"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Thursday, February 26, 2015


TUESDAY WELD (27 AUGUST 1943)

Oleh: MUSTAFAR A.R.
Foto: Daripada Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop









Nama asal: SUSAN KER WELD
Tarikh lahir: 27 Ogos 1943 (umur 71 tahun)
Tempat lahir: New York City, New York, Amerika Syarikat
Bintang: Virgo
Pekerjaan: Aktres & Model
Tahun aktif: 1955–2001
Suami:
Pinchas Zukerman (18 Oktober 1985 – 13 Disember 1998)
Dudley Moore (20 September 1975 – 18 Julai 1980)
Claude Harz (23 Oktober 1965 – 18 Februari 1971)
Anak:
Natasha Harz (lahir 26 Ogos 1966)
Patrick Moore (lahir 26 Februari 1976)




TARIKH LAHIR TUESDAY WELD DAN MUSTAFAR A.R. SAMA
- 27 August 1943

ADA sebab mengapa saya menyukai Tuesday Weld, walaupun saya tidak pernah menemuinya sesaat pun. Setiap tahun, setiap 27 August, adalah hari ulangtahun kelahiran saya, saya dilahirkan pada 27 August 1943, Bintang Virgo.

Dikala saya terkeluar dari perut ibu saya (di Kalumpang, Hulu Selangor, Selangor), nun... jauh disana (New York City, New York) lahir bayi perempuan, kemudian popular sebagai bintang filem dan model - Tuesday Weld.

Saya pernah berada 4 hari 3 malam di New York City pada tahun 1988, namun saya tidak fikir Tuesday Weld pernah berada di Kuala Lumpur apatah lagi di pekan kecil yang sunyi sepi dan dirumah yang usang tidak jauh dari kubur, Kalumpang.

Entah mengapa setiap kali saya bersua 27 August, setiap kali itulah saya teringatkan Tuesday Weld, sedangkan saya tidak pernah bertemu dengannya.

Kenapa, ya?

MENEPATI SAMA TARIKH

Kini, usia Tuesday Weld dan saya sudah menjangkau, pada 27 Februari 2015 ini, genap 71 tahun 6 bulan, dan saya merasakan sudah terlalu lama hidup dialam dunia yang fana' ini.

Hanya menunggu masa saja untuk ke alam baqa', dan antara kami berdua, siapakah agaknya yang pergi dulu.

Sebegitu ramai film stars (bintang filem) yang ada di Hollywood dan juga Eropah termasuk Britain (aktor dan aktres), setelah dibuat semakan, ternyata hanya Tuesday Weld seorang saja menepati sama tarikh lahirnya dengan saya.

Paling hampir dan paling rapat (lewat sehari), hanyalah David Soul, 28 August 1943. Dia terkenal berperanan sebagai Hutch berpasangan dengan Paul Michael Glesar dalam siri tv yang cukup popular, "Starsky And Hutch".

Tuesday Weld lahir pada 1:34 pagi 27 August 1943, waktu Amerika, manakala saya pada 4:00 pagi 27 August 1943, waktu Malaya, ketika itu.

# Satu pertanyaan, apakah artikel seperti ini ada dimana-mana dalam blog yang terawang-awang dialam maya? Kalau tidak ada, saya merupakan pemblog paling gembira dan bahagia, kerana mengwujudkan sesuatu yang baru.







DITINGGALKAN dalam keadaan kesempitan wang dengan kematian suaminya, ibu Tuesday Weld, telah menyuruhnya bekerja sebagai model kanak-kanak untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Sebagai pelakon muda Weld memberitahu Life pada 1971, "Keluarga bapa saya datang dari Tuxedo Park, dan mereka menawarkan untuk membawa kami, anak-anak dan membayar pendidikan kami, dengan syarat ibu jangan menemui kami lagi.

Ibu, anak yatim yang datang ke sini dari London, dia enggan untuk memberikan kami sehingga, sebagai Weld menjelaskan, "Jadi saya menyarai keluarga, dan saya terpaksa mengambil tempat ayah saya dalam banyak hal.

"Saya membuat semua yang pernah dilakukan dalam hidup Mama. Dia menjadi taksub dengan saya, mencurahkan cinta terpendam dia - cinta yang dikatakan beliau - pada saya, dan ia menjadi berat di atas bahu saya sehingga hari ini, Mama fikir saya berhutang segala-galanya kepada dia".

Menggunakan Resume Weld daripada pemodelan, ibunya mendapat ejen dan Tuesday (lanjutan nama samaran zaman kanak-kanak beliau, "Tu-Tu") dia memulakan lakonannya di televisyen pada usia 12 tahun.

Kemudian ditahun yang sama, dia mendapat peranan kecil dalam filem keluaran 1956 arahan Alfred Hitchcock bercorak drama jenayah, "The Wrong Man", yang turut dibintangi oleh Henry Fonda.

Kerana tekanan kerjayanya, menyebabkan Weld mengalami kerosakan saraf pada usia 9 tahun. Ketagihan arak semasa umurnya 12, dan pernah cuba membunuh diri pada tahun sama.

Pada tahun 1956, Weld mendapat peranan utama dalam filem bermulanya kemunculan rock and roll, "Rock Rock Rock!", yang memaparkan rekod penganjur Alan Freed dan penyanyi Chuck Berry, Frankie Lymon, dan Johnny Burnette.

Dalam filem itu, suara Connie Francis telah digunakan untuk vokal di bahagian nyanyian Weld. Pada tahun 1959, ketika berumur 16 tahun, dia diberi peranan Thalia Menninger dalam siri televisyen CBS "The Many Loves Of Dobie Gillis".

Walaupun Weld berlakon hanya semusim saja, namun dia telah memberikan publisiti besar, dan telah menerima anugerah bersama sebagai "Bintang Harapan" (Most Promising Newcomer) di Anugerah Golden Globe.

Hanya setahun kemudian, pada tahun 1960, Weld memegang peranan sebagai Joy, seorang pelajar universiti bersemangat kental dalam "High Time", bercorak komedi yang turut dibintangi Bing Crosby dan Fabian.

Pada 1961, selepas membintangi bersama Elvis Presley dalam "Wild Is The Country", kedua-duanya menjalinkan cinta diluar skrin. Dan di Hollywood, reputasinya dengan perbuatan yang dianggap keterlaluan itu merupakan makanan untuk majalah dan kolumnis gosip yang sudah tentu menyukainya.

Ibu Weld merasa malu dengan perbuatan anak remajanya itu, yang mempunyai skandal dengan aktor yang lebih tua darinya, tetapi Weld menentang dan berkata, "Jika ibu tidak meninggalkan saya dengan cara saya, saya akan berhenti menjadi pelakon". Ini bererti tidak ada wang untuk ibunya.

Semasa usianya 16 tahun, Weld sudah memiliki rumah sendiri. Pada tahun 1960 kerjayanya semakin sebuk apabila dia dipilih berlakon dalam "Return Of Peyton Place" yang merupakan sekuel "Peyton Place" yang dikeluarkan pada 1956.

Weld memegang peranan Selina Cross yang sebelumnya ("Peyton Place") dipegang oleh Hope Lange, yang menjadi mangsa rogol ayah kandungnya sendiri, diperanankan oleh Arthur Kennedy.

Hope Lange yang berperanan Selina Cross itu, turut berlakon disampingnya dan Elvis Presley dalam "Wild Is The Country".

RAMAI BINTANG HANDALAN

Sungguhpun dibintangi oleh ramai bintang handalan, Carol Lynley, Jeff Chandler, Eleanor Parker dan Mary Astor, namun ia kurang berjaya di box office tidak seperti versi asalnya, "Peyton Place", yang berdasarkan novel kontroversi karya Grace Metalious.

Pada 1963, Weld muncul berlakon bersama Jackie Gleason dan Steve McQueen dalam "Soldier In The Rain", prestasi lakonannya sangat baik, namun kejayaan filem tersebut sederhana saja.

Dalam kerjayanya sebagai bintang filem, Weld boleh dikatakan banyak menolak tuah. Ada beberapa filem, peranan yang ditolaknya itu meletup dan mencapai kejayaan box office yang dianggap hebat.

Sebagai Bonnie dalam "Bonnie And Clyde" (digantikan dengan Faye Dunaway); sebagai Rosemary dalam "Rosemary's Baby" (digantikan dengan Mia Farrow); sebagai Mattie dalam "True Grit" (digantikan dengan Kim Darby); dan "Lolita" (digantikan dengan Sue Lyon).

Pada 1965, Weld berlakon dibawah arahan Norman Jewison "Cincinnati Kid" disamping Steve McQueen, kemudian disusuli "Poison Pretty" (1968) bersama Anthony Perkins, "A Safe Place" (1971) disamping Jack Nicholson dan "I Walk The Line" (1971) bersama Gregory Peck.

Apabila berlakon sekali lagi bersama Anthony Perkins dalam "Play It As It Lays" (1973), Weld telah menerima pencalonan untuk aktres terbaik di Golden Globe.

Bagaimanapun, beliau tewas ditangan Liv Ullmann yang membintang "The Emigrants" dan diarahkan oleh Jan Troell.

Ketika usianya 30puluhan, Weld membintangi beberapa filem yang yang tidak mudah dilupakan - "Looking For Mr. Goodbar" (1977) yang membolehkannya dicalonkan untuk aktres pembantu terbaik di Oscar Academy Awards.

Begitu pun juga dia gagal apabila Venessa Redgrave menang kerana peranannya dalam "Julia" yang diarahkan oleh Fred Zinnemann.

Selepas itu, Weld membintangi "Who'll Stop The Rain" (1978) bersama Nick Nolte dan filem hebat arahan Micheal Mann "Thief" (1981) disamping James Caan.

Pada 1984, Weld muncul dalam filem epik arahan Sergio Leone "Once Upon A Time In America" termasuk melakukan adegan dirogol dengan kejam oleh Robert De Niro.

Weld juga membintangi beberapa filem untuk televisyen termasuk "Reflections Of Murder" (1974), dibuat semula cerita "Diabolique", dan "A Question of Guilt" (1978), dimana dia memain peranan sebagai ibu yang dituduh membunuh anak perempuannya.

Pada 1993, Weld berperanan sebagai isteri pegawai polis dalam "Falling Down" disamping Micheal Douglas yang diarahkan oleh Joel Schumacher.

Selepas itu, Weld terus membuat penampilan sekali sekala dalam filem dan televisyen.

Dalam pada itu, gambar-gambar Weld semasa remaja telah digunakan untuk muka depan (cover) 2 album Matthew Sweet "Girfriend" (1991) dan "Time Capsule: Best Of 90/00 (2000).

Penyanyi Donald Fagen menggambarkan seorang wanita berambut perang fiksyen sebagai mempunyai "sentuhan Tuesday Weld" dalam lagu "New Frontier," pada albumnya tahun 1982, "The Nightfly".

Kerana jatuh hatinya pada Weld, apabila Tiny Tim merakamkan lagu George M.Cohan "Then I'd Be Satisfied With Life" (pada tahun 1968 albumnya "God Bless Tiny Tim"), dia menukar "If Hetty Green Would Only My Wife" kepada "If Tuesday Weld Would Only Be My Wife".

# Itulah serba sedikit mengenai Tuesday Weld yang sama tarikh lahirnya dengan saya. Bagaimana pula serba sedikit mengenai saya? Tunggu... pada 27 August 2015 yang akan datang ini.







ROCK ROCK ROCK (1956)
(Sumber: Biscoot Hollywood Movies)


WILD IN THE COUNTRY (1960)
(Sumber: LadyMarylinRock)


RETURN TO PEYTON PLACE (1961)
(Sumber: MuirMaiden)


PRETTY POISON (1968)
(Sumber: Now Playing)

FILEMOGRAFI TUESDAY WELD___

1956 - Rock Rock Rock!
1958 - Rally 'Round the Flag, Boys!
1959 - The Five Pennies
1960 - Because They're Young
1960 - High Time Joy Elder
1960 - The Private Lives of Adam and Eve
1961 - Return to Peyton Place
1961 - Wild in the Country
1962 - Bachelor Flat
1963 - Soldier in the Rain
1965 - I'll Take Sweden
1965 - The Cincinnati Kid
1966 - Lord Love a Duck
1968 - Pretty Poison
1970 - I Walk the Line
1971 - A Safe Place
1972 - Play It As It Lays
Calon — Golden Globe Awards Aktres Utama Terbaik
1974 - Reflections of Murder
1977 - Looking for Mr. Goodbar
Calon — Oscar Academy Awards Aktres Pembantu Terbaik
1978 - Who'll Stop the Rain
1980 - Serial
1981 - Thief
1982 - Author! Author!
1984 - Once Upon a Time in America
Calon — BAFTA Awards Aktres Pembantu Terbaik
1986 - Circle of Violence
1988 - Heartbreak Hotel
1993 - Falling Down
1996 - Feeling Minnesota
2001 - Investigating Sex (Intimate Affair)
2001 - Chelsea Walls



Bersama Steve McQueen dalam "The Cincinnati Kid" (1965)

Bersama Gregory Peck dalam "I Walk The Line" (1970)

Bersama Richard Kiley dalam "Looking For Mr. Goodbar" (1977)






LOLITA (1962)

BONNIE AND CLYDE (1967)

ROSEMARY'S BABY (1968)

FAKTA___

* Tuesday Weld dicadangkan memegang peranan Lolita dalam filem "Lolita" pada 1962. Tapi peranannya itu diambilalih oleh Sue Lyon.

* Dipilih membawa peranan Bonnie untuk filem yang mencapai kejayaan box office, "Bonnie And Clayde". Peranannya itu digantikan oleh Faye Dunaway, heronya Warren Beatty.

* Merupakan pilihan pertama memegang peranan Rosemary dalam "Rosemary's Baby" oleh pengarah Roman Polanski. Bagaimanapun pihak studio lebih cenderong kepada Mia Farrow.

* Tahun 1971, Polanski juga mahukan dia membintangi "Macbeth". Sekali lagi gagal, apabila kengganannya berbogel dalam satu adegan bogel. Francesca Annis mengambil tempatnya.

* Menolak tawaran berlakon 3 filem yang meraih box office - "Bob & Carol & Ted" (1969), "True Grit" disamping John Wyane (1969) dan "Cactus Flower" (1969).

* Melahirkan anaknya yang pertama ketika berusia 23 tahun, Natasha Harz pada 26 Ogos 1966. Ayah anak tersebut suaminya yang pertama, Claude Harz.

* Melahirkan anak keduanya ketika berumur 32 tahun, Patrick H. Moore, pada 26 Februari 1976. Ayahnya, suaminya yang kedua, Dudley Moore.

* Lahir pada 1:34 pagi(EWT), 27 August 1943.

* Telah dipilih memainkan peranan Mrs. Lovett untuk versi filem musikal "Sweeney Todd: The Demon Barber Of Fleet Street", tapi apabila filem tersebut dibuat pada 2000, peranan itu diberikan kepada Helena Bonham Carter.

Menjual rumahnya di Manhattan, New York, dan rumah tepi pantai di Montauk. Sekarang tinggal di Colorado berhampiran Aspen.

* Merupakan sepupu kepada bekas Governor Massachussetts, William Weld, juga sepupu Anthony Perkins dan Dina Merrill.

* Tinggal di Aspen, dan telah menolak beberapa peranan selama 10 tahun. Dan agenya sering menghantarkan skrip, tetapi dia lebih selesa bersama anak dan cucunya.

* Pada tahun 1971, 8th. Street Playhouse di New York Greenwich Village telah menganjurkan Festival Filem Tuesday Weld.

* Dia dan pelakon "Wild In The Country", Hope Lange, keduanya berperanan karekter Selena Cross; dia dalam filem sekuelnya, "Return To Peyton Place", Lange pula filem originalnya, "Peyton Place" (1957).

* Mengenai Elvis Presley dia berkata, apabila dia masuk ke bilik semuanya terhenti. Elvis begitu tanpan tetapi tidak berbakat. Apa yang dia ada hanya wajahnya yang hansem dan kelakarnya yang mencuit hati.

* Mengenai Sue Lyon katanya, saya tidak menganggapnya sebagai aktres. Dia tidak begitu banyak menguasai fikiran saya. Sebenarnyta, saya pun tidak berapa kenal dengannya.

* Mengenai festival filemnya pada tahun 1971 dia memberitahu, sungguh menakjubkan. Satu penghormatan yang sepatutnya diberikan kepada Greta Garbo atau Humphery Bogart, bukan dia.

* Bayaran diterimanya untuk "Rock Rock Rock!" (1956) $400; "Rally 'Round The Flag, Boys!" (1958) $350 seminggu; "High Time" (1960) $25,000; dan "Wild In The Country" (1961) $50,000.


# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?






KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.







13 comments:

  1. Penantian yang agak lama. Sekurang-kurangnya terubat juga rasa "rindu" para peminat FK untuk menikmati artikel terbaharu daripada En. Mustafar. Tetapi jika diberi pilihan, mungkin ramai antara kami yang lebih menggemari & memilih artikel-artikel tentang dunia perfileman Melayu klasik daripada Hollywood ataupun British. Tetapi, bak kata pepatah, daripada cempedak baiklah nangka. Elok juga disiarkan artikel-artikel tentang dunia perfileman (klasik & masa kini) di barat, Indonesia, Bollywood & lain-lain untuk mencorakkan blog ini lebih berwarna-warni. Saya dapati dalam membandingkan tarikh lahir & lembaran usia En. Mustafar dengan Tuesday Weld, En. Mustafar telah menyelitkan sedikit perencah emosi yang agak sayu & menyentuh hati. Inilah kelebihan yang terdapat pada blog En. Mustafar yang amat unggul hingga tersemat di kalbu para pengikut blog FK.

    - NONAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nonama.
      Nampaknya Nonama merupakan pengikut setia FK.
      Sebenarnya, artikel Tuesday Weld ini sudah lama siap.
      Asalnya akan disiarkan pada 27 August 2013,
      sempena genapnya usia kami yang ke 70 tahun.
      Tetapi entah kenapa saya teragak-agak menyiarkannya.
      Takut dikatakan promosi diri sendiri berlebih-lebihan pula.
      Begitupun juga, isteri saya, Zaini, menyuruh disiarkan juga.
      Katanya, artikel begini tidak pernah dia baca dimana-mana.
      Tiada sesiapa buat artikel yang mengaitkan 2 tokoh negara,
      Amerika dan Malaysia - Tuesday dan Mustafar, katanya.
      Bukan blog saja, akhbar dan majalah pun tidak pernah ada.
      Saya suka buat sesuatu yang baru dan tidak pernah wujud.
      dua contoh terbaik;
      1. Buku "Filem-Filem P.Ramlee". Konsepnya tidak terdapat di Malaysia. Ia adalah yang pertama.
      2. Tribute... Bahyah Mahmood pun begitu. Konsepnya pertama kali dilaksanakan di Malaysia.
      Sesuatu yang petama kali itu, indah buat saya.

      Delete
    2. Betul juga apa yang disebut dalam kata-kata hikmah (quotable quote) Inggeris: "behind every successful man is a woman" (di belakang setiap lelaki yang berjaya itu terdapat seorang wanita). Dalam hal ini, lelaki yang dimaksudkan tentulah En. Mustafar manakala pendorongnya ialah Pn. Zaini Yusop. 'Kejayaan' En. Mustafar dapat dilihat menerusi usaha beliau dalam melanjut & memperpanjangkan kerjaya & pengalaman luas beliau yang tidak "mati" atau terhenti selepas En. Mustafar memasuki alam persaraan. Atas pengakuan En. Mustafar sendiri, tanpa semangat yang ditiupkan oleh Pn. Zaini, artikel "Tuesday Weld" ini pasti terbengkalai dek rasa segan & bersalah yang mencengkam jiwa En. Mustafar. Malah dengan adanya galakan & sokongan Pn. Zaini, maka blog ini tumbuh segar & menjadi produktif, dari satu rencana ke satu rencana yang mengandungi pelbagai rencah-ratus informasi, fakta, trivia & kritikan buat tatapan kita semua. Secara peribadi, Pn. Zaini adalah isteri & teman hidup, dan dari segi untuk berkarya, Pn. Zaini adalah tulang belakang & sayap kedua bagi En. Mustafar. Mungkin kita boleh 'mendengar' apa kata para pembaca yang lain untuk kita kongsi bersama.

      - NONAMA

      Delete
  2. Salam sejahtera Encik Mustafar A.R. Saya merasakan blog Encik Mustafar ini mempunyai kelainan yang sukar untuk saya rungkaikan. Cuma apa yang boleh saya katakan, menarik dan berinformatif. Tidak pernah saya menjumpai layout menyamai FK ini terutama menggunakan banyak gambar yang kebiasaannya relevan dengan story. Saya kini merupakan pengikut setia FK, dan seperti juga NoNama, menunggu sesuatu artikel kalau mengambil masa yang agak lama, merupakan penantian yang agak panjang. Ini kerana apa yang Encik Mustafar siarkan itu, sudah tentunya menarik dan seronok dibaca. Memang benar kata Puan Zaini, artikel seperti Tuesday Weld itu, tidak pernah saya baca dimana-mana sekali pun, baik Malaysia mahupun luar negara. Dan kini, saya pula tercari-cari, ada ke aktor atau aktres popular sama lahir dengan kelahiran saya, 19 Mei 1956. Sedih saya baca apabila Encik Mustafar lahir disebuah rumah usang tidak jauh dari kubur, namun saya begitu gembira kerana Encik Mustafar dapat juga menjejakkan kaki dinegara kelahiran Tuesday Weld, New York City, New York. Saya yang lahir dibandar (Kuala Lumpur) pun belum lagi dapat jejak kaki di Amerika. Saya sangat sukakan FK, dan diharap Encik Mustafar dan Puan Zaini sehat sentiasa supaya dapat meneruskan blog ini yang sangat sesuai dijadikan rujukan terutama mengenai filem-filem klasik - Datin Mariam (via e-mail), Shah Alam, Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat datang ke FK Datin Mariam. Terima kasih atas apa yang tersirat dan tersurat. Untuk pengetahuan Datin dan semua peminat FK. Cuma ada dua rumah usang saja dikawasan yang dipanggil "hulu" itu. Walaupun berhampiran dengan kubur, perasaan takut tidak pernah mengelubungi diri saya. Saya tidak pernah tersua apa-apa yang menakutkan ketika pulang dari mengaji koran dilarut malam dirumah Pak Haji Deraman yang agak jauh juga. Hantu-hantu yang dikatakan melibatkan kubur tidak pernah ada dalam fikiran saya. Anehnya, ada kalanya kadang-kadang, saya pulang berseorangan. Malah kini, saya merindui untuk kembali kezaman itu. Seronok dan ceria. Tapi apakan daya, bak kata lagu J.Mizan, "masa yang lalu takkan kembali lagi."

      Delete
    2. Setelah semakan dibuat, tidak ada aktor dan aktres popular yang menyamai tarikh lahir Datin Mariam, 19 Mei 1956. Namun apa yang ada lebih menarik lagi iaitu Steven Ford yang merupakan anak Presiden Amerika yang ke-38, Gerald Ford yang beristerikan Betty Ford. Steven juga seorang aktor tetapi sekadar pelakon berperanan kecil dalam "When Harry Meet Sally" dan "Transfomers". Dia juga pernah muncul sebagai Andy Richard dalam CBS Soap Opera, "The Young And The Restless" - Zoharee, Kulaijaya, Johor.

      Delete
    3. Memang benar kata Encik Mustafar A.R. itu. Saya lahir disebuah kampung terpinggir di Pahang. Sunyi sepi juga seperti Kalumpang, tapi tidaklah dekat dengan kubur. Ya, waktu kecil-kecil dulu saya tidak takut apa-apa pun walaupun keluar dimalam hari. Tapi bila saya berpeluang berkunjung ke New York, saya bukan saja takut berjalan malam, malah disiang hari. Bukan takutkan hantu puaka, tapi takutkan perompak dan penyamun. Kah... kah... kah.. - Nordeen, Pekan, Pahang.

      Delete
    4. Nak perbetulkan Encik Mustafar, ya.
      Lagu "Masa Yang Lepas Takkan Kembali"
      nyanyian D.J.Dave, bukan J.Mizan.

      Delete
    5. Ya, tepat sekali.
      Maaf ya tersalah fakta.
      Kadang-kadang tu, tersasul juga.

      Delete
  3. Kalau boleh, saya tidak mahu terlalu menonjolkan tulisan saya dalam blog ini kerana saya tidak suka bersikap ala seorang "monopolist". Apatah lagi, saya bukanlah sesiapa. Tetapi saya merasa seronok apabila terdapat sumbangan-sumbangan baharu yang 'masuk' ke blog ini daripada para pembaca yang lain. Misalnya, sumbangan daripada cik puan, Datin Mariam di atas. Seperti yang pernah saya sebut berulang kali sebelum ini, jadikanlah blog ini lebih berinteraktif antara pemblognya & para peminat FK di luar sana. Komunikasi yang sihat perlu berjalan terus untuk mengisi kekosongan & masa senggang, sementara menunggu En. Mustafar & Pn. Zaini memerah otak & berhempas-pulas untuk menerbitkan artikel yang baharu. Bagi saya, menulis memanglah seronok jika anda mempunyai kelancaran (flair), tetapi mendapatkan bahan amatlah sukar. Memang ada kelebihan pada blog ini kerana kita dapat berkarya & menulis secara santai & bersopan tanpa rasa tertekan, terlalu emosi & sinis, sepertimana yang sering meracuni blog-blog lain, khususnya sosial & politik. Bercakap tentang dunia perfileman Melayu klasik, kalaulah ditakdirkan saya seorang yang berpunya, ingin rasanya saya mengadakan majlis-majlis setakat mana yang halal & saya termampu untuk 'meraikan' para seniman seniwati veteran kita yang telah banyak berjasa & menghambakan diri untuk memertabatkan industri hiburan Melayu dulukala. Bukan sekadar makan & minum saja, malah pemberian bingkisan berupa wang, khususnya bagi mereka yang hidup dalam kedaifan atau serba kekurangan. Itu pun selagi mereka masih ada bersama-sama kita.

    - NONAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak mengapa Sdra jadi "Monopolist" kerana komen-komen Sdra begitu baik dan bernas. Teruskanlah memberi idea-idea terbaik, mana tahu ada diantaranya saya masih mampu untuk melaksanakannya.

      Delete
  4. Sangat menarik artikel ini.
    Diharap Tuesday Weld membacanya.
    Tahniah Encik Mustafar A.R.

    ReplyDelete