PINDAH DARI SIDE BAR KE BLOG UTAMA
Di Edit Di Semak & Di Susun Oleh Zaini Yusop
Kini, diterbitkan sebulan sekali, tidak lagi 2 minggu sekali.
12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG
# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
* JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA
# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 15 JANUARI 2015)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 99,733 * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 71,019
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 70,990 * SELAMAT PENGANTIN BARU 47,322
* FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 15,201
RAMAI CADANG "CELOTEH PAK MUS..." DIPINDAHKAN KE BLOG UTAMA
TERLALU banyak e-mail saya terima, memberi ucapan tahniah dan pujian kerana mewujudkan rungan pojok "Celoteh Pak Mus..." yang terdapat di Side Bar blog Filem Klasik (FK) ini.
Kata mereka, membaca yang pertama sudah terasa bahang keseronokannya dan yang akan datang tentu lebih menarik dan lebih panas dengan pemilihan topik semasa yang patut disentuh disamping lenggang lenggok bahasa saya yang sering mencuit hati.
Kah... kah... kah... Benarkah mencuit hati?
Salah satu e-mail itu saya muatkan disini, catatannya:
Salam hormat Encik Mustafar A.R.,
Meletakkan rungan pojok "Celoteh Pak Mus..." di Side Bar blog FK memang baik kerana sesiapa saja yang buka dan baca setiap artikel di Blog Utama terus dapat membaca apa yang terkandung dalam ruangan pojok itu.
Tetapi, di Side Bar tidak boleh bertahan lama. Paling lama pun tiga atau empat hari atau mungkin seminggu. Selepas itu terpaksa dipadam untuk digantikan dengan yang lain pula.
Memikirkan betapa ruginya, yang sudah ada itu hilang begitu saja, apa kata kalau saya cadangkan supaya Encik Mustafar menyiarkan semula di Blog Utama FK setiap ruangan pojok yang sudah ada, dan tentunya akan ada lagi.
Dengan cara begitu, saya dan peminat FK yang lain dapat sama-sama mengkaji dan menilai apa saja yang Encik Mustafar celotehkan disamping mendapatkan feedbacknya, dari masa ke masa.
Sekian, saya suka baca blog FK.
Salam hormat dari saya, NurBalqis Sulaiman (Putrajaya), WP.
Ada juga kebenaran apa yang ditulis oleh NurBalqis. Justeru itu, saya akan masukkan setiap pojok "Celoteh Pak Mus..." di Blog Utama FM, disini. Ini bererti ia akan diupdate (dikemaskini) setiap kali apa yang ada di Side Bar itu akan didelete.
Terima kasih NurBalqis, kerana membuat cadangan dan pencetus idea yang dianggap sangat bernas, dimana pada peringkat awal tidak pernah saya terfikirkan.
Dalam pada itu, kalau sudah "Celoteh Pak Mus..." dipindahkan disini, saya merasakan "Trivia" yang berada di Side Bar itu pun patut juga turut sama, ini disebabkan ia juga sangat berguna dan bermanfaat untuk dijadikan rujukan.
Semuanya ini akan dikendalikan oleh Zaini Yusop, yang begitu tekun dan didikasi sejak FK aktif pada tahun 2010, dan pada 12 April 2015 ini genap usianya 5 tahun di alam maya iaitu bersempena berlangsungnya "Tribute... Bahyah Mahmood" di Saloma Bistro, Kuala Lumpur.
Sekian, selamat membaca dan memblog.
- Mustafar A.R.
CELOTEH PAK MUS...
Shahrulezad Mohameddin pengarah drama "Syurgamu Ramadhan".
SHAHRULEZAD BIDAS PENULIS WANITA (4 Januari 2015)
SHAHRULEZAD Mohameddin telah bertindak berani dan dikira tidak popular yang memungkinkan beliau dipandang serong oleh kaum wanita dan tekanan dari stesen-stesen tv.
Apa yang diluahkan Shahrul itu, ada kebenarannya. Harus diambil perhatian dan bukan mengutuk beliau, kerana kaum wanita selalu bertindak ikut emosi bukan dengan akal yang bijak, tapi diletak dikepala lutut.
Shahrul, produser dan pengarah yang boleh dianggap popular waktu kini, menyentuh mengenai idea untuk drama tv yang rata-rata dihasilkan oleh penulis wanita.
Pengarah yang terkenal dengan drama tv “Rona Roni Makaroni” dan “Antara Garisan”, tanpa berselindung menemplak ramai penulis wanita yang gemar melahirkan plot drama yang menjatuhkan martabat kaum wanita itu sendiri.
Malah, beliau turut bertanya, mengapa penulis wanita berbakat sebegini tidak mahu mewujudkan plot yang menaikkan maruah dan kelebihan mereka (kaum wanita) berbanding membiarkan diri mereka terus dijadikan mangsa.
Lebih menyedihkan Shahrul, kebanyakan novel Melayu yang diianggap ‘best selling’ yang dijual dikedai-kedai buku adalah cerita-cerita seperti ini.
Selain itu, Shahrul menghuraikan mengenai isu yang melanda industri drama tv tempatan yang semakin mengarut dari segi plot atau jalan cerita.
Disamping itu, wakil beberapa stesen tv yang membuat pilihan pelakon sampaikan ada watak yang diberi langsung tidak sesuai, tapi sebab pelakon itu cantik atau kacak dan mampu mengkhayalkan penonton, layankan sajalah.
Shahrul juga menegur pengarah dan pelakon yang sebenarnya malas membuat ‘research’ mengenai sesebuah karya. Pada mereka, janji masuk, sudahlah!
Paling teruk apabila beliau membidas penonton yang rata-rata suka sangat melayan cerita-cerita bodoh yang langsung tidak boleh menghubungkan sel otak.
Kata Shahrul lagi, "Orang kata, kalau mahu tahu mentaliti kebanyakan wanita Melayu kita, senang saja. Korang tengoklah drama tv dan novel popular di pasaran. Mereka punya pemikiran yang sama.
”Sebab itu ramai diantara mereka senang kena kencing dengan lelaki. Memang layak pun kena kencing kalau sudah macam itu mentaliti mereka.”
”Saya memohon maaf kalau ada yang terasa, terutama mereka di stesen-stesen tv. Namun, demi kualiti dan martabat industri yang kini mengalami masalah moral, saya terpaksa berterus terang. Sebelum kita semua dikatakan syok sendiri."
Pak Mus – Memang pedas, macam mi kari Maggie. Tapi malas nak komen. Lu, fikirlah sendiri…
CELOTEH PAK MUS...
Zed Zaidi Vs Vanidah Imran.
APA NAK JADI DENGAN SENIMAN NI? (11 Januari 2015)
Apa nak jadi.
Pak Mus terpaksa pinjam tajuk lagu S.M.Salim sebagai permulaan celoteh kali ini mengenai krisis yang tak pernah terungkai persatuan Seniman yang sering berantakan sesama sendiri.
Selepas mesyuarat agung September lepas, dan Zed Zaidi mengekalkan jawatan Presiden setelah mengalahkan Mustapha Maarof, Pak Mus kira pertelagahan tidak akan timbul lagi apatah lagi ajknya dianggutai oleh anak-anak seni yang masih muda belaka, dan sudah tentu bijak pandai.
Ternyata telahan Pak Mus meleset, malah terkejut beruk, apabila Zed dan gangnya membuat laporan polis kerana sekadar Vanidah Imran dikatakan, kononnya, mencuri dan membawa lari buku cek, padahal beliau adalah Bendahari Seniman.
Tidak masuk akal, tuduhan itu ditujukan kepada Vanidah. Buat laporan polis lagilah teruk dan tidak munasabah. Dari segi procedure Bendahari berhak memegang dan menyimpan buku cek persatuan, bukannya beliau memalsukan tandatangan dan mengeluarkan wang.
Tuduhan melari dan mencuri buku cek, hanyalah khayalan Presiden dan gangnya semata-mata. Tuduhan yang boleh dianggap mengarut, dan buat Pak Mus gelak, kah... kah... kah...
Pada Pak Mus, krisis demi krisis yang dialami Seniman boleh dianggap luar biasa. Setiap peralihan Presiden dan ajknya, pasti ada cacatcela dan keceluarannya. Sudah jadi semacam tradisi pula, kalau tak ada krisis bukan persatuan Seniman namanya.
Sepanjang zaman, ada saja tidak kena, ada saja buruknya. Zaman Aziz Singah, begini. Zaman Ismail Hutson, begitu. Zaman Baharuddin Haji Omar, begini. Zaman Harun Salim Bachik, begitu. Begitu begini dan seterusnya, mungkin tiada ada kesudahannya.
Hanya Zaman Mustapha Maarof, ada sedikit kelegaan dan berjaya mengumpul dana yang agak banyak dan tersimpan di Amanah Raya.
Pun begitu, sikap Mustapha yang mementingkan diri sendiri dan mengutamakan gangnya, artis veteran, menjadikan namanya sedikit tercalar dan mendatangkan ketidakpuasan hati terutama dikalangan artis-artis muda.
Sekiranya Zainuddin Zimbo yang bertungkus lumus melahirkan Seniman dan merupakan Presidennya yang pertama, masih hidup, pasti menangis melihat keadaan persatuan yang diharapkannya menyatukan semua anak seni, terumbang ambing disebabkan perkara yang kebiasaannya, remeh temeh yang boleh diselesaikan denganberunding.
Pak Mus, yang terlibat diperingkat awal penubuhan Seniman bersama Zainuddin, dan pernah menjadi Setiausaha, pun terasa sebak. Sedih rasa dihati, nak menagis pun ada. Tapi buat apa, nasi dah jadi bubur. Tengok sajalah, selagi boleh tengok.
Kalaulah budak-budak Permata, Taska atau Tadika, yang boleh dianggap belum cerdik, menubuhkan persatuan, Pak Mus rasa pergolakan tidak akan terjadi seperti Seniman, yang boleh dikatakan rata-rata dipimpin oleh mereka yang bijak pandai tapi bodoh sombong.
Pak Mus malas nak celoteh panjang, tapi berfikiran dan mencari kebenaran dan berharap kesemua angguta yang memimpin Seniman tahu tanggungjawab masing-masing, dan mematuhi perlembagaan.
Dalam beberapa hal, Pak Mus terpaksa mempertahankan Zed. Cuma silapnya beliau, tergopohgapah pergi ke balai polis, itu saja.
Dalam mesyuarat tahun lalu, Zed mempertahankan jawatannya dan kekal sebagai Presiden Seniman. Itu sudah cukup, memberi kuasa kepadanya, merangka dan membuat apa juga perancangan demi kebaikan ahli, masyarakat dan negara.
Ini jelas tercatat dalam perlembagaan, tidak sesiapa boleh menafi dan mempertikaikannya.
Justeru itu, suka atau tidak suka semua ajk mesti akur dengan kehendak Presiden kerana itu adalah corak dan gaya kepimpinannya. Mereka harus ingat, Presiden berkuasa tau!
Ini bererti, setiap Presiden mempunyai visi dan misi yang tersendiri untuk mengungguli persatuan yang dipimpinnya. Samada buruk atau baik, itu soal lain.
Dalam satu bahtera, tidak boleh ada dua nakhoda. Kalau lebih dari seorang, risiko bahtera akan tenggelam sangat besar, boleh berlaku tanpa adanya ribut taufan.
Kini, timbul pula enam ajk (6 jahanam, ke?), Rashidi Ishak, Sofea Jane, Sharifah Amani, Lisa Surihani, Arash Mohd. dan Khir Rahman, menentang Presiden dan mempertahankan Vanidah.
Ini Pak Mus anggap sebagai kerja sia-sia dan boleh diterima sebagai bodoh dan bangang.
Ia tidak akan berkesan kerana, mereka sudah melanggar perlembagaan, displin berpersatuan. Engkar dengan arahan Presiden. Zed boleh pecat mereka bila-bila masa, dan bukti pun sudah jelas dan nyata.
Kalau dibawa ke mahkamah pun, rasa Pak Muslah, sukar untuk menang. Tapi, takkan Seniman nak ke mahkamah lagi? Berapa banyak mahkamah, daa?
Oleh yang demikian, hati pun sudah retak, demi untuk keunggulan dan kebaikan Seniman, dan 6 ajknya itu sudah boleh dianggap duri dalam daging atau musuh dalam selimut, sebelum pemecatan dibuat, ada baiknya mereka meletak jawatan secara rasmi, tulis surat.
Ini bagi membolehkan, Zed dan gangnya melantik ajk baru yang ngam, dan sedia bergandingan menerajui serta menggiatkan aktiviti Seniman, tanpa diganggu gugat, sepanjang kepimpinannya bagi tahun 2015 hingga 2016.
Bagi mereka, kerana maruah atau intergriti, tentulah agak sukar melaksanakannya, namun kerana kepentingan Seniman dan ahlinya, pengorbanan mesti dilakukan. Berkorban untuk kebaikan.
Bak kata P.Ramlee, berkorban apa saja, harta atau pun nyawa. Jangan jadikan Seniman seperti api dalam sekam, yang mana akhirnya akan hancur dan musnah.
Dalam mesyuarat agung tahun 2016 nanti, sekiranya masih tidak berpuashati dengan kepimpinan Zed, jatuh dan singkirkan beliau. Itupun kalau Zed lemah, kalau kuat, jangan mimpilah boleh menang.
Rashidi, Lisa, Sofea, Arash, Amani dan Khir boleh bertanding merebut jawatan Presiden atau apa-apa jawatan sekali pun.
For time being, Pak Mus harap, patuhilah mandat yang telah diberikan oleh majoriti ahli Seniman kepada Zed dalam mesyuarat agung yang lalu, untuk melihat samada beliau timbul atau tenggelam bersama Seniman.
Pak Mus – Kepada Zed, cukup-cukuplah bersuara lantang tu!. Sebagai Presiden Seniman, be cool man...
CELOTEH PAK MUS...
Dua buku Finas yang sudah dikritik oleh Pak Mus.
FINAS JUAL BUKU BANYAK SALAH FAKTA?
MENJUAL produk yang salah, adalah suatu kesalahan. Apabila kesalahan itu diberitahu, terus juga dijual, adalah dua kali salah, dan mereka yang terlibat patut bertanggungjawab, dan harus dihukum.
Finas atau Perbadanan Kemajuan Filem Nasional, boleh dianggap sebagai gedung ilmu perfileman Malaysia walaupun diperingkat awal, membantu pengeluar filem, syarikat Bumiputra, mengeluarkan filem.
Finas kini berdiri megah dan rakyat Malaysia patut bangga kerana ia berdiri dan membangun dengan duit rakyat. Duit kerajaan itu, wang rakyat, dana dari cukai yang dikenakan pada rakyat.
Begitu pun juga, Finas banyak melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Diharap Ketua Finas yang baru, Kamil Othman, kembalikan Finas kelandasan yang betul, jangan keterlaluan mengikut misi dan visi yang hebat-hebat, kemudian gagal kerana tidak tertunai.
Sejak beberapa tahun kebelakangan dan sampailah terkini, Finas melakukan tindakan menyenakkan perut. Dan celoteh Pak Mus kali ini, bukan keseluruhannya tetapi hanya tertumpu kepada buku-buku filem terbitan Finas saja. Setakat ini, Finas sudah menerbitkan 20 buku filem. Senarainya Pak Mus ambil dari majalah Sinema Malaysia Edisi 1/24, dan ini tidak termasuk yang terbaru, buku Mustapha Maarof Seniman Merentas Zaman.
Kerana kepentingan sejarah filem Malaysia, Pak Mus telah mengulas 4 buku – Ahmad Mahmood Bintang Di Langit Seni, Aziz Sattar Sebuah Memoir, Jejak Terbilang dan Nostalgia Filem Melayu Klasik.
Yang lain-lain itu, Pak Mus anggap tidak begitu penting, bukan tidak ada salah dan silap, tapi tidak berminat untuk mengulas dan mengkritik.
Semua 4 buku itu, fulamak... banyaknya salah fakta, tidak tepat dan tidak betul. Ternyata si penulis tidak membuat kajiselidik seada dan secukupnya, manakala editornya pula tidak tahu, buta langsung mengenai sejarah filem Malaysia.
Entah kapasiti apa beliau duduk dan berada disitu, tidak diketahui. Diharap bukan kerana politik dan bukan juga kerana pilih bulu.
Ini sangat membimbangkan kerana kesalahan akan berlaku turun temurun, generasi ke generasi. Sebab, Finas bukan penerbitan kerdil, bukan penerbitan nyamuk macam AF Cendana yang menerbitkan buku “Saloma” atau MZA Terbit yang menerbitkan buku “Filem-Filem P.Ramlee”.
Dalam erti kata lain, apa yang ditercatat dalam buku-buku Finas itu dianggap oleh pembacanya, semua betul tiada yang salah melainkan betul belaka.
Saya tertarik dengan komen salah seorang peminat FK dalam rungan komen. Katanya: “Finas begitu jauh terkebelakang berbanding FK kerana, maklumat yang diberi bercelaru, bercanggah, sembrono dan megeliru, tapi mereka tidak langsung merasa malu atau bersalah.”
Begitulah buruknya imej Finas. Itu baru diperkatakan blog Senimalaysia dan penerbitan buku, belum lagi perkara-perkara lain. Aduh!...
Sepatutnya, apabila banyak ditunjukkan salah fakta Finas harus berhentikan penjualan buku tersebut. Ini kerana salahnya banyak bukan sedikit.
Bekukan, yang belum terjual, masukkan ke dalam store atau pun bakar. Rugi duit tidak mengapa, jangan rugi ilmu. Ilmu tidak boleh dijual dengan wang ringgit.
Yang sudah terjual, tiada apa yang boleh dilakukan. Biarkan, biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya.
Apa yang harus Finas buat, bentuk satu sidang pengarang bebas, tidak terikat dengan Finas, untuk menrevise atau semakan semula 4 buku filem itu.
Lantik mereka yang benar-benar tahu dan pakar tentang sejarah filem Malaysia. Ramai diluar sana yang berkebolehan.
Apabila pembetulan dan kesilapan sudah dilakukan, cetak dan edarkan. Dengan cara begini Finas akan dapat menebus kembali intergritinya yang selama ini sudah tercemar. Mungkin soal bajet akan timbul, bagaimanapun perkara ini lebih penting kerana ia melibatkan keunggulan sejarah filem Malaysia itu sendiri.
Ini seharusnya diberi keutamaan yang mana kalau menggunakan banyak dana pun tidak mengapa, tetap berbaloi kerana sejarah filemnya telah ditepat dan diperbetulkan. Selama ini pun, Finas telah menghamburkan wang ringgitnya dengan perkara bukan-bukan, tidak tentu arah, tidak memberi manfaat.
Contoh paling baik, pembaziran penganjuran FFM26 yang pengurusannya kelamkabut dan lintangpukang, tidak banyak hasil yang baik boleh diperolehi. Malan menerima kutukan lagi.
Pak Mus baru saja menerima buku Mustapha Maarof dari seorang teman, sungguhpun pelancarannya jauh lagi, akan dilakukan dalam bulan Mac depan.
Sekali lagi, penghasilannya sangat mengecewakan, Kesalahan dan kesilapan terus berlaku, malah lebih buruk jika dibandingkan dengan buku Ahmad Mahmood dan Aziz Sattar. Bagi Pak Mus, Pak Mus menganggap, mereka yang mengemukakan kesalahan atau kesilapan fakta merupakan pengkhianat sejarah filem Malaysia.
Justeru itu, sanggupkah Finas dituduh sebagai pengkhianat sejarah filem Malaysia. Sanggupkah?
Berbalik diawal celoteh Pak Mus, Finas jangan lagi menjual produk yang salah. Macam dadah, kalau dijual juga kesannya pasti membarah dan tidak tahu bila akan sampai kepenghujungnya.
Pak Mus - Kamil Othman mesti bertindak bijak membetulkan kandungan buku filem terbitan Finas itu, jangan buat don't know saja...
CELOTEH PAK MUS...
Ahmad Shabery Cheek ada kuasa untuk mengcolorkan filem terbaik P.Ramlee, filem "Semerah Padi".
USAHA MENGCOLORKAN "SEMERAH PADI" DITERUSKAN (15 April 2015)
API yang marak, masih belum boleh dipadamkan. Keengganan Shaw Brothers mengcolorkan filem "Semerah Padi", tidak bererti api akan padam buat selama-lamanya, mungkin terbakarnya bertambah, malah lebih marak lagi.
Usaha akan diteruskan. Selagi Pak Mus mampu bergerak, cara terbaik akan dilaksanakan bagi membolehkan filem tersebut berjaya dicolorkan.
Lima tokoh yang menganggutai ahli jawatankuasa mengcolorkan "Semerah Padi" yang dibentuk tidak lama dulu, kecuali Aziz Sattar dan Pak Mus, tiga lagi tidak menampakkan minat meneruskan impian Kassim Selamat itu supaya ada filem arahannya dicolorkan.
Tidak mengapalah, saya akan cari mereka yang benar-benar minat ketika menubuhkan ajknya yang baru tidak lama lagi.
Diperingkat ini, apa yang diperlukan, bukan wang ringgit, tetapi keizinan Shaw Brothers. Ini tidak boleh dilakukan oleh sesiapa pun, apatah lagi Pak Mus, yang kerdil bukan somebody tetapi nobody.
Yang boleh lakukan Kerajaan Malaysia, ertinya Finas. Tetapi, nampaknya pegawai-pegawai Finas tidak berminat. Banyak sangat kerenah, ada saja alasan. Metaliti tidak mahu berdaya maju. Tidak pernah mahu bersaing dengan Hollywood, Bollywood dan Jepun.
Tetapi kalau ada festival filem diluar negara, berduyun-duyun mereka pergi. "Go to hell, apa aku peduli... setiap bulan aku dapat gaji." Itulah tangkapan mereka, dan tidak sesuai duduk di Finas.
Kini Finas diterajui Ketua Pengarahnya yang baru, Kamil Othman. Diharap otaknya diletak dikepala kepala tidak dikepala lutut. Jangan harapkan misi dan visi yang bergegar-gegar hasilnya "nahih..."
Pak Mus pernah menyarankan diwujudkan cinematheque bagi membolehkan usaha "Semerah Padi" dicolorkan, namun hingga kini, usahkan burung tepua bersarang rendah, sarangnya pun tidak nampak, tidak ada.
Dalam penubuhan cinematheque, Malaysia paling malang. Negara-negara lain terutamanya Indonesia, Thailand dan Filipina sudah lama ada, Amerika dan India tidak usah cakaplah, memang sudah wujud sekian lama. Sudah jauh kedepan, Malaysia saja jauh tertinggal keretapi.
Apa yang menarik dalam topik ini, bukan bajet menjadi ukuran. Kos perbelanjaan boleh diperolehi dari mana-mana pihak. Contohnya, Taib Mahmud, Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, peminat nombor satu P.Ramlee atau mana-mana yayasan yang mempunyai banyak duit, yang mahu menolong. Finas jangan risau, wangnya tidak akan keluar, kalau keluar pun sekadar, ala-kadar saja. Tidaklah berjuta-juta macam Festival Filem Malysia.
Apa yang perlu Finas lakukan, berunding dengan Shaw Brothers. Jika masih berkeras, tanya, "apa sebab tidak boleh?". Kalau undang-undang dipertikaikan, seperti alasan yang diberikan dulu, itu boleh dipinda.
Undang-undang dibuat oleh manusia boleh diubah, hanya undang-undang Tuhan tidak boleh ditukar. Itupun ada juga manusia yang cuba ubah, disesuaikan dengan keadaan semasa.
Walauapa pun, Pak Mus akan hantar kertascadangan kepada Rais Yatim, selaku penasihat sosio-budaya Kerajaan Malaysia, mana tahu kalau-kalau terbuka hatinya untuk sama-sama mengrealisasikan "Semerah Padi" dicolorkan. Ini akan Pak Mus lakukan selepas selesainya majlis anugerah "Tribute... Bahyah Mahmood" di Saloma Bistro, pada 12 April 2015 ini.
Meminta izin daripada Shaw Brothers bukanlah perkara sukar, hanya terpulang kepada kita terutamanya mereka yang ada authority atau berkuasa. Macam Pak Mus atau Aziz Singah (Pengerusi Ajk yang lalu), mereka tidak akan pandang, sebelah mata pun susah.
Paling layak Perdana Menteri, Najib Razak, tetapi takkan beliau nak buat kerja macam ini. Finaskan ada, Kamil Othmankan ada, setidak-tidaknya Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi Dan Meltimedia atau pun Rais Yatim pun boleh.
Apa yang perlu difikirkan, macam mana cara terbaik bagi membolehkan Shaw Brothers bersedia memberi laluan kepada kita, rakyat Malaysia, untuk mengcolorkan "Semerah Padi" itu. Jika sukar sangat, Kerajaan Singapura perlu menjadi orang tengah supaya hasrat P.Ramlee itu dapat direalisasikan.
Apabila keizinan sudah diperolehi barulah boleh difikirkan bajetnya. Kalau Kerajaan Malaysia tidak mampu membiayainya, kita minta Taib Mahmud bantu atau, setiap mereka yang meminati P.Ramlee pun boleh sama-sama membantu, dengan mengeluarkan duit RM10.00 seorang pun sudah bagus dan mencukupi.
Tidak perlu ramai, ada sejuta orang (1,000,000), sudah ada RM10,000,000, cukuplah. Kalau kos melebihi, boleh diperolehi dimana-mana. Mesti ada yang mahu tolong. P.Ramleelah katakan.
Disamping itu, Pak Mus akan memulakan kempen memunggut 1,000,000 tangantangan mendesak Finas berunding secepat mungkin dengan Shaw Brothers supaya bersetuju "Semerah Padi" dicolorkan.
Dalam hal kutip tandatangan ini, sesiapa yang prihatin, dan mahu membantu, e-mail Pak Mus, mar27843@yahoo.co.uk dan marilah kita sama-sama memenuhi hasrat seniman agung kita yang sukar dicari ganti, Tan Sri Dr. P.Ramlee.
Jangan biarkan Shaw Brothers memperlekehkan kita, jasa P.Ramlee kepada Shaw Brothers melempah-lempah. Tidak adanya P.Ramlee, Empire Shaw Brothers mungkin tidak segagah seperti terkini.
Pak Mus yakin, impian P.Ramlee akan tercapai akhirnya, kalau ada kesedaran dari semua pihak terutamanya Finas dan Kerajaan Malaysia.
Orang seperti Pak Mus dan peminat-peminat P.Ramlee yang lain setakat boleh tolong dan mengharap saja, lebih dari itu adalah perkara mustahil.
Pak Mus - Terus berusaha mengcolorkan filem "Semerah Padi" sehingga impian P.Ramlee tercapai...
CELOTEH PAK MUS...
Pak Mus berbicara mengenai "Seruan Merdeka" didepan kamera sambil diperhatikan oleh Woo Ming Jin (Pengarah), Lim Ying Xian (Produser) dan Tan Teck Zee selaku kameraman.
Bergambar ramai selepas selesai penggambaran filem dokumentari "Return To Nostalgia". Dari kiri: Yap Xhian Way, Lim Ying Xian, Zaini Yusop, Pak Mus dan Woo Ming Jin.
PAK MUS DALAM "RETURN TO NOSTALGIA"
AGAK lama juga Pak Mus tidak menulis. Maklumlah macam-macam mahu dibuat. Selasa lalu, 16 Jun, krew Greenlight Pictures seramai 6 orang telah berkunjung ke rumah Pak Mus. Tujuan mereka datang untuk membuat rakaman filem dokumentari bertajuk "Return To Nostalgia". Ini adalah kali ketiga Pak Mus muncul dalam filem kategori tersebut selepas P.Ramlee dan Ahmad Mahmood. Menurut pengarah, Woo Ming Jin, fokus utama mengenai sejarah filem Malaysia bermula "Leila Majnun". Ramai yang mengambil bahagian untuk disoal dan dirakam. Pak Mus lebih tertumpu kepada filem "Seruan Merdeka" diarahkan oleh B.S.Rajhans yang mula ditayangkan pada 16 Ogos 1947. Satu perkara yang agak menarik, punca mereka datang ke rumah setelah dapat informasi mengenai filem tersebut melalui blog Filem Klasik. Pak Mus ditanya, pernahkah menonton filem tersebut. Pak Mus jawab, tidak pernah kerana waktu filem itu ditayangkan umur Pak Mus baru 4 tahun. Pak Mus hanya tahu wujudnya "Seruan Merdeka" ketika membuat research mengenai filem-filem Malaysia untuk dijadikan buku "50 Tahun Filem Malaysia" bermula pada tahun 1988. Pandangan yang Pak Mus beri banyak berdasarkan apa yang tercatat dalam akhbar dan majalah bukannya dari filem itu sendiri. Ini kerana "Seruan Merdeka" boleh dianggap hilang, sekiranya pencarian tidak dibuat. Pak Mus juga ditanya tentang keunikkannya. Kata Pak Mus, "Seruan Merdeka" sekadar filem biasa yang dibuat berdasarkan kisah kekejaman tentera Jepun di Malaya termasuk Singapura semasa perang dunia kedua, dan ditentang oleh sekumpulan guerrilla disamping menyelitkan percintaan antara Leftenan Rashid lakonan Salleh Ghani dan Zaharah yang diperanankan oleh Rokiah Hanaffi. Keunikkan, kalau ada pun, mungkin ia merupakan filem Melayu pertama ditayangkan selepas Perang Dunia Kedua, Salleh Ghani dan Rokiah Hanaffi pula, hero dan heroine filem Melayu pertama selepas perang, kemudian mereka tidak pernah memegang peranan penting selepas itu. Mengenai kejayaan dan sambutan yang dicapai "Seruan Merdeka", dari segi kualiti filem Pak Mus tidak dapat memberi komen kerana Pak Mus sendiri tidak pernah menontonya. Sambutannya gagal, disebabkan tidak ditayangkan secara meluas. Ini kerana pada masa itu, rangkaian panggung wayang dikuasai oleh Shaw Brothers dan Pertubuhan Cathay. Malayan Arts Productions yang mengeluarkan filem tersebut adalah syarikat filem bebas dengan S.M.A.H. Chesty sebagai produsernya. Sebenarnya, banyak soalan yang dikemukakan pada Pak Mus. Satu yang menarik apabila dikemukakan soalan, apakah karyawan-karyawan filem lama akan dilupakan. Dalam perkara ini Pak Mus jawab, memang akan dilupakan. Mereka akan diingati apabila adanya program khusus untuk mereka seperti majlis tribute filem, bicara filem, diskusi filem, forum filem dan sebagainya. Tetapi tidak P.Ramlee. P.Ramlee akan diingati sepanjang zaman mungkin 100 atau 1000 tahun selagi nadi filem Malaysia masih berdenyut. Ini kerana filem-filem lakonan dan arahannya sentiasa disukai ramai, turun temurun. Pak Mus juga diajukan soalan tentang filem-filem Melayu yang dibuat di Singapura, kepunyaan negara republik itu bukan Malaysia. Dalam hal ini, Singapura tidak boleh berbuat demikian. Sebab, dulu Singapura sebahagian dari Malaya kemudian Malaysia. Demi sejarah filem Malaysia dan Singapura, kedua negara boleh mengakui filem-filem Melayu itu hak mereka. Pak Mus juga disoal, apakah filem lama atau klasik Melayu penting. Pak Mus jawab, ya kenapa tidak. Ini kerana filem-filem itu warisan atau heritage Bangsa Malaysia yang seharusnya dijaga dan dipelihara yang tersedia ada dan dicari yang dianggap hilang contohnya "Bakti" dan "Pontianak". Malangnya, Malaysia tidak mempunyai cinematique bagi menguruskannya seperti yang terdapat di Indonesia dan Filipina. Menurut produser filem dokumentari "Return To Nostalgia" ini, Lim Ying Xian, projek tersebut dibiayai oleh Busan International Film Festival, Korea. Ia dimasukkan dalam kategori Short Films berdurasi kurang 60 minit, disamping katogeri Feature Length yang memakan masa lebih 60 minit. Tambahnya lagi, projek tersebut yang dimulakan pada tahun 2002 ditaja oleh 6 universiti dan syarikat swasta di Busan, The Asian Cinema Fund, bertujuan memberi peluang kepada pembikin filem muda yang berbakat dengan mengemukakan pelbagai idea dan gaya. "Return To Nostalgia" dijangka akan menyertai Busan International Film Festival Ke-20 yang akan berlangsung pada 1 hingga 10 Oktober 2015 depan. Terima kasih Woo, Ying, Teo, Tan, Kavie dan Yap kerana datang ke Senawang membuat rakaman "Return To Nostalgia". Pak Mus - Semoga Woo Ming Jin dan rakan-rakan anda semua berjaya!
TRIVIA___
Gambar poster memperlihatkan bagaimana perubahan berlaku dimana Siput Serawak digantikan dengan Salmah Ismail atau Saloma.
SALMAH ISMAIL GANTI SIPUT SARAWAK
Berhubung dengan tidak sesuainya isi cerita filem "Adek-Ku" yang wataknya dilakonkan oleh Siput Sarawak yang menjadi sebagai gadis terpelajar didalam filem tersebut maka pihak atasan Malay Film Productions menghendaki semua lakonan yang berkenaan digambarkan semula, dan oleh beberapa sebab yang tertentu Siput telah tidak mahu melakonkannya. Oleh kerana itu filem "Adek-Ku" terpaksa dirombak semula dengan membuang semua sekali bahagian-bahagian yang didalamnya ada lakonan Siput dan tempatnya digantikan oleh Salmah Ismail. "Adek-Ku" sebenarnya telah selesai digambarkan hanya agak kurang menyenangkan hati pihak majikan melihat lakonan seorang gadis pelajar dalam filem tersebut bergerak merampas suami orang lain. Bahagian ini yang hendak diperbaiki, tetapi malangnya untuk menyelesaikan perkara yang sedikit itu telah menimbulkan satu gerakan besar hingga memaksa mereka membuang semua lakonan Siput.
Selain Salmah Ismail atau Saloma, filem yang dikeluarkan pada tahun 1956 dan arahan B.N.Rao ini dibintangi juga Ahmad Mahmud, Rosnani, Haji Mahadi dan Siti Tg.Perak - ZY/Filem Klasik. (Sumber: Koleksi Kenangan Silam).
# Update akan dilakukan dari masa ke masa.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?
SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem
A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati
R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian
AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni
LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu
SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?
KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI
Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.
Di Edit Di Semak & Di Susun Oleh Zaini Yusop
# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
* JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA
(SETAKAT 15 JANUARI 2015)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 99,733 * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 71,019
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 70,990 * SELAMAT PENGANTIN BARU 47,322
* FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 15,201
RAMAI CADANG "CELOTEH PAK MUS..." DIPINDAHKAN KE BLOG UTAMA
TERLALU banyak e-mail saya terima, memberi ucapan tahniah dan pujian kerana mewujudkan rungan pojok "Celoteh Pak Mus..." yang terdapat di Side Bar blog Filem Klasik (FK) ini.
Kata mereka, membaca yang pertama sudah terasa bahang keseronokannya dan yang akan datang tentu lebih menarik dan lebih panas dengan pemilihan topik semasa yang patut disentuh disamping lenggang lenggok bahasa saya yang sering mencuit hati.
Kah... kah... kah... Benarkah mencuit hati?
Salah satu e-mail itu saya muatkan disini, catatannya:
Salam hormat Encik Mustafar A.R.,
Meletakkan rungan pojok "Celoteh Pak Mus..." di Side Bar blog FK memang baik kerana sesiapa saja yang buka dan baca setiap artikel di Blog Utama terus dapat membaca apa yang terkandung dalam ruangan pojok itu.
Tetapi, di Side Bar tidak boleh bertahan lama. Paling lama pun tiga atau empat hari atau mungkin seminggu. Selepas itu terpaksa dipadam untuk digantikan dengan yang lain pula.
Memikirkan betapa ruginya, yang sudah ada itu hilang begitu saja, apa kata kalau saya cadangkan supaya Encik Mustafar menyiarkan semula di Blog Utama FK setiap ruangan pojok yang sudah ada, dan tentunya akan ada lagi.
Dengan cara begitu, saya dan peminat FK yang lain dapat sama-sama mengkaji dan menilai apa saja yang Encik Mustafar celotehkan disamping mendapatkan feedbacknya, dari masa ke masa.
Sekian, saya suka baca blog FK.
Salam hormat dari saya, NurBalqis Sulaiman (Putrajaya), WP.
Ada juga kebenaran apa yang ditulis oleh NurBalqis. Justeru itu, saya akan masukkan setiap pojok "Celoteh Pak Mus..." di Blog Utama FM, disini. Ini bererti ia akan diupdate (dikemaskini) setiap kali apa yang ada di Side Bar itu akan didelete.
Terima kasih NurBalqis, kerana membuat cadangan dan pencetus idea yang dianggap sangat bernas, dimana pada peringkat awal tidak pernah saya terfikirkan.
Dalam pada itu, kalau sudah "Celoteh Pak Mus..." dipindahkan disini, saya merasakan "Trivia" yang berada di Side Bar itu pun patut juga turut sama, ini disebabkan ia juga sangat berguna dan bermanfaat untuk dijadikan rujukan.
Semuanya ini akan dikendalikan oleh Zaini Yusop, yang begitu tekun dan didikasi sejak FK aktif pada tahun 2010, dan pada 12 April 2015 ini genap usianya 5 tahun di alam maya iaitu bersempena berlangsungnya "Tribute... Bahyah Mahmood" di Saloma Bistro, Kuala Lumpur.
Sekian, selamat membaca dan memblog.
- Mustafar A.R.
CELOTEH PAK MUS...
Shahrulezad Mohameddin pengarah drama "Syurgamu Ramadhan".
SHAHRULEZAD BIDAS PENULIS WANITA (4 Januari 2015)
SHAHRULEZAD Mohameddin telah bertindak berani dan dikira tidak popular yang memungkinkan beliau dipandang serong oleh kaum wanita dan tekanan dari stesen-stesen tv.
Apa yang diluahkan Shahrul itu, ada kebenarannya. Harus diambil perhatian dan bukan mengutuk beliau, kerana kaum wanita selalu bertindak ikut emosi bukan dengan akal yang bijak, tapi diletak dikepala lutut.
Shahrul, produser dan pengarah yang boleh dianggap popular waktu kini, menyentuh mengenai idea untuk drama tv yang rata-rata dihasilkan oleh penulis wanita.
Pengarah yang terkenal dengan drama tv “Rona Roni Makaroni” dan “Antara Garisan”, tanpa berselindung menemplak ramai penulis wanita yang gemar melahirkan plot drama yang menjatuhkan martabat kaum wanita itu sendiri.
Malah, beliau turut bertanya, mengapa penulis wanita berbakat sebegini tidak mahu mewujudkan plot yang menaikkan maruah dan kelebihan mereka (kaum wanita) berbanding membiarkan diri mereka terus dijadikan mangsa.
Lebih menyedihkan Shahrul, kebanyakan novel Melayu yang diianggap ‘best selling’ yang dijual dikedai-kedai buku adalah cerita-cerita seperti ini.
Selain itu, Shahrul menghuraikan mengenai isu yang melanda industri drama tv tempatan yang semakin mengarut dari segi plot atau jalan cerita.
Disamping itu, wakil beberapa stesen tv yang membuat pilihan pelakon sampaikan ada watak yang diberi langsung tidak sesuai, tapi sebab pelakon itu cantik atau kacak dan mampu mengkhayalkan penonton, layankan sajalah.
Shahrul juga menegur pengarah dan pelakon yang sebenarnya malas membuat ‘research’ mengenai sesebuah karya. Pada mereka, janji masuk, sudahlah!
Paling teruk apabila beliau membidas penonton yang rata-rata suka sangat melayan cerita-cerita bodoh yang langsung tidak boleh menghubungkan sel otak.
Kata Shahrul lagi, "Orang kata, kalau mahu tahu mentaliti kebanyakan wanita Melayu kita, senang saja. Korang tengoklah drama tv dan novel popular di pasaran. Mereka punya pemikiran yang sama.
”Sebab itu ramai diantara mereka senang kena kencing dengan lelaki. Memang layak pun kena kencing kalau sudah macam itu mentaliti mereka.”
”Saya memohon maaf kalau ada yang terasa, terutama mereka di stesen-stesen tv. Namun, demi kualiti dan martabat industri yang kini mengalami masalah moral, saya terpaksa berterus terang. Sebelum kita semua dikatakan syok sendiri."
Pak Mus – Memang pedas, macam mi kari Maggie. Tapi malas nak komen. Lu, fikirlah sendiri…
TRIVIA___
"Anak Pontianak" di Rex Kuala Lumpur.
"ANAK PONTIANAK" CATAT SEJARAH (1 Januari 2015)
Terlalu ramai yang tidak tahu, “Anak Pontianak” yang diarahkan oleh pengarah Filipina, Ramon A.Estella, telah mencatat sejarah filem Malaysia apabila ia merupakan satu-satunya filem Melayu pernah ditayangkan di panggung wayang Rex Kuala Lumpur.
Sepanjang yang diketahui, Rex hanya menumpukan tayangan filem-filem Barat terutama Hollywood dan Britain, kalau ada pun sekali sekala filem Cina (Hong Kong) dan Bollywood jauh sekali, tidak pernah ada.
Dalam ertikata lain, Rex yang terletak di Sultan Street itu boleh dianggap sebagai panggung wayang bertaraf 5 bintang, 5 star theatre.
Tayangan “Anak Pontianak” yang dibintangi oleh Jins Shamsudin, Hashimah Yon, Dayang Sofia dan S.Kadarisman hanya sehari sahaja, dan selepas itu tidak ada lagi filem Melayu ditayangkan disitu walaupun sehebat mana sekali pun filem-filem P.Ramlee termasuk “Semerah Padi”.
Apabila dikajiselidek didapati, “Anak Pontianak” keluaran MFP ditayangkan di Rex itu, sebagai percubaan menarik lebih ramai penonton Cina berdasarkan “Pontianak” dan “Dendam Pontianak” arahan B.N.Rao ramai penontonnya orang-orang Cina. Bagaimanapun, ujian tersebut gagal dan terpaksa ditarik balik dan digantikan oleh “The Night Runner” dengan bintang utamanya Ray Danton dan Collen Miller serta diarahkan Babner Biberman.
Tayangan “Anak Pontianak” di Rex Kuala Lumpur dilakukan pada 12 Februari 1958 (Ahad) sempena Hari Groundhog, dengan 4 pertunjukan – 12.30 tengahari, 2.30 petang, 6.30 petang dan 9.15 malam.
Sebenarnya, “Anak Pontianak” ditayangkan serentak dengan Capitol Kuala Lumpur dihari tersebut. Tayangan perdana di Singapura pada 31 Januari 1958, dan tayangan harian di Rex dan Queens (Singapura) dan Rex di Johor Bahru pada 10 Februari 1958.
Tayangan di Capitol berakhir pada 17 Februari 1958 (6 hari), dan digantikan dengan “The Pride And The Passion” arahan Stanley Kramer dan dibintangi oleh Cary Grant, Sophia Loren dan Frank Sinatra.
Kebetulan pula, diwaktu yang sama, Cathay Keris memberi saingan dengan filem corak yang sama, “Orang Minyak”, yang diarahkan oleh L.Krishnan dan merupakan filem pertama Nordin Ahmad distudio yang terletak di East Coast Road, Singapura itu.
Menariknya, “Orang Minyak” mula ditayangkan di Kuala Lumpur, tidak di Singapura seperti kebiasaannya. Di Coliseum tayangannya 9.15 malam (12 Februari 1958), kemudian diteruskan di Coliseum dan di Cathay Singapura 13 Februari 1958.
”Orang Minyak” yang dibintangi S.Roomai Noor, Salmah Ahmad dan M. Amin mengakhiri tayangan di Coliseum pada 18 Februari 1958 (7 hari) kemudian digantikan oleh “20 Million Miles To Earth”.
Diarahkan oleh Nathan Juran filem bercorak sains fiksyen keluaran Columbia Pictures ini dibintang utamakan William Hopper dan Joan Taylor.
Sungguhpun “Anak Pontianak” dan “Orang Minyak” berentap habis-habisan, namun kedua-duanya mendapat sambutan dimana sahaja ditayangkan - box office, memunggut banyak duit - ZY/Filem Klasik.
# Fakta ini tidak pernah tercatat dimana-mana blog atau web yang terdapat dialam maya baik Malaysia mahupun dunia. Filem Klasik, be the first.
"Anak Pontianak" di Rex Kuala Lumpur.
"ANAK PONTIANAK" CATAT SEJARAH (1 Januari 2015)
Terlalu ramai yang tidak tahu, “Anak Pontianak” yang diarahkan oleh pengarah Filipina, Ramon A.Estella, telah mencatat sejarah filem Malaysia apabila ia merupakan satu-satunya filem Melayu pernah ditayangkan di panggung wayang Rex Kuala Lumpur.
Sepanjang yang diketahui, Rex hanya menumpukan tayangan filem-filem Barat terutama Hollywood dan Britain, kalau ada pun sekali sekala filem Cina (Hong Kong) dan Bollywood jauh sekali, tidak pernah ada.
Dalam ertikata lain, Rex yang terletak di Sultan Street itu boleh dianggap sebagai panggung wayang bertaraf 5 bintang, 5 star theatre.
Tayangan “Anak Pontianak” yang dibintangi oleh Jins Shamsudin, Hashimah Yon, Dayang Sofia dan S.Kadarisman hanya sehari sahaja, dan selepas itu tidak ada lagi filem Melayu ditayangkan disitu walaupun sehebat mana sekali pun filem-filem P.Ramlee termasuk “Semerah Padi”.
Apabila dikajiselidek didapati, “Anak Pontianak” keluaran MFP ditayangkan di Rex itu, sebagai percubaan menarik lebih ramai penonton Cina berdasarkan “Pontianak” dan “Dendam Pontianak” arahan B.N.Rao ramai penontonnya orang-orang Cina. Bagaimanapun, ujian tersebut gagal dan terpaksa ditarik balik dan digantikan oleh “The Night Runner” dengan bintang utamanya Ray Danton dan Collen Miller serta diarahkan Babner Biberman.
Tayangan “Anak Pontianak” di Rex Kuala Lumpur dilakukan pada 12 Februari 1958 (Ahad) sempena Hari Groundhog, dengan 4 pertunjukan – 12.30 tengahari, 2.30 petang, 6.30 petang dan 9.15 malam.
Sebenarnya, “Anak Pontianak” ditayangkan serentak dengan Capitol Kuala Lumpur dihari tersebut. Tayangan perdana di Singapura pada 31 Januari 1958, dan tayangan harian di Rex dan Queens (Singapura) dan Rex di Johor Bahru pada 10 Februari 1958.
Tayangan di Capitol berakhir pada 17 Februari 1958 (6 hari), dan digantikan dengan “The Pride And The Passion” arahan Stanley Kramer dan dibintangi oleh Cary Grant, Sophia Loren dan Frank Sinatra.
Kebetulan pula, diwaktu yang sama, Cathay Keris memberi saingan dengan filem corak yang sama, “Orang Minyak”, yang diarahkan oleh L.Krishnan dan merupakan filem pertama Nordin Ahmad distudio yang terletak di East Coast Road, Singapura itu.
Menariknya, “Orang Minyak” mula ditayangkan di Kuala Lumpur, tidak di Singapura seperti kebiasaannya. Di Coliseum tayangannya 9.15 malam (12 Februari 1958), kemudian diteruskan di Coliseum dan di Cathay Singapura 13 Februari 1958.
”Orang Minyak” yang dibintangi S.Roomai Noor, Salmah Ahmad dan M. Amin mengakhiri tayangan di Coliseum pada 18 Februari 1958 (7 hari) kemudian digantikan oleh “20 Million Miles To Earth”.
Diarahkan oleh Nathan Juran filem bercorak sains fiksyen keluaran Columbia Pictures ini dibintang utamakan William Hopper dan Joan Taylor.
Sungguhpun “Anak Pontianak” dan “Orang Minyak” berentap habis-habisan, namun kedua-duanya mendapat sambutan dimana sahaja ditayangkan - box office, memunggut banyak duit - ZY/Filem Klasik.
# Fakta ini tidak pernah tercatat dimana-mana blog atau web yang terdapat dialam maya baik Malaysia mahupun dunia. Filem Klasik, be the first.
CELOTEH PAK MUS...
Zed Zaidi Vs Vanidah Imran.
APA NAK JADI DENGAN SENIMAN NI? (11 Januari 2015)
Apa nak jadi.
Pak Mus terpaksa pinjam tajuk lagu S.M.Salim sebagai permulaan celoteh kali ini mengenai krisis yang tak pernah terungkai persatuan Seniman yang sering berantakan sesama sendiri.
Selepas mesyuarat agung September lepas, dan Zed Zaidi mengekalkan jawatan Presiden setelah mengalahkan Mustapha Maarof, Pak Mus kira pertelagahan tidak akan timbul lagi apatah lagi ajknya dianggutai oleh anak-anak seni yang masih muda belaka, dan sudah tentu bijak pandai.
Ternyata telahan Pak Mus meleset, malah terkejut beruk, apabila Zed dan gangnya membuat laporan polis kerana sekadar Vanidah Imran dikatakan, kononnya, mencuri dan membawa lari buku cek, padahal beliau adalah Bendahari Seniman.
Tidak masuk akal, tuduhan itu ditujukan kepada Vanidah. Buat laporan polis lagilah teruk dan tidak munasabah. Dari segi procedure Bendahari berhak memegang dan menyimpan buku cek persatuan, bukannya beliau memalsukan tandatangan dan mengeluarkan wang.
Tuduhan melari dan mencuri buku cek, hanyalah khayalan Presiden dan gangnya semata-mata. Tuduhan yang boleh dianggap mengarut, dan buat Pak Mus gelak, kah... kah... kah...
Pada Pak Mus, krisis demi krisis yang dialami Seniman boleh dianggap luar biasa. Setiap peralihan Presiden dan ajknya, pasti ada cacatcela dan keceluarannya. Sudah jadi semacam tradisi pula, kalau tak ada krisis bukan persatuan Seniman namanya.
Sepanjang zaman, ada saja tidak kena, ada saja buruknya. Zaman Aziz Singah, begini. Zaman Ismail Hutson, begitu. Zaman Baharuddin Haji Omar, begini. Zaman Harun Salim Bachik, begitu. Begitu begini dan seterusnya, mungkin tiada ada kesudahannya.
Hanya Zaman Mustapha Maarof, ada sedikit kelegaan dan berjaya mengumpul dana yang agak banyak dan tersimpan di Amanah Raya.
Pun begitu, sikap Mustapha yang mementingkan diri sendiri dan mengutamakan gangnya, artis veteran, menjadikan namanya sedikit tercalar dan mendatangkan ketidakpuasan hati terutama dikalangan artis-artis muda.
Sekiranya Zainuddin Zimbo yang bertungkus lumus melahirkan Seniman dan merupakan Presidennya yang pertama, masih hidup, pasti menangis melihat keadaan persatuan yang diharapkannya menyatukan semua anak seni, terumbang ambing disebabkan perkara yang kebiasaannya, remeh temeh yang boleh diselesaikan denganberunding.
Pak Mus, yang terlibat diperingkat awal penubuhan Seniman bersama Zainuddin, dan pernah menjadi Setiausaha, pun terasa sebak. Sedih rasa dihati, nak menagis pun ada. Tapi buat apa, nasi dah jadi bubur. Tengok sajalah, selagi boleh tengok.
Kalaulah budak-budak Permata, Taska atau Tadika, yang boleh dianggap belum cerdik, menubuhkan persatuan, Pak Mus rasa pergolakan tidak akan terjadi seperti Seniman, yang boleh dikatakan rata-rata dipimpin oleh mereka yang bijak pandai tapi bodoh sombong.
Pak Mus malas nak celoteh panjang, tapi berfikiran dan mencari kebenaran dan berharap kesemua angguta yang memimpin Seniman tahu tanggungjawab masing-masing, dan mematuhi perlembagaan.
Dalam beberapa hal, Pak Mus terpaksa mempertahankan Zed. Cuma silapnya beliau, tergopohgapah pergi ke balai polis, itu saja.
Dalam mesyuarat tahun lalu, Zed mempertahankan jawatannya dan kekal sebagai Presiden Seniman. Itu sudah cukup, memberi kuasa kepadanya, merangka dan membuat apa juga perancangan demi kebaikan ahli, masyarakat dan negara.
Ini jelas tercatat dalam perlembagaan, tidak sesiapa boleh menafi dan mempertikaikannya.
Justeru itu, suka atau tidak suka semua ajk mesti akur dengan kehendak Presiden kerana itu adalah corak dan gaya kepimpinannya. Mereka harus ingat, Presiden berkuasa tau!
Ini bererti, setiap Presiden mempunyai visi dan misi yang tersendiri untuk mengungguli persatuan yang dipimpinnya. Samada buruk atau baik, itu soal lain.
Dalam satu bahtera, tidak boleh ada dua nakhoda. Kalau lebih dari seorang, risiko bahtera akan tenggelam sangat besar, boleh berlaku tanpa adanya ribut taufan.
Kini, timbul pula enam ajk (6 jahanam, ke?), Rashidi Ishak, Sofea Jane, Sharifah Amani, Lisa Surihani, Arash Mohd. dan Khir Rahman, menentang Presiden dan mempertahankan Vanidah.
Ini Pak Mus anggap sebagai kerja sia-sia dan boleh diterima sebagai bodoh dan bangang.
Ia tidak akan berkesan kerana, mereka sudah melanggar perlembagaan, displin berpersatuan. Engkar dengan arahan Presiden. Zed boleh pecat mereka bila-bila masa, dan bukti pun sudah jelas dan nyata.
Kalau dibawa ke mahkamah pun, rasa Pak Muslah, sukar untuk menang. Tapi, takkan Seniman nak ke mahkamah lagi? Berapa banyak mahkamah, daa?
Oleh yang demikian, hati pun sudah retak, demi untuk keunggulan dan kebaikan Seniman, dan 6 ajknya itu sudah boleh dianggap duri dalam daging atau musuh dalam selimut, sebelum pemecatan dibuat, ada baiknya mereka meletak jawatan secara rasmi, tulis surat.
Ini bagi membolehkan, Zed dan gangnya melantik ajk baru yang ngam, dan sedia bergandingan menerajui serta menggiatkan aktiviti Seniman, tanpa diganggu gugat, sepanjang kepimpinannya bagi tahun 2015 hingga 2016.
Bagi mereka, kerana maruah atau intergriti, tentulah agak sukar melaksanakannya, namun kerana kepentingan Seniman dan ahlinya, pengorbanan mesti dilakukan. Berkorban untuk kebaikan.
Bak kata P.Ramlee, berkorban apa saja, harta atau pun nyawa. Jangan jadikan Seniman seperti api dalam sekam, yang mana akhirnya akan hancur dan musnah.
Dalam mesyuarat agung tahun 2016 nanti, sekiranya masih tidak berpuashati dengan kepimpinan Zed, jatuh dan singkirkan beliau. Itupun kalau Zed lemah, kalau kuat, jangan mimpilah boleh menang.
Rashidi, Lisa, Sofea, Arash, Amani dan Khir boleh bertanding merebut jawatan Presiden atau apa-apa jawatan sekali pun.
For time being, Pak Mus harap, patuhilah mandat yang telah diberikan oleh majoriti ahli Seniman kepada Zed dalam mesyuarat agung yang lalu, untuk melihat samada beliau timbul atau tenggelam bersama Seniman.
Pak Mus – Kepada Zed, cukup-cukuplah bersuara lantang tu!. Sebagai Presiden Seniman, be cool man...
CELOTEH PAK MUS...
Dua buku Finas yang sudah dikritik oleh Pak Mus.
FINAS JUAL BUKU BANYAK SALAH FAKTA?
MENJUAL produk yang salah, adalah suatu kesalahan. Apabila kesalahan itu diberitahu, terus juga dijual, adalah dua kali salah, dan mereka yang terlibat patut bertanggungjawab, dan harus dihukum.
Finas atau Perbadanan Kemajuan Filem Nasional, boleh dianggap sebagai gedung ilmu perfileman Malaysia walaupun diperingkat awal, membantu pengeluar filem, syarikat Bumiputra, mengeluarkan filem.
Finas kini berdiri megah dan rakyat Malaysia patut bangga kerana ia berdiri dan membangun dengan duit rakyat. Duit kerajaan itu, wang rakyat, dana dari cukai yang dikenakan pada rakyat.
Begitu pun juga, Finas banyak melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Diharap Ketua Finas yang baru, Kamil Othman, kembalikan Finas kelandasan yang betul, jangan keterlaluan mengikut misi dan visi yang hebat-hebat, kemudian gagal kerana tidak tertunai.
Sejak beberapa tahun kebelakangan dan sampailah terkini, Finas melakukan tindakan menyenakkan perut. Dan celoteh Pak Mus kali ini, bukan keseluruhannya tetapi hanya tertumpu kepada buku-buku filem terbitan Finas saja. Setakat ini, Finas sudah menerbitkan 20 buku filem. Senarainya Pak Mus ambil dari majalah Sinema Malaysia Edisi 1/24, dan ini tidak termasuk yang terbaru, buku Mustapha Maarof Seniman Merentas Zaman.
Kerana kepentingan sejarah filem Malaysia, Pak Mus telah mengulas 4 buku – Ahmad Mahmood Bintang Di Langit Seni, Aziz Sattar Sebuah Memoir, Jejak Terbilang dan Nostalgia Filem Melayu Klasik.
Yang lain-lain itu, Pak Mus anggap tidak begitu penting, bukan tidak ada salah dan silap, tapi tidak berminat untuk mengulas dan mengkritik.
Semua 4 buku itu, fulamak... banyaknya salah fakta, tidak tepat dan tidak betul. Ternyata si penulis tidak membuat kajiselidik seada dan secukupnya, manakala editornya pula tidak tahu, buta langsung mengenai sejarah filem Malaysia.
Entah kapasiti apa beliau duduk dan berada disitu, tidak diketahui. Diharap bukan kerana politik dan bukan juga kerana pilih bulu.
Ini sangat membimbangkan kerana kesalahan akan berlaku turun temurun, generasi ke generasi. Sebab, Finas bukan penerbitan kerdil, bukan penerbitan nyamuk macam AF Cendana yang menerbitkan buku “Saloma” atau MZA Terbit yang menerbitkan buku “Filem-Filem P.Ramlee”.
Dalam erti kata lain, apa yang ditercatat dalam buku-buku Finas itu dianggap oleh pembacanya, semua betul tiada yang salah melainkan betul belaka.
Saya tertarik dengan komen salah seorang peminat FK dalam rungan komen. Katanya: “Finas begitu jauh terkebelakang berbanding FK kerana, maklumat yang diberi bercelaru, bercanggah, sembrono dan megeliru, tapi mereka tidak langsung merasa malu atau bersalah.”
Begitulah buruknya imej Finas. Itu baru diperkatakan blog Senimalaysia dan penerbitan buku, belum lagi perkara-perkara lain. Aduh!...
Sepatutnya, apabila banyak ditunjukkan salah fakta Finas harus berhentikan penjualan buku tersebut. Ini kerana salahnya banyak bukan sedikit.
Bekukan, yang belum terjual, masukkan ke dalam store atau pun bakar. Rugi duit tidak mengapa, jangan rugi ilmu. Ilmu tidak boleh dijual dengan wang ringgit.
Yang sudah terjual, tiada apa yang boleh dilakukan. Biarkan, biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya.
Apa yang harus Finas buat, bentuk satu sidang pengarang bebas, tidak terikat dengan Finas, untuk menrevise atau semakan semula 4 buku filem itu.
Lantik mereka yang benar-benar tahu dan pakar tentang sejarah filem Malaysia. Ramai diluar sana yang berkebolehan.
Apabila pembetulan dan kesilapan sudah dilakukan, cetak dan edarkan. Dengan cara begini Finas akan dapat menebus kembali intergritinya yang selama ini sudah tercemar. Mungkin soal bajet akan timbul, bagaimanapun perkara ini lebih penting kerana ia melibatkan keunggulan sejarah filem Malaysia itu sendiri.
Ini seharusnya diberi keutamaan yang mana kalau menggunakan banyak dana pun tidak mengapa, tetap berbaloi kerana sejarah filemnya telah ditepat dan diperbetulkan. Selama ini pun, Finas telah menghamburkan wang ringgitnya dengan perkara bukan-bukan, tidak tentu arah, tidak memberi manfaat.
Contoh paling baik, pembaziran penganjuran FFM26 yang pengurusannya kelamkabut dan lintangpukang, tidak banyak hasil yang baik boleh diperolehi. Malan menerima kutukan lagi.
Pak Mus baru saja menerima buku Mustapha Maarof dari seorang teman, sungguhpun pelancarannya jauh lagi, akan dilakukan dalam bulan Mac depan.
Sekali lagi, penghasilannya sangat mengecewakan, Kesalahan dan kesilapan terus berlaku, malah lebih buruk jika dibandingkan dengan buku Ahmad Mahmood dan Aziz Sattar. Bagi Pak Mus, Pak Mus menganggap, mereka yang mengemukakan kesalahan atau kesilapan fakta merupakan pengkhianat sejarah filem Malaysia.
Justeru itu, sanggupkah Finas dituduh sebagai pengkhianat sejarah filem Malaysia. Sanggupkah?
Berbalik diawal celoteh Pak Mus, Finas jangan lagi menjual produk yang salah. Macam dadah, kalau dijual juga kesannya pasti membarah dan tidak tahu bila akan sampai kepenghujungnya.
Pak Mus - Kamil Othman mesti bertindak bijak membetulkan kandungan buku filem terbitan Finas itu, jangan buat don't know saja...
CELOTEH PAK MUS...
Ahmad Shabery Cheek ada kuasa untuk mengcolorkan filem terbaik P.Ramlee, filem "Semerah Padi".
USAHA MENGCOLORKAN "SEMERAH PADI" DITERUSKAN (15 April 2015)
API yang marak, masih belum boleh dipadamkan. Keengganan Shaw Brothers mengcolorkan filem "Semerah Padi", tidak bererti api akan padam buat selama-lamanya, mungkin terbakarnya bertambah, malah lebih marak lagi.
Usaha akan diteruskan. Selagi Pak Mus mampu bergerak, cara terbaik akan dilaksanakan bagi membolehkan filem tersebut berjaya dicolorkan.
Lima tokoh yang menganggutai ahli jawatankuasa mengcolorkan "Semerah Padi" yang dibentuk tidak lama dulu, kecuali Aziz Sattar dan Pak Mus, tiga lagi tidak menampakkan minat meneruskan impian Kassim Selamat itu supaya ada filem arahannya dicolorkan.
Tidak mengapalah, saya akan cari mereka yang benar-benar minat ketika menubuhkan ajknya yang baru tidak lama lagi.
Diperingkat ini, apa yang diperlukan, bukan wang ringgit, tetapi keizinan Shaw Brothers. Ini tidak boleh dilakukan oleh sesiapa pun, apatah lagi Pak Mus, yang kerdil bukan somebody tetapi nobody.
Yang boleh lakukan Kerajaan Malaysia, ertinya Finas. Tetapi, nampaknya pegawai-pegawai Finas tidak berminat. Banyak sangat kerenah, ada saja alasan. Metaliti tidak mahu berdaya maju. Tidak pernah mahu bersaing dengan Hollywood, Bollywood dan Jepun.
Tetapi kalau ada festival filem diluar negara, berduyun-duyun mereka pergi. "Go to hell, apa aku peduli... setiap bulan aku dapat gaji." Itulah tangkapan mereka, dan tidak sesuai duduk di Finas.
Kini Finas diterajui Ketua Pengarahnya yang baru, Kamil Othman. Diharap otaknya diletak dikepala kepala tidak dikepala lutut. Jangan harapkan misi dan visi yang bergegar-gegar hasilnya "nahih..."
Pak Mus pernah menyarankan diwujudkan cinematheque bagi membolehkan usaha "Semerah Padi" dicolorkan, namun hingga kini, usahkan burung tepua bersarang rendah, sarangnya pun tidak nampak, tidak ada.
Dalam penubuhan cinematheque, Malaysia paling malang. Negara-negara lain terutamanya Indonesia, Thailand dan Filipina sudah lama ada, Amerika dan India tidak usah cakaplah, memang sudah wujud sekian lama. Sudah jauh kedepan, Malaysia saja jauh tertinggal keretapi.
Apa yang menarik dalam topik ini, bukan bajet menjadi ukuran. Kos perbelanjaan boleh diperolehi dari mana-mana pihak. Contohnya, Taib Mahmud, Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, peminat nombor satu P.Ramlee atau mana-mana yayasan yang mempunyai banyak duit, yang mahu menolong. Finas jangan risau, wangnya tidak akan keluar, kalau keluar pun sekadar, ala-kadar saja. Tidaklah berjuta-juta macam Festival Filem Malysia.
Apa yang perlu Finas lakukan, berunding dengan Shaw Brothers. Jika masih berkeras, tanya, "apa sebab tidak boleh?". Kalau undang-undang dipertikaikan, seperti alasan yang diberikan dulu, itu boleh dipinda.
Undang-undang dibuat oleh manusia boleh diubah, hanya undang-undang Tuhan tidak boleh ditukar. Itupun ada juga manusia yang cuba ubah, disesuaikan dengan keadaan semasa.
Walauapa pun, Pak Mus akan hantar kertascadangan kepada Rais Yatim, selaku penasihat sosio-budaya Kerajaan Malaysia, mana tahu kalau-kalau terbuka hatinya untuk sama-sama mengrealisasikan "Semerah Padi" dicolorkan. Ini akan Pak Mus lakukan selepas selesainya majlis anugerah "Tribute... Bahyah Mahmood" di Saloma Bistro, pada 12 April 2015 ini.
Meminta izin daripada Shaw Brothers bukanlah perkara sukar, hanya terpulang kepada kita terutamanya mereka yang ada authority atau berkuasa. Macam Pak Mus atau Aziz Singah (Pengerusi Ajk yang lalu), mereka tidak akan pandang, sebelah mata pun susah.
Paling layak Perdana Menteri, Najib Razak, tetapi takkan beliau nak buat kerja macam ini. Finaskan ada, Kamil Othmankan ada, setidak-tidaknya Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi Dan Meltimedia atau pun Rais Yatim pun boleh.
Apa yang perlu difikirkan, macam mana cara terbaik bagi membolehkan Shaw Brothers bersedia memberi laluan kepada kita, rakyat Malaysia, untuk mengcolorkan "Semerah Padi" itu. Jika sukar sangat, Kerajaan Singapura perlu menjadi orang tengah supaya hasrat P.Ramlee itu dapat direalisasikan.
Apabila keizinan sudah diperolehi barulah boleh difikirkan bajetnya. Kalau Kerajaan Malaysia tidak mampu membiayainya, kita minta Taib Mahmud bantu atau, setiap mereka yang meminati P.Ramlee pun boleh sama-sama membantu, dengan mengeluarkan duit RM10.00 seorang pun sudah bagus dan mencukupi.
Tidak perlu ramai, ada sejuta orang (1,000,000), sudah ada RM10,000,000, cukuplah. Kalau kos melebihi, boleh diperolehi dimana-mana. Mesti ada yang mahu tolong. P.Ramleelah katakan.
Disamping itu, Pak Mus akan memulakan kempen memunggut 1,000,000 tangantangan mendesak Finas berunding secepat mungkin dengan Shaw Brothers supaya bersetuju "Semerah Padi" dicolorkan.
Dalam hal kutip tandatangan ini, sesiapa yang prihatin, dan mahu membantu, e-mail Pak Mus, mar27843@yahoo.co.uk dan marilah kita sama-sama memenuhi hasrat seniman agung kita yang sukar dicari ganti, Tan Sri Dr. P.Ramlee.
Jangan biarkan Shaw Brothers memperlekehkan kita, jasa P.Ramlee kepada Shaw Brothers melempah-lempah. Tidak adanya P.Ramlee, Empire Shaw Brothers mungkin tidak segagah seperti terkini.
Pak Mus yakin, impian P.Ramlee akan tercapai akhirnya, kalau ada kesedaran dari semua pihak terutamanya Finas dan Kerajaan Malaysia.
Orang seperti Pak Mus dan peminat-peminat P.Ramlee yang lain setakat boleh tolong dan mengharap saja, lebih dari itu adalah perkara mustahil.
Pak Mus - Terus berusaha mengcolorkan filem "Semerah Padi" sehingga impian P.Ramlee tercapai...
CELOTEH PAK MUS...
Pak Mus berbicara mengenai "Seruan Merdeka" didepan kamera sambil diperhatikan oleh Woo Ming Jin (Pengarah), Lim Ying Xian (Produser) dan Tan Teck Zee selaku kameraman.
Bergambar ramai selepas selesai penggambaran filem dokumentari "Return To Nostalgia". Dari kiri: Yap Xhian Way, Lim Ying Xian, Zaini Yusop, Pak Mus dan Woo Ming Jin.
PAK MUS DALAM "RETURN TO NOSTALGIA"
TRIVIA___
Gambar poster memperlihatkan bagaimana perubahan berlaku dimana Siput Serawak digantikan dengan Salmah Ismail atau Saloma.
SALMAH ISMAIL GANTI SIPUT SARAWAK
# Update akan dilakukan dari masa ke masa.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
berapa banyakkah yang masih ada?
SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem
A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati
R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian
AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni
LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu
SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?
Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.
No comments:
Post a Comment