan mengapa?
Aminah hilang tak ubah seperti gone with the wind. Pergi bersama angin, hilang entah ke mana tanpa kesan.
Seperti juga "Kalau Rindu" Rafeah Buang, "Semalam Di Subang" Aminah tidak kurang romantis dan syahdu. Tambah menarik ia diiringi Orkes Rishah yang diketuai oleh Raja IS yang mencipta lagu dan liriknya.
Permainan musik orkes (kombo) berdasarkan susunan musik oleh Raja Ismail Iskandar dan Albert S.Pohan, baik dan cukup memuaskan, ditambah pula kesesuaian suara Aminah.
Liriknya begitu romantis syahdu meruntun kalbu, seolah-olah Raja IS berada dalam kerinduan menunggu seseorang ketika bersemalam di lapangan terbang Subang. Atau sekadar lagu saja. Wallahu a'lam.
"Pulau Pangkor" sederhana saja nyanyiannya. Lirik tertumpu kepada sejarah silam dan kampung nelayannya, sangat sesuai untuk tarikan para pelancong datang ke situ. Apa yang menarik, keutamaan diberikan kepada Raja IS
meniup saxophonenya.
"Cintailah Daku Sepenuh Hatimu" tidak banyak boleh diperkatakan kerana ia berdasarkan lagu yang dipopularkan oleh Engelbert Humperdinck - "Love Me With All Your Heart".
Namun Aminah mempunyai kelantangan suara - powerful voice, dan tak boleh dinafikan dapat menyaingi (tidaklah sebaik) suara Engelbert Humperdinck yang sememangnya mempunyai powerful voice, very powerful voice.
"Berbahagialah Selalu" kira ok juga. Lagu dan lirik oleh Raja Ismail Iskandar, tetap menghiburkan. Berentak cha cha cha.
Iringan musiknya oleh Orkes Rishah (susunan Raja Ismail Iskandar, Albert S.Pohan dan Richard Andres) pun
segar dan menyegarkan.
Selain itu, aku juga disuruh mengulas "Kalau Rindu", "Cempakasari" dan "Namamu Dibibirku".
"Kalau Rindu" tak payahlah. >> Kliks Di Sini
"Cempakasari" liriknya penuh syahdu, menggambarkan kegemilangan sejarah silamnya dan juga tempat bersemayam dan kemangkatan Sultan Perak Ke-15 - Raja Iskandar Shah. Kekuatan lagu ini banyak bergantung kepada suara S.M.Salim yang mendayu-dayu dan susunan musiknya
oleh Johari Salleh.
Sekirannya bukan S.M.Salim yang nyanyi, kemungkinan sengatnya berkurangan.
"Namamu Dibibirku", sama dengan "Kalau Rindu" dan "Semalam Di Subang" - romantis dan syahdu. Kelantangan suara Jamal Abdillah dan susunan musik oleh Ahmad Nawab, merupakan kombinasi yang menghasilkan lagu tersebut cukup baik dan sedap didengar.
Sebagai orang Perak (aku lahir di Malim Nawar), aku bangga dengan penglibatan Raja IS di alam seni dengan melahirkan lagu-lagu, tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
Itu saja yang mampu aku buat ulasan. Bila habis baca abang aku diam, tak kata apa-apa pun. Serius aje. Terima kasih pun takda. Namun aku gembira, kerana ada
senyuman terukir dibibirnya.





Raja Idris Shah & Aminah Ahmad

Raja Idris Shah & Raja Muzwin di tahun-tahun 1940an. Perhatikan plet kereta - R.B.PK. (Raja Bendahara Perak)

Raja Idris Shah (tengah) bersama P.Ramlee dan Aini Hayati ketika berkunjung ke studio Jalan Ampas, Singapura pada 18 Mac, 1953 dan sempat menyaksikan penggambaran lakonan Aini Hayati dan Hashim Noor untuk filem "Hujan Panas" arahan B.N.Rao

Raja Idris Shah (kiri) bersama Orkes Rishah

Raja Ismail Iskandar, penerbit EP "Semalam Di Subang"

Aminah Ahmad, sekali imbas macam Azean Irdawaty

Aminah Ahmad dengan piala pertandingan nyanyi pada 1965

Cerita Aminah Ahmad dalam URTV 1 Disember 1972




SEDIKIT MENGENAI RAJA IDRIS SHAH
Di Cari & Di Edit Oleh Zaini Yusop



RAJA IDRIS SHAH (RAJA IS)
Raja Idris Shah (Raja IS) merupakan Sultan Perak bermula pada 6 Januari 1963 hingga 31 Januari 1984, dan berjiwa seni. Ketika usia masih muda, Raja IS telah menubuhkan Orkes Rishah, dan merupakan satu-satunya Raja (Sultan) meminati musik dan berbakat mencipta dan
menulis lirik lagu.
Antaranya "Kalau Rindu", "Semalam Di Subang" dan "Pulau Pangkor". "Semalam di Subang" dan "Pulau Pangkor" dirakamkan ke piringhitam oleh penyanyi Aminah Ahmad, manakala "Kalau Rindu" dan "Semalam Di Subang" dinyanyikan oleh Rafeah Buang.
"Kalau Rindu" merupakan lagu evergreen dan tidak jemu-jemu didengar hingga kini. Dengan kombinasi lirik lagu yang meruntun jiwa (syahdu) tulisan Raja IS dan kelunakan suara Rafeah Buang, ia pernah menjadi lagu menduduki tangga teratas pada tahun-tahun 1980an.
Untuk lebih detail mengenai Raja IS Kliks Di Sini dan Di Sini.

AMINAH AHMAD
Rishah Orkestra Iringi Aminah Ahmad Rakam Lagu Ke Piring Hitam (Petikan dari URTV, 1 Disember 1972)
Aminah Ahmad yang begitu terkenal di Bandar Ipoh, Perak baru-baru ini telah diberi peluang merakamkan lagu-lagunya dengan sebuah syarikat piring hitam
di Bandaraya Kuala Lumpur.
Empat lagu yang terkandung dalam album (ep)nya itu ialah "Cintailah Daku Sepenuh Hatimu" (padanan lagu barat "Love Me With All Your Heart), "Pulau Pangkor" dan "Semalam Di Subang" (lagu dan senikata oleh Raja Idris Shah iaitu Sultan Perak sekarang) dan "Berbahagialah Selalu" ) lagu dan senitaka oleh Raja Ismail Iskandar).
Dalam ep yang akan diedarkan sedikit masa lagi ini, Aminah diiringi oleh Orkes Rishah pimpinan Raja Ismail Iskandar dengan susunan musiknya oleh Richard Andres, Albert s.Pohan dan Raja Ismail Iskandar sendiri.
Berumur masih dalam lengkongan 17 tahun (sekitar tahun 1955) dan berkulit hitam manis, Aminah merupakan penyanyi tetap Orkes Rishah itu yang berpusat
di Kuala Kangsar..
Dalam satu pertemuan dengannya, Aminah menyatakan, dia mula minat menyanyi sejak dibangku sekolah ketika menuntut di Sekloah Kebangsaan Sungai Siput, tidak jauh dari Bandar Ipoh.
Walaupun keluarganya tidak berdarah seni namun dia seringkali mendapat galakan dari teman-teman seperjuannya.
Menurut Aminah, kejayaan gemilang yang pernah dicapainya ialah pada tahun 1965 apabila dia dipilih sebagai johan dalam satu pertandingan nyanyi yang dianjurkan oleh Radio Malaysia di Ipoh.
"Dengan kejayaan itu memberikan saya lebih semangat untuk terus bergiat dalam lapangan nyanyian," katanya sambil tersenyum.
"Saya juga turut serta dalam pertandingan Bintang Radio pada tahun 1968", jelas Aminat seterusnya. Menambah: "Tapi saya hanya mampu menduduki tempat naib johan bagi kawasan Pulau Pinang saja."
Anak bongsu bagi adik-adik beradik terdiri seramai lima orang, Aminah seringkali medapat jemputan menyanyi di pentas-pentas pertunjukan disamping sudah beberapa kali diundang menyanyi di Radio dan TV Malaysia.
Mengenai hobinya, Aminah memberitahu: "Saya gemar sekali membaca novel dan mengikuti perkemkabngan fesyen pakaian di zaman moden ini"
Tentang cita-citanya masa depannya, Aminah menampakkan keengganannya untuk menjawab. Tapi dari airmukanya jelas menyatakan: "Itu adalah rahsia saya."



BIODATA
Nama: Aminah Binti Ahmad
Nama Glamor: Aminah Ahmad
Tahun Lahir: 1955 (tarikh tepat tidak diperolehi)
Tempat Lahir: Kuala Kangsar, Perak
Bintang RTM (Pulau Pinang) - 1965: Naib Johan
Pertandingan Nyanyian Keputeraan Sultan Perak
(1965): Johan
Album (EP): Semalam Di Subang (1972)



# Diluar kotak URTV.
Aminah pernah muncul dalam program musik Chempaka Sari terbit TV Malaysia. Dia menyanyi dengan Orkes (Kombo) Rishah yang dipimpin oleh Raja IS. Sebelum itu, dia sering menyanyi di rumah orang kahwin, pertunjukan pentas dan beberapa pertandingan nyanyi. Dalam tahun 1965, Aminah menyertai pertandingan sempena ulangtahun keputeraan Sultan Perak, yang membawa kejayaan, menjadi johan.
Anak guru sekolah ini, dalam pertandingan Bintang Radio yang diadakan di Pulau Pinang, dia hanya sampai keperingkat akhir saja. Juga turut serta dalam rancangan hiburan Radio Malaysia Ipoh bersama L.Ramlee sempena Hari Raya Aidilfitri - Gurindam Jiwa. Menganggutai (penyanyi tetap) Orkes Rishah dengan Kamal Ariffin dan Fazila Mat Isa.

RAJA ISMAIL ISKANDAR (RAJA II)
Pada tahun 1964, Raja II telah meninggalkan istannya. di Kuala Kangsar, datang ke Kuala Lumpur untuk menceburkan dirinya dalam lapangan seni. Karya pertamanya "Cerita Dari Timur Tengah" (drama bersiri) ke udara melalui Radio Malaysia.
Raja II yang berjiwa seni ini dilahirkan di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada tahun 1934. Mula-mula masuk ke sekolah Melayu kemudian melanjutkan pelajarannya di Sekolah Clifford Kuala Kangsar.
Apabila tamat sekolah, Raja II menubuhkan Kumpulan Wayang Bangsawan Melayu - Hiboran Malam. Ini menyebabkan, disamping kengganannya memegang jawatan dalam Kerajaan, mendapat tentangan dari waris-waris Kerajaan Perak. Hanya Raja IS (pada masa itu Raja Muda) memperkenankan minat seniya itu diperkembangkan.
Empat tahun kemudian kumpulan tersebut di bubarkan atas nasihat Raja Perempuan Perak, Raja Bahiyah, dan di istana Bukit Chandan Raja II menjadi tenaga mengajar tarian kepada beberapa persatuan - Perkumpulan Perempuan, Kumpulan Kaum Ibu Umno dan Kumpulan Tarian Istana.
Dalam pada itu, Raja II juga menubuhkan Orkes Hiboran Malam dan seringkali diundang oleh Sultan Perak, Raja Yusoff Izuddin, ke istana bermain musik.
Selain itu, namanya selalu terdengar di Radio Malaysia sebagai pelakon, penulis skrip dan pemain musik dengan Orkes Rishah yang dipimpin Raja IS.
Raja II pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Perastuan Seni Ibu Kota (Peseni), yang ramai melahir tokoh-tokoh terkenal kemudiannya termasuk Zainuddin Zimbo, Nik Sinar Suria, Ramly Abu Bakar, Anuar Kamaruddin dan Yahya Awang.
Raja II adalah penulis skrip "Lela Mayang" (bercorak purbawara) untuk TV Malaysia pada tahun 1967, diarahkan oleh Hashim Amir Hamzah, dilakonkan oleh Sani Ahmad, Rahim Othman, Normal Kassim dan Hilmi Midun.

ORKES RISHAH
Ramai orang berpendapat mustahil Raja yang memerintah sanggup menubuhkan orkes di istananya semata-mata kerana minatnya terlalu besar dalam bidang musik.
Perkara itu tidak mustahil lagi bagi Raja IS yang menubuhkan Orkes (Kombo) Rishah dengan anggutanya terdiri dari keluarga dan kerabatnya serta dibantu oleh beberapa pemusik terkenal di Kuala Kangsar.
Rishah (sengkatan nama Raja Idris Shah), dan dalam orkes tersebut Raja IS bermain alat musik saxophone.
Orkes Rishah mula asalnya bernama Orkes Iskandariah diwujudkan pada tahun 1966. Mendapat galakan dan diketuai oleh Raja IS, orkes tersebut buat pertama kalinya merakamkan lagu-lagu di Radio Malaysia Ipoh sebaik
saja siap dibina.
Guru musik terkenal di Ipoh, Albert S.Pohan, telah diundang melatih para anggutanya seramai 15 orang.





Jamal Abdillah (Hatiku Luka Kembali)

S.M.Salim (Cempaka Sari)

Rafeah Buang (Dalam Ketenangan)

Rafeah Buang (Don Juan II)

Aminah Ahmad (Semalam Di Subang)


LAGU-LAGU RAJA IDRIS SHAH DIABADIKAN
DALAM PIRINGHITAM LP & EP
Oleh Mustafar A.R.



SEJARAH sudah tercatat dan terukir, tidak boleh diubah,tidak boleh dipadam apatah lagi dibuang.
Lagu-lagu Raja IS dalam rakaman piringhitam (LP dan EP) telah terpahat di dalam;
1. Aminah Ahmad - Semalam Di Subang (1972)
2. Rafeah Buang - Don Juan II (1980)
3. Rafeah Buang - Dalam Ketenangan (1981)
4. S.M.Salim - Cempakasari (1981)
5. Jamal Abdillah - Hatiku Luka Kembali (1983)
Empat penyanyi mengabadikannya;
1. Aminah Ahmad (2 lagu) - Semalam Di Subang
& Pulau Pangkor
2. Rafeah Buang (2 lagu) - Kalau Rindu & Semalam Di Subang
3. S.M.Salim (1 lagu) - Cempakasari
4. Jamal Abdillah (1 lagu) - Namamu Dibibirku
Empat penyanyi berasal dari Perak (Jamal Abdillah & Aminah Ahmad), Kuala Lumpur (S.M.Salim) dan Singapura
(Rafeah Buang).
Tiga penyanyi cukup popular - Rafeah Buang, S.M.Salim dan Jamal Abdillah. Satu penyanyi tidak popular - Aminah Ahmad.
Inilah hasil kajiselidik yang aku buat. Kalau ada yang terlepas pandang, harap tolong beritahu supaya dapat aku buat pembetulan dan penambahan.
Ok, aku teruskan dengan lebih detail supaya
faktanya tepat dan betul.


SEMALAM DI SUBANG
"Semalam Di Subang" di muka satu keratan satu.
Muka Satu
1. SEMALAM DI SUBANG
Lagu & Senikata: RAJA IDRIS SHAH
Susunan Muzik R.ISMAIL ISKANDAR
& ALBERT S.POHAN
2. PULAU PANGKOR
Lagu & Senikata: RAJA IDRIS SHAH
Susunan Muzik: R. ISMAIL ISKANDAR
& RICHARD ANDRES
Muka Dua
CINTAILAH DAKU SEPENUH HATIMU
(Love Me With All Your Heart)
Susunan Muzik: R. ISMAIL ISKANDAR
BERBAHAGIALAH SELALU
Lagu & Seniklata - Susunan Muzik:
R.ISMAIL ISKANDAR

IRINGAN
ORKES RISHAH
PENERBIT
RAJA ISMAIL ISKANDAR
LABEL: GUO


DON JUAN II
"Kalau Rindu" di muka satu keratan dua.
Muka Satu
1. DON JUAN II
Lagu: Copyright Control
Senikata: Rafeah Buang
2. KALAU RINDU
Lagu & Senikata: DYMM Raja Idris Shah (Sultan Perak)
3. SEMAKIN DI BENCI SEMAKIN KU SAYANG
Lagu: Ooi Eow Jin Senikata: Iny Juwie
4. YA ILAHI RABBI
Lagu & Senikata: Rafeah Buang
5. MUSIM BUNGA
Lagu & Senikata: Rafeah Buang
6. UNTUK GURUKU
Lagu & Senikata: Salamah Basiron
Muka Dua
1. SINAR HIDUPKU
Lagu: Kassim Masdor Senikata: Yusnor Eff
2, SERUNAI PERINDU
Lagu: Ooi Eow Jin Senikata: Muhamed Nasir
3, LEMBAYUNG DI KOLAM
Lagu & Senikata: YAM Raja Ismail Iskandar Shah
4. AIS KRIM
Lagu & Senikata: Rafeah Buang
5. BILA-KAH
Lagu & Senikata: Copyright Control
6. RINDU RINDUAN
Lagu: Raja Kobat Senikata: Rafeah Buang

Susunan Musik: Ooi Eow Jin
Penerbit: Ooi Eow Jin
Label: Philips


DALAM KETENANGAN
"Semalam Di Subang" di muka satu keratan dua.
Muka Satu
1. Shamsiah (Lagu/Senikata: Rafeah Buang)
2. Semalam Di Subang
(Lagu/Senikata: DYMM Raja Idris Shah, Sultan Perak)
3. Kau Seperti Layang Layang (Lagu/Senikata:
Rafeah Buang)
4. Sakit Jiwaku Mengenangkan Mu
(Lagu: Ooi Eow Jin/Senikata: Naswee Dinsobry)
5. Api (Lagu/Senikata: Rafeah Buang)
Muka Dua
1. Sedikit Pesanan (Lagu: Ooi Eow Jin/Senikata: Rafeah Buang)
2. Perasaan Wanita (Lagu/Senikata: Rafeah Buang)
3. Udang Sama Udang (Lagu/Senikata: Rafeah Buang)
4. Sayang Di Sayang (Lagu/Senikata: Zubir Said)
5. Awan Beraleh (Lagu/Senikata: Copyright Control)

Susunan Musik: Ooi Eow Jin
Penerbit: Ooi Eow Jin
Label: Philips


CEMPAKASARI
"Cempakasari" di muka satu keratan dua.
Muka Satu
1. Ibuku Sayang (Ahmad Aminuddin/Datuk A.Aziz Hussain
2. Cempakasari (DYMM Raja Idris Iskander
3. Seri Siantar (Tradisional/S.M.Salim)
4. Kalau Ku Tahu (Johari Salleh/Osman Zainuddin)
5. Kasih Tak DiMinta (S.M.Salim/Osman Zainuddin)
Muka Dua
1. Isteriku (Alfonso Soliano/S.M.Salim)
2. Angan-Angan Kosong Be (Johari Salleh/Osman Zainuddin)
3. Iman (Ahmad Yusoh)
4. Joget Jambu Merah (Tradisional/S.M.Salim)
5. Selamat Tinggal Bungaku (Johar Bahar)

Susunan Musik: Johari Salleh
Penerbit: Johari Salleh
Label: WEA


HATIKU LUKA KEMBALI
"Namamu Dibibirku" di muka dua keratan tiga.
Muka Satu
1. "Hatiku Luka Kembali" (Ismail Ahmad Nawab/Dalina)
2. "Pilihan Hati" (Ahmad Nawab/Dalina)
3. "Mengapa Pilu Sahaja" (P. Ramlee)
4. "Di Mana Bayanganmu" (Ahmad Nawab/Dalina)
5. "Aku Kembali" (Akbar Nawab/Dalina)
Muka Dua
1. "Kabus Di Wajahmu" (Ahmad Nawab/Dalina)
2. "Wal Hasil Balik Asal" (Ahmad Yatim/Dalina)
3. "Namamu Di Bibirku" (DYMM Raja Idris Iskander)
4. "Pelukis" (Bob Khalil)
5. "Jika Kemesraan" (Akbar Nawab/Dalina)

Susunan Musik: Ahmad Nawab
Penerbit: Ahmad Nawab
Label: WEA

FAKTA___

* Terdapat tiga lagu lagi ciptaan Raja IS (yang dapat dikesan)
- "Hujan Di Tasik", "Perpisahan" dan "Berjasalah Sateria". Dengan iringan Orkes Radio Malaysia, "Perpisahan" pernah dinyanyikan oleh S.M.Salim dan "Berjasalah Sateria" oleh Hasnah Yunus.
"Hujan Di Tasik" tidak pasti, tidak diketahui.
* Lagu Barat Raja IS paling digemari dan seringkali diputarnya berulang-ulang kali - "Spanish Eyes" nyanyian Engelberg Humperdinck.
* Selain "Berbahagialah Selalu" yang terdapat dalam EP Aminah Ahmad, "Lembayong Di-Kolam" ciptaan dan lirik oleh Raja Ismail Iskandar terkandung dalam LP Rafeah Buang - Don Juan II.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?




No comments:

Post a Comment