"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Saturday, July 9, 2011


BUKU FILEM-FILEM P.RAMLEE

KINI, HANYA BOLEH DIPEROLEHI DI FILEM KLASIK



RAMAI yang tidak tahu dalam mengarahkan filem "Nujum Pa' Blalang," P.Ramlee sebenarnya banyak berpandukan filem "Tom Thumb" yang diarahkan George Pal. Adegan klasik ketika Aziz Sattar dan S. Shamsuddin membahagi-bahagikan duit, terdapat dalam filem tersebut.

Begitu juga dengan telatah-telatah lucu semasa P.Ramlee, Aziz Sattar dan S. Shamsuddin mengekori Rose Yatimah dalam filem "Pendekar Bujang Lapok," ditirunya dari filem "C.I.D." yang dibintangi Dev Anand dan Shakila.

Filem "Sumpah Orang Minyak" pula banyak adegan yang dihasilkannya bersumberkan dua filem yang sudah menjadi klasik - "The Hunchback of Notre Dame" dan "The Wizard of Oz."

Adegan perlawanan tinju dalam filem "Nasib Si Labu Labi" diilhamkannya dari filem Charlie Chaplin - "Light City", dan ketika P. Ramlee mencari Sa'adiah yang diculik oleh Salleh Kamil disertai berjalan cepat dalam filem "Semerah Padi" merupakan adegan yang sama terdapat dalam filem Jepun arahan Akira Kurosawa - "Rashomon".

P.Ramlee seorang yang kreatif dan P. Ramlee juga seorang penciplak dan peniru. Bagaimanapun kita tidak tahu apa (di mana) yang diciplak dan apa (di mana) yang ditirunya. Itu adalah kepintaran dan keistimewaannya, kata L. Krishnan.

Suatu kenyataan tidak seharusnya dianggap memperkecilkan kreativiti P.Ramlee, tetapi sebaliknya itulah fakta yang tidak boleh sesiapa pun mempertikaikannya.

Pengarah-pengarah hebat - Steven Spielberg, Raj Kapoor dan Akira Kurosawa - pun menciplak dan meniru, inikan pula P.Ramlee.

Cerita filem arahan L. Krishnan, "Bakti", merupakan gabungan filem "Wuthering Heights" arahan William Wyler dengan "Les Miserables" yang diarahkan oleh Richard Boleslaweski.

Cerita filem "Panggilan Pulau" pula merupakan gabungan filem "Wuthering Heights" dan "The Count of Monte Cristo" yang diarahkan oleh Rowland V.Lee dan berkaitan juga dengan filem "Jaal" arahan Guru Dutt.



Sesiapa ingin memiliki buku "Filem-Filem P.RAMLEE" ini
sila hubungi nombor telefon 012-3408117
atau e-mail mar27843@yahoo.co.uk
RM70.00 senaskah (tidak termasuk bayaran poslaju)



Begitu juga halnya dengan filem "Sedarah," S.Ramanathan banyak terikut-ikutkan filem "Awara" manakala "Putus Harapan" arahan B.N.Rao banyak pula terpengaruh dengan filem "Barsaat" - keduanya arahan Raj Kapoor.

Filem "Anak-Ku Sazali" telah memberi anugerah pelakon lelaki terbaik kepada P.Ramlee. Tetapi berapa ramai yang tahu filem tersebut ciplakan filem "My Son, My Son" arahan Charles Vidor.

"Antara Dua Darjat" merupakan salah satu filem terbaik diarahkan oleh P.Ramlee. Tahukah anda, filem tersebut ceritanya ditulis oleh Omar Rojik berdasarkan filem Bimal Roy yang sudah dianggap klasik - "Madhumati".

Tentang lagu pula, "Getaran Jiwa" ada persamaan dengan lagu yang terdapat dalam filem keluaran Shaw Brothers Hong Kong, "Love Without End," lakonan Lin Dai dan Kwan Shan.

Begitu juga dengan "Kami Penyamun" diilhamkannya dari lagu "Mera Joota Hai Japan" petikan filem "Shree 420" - satu lagi filem arahan Raj Kapoor.

Dalam buku ini, Mustafar A.R. dan Aziz Sattar bukan saja mendedahkan segala macam ciplak dan tiru yang terdapat dalam filem-filem P.Ramlee, tetapi juga ringkasan cerita, ulasan dan kritikan, penilaian terhadap P.Ramlee sebagai pelakon dan pengarah.

Di samping itu, turut menyorot di belakang tabir filem-filem arahan dan lakonannya seperti "Penarek Becha", "Hang Tuah", "Panca Delima" dan "Bukan Salah Ibu Mengandong".

Dilengkapkannya juga, senarai pelakon dan para pekerjanya, irama dan lagu serta penyanyi-penyanyinya, anugerah yang dimenanginya terutama di Festival Filem Asia Pasifik, foto-foto filem lakonan dan arahannya serta fakta dan angka bagi membolehkan anda tahu yang mana selama ini mungkin anda tidak tahu.

Kesemua filem P.Ramlee sudah jadi klasik dan akan terus diminati ramai walaupun 1000 tahun lagi atau selagi nadi filem Melayu (Malaysia) masih berdenyut sama seperti filem-filem Charlie Chaplin, Raj Kapoor dan Akira Kurosawa.

Buku seperti ini tidak pernah diterbitkan di Malaysia dan bolehlah dianggap sebagai dokumentasi lengkap mengenai filem-filem P.Ramlee dan sangat sesuai dijadikan rujukan terutama di kalangan orang-orang filem dan mereka yang menyayangi P.Ramlee.

Oleh itu, sekiranya anda meminati filem-filem P.Ramlee seharusnya pula buku Filem-Filem P.RAMLEE ini anda miliki.


# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.



8 comments:

  1. Saya telah membaca buku "Filem-Filem P. Ramlee" tulisan Sdra Mustafar bersama Aziz Sattar.
    Saya sangat berbesar hati dengan usaha Sdra dalam mengkaji dan mengupas filem-filem yang berkaitan P. Ramlee sepanjang karier beliau.

    Selepas membacanya timbul hasrat saya ingin menonton dan mengkaji filem-filem Melayu klasik lakonan seniman dan seniwati yang lain.
    Bolehkah Sdra Mustafar menyenaraikan filemografi lengkap Noordin Ahmad, Rose Yatimah dan Umi Kalthoum sebagai permulaan kepada saya?
    Dari situ, dapatlah saya menonton filem-filem lakonan mereka mengikut tahun dikeluarkan dan mengenalpasti jika ada filem-filem lakonan mereka yang berstatus hilang.

    Saya berharap agar Sdra Mustafar dapat membantu saya yang masih mentah dalam soal filem-filem klasik ini.

    - Danial Abdul Aziz..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sdra Danial.
      Noordin Ahmad, Rose Yatimah dan Ummi Kalthoum
      membintangi terlalu banyak filem.
      Kalau mahu di senaraikan semuanya, terpaksalah di buat kajiselidik, dan ini tentulah akan mengambil masa yang panjang.
      Inilah juga sebabnya ramai yang tidak sanggup lakukan,
      kecualilah mereka yang benar-benar meminati filem, filem klasik.
      Tengoklah bagaimana, jika saya berkemampuan menyenaraikannya dengan lengkap, InsyaAlah saya akan e-mailkan kepada Sdra,
      kerana kesemua sumbernya ada dalam simpanan saya.
      Ini bukan janji, dan di harap Sdra tidak mengharap sangat.

      Delete
  2. In retrospect P Ramlee, with no formal education but was able to compose more than 360 songs and 66 movies, probably returned to a society that was not developed nor had the brainpower and skills to match up to his vision.

    In short he was just surrounded with a whole lot of officials and journalists with serious hangups who were not interested in the industry itself. There was no driving force like the Shaw brothers.

    And the prevailing attitude at that time and probably even now was and still is a third class mentality. In an environment such as this, no one with creativity, innovation, skills and brains can ever hope to survive let alone thrive.

    It's better they stay back where they can develop and nurture their talent. If a star as bright as Ramlee could be extinguished with such impunity, the rest are nothing.



    Read more: https://www.malaysiakini.com/letters/147582#ixzz4VLrPl99T

    ReplyDelete
  3. Salam, tuan. Buku ini masih ada stok ke? saya ingin membelinya. (Zulaiha Baseri)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ada.
      Hantar e-mel pada saya.
      Boleh beritahu cara2 membelinya.
      Terima kasih.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Assalam .buku masih Ade ke bang?

    ReplyDelete