"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc
Showing posts with label in color. Show all posts
Showing posts with label in color. Show all posts

Saturday, April 7, 2012


SEMERAH PADI IN COLOR

Satu Lagi Sejarah Baru Filem Malaysia Akan Tercatat
Oleh Mustafar A.R. & Zaini Yusop



DYMM Yang Di-Pertuan Agung Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Sebagai Tetamu Khas Tayangan Perdana Di Raja "Semerah Padi"

Filem "Semerah Padi" yang akan dicolorkan

Dato' Aziz Singah, Pengerusi

Datuk Aziz Sattar, Timbalan Pengerusi

Amin Khan, Setiausaha

Nahar Akhbar Khan, Pengarah Penerangan

Mustafar A.R., Bendahari



UPDATE "SEMERAH PADI IN COLOR"

17 MEI 2012___

Kesungguhan AJK Amanah Tan Sri P. Ramlee (ATSPR), Dato' Aziz Singah, Datuk Aziz Sattar, Mustafar A.R., Nahar Akhbar Khan dan Amin Khan, untuk merealisasikan impian Tan Sri P. Ramlee supaya filem arahannya dicolorkan, dapat dilihat apabila mereka datang tepat pada waktunya (11.00 pagi) ke mesyuarat ke-3 (ATSPR) di Restoran RiverSide, PWTC, Kuala Lumpur pada 15 Mei yang lalu .

Segala perbincangan dibincangkan secara profesional, semangat mereka begitu berkobar-kobar untuk mencatatkan satu lagi sejarah baru perfileman Malaysia yang mana selama ini tidak ada sesiapa pun terfikir dan cuba melaksanakannya.

Dalam mesyuarat tersebut Pengerusi ATSPR, Dato' Aziz Singah, memberitahu, perkembangannya sejauh ini surat sudah pun dihantar kepada Shaw Brothers (melalui wakilnya, Rosie Othman, di Singapura) tetapi jawapan mutlak belum lagi diterima.

"Bagaimanapun, Rosie Othman memberitahu kepada Pengarah Penerangan, Nahar Akhbar Khan, hasrat kita untuk mengcolorkan filem "Semerah Padi" sudah pun berada dalam perhatian pihak yang bertanggungjawab di Shaw Brothers, dan mereka sedang menelitinya terutama dari segi peruntukan undang-undang," ujar Dato' Aziz Singah.

Sungguhpun jawapan yang pasti dari Shaw Brothers belum lagi diterima namun Dato' Aziz Singah menekankan, persiapan dan pelaksanaan harus dilakukan bermula dari sekarang kerana beliau yakin tujuan mengcolorkan filem arahan P. Ramlee dapat dibuat kerana P. Ramlee, suatu ketika dulu, adalah salah satu aset penting menyebabkan Shaw Brothers menjadi kayaraya (sehingga berjaya menubuhkan empire SBnya) dan terkenal ke seluruh dunia.

"Bagi Shaw Brothers, mengcolorkan filem "Semerah Padi" ini adalah perkara kecil kepada mereka. Membawanya untuk diperbincangkan dari aspek undang-undang bagi mendapatkan pengesahan dan diluluskan mungkin merupakan satu peraturan yang seharusnya mereka patuhi," tambah Dato' Aziz Singah.

Dalam mesyuarat tersebut beberapa keputusan telah diambil antaranya,
  • Pelancaran penubuhan Amanah Tan Sri P. Ramlee (ATSPR)
  • Persidangan akhbar "Semerah Padi In Color"
  • Hiburan selingan: Nyanyian lagu-lagu P. Ramlee

    Selain itu, satu forum bertajuk "Pengcoloran Filem Semerah Padi" akan diadakan dengan ahli panelnya terdiri dari,
  • Dato' Aziz Singah (pengerusi)
  • Datuk Aziz Sattar
  • Datuk Paduka Shuhaimi Baba
  • Datuk Ramlah Adam
  • Dato' Fuad Hassan

    Mesyuarat juga bersetuju melantik 4 tokoh yang meminati P. Ramlee sebagai penasihat ATSPR,
  • Tun Taib Mahmud
  • Tun Ahmad Sarji
  • Tan Sri Syed Yusof
  • Dato' H.M. Shah

    Mesyuarat juga bersetuju melantik seorang penaung tetapi namanya akan diputuskan dalam mesyuarat ke-4 yang akan diadakan sebaik saja Shaw Brothers memberi kataputus yang filem "Semerah Padi" boleh dicolorkan.

    Kesemua program dijangka berlangsung di kompleks Finas, Hulu Klang pada 23 Jun 2012 bermula jam 11.00 pagi dan dibuat sempena menyambut dan merayakan Hari Seniman.

    Ketua Pengarah Finas, Mohd. Naguib Razak (cadangan peringkat awal), akan diminta memberi ucapan perasmian dan seterusnya melakukan pelancaran ATSPR dan program "Semerah Padi In Color".

    Begitulah bersungguh-sungguhnya Datuk Aziz Sattar membincangkan sesuatu sambil didengar dengan cukup teliti oleh Dato' Aziz Singah, Nahar Akhbar Khan dan Amin Khan.

    Pengarah Penerangan, Nahar Akhbar Khan, sedang menerangkan kepada AJK ATSPR mengenai perkembangan surat yang telah dihantar kepada Rosie Othman, yang mewakili Shaw Brothers di Singapura.



    9 APRIL 2012___

    Sepucuk surat sudah dihantar kepada Shaw Brothers, memohon untuk bertemu dan berbincang mengcolorkan filem "Semerah Padi" sebagai memenuhi impian dan hasrat Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee yang mahukan filem arahannya dicolorkan.

    Di bawah disiarkan sepenuhnya kandungan surat yang ditulis oleh Dato' Aziz Singah, selaku pengerusi, yang telah disampaikan kepada Puan Rosie Othman, mewakili Shaw Brothers, di Woodland, Singapura, oleh Pengarah Penerangan, Encik Nahar Akhbar Khan, baru-baru ini.

    "Surat sudah pun dihantar dan AJK Amanah Tan Sri P. Ramlee kini hanya menunggu jawapan Shaw Brothers bilakan masa yang sesuai untuk berbincang bagi melaksanakan projek yang selama ini tidak pernah difikirkan oleh sesiapa pun," kata Encik Amin Khan yang bertindak sebagai Setiausaha.

    AMANAH TAN SRI P. RAMLEE

    Shaw Brothers Ltd.
    270 Woodlands
    Centre Road Singapore

    Attn. to: Puan Rosie Othman

    Dear Mdm,

    Permission to Colorize P. Ramlee Classic Movie
    SEMERAH PADI

    With reference to the above, we are proud to announce the establishment of AMANAH TAN SRI P RAMLEE, a nonprofit organization with the sole objective of preserving the legacy of Malaysia’s cinematic icon, Tan Sri P. Ramlee.

    Under the leadership of film veterans Datuk Aziz Sattar and Dato' Aziz Singah, we hope our organization will be able to conserve and continue the legacy of P. Ramlee films.

    It had always been a dream of P. Ramlee to direct color Malay films during his life time, however this dream fell short as he passed away before ever achieving this dream.

    Therefore it is our mission to upgrade his black & white films to color formats and we would like to begin with "Semerah Padi".

    The film would be premiered in Kuala Lumpur under the patronage of the DYMM Yang Di-pertuan Agong of Malaysia.

    We hope that this colourization of old P. Ramlee movies will spark a newfound interest in the younger generation of P. Ramlee fans and hopefully prolong the legend.

    This will benefit both parties involved. The profit of the screenings will be used for other nonprofit activities that will hopefully fund the birth of the P. Ramlee Film Academy.

    We hope to discuss this matter in further detail and we are willing to come to Singapore for a meet. Your response on this matter is highly appreciated.

    For inquiries, please do not hesitate to contact Mr. Nahar Akhbar Khan at +6019-2742705.

    Thank you for your time.

    Yours Sincerely,

    Dato' Aziz Singah.



    5 APRIL 2012___

    Datuk Aziz Sattar telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Amanah Tan Sri P. Ramlee (ATSPR) yang akan merealisasikan hasrat Tan Sri P. Ramlee yang mahukan filemnya dicolorkan, tetapi ketika hayatnya masih ada tidak kesampaian.

    Dalam mesyuarat yang diadakan di RiverSide Restoran, PWTC, Kuala Lumpur pada 5 April 2012 itu, Dato' Aziz Singah mengekalkan jawatannya sebagai Pengerusi.

    Encik Amin Khan berubah jawatan dari Bendahari ke Setiausaha dan Encik Mustafar A.R. diperingkat awal sebagai Setiausaha dilantik sebagai Bendahari.

    Pengarah filem "Jibon" dan "Imigran", Encik Nahar Akhbar Khan, dilantik sebagai Pengarah Penerangan.

    Selain itu, perlantikan juga dibuat, menganggutai Ahli Jawatan Kuasa (AJK), yang terdiri dari;

  • Wakil Kementerian Penerangan
  • Wakil Finas
  • Wakil Arkib Negara
  • Wakil Sarawak
  • Wakil Sabah
  • Wakil Singapura

    Dato' Aziz Singah memberitahu, usaha sedang dibuat untuk menghubungi pihak Shaw Brothers di Singapura bagi menetapkan temujanji untuk berbincang dan meminta kebenaran supaya filem "Semerah Padi" yang sekarang dalam black & white dicolorkan.

    "Jika temujanji telah ditentukan, satu rombongan yang diketuai oleh saya sendiri akan berlepas ke Singapura," katanya.

    Encik Amin Khan pula menegaskan, diperingkat ini pihaknya tidak dapat melaksanakan apa-apa kegiatan selagi perundingan belum dibuat dan Shaw Brothers belum memberi kataputus filem "Semerah Padi" boleh dicolorkan.

    "Jika Shaw Brothers kata "yes" saja, kami akan terus bertindak segera merancang apa-apa saja yang patut dibuat bagi memastikan filem "Semerah Padi" dapat dicolorkan.

    "Satu persidangan akhbar akan dibuat sebaik saja Shaw Brothers menyatakan persetujuan untuk mengcolorkan filem "Semerah Padi" itu."

    Encik Amin Khan juga memberitahu, usaha mengcolorkan filem "Semerah Padi" akan mencatat sejarah perfileman Malaysia, dan sudah pasti ianya akan melibatkan Kerajaan Malaysia terutama ajensi-ajensinya seperti Kementerian Penerangan dan Finas.

    Katanya, "sepanjang pengetahuan saya setakat ini, Indonesia, Filipina dan Thailand belum pernah melakukannya.

    "Apabila Shaw Brothers kata "yes" saja, satu mesyuarat yang melibatkan Kerajaan Malaysia akan diadakan, dan satu AJK yang lebih lengkap dan mantap akan dibentuk."

    Datuk Aziz Sattar dalam pertemuan selepas mesyuarat ditamatkan menyatakan, beliau begitu terharu dengan adanya usaha dari Dato' Aziz Singah dan kawan-kawannya untuk melaksanakan hasrat P. Ramlee supaya filem arahannya dicolorkan.

    Tambahnya, "saya sendiri tidak pernah terfikir yang filem arahan P. Ramlee boleh dicolorkan seperti "Semerah Padi" sebagai contoh.

    "Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mustafar A.R. kerana membawa usul mengcolorkan filem "Semerah Padi" untuk diperbincangkan lebih mendalam dalam mesyuarat ini."

    Sebagai sahabat baik P. Ramlee, Datuk Aziz Sattar mengalu-alukan usaha murni itu, dan perlantikannya sebagai Timbalan Pengerusi akan dicubanya seberapa daya bagi merealisasikan filem "Semerah Padi" dibuat dari black & white ke color."

    Dalam mesyuarat tersebut, beberapa keputusan telah diambil antaranya;
  • Tabung Amanah P. Ramlee ditukar nama kepada Amanah Tan Sri P. Ramlee
  • Tayangan Perdana Di Raja "Semerah Padi" akan diadakan di Coliseum, Kuala Lumpur
  • Konsert Perdana Di Raja "Semerah Padi" akan diadakan di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur
  • Mengundang DYMM Yang Di-Pertuan Agung & Isteri dan Perdana Menteri & Isteri sebagai Tetamu Khas
  • Tarikh diadakan Tayangan Perdana Di Raja ialah pada 29 Mei 2013/2014 sempena Hari Seniman
  • Tarikh diadakan Konsert Perdana Di Raja ialah pada 30 Mei 2013/2014 sempena Hari Seniman
  • Mengadakan Tayangan Perdana disetiap Ibu Negeri termasuk Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei


    # Update akan dilakukan dari masa ke masa.



    IKLAN BUKU FILEM-FILEM P. RAMLEE




  • Wednesday, February 29, 2012


    SEMERAH PADI IN COLOR

    Usaha Mengcolorkannya Sudah Pun Bermula
    Oleh Mustafar A.R. & Zaini Yusop


    P. Ramlee dan Noordin Ahmad dalam filem "Semerah Padi" yang akan di Color dan mungkin juga akan di CinemaScope kan



    Tiga tokoh filem yang prihatin menjadi perintis jalan untuk meng Color dan mungkin juga meng CinemaScope kan filem "Semerah Padi". Dari atas: Dato' Aziz Singah, Amin Khan dan Mustafar A.R.

    PADA 28 Februari 2012 jam 5 petang di Seremban, bermulalah perbincangan mengenai usaha untuk mengcolorkan filem "Semerah Padi" yang diarahkan oleh Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee.

    Diperbincangan awal itu, sebagai perintis jalan dan sebelum di bawa ke peringkat yang lebih tinggi, pertemuan hanya di antara Dato' Aziz Singah dari Pusaka Pictures, Amin Khan (Minjan Productions) dan Mustafar A.R. (pembawa usul) dari MZA Terbit Enterprise.

    Dalam perbincangan tersebut Mustafar (penggerak utama) memberitahu, ketika melayari alam maya (internet) tiba-tiba dia bertemu dengan filem color Dev Anand, "Hum Dono".

    "Saya terhenti dan termenung sebentar, kemudian memori saya berpatah balik ke tahun 1969 teringatkan kekecewaan P. Ramlee kerana filemnya "Kanchan Tirana" tidak dicolorkan," kata Mustafar.

    P. Ramlee puashati dengan filem tersebut dari segi cerita, lakonan, sinematografi (dalam bidang luas MerdekaScope), perkelahian, penyuntingan dan lagu-lagu, tetapi kecewa kerana tidak dicolorkan.

    "Kalau dicolorkan, sudah pasti lebih menarik lagi disamping penyemburan darah akibat perkelahian kelihatan merah dan ini sudah tentulah lebih realistik," kata P. Ramlee selepas filem itu di pra-tontonkan kepada (terutamanya) para wartawan.

    Sebagai pelakon, P. Ramlee hanya muncul dalam tiga filem color saja - "Hang Tuah", "Love Parade" (Shaw Brothers Hong Kong) dan "Melanchong Ka-Tokyo". Tidak ada satu pun filem arahannya dicolorkan.

    P. Ramlee pernah bersuara kepada Shaw Brothers (Runme Shaw dan Run Run Shaw) ingin mengarahkan filem color semasa berkarya di Merdeka Studio, tetapi di tolak. Alasannya, kos perbelanjaan membuat filem color (pada masa itu) terlalu mahal.

    Akhirnya, P. Ramlee (sepanjang riwayatnya) tidak dapat menunaikan dua perkara yang paling ingin dilaksanakannya - mengarah filem color dan menjadi produser filem.

    Menurut Mustafar lagi, filem "Hum Dono" asalnya black & white (hitam & putih) dan kemudian dicolorkan (diwarnawarnikan) yang mana pelancarannya telah dilakukan oleh Dev Anand sendiri pada 4 Februari 2011.

    Ia merupakan filem Hindi (Bollywood) yang ketiga berbuat demikian selepas "Mughal-E-Azam" (2004) yang dibintangi oleh Dilip Kumar dan Madhubala dan "Naya Daur" (2007) lakonan Vyjayantimala dan Dilip Kumar.

    Untuk menjadi produser filem, adalah perkara mustahil P. Ramlee dapat berbuat demikian kerana dia telah meninggal dunia pada 29 Mei 1973, tetapi impian dan hasratnya untuk mengarahkan filem color boleh dijadikan kenyataan.

    BERSETUJU MENERIMA PERLANTIKAN

    Ini bermakna, filem-filem black & white yang diarahkan oleh P. Ramlee boleh dicolorkan seperti juga "Hum Dono," "Naya Daur" dan "Mughal-E-Azam".

    Mustafar menambah, P. Ramlee telah diiktiraf sebagai Seniman Agung, dan kemudian diberi gelaran Tan Sri. 100 atau 1,000 tahun lagi belum tentu dunia filem Malaysia dapat melahirkan seorang lagi seniman sepertinya.

    Jasa P. Ramlee terhadap dunia filem Malaysia sangat besar dan payah pula ditandingi. Kehilangannya sememangnya sukar dicari ganti.

    "Oleh yang demikian, kita bertiga sebagai peminat filem-filem P. Ramlee seharusnya mengambil inisiatif berusaha mengcolorkan filem "Semerah Padi" supaya hasrat dan impiannya mengarahkan filem color tercapai," terang Mustafar.

    Setelah Mustafar memberi penerangan dengan panjang lebar, kenapa dan mengapa harus "Semerah Padi" dicolorkan, Dato' Aziz Singah bersetuju menerima perlantikan sebagai Pengerusi Sementara usaha mengcolorkan filem "Semerah Padi."

    Mustafar A.R. diberi tanggungjawab sebagai Setiausaha Sementara dan Amin Khan sebagai Bendahari Sementara.

    Dalam pertemuan itu, persetujuan telah dicapai untuk menubuhkan Tabung Amanah P. Ramlee bagi mencari dan mengumpul dana (wang).

    Bagaimanapun, sebelum penubuhan tabung tersebut, terlebih dulu keizinan mengcolorkan "Semerah Padi" harus diperolehi dari tuanpunya filem, Shaw Brothers.

    Keputusan juga telah diambil untuk menubuhkan tiga biro pelaksanaan.

    * Biro Perundingan Dengan Shaw Brothers
    Tugas: Bagi mendapatkan kebenaran (hak cipta) dan memertai perjanjian mengcolorkan filem "Semerah Padi."

    * Biro Perundingan Dengan Legend Films
    Tugas: Menilai sebutharga dan membuat perjanjian mengcolorkan filem "Semerah Padi."

    * Biro Mencari Dan Mengumpul Dana (wang)
    Tugas: Mencari dan mengumpul dana (wang) untuk membiayai mengcolorkan filem "Semerah Padi."

    Selain itu, keputusan telah dibuat untuk mengadakan Tayangan Perdana "Semerah Padi" sempena Hari Seniman pada 29 Mei 2013 di Coliseum, Kuala Lumpur dengan kehadiran DYMM Yang Di Pertuan Agung dan Raja Permaisuri Agung sebagai tetamu Di Raja serta YAB Perdana Menteri dan isteri.

    Panggung wayang Coliseum (kini berusia 92 tahun) di Kuala Lumpur merupakan cadangan awal untuk Tayangan Perdana filem "Semerah Padi" yang akan di Color dan mungkin juga di CinemaScope kan sempena sambutan Hari Seniman pada 29 Mei 2013


    # Update akan dilakukan dari masa ke masa.


    Monday, January 23, 2012


    SEMERAH PADI IN COLOR

    ALANGKAH CANTIK JIKA DAPAT DICOLORKAN
    Oleh Mustafar A.R.




    Alangkah cantiknya kalau filem black & white "Semerah Padi" (seperti di atas) dicolorkan (seperti di bawah)


    KETIKA melayari alam maya mencari citra dan data Dev Anand, tiba-tiba melintasi filem colornya "Hum Dono". Saya terhenti dan termenung sebentar, kemudian memori saya berpatah balik (flashback) ke tahun 1969, teringatkan kekecewaan P. Ramlee kerana filemnya "Kanchan Tirana" tidak dicolorkan.

    P. Ramlee puashati dengan filem tersebut dari segi cerita, lakonan, sinematografi (dalam bidang luas MerdekaScope), perkelahian, penyuntingan dan lagu-lagu, tetapi dia kecewa kerana tidak dicolorkan.

    "Kalau dicolorkan, sudah pasti lebih menarik lagi disamping penyemburan darah akibat perkelahian kelihatan merah dan ini sudah tentulah lebih realistik," kata P. Ramlee selepas filem tersebut di pra-tontonkan.

    Sebagai pelakon, P. Ramlee muncul hanya tiga filem color - "Hang Tuah", "Love Parade" (Shaw Brothers Hong Kong) dan "Melanchong Ka Tokyo". Tidak ada satu pun filem arahannya dicolorkan.

    P. Ramlee pernah bersuara kepada Shaw Brothers (Runme Shaw dan Run Run Shaw) mahu mengarahkan filem color semasa dia bertugas di Merdeka Studio, tetapi di tolak.

    Alasannya, kos perbelanjaan membuat filem color (pada masa itu) terlalu mahal.

    Akhirnya, P. Ramlee (sepanjang riwayatnya) tidak dapat menunaikan dua perkara yang ingin dilaksanakannya - mengarah filem color dan menjadi produser filem.

    Berbalik kepada "Hum Dono" yang turut dibintangi Sadhana dan Nanda, asalnya black & white (hitam & putih) dan dicolorkan (diwarnawarnikan) yang mana pelancarannya telah dilakukan pada 4 Februari 2011.

    Ia merupakan filem Hindi (Bollywood) yang ketiga berbuat demikian selepas "Mughal-E-Azam" (2004) yang dibintangi oleh Dilip Kumar dan Madhubala dan "Naya Daur" (2007) lakonan Dilip Kumar dan Vyjayantimala.


    APA KAITANNYA P. RAMLEE DENGAN "HUM DONO"?___

    Untuk menjadi produser filem, adalah perkara mustahil P. Ramlee dapat melaksanakannya kerana dia telah meninggal dunia pada 29 Mei 1973, tetapi keinginannya mengarahkan filem color boleh ditunaikan.

    Ini bermakna, filem-filem black & white arahan P. Ramlee boleh dicolorkan seperti "Hum Dono," "Naya Daur" dan "Mughal-E-Azam".

    P. Ramlee adalah Seniman Agung. 100 atau 1,000 tahun lagi belum tentu dunia filem Malaysia dapat melahirkan seorang lagi seniman sepertinya. Jasanya terhadap dunia filem Malaysia sangat besar dan sangat sukar pula ditandingi.

    Justeru itu, Kerajaan Malaysia (menerusi agensinya, Finas) seharusnya mengambil inisiatif berusaha mengcolorkan beberapa filem terbaik P. Ramlee sebagai memenuhi hasratnya mengarahkan filem color.

    Mengcolorkan filem black & white, bukan perkara baru. Di Hollywood banyak filemnya, (terutama yang sudah diiktiraf sebagai klasik) asalnya hitam & putih, telah dicolorkan yang dikenali sebagai computer-colored version.

    Antaranya,

  • "King Kong" (1933)
  • "Captain Blood" (1935)
  • "Stagecoach" (1939)
  • "Casablanca" (1942)
  • "The Outlaw" (1943)
  • "Gaslight" (1944)
  • "It's A Wonderful Life" (1946)
  • "Angel And The Badman" (1947)
  • "Sands of Iwo Jima" (1949)
  • "High Noon" (1952)
  • "Jailhouse Rock" (1957)
  • "The Longest Day" (1962)



    (sumber: alam07shah)


    (sumber: ibliscun05)


    (sumber: gcloudweb)


    (sumber: dwniss)


    (sumber: amirah1975)

    Lima klip video (black & white dan color) P. Ramlee - "Semerah Padi", "Love Parade" dan "Hang Tuah"


    FILEM MALAYSIA DALAM COLOR___
    Petikan dari buku Filem-Filem P. Ramlee

    Filem Melayu pertama dicolorkan (Gevacolor), "Buloh Perindu," keluaran Cathay Keris dan diarahkan oleh B.S. Rajhans.

    Filem keluaran tahun 1953 ini dibintangi oleh Rusini, Shariff Medan, Bakar Ruddin, S. Alaton, Yem, Nosiah Yem dan Raden Sudiro.

    Bagaimanapun, sebelum berpindah ke Cathay Keris dari MFP, filem B.S. Rajhans "Raja Sahari" yang dibintangi D. Harris, Sa'adiah dan Rosnani juga dalam color tetapi sedikit saja.

    Dalam tahun 1956, K.M. Basker telah diberi kesempatan mengarahkan filem "Ribut" dalam color (Gevacolor) sebagai percubaan.

    Bagaimanapun, filem tersebut ditayangkan terkemudian dari "Hang Tuah" (Eastmancolor) yang diarahkan oleh Phani Majumdar.

    Selepas itu disusuli pula "Long House" ("Rumah Panjang", 1957) yang dibuat penggambarannya dalam Eastmancolor di Sarawak dengan bintang utamanya Luli dan Kenny Buchman.

    Selepas itu (1958), Cathay Keris melangkah setapak lagi dengan memilemkan novel Harun Amirnur Rashid "The Virgin of Borneo" ("Chinta Gadis Rimba") yang diarahkan oleh L. Krishnan dengan lakonan S. Roomai Noor, Narang dan M. Amin.

    Kemudian disusuli pula "Mahsuri" (B.N. Rao, 1958) yang dibintangi oleh Kasma Booty, S. Roomai Noor, Noordin Ahmad dan Mahmud June.

    MFP pula meneruskan usaha mengcolorkan beberapa filem lagi - "Melanchong Ka Tokyo" dan "Raja Bersiong" (juga berbidang luas ShawScope).

    "Nora Zain Ajen Wanita 001" (1967) juga dibuat dalam color dan bidang luas tetapi ia bukan filem MFP tetapi keluaran Shaw Brothers Hong Kong.

    Begitu juga "Bayangan Ajal" (1969) dan "Jurang Bahaya" (1969). Keduanya filem Shaw Brothers Hong Kong bukannya filem MFP.

    Sebagaimana yang diketahui, banyak filem klasik barat (Hollywood) asalnya dalam black & white telah dicolorkan apa yang dikenali sebagai computer-colored version.

    Di India 2004, "Mughal-E-Azam" (1960, asalnya 15% saja color) telah dicolorkan keseluruhannya yang mana tercatat dalam sejarah dunia filem merupakan filem pertama dibuat untuk tayangan di panggung wayang kerana filem-filem barat yang dicolorkan hanya untuk tv dan home video saja.

    Usaha mengcolorkan "Mughal-E-Azam" ini atas inisiatif Indian Academy of Arts and Animation (IAAA), dan Finas seharusnya mengikuti jejak IAAA berusaha mengcolorkan filem-filem arahan terbaik P. Ramlee.

    Ada empat filem P. Ramlee yang dikira menarik untuk dicolorkan,
  • Pertama "Semerah Padi"
  • Kedua "Panca Delima"
  • Ketiga "Sumpah Orang Minyak"
  • Keempat "Antara Dua Darjat"

    Buat permulaan, usaha patut dibuat mengcolorkan "Semerah Padi" yang boleh dianggap sebagai filem arahan P. Ramlee yang terbaik dari semua filem yang diarahkannya.

    "Sumpah Orang Minyak" pula sekiranya tidak dapat dicolorkan keseluruhannya sebahagian pun cukuplah iaitu sepanjang adegan ketika Si Bongkok (P. Ramlee) berada di alam orang bunian seperti "Wizard of Oz" yang dibuat black & white (dunia nyata) dan color (alam fantasi).

    "Panca Delima" dan "Antara Dua Darjat" boleh dicolorkan kalau "Semerah Padi" dan "Sumpah Orang Minyak" berjaya dan mendapat sambutan baik terutama dari segi pasaran.

    Kos mengcolorkan filem back & white sememangnya mahal, tetapi sebagai mengenang jasa P. Ramlee ada baiknya usaha tersebut dilakukan supaya impiannya selama ini terlaksana juga akhirnya.


    BERAPA KOS FILEM BLACK & WHITE DICOLORKAN___

    US$100 = RM$300
    1 minit = US$3,000 = RM$9,000
    100 minit = US$300,000 = RM$900,000

    Mengikut lapuran Popular Mechanics pada tahun 1978, perbelanjaan mengcolorkan filem black & white US$3,000 (RM$9,000) 1 minit. Ini bermakna (masa tayangan "Semerah Padi" 100 minit) perbelanjaannya US$300,000 (RM$900,000).

    Paling tidak, satu filem P. Ramlee yang mahu dicolorkan sekurang-kurangnya memerlukan lebih RM$1,000,000.

    Itu, 34 tahun yang lalu. Harga kini tidak dapat dipastikan samada ianya lebih mahal atau pun lebih murah.


    SIAPA HARUS MEMBIAYAINYA?___

    Finas. Jika Finas keberatan membiayai perbelanjaan sepenuhnya (hanya sanggup sebahagian saja dengan alasan tiada peruntukan), bolehlah diminta bantuan Petronas, Astro, RTM, TV3, syarikat filem, syarikat perniagaan, bank dan sebagainya.

    Setakat RM1,000,000 untuk memproses filem "Semerah Padi" itu boleh diperolehi jika ada kesedaran dan kemahuan dari semua pihak.


    TABUNG AMANAH P. RAMLEE PERLU DI WUJUDKAN___

    Tabung ini tidak perlu ramai anggutanya, 5 orang pun cukup. Tugas mereka, disamping mengkaji dan menilai "Semerah Padi" yang mahu dicolorkan, berunding dengan pihak Shaw Brothers (tuanpunya hak cipta) untuk mendapatkan kebenaran mencolorkannya.

    Kemudian, mereka berurusan pula dengan syarikat pengcolor filem terbaik samada di Amerika Syarikat, Eropah, India, Jepun, Hong Kong atau di mana-mana saja.

    Mereka juga, mengawasi segala peracangan berjalan lancar dengan menggunakan peruntukan yang diperolehi semata-mata bertujuan mengcolorkan filem "Semerah Padi" bukan atas sebab-sebab lain.


    TAYANGAN PERDANA "SEMERAH PADI"___

    Apabila berjaya dicolorkan, satu Tayangan Perdana (di Cineplex pilihan) patut diadakan dengan mengundang DYMM Yang Dipertuan dan Raja Permaisuri Agong serta YAB Perdana Menteri dan isteri.

    Segala pendapatan tayangan tersebut boleh dimasukkan ke dalam Tabung Amanah P. Ramlee.


    HASIL PENDAPATAN PENGCOLORAN "SEMERAH PADI"___

    Hasil pendapatan mengcolorkan filem "Semerah Padi" boleh juga diperolehi dari Singapura, Brunei dan mungkin juga Indonesia dan Filipina.


    ANTARA BEBERAPA FILEM BLACK & WHITE YANG DICOLORKAN



    (sumber: teremerephere)


    (sumber: teremerephere) Hum Dono

    Data Mengcolorkan Filem "Hum Dono"
  • 200 profesional yang mahir terlibat
  • 2,29,431 bingkai (frame) digital dipulihkan
  • Teknologi pengcoloran (colorization) terbaik digunakan
  • Berjuta-juta pelindung (shade) color dicipta
  • 7 trek scor musik baru
  • 35mm ditukar kepada cinemascope
  • Bunyi ditukar dari mono kepada 7.1 dolby ex
  • Membawa filem klasik kepada generasi baru

    * Sumber: Hum Dono Rangeen (Navensh)



    (sumber: abstractstv)


    (sumber: elvispresleyonline) Love Me Tender



    (sumber: toniusa83)


    (sumber: kirankafe) Mughal-E-Azam



    (sumber: badmuthahubbard)


    (sumber: supersecertp) It's A Wonderful Life



    (sumber: unisysmusic)


    (sumber: teremerephere) Naya Daur



    (sumber: 7dc)


    (sumber: jiggawoo) The Longest Day



    (sumber: nologorecords)


    (sumber: blackleaf3) Angel And The Badman



    (sumber: barracudacool)


    (sumber: johnwaynemovie) Stagecoach



    (sumber: myfilmblog)


    (sumber: joycollector) A Patch Of Blue



    (sumber: stockton66)


    (sumber: pulench) Tortilla Flat



    (sumber: kaulei89)


    (sumber: monikllie) Casablanca



    * Sekiranya, masih menghadapi masalah dari Finas atau mana-mana pihak yang keberatan mengeluarkan perbelanjaan mengcolorkan "Semerah Padi", rakyat Malaysia sendiri boleh mengeluarkan peruntukan (RM10 seorang) membiayainya. Rakyat Malaysia kini, kira-kira 28 juta orang. Kalau satu juta menderma RM10, RM10,000,000 sudah boleh diperolehi. Dengan sejumlah itu, "Semerah Padi" sudah boleh dicolorkan. Bukan itu saja, ia juga boleh dicinemascopekan seperti "Hum Dono".



    # Update akan dilakukan dari masa ke masa.