"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Friday, March 22, 2013


SEMPENA ULANG-TAHUN KELAHIRAN
P. RAMLEE KE-84 (1929-2013)


FILEM-FILEM P.RAMLEE DI YOUTUBE
Oleh Zaini Yusop & Mustafar A.R.



FILEM-FILEM P. RAMLEE (1948-1973)


PADA kebiasaannya filem-filem P. Ramlee, kalau mahu ditonton, terpaksalah pergi ke panggung-panggung wayang. Di Kuala Lumpur, Madras dan Lido menjadi tumpuan sebelum adanya Capitol dan Federal.

Masih segar dalam ingatan, "Sedarah" saya tonton di Lido, "Panggilan Pulau" dan "Penarek Becha" di Madras dan "Semerah Padi" di Capitol.

Apabila wujudnya TV Malaysia (kini RTM) pada 28 Disember 1963, filem-filem P. Ramlee ditayangkan satu lepas satu terutama keluaran pada 1950an dan 1960an.

Juga masih segar dalam ingatan, "Si Tora Harimau Jadian", yang kini dianggap hilang, saya tonton di TV Malaysia.

Begitu juga "Penghidopan" dan "Gelora", saya tonton di TV Malaysia bukan di panggung wayang.

Yalah, ketika filem-filem tersebut ditayangkan, saya masih kecil, mana ada duit mahu pergi ke panggung wayang menonton setiap kali filem lakunan dan arahannya ditayangkan.

Pada 1988, ketika memulakan projek buku "Filem-Filem P. Ramlee", saya menghadapi masalah untuk menonton filem-filemnya untuk dibuat rujukan.

Kalau ada pun sekali sekala, dapat ditonton di skrin TV seperti RTM, TV3 kemudian disusuli pula ASTRO.

Apabila alat perakam VHS dipasarkan secara meluas barulah filem-filem P. Ramlee dirakamkan melalui TV, dan boleh ditonton berulang-ulang kali.

Lebih menyenangkan lagi, filem-filemnya itu yang dirakamkan dengan kaset VHS dipasarkan terutama yang diminati ramai antaranya "Panggilan Pulau", "Bujang Lapok" dan "Nujum Pa' Blalang".

Masuk ke era 1990an, filem-filem P. Ramlee begitu mudah diperolehi apabila Music Valley mendapat hak mencetak dalam format VCD dan dijual kepada orangramai secara meluas yang mengakibat lambakan di pasaran.

Ketika itu, 2 VCD dengan harga RM5.00 pun sudah tidak ada pembeli.

Sekiranya "Bakti" dan "Si Tora Harimau Jadian" (yang dianggap sudah hilang), jika tidak hilang, kemungkinan nasibnya sama - 2 VCD atau DVD berharga RM5.00 pun tidak ada pembeli.

Semasa ada, begitulah nasibnya. Bila sudah tidak ada, ada tawaran RM100,000 untuk mendapatkannya.

MENJADI PUJAAN RAMAI

Begitu pun juga, sampai sekarang filem-filem P. Ramlee masih dijual dipasaran (dalam format VCD dan DVD) kerana peminat-peminatnya masih ramai berbanding filem-filem lakunan Ahmad Mahmud, Yusof Latiff, Aziz Jaafar dan Jins Shamsudin.

Juga filem-filem arahannya mengatasi Jamil Sulong, M. Amin, Omar Rojik, S. Roomai Noor dan Salleh Ghani.

Hingga kini RTM dan ASTRO masih menayangkan filem-filem P. Ramlee, kerapkali juga. Ertinya, P. Ramlee tetap menjadi pujaan ramai, dan tidak diketahui sampai bila penghujungnya.

Dengan adanya komputer (internet), kini boleh dikatakan lebih separuh filem-filem P. Ramlee sudah diuploadkan ke YouTube.

Ini bermakna, filem-filem P. Ramlee sudah dapat ditonton bukan saja di Malaysia tetapi juga ke seluruh dunia.

P. Ramlee sudah berada di persada dunia.

Sempena Hari Ulangtahun Kelahiran P. Ramlee Yang Ke-84 pada 22 Mac 2013 ini, FKM mengambil kesempatan mengumpul filem-filem P. Ramlee yang telah di uploadkan ke YouTube bagi memudahkan sesiapa yang berminat menontonnya, tidak payah lagi tercari-cari.

Bukan itu saja, FKM turut menyelitkan sedikit fakta disamping memperbetulkan setiap kesilapan yang diberikan oleh pengupload terutama ejaan tajuk filem tidak menepati apa yang tercatat di credit title..

Ternyata dan jelas, paling berusaha dan rajin menguploadkan filem-filem P. Ramlee ke YouTube Sha3818, kemudian diikuti Njendra, Filemklasik Melayu, Melor Ashyassqd, Mohammad Ismail Abdullah Sani, Chongie Chong, Amir Afifuddin dan Lima Jiwas.



RACHUN DUNIA (1950)
(Sumber: Sha3818)

FAKTA___
* Filem pertama MFP ditayangkan pada 1950.
* Filem pertama Osman Gumanti sebagai hero.
* Filem pertama Kasma Booty berherokan Osman Gumanti.
* Filem pertama Siput Serawak memegang peranan jahat.
* Filem "Insaf", keluaran Keris Film, ciplakan filem ini.


ALOHA (1950)
(Sumber: Njendra)

FAKTA___
* Filem pertama dan terakhir Mariam berherokan Osman Gumanti.
* Filem kedua dan terakhir P. Ramlee dan Osman Gumanti berlakun bersama.
* Filem kedua Mariam selepas "Kembar".
* Filem pertama lakunan S. Shamsuddin.
* Satu-satunya filem Roseminah belakun sebagai heroine kedua.


SEJOLI (1951)
(Sumber: Njendra)

FAKTA___
* Filem kedua P. Ramlee berheroinekan Kasma Booty selepas "Bakti".
* Filem pertama P. Ramlee sebagai askar - Leftenan Jamil.
* Filem pertama B.S. Rajhans mengambil P. Ramlee sebagai hero.
* Filem kedua P. Ramlee berlakun bersama Rokiah selepas "Penghidupan"


ANTARA SENYUM DAN TANGIS (1952)
(Sumber: Filmklasik Melayu)

FAKTA___
* Filem pertama P. Ramlee dan Rokiah sebagai hero dan heroine.
* Filem pertama P. Ramlee berperanan buta.
* Filem keempat P. Ramlee berlakun di bawah arahan L. Krisnan selepas "Bakti", "Takdir Illahi" dan "Penghidupan".
* Filem kedua P. Ramlee berheroinekan Rokiah selepas "Penghidupan".


ANJORAN NASIB (1952)
(Sumber: Njendra)

FAKTA___
* Filem pertama dan terakhir R. Azmi berlakun bersama P. Ramlee.
* Filem pertama P. Ramlee berheroinekan Mariam.
* Filem pertama P. Ramlee memegang peranan polis - Inspektor Bahar.
* Filem kedua dan terakhir P. Ramlee berlakun sebagai hero di bawah arahan B.S. Rajhans selepas "Sejoli".


HUJAN PANAS (1953)
(Sumber: Filmklasik Melayu)

FAKTA___
* Filem pertama P. Ramlee berheroinekan Siput Serawak.
* Filem terakhir lakunan bersama P. Ramlee dan Siput Serawak di MFP.
* Dalam filem ini terdapatnya lagu popular nyanyian dan ciptaan P. Ramlee - "Merak Kayangan".


PANGGILAN PULAU (1954)
(Sumber: Sha3818)

FAKTA___
* Filem terakhir P. Ramlee berlakun di bawah arahan S. Ramanathan.
* Filem ketiga Latifah selepas "Dahlia" dan "Kerana Kau".
* Filem pertama yang dibintangi Ibrahim Pendek.
* Filem pertama lakunan bersama P. Ramlee dan Yusof Latiff.


MERANA (1954)
(Sumber: Njendra)

FAKTA___
* Filem pertama P. Ramlee berheroinekan Latifah.
* Filem kedua P. Ramlee menggunakan nama Amir selepas "Hujan Panas".
* Filem terakhir Latifah berlakun di samping P. Ramlee di MFP.


ABU HASSAN PENCHURI (1955)
(Sumber: FilemKlasik Melayu)

FAKTA___
* Filem kedua P. Ramlee berheroinekan Mariam selepas "Anjoran Nasib".
* Satu-satunya filem Mariam berlakun di bawah arahan B.N. Rau di MFP.
* Filem terakhir P. Ramlee diedarkan sebagai pelakun sebelum dilantik sebagai pengarah.







PENAREK BECHA (1955)
(Sumber: Sha3818

FAKTA___
* Filem pertama arahan P. Ramlee.
* Filem ini mencatat sejarah anak Melayu kedua sebagai pengarah di MFP selepas Haji Mahadi.
* Filem pertama P. Ramlee berheroinekan Sa'adiah.
* Runme Shaw merupakan produser pertama untuk filem pertama arahan P. Ramlee.


HANG TUAH (1956)
(Sumber: Sha3818)

FAKTA___
* Filem pertama MFP dalam color.
* Filem pertama P. Ramlee dalam color.
* Filem pertama arahan Phani Majumdar di MFP.
* Filem pertama MFP menang anugerah di FFAP.
* Menang Anugerah Musik Terbaik (P. Ramlee)
di FFAP3 Hong Kong (1956).
* Pernah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa
di Berlin, Jerman (1957).
* Satu-satunya filem Mustapha Maarof di MFP.


ANAK-KU SAZALI (1956)
(Sumber: Sha3818)

FAKTA___
* Filem kedua P. Ramlee menang anugerah di FFAP.
* Filem kedua MFP menang anugerah di FFAP.
* Filem kedua arahan Phani Majumdar di MFP.
* Menang dua anugerah di FFAP4, Tokyo (1957);
1. Pelakun Lelaki Utama Terbaik (P. Ramlee).
2. Pelakun Kanak-Kanak Terbaik (Tony).
* ANAK-KU SAZALI bukan ANAKKU SAZALI.


PANCA DELIMA (1957)
(Sumber: Njendra)

FAKTA___
* Filem pertama menggabungkan lakunan Jins Shamsudin dan Hashimah Yon sebagai hero dan heroine.
* Satu-satunya cerita asal yang ditulis oleh Run Run Shaw diarahkan P. Ramlee.
* Filem pertama P. Ramlee memberi kepercayaan kepada A. Bakar Ali sebagai jurugambar.
* Filem pertama Aziz Sattar dan S. Shamsuddin berlakun dalam filem arahan P. Ramlee.
* PANCA DELIMA bukan PANCHA DELIMA


BUJANG LAPOK (1957)
(Sumber: Sha3818)

FAKTA___
* Filem pertama gabungan lakunan P. Ramlee, Aziz Sattar dan S. Shamsuddin.
* Filem pertama P. Ramlee mengarahkan filem bercorak komedi.
* Filem pertama dibintangi Dayang Sofia yang kemudian berkahwin dengan Aziz Sattar.
* Filem terakhir Siti Tg. Perak disamping bersama P. Ramlee, sebelum berpindah ke Cathay Keris Film.


SUMPAH ORANG MINYAK (1958)
(Sumber: Mohammad Ismail Abdullah Sani)

FAKTA___
* Filem pertama arahan P. Ramlee memenangi anugerah.
* Filem pertama dibintangi Sri Dewi di MFP.
* Filem pertama dan terakhir lakunan Marion Willis.
* Memenangi anugerah Fotografi Filem Hitam & Putih Terbaik di FFAP5 di Manila pada 1958.
* SUMPAH ORANG MINYAK bukan SUMPHAN ORANG MINYAK.


SERGEANT HASSAN (1958)
(Sumber: Njendra)

FAKTA___
* Filem pertama dan terakhir diarahkan pengarah Filipina, Lamberto V. Avellana.
* Satu-satunya filem P. Ramlee berlakun dalam filem bercorak peperangan.
* Filem pertama MFP mengeluarkan filem peperangan, kemudian disusuli "Mata Hari".
* Filem kedua P. Ramlee berperanan askar selepas "Sejoli".
* SERGEANT HASSAN bukan SARJAN HASSAN.


PENDEKAR BUJANG LAPOK (1959)
(Sumber: Chongie Chong)

FAKTA___
* Filem kedua gabungan lakunan P. Ramlee, Aziz Sattar dan S. Shamsuddin selepas "Bujang Lapok".
* Filem pertama dibintangi Rose Yatimah.
* Satu-satunya filem gabungan P. Ramlee dan Rose Yatimah di MFP.
* Filem kedua arahan P. Ramlee memenangi anugerah.
* Memenangi Anugerah Filem Komedi Terbaik di FFAP6 di Kuala Lumpur pada 1959.


"MUSANG" BERJANGGUT (1959)
(Sumber: Sha3818)

FAKTA___
* Filem ketiga P. Ramlee berheroinekan Sa'adiah dalam filem arahannya selepas"Penarek Becha" dan "Semerah Padi".
* Cerita dongeng bangsawan pertama di bawah arahan P. Ramlee.
* Filem kedua Momo selepas "Pebdekar Bujang Lapok".
* Filem pertama Raden Sudiro berlakun di bawah arahan P. Ramlee.
* "MUSANG" BERJANGGUT bukan MUSANG BERJANGGUT.


NUJUM PA' BLALANG (1959)
(Sumber: Bond Sawi)

FAKTA___
* Filem pertama P. Ramlee beroinekan Hashimah Yon.
* Filem ketiga Hashimah Yon di bawahan arahan P. Ramlee selepas "Penarek Becha" dan "Panca Delima"
* Inilah cerita dongeng bangsawan kedua diarahkan P. Ramlee selepas ""Musang" Berjanggut".
* Filem memenangi Anugerah Filem Komedi Terbaik di FFAP7, Tokyo pada 1960.
* NUJUM PA' BLALANG bukan NUJUM PAK BELALANG.


ANTARA DUA DARJAT (1960)
(Sumber: Sha3818)

FAKTA___
* Filem kedua cerita asalnya oleh Omar Rojik selepas "Semerah Padi".
* Filem pertama dibintangi Yusof Latiff yang diarahkan P. Ramlee.
* Filem keempat dan terakhir P. Ramlee berheroinekan Sa'adiah.
* Lagu popular "Getaran Jiwa" terdapat dalam filem ini.
* Turut menyertai FFAP di Tokyo pada 1963 tetapi gagal memenangi sebarang anugerah.


ALI BABA BUJANG LAPOK (1961)
(Sumber: Amir Afifuddin)

FAKTA___
* Siri ketiga Bujang Lapok yang melibatkan P. Ramlee, Aziz Sattar dan S. Shamsuddin diarahkan P. Ramlee.
* Filem pertama dibintangi Sarimah baik di bawah arahan P. Ramlee mahu pun MFP.
* Aziz Sattar sebagai hero dan P. Ramlee sebagai crook. Ertinya P. Ramlee sebagai pelakun pembantu.
* Filem kedua dipadankan dari cerita filem "Ali Baba and Forty Thieves". Pertama "Nasib" yang diarahkan B.S. Rajhans.


SENIMAN BUJANG LAPOK (1961)
(Sumber: Sha3818)

FAKTA___
* Filem pertama P. Ramlee mengambil Saloma berlakun dalam filem arahannya terus sebagai heroine.
* Filem keempat dan terakhir mengisahkan kehidupan Bujang Lapok yang diperanankan P. Ramlee, Aziz Sattar dan S. Shamsuddin.
* Filem pertama P. Ramlee mengambil Ahmad Mahmud dalam filem arahannya, sebagai Doktor.
* Turut menyertai FFAP9 di Seoul pada 1963 tetapi gagal memenangi sebarang anugerah.


IBU MERTUA KU (1962)
(Sumber: Sha3818)

FAKTA___
* Filem ketiga Zaiton berlakun di bawah arahan P. Ramlee selepas "Bujang Lapok" dan "Ali Baba Bujang Lapok".
* Lagu popular "Jangan Tinggal Daku" terdapat dalam filem ini.
* Filem kedua Ahmad Mahmud berlakun dalam filem arahan P. Ramlee selepas "Seniman Bujang Lapok".
* Memenangi dua anugerah di FFAP10, Tokyo pada 1963;
1. Bakat Serba Boleh (P. Ramlee).
2. Fotografi Hitam & Putih Terbaik (A. Bakar Ali).
* IBU MERTUA KU bukan IBU MERTUAKU


LABU DAN LABI (1962)
(Sumber: Sha3818)

FAKTA___
* Filem pertama P. Ramlee berpasangan dan berlawak dengan M. Zain.
* Filem pertama P. Ramlee berheroinekan Mariani.
* Filem kedua P. Ramlee berlakun adik dengan beradik sebagai heroinenya selepas Mariam dan Sa'adiah.
* Satu-satu filem Pancha Sitara turut serta dalam filem arahan P. Ramlee dengan menyanyikan lagu "Bila Larut Malam".
* LABU DAN LABI bukan LABU LABI.


NASIB SI LABU DAN LABI (1963)
(Sumber: Sha3818)

FAKTA___
* Filem kedua dan terakhir siri Labu Dan Labi diarahkan P. Ramlee, dan berpasangan dengan M. Zain.
* Filem pertama P. Ramlee menggunakan a.m.n. dihujung namanya.
* Filem pertama dan terakhir Murni Serawak berlakun di bawah arahan P. Ramlee.
* NASIB SI LABU LABI bukan NASIB LABU LABI


MADU TIGA (1964)
(Sumber: Sha3818)

FAKTA___
* Filem pertama dan terakhir dilakunkan Zera Agos dan Jah Mahadi yang diarahkan P. Ramlee.
* Filem terakhir filem P. Ramlee memenangi anugerah di FFAP.
* Memenangi anugerah Filem Komedi Terbaik di FFAP11 di Taipei pada 1964.


3 ABDUL (1964)
(Sumber: Amir Afifuddin)

FAKTA___
* Filem terakhir lakunan dan arahan P. Ramlee di MFP.
* Filem pertama arahan P. Ramlee menggunakan angka (3).
* Kali terakhir P. Ramlee berheroinekan Sarimah di MFP
* Filem ke44 P. Ramlee berlakun dan ke-17 P. Ramlee mengarah di MFP.
* Filem terakhir Haji Mahadi berlakun di bawah arahan P. Ramlee.
* Selepas filem ini P. Ramlee berpindak ke Merdeka Studio dan mengarahkan filem pertamanya "Si Tora Harimau Jadian".








MASAM2 MANIS (1965)
(Sumber: Sha3818)

FAKTA___
* Filem ketiga arahan P. Ramlee di Merdeka Studio.
* Filem keempat P. Ramlee berlakun di Merdeka Studio.
* Filem pertama lakunan Sharifah Hanim.
* Filem pertama dan terakhir Sharifah Hanim berlakun dalam filem arahan P. Ramlee.
* MASAM2 MANIS bukan MASAM-MASAM MANIS.


SABARUDIN TUKANG KASUT (1966)
(Sumber: Sha3818)

FAKTA___
* Kali pertama filem bercorak komedi 1001 malam diarahkan P. Ramlee di Merdeka Studio.
* Satu-satunya filem Jamal Kerdil yang diarahkan P. Ramlee.
* Filem pertama Ibrahim Din berlakun dalam filem arahan P. Ramlee.
* Kali kedua P. Ramlee berheroinekan Saloma selepas "Seniman Bujang Lapok".


DO RE MI (1966)
(Sumber: Sha3818)

FAKTA___
* Filem pertama siri Do Re Mi.
* Kali pertama P. Ramlee, A.R. Tompel dan Ibrahim Din bergabung membintangi filem arahan P. Ramlee.
* Filem pertama Wan Chik Daud berlakun dalam filem arahan P. Ramlee.
* Filem kedua Ibrahim Din berlakun dalam filem arahan P. Ramlee.
* Filem pertama gabungan P. Ramlee dan A.R. Tompel selepas "Aloha".


NASIB DO RE MI (1966)
(Sumber: Sha3818)

FAKTA__
* Siri kedua filem Do Re Mi selepas "Do Re Mi".
* Satu-satunya filem Ghazali Sumantri dan Mahyon Ismail berlakun dalam filem arahan P. Ramlee.
* Wan Chik Daud turut membintangi filem ini sebagai jururawat, Milah jadi Milo.


KELUARGA 69 (1967)
(Sumber: Sha3818)

FAKTA___
* Filem pertama dan terakhir Julie Faridah.
* Filem pertama dan terakhir Siput Serawak berlakun di bawah arahan P. Ramlee.
* Filem kedua P. Ramlee berheroinekan Siput Serawak.
* Gabungan semula P. Ramlee, Siput Serawak dan A.R. Tompel selepas "Rachun Dunia".
* Filem pertama dan terakhir Salleh Ghani berlakun dalam filem arahan P. Ramlee.
* Filem kedua P. Ramlee menggunakan angka (69) sebagai tajuk filem selepas "3 Abdul".


ANAK BAPAK (1968)
(Sumber: Sha3818)

FAKTA___
* Dipadankan dari cerita filem "Perkahwinan Rahsia".
* Filem kedua Rose Yatimah berherokan P. Ramlee.
* Satu-satu filem Rose Yatimah di Merdeka Studio.
* Filem pertama Rusminah Sidek.


AHMAD ALBAB (1968)
(Sumber: Sha3818)

FAKTA___
* Satu-satunya filem Melayu yang dialognya dibuar orang Arab pelat Melayu, bak kata Saloma dalam filem ini, "tok tok".
* Filem pertama P. Ramlee mengambil adik iparnya, Mimiloma, berlakun dalam filem arahannya sebagai Suhara.
* Pertama kali filem Melayu menggunakan lakunan tiga adik beradik, Saloma, Mariani dan Mimiloma, dalam sebuah filem.


KANCHAN TIRANA (1968)
(Sumber: Filmklasik Melayu)

FAKTA___
* Filem pertama Jins Shamsudin dan Sarimah berlakun di bawah arahan P. Ramlee di Merdeka Studio.
* Filem pertama dibintangi Norlia Ramli.
* Filem kedua P. Ramlee mengarahkan bercorak drama purba selepas "Damaq".
* Selepas pratonton, P. Ramlee cukup puashati dengan hasil kerjanya sebagai pengarah tetapi terkilan kerana tidak dibuat dalam color.


6 JAHANAM (1969)
(Sumber: Sha3818)

FAKTA___
* Filem kedua Yusof Latiff berlakun bersama P. Ramlee dalam filem arahan P. Ramlee selepas "Antara Dua Darjat".
*Satu-satunya filem Yusof Latiff di Merdeka Studio.
* Filem pertama P. Ramlee berheroinekan Nor Azizah.
* Filem pertama dan terakhir Nor Azizah berlakun bersama Yusof Latiff.
* Filem ketiga P. Ramlee menggunakan angka (6) sebagai tajuk filem selepas "3 Abdul" dan "Keluarga 69".
* 6 JAHANAM bukan ENAM JAHANAM.


DI BELAKANG TABIR (1970)
(Sumber: Sha3818)

FAKTA___
* Filem kedua dan terakhir P. Ramlee berlakun di bawah arahan Jins Shamsudin sesudah "Bukan Salah Ibu Mengandong".
* Filem pertama dan terakhir lakunan Monica Jones.
* Filem kedua dan terakhir Jins Shamsudin mengarah filem di Merdeka Studio.
* Filem kedua P. Ramlee sebagai pegawai polis selepas "Anjoran Nasib".
* Jins Shamsudin dan Nor Azizah memegang dua peranan dalam filem ini.


DR. RUSHDI (1970)
(Sumber: LimaJiwas)

FAKTA___
* Filem ketiga P. Ramlee mengambil cerita asal Omar Rojik selepas "Semerah Padi" dan "Antara Dua Darjat".
* Filem pertama P. Ramlee mengambil Ismail Mahmud berperanan pelakun penting sebagai Rozaiman.
* Filem pertama dan terakhir P. Ramlee menggarahkan filem bercorak kriminal (jenayah) yang menyerupai filem-filem Alfred Hitchcock.
* Filem kedua P. Ramlee berheroinekan Sarimah di Merdeka Studio sesudah "Kanchan Tirana".
* Filem terakhir Sofia Ibrahim di Merdeka Studio, dan filem kedua berlakun di bawah arahan P. Ramlee selepas "Minta Nombor Ekor".
* DR. RUSHDI bukan DR. RUSDI.


LAXMANA DO RE MI (1973)
(Sumber: MeeMeeRock7)

FAKTA___
* Filem terakhir arahan dan lakunan P. Ramlee.
* Filem terakhir gabungan P. Ramlee, A.R. Tompel dan Ibrahim Din.
* Filem pertama dan terakhir Dayang Sulu berlakun di bawah arahan P. Ramlee.
* Mula ditayangkan di Singapura pada 12 Mei 1973.
* LAXMANA DO RE MI bukan LAKSAMANA DO RE MI.






# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu


AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

JEJAK TERBILANG
terbilangkah kalau banyak fakta yang salah?

ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar

CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff

PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan

SEKSI SELEBRITI MALAYSIA DULU-DULU
dedah ke tak dedah ke seksi tetap seksi

SELAMAT PENGANTIN BARU
jodoh dan perpisahan kuasa tuhan




KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.




6 comments:

  1. Salam Pak Mus..

    Sebagai salah seorang peminat tegar Allahyarham, saya berbangga berkongsi tarikh lahir dgn beliau (22 Mac).. cuma ada beberapa fakta berkenaan dgn filem-filem beliau yang dinyatakan di atas memerlukan pencerahan..

    1) Do Re Mi- Filem pertama gabungan P. Ramlee dan A.R. Tompel selepas "Aloha". -bukankah A.R. Tompel pernah berlakon bersama-sama P. Ramlee di dalam filem 'Nilam', 'Rachun Dunia' dan 'Takdir Illahi'?

    2) 6 Jahanam- Filem kedua Yusof Latiff berlakun bersama P. Ramlee selepas "Antara Dua Darjat". -bukankah Yusof Latiff pernah berlakon bersama P. Ramlee di dalam filem 'Panggilan Pulau'?

    Wassalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sdra zaharudeen.
      1. memang sebelumnya p. ramlee dan a.r. tompel ada berlakun bersama dalam "nilam", "rachun dunia" dan "takdir illahi".
      maksud disini, gabungan lakunan p. ramlee dan a.r. tompel selepas "aloha" bukan sebelum "aloha".
      2. tersalah tulis, maksud disini, berlakun di bawah arahan p. ramlee bukan bersama p. ramlee.
      (sudah dibuat pembetulan).
      kalau bersama p. ramlee, yusof latiff berlakun empat filem - "panggilan pulau", "hang tuah", "antara dua darjat" dan "6 jahanam".
      terima kasih sdra zaharudeen kerana membuat teguran.

      Delete
  2. Bak kata Hamka, "jangan ditangisi barang yang hilang, tetapi syukurilah apa yang masih ada. Kelak jika yang masih ada itu hilang, ditangisi pula."

    ReplyDelete
  3. saya baru sahaja bertemu dengan blog ini..sebelum ini saya hanya menonton beberapa filem klasik yang saya suka sahaja...filem2 sebelum filem penarek becha saya kurang minat...tapi setelah banyak info saya baca di sini, saya semakin menyukai setiap filem yang ada tak kira siapa pun pelakonnya.. kini, saya setiap hari tertunggu2 tayangan filem klasik di astro prima setiap hari pada pukul 12 tgh hari, sambil menyemak fakta di sebalik filem tersebut di blog ini...

    terima kasih tuan atas usaha dan bakti yang dicurahkan kepada kami generasi baru. Ramai antara mereka yang hidup dan meninggal dunia sebelum kami dilahirkan di dunia ini. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka semua.

    Saya tak sabar menunggu buku tuan '50 tahun Sinema Malaysia' ...semoga tuan terus gigih menulis untuk kami generasi kini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ina_aza kerana
      memberi komen yang melonjak semangat.
      buku "50 tahun sinema malaysia"
      still dalam proses.
      ternyata, terlalu ramai
      yang menanti kelahirannya.

      Delete
  4. Bagus sekali usaha En. Mustaffar ni. Satu pendekatan baru yg bernas, mampu menarik minat generasi baru. Lepas ini harap boleh juga kumpulkan koleksi youtube bersama faktanya sekali seniman & seniwati yg lain spt Ahmad Mahmud, Nordin Ahmad, Saadiah, Zaiton dsbnya. Juga seniwati/seniman yang tak pernah atau jarang berlakun dgn P. Ramlee macam Salmah Ahmad, Latifah Omar,Maria Menado, Mat Sentol, S Roomai Noor,Mustapha Maarof dsbnya.

    Tebuan.

    ReplyDelete