"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Saturday, November 17, 2012


ANGIN BERPESAN (1953)

PERGOLAKAN HIDUP DI KAMPUNG NELAYAN
Teks: Mustafar A.R.
Foto: Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


June Harris (Junaidah) dan Ahmad Shah.

Dari kiri: Hamidar, Saloma dan Ahmad B. (kanan)

NURAINIMUTI

Untuk lebih menarik lagi, penggambaran turut dilakukan di Pantai Cinta Berahi, Kelantan.

Iklan yang tersiar dalam The Singapore Free Press pada 28 September, 1954.

Pengedar SOUTH-EAST ASIA FILM COMPANY, SINGAPORE
Pengeluar UNITED FILM PRODUCTIONS
Pengarah NAS ACHNAS
Pelakon JUNE HARRIS M. SUKI AHMAD SHAH ZAHARAH AGUS NURAINIMUTI
M.NOR LAMBAK SALMAH ISMAIL YUSOF BANJAR

Tahun ditayangkan: 1954 (28 September)
Masa tayangan: Tidak diperolehi
Kedudukan filem: Hilang (sedang dicari)

JALAN CERITA___

Cerita menggambarkan kehidupan terumbang ambing satu keluarga di perkampungan nelayan, akibat seorang ayah yang pergi ke laut menangkap ikan tetapi kemudian tidak pernah pulang.

ULASAN FK___

Apabila Nusantara Film Company dibubarkan selepas filem terakhirnya "Dian", Ho Ah Loke menubuhkan pula United Film Productions bersama teman baiknya, Ong Keng Huat. Turut terlibat M.Suki, Zaharah Agus dan Osman Yusoff.

Dengan menyewa alat-alat perfileman Nusantara Film, penggambaran "Angin Berpesan" yang diarahkan oleh Nas Achnas telah dilakukan di Pantai Cinta Berahi, Kelantan.

Filem ini yang menghasilkan teknik penggambaran yang agak baik telah dijual kepada South-East Asia Film Company yang mempunyai hubungan rapat dengan Cathay Organisation, untuk diedarkan di rangkaian panggung wayang Cathay.

Sambutan kurang memuaskan, oleh yang demikian United Film Productions pun terpaksa mengikut jejak langkah Nusantara Film, menutup perniagaannya.


JUNE HARRIS & NURAINIMUTI

NURAINIMUTI

M.SUKI

CATCHY TUNES IN MALAY FILM
(The Straits Times, 26 September 1954)

A Black-And-White excursion to the "Beach of Passionate Love" and its remote villages and coffee sheds in Kelantan. That is "Angin Berpesan", a Malay film, previewed last week.

Filmed in a village on enchanting coaat of Kelantan, the film stars June Harris and Nurainimuti, as a fisherman's beautiful daughters.

The story tells of unlucky fisherman (M. Suki) who, with the help of his wife, daughters and son, ekes out a living from the sea.

There is an interesting scene of a Malayan bullfight and a goatfight.

One scene of belles bathing - in sarongs of course - around a well, raises eyebrow.

The film - there are a few catchy tunes too - was cleverly photographed but it lacks sequence.

VERDICT: Worth seeing.



Lagu "Angin Berpesan" nyanyian Momo yang terdapat dalam versi
piringhitam, bukannya dalam filem. (Sumber: Njendra)


LAGU-LAGU___

Terdapat beberapa lagu dalam filem ini, tetapi hanya dua saja yang dapat dikesan.

* "ANGIN BERPESAN"
Penyanyi MOMO
Ciptaan WANLY YAZID
Lirik SJARIF RACHMAN

* "KASIH BERMULA"
Penyanyi NONA ASIAH
Ciptaan WANLY YAZID
Lirik SJARIF RACHMAN

* "TEMBERANG"
Penyanyi SALMAH ISMAIL
Ciptaan WANLY YAZID
Lirik SJARIF RACHMAN

FAKTA___

* Inilah satu-satunya filem Melayu yang diedarkan oleh South-East Asia Film Company. Kebiasaannya, ia mengedarkan filem-filem India, Mesir dan Filipina.

* M. Suki ialah hero "Leila Majnun" (1934) yang diarahkan oleh B.S. Rajhans dan merupakan filem Melayu pertama dikeluarkan di Malaya (kini Malaysia) dan Singapura.

* M. Nor Lambak pernah membintangi beberapa filem termasuk berperanan hero dalam "Insaf" (1954) yang turut dibintangi oleh Rusini, Osman Gumanti dan Mala Ratina.

* Filem ini merupakan yang ke-4 diarahkan oleh Nas Achnas selepas "Pelangi", "Pachar Puteh" dan "Dian".

* June Harris ialah Junaidah (anak pelawak D. Harris) juga merupakan isteri pertama P. Ramlee dan ibu kepada Nasir P.Ramlee.

* Nurainimuti ialah anak Zaharah Agus (isteri pertama P.Ramlee dalam "Madu Tiga") dan juga ibu kepada Nanu Baharuddin.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar


CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff

THE LONG HOUSE (1957)
kalau pun ada, kita tidak dapat menontonnya


PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan

PELANGI (1951)
filem pertama keluaran nusantara film

SERUAN MERDEKA (1947)
keganasan dan kekejaman jepun ditentang


7 comments:

  1. Salam sejahtera,

    Ada catatan menyatakan bahawa filem Angin Berpesan dihiasi dengan tujuh buah lagu. Antaranya ialah Angin Berpesan, Kasih Bermula, Dendang Ria, Anak Palembang dan Temberang (dua lagu lagi tidak diketahui tajuknya).

    Lagu Kasih Bermula versi piring hitam nyanyian Asiah iringan Megawati Orchestra pimpinan Wandy Yazid dapat didengar di laman Legenda Filem Melayu:

    http://legendafilemmelayu.activeboard.com/forum.spark#lastPostAnchor#comment-35383736

    Nota muziknya juga turut dipaparkan di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. info yang sangat berguna.
      akan diupdate kemudian.
      terima masih.

      Delete
  2. Satu lagi info filem
    yang sukar diperolehi.
    Syabas Zaini Yusop dan Mustafar A.R.
    Teruskan dengan yang lain-lain.

    - MAZLINA MAZLAN, Bangi, Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selama ini saya tak tau
      adanya filem "Angin Berpesan".
      Sekarang ni baru saya tau.
      Dulu, saya tak kisah
      dengan filem-filem lama ni.
      Kini, sejak jumpa FKM,
      saya mula meminatinya.

      Drp: Qamaruddin Usman, Bahau, NS.

      Delete
  3. wah itu gawat juga yang foto perempuan tanpa memakai baju :\

    ReplyDelete
  4. A very insightful information and it very helpful.

    In case need some info about atap fiberglass. Thanks for sharing.

    ReplyDelete