"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Friday, October 9, 2020

RANO KARNO
NGOBROL DENGAN SELEBRITI INDONESIA DULU-DULU
Oleh Mustafar A.R., Aida Mustafar & Muszaili Mustafar
Gambar: Pelbagai Sumber Termasuk Internet
Diedit, Disemak & Disusun Oleh Zaini Yusop


RANO KARNO AKTIF DALAM
FILEM SEJAK MASIH KECIL
Oleh Mustafar A.R.

Sejujur kata, Saya kurang minat Rano Karno. Tidak banyak filemnya Saya tonton. Pertama kali "Romi Dan Juli" (sebagai Romi, Jessy Gussman, Juli) di Festival Filem Asean di Jakarta pada 1974, disusuli "Malin Kundang" (1971) dan "Taksi" (1990). Dua filem tersebut memahukan Saya menontonnya kerana, adanya Noor Azizah dalam "Malin Kundang" dan disebabkan "Taksi" ada mirip "Adik Manja". Mungkin ramai tidak tahu, Sukarno M. Noor ialah ayah Rano Karno, hero "Korban Fitnah" (1959) arahan P. L. Kapur yang merupakan filem pertama dikeluarkan Maria Menado Productions. Dibandingkan Rano Karno Saya lebih menyukai Sukarno M. Noor. Banyak filemnya Saya tonton selain "Korban Fitnah" antaranya "Si Gondrong" (1970), "Lewat Tengah Malam" (1971), "Mama" (1972), "Lingkaran Setan" (1973), "Senyum Di Pagi Bulan Desember" (1974) dan "Tengkorak Hitam" (1978). Sebagaimana Mickey Rooney, Elizabeth Taylor dan Sa'adiah, Rano Karno memulakan karier filemnya sejak kecil - "Lewat Tengah Malam" (1971) terus aktif hingga kini. Paling menarik apabila beliau mengwujudkan siri "Si Rano" di youtube yang mengimbas kembali kisah dulu-dulu terutama seniman seniwati Indonesia popular antaranya yang sudah disiarkan - Lenny Marlina, Widyawati, Lydia Kandou, Yessy Gusman, Nia Daniaty dan Yenny Rachman. Ya, benar. Filem2nya kurang Saya minati namun begitu "Si Rano" pula menjadi minat Saya. Cara Rano Karno mengendalikannya baik sekali. Bermanfaat, berfakta dan berilmu. Ia merupakan kisah benar hasil temubual Rano Karno (pengacara) terhadap mereka yang mana selama ini diperolehi dari media-media lain yang ada kalanya fakta tidak tepat. Seniman seniwati Indonesia (1950an-1990an) mempunyai ramai peminat bukan saja di negara mereka sendiri malah juga di Malaysia, Singapura dan Brunei. Nama-nama selain tercatat di atas termasuk Ratnor Timoer, Suzzanna, Dicky Zulkarnean, Mieke Wijaya, Slamet Radharjo, Christine Hakim, Titiek Puspa dan Rina Hashim.
Diharap, "Si Rano" mencari seniman Indonesia yang sudah lama menghilang cukup popular, Raden Mochtar, yang terkenal melalui dua filemnya, "Pareh" dan "Terang Bulan", untuk mengetahui perkembangan dirinya yang dikatakan umurnya kini sudah menjangkau melebihi 100 tahun.
Judul "Si Rano" dipadankan dari filem "Si Rano" (1973) arahan Motinggo Boesje lakonan Rano Karno yang turut dibintangi Benyamin S., Nanien Sudiar, Farouk Afero, Netty Herawati dan Alam Surawidjaja.



BUKU KEDUA MUSTAFAR A.R. (2019)


HARGA SENASKAH: RM40.00 (162 Muka)
POSLAJU: RM10.00
Emel: mar27843@yahoo.co.uk / Telefon: 012-3408117

BUKU PERTAMA MUSTAFAR A.R. (2008)

HARGA SENASKAH: RM90.00 (358 Muka)
POSLAJU: RM10.00
Emel: mar27843@yahoo.co.uk / Telefon: 012-3408117




KUALA LUMPUR

PULAU PINANG

12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG
-> (Kliks Di Sini)



Creature From The Black Lagoon.

# ULASAN DAN KRITIKAN FILEM ->
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM * CHEMPAKA
* DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU
* PONTIANAK * SUMPAH ORANG MINYAK
* SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA * GELORA * THE LONG HOUSE
* PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * SHANE
* CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON
* TIGA DARA * CINTA PERTAMA * TENGKORAK HIDOEP
* SAYANG ANAKKU SAYANG * MENANTI HARI ESOK
* SIAPA SALAH? * PERJODOHAN
* SEMERAH PADI * SI TORA HARIMAU JADIAN



EKSKLUSIF! ->


SUKARNO M.NOOR BUAT GEMPAR
RANO KARNO MUNGKIN TIDAK TAHU
Oleh Aida Mustafar

Setelah selesai melakukan penggambaran "Korban Fitnah", di Jakarta Sukarno M.Noor membuat stateman menggemparkan hingga menimbulkan kemarahan seniman seniwati Singapura.
Kata-kata yang dianggap menghina itu tersiar dalam majalah Indonesia, "Waspada Teruna";
* Bintang-bintang filem Malaya (Singapura) tidak boleh diajak bertukar-tukar fikiran.
* Wartawan-wartawan Singapura (Malaya) tidak ada 'brain' atau otak.
* Kota Singapura hanya baik dan sesuai untuk orang-orang yang telah mati jiwannya.
* Seniman-seniman Melayu Singapura (Malaya) adalah businnessmen saja.
Komen seniman seniwati Malaya (Singapura) menolak ke semua dakwaan tersebut:
P.Ramlee: Saya kesal sekali dengan fikiran Sukarno itu. Akibatnya buruk terhadap perpaduan seniman seniwati di sini dengan seniman seniwati Indonesia. Kalau orang itu mengaku dirinya sudah cukup pandai, bererti orang itulah yang paling bodoh.
Jamil Sulong: Saya tidak kenal dengan Sukarno ini, dan tidak mahu kenal dia kalau inilah fikirannya terhadap kami.
Rosnani: Sukarno mungkin irihati dengan kejayaan kami.
Zaiton: Saya tidak kenal Sukarno. Yang saya
kenal Presiden Sukarno.
Abdullah Hussein (wartawan): Saya sangat kesal dengan kenyataan Sukarno itu terhadap para wartawan kita.
Hassan Al-Shahab (penolong pengarah "Korban Fitnah"): Nampaknya, Sukarno ingin memecahbelahkan perpaduan seniman seniwati disini yang sudah terjalin sekian lama..
# Penyiaran semula kisah lama ini, sama sekali tidak berhasrat memburukkan sesiapa apatahlagi Sukarno M.Noor. Ia sekadar fakta yang boleh direnung dan dibuat iktibar oleh semua pihak. Walaupun sudah sekian lama berlaku namun hakikatnya tetap revelan sampai kini. Pepatah ada menyebut: "Kerana pulut santan binasa, kerana
mulut badan binasa."



Yessy Gusman (17 Ogos 2020)


Lenny Marlina (20 Ogos 2020)


Widyawati (23 Ogos 2020)


Nia Daniaty (26 Ogos 2020)


Lydia Kandou (2 September 2020)


Yenny Rachman (20 September 2020)




"Romi Dan Juli"


"Taksi" (Martapura)


"Yang Sangat Ku Sayang" (Life Records Malaysia)


RANO KARNO PERNAH JADI
DUTA KHAS UNICEF
Oleh Muszaili Mustafar

Rano Karno berusia 60 tahun (lahir di Jakarta, 8 Oktober 1960) memulakan karier filemnya melalui "Lewat Tengah Malam" (1971) arahan Sjuman Djaya turut dibintangi ayahnya (Sukarno M.Noor), Farida Arriany, Rachmat Hidayat, Rahayu Effendi dan Rima Melati.
Bermula filem itulah (sebagai pelakon kanak-kanak atau cilik), Rano Karno tidak menoleh ke belakang, terus membintangi satu filem ke satu filem yang mana hingga kini telah mencapai lebih 80 filem. Terakhir "Benjamin Biang Kerok 2" (arahan Hanung Bramantyo, mula ditayangkan 15 September 2020) yang dibintaninya bersama Reza Rahadian, Delia Husein, Meriam Bellina dan Lydia Kandou.
Rano Karno pernah memegang jawatan sebagai Gabernur Banten sejak 12 Ogos 2015 hingga 11 Januari 2017. Sebelumnya, beliau sebagai Pelaksana Tugas Gabernur Banten sejak 13 Mei 2014 sampai 12 Ogos 2015 menggantikan Ratu Atut Chosiyah yang terlibat dengan rasuah.
Rano Karno terkenal pada 1970an dan 1980an sebagai aktor melalui sejumlah filem seperti "Rio Anakku," "Gita Cinta Dari SMA," dan "Taksi" serta sebagai "Doel" dalam sinetron "Si Doel Anak Sekolahan" pada 1990an. Selain aktor, Rano Karno juga dikenali sebagai penyanyi dan pengarah filem.
Ayahnya seorang aktor terkenal juga, Sukarn0 M. Noor. Selain itu beliau juga mempunyai saudara kandung yang turut bermain filem - Tino Karno dan Suti Karno. Beliau pernah diwacanakan menjadi pendamping Fauzi Bowo sebagai wakil gabernur dalam pemilihan gabernur DKI Jakarta pada 2007.
Pada 22 Mac 2008, Rano Karno resmi dilantik menjadi Wakil Bupati Tangerang untuk tahun 2008-2013. Namun pada 19 Desember 2011, beliau meletakkan jawatan sebagai Wakil Bupati Tangerang kerana beliau terpilih sebagai Wakil Gabernur Banten mendampingi Ratu Atut Chosiyah
pada 2012-2017.
Rano Karno berkahwinh dengan Dewi Indriati pada 8 Februari 1988 dan memperolehi 2 orang anak - Raka Widyarma dan Deanti Rakasiwi. Sebelumnya beliau pernah beristeri bagaimana pun berakhir dengan perceraian setelah
2 tahun bersama.
Rano Karno pernah dilantik sebagai duta khas Indonesia dalam bidang pendidikan oleh UNICEF, sebuah badan di PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) yang bergerak dalam bidang pendidikan. Beliau menjadi duta UNICEF dari Indonesia, setelah disyorkan oleh Prof. Dr. Emil Salim, Bekas Menteri Kesehatan, Prof. Dr. Adhyatma, Ibu Prof. Singgih dan Ibu Prof. Murprawoto.
Sejak umurnya 9 tahun, Rano sudah diajak ayahnya membintangi "Lewat Tengah Malam," berperanan sebagai kanak-kanak. Namanya mulai dikenali melalui "Si Doel Anak Betawi" (1972) karya Sjuman Djaja yang dipadankan dari cerita "Aman Datoek Madjoindo."
Dalam filem itu, anak ketiga dari enam beradik pasangan Sukarno M. Noor (Minang) dan Istiarti (Jawa) berperan sebagai peranan utama. Sejak itu, prestasinya pun mulai kelihatan. Keranan lakonannya dalam "Rio Anakku" (1973), Rano Karno memperolehi Anugerah Aktor Harapan I PWI Jaya pada 1974.
Kemudian, dalam Festival Filem Asia 1974 di Taipei, Taiwan, meraih pula Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik. Selanjutnya, beliau mendapat peranan-peranan remaja dan dewasa - "Wajah Tiga Perempuan" (1976), "Suci Sang Primadona" (1977), "Gita Cinta Dari SMA" (1979). Untuk memenuhi niatnya terjun ke dunia filem, Rano Karno pun belajar berlakon di East West Player, Amerika Syarikat.
Ketika industri filem Indonesia merudum, Rano Karno beralih ke sinetron. "Si Doel Anak Sekolahan" merupakan sinetron paling berjaya yang digarapnya bersama adikberadiknya dalam Karnos Film. Dalam sinetron itu, di samping menjadi pengarah, penulis cerita dan lakunlayar, beliau juga turut berlakon membawa watak Kasdullah atau Si Doel. Selain itu, Karnos Film juga menghasilkan sinetron "Kembang Ilalang" dan "Usaha Gawat Darurat."
Rano Karno pernah juga menerjunkan diri ke dunia nyanyian. Albumnya, "Yang Sangat Ku Sayang", mendapat asaran yang agak baik.
Antara lagu nyanyiannya selain "Yang Sangat Ku Sayang" termasuk "Jangan Lagi Kau Menangis Untuk Ku" (feat Nella Regar), "Cinta Mu Sebatas Rindu" (Nella Regar), "Setangkai Anggrek Bulan" (Ria Irawan), "Kasih Ku" (Maya Rumantir), "Lain Di Bibir Lain Di Hati", "Hatimu Hatiku" dan "Jangan Dustai Cinta Kita".


# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah masih ada?


LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?




No comments:

Post a Comment