DIREALISASIKAN SETELAH LEBIH SETAHUN TERTANGGUH
Teks & Foto: Mustafar A.R.
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
Kini, diterbitkan sebulan sekali tidak lagi 2 minggu sekali.
12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG
# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
* JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA
# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 3 MAC 2015)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 104,951
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 76,974 * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 76,312
* SELAMAT PENGANTIN BARU 50,919 * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 16,544
TRIBUTE... BAHYAH MAHMOOD
Enam orang kuat Wartisma berpadu tenaga menjayakan "Tribute... Bahyah Mahmood" pada 12 April 2015. Dari kanan: Sandakiah Azez, Yusof Haslam, Rosnani, Sonny Abdullah, Ahmad Fauzee dan Mustafar A.R.
Dari kanan: Rosnani, Yusof Haslam, Sonny Abdullah dan Mustafar A.R. sedang bersoal jawab dengan para wartawan mengenai penganjuran "Tribute... Bahyah Mahmood".
Dari kanan: Yusof Haslam, Mustafar A.R., Ahmad Fauzee dan Rosnani sedang berbincang sebelum persidangan media dimulakan.
SATU persidangan media telah diadakan di Restoran Yusof Haslam pada 3 Mac 2015 lalu, dan ini menandakan "Tribute... Bahyah Mahmood" yang tertangguh lebih setahun akan direalisasikan di Saloma Bistro pada 12 April 2015.
Ramai wartawan akhbar, majalah, tv dan blog turut hadir termasuk Ajk Wartisma - Yusof Haslam, Sonny Abdullah, Rosnani dan Ahmad Fauzee.
Dibawah disiarkan sepenuhnya kenyataan media Mustafar A.R. selaku pencetus idea dan Setiausaha "Tribute... Bahyah Mahmood" yang dibacakan oleh Rosnani.
Salam sejahtera para wartawan dan jurugambar media yang dihormati sekelian.
Terima kasih kerana datang ke majlis sidang akhbar ini untuk sama-sama merealisasikan satu program apa yang kita, Wartawan Dan Artis Prihatin Malaysia (Wartisma), namakan "Tribute..." dan buat pertama kalinya ini Bahyah Mahmood menjadi pilihan.
"Tribute..." adalah sebagai pemangkin untuk menetapkan satu program yang memberikan penghargaan kepada wartawan dan artis yang benar-benar berwibawa dan benar-benar berjasa tetapi tidak ada pendedahan yang konkrit bagi membolehkan mereka itu dianugerahkan yang sepatutnya mereka miliki.
Mereka terpinggir, dan apa yang kita dapat lihat balik-balik yang menerima Anugerah itu ialah wartawan dan artis yang sama. Seolah-olah orang lain tidak pernah berbuat jasa. Kita boleh lihat, dan buktinya banyak.
Bahyah Mahmood kita pilih mengisi program "Tribute...", kerana beliau merupakan wartawan hiburan yang gigih dan didikasi yang setakat ini belum ada pencabarnya.
Komitmennya, bukan sekadar menulis berita-berita dan cerita-cerita hiburan diakhbar dan majalah semata-mata tetapi juga aktiviti-aktiviti lain yang, setakat ini, jarang kita temui dalam diri wartawan-wartawan yang lain.
Memang benar Bahyah Mahmood pernah diberi beberapa anugerah dimasa lalu, tetapi itu tidak setimpal dengan pengorbanan yang dilakukannya terutama dalam menceria dan mengindahkan lagi dunia seni budaya tanahair.
Ruangan pojoknya "Syhhhh... BAM" yang dapat bertahan 20 tahun membuktikan bertapa hebatnya beliau disamping pernah menjadi ahli Lembaga Pengarah Finas, ahli panel Seniman yang mengwujudkan gelaran Seniman Agung P.Ramlee dan Biduan Negara Saloma, juga sebagai salah seorang pengasas Festival Filem Malaysia yang masih kekal ada sampai sekarang ini.
Wartisma mengwujudkan "Tribute..." tidak bagaikan perumpamaan "telunjuk lurus kelingking berkait" atau "kalau tidak ada apa-apa takkan burung tempua bersarang rendah." Tidak sekali-kali.
Ia dilakukan dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran, mereka yang terpinggir harus dibela dan diletakkan pada landasan yang betul dan tempat yang sewajarnya.
Kelahiran "Tribute..." sebagai penunjuk arah. Memulakan sesuatu yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini. "Anugerah dan Hiburan", itulah konsepnya. Dan semestinya mendapat sokongan dari semua pihak, barulah boleh berjaya. Jika tidak, ia sekadar tinggal impian semata.
Festival Filem Malaysia dimulakan oleh sekumpulan wartawan dibawah naungan Eja, dan terus kekal ke masa ini. Diharap "Tribute..." yang dimulakan oleh sekumpulan wartawan dan artis yang prihatin akan juga kekal sebagaimana festival filem Malaysia.
Itulah permintaan, itulah harapan dan itulah doa.
Kemungkinan besar, selepas Bahyah Mahmood, "Tribute..." akan diserahkan kepada Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) yang kini dipimpin oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin, untuk dianjurkan setahun atau dua tahun sekali. Atau, terpulang kepada ketentuan WHAM asalkan ianya diteruskan.
Peranan Wartisma pada masa itu, hanya bekerjasama dan memberi bantuan apa yang patut dan boleh dibantu. Itu pun sekiranya WHAM bersetuju menerimanya.
Sekian, terima kasih.
- Salam hormat dari saya,
Mustafar A.R.,
Setiausaha "Tribute... Bahyah Mahmood"
3 Mac 2015.
BAHYAH MAHMOOD DI YOUTUBE___
(Sumber: AbgCantik)
(Sumber: Atai Cokman FC)
Yusof Haslam sedang bergurau dengan wartawan Utusan Online, Rosli Manah. Ditengah Sandakiah Azez dan sedang jamu selera, Deel Anjer, dari majalah URTV.
Yusof Haslam diinterview oleh kru RTM.
Rosnani diinterview oleh kru Galaxi TV9.
Sebahagian daripada wartawan yang hadir ke persidangan media "Tribute... Bahyah Mahmood" pada 3 Mac 2015 yang lalu.
Yusof Haslam dalam ucapannya berkata, Bahyah Mahmood memang sepatutnya menjadi pilihan pertama "Tribute..." kerana peranannya dalam alam persuratan khabaran dan dunia seni budaya tanahair.
Tambahnya, Ini adalah permulaan, dimasa akan datang kita akan cari lagi dikalangan wartawan yang benar-benar komitmen bukan saja sebagai pencari berita dan menulis berita tetapi juga kerja-kerja kemasyarakatan, kebajikan, berpersatuan dan sebagainya.
"Dikalangan artis juga, tidak dibiarkan terpinggir," kata Yusof Haslam.
Dalam persidangan media itu juga, Rosnani memberitahu, Rais Yatim, penasihat sosio budaya Kerajaan Malaysia, telah bersetuju untuk hadir ke majlis "Tribute... Bahyah Mahmood" menyampaikan anugerah - trofi dan wang tunai.
Disamping itu, isteri beliau, Maznah Rais, telah menyatakan kesudiannya membaca 'citation' untuk Bahyah Mahmood.
Ditanya mengenai artis yang akan mengambil bahagian, Mustafar A.R. memberitahu, setakat ini hanya Ahmad Nawab saja yang bersungguh-sungguh telah menyatakan persetujuan untuk memberi sumbangan pada majlis tersebut.
Manakala Jamal Abdillah dan Salamiah Hassan, belum memberi sebarang jawapan sama ada mahu turut memberi sumbangan atau pun tidak.
Salamiah Hassan diperlukan menyanyi lagu "Gelombang" petikan filem "Tiada Esok Bagimu" yang mana lirik ditulis oleh Bahyah Mahmood, dan Jamal Abdillah menyanyikan lagu "Kisah Seorang Wartawan", sebagai lagu finale.
Rais Yatim telah bersetuju untuk hadir dimajlis penyampaian anugerah "Tribute... Bahyah Mahmood" di Saloma Bistro pada 12 April 2015.
"TRIBUTE... BAHYAH MAHMOOD" DIREALISASIKAN OLEH___
Tan Sri Dr.Rais Yatim - Penaung
Datuk Yusof Haslam - Penasihat
Dato' Sonny Abdullah - Pengerusi
Dato' Rosnani - Timbalan Pengerusi
Dato' Ahmad Fauzee - Bendahari
Encik Mustafar A.R. - Setiausaha
Puan Sandakiah Azez - Penolong Setiausaha
Saloma Bistro yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, tempat berlangsungnya "Tribute... Bahyah Mahmood".
KERTAS CADANGAN YANG MULA TERCETUS PADA 23 FEBRUARI 2014;
* TUJUAN___
"Tribute... Bahyah Mahmood" diadakan untuk memberi penghormatan kepada BAHYAH MAHMOOD kerana kegigihannya dalam penulisan sejak menceburkan diri dalam bidang kewartawanan di Singapura pada bulan Disember tahun 1965, kemudian berpindah ke Kuala Lumpur pada bulan Mac tahun 1967, sampailah kepesaraannya pada bulan Oktober tahun 1996. Kejayaannya, mengilap selebriti hingga terkenal seperti, Sharifah Aini, Sudirman, D.J.Dave, Yusof Haslam, Hail Amir, Noor Kumalasari, Ogy Ahmad Daud, Rafeah Buang, Uji Rashid, Latiff Ibrahim dan lain-lain, tidak boleh dipandang rengan dan dipertikaikan. Bahyah Mahmood juga turut bermain musik, berlakon dalam filem "Sri Andalas" dan "Sri Mersing", drama pentas "Tun Mandan", menulis skrip Hiburan Malam Minggu (RTM) serta menulis berapa lirik lagu termasuk untuk Saloma, D.J.Dave dan Salamiah Hassan. Disamping itu, beliau merupakan salah seorang panel juri (Seniman) turut bertanggungjawab memberikan anugerah (gelaran) Seniman Agung P.Ramlee dan Biduan Negara Saloma, pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Finas 1991-1993 dan salah seorang pengasas Festival Filem Malaysia yang diwujudkan oleh Eja pada tahun 1980.
* ANUGERAH___
Satu anugerah diberinama Anugerah Wartisma (trofi) akan diwujudkan untuk Bahyah Mahmood dan disertai juga dengan wang tunai, yang mana jumlahnya akan ditentukan kemudian.
* PENYAMPAIAN ANUGERAH___
1. Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis.
2. Ucapan Pengerusi "Tribute... Bahyah Mahmood".
3. Tayangan gambar slide biografi Bahyah Mahmood.
4. Pendapat dan pandangan (live) 2 personaliti yang mengenali Bahyah Mahmood.
5. Bacaan citation Bahyah Mahmood.
6. Penyampaian trofi dan wang tunai kepada Bahyah Mahmood.
7. Ucapan luahan hati sanubari Bahyah Mahmood.
8. Ucapan Menteri Komunikasi Dan Multimedia.
9. Nyanyian lagu "Kisah Seorang Wartawan" oleh artis yang mengambil bahagian.
10. Tamat dan bersurai.
# Update akan dilakukan dari masa ke masa.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?
SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem
A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati
R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian
AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni
LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu
SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?
KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI
Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.

Dulu, saya sangat suka baca tulisan-tulisan Bahyah Mahmood. Kalau "Syyhhhh... BAM" tu tak pernah tinggal. Dan, apa yang dilakukan oleh Wartisma menganjurkan "Tribute... Bahyah Mahmood" sudah kena pada tempatnya dan wartawan hiburannya - Zahrah, Putrajaya WP.
ReplyDeleteLamanya tertangguh, lebih setahun.
ReplyDeleteDiharap kali ini, tidak tertangguh lagi.
Tergerak dihati saya ingin menyaksikannya.
Dan, tengok Kak BAM saya terima anugerah.
- Nora, Tg. Malim, Pk.
Saya pernah bertemu dan berbual mesra dengan Bahyah Mahmood. Orangnya lemah lembut dan mudah ketawa. Melihatkan perwatakannya itu, no wonder ruangan gosipnya "Syyhhhh... BAM" first class. Maaf cakap, kalau dibandingkan dengan ruangan gosip yang ada sekarang, jauh panggang dari api atau macam langit dengan bumi. "Tribute... Bahyah Mahmood" yang diwujudkan oleh Wartisma untuk memberi anugerah kepada Bahyah Mahmood memang patut dan kena tepat pada wartawannya - Syed Hashim, Geylang, Singapore.
ReplyDeleteBenar sebenar-benarnya.
DeleteSepatutnya, penulis gosip kini,
harus banyak belajar dengan
Bahyah Mahmood cara-cara
menulis gosip bersopan dan first class
- Roy.
dan...
Deletejangan asyik tulis
kawin cerai, kahwin cerai.
boyfrined sana girfriend sini
mengandung, khalwat.
macam-macam lagi yang mengarut.
itukan hal peribadi.
tulislah pasal karier,
pasal kegigihan
pasal perjuangan, kan baik.
- Aain.
Gosip (ejaan Melayu) adalah asam garam dunia hiburan di mana-mana negara sekalipun. Kalau dinamakan artis atau selebriti - sama ada mereka suka ataupun tidak - mereka tetap TIDAK boleh lari daripada menjadi bahan bualan & perhatian ramai. Dan yang mengorek cerita atau yang memburu kisah-kisah para artis ini tentulah rakan pemberita & wartawan hiburan. Kalau di negara-negara barat, tukang terjahnya bertindak jauh lebih agresif. Pernahkah Cik Aain mendengar istilah PAPARAZZI? Gosip memang mendedahkah hal-hal peribadi, kehidupan & gerak langkah para artis di belakang kamera & tabir profesi mereka. Cuma bezanya, ada gosip yang mengikut batasan & bersifat nasihat-dalam-sindiran (macam yang Pn. Bahyah Mahmood sering lakukan) manakala tidak kurang pula gosip yang bersifat lebih berani & mendedahkan. Terpulanglah kepada para pembaca untuk menerima atau menangkisnya - mana yang benar dijadikan teladan, yang buruk dijadikan keinsafan. Apa-apa gosip pun, kita perlu 'lihat' dengan mata hati & minda yang positif.
Delete- NONAMA
Dulu, saya selalu baca rungan gosip "Syyhhhh... BAM". Memang menarik. Tulisan-tulisannya selalu eksklusif dan seronok dibaca terutamanya tentang Sudirman, Rafeah Buang, Sharifah Aini dan Uji Rashid. Penganjuran "Tribute... Bahyah Mahmood" oleh Wartisma sudah kena tepat masanya walaupun sepatutnya sudah diadakan sejak lama dulu - Adillah, Shah Alam. Selangor.
ReplyDeleteRamai pemberita / wartawan hiburan dengan ruangan gosip masing-masing dari pelbagai akhbar & majalah hiburan yang telah berjaya menulis nama mereka di atas batu (etching on the rock) hingga nama-nama ini terukir pula di minda para pembaca & pengikut setia mereka. Antaranya - selain Bahyah Mahmood (BAM) - terdapat (Mama) Juwie, Saodah Ismail, Huzz, Siti Jarum, Syed, Soseh-Soseh (SS) dll. Ini belum lagi termasuk wartawan gosip & terjah dalam acara-acara hiburan di beberapa stesen TV kita. Ada yang langsung menggunakan nama mereka secara rasmi, ada pula yang melabelkan diri mereka dengan nama-nama samaran (pseudonym) yang "catchy" untuk berlindung di sehelai daun lalang! Tetapi secara subjektif, pada pandangan ramai, BAM yang paling unggul, paling menyerlah & mungkin paling senior daripada senarai nama yang disebukan di sini. Bagi saya, ruangan gosip di media cetak (seperti akhbar & majalah) lebih cocok & lebih manis jika ianya dikendalikan oleh kaum hawa daripada lelaki. Kenapa ya?
ReplyDelete- NONAMA
Pertanyaan ini bukan untuk menimbulkan apa-apa isu, cuma sekadar INGIN TAHU sahaja. Adakah penglibatan Sandakiah Azez dalam panel Wartisma semata-mata untuk mewakili ayahanda beliau & menduduki kerusi yang ditinggalkan oleh almarhum seniman Aziz Sattar yang baru juga meninggalkan kita? Adakah Sandakiah memang selama ini seorang yang aktif sepertimana almarhum Aziz Sattar? Adakah nama Sandakiah diberikan sempena lawatan kedua ibu bapa beliau - almarhum Aziz Sattar & Dayang Sofia - ke kota Sandakan ketika mereka mengadakan pertunjukan di sana dulu? Ini adalah soalan trivia yang tentu mudah dijawab oleh En. Mustafar.
ReplyDelete- NONAMA
* nama sandakiah memang mengambil sempena nama sandakan kerana dayang sofia melahirkannya disinun.
Delete* sandakiah tidak mewakili ayahnya, al. aziz sattar. penglibatannya kerana beliau rajin dan menjalankan tugasnya dengan baik tanpa banyak soal.
* sekiranya "tribute... bahyah mahmood" berjaya dianjurkan pada 12 april 2015, kejayaan tersebut adalah kerana usaha gigih sandakiah disamping 4 ajk yang lain.
* sandakiah aktif berpersatuan ketika al. aziz sattar mengambilalih persatuan artis veteran malaysia. tapi slow sikit kerana persatuan itu ada masalah.
* kini, sandakiah begitu sebuk menguruskan buku al. aziz satar mengenai p.ramlee, dan dijangka akan dilancarkan pada bulan ogos nanti.
apa macam nonama, puas hati?
"Bravo" diucapkan kepada En Mustafar dengan jawapannya yang ringkas tetapi penuh berinformasi. Memang En Mustafarlah yang terunggul umpama ensaiklopedia dunia perfileman & hiburan di peringkat tempatan (Melayu) khususnya serta di peringkat luar negara secara amnya. Soalan trivia ini diajukan kerana dalam Wartisma, mungkin kita lebih mengenali Yusof Haslam, Rosnani, Ahmad Fauzee & Sonny Abdullah melalui penampilan mereka dalam filem atau bidang nyanyian. Nama Sandakiah (mungkin tiada insan lain di alam Melayu yang diberikan nama ini) agak unik & lazimnya disebut dalam media bila mana terdapat berita & peristiwa yang berkisar tentang arwah ayahandanya, Aziz Sattar. Terima kasih En. Mustafar.
ReplyDelete- NONAMA
dibandingkan heroine-heroine tahun 1950an dan 1960an antaranya siput serawak, kasmah booty, maria menado, mariam, rokiah, normadiah, sa'adiah, latiffah omar, hashimah yon, sarimah, salmah ahmad, rose yatimah dan rosnani, tidak boleh dipertikaikan rosnanilah paling kedepan kerana kegigihan dan ketekunannya menghadapi berbagai cabaran dunia filem malaysia, dan sampai kini masih lagi berkarya. justeru itu, selepas "tribute... bahyah mahmood" ini patut wartisma anjurkan pula "tribute... rosnani". apa kata encik mustafar? - zaibedah (via e-mail), bagan lalang, selangor.
ReplyDeleteSaya setuju Dato' Rosnani ditributekan seperti "Tribute... Bahyah Mahmood", tetapi kalau "Tribute..." dibuat tahun depan, sebaiknya carilah dikalangan artis lelaki pula. Barulah 'fair & square' - Luqman, Bangi, Selangor.
Delete100% setuju.
Deletesiapa ya, selain rosnani...
Tuan punya blog ini tentu amat sibuk sekarang memandangkan hari bersejarah TRIBUTE .... BAHYAH MAHMOOD semakin dekat. Jadi, ketiadaan posting baru daripada En. Mustafar AR memanglah dijangkakan. Antara ramai pengikut blog ini, berdasarkan angka pageviewnya yang hampir mencecah 1 juta, tiada siapa-siapakah yang sudi untuk mengisi waktu senggang ini dengan apa-apa artikel menarik? En. Mustafar tentu mengalu-alukannya. Berkenaan berita terbaru tentang kehadiran seniwati silam Hashimah Yon dalam majlis TRIBUTE itu, ada baiknya jika dapat diundang - atas ikhsan pihak mana-mana agensi kerajaan atau swasta yang sudi & murah hati - semua artis senior (yang masih aktif mahupun yang telah bersara), untuk menyerikan majlis ini.
ReplyDelete- NONAMA
Ya, NoNama.
DeleteSaya dan Zaini memang sebuk, kini.
Artikel terbaru hanya boleh diblogkan
selepas selesainya "Tribute... Bahyah Mahmood".
Kepada peminat-peminat FK saya harap bersabar ye.
Ada pendapat yang menyarankan, selepas TRIBUTE .... Bahyah Mahmood, tokoh yang boleh dicalonkan selepas ini ialah seniwati veteran Rosnani. Ada pula yang mahu TRIBUTE berikutnya diberikan kepada seorang lelaki. Mungkin ramai yang bersetuju, selepas Bahyah Mahmood, tokoh yang paling sesuai dicalonkan ialah Abdul Jalil bin Salleh atau JUWIE. Yang sedihnya, baru beberapa hari lalu beliau telah pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya. Sesuaikah anugerah TRIBUTE ini diberikan kepada seseorang tokoh yang telah tiada secara "posthumous"? Apa-apa pun, anugerah paling berharga buat Juwie pada saat ini ialah, seluruh warga media & Wartisma adakanlah majlis tahlil, tadarus al-Quran atau bacaan YaSin sebagai hadiah istimewa yang paling tinggi nilainya buat almarhum yang telah mendahului kita.
ReplyDelete- NONAMA
Esok, 12 April 2015, berlangsunglah
ReplyDelete"Tribute... Bahyah Mahmood"
yang tertangguh lebih setahun.
Disamping mengelolakan blog
Filem Klasik yang menarik ini,
nampaknya Encik Mustafar A.R.
mempunyai daya kreatif yang sangat unique,
sebagaimana dikatakan oleh Dato' Rosnani Jamil
dalam siaran TV1, Selamat Pagi Malaysia.
Terbitnya buku "Filem-Filem P.Ramlee",
Cetusan idea mengcolorkan filem "Semerah Padi"
walaupun setakat ini tidak dapat direalisasikan
dan "Tribute... Bahyah Mahmood" merupakan antara
yang tidak terfikirkan oleh sesiapa pun sebelum ini.
Tahniah Encik Mustafar A.R. atas keuniquekan itu,
dan tahniah juga kepada Bahyah Mahmood yang merupakan
watak utama pertama ditributekan oleh Wartisma.
- Fadhli Fakhri (via e-mail), Putrajaya, W.Persekutuan.
Ya, saya setuju.
DeleteYang akan datang patut
dianjurkan pula "Tribute... Mustafar A.R."
- Myriam (UiTM), Melaka.
Setakat ini, saya merasakan belum layak lagi ditributekan seperti Bahyah Mahmood. Banyak perkara lagi harus saya lakukan sebelum penganugerahan itu diberikan kepada saya. Apapun, terima kasih saya ucapkan kepada Myriam kerana cadangan tersebut yang saya anggap tidak sesuai buat saya.
DeletePencalonan En. Mustafar AR sebagai penerima anugerah "TRIBUTE ...... " yang seterusnya memang disokong seratus peratus walaupun En. Mustafar memberi respon secara merendah diri yang "banyak perkara lagi harus saya lakukan". Pengetahuan & komitmen En. Mustafar tentang dunia perfileman & hiburan Melayu - baik klasik mahupun pasca klasik - begitu mendalam hinggakan beliau boleh dianggap sebagai ensaiklopedia ataupun "search engine" bergerak untuk mendapatkan informasi yang tepat & sahih. Sebagai bekas pemberita, wartawan & editor, Encik Mustafar banyak terdedah kepada dunia hiburan Melayu tanahair. Malah minat & pengetahuan beliau bermula sejak usia yang muda tatkala beliau mula mengenali filem & hiburan. Ini adalah pengakuan En. Mustafar sendiri secara tidak langsung jika kita baca artikel-artikel beliau dalam blog ini yang sudah-sudah. Selepas memasuki alam persaraan, En. Mustafar masih tidak duduk diam. Beliau meneruskan pelbagai usaha yang ada kaitan dengan filem klasik Melayu dan lain-lain seperti terlibat dalam projek penulisan buku & mewujudkan blog ini. Pencalonan En. Mustafar janganlah diambil ringan atau terlepas pandang oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
ReplyDelete- NONAMA
Saya masih menolak. Hari ini, esok dan selama-lamanya. Selepas "Tribute... Bahyah Mahmood", saya akan cuba mengwujudkan satu panel dianggutai 5 juri bagi menilai dan mengkaji wartawan atau artis yang berkelayakan untuk ditributekan. Terima kasih NoNama, kesetiaan Sdra mengikuti blog saya ini sudah cukup mengtributekan saya, tak payahlah saya ditributekan. Ramai lagi diluar sana yang lebih layak diberi penghormatan dan penghargaan.
DeleteSaya telah hadir ke majlis Tribute... Bahyah Mahmud sebaga ahli Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik dibawah kelolaan Dato' Ahmad Fauzi. Sungguh meriah dan penuh gemilang. Tahniah kepada semua AJK yg terlibat dlm menjayakan program tersebut.
ReplyDeleteSy turut menyokong selepas ini tribute selepas ini diberikan kepada saudara Mustaffa AR. Apa yg sy perhatikan saudara Mustafa AR ni terlalu merendah diri dan suka bekerja di brlakang tabir. Beliau byk terlibat dgn penganjuran majlis yg besar2 namun nama belia tidak menonjol. Dan tidak dinafikan beliau merupakan perpustakaan filem dan muzik Melayu yg masih ada pd hari ini.
Memang benar kata saudara di atas. En. Mustafar terlalu merendah diri apabila kami sarankan agar beliau dinobatkan sebagai penerima TRIBUTE berikut atau yang 'akan datang'. Mungkin kita jangan hiraukan sebab-musabab yang beliau gunakan sebagai alasan untuk menolak. Mungkin juga kita perlu "force feed" & berikan saja anugerah ini kepada beliau tanpa banyak soal-jawab!!! Bak kata-kata dalam bahasa Inggeris: "En. Mustafar is in complete denial of how much he's being highly appraised & praised" kerana kami rasa hormat, menyanjung & menjunjung usaha cemerlang beliau. Sungguh beruntung anda di sana yang bukan daripada warga seniman-seniwati kita tetapi tetap dapat menghadiri majlis gemilang seumpama TRIBUTE .... BAHYAH MAHMOOD ini. Saya tumpang gembira dengan kehadiran seniman-seniwati silam kita yang masih gagah & dapat menghadirkan diri. Bagi seniman-seniwati & penghibur veteran kita yang tidak hadir atas apa-apa sebab sekalipun, janganlah hendaknya mereka dilepas pandang. Jadikanlah acara serupa ini untuk mereka berjumpa semula bagi mengukuhkan semula tali silaturrahim yang mungkin telah pudar atau terputus sama sekali. Mungkin para pembaca blog ini dapat menulis kepada En. Mustafar untuk memberikan nama-nama para penghibur veteran kita (yang masih aktif mahupun telah bersara) yang terlintas di minda mereka.
Delete- NONAMA
Mollywood?
ReplyDeleteMollywood tu negara mana, Encik Mustafar?
Mongolia ke?
- Tiara, Pjaya.
Siapa dapat teka,
DeleteMollywood tu, apa?
Kalau tak tepat jawapan.
Nanti saya huraikan,
hari Isnin (20 April 2015).
mongolia (mollywood) vs bollywood.
Deleteatau mexico (mollywood) vs bollywood.
tapi apa 'even'nya encik mustafar?
- lynna.
malaysia (mollywood) vs bollywood.
Deleteagak aje. entah betul, entah tidak.
tapi apa "event"nya encik mustafar?
kalau beritau "event"nya tentu ramai dapat jawab.
- suzanna.
Tidak boleh bagitahu sekarang.
DeleteTunggulah sampai hari Isnin.
Yang pasti projek ini bermilion ringgit.
Ada sesiapa, syarikat besar, mahu jadi sponsor?
tukar pulak? Hari tu kualowood.
ReplyDeletekali ni, konfirm tak tukar. ok.
DeleteSelain Hollywood, terdapat gelaran-gelaran bagi perusahaan filem berikut menurut bahasa & negeri di India:
ReplyDeleteBollywood (Hindi di Mumbai atau Bombay);
Kollywood (Tamil di Tamilnadu);
Mollywood (Malayalam di Kerala);
Tollywood (Telugu di Andhra Pradesh & Telangana);
Sandalwood (Kannada di Karnataka);
Jollywood (Assam di Assam);
Di luar India pula terdapat nama-nama glamor berikut:
Lollywood (Pakistan);
Dhallywood (Bangla di Bangladesh);
Nallywood (Nigeria).
Mungkin akan muncul pula Malaywood atau KLwood, Thaiwood, Pinoywood dll.
Tetapi projek apakah yang akan diusahakan oleh En. Mustafar di sebalik nama-nama WOOD ini ya?
- NONAMA
Rasanya tak payahlah saya menunggu hingga Isnin untuk merungkai pengunaan Mollywood Vs Bollywood yang merupakan projek terbaru saya sesudah "Tribute... Bahyah Mahmood". Nampaknya Mollywood terpaksa ditukar, kerana saya sudah terlepas pandang Mollywood juga digunakan oleh Malayalam di Kerala sebagaimana yang diberitahu oleh NoNama. Sebenarnya saya cuba menglamourkan nama Malaysia seperti Bollywood yang dipakaikan oleh India. Pengunaan Malaysia Vs India tidak secantik kalau digunakan Mollywood Vs Bollywood. Oleh kerana Mollywood sudah ada tuannya, Mollywood terpaksa saya tukarkan kepada Mallywood. Jadilah Mallywood Vs Bollywood. Diharap Mallywood digunakan terhadap indusri filem kita, selepas berlangsungnya 'event' terbesar ini yang dijangka memakan belanja RM20 juta, mungkin lebih. Apa 'event'nya? Tak boleh cakap dulu, nanti kena kidnap. Apapun, cuba anda semua teka, 'event' apa agaknya?
DeleteTahniah FKM & En. Mus kerana kejayaan 5 tahun FKM di Alam Maya. Juga kejayaan Tribute Bahyah Mohmood. Betul2 macam selebriti filem klasik pula ! Sayang sekali banyak selebriti dahulu tidak diberi peluang penghargaan sebegini. Ini semua atas usaha dan kerja keras pihak jawatankuasa. Nampaknya usaha orang veteran ni lebih menyerlah dari orang sekarang yg banyak cakap tapi kurang kerja. Ini satu contoh yg baik untuk orang sekarang renungkan. Semuga FKM terus aktif & berjaya memertabatkan sejarah kegemilangan filem Melayu.
ReplyDeleteed.LO-kfc
kalau latiffah omar masih bersama kita, pasti dia akan datang juga. terima kasih ed.lo-kfc kerana tahniah yang diberikan. kerja yang tidak ikhlas akan gagal, kerja yang ikhlas walaupun banyak cubaan, akhirnya akan berjaya. saya pernah merasa, itu sebab saya kata begitu. tidak ramai orang macam yusof haslam, kalau ada dua atau tiga lagi seperti beliau, penganjuran "tribute..." tentulah lebih mudah lagi. mentaliti wartawan dan artis kita sekarang tidak sama seperti hollywood dan bollywood yang memperlihatkan mereka menghormati yang veteran menganjurkan berbagai aktiviti. kita di malaysia ada diantara mereka mengutuk dan memboikot, bukannya memberi galakan dan perangsang. wartawan boikot artis, mungkin perkara biasa, tapi kalau wartawan boikot wartawan, sudah jadi luar biasa. tetapi itulah yang berlaku kepada "tribute... bahyah mahmood" yang sepatutnya tidak patut berlaku.
Delete