"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Monday, December 2, 2013


BELAJAR MENGURUS DARIPADA P. RAMLEE

Teks: A.Kadir Jasin
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



P.RAMLEE

NAJIB RAZAK

KHALID IBRAHIM

ANWAR IBRAHIM

DAIM ZAINUDDIN

ISMAIL ALI

AKHBAR The Sun melaporkan:
Pada 1 Julai lalu, rizab kewangan kerajaan Selangor berjumlah RM1.8 bilion.

A.KADIR JASIN PUN MENULIS:

SEANDAINYA P.Ramlee masih hidup, saya yakin kita boleh nobatkan beliau sebagai 'management guru' Tanah Melayu.

Beliau sangat peka mengenai P & L (akaun untung rugi) dan konsep 'reward & punishment' (anugerah dan hukuman). Malah beliau adalah seorang pemikir dan pengkritik masyarakat yang sangat tajam.

Dalam filem “Ali Baba Bujang Lapok” (1960), penyamun yang membawa balik banyak rampasan di beri bonus. Yang membawa balik sedikit rampasan atas alasan cuti umum di kenakan potongan gaji. Setiap barang yang di samun di simpan di dalam gua dan di hitung.

P.Ramlee amalkan sistem 'reward and punishment'


(Sumber: Filem Klasik)

(Sumber: Amir Afifuddin)

Kalau di takdirkan P.Ramlee menjadi Perdana Menteri atau Menteri Kewangan atau kedua-duanya sekali, rasa-rasanya belanjawan negara lebih mantap, seimbang (balanced) dan kakitangan awam di berikan ganjaran mengikut produktiviti bukan mengikut musim pilihanraya.

Bertitik-tolak daripada logik P.Ramlee itu maka ahli Dewan Undangan Selangor, termasuklah dari pembangkang Barisan Nasional berhak menerima 'bonus' dalam bentuk kenaikan gaji, elaun dan kemudahan. Cuma yang menjadi pertikaian adalah nisbah kenaikan.

Hatta Anwar Ibrahim, boss Abdul Khalid Ibrahim pun berasa kuantum yang Abdul Khalid cadangkan itu terlalu tinggi.

Sejak menjadi Menteri Besar Selangor pada 2008, Abdul Khalid telah membina dan menambah rizab kewangan kerajaan Selangor.

Baru-baru ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan gaji bagi semua 56 ADUN bermula tahun depan, dengan Timbalan Speaker mendapat kuantum kenaikan tertinggi, iaitu 373.3 peratus.

Gaji MB naik daripada RM14,175.15 sebulan kepada RM29,250, Exco daripada RM6,109.29 kepada RM20,250, Speaker daripada RM6,109.29 kepada RM22,500, Timbalan Speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 dan ADUN biasa daripada RM6,000 kepada RM11,250. Ada 44 ADUN PR dan 12 BN dalam DUN Selangor.

Berpandukan kepada kebijaksanaan yang sama oleh P.Ramlee maka Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Mohd. Najib Abdul Razak wajib di kenakan potongan gaji kerana sejak beliau mengambil alih pemerintahan negara pada 2009, kewangan kerajaan pusat semakin buruk.

Walaupun gaji beliau nampak kecil tetapi beliau menikmati pelbagai elaun, kemudahan dan keistimewaan.

Kita boleh memahami mengapa ahli Exco dan ADUN Selangor boleh di berikan kenaikan gaji, elaun dan kemudahan yang besar.

Pertama, Selangor sebagai sebuah negeri kaya dan kukuh kedudukan kewangan mampu berbuat demikian.

Kedua, kalau dua negeri BN yang miskin (Sarawak dan Kedah) boleh buat, mengapa tidak negeri PR yang kaya.

Tetapi alasan ketiga ini rasanya lebih tepat. Abdul Khalid sebagai 'lulusan' sekolah politik dan pentadbiran UMNOo/BN, tahu punca kelemahan pengurusan kewangan Kerajaan UMNO/BN. Beliau belajar daripada pengalaman itu dan melakukan sebaliknya bagi memperbaiki kedudukan kewangan Selangor.

Bagaimanapun, Abdul Khalid nampaknya masih terbawa-bawa dengan kemewahan yang di nikmatinya ketika dalam UMNO dengan memberikan kenaikan gaji yang di anggap melampau oleh banyak pihak.

Dalam banyak hal, Abdul Khalid masih UMNO. Cuma dalam UMNOo, beliau tidak begitu berjaya di arena politik. Beliau lebih berjaya sebagai ahli perniagaan kerana keakraban luar biasanya dengan Pengerusi PNB ketika itu, Allahyarham Ismail Mohd. Ali sehingga 'diserahkan' Kumpulan Guthrie dalam nyiru perak ('on a silver platter').

SELANGOR BERHAK, PUSAT TIDAK

Walaupun media arus perdana dan blogger pro-pemerintah serta beberapa kerat pembesar BN mengkritik tindakan kerajaan Selangor itu, saya rasa dalam hati berlainan.

Kalau boleh, negeri-negeri BN dan kerajaan pusat pun hendak melaksanakan kenaikan gaji, elaun dan kemudahan.

Cuma kerajaan pusat tidak mempunyai kemampuan kewangan dan banyak negeri BN mengalami defisit belanjawan yang kronik.

Itu pun belum tahu. Mereka boleh mencipta pelbagai alasan untuk menaikkan gaji. Wakil rakyat pembangkang yang dapat tumpang sekaki pun tentu tidak memprotes.

Cuma yang mereka mungkin tidak berani sebut sebagai alasan adalah inflasi dan kenaikan harga sebab selama ini mereka menafikan, kadar inflasi dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan sangat membebankan rakyat jelata.

Cadangan saya kepada Perdana Menteri dan para politikus yang sentiasa melaungkan slogan rakyat di dahulukan dan pencapaian di utamakan supaya 'walk the talk'. Kotakan kata-kata anda.

Caranya mudah saja. Dahulukan rakyat dalam perbelanjaan negara. Jangan suruh rakyat jimat duit sendiri tetapi mereka boros duit negara. Utamakan pencapaian dengan mengurangkan pemborosan, pembaziran dan bermewah-mewah. Kukuhkan kewangan kerajaan dan tambah rizab negara.

Lakukan semua itu dahulu sebelum rakyat jelata dan pembayar cukai di tuduh tidak patriotik dan sebelum mereka di pujuk dan di rayu agar menerima GST sebagai /penawar' kewangan negara.

LAKUKAN TRANSFORMASI ATAU BERHENTI

Seperti P.Ramlee (selaku ketua penyamun dalam filem "Ali Baba Bujang Lapok") memotong gaji penyamun yang tidak 'perform', saya cadangkan supaya gaji anggota Kabinet di potong.

Ketika negara di landa krisis ekonomi pertama pada pertengahan 1980-an, gaji ahli Kabinet, pegawai kanan pentadbiran awam dan pengurusan atasan GLC di potong.

Hatta sektor swasta pun turut mengurangkan gaji pengurusan kanan mereka dan membantu mengurangkan beban negara dengan mewujudkan skim graduan menganggur.

Bezanya pada waktu itu yang jadi Menteri Kewangan adalah Daim Zainuddin yang di tuduh kedekut oleh banyak pihak. Dia kedekut sebab itu bukan duit dia. Tetapi selepas itu, buruk atau baik prestasi kewangan dan ekonomi negara, gaji tidak di potong malah terus naik.

Kesimpulannya, gaji, elaun dan kemudahan anggota Kabinet dan Exco negeri, ahli Parlimen dan DUN boleh di naikkan jikalau ada kenaikan produktiviti serta kemampuan kewangan. Cuma kuantumnya hendaklah berpatutan.

Mana-mana menteri dan ahli Exco yang tidak perform, malas, tidak boleh bangun pagi atau asyik hendak berkepit dengan bini, silalah lakukan transformasi atau berhenti!


ULASAN FK (MUSTAFAR A.R.)___

ARTIKEL A. Kadir Jasin ini di muatkan di sini kerana terlibatnya P.Ramlee dan filemnya "Ali Baba Bujang Lapok".

Betullah kata H.M.Shah, filem-filem P.Ramlee tetap laku walaupun 100 tahun atau mungkin, selagi nadi filem Malaysia masih berdenyut.

Terlalu banyak kiasan dan sindiran terpahat dalam filem komedi berdasarkan kisah "1001 Malam" itu, dan ada di antaranya di sentuh oleh A.Kadir Jasin dalam tulisannya.

Salah satu contoh, asyik hendak berkepit dengan bini.

Bukan saja filem tersebut di penuhi sindiran, tetapi juga "Musang Berjanggut", "Nujum Pa' Blalang", "3 Abdul" dan "Sabarudin Tukang Kasut".

Wawasan P.Ramlee lebih unggul berbanding Wawasan 2020 Mahathir Mohammad, yang entahkan jadi, entahkan tidak.

DAPAT MERAMAL

P.Ramlee (sindiran), seperti juga Nostradamus (fakta), dapat meramal (melihat) apa akan terjadi masa depan Malaysia. Realitinya sudah banyak, ramai pun sudah tahu.

Bak kata Doris Day dalam lagunya, "Que Sera Sera", apa akan terjadi tetap terjadi. Kiasan P.Ramlee (dengan izin Allah) sudah terjadi, akan terjadi dan tetap terjadi.

Pemikiran (boleh di anggap) tahap super A.Kadir Jasin ini, di siarkan sepenuhnya tanpa edit, kalau ada pun terlalu sikit, berkaitan ejaan. Bukan salah, tetapi lebih menjurus cara dan style FK.

Di cadangkan, ada baiknya tonton dulu filem "Ali Baba Bujang Lapok", baru baca tulisan A.Kadir Jasin.

Kemudian, congak dan nilai.








ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


NOSTALGIA FILEM MELAYU KLASIK
maklumatnya tepat atau mengelirukan

P. RAMLEE
and the golden era of malay cinema

ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar

CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff

LONG HOUSE (1957)
kalau pun ada, kita tidak dapat menontonnya


PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan

SERUAN MERDEKA (1947)
keganasan dan kekejaman jepun ditentang





KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.





7 comments:

  1. Salam Dato',

    1. Saya peminat Khalid Ibrahim MB Selangor dan juga peminat P.Ramlee.Bezanya P.Ramli boleh menjadi nujum dan pendekar dengan berbagai watak.Khalid walaupun sikit gagap is a no nonsense man wben come to financial management saya kira.

    2. Saya kagum dengan pencapaian beliau ketika menerajui PNB.Alhamdulillah, kami suami isteri berjaya menabung dalam ASB dan hampir sikit lagi mencecah satu juta tiap saorang ketika diawal umur 50han.ASB dan 'The power of compounding' yang pernah saya syorkan dengan formula RULE 72 disini dulu.Terima kasih TS Khalid ketika diamanahkan PNB.

    3. Ramai sebenarnya yang bijak bijak dalam UMNO hasil perjuangan UMNO dari dulu lagi mempertabatkan ekonomi orang Melayu yang dulunya rata rata dari kampong saperti saya dan TS Khalid dari Jeram.Bila diberi PELUANG mereka berjaya.Saya tidak bermasaalah dengan kenaikan gaji ahli ahli DUN kerana cabaran sekarang tidak sama lagi saperti dulu sedangkan tugas ahli DUN ini amatlah berat dan mereka diperhatikan rakyat performance mereka.

    4. Mereka mereka semuanya ini punyai DNA kualiti baik parti UMNO.Kerana kuasa ,wang dan terasa terasing mereka berhijrah kemerata parti .Tak percaya tanya Mat Taib Tyson, Zaid Ibrahim dan ramai lagi.Bezanya TS Khalid adalah orang korporat (bukan keparat) dan bukan politician sejati.Kadang kadang kita dapat lihat 'he is at odd 'dengan pakar politik ketua beliau Anwar dan Azmin.Khalid has his own mind and think differently from those politicians.I have said this , replace Khalid with Azmin Ali as MB Selangor will fall into BN hand next election. Who doesn't want the richest state. So becareful PR.

    Walaubagaimana pun PKR juga kini dilihat mula rapuh dan berpecah.PR berjaya di Selangor disebabkan ' leadership' kualiti calon BN yang kurang baik di samping terutama pula dengan 'Tsunami Cina' yang mendadak mahu pertukaran kerajaan negeri dan pusat kerana kelemahan dalaman parti moderat MCA sendiri.Adakah 'Tsunami Cina' ini akan berterusan lagi di PRU 14 walaupun banyak yang telah UMNO /BN berkompromi demi menjaga perpaduan kaum dan kestabilan akan kita lihat nanti.Tidak semua harus kita politikan Dato kan.

    Saya lebih berminat dengan bsnyak lagu lagu P.Ramlee kerana ini yang pernah kami dengar waktu kecil dulu kerana ibu dan ayah kami meminatinya juga.

    Ya, Di manakah kan ku cari ganti.....

    Terima kasih Dato'.

    - Kampong Man,

    ReplyDelete
  2. Salam takzim, DAKJ,

    Belajar dari Allahyarham P Ramlee ?

    Siapa yang nak belajar ?

    PM dan Menteri-menteri ?

    Mana mereka mahu, P. Ramlee tak ada ijazah apa pun. Tapi mereka semua ada IJAZAH dan setengahnya pula ada MASTER atau PHD.

    MALULAH MEREKA BELAJAR DARI ORANG TAK ADA APA-APA NAMA PUN. Menteri menteri itu akan hilang title MENTERI BESAR KEPALA, bila melajar atau meniru dari P. Ramlee.

    Mereka hanya terima kenyataan fizikal. Mereka tak terima kenyataan yang berbentuk TEORI insaniah atau sebagainya.

    Mereka juga tak menerima pandangan yang berupa sindiran.

    Sedangkan P. RAMLEE banyak menggunakan SINDARAN yang amat tajam (ikuti cerita-cerita arahan P Ramlee)

    Kalau nak tahu lebih lagi tanya Haji Husin Lempoyang (The Antic of Husin Lempoyang).

    - Jebat.

    ReplyDelete
  3. ini jugak termasuk dlm pengurusan ekonomi - salamualaikum dato; amanah saham bumiputera (asb) -straight to the point - nilai pelaburan rm10,000 pada tahun 1990 (macam2 boleh dapat) lebih besar dari sekarang. kadar dividen pula merudum dari 2 angka ke 1 angka. asb ialah 'equity fund' (berisiko) yg tertakluk kpd naik turun harga tapi ini pelaburan jangka masa panjang. tidak boleh dibandingkan dgn institusi perbankan (konvensional & islamic) dimana perniagaan teras ialah pinjam meminjam duit. peminjam dikenakan kadar 8/9% dan bila ditolak dividen yg dibayar pada pendeposit, kos pengurusan & cukai/lain2, untung bersih sekitar 1.5/2%. pnb bukan dlm perniagaan ini. kita boleh perhati perniagaan spt kedai runcit, gerai2 & lain2 (perniagaan orang kampong & tak payah tengok yg besar2) berapa modal & jualan pada 90an dibandingkan dgn sekarang. peratus keuntungan mungkin sama, tapi 'absolute amount' pasti meningkat. sekiranya sebatang pokok durian ditanam 30 thn dulu, pastinya ia akan menghasilkan "anak cucu". apakah gaji (tidak termasuk increment & bonus) kakitangan pnb sekarang sama dgn 90an? sudah tentu ia meningkat & dari mana duit itu datang? berapa asset pnb thn 90 & berapa pulak sekarang? legitimate question is: seandainya p. ramlee masih hidup, what's the real value of a unit of asb? 8 kupang? rm2.50? rm4.00?

    - kampong lad.

    ReplyDelete
  4. Sekali-sekala beralih ke politik, baik juga.
    Perbanyakkan lagi, Encik Mustafar.
    Jangan abaikan tujuan asal FKM, sudahlah.

    -. Samad Saad (via e-mail), Frasers Hill, Pahang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagaimana yang di diberitahu, penampilan artikel A. Kadir Jasin di sini kerana ia melibatkan P.Ramlee dan filem "Ali Baba Bujang Lapok". Jika dua elemen ini tidak ada, saya pun tidak berminat..

      Delete
  5. Nampaknya, layout artikel ini lebih menarik
    jika dibandingkan apa yang terdapat
    di blog A Scribe A. Kadir Jasin sendiri.
    Siap dengan adanya gambar dan YouTube.
    Syabas, Sdr. Mustafar.

    - Husaini Hasnol (via e-mail), Taiping, Perak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah cara dan style FKM.
      Kelesaan pembaca membaca, di utamakan.
      Terima kasih, Husaini.

      Delete