"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Wednesday, February 29, 2012


SEMERAH PADI IN COLOR

Usaha Mengcolorkannya Sudah Pun Bermula
Oleh Mustafar A.R. & Zaini Yusop


P. Ramlee dan Noordin Ahmad dalam filem "Semerah Padi" yang akan di Color dan mungkin juga akan di CinemaScope kan



Tiga tokoh filem yang prihatin menjadi perintis jalan untuk meng Color dan mungkin juga meng CinemaScope kan filem "Semerah Padi". Dari atas: Dato' Aziz Singah, Amin Khan dan Mustafar A.R.

PADA 28 Februari 2012 jam 5 petang di Seremban, bermulalah perbincangan mengenai usaha untuk mengcolorkan filem "Semerah Padi" yang diarahkan oleh Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee.

Diperbincangan awal itu, sebagai perintis jalan dan sebelum di bawa ke peringkat yang lebih tinggi, pertemuan hanya di antara Dato' Aziz Singah dari Pusaka Pictures, Amin Khan (Minjan Productions) dan Mustafar A.R. (pembawa usul) dari MZA Terbit Enterprise.

Dalam perbincangan tersebut Mustafar (penggerak utama) memberitahu, ketika melayari alam maya (internet) tiba-tiba dia bertemu dengan filem color Dev Anand, "Hum Dono".

"Saya terhenti dan termenung sebentar, kemudian memori saya berpatah balik ke tahun 1969 teringatkan kekecewaan P. Ramlee kerana filemnya "Kanchan Tirana" tidak dicolorkan," kata Mustafar.

P. Ramlee puashati dengan filem tersebut dari segi cerita, lakonan, sinematografi (dalam bidang luas MerdekaScope), perkelahian, penyuntingan dan lagu-lagu, tetapi kecewa kerana tidak dicolorkan.

"Kalau dicolorkan, sudah pasti lebih menarik lagi disamping penyemburan darah akibat perkelahian kelihatan merah dan ini sudah tentulah lebih realistik," kata P. Ramlee selepas filem itu di pra-tontonkan kepada (terutamanya) para wartawan.

Sebagai pelakon, P. Ramlee hanya muncul dalam tiga filem color saja - "Hang Tuah", "Love Parade" (Shaw Brothers Hong Kong) dan "Melanchong Ka-Tokyo". Tidak ada satu pun filem arahannya dicolorkan.

P. Ramlee pernah bersuara kepada Shaw Brothers (Runme Shaw dan Run Run Shaw) ingin mengarahkan filem color semasa berkarya di Merdeka Studio, tetapi di tolak. Alasannya, kos perbelanjaan membuat filem color (pada masa itu) terlalu mahal.

Akhirnya, P. Ramlee (sepanjang riwayatnya) tidak dapat menunaikan dua perkara yang paling ingin dilaksanakannya - mengarah filem color dan menjadi produser filem.

Menurut Mustafar lagi, filem "Hum Dono" asalnya black & white (hitam & putih) dan kemudian dicolorkan (diwarnawarnikan) yang mana pelancarannya telah dilakukan oleh Dev Anand sendiri pada 4 Februari 2011.

Ia merupakan filem Hindi (Bollywood) yang ketiga berbuat demikian selepas "Mughal-E-Azam" (2004) yang dibintangi oleh Dilip Kumar dan Madhubala dan "Naya Daur" (2007) lakonan Vyjayantimala dan Dilip Kumar.

Untuk menjadi produser filem, adalah perkara mustahil P. Ramlee dapat berbuat demikian kerana dia telah meninggal dunia pada 29 Mei 1973, tetapi impian dan hasratnya untuk mengarahkan filem color boleh dijadikan kenyataan.

BERSETUJU MENERIMA PERLANTIKAN

Ini bermakna, filem-filem black & white yang diarahkan oleh P. Ramlee boleh dicolorkan seperti juga "Hum Dono," "Naya Daur" dan "Mughal-E-Azam".

Mustafar menambah, P. Ramlee telah diiktiraf sebagai Seniman Agung, dan kemudian diberi gelaran Tan Sri. 100 atau 1,000 tahun lagi belum tentu dunia filem Malaysia dapat melahirkan seorang lagi seniman sepertinya.

Jasa P. Ramlee terhadap dunia filem Malaysia sangat besar dan payah pula ditandingi. Kehilangannya sememangnya sukar dicari ganti.

"Oleh yang demikian, kita bertiga sebagai peminat filem-filem P. Ramlee seharusnya mengambil inisiatif berusaha mengcolorkan filem "Semerah Padi" supaya hasrat dan impiannya mengarahkan filem color tercapai," terang Mustafar.

Setelah Mustafar memberi penerangan dengan panjang lebar, kenapa dan mengapa harus "Semerah Padi" dicolorkan, Dato' Aziz Singah bersetuju menerima perlantikan sebagai Pengerusi Sementara usaha mengcolorkan filem "Semerah Padi."

Mustafar A.R. diberi tanggungjawab sebagai Setiausaha Sementara dan Amin Khan sebagai Bendahari Sementara.

Dalam pertemuan itu, persetujuan telah dicapai untuk menubuhkan Tabung Amanah P. Ramlee bagi mencari dan mengumpul dana (wang).

Bagaimanapun, sebelum penubuhan tabung tersebut, terlebih dulu keizinan mengcolorkan "Semerah Padi" harus diperolehi dari tuanpunya filem, Shaw Brothers.

Keputusan juga telah diambil untuk menubuhkan tiga biro pelaksanaan.

* Biro Perundingan Dengan Shaw Brothers
Tugas: Bagi mendapatkan kebenaran (hak cipta) dan memertai perjanjian mengcolorkan filem "Semerah Padi."

* Biro Perundingan Dengan Legend Films
Tugas: Menilai sebutharga dan membuat perjanjian mengcolorkan filem "Semerah Padi."

* Biro Mencari Dan Mengumpul Dana (wang)
Tugas: Mencari dan mengumpul dana (wang) untuk membiayai mengcolorkan filem "Semerah Padi."

Selain itu, keputusan telah dibuat untuk mengadakan Tayangan Perdana "Semerah Padi" sempena Hari Seniman pada 29 Mei 2013 di Coliseum, Kuala Lumpur dengan kehadiran DYMM Yang Di Pertuan Agung dan Raja Permaisuri Agung sebagai tetamu Di Raja serta YAB Perdana Menteri dan isteri.

Panggung wayang Coliseum (kini berusia 92 tahun) di Kuala Lumpur merupakan cadangan awal untuk Tayangan Perdana filem "Semerah Padi" yang akan di Color dan mungkin juga di CinemaScope kan sempena sambutan Hari Seniman pada 29 Mei 2013


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.


3 comments:

  1. Rencana ini tentang usaha untuk mewarnakan filem "Semerah Padi" (SP) pada 28/02/2012 lalu amatlah dialu-alu & menggembirakan sekali. Sekurang-sekurangnya, ia bukanlah cakap-cakap kosong lagi dan angan-angan saja. Malah ia adalah satu titik permulaan ke arah merealisasikannya. Masakan tidak serius kalau Dato' Aziz Singah dari Pusaka Pictures, Encik Amin Khan (Minjan Productions) & pemblog Mustafar A.R. (pembawa usul) dari MZA Terbit Enterprise sanggup mengadakan pertemuan & perbincangan untuk menubuhkan tabung amanah & biro-biro tertentu. Jika diberi peluang, saya juga ingin melibatkan diri dan 'turun padang' - walaupun sekadar memberi buah fikiran dsb. Macam yang disebut dalam komen-komen saya (tanpa nama atau anonymous) yang lalu, sebelum pemblog terbaca artikel & menjadi ghairah tentang filem HUM DONO yang diwarnakan, saya telah lama membaca & mengetahui tentang "film colourisation" yang dilakukan di Hollywood, UK, di negara-negara Eropah lain & India. Kalau SP dapat diwarnakan bermakna Malaysia mendahului negara pengeluar filem terbesar yang lain di Asia seperti Hongkong (juga China), Thailand, Indonesia & Pakistan yang setakat ini belum pernah melakukannya - kecuali India. Pemwarnaan SP perlu dilakukan segera jika "Hari Seniman" pada 29 Mei 2013 disasarkan untuk tayangan perdana, kerana proses pemwarnaan secara digital ini menurut laporan memakan masa yang agak lama. Tetapi, mungkin teknologi canggih yang digunakan di Legend Films dapat mempercepatkan teknik pemwarnaan sebelumnya (pemwarnaan filem "Mughal E-Azam" dikatakan memakan masa lebih setahun). Tentu lebih hebat lagi jika SP bukan saja diwarnakan tetapi juga jika ia dapat di"cinemascope"kan, diberi sistem bunyi dolby secara digital & visualnya berbentuk 3-D. Tetapi, bagi saya cukuplah sekadar ia diwarnakan & diberi bunyian dolby. Cinemascope & 3-D cuma akan membuat ia payah untuk ditayangkan di tv kelak selepas "cinematic circuit" & nilai "box-office"nya di pawagam-pawagam luput.

    - NONAMA

    ReplyDelete
  2. kalau boleh semua filem tan sri p ramlee di'colorized'kan termasuk filem Gelora.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Saya peminat setia P Ramle sedang menunggu filem warna Semerah Padi dan sehingga tahun ini, 2018 masih lagi belumn ada khabar berita. Apa perkembangan terbaru ?

    ReplyDelete