"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Wednesday, January 21, 2015


CALON & PEMENANG ANUGERAH OSCAR AKADEMI KE-87

CALON ANUGERAH OSCAR AKADEMI KE-87
Teks Oleh Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun Oleh Zaini Yusop

[# UPDATE: 24 FEBRUARI 2015
PEMENANG ANUGERAH OSCAR AKADEMI KE-87]


Kini, diterbitkan sebulan sekali, tidak lagi 2 minggu sekali.


12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
* JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 21 JANUARI 2015)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 100,518 * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 72,006
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 71,686 * SELAMAT PENGANTIN BARU 47,743
* FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 15,371




JULIANNE MOORE & EDDIE REDMAYNE

"BIRDMAN" MENANG 4 OSCAR TERMASUK FILEM TERBAIK

FILEM TERBAIK (Best Picture)___










Pencalonan Oscar Academy Awards Ke-87 (2015), menyaksikan "Birdman Or (The Unexpected Virtue Of Ignorance)" dan "The Grand Hotel Budapest" menerima
9 calon, diikuti "The Imitation Game", 8.

1. AMERICAN SNIPER
(Clint Eastwood, Robert Lorenz, Andrew Lazar, Bradley Cooper & Peter Morgan)

2. BIRDMAN OR (THE UEXPECTED VIRTUE OF IGNORANCE) PEMENANG
(Alejandro G.Iñárritu, John Lesher & James W. Skotchdopole)

3. BOY HOOD
(Richard Linklater & Cathleen Sutherland)

4. THE GRAND BUDAPEST HOTEL
(Wes Anderson, Scott Rudin, Steven Rales & Jeremy Dawson)

5. THE IMITATION GAME
(Nora Grossman, Ido Ostrowsky and Teddy Schwarzman)

6. SELMA
(Christian Colson, Oprah Winfrey, Dede Gardner and Jeremy Kleiner)

7. THE THEORY OF EVERYTHING
(Tim Bevan, Eric Fellner, Lisa Bruce & Anthony McCarten)

8. WHIPLASH
(Jason Blum, Helen Estabrook & David Lancaster)

Sebenarnya 12 filem telah diramalkan calon filem terbaik. 4 yang terkeluar;
1. Foxcatcher
2. Instersteller
3. Mr.Turner
4. Wild

Kebiasaannya, petanda awal sesebuah filem menang oscar filem terbaik ini berdasarkan prestasinya di Golden Globe.

Dalam kategori filem drama, "Boy Hood" pemenangnya, manakala filem musikal atau komedi dimenangi "The Grand Budapest Hotel".

2 filem ini akan menjadi tumpuan utama, namun kemungkinan filem lain akan menang dijangka berlaku kerana oscar academy tidak akan mengikut telunjuk golden globe semata-mata. Mereka pun ada juri (penilai) yang berwibawa.

Asalnya calon filem terbaik, 5. Sejak 3 tahun lalu tambah 4 jadi 9. Namun kali ini, kurang 1 jadi 8.

Ramai yang berpendapat, oscar academy sepatutnya mengekalkan 9 dengan memasukkan "Foxcatcher" atau jadikan 10 dengan "Nightcrawler" turut dicalonkan.

ARAHAN (Direction)___


ALEJANDRO GONZALES INNARITU (Birdman)

BENNETT MILLER (Foxcatcher)

RICHARD LINKLATER (Boy Hood)

MORTON TYLDUM (The Imitation Game)

WES ANDERSON (The Grand Budapest Hotel)

Kategori pengarah terbaik ini, ada berlaku kejutan apabila Bennette Miller dicalonkan kerana "Foxcatcher" sebab ramai menjangkakan Damien Chazelle "Whiplash" dan Ava DuVernay "Selma".

Bennette Miller pernah dicalonkan pengarah terbaik pada 2006 kerana filem "Capote", tapi gagal ditangan Ang Lee "Brokeback Mountain", yang merupakan pengarah Asia pertama menang kategori tersebut.

1.ALEJANDARO G.INARRITU (Birdman) PEMENANG
2. RICHARD LINKLATER (Boy Hood)
3. BENNETT MILLER (Foxcacher)
4. WES ANDERSON (The Grand Budapest Hotel)
5. MORTON TYLDUM (The Imitation Game)

Alejandaro G.Inarritu pernah dicalon dalam kategori ini pada 2007 kerana "Babel", namun gagal apabila Martin Scorsese menang kerana "The Departed".

Satu lagi kejutan, apabila Clint Easwood tidak dicalonkan kerana "American Sniper", walaupun diperngkat awal namanya disebut-sebut.

Selain itu, turut tersingkir James March "The Theory Of Everything" dan David Fincher "Gone Girl".

Di Golden Globe, kategori filem dimenangi Richard Linklater "Boy Hood" menewaskan Ava DuVernay "Selma", David Fincher "Gone Girl", Alejandra G.Inarritu "Birdman" dan Wes Anderson "The Grand Budapest Hotel".

AKTRES TERBAIK UTAMA (Best Actress In Leading Role)___


JULIANNE MOORE (Still Alice)

MARION CATILLARD (Two Days, One Night)
ROSAMUND PIKE (Gone Girl)

FELICIT JONES (The Theory Of Everything)

REESE WHITERSPOON (Wild)

Agak menarik kehadiran Julianne Moore kerana "Still Alice". Beliau pernah dicalonkan 4 kali, dan tidak pernah menang. Kali ini, berperanan sebagai profesor psikologi mengidap alzheimer, kemungkinan nasib menyebelahinya.

Agak menarik, pada 2003, Julianne Moore dicalonkan 2 kategori - aktres terbaik utama "Far From Heaven" dan aktres terbaik pembantu "The Hours", yang dimenangi Nicole Kidman "The Hours" dan Catherine Zeta-Jones "Chicago".

2 calon turut diterimanya - "The End Of Thne Affair", aktres terbaik utama (2002), dan "Boogie Nights", aktres terbaik pembantu (1998).

1. MARION COTILLARD (Two Days, One Night)
2. FELICITY JONES (The Theory Of Everything)
3. JULIANNE MOORE (Still Alice) PEMENANG
4. ROSAMUND PIKE (Gone Girl)
5. REESE WHITHERSPOON (Wild)

Bagaimanapun, Julianne terpaksa bersaing hebat dengan Marion Catillard "Two Days, One Nights", Felicity Jones "The Theory Of Everything", Rosamund Pike "Gone Girl" dan Reese Whiterspoon "Wild".

Reese Whitherspoon pernah menang aktres terbaik utama pada 2006 "Walk The Line", begitu juga Marion Cotillard pada 2008 ("La Vie en rose"). Felcity Jones dan Rosamund Pike, ini kali pertama.

Satu kejutan berlaku di kategori ini, apabila Jennifer Aniston gagal dicalonkan "Cake". Begitu juga Amy Adams "Big Eyes", yang tahun lalu dicalonkan kerana "American Hustler".

Turut menggigit jari, Emiley Blunt "Into The Wood", Hilary Swank "The Horseman" dan Anne Hathway "Intersteller".

Di Golden Globe, filem drama dimenangi Amy Adams "Big Eyes", dan filem musical atau komedi, Julianne Moore "Still Alice".


AKTOR TERBAIK UTAMA (Best Actor In Leading Role)___


STEVE CARELL (Foxcatcher)

BENEDICT CUMBERBATCH (The Imitation Game)

MICHEAL KEATON (Birdman)

BRADLEY COOPER (American Sniper)

EDDIE REDMAYNE (The Theory Of Everthing)

Kategori aktor terbaik utama ini, Bradley Cooper dicalonkan buat kali ke-3. Pada 2013 "Silver Linings Playbook" dan tahun lalu (2014) "American Hustler" dalam kategori aktor terbaik pembantu.

Cukup menarik, 2 kali pencalonannya berturut-turut, Bradley Cooper terlibat dengan American - "American Hustler" dan "American Sniper", disamping beliau juga produser bersama dengan Clint Eastwood, Robert Lorenz, Andrew Lazar dan Peter Morgan.

1. STEVE CARELL (Foxcather)
2. BRADLEY COOPER (American Sniper)
3. BENEDICT CUMBERBATCH (The Imitation Game)
4. MICHAEL KEATON (Birdman)
5. EDDIE REDMAYNE (The Theory of Everything) PEMENANG

Ramai kecewa apabila Jake Gyllenhaal disingkirkan "The Nightcrawler", begitu juga Daud Oyelowo yang telah memperlihatkan lakonan cemerlang sebagai Dr.Martin Luther King "Selma".

Kekuatan kini berada ditangan Micheal Keaton, ini kerana beliau telah memenangi Critic Choice Movie Awards dan Golden Globe musikal atau komedi.

Eddie Redmayne pula menang kerana "The Theory Of Everything" di Golden Globe dalam kategori filem drama.

3 lagi yang tersingkir, Ralph Fiennes (The Grand Budapest Hotel), Oscar Isaac (The Most Violent Year) dan Timothy Small (Mr.Turner).


AKTRES TERBAIK PEMBANTU (Best Actress In Supporting Role)___


PATRICIA ARQUTTE (Boy Hood)

MERYL STREEP (Into The Woods)

EMMA STONE (Birdman)

LAURA DERN (Wild)

KEIRA KNIGHTLEY (The Imitation Game)

Dalam kategori ini, Meryl Streep sekali lagi dicalonkan. Antara ber-5, beliau banyak kali terima pencalonan, "The Deer Hunter" (1978), "Kramer Vs Kramer" (1979) dan "The Hour" (2002).

2 kali menang aktres terbaik utama, "Sophie's Choice" (1982) dan berperanan Margaret Thatcher "Iron Lady" (2011), dan dalam "Into The Woods" ini peranannya sebagai ahli sihir.

Begitu pun juga, Meryl Streep bukan pilihan utama. Pencabar kuatnya Patricia Arquette (Boy Hood) berdasarkan kemenangannya di Golden Globe dan Laura Dern (Wild) yang pencalonannya ini dianggap mengejutkan.

1. PATRICIA ARQUETTE (Boy Hood) PEMENANG
2. EMMA STONE (Birdman)
3. MERYL STREEP (Into The Woods)
4. KEIRA KNIGHTLEY (The Imitation Game)
5. LAURA DERN (Wild)

Tahun lepas (2014), Meryl Streep turut dicalonkan "August: Osage Country" tapi dalam kategori aktres terbaik utama, dan kecundang ditangan Cate Blanchett "Blue Jasmine".

Emma Stone yang gagal di Golden Globe juga mempunyai harapan kerana lakonannya dalam "Birdman", namun ramai yang terkilan kerana tersingkirnya Rene Russo (The Nighcrawler), Jessica Christain (A Most Violent Year), Naomi Watts (St.Vincent), Tilda Swinton (Snowpiercer) dan Carmen Ejogo (Selma).

Keira Knightley pula, pernah menerima pencalonan pada 2005 kerana lakonannya dalam "Pride And Prejudice", tapi digagalkan Reese Whitherspoon "Walk The Line".


AKTOR TERBAIK PEMBANTU (Best Actor In Supprting Actor)___


ROBERT DUVALL (The Judge)

EDWARD MORTON (Birdman)


MARK RUFFLO (Foxcatcher)

ETHAN HAWKE (Boy Hood)

Dalam kategori aktor terbaik pembantu, Robert Duvall yang berperanan dalam "The Judge" diramalkan menang walaupun di Golden Globe beliau digagalkan J.K.Simmons Whiplash".

Begitu pun juga, persaingannya tidak boleh diperkecilkan terutama J.K.Simmons, Edward Norton, Mark Ruffalo dan Ethan Hawke.

Sejak tahun 1962, Robert Duvall telah dicalonkan 9 kali termasuk "The Judge". Antaranya, "To Kill A Mocking Bird" (1962), "MASH" (1970), "The Godfather" (1972), "Network" (1976) dan "Apocalypse Now" (1979).

1. ROBERT DUVALL (The Judge)
2. EDWARD NORTON (Birdman)
3. J.K.SIMMONS (Whiplash) PEMENANG
4. MARK RUFFALO (Foxcatcher)
5. ETHAN HAWKE (Boy Hood)

Ethan Hawke pernah dicalonkan pada 2002 kerana peranannya dalam "Training Day" tapi kecundang ditangan Jim Broadbent "Iris".

Dalam pada itu, ramai juga yang tersingkir yang sejak awal diramalkan akan dicalonkan seperti Steve Carrel (Foxcatcher), Josh Brolin (Inherent Vice), Christopher Waltz (Big Eyes), Tom Wilkinson (Selma) dan Miyavi (Unbroken).


FILEM BAHASA ASING (Foreign Language Film)___


IDA (Poland)


LEVIATHAN (Russia)



TANGERINES (Estonia)



TIMBUKTU (Mauritania)


Tahun lepas kategori ini dimenangi Italy dengan filemnya "The Great Beauty", tapi kali ini negara tersebut nampaknya tersingkir, dan 2 negara kecil dan kurang popular berada dalam pencalonan.

Mauritania yang terletak di Afrika bersempadankan Algeria dan Lautan Atlantik dicalonkan kerana "Timbuktu" dan Estonia yang berada di Laut Batlik dengan "Tangierines".

1. IDA (Poland) PEMENANG
2. LEVIATHAN (Russia)
3. TANGIERINES (Estonia)
4. WILD TALES (Argentina)
5. TIMBUKTU (Mauritania)

Russia turut menerima pencalonan dengan "Leviathan" dan Poland dengan "Ida". Ini bererti 3 filem yang dicalonkan dari negara Eropah Timur - Russia, Poland dan Estonia.

Satu-satunya filem dari negara Latin, Argentina, menerima pencalonan kerana "Wild Tales", dan "The Liberator" dari Venezuela tersingkir.

"Corn Island" dari Georgia yang diramalkan menerima pencalonan gagal, begitu juga "Force Majuere (Sweden) dan "Accused" (Netherland).

Dari negara Asia yang tersingkir, Turkey (Winter Sleep), Pakistan (Dukhtar), Afghanistan (A Few Cubic Meters Of Love) dan Hong Kong (The Golden Era).

Diramalkan "Ida" akan berjaya, tapi di Golden Globe telah ditewaskan "Leviathan". Israel dengan filemnya "Gett: The Trail Of Viviane Amsalem" dicalonkan di Golden Globe gagal pula di Oscar Academy Awards ini.

Disamping itu, "Ida" juga turut dicalonkan Sinematografi Terbaik.

Selain Italy, tahun lalu negara-negara menerima pencalonan Belgium, Denmark, Palestine dan Cambodia.








LAIN-LAIN PENCALONAN___

THE TALE OF THE PRINCESS KAGUYA

INHERENT VICE

LAST DAYS IN VIETNAM

TULISAN LAKONLAYAR ADAPTASI (Writing Adapted Screenplay):
1. Jason Hall (American Sniper)
2. Graham Moore (The Imitation Game) PEMENANG
3. Paul Thomas Anderson (Inherent Vice}
4. Anthony McCarten (The Theory Of Everything)
5. Damien Chazelle (Whiplash)

TULISAN LAKONLAYAR ORIGINAL (Writing Original Screenplay):
1. Alejandro González Iñárritu/Nicolás Giacobone/Alexander Dinelaris Jr./Armando Bo (Birdman)PEMENANG
2. Richard Linklater (Boy Hood)
3. E.Max Frye/Dan Futterman (Foxcatcher)
4. Wes Anderson/Hugo Guinness (The Grand Budapest Hotel)
5. Dan Gilroy (The Nightcrawler)

FILEM ANIMASI (Animated Feature):
1. Big Hero 6 (Don Hall/Chris Williams/Roy Conli) PEMENANG
2. The Boxtrolls (Anthony Stacchi/Graham Annable/Travis Knight)
3. How To Train Your Dragon 2 (Dean Dablois/Bonnie Arnold)
4. Song Of The Sea (Tomm Moore/Paul Young)
5. The Tale Of Princess Kaguya (Isao Takahata/Yushiaki Nishimura)

FILEM DOKUMENTARY (Documentary Feature):
1. Citizenfour (Laura Poitras/Mathilade Bonnefoy/Dirk Wiltzky)PEMENANG
2. Finding Vivian Maier (John Maloof/Charlie Siskel)
3. Last Days In Vietnam (Rory Kennedy/Keven Mcalester)
4. The Salt Of The Earth (Wim Wenders/Juliano Ribeiro Salgado/David Rosier)
5. Virunga (Orlando Von Einsiedel/Joanna Natasegara)


GLEN CAMPBELL I'LL BE ME

UNBROKEN

MALEFICENT

MUSIK LAGU ORIGINAL (Music Original Song):
1. "Everything Is Awesome," The Lego Movie (Shawn Petterson)
2. "Glory," Selma (John Stephen & Lonnie Lynn) PEMENANG
3. "I'm Not Gonna Miss You," Glen Campbell: I'll Be Me
(Glen Campbell & Julian Reymond)
4. "Lost Stars," Begin Again (Gregg Alexander & Danielle Brasebois)
5. "Grateful," Beyond the Lights (Diane Warren)

SUNTINGAN (Editing):
1. American Sniper (Joel Cox/Gary D.Roach)
2. Boy Hood (Sandra Adair)
3. The Imitation Game (William Goldenberg)
4. Whiplash (Tom Cross) PEMENANG
5. The Grand Budapest Hotel (Barney Pilling)

SINEMATHOGRAFI (Cinematography):
1. Emmanuel Lubezki (Birdman) PEMENANG
2. Robert Yeoman (The Grand Budapest Hotel)
3. Ryszard Lenczewski and Łukasz Żal (Ida)
4. Dick Pope (Mr.Turner)
5. Roger Deakins (Unbroken)

REKAAN KOSTUM (Costume Design):
3. Colleen Atwood (Into The Woods)
1. Milena Canonero (The Grand Budapest Hotel) PEMENANG
5. Jacqueline Durran (Mr.Turner)
4. Anna B. Sheppard/Jane Clive (Maleficent)
2. Mark Bridges (Inherent Vice)

REKAAN PRODUKSI (Production Design):
1. The Grand Budapest Hotel (Adam Stockhausen/Anna Pinnock)PEMENANG
2. The Imitation Game (Maria Djurkovic/Tiatina Macdonald)
3. Interstellar (Nathan Crowley/Gary Fittis)
4. Into the Woods (Dennis Gasser/Anna Pinnock)
5. Mr.Turner (Susie Davies/Charlotte Watts)


THE HOBBIT THE BATTLE OF THE FIVE ARMIES

INTERSTELLAR

CAPTAIN AMERICA: THE WINTER SOLDIER

FILEM ANIMASI PENDEK (Short Film Animated):
1. The Bigger Picture (Daisy Jacobs/Christopher Hees)
2. The Dam Keeper (Robert Condo/Dice Tsutsumi)
3. Feast (Patrick Osborne/Kristina Reed) PEMENANG
4. Me And My Moulton (Torill Kove)
5. A Single Life (Joris Oprins)

AKSI LANGSUNG FILM PENDEK (Short Film Live Action):
1. Aya (Oded Binnun/Mihal Brezis)
2. Boogaloo And Graham (Michael Linnox/Ronan Blaney)
3. Butter Lamp (La Lampe Au Beurre De Yak)
(Hu Wei/Julian Perret)
4. Parvaneh (Talkhon Hamzavi/Stefan Eichnberger)
5. The Phone Call (Mat Kirby/James Lucas) PEMENANG

DOKUMENTARI SABJEK PENDEK (Documentary Short Subject):
1. Crisis Hotline: Veterans Press 1 (Ellen Goosenberg Kent/Dana Perry)
PEMENANG
2. Joanna (Aneta Kopacz)
3. Our Curse (Tomasz Sliwinski/Marjeij Slesicki)
4. The Reaper (La Parka) (Gabriel Serra Arguello)
5. White Earth (J.Christians Jessen)

SUNTINGAN SUARA (Sound Editing):
1. American Sniper (Alan Robert Murray/Bub Asman) PEMENANG
2. Birdman (Martin Hernandez/Aaron Glascock)
3. The Hobbit The Battle of the Five Armies
(Brent Burge/Jason Canavas)
4. Interstellar (Richard King)
5. Unbroken (Becky Sullivan/Andrew Decristofaro)

ADUNAN SUARA (Sound Mixing):
1. American Sniper (John Reitz/Gregg Ruloff/Walt Martin)
2. Birdman (Jon Taylor/Frank A.Montano/Thomas Varga)
3. Interstellar (Garry Rizzo/Gregg Landake/Mark Weingaten)
4. Unbroken (Jon Taylor/Frank A.Montano/David Lee)
5. Whiplash (Craig Mann/Ben Wilkins/Thomas Curley) PEMENANG


DAWN OF THE PLANET OF THE APES

GUARDIANS OF THE GALAXY

MR.TURNER

KESAN VISUAL (Visual Effects):
1. Captain America: The Winter Soldier
(Dan Deeleeuw/Russell Eral/Bryan Grill/Dan Sudick)
2. Dawn Planet Of The Apes
(Joe Letteri/Dan Lemmon/Daniel Barret/Erik Winquist)
3. Guardians Of The Galaxy
(Stephani Ceretti/Nicholas Aithadi/Jonathan Fawkner/Paul Corbould)
4. Intersteller
(Paul Franklin/Andrew Lockley/Ian Hunter/Scott Fisher) PEMENANG
5. X-Men: Days Of Future Past
(Richard Stammers/Lou Pecora/Tim Crosbie/Cameron Waldbauer)

MAKEUP & DANDANAN RAMBUT (Makeup & Hairstyling):
1. Foxcatcher (Bill Croso/Dennis Liddiard)
2. The Grand Budapest Hotel (Frances Hannon/Mark Coulier) PEMENANG
3. Guardians Of The Galaxy (Elizabeth Yianni-Georgiou/David White)

SKOR ORIGINAL (Original Score):
1. Alexandre Desplat (The Grand Budapest Hotel) PEMENANG
2. Alexandre Desplat (The Imitation Game)
3. Hans Zimmer (Interstellar)
4. Gary Yershon (Mr.Turner)
5. Johann Johannsson (The Theory Of Everything)


CALON FILEM TERBAIK TERIMA PENCALONAN___

Agak menyedihkan, "Selma" yang menggambarkan ketokohan Dr. Martin Luther King, hanya menerima 2 calon saja - filem terbaik dan musik lagu original.

Di Golden Globe, ada juga 4 calon - filem terbaik, arahan (Ava Duvernay), David Oyelowo (aktor terbaik utama) dan "Glory" menang lagu original terbaik.

BIRDMAN - 9 calon
* Filem Terbaik (1. PEMENANG)
* Arahan Terbaik (2. PEMENANG)
* Aktor Terbaik Utama
* Aktres Terbaik Utama
* Aktor Terbaik Pembantu
* Lakonlayar Original (3. PEMENANG)
* Sinematografi (4. PEMENANG)
* Suntingan Suara
* Adunan Suara

THE GRAND BUDAPEST HOTEL - 9 calon
* Filem Terbaik
* Arahan Terbaik
* Lakonlayar Original
* Suntingan Filem
* Sinematografi
* Rekaan Kostum (1. PEMENANG)
* Rekaan Produksi (2. PEMENANG)
* Makeup & Dandanan Rambut (3. PEMENANG)
* Original Skor (4. PEMENANG)

THE IMITATION GAME - 8 calon
* Filem Terbaik
* Arahan Terbaik
* Aktor Terbaik Utama
* Aktres Terbaik Utama
* Lakonlayar Adaptasi (1. PEMENANG)
* Suntingan Filem
* Rekaan Produksi
* Original Skor

AMERICAN SNIPER - 6 calon
* Filem Terbaik
* Aktor Terbaik Utama
* Lakunlayar Adaptasi
* Suntingan Filem
* Suntingan Suara
* Adunan Suara (1. PEMENANG)

BOYHOOD - 6 calon
* Filem Terbaik
* Arahan
* Aktres Terbaik Pembantu (1. PEMENANG)
* Aktor Terbaik Pembantu
* Lakunlayar Original
* Suntingan Filem

THE THEORY OF EVERYTHING - 5 calon
* Filem Terbaik
* Aktres Terbaik Utama
* Aktor Terbaik Utama (1. PEMENANG)
* Lakonlayar Adaptasi
* Skor Original

WHIPLASH - 5 calon
* Filem Terbaik
* Lakonlayar Adaptasi
* Suntingan Filem (1. PEMENANG)
* Adunan Suara (2. PEMENANG)
* Aktor Terbaik Pembantu (3. PEMENANG)

SELMA - 2 calon
* Filem Terbaik
* Musik Lagu Original (1. PEMENANG)


Dobly Theatre, Hollywood, Los Angeles.

Penyampaian Oscar Akademy Awards Ke-87 ini akan berlangsung pada 22 Februari 2015 di Dobly Theatre, Hollywood, Los Angeles.







# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?






KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.




3 comments:

  1. Artikel menarik mengenai Oscar Academy Awards Ke-87 oleh Encik Mustafar A.R. dan Puan Zaini Yusop. Ulasannya perfect serta banyak gambar menarik dan seksi. Ternyata Encik Mustafar begitu banyak pengalaman dan banyak tahu mengenai filem dalam dan luar negara. Bukan sekadar copy and paste saja sebagaimana yang dilakukan oleh blog-blog lain yang sama waktu dengan FK, malah kadang-kadang tidak ada gambar langsung, kalau ada pun sikit sangat. Setakat ini, FK saya anggap paling lengkap dan menarik menyiarkan pencalonan penuh oscar academy awards ke-87 - Hassan Sanusi, Kota Kinabalu, Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Encik Hassan. Pada saya kalau ingin melakukan sesuatu buat betul-betul, jangan main cincai dan sembrono saja.

      Delete
  2. Saya ada juga baca mengenai pencalonan anugerah oscar ini diblog-blog lain samada berbahasa Inggeris mahupun berbahasa Melayu. Namun apa yang ada di FK ini tidak kalah apa yang mereka lakukan. Menggunakan banyak gambar, cantik-cantik dan ada pula yang seksi. Syabas Encik Mustafar - NUR, Subang Jaya, Selangor.

    ReplyDelete