Tribute... P.Ramlee (22/3/1929 - 29/5/1973) Seniman Agung Sukar Di Cari Ganti (Update: 21/3/2017)

Semerah Padi * Pendekar Bujang Lapok * Antara Dua Darjat * Sumpah Orang Minyak * Penarek Becha >>> Kliks Di Sini

Saturday, January 28, 2012


JULIE FARIDAH

KENAPA HILANG SELEPAS SATU FILEM?
Oleh Mustafar A.R. & Zaini Yusop


TOH PUAN DATIN SERI JORIA

BIODATA___
Nama sebenar: JORIA BASIR
Nama glamour: JULIE FARIDAH
Tarikh lahir: 25 NOVEMBER 1944
Tempat lahir: BENTONG, PAHANG
Suami: AZIZUL HASSAN
Anak: MOHAMMAD YAACOB AINI FARIDAH & AZIAH JASMIN
Hobi: BERMAIN GOLF & MENUNGGANG KUDA
Jawatan sekarang: PENGERUSI SURIA GEMILANG


Julie Faridah bersama suaminya, Azizul Hassan (duduk kiri) serta tiga orang anaknya, Mohammad Yaakob (tengah), Aini Faridah (kanan) dan Aziah Jasmin. Foto ini diambil pada tahun 1980

Julie Faridah (kanan) bersama dua anak perempuannya, Aini Faridah dan Aziah Jasmin

Julie Faridah yang diperkenalkan sebagai Faridah dalam
"Keluarga 69"


Dua adegan lakonan Julie Faridah bersama P. Ramlee (atas) dan Ed Osmera dalam "Keluarga 69"


TIGA KLIP YOUTUBE FILEM "KELUARGA 69"







(Sumber: Njendra)

TIADA NIAT MAHU JADI BINTANG FILEM___

TERDAPAT dua persamaan Julie Faridah dan Marion Willis. Pertama, berlakon satu filem kemudian hilang; kedua, filem yang mereka lakonkan itu diarahkan oleh P. Ramlee. Julie Faridah hilang selepas "Keluarga 69" (1967) Marion Willis pula selepas "Sumpah Orang Minyak" (1958).

"Saya takda niat pun nak jadi bintang filem," itulah nada yang mula-mula diluahkan oleh Julie Faridah dalam satu pertemuan eksklusif dengannya baru-baru ini.

"Saya berlakon dalam Keluarga 69 secara kebetulan," ujar Julie Faridah sebagai membalas soalan yang saya kemukakan.

Pada bulan June tahun 1964, Julie Faridah sudah pun bergelar isteri apabila dia berkahwin dengan Pegawai Polis (OCPD) Johor Bahru (ketika itu), Azizul Hassan.

Ketika tinggal di Johor Bahru itulah dia telah berkenalan dengan Mariani dan seringkali berkunjung ke rumahnya.

"Suatu hari, saya buat kunjungan seperti biasa ke rumah Mariani tapi kali ini agak luarbiasa kerana kunjungan tersebut membawa saya berkenalan dengan P.Ramlee yang secara kebetulan berada di rumahnya".

"Itulah pertama kali, saya bersua muka dengan P.Ramlee. Selama ini saya hanya mengenalinya melalui filem-filem lakonan dan arahanya saja."

Julie Faridah, dalam penilaian P. Ramlee, boleh menjadi pelakon filem. Wajahnya jelita juga. Kalau tidak, masakan dia dimahkotakan sebagai Miss Pahang pada bulan Februari tahun 1964.

Pada Mariani P.Ramlee mencurahkan hasratnya untuk mengambil Julie berlakon dalam filem arahannya yang terbaru, "Keluarga 69".

"Tawaran P.Ramlee itu, sukar juga saya terima kerana saya sudah bersuami dan ada seorang anak. Suami pula pegawai kanan polis.

"Begitu pun juga, saya bernasib baik kerana suami membenarkan saya berlakon. Dan sewaktu penggambaran, saya tinggal bersama saudara sebelah suami di Polis Depoh Jalan Gurney.

"Pada saya, P.Ramlee sangat baik orangnya. Sungguh pun saya pelakon baru dia tidak segan-segan menghantar saya pulang dengan kereta sportnya ke Polis Depoh selepas selesai penggambaran.

"Kadang-kadang P.Ramlee juga mempelawa saya makan tengahari yang mana membuat saya serbasalah. Maklumlah dia sudah begitu terkenal dan popular, saya pula baru nak bertapak dalam filem.

"Saya pernah juga, diajak P. Ramlee ke rumahnya yang kini sudah jadi Pustaka Peringatan P. Ramlee, makan tengahari bersamanya dan Saloma."

Dalam hal-hal berlakon Julie memberitahu, semasa berlakon pernah dia tidak boleh membawa watak sedih.

"Dengan cara baik P.Ramlee memujuk saya masuk ke dalam bilik dan dia bertanyakan mengenai hal peribadi saya supaya saya dapat membuat lakonan sedih sampai saya boleh menangis.

"Saya merajuk dan tak mau bercakap dengannya. P.Ramlee tau saya marah. Dan dalam hati saya, selepas filem ini saya tak nak berlakon lagi.

Rupa-rupanya gerak hati saya itu menjadi kenyataan kerana selepas "Keluarga 69" sampai sekarang saya tak pernah berlakon."

Julie juga memberitahu, semasa penggambaran filem "Keluarga 69" sebenarnya dia sedang mengandungkan anaknya yang kedua, Aini Faridah.

"Ada kalanya saya tak sihat tak dapat pergi shooting, tapi P.Ramlee tak pernah marah kerana dia memahami keadaan diri saya."

Julie menegaskan, kebiasaannya semasa menunggu persiapan setting untuk penggambaran, P. Ramlee orangnya sangat ceria dan periang, suka bercerita dan dia pula suka mendengar celotehnya itu.

"Diakhir penggambaran, P.Ramlee pula yang datang kepada saya meminta maaf di atas apa juga kesalahannya lebih-lebih lagi peristiwa membuatkan saya menangis."

P.Ramlee juga ada memberitahu Julie, yang dia akan mengarahkan filem mengisahkan dua adik beradik dan akan mengambilnya berlakon bergandingan dengan pelakon sudah popular yang namanya enggan disebutnya.

"Apakah itu satu guruan kerana P.Ramlee tau saya dengan pelakon tersebut tidak sehaluan atau sememangnya ada niat dihatinya. Saya tidak tau. Yang jelas hasratnya tidak pernah kesampaian."

Agak pelik dan mengharukan, selepas perpisahan tersebut, Julie tidak pernah bertemu P.Ramlee sehinggalah dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 29 Mei 1973.

Ditanya, kenapa satu filem saja. Julie Faridah menjawab, selepas selesai berlakon "Keluarga 69" dia mengikut suaminya bertukar tugas ke Klang kemudian ke Ipoh.

"Setelah mempunyai anak kedua, kesibukan membuatkan saya tidak mempunyai masa untuk meneruskan kerjaya saya sebagai pelakon filem. Cukuplah satu filem itu saja," jawabnya.

"Sungguhpun satu, namun saya berbangga kerana dapat berlakon bersama dan dibawah arahan P.Ramlee yang saya anggap sebagai Seniman Agung yang kehilangannya sukar dicari ganti."

Berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu, Julie bersama Maria Menado

Bersama Maria Menado dan Deddy M. Borhan ketika menghadiri FFM22 di Kota Kinabalu, Sabah

Atas kiri: Julie bersama Maria Menado, Rosnani dan Latiffah Omar. Kanan: Zaiton dan Mariani. Tengah kiri: Titik Puspa dan Maria Menado. Kanan: Tony Castillo. Bawah kiri: Wahid Satay. Kanan: Mustapha Maarof


PERTAMA KALI BERTEMU JULIE FARIDAH DI KOTA KINABALU

Saya hanya mengenali Julie Faridah melalui filem "Keluarga 69". Banyak perkara saya tidak tahu mengenainya, tetapi saya tahu dia mempunyai seorang anak tiri, Noor Azizah, yang lebih popular darinya dan telah membintangi banyak filem.

Saya pernah bersama Noor Azizah serta juga Jins Shamsudin, Noor Kumalasari, Hussain Abu Hassan dan Aziz Singah menghadiri Festival Filem Asia-Pasifik Ke-24 (FFAP24) di Sydney, Australia pada tahun 1978.

Mariani memperkenalkan saya kepada Julie dalam satu majlis makan tengahari di One Borneo, Kota Kinabalu, Sabah sempena merayakan Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) pada bulan Ogos tahun 2009.

Saya masih ingat lagi kata-kata Mariani.

"Mus, kenal tak siapa ni?"

"Tak tau, tak pernah jumpa pun," jawab saya.

"Inilah Julie Faridah," Mariani memberitahu.

"Oh, ini orangnya Julie Faridah," kata saya.

Mulai saat itulah, saya rapat dengannya. Saya mulalah bertanyakan itu dan ini, dan paling mendahului, kenapa dia meninggalkan dunia filem selepas "Keluarga 69".

Sepanjang berlangsungnya FFM22 itu, boleh dikatakan saya seringkali bersamanya termasuk menonton filem Afdlin Shauki, "Papadom", bersama Maria Menado.

Satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan, apabila Julie ditinggalkan bas (bas berhenti sebentar dipertengahan jalan untuk berehat dan membelibelah) sewaktu perwakilan FFM22 berkunjung ke Taman Negara Kinabalu.

Kelamkabut juga kami dibuatnya lebih-lebih lagi Maria Menado. Mahu berpatah balik, perjalanan sudah jauh. Akhirnya, Julie terpaksa menumpang kenderaan lain menuju ke Taman Negara Kinabalu menyertai kami semula.

Itulah pertama kali (sejak meninggalkan dunia filem) Julie menyertai Festival Filem Malaysia (FFM). Selama ini dia lebih banyak bergerak dan bergiat diluar filem dan di kalangan kerabat diraja saja.

Sewaktu melancarkan peringkat awal buku "Filem-Filem Maria Menado" dan sempena meraikan Ulangtahun Kelahiran P. Ramlee yang ke-81 di PWTC, Kuala Lumpur yang saya anjurkan, Julie turut memberi sokongan moral dengan menghadirinya.



Atas: Dimahkotakan sebagai Miss Pahang. Bawah: Bersama Zamzam yang dimahkotakan sebagai Miss Government Servant, dan Julie (kiri) menduduki tempat kedua


PERNAH MENYERTAI MISS MALAYSIA

Julie Faridah, anak Pahang. Dia dilahirkan di zaman Jepun, kata orang zaman ubi kayu. Ketika usianya masih muda (17 tahun) dia sudah bekerja. Jawatannya sebagai Receptionist Operator di Chief Medical Health Office, Kuantan.

Pada tahun 1963, Julie menyertai pertandingan Miss Government Servant dan berjaya menduduki tempat naib johan.

Tahun berikutnya (1964), Julie masuk pertandingan Miss Pahang dan berjaya pula dimahkotakan sebagai Miss Pahang dan mewakili Pahang ke pertandingan Miss Malaysia yang berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 13 Jun 1964.

Berjaya dimahkotakan sebagai Miss Malaysia, pemenangnya akan dihantar menyertai Miss Universe (di Florida, Amerika Syarikat pada 21 Julai hingga 3 Ogos 1964) seperti Marion Willis. Tetapi malangnya, Julie gagal.

Bagaimanapun, kejayaannya sebagai Miss Pahang menyebabkan ramai yang ingin mendampinginya termasuk dikalangan orang-orang kenamaan.

Antara ramai-ramai itu, Julie lebih tertarik kepada Azizul Hassan yang bertugas sebagai pegawai kanan polis di Pahang.

Kerana perhubungan tersebut, ada tangan-tangan ghaib yang mahukan Azizul Hassan keluar dari negeri Pahang. Dia kemudian ditukarkan bertugas ke Johor berjawatan OCPD Johor Bahru.

Pada tahun 1964 itu juga (bulan Jun), Julie berkahwin dengan Azizul Hassan yang sudah pun beristeri dan mempunyai beberapa orang anak.

Dalam hal ini, Julie menegaskan, "saya berkahwin ingatkan suami saya tu dah bercerai dengan isterinya. Rupa-rupanya kemudian baru saya tau, tidak."

"Perkahwinan saya, ramai yang tidak merestuinya termasuklah anak-anak tiri saya.

"Tapi nak buat macam mana, perahu sudah terlajak, harungi sajalah."

Pergolakan rumahtangganya itu juga salah satu sebab mengapa Julie menerima perlawaan P.Ramlee berlakon dalam "Keluarga 69".


KEJAYAAN ANAK DAN MENANTU

Dalam mendidik anak-anak, Julie boleh dikatakan berjaya. Anaknya 3 orang - Mohammad Yaakob, Aini Faridah dan Aziah Jasmin.

Mohammad Yaakob (kini Dato' Paduka) adalah menantu Raja Perlis DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail kerana dia berkahwin dengan anakanda baginda, Sharifah Fazira (Dato' Seri), dan kini bergiat aktif dalam bidang perniagaan.

Ini bererti Julie berbesan dengan Raja Perlis yang pernah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-12 selama lima tahun dari 13 Disember 2001 hingga 12 Disember 2006.

Aini Faridah, bergiat dalam bidang pendidikan. Kini, dia berjawatan Pengsyarah di Universiti institut Teknologi Mara (UiTM). Suaminya, Raja Sallehuddin, bertugas sebagai Engineer dengan syarikat minyak Esso.

Aziah Jasmin pula, pernah menjadi pembaca berita TV3 selama 7 tahun dan kini mengendalikan syarikat perniagaannya sendiri (Star Studio) yang diasaskannya pada tahun 2002.

Aziah ialah penulis buku "The Pink Book" yang berfungsi sebagai pembentuk imej dan keyakinan diri disamping memberi semangat kepada golongan wanita untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.

"The Pink Book" yang mula dipasarkan pada 28 Februari 2009 telah dilancarkan oleh penyanyi Siti Nurhaliza.

Aziah juga isteri kepada Azlan Shah Jaffril, pengerusi eksekutif Excellent Pictures, pengeluar filem antaranya "Impak Maksima" (2007), "Senjakala" (2011), "Hantu Bonceng (2011) dan "Jangan Pandang-Pandang" (2012).



# UPDATE 27 MEI 2012

Salam sejahtera Encik Mustafar.

Artikel mengenai Julie Faridah yang tersiar pada 28 Januari 2012 yang lalu sangat menarik hati saya.
Sepanjang pengetahuan saya, selepas berlakon filem "Keluarga 69" kisahnya tidak pernah tersiar dimana-mana akhbar atau majalah, cuma sekali (kalau tidak silap saya) dalam majalah Perempuan, sehinggalah Encik Mustafar menulisnya dengan penuh detail dalam blog Filem Klasik Malaysia.
Tahniah, kerana artikel tersebut, walaupun Julie Faridah hanya membintangi satu filem saja.
Untuk pengetahuan Encik Mustafar, saya mempunyai hobi suka menyimpan (paper cutting) mengenai gossip terutama yang terdapat dalam akhbar-akhbar tempatan seperti Mingguan Malaysia, Berita Minggu dan sebagainya.
Baru-baru ini ketika saya membuat penyusunan semula paper cutting yang agak banyak itu, tiba-tiba saya terjumpa kisah mengenai Noor Azizah dengan Aziah Jasmin dalam ruangan "SYHHHH BAM" dalam Pancaindera (Mingguan Malaysia) keluaran 31 Oktober 1993.
Lebih menarik lagi dalam Pancaindera yang muka depannya gambar penyanyi Ella, (di muka 19) terdapat pula artikel bertajuk "Niagara Falls Sungguh Mempersonakan" yang ditulis oleh Encik Mustafar ketika berkunjung ke Canada.
Bersama E-Mail ini saya sertakan paper cutting tersebut, dan diharap dapat disiarkan dalam blog Encik Mustafar untuk kita kongsi bersama.
Tahniah sekali lagi, dan terima kasih.
- Suraya Fadhilah.


NOOR AZIZAH (Ibunya, Toh Puan Datin Seri Hasiah)

AZIAH JASMIN (Ibunya, Toh Puan Datin Seri Joria)

BETULKAH AZIAH JASMIN ADIK NOOR AZIZAH?
Azizah Jasmin, seorang lagi wajah baru muncul di TV3 mendampingi Malek Noor dalam rancangan "Acah-Acah" yang disiarkan saban Sabtu jam 5.00 petang.
Program menarik ini menampilkan personaliti sukan pada masa kini dan lalu dimana ahli-ahli sukan kita "beraksi" di luar bidang yang mereka ceburi.
Aziah Jasmin mengakui, pengalaman pertama sebagai pengacara sungguh mendebarkan tapi lama kelamaan wujud keyakinan diri.
Gadis cantik manis berusia 22 tahun ini lepasan ITM (diploma sains) dan bertugas di TV3 sebagai wartawan penyiaran di meja berita membuat liputan dalam bidang politik dan sukan.
Dua bulan kemudiannya, Aziah Jasmin ditukar pula ke unit suka, sekali gus sebagai pengacara "Acah-Acah" sebuah rancangan baru terbitan Jabatan Berita dan Sukan TV3.
Wartawan Utusan Jasni Shafie memberitahu BAM, wajah Aziah Jasmin ada imbasanwajah seniwati Noor Azizah, tapi bila Jasni Shafie bertanya apakah beliau mempunyai hubungan persaudaraan dengan pelakon terkenal itu, jawab gadis manis ini, "no comment!"
Kata Jasni: "Ini bukan soal "no comment!", Aziah Jasmin hanya perlu cakap "yes" or "no" saja. "No comment!" bererti Aziah Jasmin cuba menyembunyikan sesuatu...?"
Dia hanya memberikan senyuman. Enggan berkata sepatah pun.
Namun terdengar juga desas desus menyatakan Aziah Jasmin, anak orang kenamaan yang mempunyai gelaran tinggi di Negeri Perak ini sememangnya adik kandung seniwati Noor Azizah. Memang sah dia adik Noor Azizah.
Tapi mengapa mahu dirahsiakan? Pelik juga ya!
BAM: Yang misteri itulah berita.

APA KATA NOOR AZIZAH?
BAM terus menghubungi seniwati Noor Azizah untuk meminta kepastian, apakah dia mempunyai adik bernama Aziah Jasmin Binti Azizul Hassan?
Setahu BAM, bapa Noor Azizah juga bernama Azizul Hassan bergelar Datuk, orang ternama di Perak juga.
"Mana you kenal Jasmin? Apa dia kata?" Tanya Noor Azizah ketika ditanya tentang gadis Aziah Jasmin ini.
Lalu BAM ceritakan bahawa Aziah Jasmin hanya menjawab "no comment!" bila ditanya apa hubungannya dengan Noor Azizah?
"Oh, dia jawab begitu. Saya pun "no comment!' juga.
"Tak mahulah komen pasal dia," kata Noor Azizah lagi. BAM jadi pening kepala memikirkan apa sebenarnya hubungan mereka berdua ni. Betulkah mereka adik beradik? Tapi mengapa masing-masing tidak mahu mengaku adik-beradik. Pelik, pelik!
Tapi disebabkan Noor Azizah memang kawan lama BAM, dia sebagai bintang filem dan dah tak jadi bintang filem pun, kami tetap kawan dan saling menghubungi, maka tidak hairanlah akhirnya Noor Azizah bercerita panjang dan membuat pengakuan: "Aziah Jasmin memang adik saya, satu bapak berlainan emak."
Tapi kata Noor Azizah, dia hanya bertemu dengan Aziah Jasmin semasa kecilnya dulu. Sejak dewasa Noor belum pernah bertemu lagi.
Semoga kisah dulu-dulu, hati yang terhiris dan dihiriskan dapat dipulihkan semula.
Dunia inikan hanya pinjaman.
BAM: Kisah silam hanya kenangan.

FAKTA___

* BAM ialah Bahyah Mahmud. Beliau yang begitu popular dengan ruangan gossipnya "Syhhhh BAM" dalam Pancaindera Mingguan Malaysia, juga pernah mengendalikan Utusan Radio & TV (URTV) dan Utusan Filem & Fesyen (UFF), sama seperti saya.
* Agak menarik, Bahyah Mahmud pernah berlakon sebagai pelakon tambahan dalam filem "Sri Andalas" arahan S.Kadarisman, dan merupakan filem kedua Noor Azizah sesudah dia membintangi filem pertamanya "Dayang Senandong" yang diarahkan oleh Jamil Sulong.
* Penyiaran semula gossip ini tidak bermakna ada tersirat maksud buruk. Ia hanya merupakan kisah selebriti yang menarik (ramai yang tidak tahu), dan mungkin apa yang terhiris dulu sudah tidak terhiris lagi sekarang. Biar yang lalu terus berlalu, yang ke depan kita harungi sebaik yang mungkin.
* Kisah Julie Faridah ternyata ramai pembacanya. Sejak disiarkan (28 Januari 2012) hingga kini pengunjungnya (pageviews) seramai 609 dan menduduki tempat kedua dalam senarai popular mengatasi A.R.Tompel yang menduduki tempat kelima (467 pageviews).




Keluarga bahagia. Julie bersama 3 anak, 3 menantu dan 7 cucu (di sini kelihatan 6 saja) yang sangat disayanginya

Salah satu hobi Julie menunggang kuda. Di sini Julie bersama suaminya, Azizul Hassan

Julie ketika menjadi Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Negeri Perak

Julie (duduk nombor 2 kiri) ketika menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada tahun 1992

Julie bergambar di depan rumah banglonya di Ipoh, Perak


JULIE FARIDAH SELESA HIDUP TANPA SUAMI___

Sungguhpun suaminya, Azizul Hassan (Dato' Seri), sudah lama meninggal dunia (27 September 1999), namun tidak tergerak dihatinya untuk berkahwin lain.

"Saya selesa hidup tanpa suami dan bahagia disamping tiga anak, tiga menantu dan tujuh cucu," kata Julie.

"Ramai juga yang mengajak saya kahwin, tapi saya tolak," tambahnya sambil ketawa kecil.

Di Ipoh, Julie menjadi nadi penggerak syarikat perniagaannya Suria Gemilang yang menjalankan perniagaan kontrakter.

Masa lapangannya, dihabiskannya menunggang kuda dan bermain golf.

Jika rindukan anak-anak dan cucu-cucu, Julie akan ke Kuala Lumpur dan tinggal samada dirumah Aini atau Aziah.


SERINGKALI BERKUNJUNG KE LUAR NEGARA___

Julie seringkali ke luar negara. Bulan Mei tahun 2010, dia bersama Aziah ke Vancouver, Canada.

Aziah ke sana kerana mengembangkan perkongsian ilmu bersama perunding imej dari seluruh dunia menerusi Persatuan Perunding Imej Antarabangsa (AICI).

Dia pernah juga melancong ke New York (2008), Los Angeles (2009) dan Scotland (2009).

"Jika tidak ada apa-apa halangan, saya mungkin ke Honolulu, Hawaii bersama Aziah tak lama lagi," Julie memberitahu.


Berlatarbelakangkan The Statue Of Liberty, New York

Di The Walk Of Fame, Hollywood, Los Angeles

Di Capilano Suspension Bridge, Vancouver

Berlatarbelakangkan seputih salji, bersama Aziah di Vancouver

Bersama Aziah dan 4 cucu di depan Istana Edinburgh, Scotland


MARI KITA MENONTON FILEM "KELUARGA 69"





(Sumber: Koye Sawi)

FAKTA___


* Nama Julie Faridah diberikan oleh P. Ramlee apabila mendapati nama Joria tidak glamour - sama seperti yang dibuatnya kepada Rose Yatimah yang ditukarkan namanya dari Rosnah ke Rose Yatimah.
* Dalam dunia filem Malaysia, ada dua nama Julie Faridah. Satu lagi pelakon filem "Mekanik" (1983) yang diarahkan oleh Othman Hafsham dan dibintangi juga Azmil Mustapha. Anehnya, Julie Faridah ini juga hilang selepas membintangi satu filem.
* Julie Faridah dan Marion Willis, bukan saja dua pelakon hilang selepas satu filem tetapi juga Sabariah Ibrahim dan Monica Jones. Sabariah "Bukan Salah Ibu Mengandong" ((1969) dan Monica "Di Belakang Tabir" (1970). Dua filem tersebut diarahkan oleh Jins Shamsudin.
* Bukan saja P. Ramlee, selepas berlakon dan berpisah, Julie tidak pernah bertemu Ed Osmera sehingga kematiannya pada 2 Januari 2005. Dalam "Keluarga 69" dia berlakon sebagai tunang dan setiausaha kepada Ed.
* Julie berkrisis panjang dengan Noor Azizah. Saya telah diberi amaran oleh Julie, jangan kaitkan banyak sangat dan menulis nama Noor Azizah dalam blog ini. "Sindir sikit-sikit tak apalah," katanya. Tetapi saya tak peduli. Saya kaitkan juga. Bukan sikit, banyak.
* Julie bergiat cergas dalam Persatuan Pandu Puteri (Girl Guide) Malaysia sejak tahun 1975, dan menjadi Yang Di Pertua Persatuan Pandu Puteri Perak dari tahun 1980 hingga 2009.
* Sepanjang shooting, Julie tidak tahu filem apa yang dilakonkannya itu. Dia hanya disuruh berlakon itu, berlakon ini dan melafaskan dialog. Selepas menonton "Keluarga 69" barulah dia tahu corak sebenar filem tersebut.
* Vera Wee (Miss Singapore) yang memenangi tempat kedua pertandingan Miss Malaysia 1964 (tempat pertama dimiliki oleh Miss Selangor, Angela Filmer) bersama Julie, juga membintangi filem arahan P. Ramlee, "Sesudah Suboh".
* Kerana berlakon dalam filem "Keluarga 69", Julie dibayar RM800. Bila ditanya, "cukup ke?" Jawab Julie, "lebih dari cukup, sebab RM800 masa itu macam RM8,000 sekarang."


Julie (baju hijau) turut sama menyanyikan lagu "Di Manakan Ku Cari Ganti" di PWTC, Kuala Lumpur pada 22 Mac 2010. Dari kiri: Mustapha Maarof, Rosnani, Nasir Wahab, Jins Shamsudin, Salwa Abdul Rahman, Kuswadinata, Maria Menado, Sonny Abdullah, Mariani dan Rozita

Julie dan sayalah, Mustafar A.R.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.


Monday, January 23, 2012


SEMERAH PADI IN COLOR

ALANGKAH CANTIK JIKA DAPAT DICOLORKAN
Oleh Mustafar A.R.




Alangkah cantiknya kalau filem black & white "Semerah Padi" (seperti di atas) dicolorkan (seperti di bawah)


KETIKA melayari alam maya mencari citra dan data Dev Anand, tiba-tiba melintasi filem colornya "Hum Dono". Saya terhenti dan termenung sebentar, kemudian memori saya berpatah balik (flashback) ke tahun 1969, teringatkan kekecewaan P. Ramlee kerana filemnya "Kanchan Tirana" tidak dicolorkan.

P. Ramlee puashati dengan filem tersebut dari segi cerita, lakonan, sinematografi (dalam bidang luas MerdekaScope), perkelahian, penyuntingan dan lagu-lagu, tetapi dia kecewa kerana tidak dicolorkan.

"Kalau dicolorkan, sudah pasti lebih menarik lagi disamping penyemburan darah akibat perkelahian kelihatan merah dan ini sudah tentulah lebih realistik," kata P. Ramlee selepas filem tersebut di pra-tontonkan.

Sebagai pelakon, P. Ramlee muncul hanya tiga filem color - "Hang Tuah", "Love Parade" (Shaw Brothers Hong Kong) dan "Melanchong Ka Tokyo". Tidak ada satu pun filem arahannya dicolorkan.

P. Ramlee pernah bersuara kepada Shaw Brothers (Runme Shaw dan Run Run Shaw) mahu mengarahkan filem color semasa dia bertugas di Merdeka Studio, tetapi di tolak.

Alasannya, kos perbelanjaan membuat filem color (pada masa itu) terlalu mahal.

Akhirnya, P. Ramlee (sepanjang riwayatnya) tidak dapat menunaikan dua perkara yang ingin dilaksanakannya - mengarah filem color dan menjadi produser filem.

Berbalik kepada "Hum Dono" yang turut dibintangi Sadhana dan Nanda, asalnya black & white (hitam & putih) dan dicolorkan (diwarnawarnikan) yang mana pelancarannya telah dilakukan pada 4 Februari 2011.

Ia merupakan filem Hindi (Bollywood) yang ketiga berbuat demikian selepas "Mughal-E-Azam" (2004) yang dibintangi oleh Dilip Kumar dan Madhubala dan "Naya Daur" (2007) lakonan Dilip Kumar dan Vyjayantimala.


APA KAITANNYA P. RAMLEE DENGAN "HUM DONO"?___

Untuk menjadi produser filem, adalah perkara mustahil P. Ramlee dapat melaksanakannya kerana dia telah meninggal dunia pada 29 Mei 1973, tetapi keinginannya mengarahkan filem color boleh ditunaikan.

Ini bermakna, filem-filem black & white arahan P. Ramlee boleh dicolorkan seperti "Hum Dono," "Naya Daur" dan "Mughal-E-Azam".

P. Ramlee adalah Seniman Agung. 100 atau 1,000 tahun lagi belum tentu dunia filem Malaysia dapat melahirkan seorang lagi seniman sepertinya. Jasanya terhadap dunia filem Malaysia sangat besar dan sangat sukar pula ditandingi.

Justeru itu, Kerajaan Malaysia (menerusi agensinya, Finas) seharusnya mengambil inisiatif berusaha mengcolorkan beberapa filem terbaik P. Ramlee sebagai memenuhi hasratnya mengarahkan filem color.

Mengcolorkan filem black & white, bukan perkara baru. Di Hollywood banyak filemnya, (terutama yang sudah diiktiraf sebagai klasik) asalnya hitam & putih, telah dicolorkan yang dikenali sebagai computer-colored version.

Antaranya,

  • "King Kong" (1933)
  • "Captain Blood" (1935)
  • "Stagecoach" (1939)
  • "Casablanca" (1942)
  • "The Outlaw" (1943)
  • "Gaslight" (1944)
  • "It's A Wonderful Life" (1946)
  • "Angel And The Badman" (1947)
  • "Sands of Iwo Jima" (1949)
  • "High Noon" (1952)
  • "Jailhouse Rock" (1957)
  • "The Longest Day" (1962)



    (sumber: alam07shah)


    (sumber: ibliscun05)


    (sumber: gcloudweb)


    (sumber: dwniss)


    (sumber: amirah1975)

    Lima klip video (black & white dan color) P. Ramlee - "Semerah Padi", "Love Parade" dan "Hang Tuah"


    FILEM MALAYSIA DALAM COLOR___
    Petikan dari buku Filem-Filem P. Ramlee

    Filem Melayu pertama dicolorkan (Gevacolor), "Buloh Perindu," keluaran Cathay Keris dan diarahkan oleh B.S. Rajhans.

    Filem keluaran tahun 1953 ini dibintangi oleh Rusini, Shariff Medan, Bakar Ruddin, S. Alaton, Yem, Nosiah Yem dan Raden Sudiro.

    Bagaimanapun, sebelum berpindah ke Cathay Keris dari MFP, filem B.S. Rajhans "Raja Sahari" yang dibintangi D. Harris, Sa'adiah dan Rosnani juga dalam color tetapi sedikit saja.

    Dalam tahun 1956, K.M. Basker telah diberi kesempatan mengarahkan filem "Ribut" dalam color (Gevacolor) sebagai percubaan.

    Bagaimanapun, filem tersebut ditayangkan terkemudian dari "Hang Tuah" (Eastmancolor) yang diarahkan oleh Phani Majumdar.

    Selepas itu disusuli pula "Long House" ("Rumah Panjang", 1957) yang dibuat penggambarannya dalam Eastmancolor di Sarawak dengan bintang utamanya Luli dan Kenny Buchman.

    Selepas itu (1958), Cathay Keris melangkah setapak lagi dengan memilemkan novel Harun Amirnur Rashid "The Virgin of Borneo" ("Chinta Gadis Rimba") yang diarahkan oleh L. Krishnan dengan lakonan S. Roomai Noor, Narang dan M. Amin.

    Kemudian disusuli pula "Mahsuri" (B.N. Rao, 1958) yang dibintangi oleh Kasma Booty, S. Roomai Noor, Noordin Ahmad dan Mahmud June.

    MFP pula meneruskan usaha mengcolorkan beberapa filem lagi - "Melanchong Ka Tokyo" dan "Raja Bersiong" (juga berbidang luas ShawScope).

    "Nora Zain Ajen Wanita 001" (1967) juga dibuat dalam color dan bidang luas tetapi ia bukan filem MFP tetapi keluaran Shaw Brothers Hong Kong.

    Begitu juga "Bayangan Ajal" (1969) dan "Jurang Bahaya" (1969). Keduanya filem Shaw Brothers Hong Kong bukannya filem MFP.

    Sebagaimana yang diketahui, banyak filem klasik barat (Hollywood) asalnya dalam black & white telah dicolorkan apa yang dikenali sebagai computer-colored version.

    Di India 2004, "Mughal-E-Azam" (1960, asalnya 15% saja color) telah dicolorkan keseluruhannya yang mana tercatat dalam sejarah dunia filem merupakan filem pertama dibuat untuk tayangan di panggung wayang kerana filem-filem barat yang dicolorkan hanya untuk tv dan home video saja.

    Usaha mengcolorkan "Mughal-E-Azam" ini atas inisiatif Indian Academy of Arts and Animation (IAAA), dan Finas seharusnya mengikuti jejak IAAA berusaha mengcolorkan filem-filem arahan terbaik P. Ramlee.

    Ada empat filem P. Ramlee yang dikira menarik untuk dicolorkan,
  • Pertama "Semerah Padi"
  • Kedua "Panca Delima"
  • Ketiga "Sumpah Orang Minyak"
  • Keempat "Antara Dua Darjat"

    Buat permulaan, usaha patut dibuat mengcolorkan "Semerah Padi" yang boleh dianggap sebagai filem arahan P. Ramlee yang terbaik dari semua filem yang diarahkannya.

    "Sumpah Orang Minyak" pula sekiranya tidak dapat dicolorkan keseluruhannya sebahagian pun cukuplah iaitu sepanjang adegan ketika Si Bongkok (P. Ramlee) berada di alam orang bunian seperti "Wizard of Oz" yang dibuat black & white (dunia nyata) dan color (alam fantasi).

    "Panca Delima" dan "Antara Dua Darjat" boleh dicolorkan kalau "Semerah Padi" dan "Sumpah Orang Minyak" berjaya dan mendapat sambutan baik terutama dari segi pasaran.

    Kos mengcolorkan filem back & white sememangnya mahal, tetapi sebagai mengenang jasa P. Ramlee ada baiknya usaha tersebut dilakukan supaya impiannya selama ini terlaksana juga akhirnya.


    BERAPA KOS FILEM BLACK & WHITE DICOLORKAN___

    US$100 = RM$300
    1 minit = US$3,000 = RM$9,000
    100 minit = US$300,000 = RM$900,000

    Mengikut lapuran Popular Mechanics pada tahun 1978, perbelanjaan mengcolorkan filem black & white US$3,000 (RM$9,000) 1 minit. Ini bermakna (masa tayangan "Semerah Padi" 100 minit) perbelanjaannya US$300,000 (RM$900,000).

    Paling tidak, satu filem P. Ramlee yang mahu dicolorkan sekurang-kurangnya memerlukan lebih RM$1,000,000.

    Itu, 34 tahun yang lalu. Harga kini tidak dapat dipastikan samada ianya lebih mahal atau pun lebih murah.


    SIAPA HARUS MEMBIAYAINYA?___

    Finas. Jika Finas keberatan membiayai perbelanjaan sepenuhnya (hanya sanggup sebahagian saja dengan alasan tiada peruntukan), bolehlah diminta bantuan Petronas, Astro, RTM, TV3, syarikat filem, syarikat perniagaan, bank dan sebagainya.

    Setakat RM1,000,000 untuk memproses filem "Semerah Padi" itu boleh diperolehi jika ada kesedaran dan kemahuan dari semua pihak.


    TABUNG AMANAH P. RAMLEE PERLU DI WUJUDKAN___

    Tabung ini tidak perlu ramai anggutanya, 5 orang pun cukup. Tugas mereka, disamping mengkaji dan menilai "Semerah Padi" yang mahu dicolorkan, berunding dengan pihak Shaw Brothers (tuanpunya hak cipta) untuk mendapatkan kebenaran mencolorkannya.

    Kemudian, mereka berurusan pula dengan syarikat pengcolor filem terbaik samada di Amerika Syarikat, Eropah, India, Jepun, Hong Kong atau di mana-mana saja.

    Mereka juga, mengawasi segala peracangan berjalan lancar dengan menggunakan peruntukan yang diperolehi semata-mata bertujuan mengcolorkan filem "Semerah Padi" bukan atas sebab-sebab lain.


    TAYANGAN PERDANA "SEMERAH PADI"___

    Apabila berjaya dicolorkan, satu Tayangan Perdana (di Cineplex pilihan) patut diadakan dengan mengundang DYMM Yang Dipertuan dan Raja Permaisuri Agong serta YAB Perdana Menteri dan isteri.

    Segala pendapatan tayangan tersebut boleh dimasukkan ke dalam Tabung Amanah P. Ramlee.


    HASIL PENDAPATAN PENGCOLORAN "SEMERAH PADI"___

    Hasil pendapatan mengcolorkan filem "Semerah Padi" boleh juga diperolehi dari Singapura, Brunei dan mungkin juga Indonesia dan Filipina.


    ANTARA BEBERAPA FILEM BLACK & WHITE YANG DICOLORKAN



    (sumber: teremerephere)


    (sumber: teremerephere) Hum Dono

    Data Mengcolorkan Filem "Hum Dono"
  • 200 profesional yang mahir terlibat
  • 2,29,431 bingkai (frame) digital dipulihkan
  • Teknologi pengcoloran (colorization) terbaik digunakan
  • Berjuta-juta pelindung (shade) color dicipta
  • 7 trek scor musik baru
  • 35mm ditukar kepada cinemascope
  • Bunyi ditukar dari mono kepada 7.1 dolby ex
  • Membawa filem klasik kepada generasi baru

    * Sumber: Hum Dono Rangeen (Navensh)



    (sumber: abstractstv)


    (sumber: elvispresleyonline) Love Me Tender



    (sumber: toniusa83)


    (sumber: kirankafe) Mughal-E-Azam



    (sumber: badmuthahubbard)


    (sumber: supersecertp) It's A Wonderful Life



    (sumber: unisysmusic)


    (sumber: teremerephere) Naya Daur



    (sumber: 7dc)


    (sumber: jiggawoo) The Longest Day



    (sumber: nologorecords)


    (sumber: blackleaf3) Angel And The Badman



    (sumber: barracudacool)


    (sumber: johnwaynemovie) Stagecoach



    (sumber: myfilmblog)


    (sumber: joycollector) A Patch Of Blue



    (sumber: stockton66)


    (sumber: pulench) Tortilla Flat



    (sumber: kaulei89)


    (sumber: monikllie) Casablanca



    * Sekiranya, masih menghadapi masalah dari Finas atau mana-mana pihak yang keberatan mengeluarkan perbelanjaan mengcolorkan "Semerah Padi", rakyat Malaysia sendiri boleh mengeluarkan peruntukan (RM10 seorang) membiayainya. Rakyat Malaysia kini, kira-kira 28 juta orang. Kalau satu juta menderma RM10, RM10,000,000 sudah boleh diperolehi. Dengan sejumlah itu, "Semerah Padi" sudah boleh dicolorkan. Bukan itu saja, ia juga boleh dicinemascopekan seperti "Hum Dono".



    # Update akan dilakukan dari masa ke masa.

  • Friday, January 20, 2012


    DEV ANAND

    PATAH TAK TUMBUH HILANG TAK BERGANTI
    Teks: Mustafar A.R. & Zaini Yusop
    Foto Dari Pelbagai Sumber
    Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



    BIODATA___
    Nama sebenar: Devdutt Pishorimal Anand
    Lahir: 26 September 1923 (Gurdaspur, Punjab, India)
    Meninggal dunia: 3 Disember 2011 (London, England)
    Filem pertama: "Hum Ek Hain" (1946)
    Filem terakhir: "Chargesheet" (2011)
    Filem pertama (pengarah): "Prem Pujari" (1970)
    Isteri: Kalpana Kartik
    Anak: Suniel Anand & Devina Anand


    DEV ANAND "EVERGREEN HERO" (Oleh Zaini Yusop)___

    Dev Anand yang kini dianggap "Evergreen Hero" telah dilahirkan dalam keluarga berbangsa Punjabi, anak kepada Peguambela Pishorimal, adik kepada Chetan dan Manmohan, dan abang kepada Vijay.
    Dia mempunyai seorang kakak, Sheela yang kemudian berkahwin dan menyertai keluarga Kapur yang melahirkan pelakon dan pengeluar filem, Shekhar Kapur.
    Dua orang anak perempuannya, Neelu, yang berkahwin dengan pelakon Navin Nischol; dan Aruna menjadi isteri kepada Ajay dan Parikshat Sahni, anak pelakon terkenal Balraj Sahni.
    Bagaimanapun, Neelu dan Aruna telah bercerai dengan suami masing-masing.
    Dev Anand yang bekelulusan Kolej Kerajaan, di Lahore, British India, meninggalkan kampung halamannya untuk bekerja di Pejabat Tentera Penapis (Military Censor Office) di Churchgate, Bombay.
    Pada tahun 1946, Dev Anand ditawarkan oleh Prabhat Talkies berlakon "Hum Ek Hain", dan disinilah dia mula menjalinkan persahabatan dengan legenda Bollywood, Guru Dutt.
    Ashok Kumar memperkenalkannya sebagai hero (leading man) berheroinekan Kamini Kaushal dalam "Ziddi".
    Selepas itu, Dev Anand tidak menoleh ke belakang dengan membintangi lebih 110 filem, bermula dari tahun 1946 hingga 2005.
    Dev Anand mungkin salah seorang dari segelintir yang bermimpi dan kemudian impian menjadi kenyataan bukan saja dapat bertemu dengan Kamini Kaushal tetapi juga berberlakon dengannya.
    Selain itu, impiannya untuk memiliki kereta, jenis Hillman, juga tercapai.
    Ketika melakukan penggambaran bersama penyanyi dan pelakon Suraiya, tiba-tiba bot yang dinaiki Suraiya terbalik dan karam.
    Dev Anand menyelamatkannya, dan seperti gaya filem Bollywood kedua-duanya jatuh cinta dan berhasrat untuk berkahwin.
    Dev Anand melamar Suraiya ketika penggambaran filem "Jeet". Dia memberikannya cicin berlian berharga Rs.3000.
    Perkahwinan tidak kesampaian kerana nenek Suraiya menentang kuat perhubungan mereka.
    Suraiya, yang berlakon 6 filem bersama Dev Anand, tidak pernah berkahwin sepanjang hidupnya.
    Pada tahun 1954 Dev Anand bertemu Kalpana Kartik (Mona Singh), ratu cantik dari Simla, yang ditemui oleh abangnya, Chetan.
    Dia dan Kalpana Kartik berkahwin dalam satu majlis sederhana di Russia di mana mereka, ketika itu, sedang melakukan lawatan mempromosikan filem "Rahee" dan "Aandhiyan".
    Kedua-duanya menjadi ibubapa pada tahun 1956 apabila Suneil dilahirkan. Mereka juga menjadi ibubapa kepada Devina yang lahir tidak lama kemudian.
    Dev Anand juga dikenali kerana memperkenalkan dua pelakon cantik jelita Bollywood, Zeenat Aman dalam "Hare Rama Hare Krishna" dan Tina Munim, "Des Pardes".
    Navketan Films yang lahir dari usaha keluarga Anand, kini diurustadbir oleh Suneil Anand.
    Autobiografinya "Romancing With Life" (Bercinta Bersama Kehidupan) telah diterbitkan pada tahun 2007 sempena menyambut ulangtahun hari kelahirannya yang ke-84.
    Pada bulan Februari 2011, filem box officenya "Hum Dono" (1961) diwarnawarni dan diedarkan semula untuk tayangan di panggung-panggung wayang sama seperti "Mughal-E-Azam" yang dibintangi oleh Dilip Kumar dan Madhubala.
    Oleh kerana kesihatannya semakin buruk, Dev Anand dan Suniel pergi ke London untuk mendapatkan rawatan dan menginap di Hotel Washington.
    Suneil bersamanya, apabila pada 03:30 (jam GMT) hari Ahad
    3 Disember 2011, Dev Anand meninggal dunia dalam tidur selepas degupan jantungnya tiba-tiba terhenti.
    Doktor paramedik telah dipanggil, tetapi tidak mampu berbuat apa-apa untuk memulih dan menyelamatkannya.
    Dev Anand meninggalkan seorang isteri, Kalpana; dan dua orang anak, Suniel dan Devina.
    Pada 10 Disember 2011, mayatnya telah dibakar di West London's Putney Vale Crematorium, dan abunya kemudian dibawa ke India dan disemadikan ke dalam Sungai Godavari.
    Dev Anand berusia 88 tahun.
    RIP, DEV ANAND.



    Dev Anand (kanan) dan Kalpana Kartik di zaman kegemilangan mereka diawal tahun-tahun 1950an


    Dev Anand (kiri), Raj Kapoor dan Dilip Kumar yang menguasai dunia filem Bollywood di tahun-tahun 1950an, 1960an dan 1970an


    WAHEEDA REHMAN___
    "Kematian Dev Anand sangat memeranjatkan. Ia berita sedih untuk saya.
    "Bagi saya, Dev Anand begitu istimewa dalam beberapa perkara. Filem Hindi pertama saya, "C.I.D.", berlakon bersamanya.
    "Dev Anand bukan saja hero saya yang pertama, tapi juga saya membintangi tujuh filem dengannya, tiga dibawah lambang Navketan.
    "Saya bersahabat baik dan senang berada dengan Dev Anand semasa penggambaran dan sentiasa bergembira berlakon dalam filem terutamanya "C.I.D.", "Guide" dan "Kala Bazar".

    AMITABH BACHCHAN___
    "Era Dev Anand telah berakhir. Kehilangannya sukar dicari ganti. Dia tidak pernah tertewas dengan kepercayaan dan sentiasa berada dalam keriangan.
    "Saya baru saja menemuinya dalam satu majlis, ternyata dia kelihatan lemah tapi semangatnya kelihatan begitu kental."

    SHABANA AZMI___
    "Dev Anand lahir dengan keistimewaannya yang tersendiri. Pemergiannya diratapi berjuta-juta peminatnya.
    "Dev Anand tidak mati, dia sentiasa hidup selagi filem-filemnya masih berputar.
    "Saya sangat-sangat menghormati kegigihan dan keberaniannya."

    ULASAN FK (Oleh Mustafar A.R.)___
    Dalam tahun-tahun 1950an, bintang filem (aktor) Bollywood yang begitu popular dan diminati ramai ada tiga - Raj Kapoor, Dilip Kumar dan Dev Anand.
    Shammi Kapoor juga popular dan ramai peminat, tetapi kedatangan agak terlewat sikit.
    Antara mereka bertiga, saya lebih menyukai Dev Anand berbanding Dilip Kumar yang saya tempatkan di nombor dua dan kemudian barulah Raj Kapoor.
    Seingat saya, saya mula meminati Dev Anand selepas menonton filem "Insaniyat" (1955) disamping Dilip Kumar dan Bina Rai dan diarahkan oleh S.S. Vasan.
    Kemudian setiap kali ada saja filem-filem baru lakonannya ditayangkan, tetap saya pergi menontonnya walaupun dengan apa cara sekali pun.
    Selepas "Insaniyat" saya menonton pula, "House No. 44" (1955), "C.I.D." (1956), "Kala Pani" (1958), "Kala Bazar" (1960), "Manzil" (1960), "Jab Pyar Kisise Hota Hai" (1961), "Hum Dono" (1961), "Asli Naqli" (1962), "Tere Ghar Ke Samne" (1963), "Guide" (1965), "Jewel Thief" (1967), "Johnny Mere Nam" (1970), "Hare Rama Hare Krishna" (1971) dan "Ishq Ishq Ishq" (1974).
    Saya masih ingat lagi, filem Dev Anand yang terakhir saya tonton di panggung wayang, "Ishq Ishq Ishq." Panggungnya, Coliseum di Kuala Lumpur.
    Filem-filem terawal Dev Anand dan selepas "Ishq Ishq Ishq," kebanyakannya saya tonton melalui tv, pita vhs, vcd, dvd dan youtube.
    Antaranya "Ziddi" (1948), "Nirala" (1950), "Baazi" (1951), "Jaal" (1952), "Patita" (1953) dan "Taxi Driver" (1954).
    Dari segi lakonan, Dev Anand mempunyai corak lakonan yang tersendiri dan kehilangannya sangat sukar dicari ganti.
    Sungguhpun, selepasnya lahir aktor-aktor baru seperti antaranya Shammi Kapoor, Sunil Dutt, Rajendra Kumar, Pradeep Kumar, Biswajit, Manoj Kumar kemudian diikuti pula Amitabh Bachchan, Dharmenda, Shashi Kapoor dan ramai lagi, namun tidak ada yang dapat menandingi kehebatan Dev Anand.

    ANUGERAH___
    * Aktor Terbaik (Kala Pani 1958)
    * Aktor Terbaik (Guide 1966)
    * Filem Terbaik (Guide 1966)
    * Anugerah Filmfare Pencapaian Gemilang Sepanjang Hayat (1991)
    * Anugerah Skrin Videocon Pencapaian Gemilang Sepanjang Hayat (1996)
    * Anugerah Padma Bhushan (2001)
    * Anugerah Dadasaheb Palke (2002)





    Dari atas: Geeta Bali, Mala Sinha dan Waheeda Rehman









    MARI KITA MENONTON LIMA FILEM DEV ANAND



    (sumber: jagtech) "TAXI DRIVER"


    (sumber: seplvintagemovie) "JAAL"


    (sumber: seplvintagemovie) "PATITA"


    (sumber: kumarm) "GUIDE"


    (sumber: seplvintagemovie) "TERE GHAR KE SAAMNE"



    Bersama Suraiya dalam "Jeet"



    Bersama Nutan dalam "Paying Guest"


    Bersama Sadhana dalam "Hum Dono"


    Bersama Kalpana Kartik dalam "Taxi Driver"


    Bersama Zeenat Aman dalam "Ishq Ishq Ishq"


    MARI KITA DENGAR LAGU-LAGU DEV ANAND



    (sumber: filmigaane) Guide


    (sumber: filmigaane) Kala Pani


    (sumber: lovemeforever2007) Jaal


    (sumber: spsyed) Love Marriage


    (sumber: filmigaane) Taxi Driver


    (sumber: teremerephere) Taxi Driver


    (sumber: erosentertaiment) Jab Pyar Kisise Hota Hai


    (sumber: spsyed) Hum Dono (hitamputih)


    (sumber: saregarnaindia) Hum Dono (warnawarni)


    Pemergian Dev Anand diratapi dalam hati oleh Kalpana Kartik (kiri)
    dan Devina Anand


    Dev Anand menuju ke penghujung jalan hidupnya


    FAKTA___
  • "Insaniyat", satu-satunya filem yang dibintangi bersama Dev Anand dan Dilip Kumar.
  • "Guide" merupakan filem warnawarni pertama dibintangi oleh Dev Anand.
  • Dev Anand mengarah 19 filem dan selaku produser 31 filem, dan 18 antaranya mendapat kejayaan box office.
  • "Kala Pani" yang meyebabkan Dev Anand memenangi anugerah aktor terbaik Filmfare 1958, ceritanya berdasarkan "Beyond This Place" karya A.J. Cronin.
  • Dev Anand dianggap sebagai Gregory Peck Bollywood. Anihnya, Dev Anand dan Gregory Peck meninggal dunia ketika berusia 88 tahun.
  • Shah Rukh Khan pernah berlakon bersama ibunya dalam filem Dev Anand, "Joshila" (1973). Itulah filem pertama lakonannya.
  • "Guide" yang dibintangi Dev Anand dan Waheeda Rehman dipadankan dari novel karya R.K. Narayan, pada mulanya dibuat dalam bahasa Inggeris kemudian berubah ke bahasa Hindi.
  • Tayangan perdana "Guide" dilakukan di New York di mana Dev Anand telah bertemu David Selznick yang menawarkannya berlakon dalam filem yang akan dibuat penggambarannya di Kashmir. Bagaimanapun, tidak lama kemudian David Selnick meninggal dunia kerana sakit jantung.
  • Jackie Shroff berlakon sebagai penjahat dalam filem "Swami Dada" (1982) arahan Dev Anand, sebelum mendapat peranan hero dalam filem "Hero" (1983) yang diarahkan oleh Shubash Gai.


  • # Update akan dilakukan dari masa ke masa.








  • Sunday, January 8, 2012


    RASHOMON (1950)

    FILEM AKIRA KUROSAWA YANG SUKAR DITANDINGI
    Teks & Foto: Mustafar A.R.
    Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop




    Minoru Chiaki (kiri), Kichijiro Ueda dan Takashi Shimura





    Toshiro Mifune dan Masayuki Mori



    Machiko Kyo dan Toshiro Mifune
















    Produksi DAIEI MOTION PICTURE COMPANY
    Produser MINORU JINGO MASAICHI NAGATA
    Pengarah AKIRA KUROSAWA
    Sinematografi KAZUO MIYANAGA
    Penyunting filem AKIRA KUROSAWA
    Cerita RYUNOSUKE AKUTAGAWA
    Lakonlayar AKIRA KUROSAWA SHINOBU HASHIMOTO
    Musik FUMIO HAYASAKA
    Pereka produksi TAKASHI MATSUYAMA
    Set dekorasi H. MOTSUMOTO
    Pelakon TOSHIRO MIFUNE (Tajomaru, Penjahat) MACHIKO KYO (Masako Kanasawa, Isteri) TAKASHI SHIMURA (Pemotong Kayu) MASAYUKI MORI (Takehiro Kanazawa, Samurai) MINORU CHIAKI (Pendakwah) KICHIJIRO UEDA (Orang Biasa)

    Tahun diedarkan: 1950 (25 Ogos)
    Masa tayangan: 88 minit

    JALAN CERITA___

    Filem ini dibuka dengan Pemotong Kayu dan Pendakwah duduk berteduh di bawah gerbang Rashomon dalam keadaan hujan lebat. Orang Biasa kemudian menyertai dan mereka memberitahunya, telah menyaksikan peristiwa yang mengerikan.

    Pemotong Kayu memberitahu, tiga hari lalu dia bertemu mayat Samurai semasa mencari kayu di hutan. Katanya, dia ketakutan dan terus lari dalam keadaan panik untuk membuat lapuran kepada pihak yang berkuasa.

    Pendakwah pula memberitahu, dia melihat Samurai dan isterinya dalam perjalanannya pada hari yang sama ketika pembunuhan berlaku.

    Mereka berdua dipanggil memberi keterangan di mahkamah, di mana mereka bertemu dengan penjahat terkenal yang telah ditangkap, Tajomaru, yang didakwa bertanggungjawab membunuh Samurai dan merogol isterinya.

    Cerita Penjahat:

    Tajomaru memdakwa, dia meminta Samurai pergi bersamanya melihat pedang kuno yang ditemuinya. Di dalam hutan dia mengikat Samurai disebatang pokok, kemudian membawa isterinya ke situ.

    Isteri Samurai pada mulanya cuba mempertahankan diri dengan menggunakan senjata (pisau), tetapi tidak berdaya malah "tergoda" pula dengan ketanpanan Tajomaru.

    Isteri Samurai, dengan perasaan malu, dia merayu kepada Tajomaru supaya bertarung dengan suaminya, bagi menyelamatkan dirinya daripada bersalah dan malu kerana mempunyai dua lelaki yang sudah tahu tentang ketidakjujurannya.

    Tajomaru bersetuju lalu membuka ikatan Samurai. Tajomaru dan Samurai bertarung menggunakan kemahiran dan kepakaran masing-masing dalam ilmu bermain pedang. Akhirnya Tajomaru menang dan Isteri Samurai pula melarikan diri.

    Di akhir cerita di mahkamah, dia ditanya tentang pisau mahal yang dimiliki oleh Isteri Samurai. Katanya, dalam kekeliruan, dia terlupa semuanya itu, dan dia merasa begitu bodoh kerana meninggalkan pisau yang sangat berharga.

    Kisah Isteri:

    Isteri Samurai memberitahu cerita yang berbeza kepada mahkamah. Dia mendakwa, Tajomaru meninggalkan tempat tersebut selepas merogolnya. Dia merayu kepada suaminya untuk mengampunkan dosanya, tetapi dia hanya melihat dan tidak berkata apa-apa.

    Dia kemudian membebaskannya dan merayu membunuhnya supaya dirinya merasa aman. Samurai terus merenung melihat kejijikannya. Air muka Samurai mengganggu dirinya hingga menyebabkan dia pengsan dengan pisau berada ditangannya.

    Bila dia sedar didapati suaminya mati dengan pisau di dadanya. Dia cuba membunuh diri, tetapi gagal.

    Cerita Samurai:

    Mahkamah kemudian mendengar cerita Samurai yang telah meninggal dunia, melalui roh. Samurai mendakwa, Tajomaru, sesudah merogol isterinya, meminta isterinya itu pergi bersamanya. Dia menerima dan menyuruh Tajomaru membunuh suaminya kerana tidak mahu rasa bersalah dimiliki oleh dua lelaki.

    Tersentak dengan permintaan tersebut, Tajomaru membawa dia kepada Samurai dan menyuruhnya membuat pilihan samada membebaskannya atau membunuhnya.

    Isteri Samurai melarikan diri. Tajomaru cuba menangkapnya tetapi gagal dan kemudian membebaskan Samurai. Bagaimanapun Samurai membunuh diri dengan pisaunya sendiri yang kemudian telah dicabut oleh seseorang dari dadanya.

    Kisah Pemotong Kayu:

    Kembali ke gerbang Rashomon (selepas perbicaraan), Pemotong Kayu memberitahu Orang Biasa, kisah Samurai bohong. Pemotong Kayu sebenarnya telah menyaksikan rogol dan bunuh, tetapi tidak mahu melibatkan diri dalam perbicaraan di mahkamah.

    Menurut kisah Pemotong Kayu, Tajomaru merayu kepada Isteri Samurai untuk mengahwininya, sebaliknya wanita itu membebaskan suaminya. Samurai pada mulanya enggan bertarung dengan Tajomaru, dan berkata dia tidak mahu membahayakan nyawanya kerana seorang wanita yang tidak bermaruah.

    Tetapi Isteri Samurai kemudian membidas keduanya dan berkata, mereka bukan lelaki sejati. Lelaki sejati akan bertarung untuk cinta seorang wanita.

    Dia telah mendorong kedua lelaki itu bertarung satu sama lain. Mereka berjuang bermati-matian yang berkesudahan Tajomaru menang. Selepas teragak-agak, akhirnya dia membunuh Samurai, dan Isteri Samurai melarikan diri dalam ketakutan.

    Klimaks:

    Di gerbang Rashomon, Pemotong Kayu, Pendakwah dan Orang Biasa terganggu ketika perbincangan oleh bunyi bayi menangis. Mereka mendapati bayi ditinggalkan di dalam bakul, dan Orang Biasa mengambil baju kimono dan azimat yang ditinggalkan untuk bayi.

    Pemotong Kayu memarahi Orang Biasa kerana mencuri daripada bayi yang ditinggalkan, tetapi Orang Biasa membidasnya kembali. Pemotong Kayu sebenarnya mencuri pisau mahal dari tempat berlakunya pembunuhan.

    Orang Biasa menempelaknya, "penjahat yang memanggil orang lain penjahat". Orang Biasa meninggalkan gerbang Rashomon dan mendakwa semua lelaki sama saja, hanya didorong oleh kepentingan diri.

    Penipuan dan pembohongan ini menyedarkan Pendakwah apa itu erti kemanusiaan. Dia merasa insaf apabila Pemotong Kayu mahu mengambil bayi darinya.

    Pendakwah pada mula mencurigainya, menyerahkan bayi tesebut kepada Pemotong Kayu yang kemudian menjelaskan dia mahu memeliharanya bersama enam orang lagi anaknya.

    Filem ini ditutup dengan Pemotong Kayu berjalan pulang bersama bayi. Hujan telah berhenti dan awan cerah mulai mendedahkan matahari. Berbeza dipermulaan cerita di mana langit kelihatan suram dan hujan lebat.

    ULASAN FK___

    Bila memperkatakan filem P.Ramlee "Semerah Padi", perbicaraan tidak lengkap sekiranya tidak melibatkan filem Akira Kurosawa "Rashomon". Ini kerana, ketika mengarahkan "Semerah Padi" P. Ramlee banyak terikut-ikut cara pengarahan Akira Kurosawa.

    Banyak adegan yang dilakukan kepada "Semerah Padi" berilhamkan "Rashomon" terutama ketika P. Ramlee mencari Sa'adiah yang dicolek Salleh Kamil. P. Ramlee juga meniru teknik penggambaran, angle (sudut) dan pencahayaan.

    Bukan itu saja, musik pun turut diikutnya.

    Dengan penghasilannya yang ditirunya dari "Rashomon", "Semerah Padi" bolehlah dianggap sebagai filem terbaik arahan P. Ramlee berbanding dengan filem-filem lain yang diarahkannya.

    "Rashomon" mula diedarkan pada 25 Ogos 1950, dan saya hanya berjaya menontonnya pada tahun 2007 apabila kedutaan Jepun menayangkannya untuk tontonan ramai di Matic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

    Sebelum itu, semasa mahu mengulas "Semerah Padi" untuk buku Filem-Filem P. Ramlee, puas saya mencarinya (ketika itu dalam bentuk vhs, dvd dan vcd belum ada) untuk dibuat rujukan tapi tidak diperolehi.

    Saya hanya menemuinya tidak lama kemudian dalam format disc (seperti album piringhitam) yang harganya begitu mahal sekali, RM250.00, dan tidak mampu saya memilikinya.

    Saya banyak juga menonton filem-filem yang diarahkan oleh Akira Kurosawa antaranya "Seven Samurai" (1954), "Throne Of Blood" (1957), "The Hidden Fortress" (1958), "Yojimbo" (1961) dan "Sanjuro" (1962), namun "Rashomon" saya anggap filem terbaik arahan Akira Kurosawa.

    "Rashomon" merupakan filem artistik yang unik mempunyai semua elemen dalam pembuatan sesebuah filem yang berkualiti - arahan, cerita, dialog, lakonan, fotografi (sudut dan pencahayaan), suntingan, musik dan juga rekaan dekorasi (setting).

    Kerana itu, tidak heranlah filem-filem Hollywood dan juga Eropah berkiblat ke Jepun dan membawa pengaruh (influence) "Rashomon" dan Akira Kurosawa dalam filem-filem keluaran dan arahan mereka.

    Sudah 52 tahun berlalu, namun "Rashomon" sukar ditandingi oleh filem-filem lain bukan saja di Jepun tetapi juga Hollywood, Eropah, India dan China.

    Sungguhpun kini teknoloji filem semakin bertambah canggih, namun "Rashomon" tetap berdiri teguh sebagai filem yang berprestij tinggi dan tetap releven walaupun 100 ataupun 1000 tahun lagi.

    "Rashomon" mengemukakan kebenaran dan sifat semulajadi manusia sejagat. Empat karekter terlibat dalam satu kejadian bunuh dan rogol di mana mereka menceritakan kejadian yang berlaku dalam fahaman (pendapat) masing-masing.

    Apa yang menarik, "Rashomon" tidak memberikan penyelesaian yang konkrit tetapi penonton-penonton disuruh berfikir dan menentukan apakah yang sebenarnya yang berlaku dan siapakah pula (antara mereka yang berempat) yang bercakap benar.

    Plot ceritanya (banyak menggunakan flashback) menarik sekali, ditambah pula dialog (berpandukan sarikata bahasa Inggeris) yang mantap dan disusun oleh Akira Kurosawa berdasarkan pemikiran penulis cerita "In A Grove", Ryunosuke Akutagawa, mengenai nilai-nilai hidup manusia sejagat.

    "Rashomon" mempunyai karekter yang boleh dikatakan sukar untuk dilaksanakan. Sekiranya Akira Kurosawa tersalah memilih pelakon, gagallah filem ini.

    Tetapi dengan memberikan karekter penting kepada Toshiro Mifune dan Michiko Kyo sebagai Penjahat dan Isteri Samurai ternyata hasil lakonan sangat memuaskan.

    Toshiro Mifune dan Michiko Kyo telah berjaya membawa peranan masing-masing dengan baik, dan salah satu kekuatan "Rashomon" ini terletak kepada lakonan kedua pelakon tersebut yang kemudian terkenal di peringkat dunia filem antarabangsa.

    Fokus hanya tertumpu kepada enam pelakon saja, dan empat lagi (Takashi Shimura, Masayuki Mori, Minoru Chiaki dan Kichijiro Ueda) berperanan sebagai Samurai, Pemotong Kayu, Pendakwah dan Orang Biasa juga telah membawa peranan masing-masing dengan berkesan.

    Hanya terdapat tiga setting dalam filem ini, gerbang Rashomon, hutan dan mahkamah, dan perbelanjaannya dikatakan hanya sekitar $250.000 saja.

    Ini bererti untuk membuat flem yang bekualiti, tidak semistinya memerlukan peruntukan berjuta-juta ringgit. Apa yang diperlukan, kreatif sebagai orang filem yang benar-benar berjiwa filem seperti yang diperlihatkan oleh Akira Kurosawa.

    RM100 juta peruntukan sekali pun, namun belum tentu dapat menghasilkan filem seperti "Rashomon" ini.

    Begitulah hebatnya orang Jepun ini (Akira Kurosawa), sehinggakan orang-orang filem di Hollywood dan Eropah melutut kepadanya.

    Pada keseluruhannya, "Rashomon" merupakan peninggalan Akira Kurosawa yang akan kekal sebagai filem yang sukar ditandingi dalam apa juga keadaan dan apa juga perubahan dalam pembuatan filem, kini dan selama-lamanya.



    Akira Kurosawa



    Pengarah Robert Altman memperkatakan mengenai "Rashomon" dan Akira Kurosawa


    ANUGERAH___

    "Rashomon" telah memenangi tujuh anugerah.

    1. Anugerah Lakonlayar Terbaik (Akira Kurosawa & Shinobu Hashimoto)
    * Blue Ribbon Awards (1951)

    2. Anugerah Aktres Terbaik (Michiko Kyo)
    * Mainichi Film Concours (1951)

    3. Anugerah Pengarah Terbaik (Akira Kurosawa)
    * National Board Of Review (1951)

    4. Anugerah Filem Luarnegara (Foreign) Terbaik
    * National Board Of Review (1951)

    5. Anugerah Singa Emas (Akira Kurosawa)
    * Venice Film Festival (1951)

    6. Anugerah Filem Kritik Italy (Akira Kurosawa)
    * Venice Film Festival (1951)

    7. Anugerah Penghormatan (Foreign Language Film)
    * Oscar Academy Award (1952)


    MARI KITA MENONTON "RASHOMON"






    FAKTA___

    * Apabila "Rashomon" beredar ke pasaran antarabangsa, ramai yang beranggapan Akira Kurosawa dipengaruhi cara-cara arahan Orson Welles terhadap filemnya "Citizen Kane" terutama menggunakan banyak flashback. Namun, dakwaan tersebut dinafikan oleh Akira Kurosawa yang memberitahu, dia hanya menonton "Citizen Kane" selepas beberapa tahun "Rashomon" ditayangkan.

    * Antara dua bintang utama "Rashomon", hanya Michiko Kyo masih hidup, kini berusia 87 tahun. Toshiro Mifune yang pernah membintangi "Paper Tiger" yang dibuat penggambarannya di Malaysia meninggal dunia pada tahun 1997.

    * Akira Kurosawa meninggal dunia pada tahun 1998 di Tokyo kerana stroke (angin asmar) ketika usianya 88 tahun.

    * Satu-satunya filem Hollywood yang dibintangi Michiko Kyo "The Teahouse Of The August Moon" (1956) disamping Marlon Brando dan Glenn Ford.

    * Toshiro Mifune banyak membintangi filem luar Jepun, selain "Paper Tiger" antaranya "Midway", "Red Sun", "Hell In The Pacific" dan "Grand Prix". Bintang-bintang terkenal berlakon bersamanya Charlton Heston, Henry Fonda, Ursulla Andress, Charles Bronson, David Niven, James Gardner, Eva Marie Saint dan Lee Marvin.

    * "Rashomon" turut dijadikan filem oleh Martin Ritt di Hollywood bertajuk "The Outrage" (1964) dibintangi Paul Newman, Claire Bloom, Laurence Harvey dan Edward G. Robinson.

    * Majalah Empire meletakkan "Rashomon" ditempat ke-290 dari 500 filem pilihan pembacanya, manakala Akira Kurasawa menduduki tempat ke-6 sebagai pengarah filem pilihan yang di dahului Steven Spielberg (pertama) dan Alfred Hitchcock (kedua) pada tahun 2005.

    * "Rashomon" masuk ke dalam buku "1001 Movies You Must See Before You Die" ("1001 Filem Anda Misti Tonton Sebelum Anda Meninggal Dunia"). Kedudukannya ditempat yang ke-225, yang didahului (pertama) "A Trip To The Moon" (1902) dan diakhiri (ke-1001) "The Pianist" (2002).

    # Lain-lain filem dipengaruhi "Rashomon", antaranya "The Woman In Question" (1950), filem Tamil "Andha Naal" (1954), "Courage Under Fire" (1996), "Ghost Dog" (1999), "One Night At McCool's (2001), "Hero" (2002), "Basic (2003), "Vantage Point (2008) dan filem Thailand "U Mong Pa Meung" (2011).


    ANTARA FILEM YANG DIPENGARUHI "RASHOMON"







    Basic


    The Outrage


    Courage Under Fire


    One Night At McCool's


    Vantage Point


    U Mong Pa Meung (The Outrage)