SATU-SATUNYA FILEM TINJU PERNAH ADA DI MALAYSIA
Teks & Foto: Mustafar A.R.
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
URTV kini, diterbitkan sebulan sekali tidak lagi 2 minggu sekali.
12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG
# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
* JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA
# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 26 JANUARI 2015)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 101,117 * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 72,729
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 72,233 * SELAMAT PENGANTIN BARU 48,032
* FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 15,472
Enam karekter penting mewarnai "Darah-Ku" arahan Ramon A.Estella. Maria Menado, Mariani, M.Djatirata, Marsita, Ghazali Sumanteri dan Malek Selamat.
* CATHAY ORGANISATION Mempersembahkan MARIA MENADO PRODUCTIONS DARAH-KU
Di Bintangi Oleh MARIA MENADO MALEK SELAMAT MARIANI GHAZALI SUMANTERI Di Bantu Oleh
M.DJATIRATA AHMAD SABRI MARSITA AHMAD NESFU KING GODOBELL M.NOOR HUSSEIN RADIN SUDIRO
MOHAMED IBRAHIM Pelakon Tetamu GOPAL ASNAWI LITTLE NENE BERTIE BELL GOLDEN HOFF FIGHTING YUSOFF NIRAJAN SINGH Juru Kamera S.LAWRENCE Jurutera Bunyi V.G.BHASKARAN Pengurus Makmal KANG KEE CHYE Penyunting Dabing JAMIL RAIS Pengurus Studio H.KADER SULTAN Cherita Asal RAZAK Lakon Layar RAZAK RALPH MODDER Lagu2 ASMADI Pengusaha Pengeluaran MARIA MENADO Arahan RAMON A.ESTELLA "DARAH-KU" Produced By MARIA MENADO PRODUCTIONS SINGAPORE
* Tahun Di Edarkan: 1963 (29 Ogos)
* Masa Tayangan: 1 Jam 30 Minit (lebih kurang)
* Credit Title Seperti Tercatat Dalam Filem
Malek Selamat & Mariani.
Ghazali Sumanteri & Maria Menado.
Maria Menado & Marsita
Ghazali Sumanteri, Maria Menado & Ahmad Sabri.
Ahmad Nesfu & M.Djatirata.
RINGKASAN CERITA___
Pak Dollah (Djatirata) dan isterinya (Marsita) mempunyai dua anak lelaki, Osman (Malek Selamat) dan Hussain (Ghazali Sumanteri). Pak Dollah membezakan kasih sayangnya kepada anak-anaknya itu tetapi tidak kepada isterinya, dia menyayangi Osman (Aman) dan Hussain.
Hussain diberi kemewahan hingga dapat melanjutkan pelajarannya ke universiti. Aman seringkali dikutuk dan dideranya walaupun dia melakukan kebaikan seperti mencari pekerjaan untuk membantu ayahnya yang mencari rezeki dengan menjual barangan ukiran.
Aman mendapat simpati dari Rohani (Mariani) yang seringkali datang ke rumah mereka membantu ibunya yang buta.
Apabila dewasa, perangai Hussain dan Aman berbeza sekali dimana Hussain walaupun sudah menjadi mahasiswa terpelajar tetapi menjadi penipu, berpura-pura meminta belas kasihan ayah dan adiknya, untuk mendapatkan wang bagi membolehkannya berfoya-foya dengan wanita-wanita termasuk teman-teman universitinya.
Semasa berfoya-foya itulah Hussain tertarik dan jatuh cinta dengan anak gadis hartawan, Faridah (Maria Menado), sehingga kedua-dua mereka berjanji untuk berkahwin.
Oleh kerana, ibu dan ayahnya miskin sedangkan Faridah anak orang kaya, Hussain sanggup berbohong dan menyatakan yang ayahnya berada di Indonesia tidak dapat datang untuk melamar Faridah.
Bagaimanapun, akhirnya keburukan kelakuan Hussain terbongkar apabila Pak Dollah mendapat tahu yang anaknya itu, yang begitu dikasihnya selama ini, sudah membohonginya.
TERPAKSA BERTARUNG
Pak Dollah kecewa dan penyakit yang dialaminya selama ini semakin parah tambahan pula rumah yang mereka diami itu terpaksa dilelong sekiranya bayaran gadaiannya tidak dibuat.
Perbuatan Hussain itu dalam pengetahuan Aman dan dia berjanji akan membawa Hussain sujud ke kaki ayahnya tapi terlebih dulu dia terpaksa bertarung digelanggang tinju.
Pertarungan berlangsung begitu hebat, bagaimanapun Aman menang. Tetapi kemudian mendapat tentangan pula dari pihak lawan yang merasuah majikannya, Yaakub (Raden Sudiro), supaya dia kalah dalam pertarungan itu, namun tidak dipedulikannya.
Pertelingkahan berlaku menyebabkan Aman dibelasah, selepas pertarungan. Begitu pun juga, dia berjaya ke majlis pernikahan Hussain dan Faridah yang mana Hussain begitu marah, dan enggan mengikutinya.
Bagaimanapun, Aman berjaya juga memaksa (mengheret) adiknya itu sujud ke kaki ayahnya.
Setelah menyedari kesalahan yang dilakukannya, Hussain sujud ke kaki ayahnya dan meminta maaf. Pak Dollah memaafkan Hussain dan menyedari, anaknya yang selama ini sangat dibencinya, memberi pertolongan dan berjaya menginsafkan dirinya.
Keadaan keluarga Pak Dollah yang kusut terungkai. Aman yang dicintai Rohani berada disampingnya. Faridah, walaupun anak orang kaya, tapi cintanya kepada Hussain mengatasai segala-galanya.
Faridah sudah mengambil keputusan, ingin menjadi sebahagian dalam keluarga Pak Dollah.
Maria Menado sebagai Faridah.
MARIA MENADO SEBAGAI PELAKON___
Boleh dikatakan, peranan Maria Menado sebagai Faridah sederhana saja. Mahu dikatakan baik sangat tidak boleh. Itulah cara lakonannya sejak dulu.
Pada saya, dalam filem ini tidak ada heroine. Maria Menado bersaingan dengan Mariani menduduki tempat heroine kedua.
Kalau masuk bertanding merebut anugerah filem, Maria Menado dan Mariani, sekadar layak dicalonkan pelakon wanita terbaik berperanan pembantu, bukan berperanan utama.
Hero sebenar, Malek Selamat, Ghazali Sumanteri dianggap crook dan M.Djatirata pelakon lelaki berperanan utama, actor in leading role.
Ini berbeza dengan peranan Maria Menado dalam filem keluarannya yang pertama, "Korban Fitnah" disamping Sukarno M.Noor dan A.N.Alcaff - actress in leading role.
Beberapa adegan pertarungan tinju terdapat dalam "Darah-Ku".
ULASAN DAN KRITIKAN___
Saya telah meneliti cerita lapan filem Hollywood yang dikeluarkan sebelum filem ini dibuat, memaparkan perlawanan tinju (boxing) sebagai usaha mencari adakah A.Razak (penulis cerita) menulis skrip berdasar kepada salah satu filem tersebut.
Tapi ternyata tidak ada, tidak tahu pula sekiranya dia memadankannya dari filem-filem tinju bukan keluaran Hollywood. Contohnya filem Filipina, melalui pengarahnya, Ramon A.Estella.
Sesuatu yang jelas, Maria Menado Productions telah mencatat sejarah filem Malaysia kerana mengeluarkan filem tinju. Kalau tidak kerana A.Razak dan Maria Menado, Malaysia kemarau dengan filem tinju, khususnya genre sukan.
Shaw's Malay Film Productions (MFP) yang banyak duit pun tidak mampu melahirkan filem seperti ini. Kalau ada pun sedikit, adegan yang terdapat dalam "Nasib Labu Si Labi" yang dibuat oleh P.Ramlee secara komedi, bukan totally filem sukan.
Filem-filem tinju Hollywood yang saya tonton untuk mencari persamaan ceritanya, "The Champ" (1931), "Gentleman Jim" (1942), "Body and Soul" (1947), "Champion" (1949), "Set-Up" (1949), "The Square Jengle" (1955), "Somebody Up There Likes Me" (1956) dan "The Harder They Fell" (1956).
Antara lapan filem tersebut, "Somebody Up There Likes Me" arahan Robert Wise dan dibintangii oleh Paul Newman dan Pier Angeli, sangat menarik minat saya.
Begitu pun juga, terdapat juga sedikit persamaan melalui "The Champ", "Body and Soul", "Champion", "The Square Jungle" dan "Somebody Up There Likes Me", A.Razak telah menggado-gadokannya hingga terhasilnya cerita "Darah-Ku" ini.
Jelas dan nyata ada persamaan diawal filem "Somebody Up There Likes Me", dimana Rocky Graziano (Paul Newman) didera ayahnya, terus menyertai budak-budak jahat kemudian ditangkap dan dipenjarakan, kemudian berjaya menjadi ahli tinju terkenal.
Dalam filem ini, Malek Selamat juga didera oleh ayahnya tapi dia tidak lari, dia menyayangi ayahnya walaupun bengis, terus tinggal bersama ayahnya dan ibunya yang buta serta adiknya yang penipu.
Sungguhpun plot ceritanya kurang menarik dan sudah sekian kali pula difilemkan, namun dengan adanya pertarungan tinju menjadikan filem ini boleh dianggap sebagai baik. Jika tinju tidak ada dan dihighlightkan, besar kemungkinan ia dilupakan begitu saja.
TERSUNGKUR TERUK
Pengarah Filipina, Ramon A.Estella, yang mendapat pendidikan filem di Amerika, telah mengarahkan filem ini menggunakan corak filem Hollywood terutama adegan-adegan tinju, walaupun ceritanya kekampungan, yang menitikberatkan pertelagahan antara ayah dengan dua orang anaknya.
Ramon A.Estella merupakan penyelamat filem ini daripada tersungkur begitu teruk disamping mendapat bantuan penyuntigan (editing dan dabing) yang dilakukannya cukup sempurna oleh Jamil Rais.
Adegan-adegan tinju yang diperlihatkannya, ternyata menarik, realistik dan bernyawa, dan nyata pengarah-pengarah lain terutamanya pengarah India tidak mampu melahirkan adegan-adengan seperti itu.
Lihat saja apa yang dilakukan oleh P.Ramlee terhadap "Nasib Si Labu Labi", bukannya pertarungan tinjunya serius tapi lebih dikomedikannya. Suruh penonton ketawa, itu pun tujuannya.
Lakonan pelakon-pelakon, Malek Selamat dan Ghazali Sumanteri tidak mengecewakan. Watak yang diserahkan sesuai dengan mereka terutama Malek Selamat yang berbadan tegap dan sasa sebagai Aman. Gaya perlawanannya digelanggang tinju, meyakinkan.
M.Djatirata sebagai ayah (Pak Dollah) baik lakonannya, sesuai dengan karekternya. Dia berjaya menjadi kebencian penonton diawal filem, tapi mendapat simpati pula dipenghujung filem.
Marsita sebagai ibu sederhana saja. Mariani tidak dapat memperlihatkan lakonan yang mencabar kerana kemunculannya tidak seberapa.
King Godobell sebagai Ali, turut memeriahkan filem ini dengan telatah-telatah lucunya yang mencuit hati. Ahmad Sabri, biasa saja.
Satu lagi yang menarik, boleh dikatakan keseluruhan penggambaran filem ini dilakukan dilokasi, bukan didalam studio.
Ada beberapa perkara ingin saya sentuh tentang kejelekannya.
* Pertentangan antara Aman dan Hussain, ketika Aman mahu mengheret Hussain sujud ke kaki ayah mereka, tidak begitu realistik. Aman tersekat-sekat mengeluarkan dialog. Sedangkan itulah klimaksnya.
* Apakah dimajlis perkahwinan Hussain dan Faridah, sekadar menari-menari saja? Tidak adakah majlis persandingan atau upacara memotong kek?
* Mariani menyanyi lagu Hari Raya, tapi suasana hari raya tidak ada langsung kerana hanya Mariani dan dua temannya saja yang menyanyi. Sepatutnya, biarlah ramai, dan ada hiasan.
Apapun, pada keseluruhannya filem ini berjaya. Kemunculannya, turut mencorak dan menggemilangkan lagi filem Malaysia kerana ia merupakan satu-satu filem tinju atau sukan pernah terhasil di Malaysia.
Setelah lebih 51 tahun "Darah-Ku" dikeluarkan, namun hingga kini tidak ada langsung produser dan pengarah kita berani dan mampu mengeluarkan filem seperti ini - tinju dan sukan.
Apa yang mereka dapat lahirkan, sekadar asyik-asyik genre hantu, seram, lawak dan ganas yang mana semuanya itu mahu memperbodoh-bodohkan minda penonton filem Malaysia.
Terima kasih, gerakkerja Maria Menado Productions terutama Ramon A.Estella, Maria Menado dan A.Razak.
MENCARI PERSAMAAN___
Lapan filem dipilih. Antaranya;
MARI KITA MENONTON FILEM "DARAH-KU"
(Sumber: Wita Danial)
"Darah-Ku" berkesudahan dengan happy ending.
Iklan "Darah-Ku" dalam akhbar Straits Times keluaran 27 Ogos 1963.
FAKTA___
* Filem ini merupakan yang kedua diusahakan oleh Maria Menado Productions selepas "Korban Fitnah" (1959) arahan P.L.Kapur (Usmar Ismail) lakonan Maria Menado, Sukarno M.Noor dan A.N.Alcaff.
* Filem ini mula ditayang serentak pada 29 Ogos 1963 di 5 panggung wayang - Odeon (Katong, Singapura), Odeon (Pulau Pinang), Odeon (Kuala Lumpur), Odeon (Kota Bharu) dan Cathay (Alor Star).
* Malek Selamat yang menjadi hero filem ini, ahli sukan tinju (boxing), sebelum terjun ke dunia filem merupakan jaguh sukan lumba basikal, dan pernah memenangi beberapa kejuaraan. Antaranya, kejohanan lumba basikal (25 batu) di Kuala Lumpur pada bulan Mei 1958.
* Filem pertama melibatkan pengarah Filipina, Ramon A.Estella, dengan Maria Menado Productions. Selepas filem ini dia mengarahkan "Bunga Tanjong" (1963) dan "Pontianak Kembali" (1963).
* Malek Selamat membintangi 3 filem dengan Maria Menado Productions - filem ini, "Raja Bersiong" (1963) dan "Pontianak Kembali" (1963). Ghazali Sumanteri juga 3 - filem ini, "Bunga Tanjong" (1963) dan "Pontianak Kembali".
* Tony Castello yang memuncak naik namanya kerana berlakon bersama P.Ramlee dalam "Anak-Ku Sazali" turut berperanan dalam filem ini, tetapi namanya tidak tercatat di credit title. Dia ada bersama kumpulan Maria Menado dan Ghazali Sumanteri.
* Terdapat 3 lagu yang dicipta oleh Asmadi, dan kesemuanya dinyanyikan oleh Maria Menado dan beramai, tidak satu pun menjadi minat ramai.
* Ahmad Nesfu turut berperanan, tetapi kurang kalau dibandingkan Tony Castello. Mengapa nama Ahmad Nesfu ada di credit title, tidak Tony Castello. Dalam "Bunga Tanjong", Ahmad Nesfu berperanan actor in leading role.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?
SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem
A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati
R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian
AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni
LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu
SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?

rupa-rupanya ada juga terselit satu filem sukan - tinju. terima kasih kepada encik mustafar kerana pendedahan tersebut, dan ini juga keistimewaan fk berbanding dengan blog-blog lain yang sama waktu dengannya memberi info yang cukup berguna. keluhan encik mustafar berasas, sebab banyak sangat filem bercorak seram, sakit jiwa, cinta, cerai, hantu dan ganas, tapi tidak ada genre sukan seperti "darah-ku". kita ada mokhtar dahari, ghani minhat, misbun sidek, razif sidek dan ramai lagi, boleh difilemkan atau didramakan berdasarkan kisah hidup mereka, ertinya difiksyenkan. dalam genre sukan kita bukan saja kemarau, macam kata encik mustafar, tapi kering kontang. yusof haslam dan david teoh yang banyak duit pun tak mampu nak buat. diharap ada produser yang berani tampil ke depan memulakan langkah, atau khairy jamaluddin boleh fikirkan kementeriannya mengeluarkan bajet buat filem mengenai mokhtar dahari (bola sepak) atau misbun sidek (badminton) sebagai permulaan - zainurdin (via e-mail), nusajaya, johor.
ReplyDeleteya, betul juga kata encik zainurdin, kenapa kementerian khairy jamaluddin tak keluarkan bajet untuk buat filem sukan. nak harapkan produser-produser yang sedia ada, takkan mereka mampu. buat permulaan filemkan dulu kisah mokhtar dahari, bangun jatuhnya beliau diarena bola sepak. ikut macam kementerian dalam negeri (pdrm) mengeluarkan bajet buat filem "bukit kepong" yang diarahkan oleh jins shamsudin - norman, putrajaya, wp.
DeleteSeronok baca ulasan En. Mustafar mengenai "Darahku", lebih-lebih lagi ada disertakan filem (youtube)nya sekali. Tapi bila baca ulasan tentang "Roh Membela" dan "Cemburu", kenapa tak disertakan pula youtube kedua filem tersebut. Saya cari juga diyoutube. takut kalau En. Mustafar terlupa. Penat juga saya cari, tapi tak jumpa pun. Tak bestlah macam ni... Kat kedai ada ke, En. Mustafar.
ReplyDelete- Zuraidah (Putrajaya), WP.
"Chemburu" bukan "Cemburu", Zuraidah. Harap lain kali pastikan guna tajuk filem tepat dan betul walaupun terpaksa pakai ejaan lama kerana itu adalah fakta. "Roh Membela" dan "Chemburu" sukar diperolehi, itu sebab tidak ada diyoutube. Mungkin Njendra ada dua filem tersebut, dan boleh diuploadkannya nanti. Saya ada, tapi tak tahu macam mana nak upload. Boleh sesiapa tolong...
ReplyDeleteSalam sejahtera. Terima kasih atas komen dan ilustrasi Tuan . Inilah kelebihan blog filemklasikmalaysia yang mampu melahirkan artikel yg mantap serta menyeronokan. Ia dibuat secara profesional. Ingin bertanya adakah filem Cathay-Keris "Hantu Rimau" 1960 dengan tajuk "double knock out" arahan S.Roomai Noor boleh dikategorikan sebagai filem tinju juga? Heronya juga S.Roomai Noor. Lagi menarik aksi tinju Puteh Lawak lawan Aman Belon. Mereka mendahului filem P.Ramlee "Nasib Si Labu Labi".Banyak juga kategori filem dimana Cathay-Keris mendahului Shaw Brothers.
ReplyDeleteYa, betul juga.
DeletePenilaian saya disini, sebuah filem.
"Double Knock Out", 3 dalam 1 filem.
Itu saja bezanya.
BILKAH POSTING BARU EN. MUSTAFAR AKAN SIARKAN? CADANGAN: MENGAPA TIDAK ENCIK MUSTAFA KENAKAN YURAN BULAN RM20/- (DIBAYAR MENERUSI PAYPAL) BAGI SESIAPA YANG MAHU MENGAKSES BLOG FK?
ReplyDelete- NONAMA
Tidak, saya takkan buat begitu.
DeleteTidak ada ertinya pengorbanan,
sekiranya duit menjadi taruhan.
"Tidak ada ertinya pengorbanan,
Deletesekiranya duit menjadi taruhan".
Susah nak cari orang macam
Encik Mustafar A.R. ni.
Patut ada Tribute... Mustafar A.R.
macam Tribute... Bahyah Mahmood.
- Hasnol (Putrajaya), WP.
Terima kasih, Hasnol. Pada saya tidak perlu. Ramai lagi diluar sana, lebih berjasa dan patut diberikan tribute...
DeleteBlog FK yang memang disukai ramai ini menjadi lebih meriah, 'hidup' & seronok dibaca apabila terdapat penyertaan & sumbangan secara interaktif daripada para pembacanya. Jika tidak keadaannya akan menjadi kematu & "stagnant" sebelum artikel yang baru disiarkan. Yang paling-paling meletop & mendapat sambutan 'double-super mega interaktif' sekali tercetus daripada artikel PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI & SELAMAT PENGANTIN BARU.
ReplyDelete- NONAMA
Ada sesiapa yang boleh memberi sumbangan? Jika ada, silakan hantar. Jika sesuai, akan disiarkan.Saya dan isteri tidak dapat siarkan artikel sekerap mungkin. Terdaya, tersiarlah. Tidak terdaya, tidak tersiarlah. Apa kata, kalau Nonama menjadi pendulu sumbangan artikel pada FK.
DeleteMempunyai bakat, minat & kelancaran menulis ("flair in writing") saja tidak mencukupi. Sesudah mempunyai bahan yang disasarkan & fakta yang kukuh, barulah seseorang itu boleh menulis sesuatu artikel yang diinginkan bagi tatapan ramai untuk membacanya. Dalam hal ini, En. Mustafar & Pn. Zaini jauh lebih pakar & arif tentang dunia hiburan (khususnya perfileman Melayu klasik) & kewartawanan. Golongan pembaca seperti saya hanya boleh menyumbang dalam bentuk pendapat, saranan, kritikan dll. Contoh yang amat ketara sekali ialah e-mel kiriman para pembaca (seperti e-mail Dzulkifli Kasim yang En. Mustafar siarkan dalam blog ini) serta sumbang saran, pertanyaan, perkongsian info & fakta yang melimpah ruah daripada para pembaca blog ini & disiarkan dalam blog yang bertajuk PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI. Inilah yang saya maksudkan sebagai penyertaan peminat & pembaca blog secara interaktif.
ReplyDelete- NONAMA