"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc
Showing posts with label lagu melayu ciplakan hindustan. Show all posts
Showing posts with label lagu melayu ciplakan hindustan. Show all posts

Tuesday, November 26, 2013


LAGU MELAYU CIPLAKAN HINDUSTAN (2)

Teks: Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop




(Sumber: Andrei Cralesti)


"Chura Liya Hai Tumne Jo Dil Ko"
Vijay Arora & Zeenat Aman (Mohd. Rafi & Asha Bhosle)
Filem: YAADON KI BARAT (Sumber: Xyzniraj1)


"If It's Tuesday, It Must Be Belgium"
Bojoura (Sumber: ShreeDeepMusic)

APABILA lagu "Chura Liya Hai Tumne Jo Dil Ko" petikan filem "Yaadon Ki Baraat" diputarkan, ramai yang seronok dan terhibur. Jika anda fikir ia satu kerja menakjubkan di lakukan oleh pengarah musiknya, R.D. Burman, anda tersilap!

Memang benar, dia telah melakukan satu tugas yang benar-benar baik dengan memperkenalkan lagu tersebut kepada kita semua, tetapi ternyata ia merupakan lagu ciplakan dari lagu popular Barat, "If It's Tuesday, It Must Be Belgium", ciptaan Walter Scharf.

Itu bukan pendapat saya, tetapi luahan hati pemblog All Voice, John Matthew.

Pandangan saya (pemblog FKM) pula begini:

Memang sudah sekian lama kita begitu terpesona dengan lagu "Tiada Kata Secantik Bahasa" yang di petik dari filem "Anak-Ku Sazali" arahan Phani Majumdar. Tetapi, kedudukannya sama seperti lagu "Chura Liya Hai Tumne Jo Dil Ko" itu.

Lagu, kalau mengikut credit title "Anak-Ku Sazali", ciptaan P.Ramlee dan lirik yang begitu indah di hasilkan oleh Jamil Sulong.

Bagaimanapun, ternyata ia juga di ciplak. Mangsanya, lagu "Ye Raat Ye Chandni Phir Kahan" petikan filem "Jaal" yang di arahkan oleh Guru Dutt.

Lagu tersebut yang di nyanyikan oleh Dev Anand (menggunakan suara Hemant Kumar) adalah ciptaan S.D. Burman, ertinya P. Ramlee menciplak, dan kita terpesona sesuatu (lagu) yang tidak original.

Malah, ia juga mirip lagu "Bulan Dan Juga Angin" nyanyian P.Ramlee dan Normadiah petikan filem "Panggilan Pulau" yang di arahkan oleh S. Ramanathan, turut di bintangi Latiffah Omar.

TURUT DI CIPLAK

P.Ramlee juga turut menyadurkan lagu-lagu petikan dari beberapa filem Hindustan (Bollywood) dan terdapat dalam filem-filem arahan dan lakonannya - "Miskin", "3 Abdul" dan "Gerimis".

Tiga lagu yang termuat dalam YouTube dan di pindahkan ke blog ini - "Duniya Badal Gayi" ("Dunia Hanya Pinjaman") dari filem "Babul", "Yeh Hai Bombay Meri Jaan" ("Pujaanku Pujaanmu", C.I.D.) dan "Hai Apna Dil To Awara Na Jane Kis Pe Aye Ga" ("Sedangkan Lidah Lagi Tergigit", Solva Saal).

"Dunia Hanya Pinjaman" terdapat dalam filem "Miskin", "Pujaanku Pujaanmu" ("Gerimis") dan "Sedangkan Lidah Lagi Tergigit" ("3 Abdul").

Begitupun juga, "Yeh Hai Bombay Meri Jaan" tidak original kerana ia ciplakan lagu "Oh My Darling Clementine" ciptaan Bakre Brafford pada 1884, kemudian di jadikan filem oleh John Ford pada 1946 dengan bintang utamanya Henry Fonda, Linda Darnell dan Victor Mature.

Selain itu, dua lagu popularnya turut di ciplak dari lagu-lagu Barat yang sudah di anggap klasik - "Mambo Italiano" ("Madu Tiga") petikan filem "Madu Tiga" dan "Banana Boat Song (Day O)" ("Menceceh Bujang Lapok") dari filem "Seniman Bujang Lapok".

Menurut Aziz Sattar, satu lagi lagu popular P.Ramlee, "Tidurlah Wahai Permaisuri", petikan filem "Putus Harapan" yang di arahkan oleh B.N. Rao, juga ciplakan lagu filem Hindustan. Bagaimanapun, setakat ini saya belum menemuinya di YouTube.

Tidak dapat dipastikan, siapa tiru siapa. Lagunya "Getaran Jiwa" ("Antara Dua Darjat") yang ada persamaannya dengan lagu "Wang Pu Liau Wang Pul Liau" ("Tidak Dapat Ku Lupakan") petikan dari filem Hong Kong "Love Without End" yang di bintangi Lin Dai.

Lagu ini telah saya ulas panjang lebar dalam buku "Filem-Filem P.Ramlee", dan masih teraba-raba mencari penyelesaian fakta. Sampai kini pun, saya masih tercari-cari, yang bermungkinan tidak berkesudahan.

# Kepada mereka yang fanatik dengan P.Ramlee perlu di ingatkan, pendedahan ini bukan bermaksud untuk merendah-rendahkan 'credibility'nya, ia lebih menjurus kepada fakta (ada bukti), dan bukan atas sebab-sebab lain.


YAADON KI BAARAT (1973)___

CERITA mengenai, Shankar (Dharmendra), Vijay (Vijay Arora), dan Ratan merupakan tiga adik-beradik. Pada hari lahir bapa mereka, ibu mereka menyanyikan lagu "Yaadon Ki Baaraat" yang sangat menyentuh perasaan.

Di tentukan oleh nasib, satu hari bapa kanak-kanak tersebut menyaksikan satu rompakan di lakukan penjahat Shakaal dan orang-orangnya. Untuk melindungi identiti mereka, Shakaal memutuskan untuk membunuhnya sebelum dia pergi membuat lapuran kepada polis.

Jadi, suatu malam, Shakaal dan orang-orangnya menyerbu masuk ke rumah bapa kanak-kanak tersebut, bukan saja membunuh bapa tetapi juga ibu mereka.

Shankar dan Vijay menyaksikan perbuatan itu, dan kerana ketakutan terus melarikan diri. Mereka mencuba menaiki kereta api yang sedang berlalu, tetapi Vijay tertinggal, mereka berdua terpisah.

Beberapa tahun berlalu, tiga kanak-kanak yang malang itu membesar. Masing-masing mempunya karekter yang berbeza kerana berada dalam kehidupan dan pemilaharaan yang berbeza.

JATUH CINTA

Shankar yang di hantui oleh memori pembunuhan ibu bapanya, bersama Usman, rakan karibnya sejak kecil, melakukan kerja-kerja jenayah di sekitar bandar, Vijay telah berbapa-angkatkan seorang lelaki yang agak kaya, jatuh cinta dengan Sunita (Zeenat Aman) dan Ratan, telah di pelihara oleh pembantu rumah (ibu bapanya) dan menukar namanya kepada Monto.

Dengan identiti barunya, Monto menubuhkan kumpulan musiknya sendiri dan membuat persembahan di sebuah hotel, dan dia mencintai penyanyinya, Neetu Singh.

Mereka bertemu beberapa kali, tetapi tidak mengenali antara satu sama lain.

Apabila mereka sudah mengenali antara satu dengan yang lain, mereka tidak boleh berhubung. Shankar (bekerja dengan Shaakal) takut keselamatan adik-adiknya terancam dan di tangkap oleh bossnya, yang merupakan pembunuh sebenar ibu bapanya.

Pelakon: Dharmendra, Zeenat Aman, Vijay Arora, Tariq, Neetu Singh, Ajit, Aamir Khan Pengarah: Nasir Hussain Pemusik: R.D. Burman.




(Sumber: ThePR536)

JAAL (1952)___

CERITA mengenai, selepas kehilangan penglihatan mata semasa ribut, Carlos tinggal bersama adiknya, Maria, di persisiran pantai di perkampungan nelayan. Satu hari, seorang wanita muda misteri, Lisa, memasuki kehidupan mereka, diikuti lelaki misteri, Tony Fernandes.

Maria dan Tony jatuh cinta, ini sangat mengecewakan Simon, yang sukakan Maria dan mahu mengahwininya. Lisa pula memberi amaran kepada Maria yang dia telah mengenali Tony, mereka mempunyai hubungan sulit dan dia telah mengkhianatinya.

NUJUM GIPSI

Bagaimanapun, amaran itu tidak berkesan ke atas Maria. Dalam pada itu, nujum gipsi juga mengingatkan Maria, dia mungkin kecewa di tangan orang asing.

Persoalannya, siapa sebenarnya Lisa dan Tony, apakah sebab mereka berada di perkampungan nelayan itu dan, sama ada atau tidak Maria sedang di tarik ke dalam jaring pembohongan dan penipuan di tangan Tony?

Pelakon: Dev Anand, Geeta Bali, K.N. Singh, Rashid Khan, Johnny Walker Pengarah: Guru Dutt Pemusik: S.D. Burman



"Ye Raat Ye Channdni Phir Kahan"
Dev Anand & Geeta Bali
(Hemant Kumar & Geeta Dutt)
Filem: JAAL (Sumber: Maskalandr)


"Tiada Kata Secantik Bahasa"
P.Ramlee (P. Ramlee)
Filem: ANAK-KU SAZALI (Sumber: MrCupan)


"Duniya Badal Gayi"
Dilip Kumar & Munawar Sultana
(Talat Mahmood & Shamshad Begum)
Filem: BABUL (Sumber: Suhanee2)


"Dunia Hanya Pinjaman"
P.Ramlee & Rosnani (P. Ramlee & Lena)
Filem: MISKIN (Sumber: Zamhari Materang)
# Rosnani menggunakan suara Lena bukannya Rubiah


"Pujaanku Pujaanmu"
P. Ramlee & Chandra Shanmugam (P. Ramlee & Saloma)
Filem: GERIMIS (Sumber: FilemKlasik Melayu)


"Oh My Darling Clementine"
Pengarah musik: Alfred Newman
Filem: MY DARLING CLEMENTINE (Sumber: PeterPan)


"Yeh Hai Bombay Meri Jaan"
Johnny Walker & Kum Kum (Mohd. Rafi & Geeta Dutt)
Filem: C.I.D. (Sumber: UltraHindi)


"Sedangkan Lidah Lagi Tergigit"
P. Ramlee & Sarimah (P. Ramlee & Saloma)
Filem: 3 ABDUL (Sumber: FilemKlasik Melayu)


"Hai Apna Dil To Awara Na Jane Kis Pe Aye Ga"
Dev Anand (Hemant Kumar)
Filem: SOLVA SAAL (Sumber: Purnendu Raut)


"Wang Pu Liau Wang Pul Liau"
Lin Dai (Mei Gu)
Filem: LOVE WITHOUT END (Sumber: StanleyPower)


"Getaran Jiwa"
P.Ramlee (P.Ramlee)
Filem: ANTARA DUA DARJAT (Sumber: dOnRamlee)


DUA LAGU P.RAMLEE CIPLAKAN DUA LAGU BARAT___




"Mambo Italiano"
Dean Martin (Dean Martin)
(Sumber: DeanMartinTV)


"Madu Tiga"
P.Ramlee (P.Ramlee)
Filem: MADU TIGA (Sumber: Zamhari Materang)


"Banana Boat Song (Day O)"
Harry Balafonte (Harry Balafonte)
(Sumber: 667None)


"Menceceh Bujang Lapok"
P.Ramlee Aziz Sattar S.Shamsuddin
(P.Ramlee Aziz Sattar S.Shamsuddin)
Filem: SENIMAN BUJANG LAPOK (Sumber: AreZeo)


BAGAIMANA PENDAPAT ANDA DENGAN LAGU INI___




"Aci Aci Buka Pintu"
P.Ramlee & M. Zain
(P.Ramlee & Saloma)
Filem: NASIB SI LABU LABI (Sumber: Njendra)


"Ada Sahillerinde Bekliyorum"
("Aku Menunggu Di Pulau Pantai")
Lagu Turkey
(Sumber: Ruchama Raz)




(Sumber: JacTech)

TAXI DRIVER (1954)___

CERITA mengenai, kehidupan nostalgia tahun 1950an Bombay (Mumbai) dengan latar belakang yang tenang, aman dan indah, trem elektrik dan seorang pemandu teksi yang unik, Mangal, di panggil "Hero" oleh kawan-kawannya.

Seorang pemandu yang memandu teksi di siang hari, minum minuman keras dan mabuk-mabuk ringan di waktu malam hari dan pergi ke kelab malam menikmati tarian-tarian menghairahkan oleh si penggoda, Sylvie.

Satu hari, ketika membantu seorang kawannya, juga pemandu teksi, Mangal menyelamatkan seorang gadis dalam kesusahan, Mala, yang di ganggu oleh dua orang samseng, dan membawa gadis tersebut ke destinasinya tetapi tidak berjaya, kerana orang yang di cari telah berpindah.

PENYANYI TERKENAL

Keesokan harinya, Mangal dan Mala, sekali lagi pergi mencari. Sepanjang hari di habiskan tetapi sia-sia saja, yang mana kemudian Mala tinggal di bilik kecil Mangal, dan kedua-duanya jatuh cinta.

Apabila Mala mendapat tahu mengenai Sylvie, Mangal di tinggalkan Mala. Mangal mencarinya tetapi kemudian mendapati Mala sudah menjadi penyanyi terkenal.

Pelakon: Dev Anand, Kalpana Kartik, Sheila Ramani dan Johnny Walker Pengarah: Chetan Anand Pemusik: S.D. Burman


"Jaye To Jaye Kahan"
Kalpana Kartik (Lata Mangeshkar)
Filem: TAXI DRIVER (Sumber: Rumahale)


"Jaye To Jaye Kahan"
Dev Anand (Talat Mahmood)
Filem: TAXI DRIVER (Sumber: Ajayuv)


"Kemana Kau Pergi" (Kamariah Noor)
(Sumber: Njendra)


"Dil Jale To Jale Gum Pale To Pale"
Kalpana Kartik (Lata Mangeshkar)
Filem: TAXI DRIVER (Sumber: Suhanee2)


"Hati Berduka" (Zainab Majid)
(Sumber: Njendra)


LAGU-LAGU CIPLAK YANG TERDAPAT DI YOUTUBE___




"Eena Meena Deeka"
Vyajayathimala (Asha Bhosle)
Filem: AASHA (Sumber: Kinshuk Bajpai)


"Siapa Dia" (Zainab Majid)
(Sumber: Aruspintar)


"Gaya Andhera Hua Ujara Chamka Chamka"
Pradeep Kumar & Jayshree
(Talat Mahmood & Lata Mangeshkar)
Filem: SUBAH KA TARA (Sumber: Mastkalandr)


"Dewa Dewi"
Latiffah Omar & Ahmad Mahmood (Saloma & Aziz Jaafar)
Filem: PUTERA BERTOPENG (Sumber: Filmklasik)


EXTRA, SIAPA CIPLAK SIAPA?___




"Marguerita"
Elvis Presley (Elvis Presley)
Filem: FUN IN ACAPULCO (Sumber: Nina Aussems)


"Kaun Hai Jo Sapnon Mein Aaya"
Rajendra Kumar (Mohd. Rafi)
Filem: JHUK GAYA AASMAN (Sumber: Filmi Gaane)


"Sepuluh Tahun Yang Lalu" (Rafeah Buang)
(Sumber: Njendra)


"Morena De Mi Corazón"
Antonio Banderas (Antonio Banderas)
Filem: DESPERADO (Sumber: UslumuratZool Hakeem)


"Kalau Mencari Teman" (Ziana Zain)
(Sumber: Zool Hakee)


"Pehla Pehla Pyar Hai"
Salman Khan (S.P. Bala Subrahmanyam)
Filem: HUM AAPKE HAIN KOUN...!
(Sumber: MissDilBaRaKSongs)


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___



FILEM KLASIK MALAYSIA

berapa banyakkah yang masih ada?

10 FILEM BOLLYWOOD HEBAT SEPANJNG MASA
top 10 bollywood films all time

REVOLUSI ISLAM DAN FILEM IRAN
"a separation" meningkatkan martabat negara iran


CECILIA CHEUNG
foto-foto lucahnya menggemparkan hong kong


CINTA DAN LAGU
satu-satunya filem musikal wujud di malaysia

PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang dan dihargai...

TRIVIA "PERMINTAAN TERAKHIR"
ciplakan filem hong kong "susanna"




KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.





Monday, September 30, 2013


LAGU MELAYU CIPLAKAN HINDUSTAN (1)

Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop




(Sumber: Andriano Steven Partinson)

NAGIN (1954)
Cerita mengenai, dua puak adivasi berkonflik bagi mempertahankan hak masing-masing. Anak perempuan ketua suku Nagi, Mala (Vyjayanthimala), bersumpah membunuh anak lelaki ketua suku Ragi, Sanatan (Pradeep Kumar), kerana mahu membalas dendam. Menceroboh masuk ke wilayah musuh, Mala terpesona dengan tiupan musik (seruling) Sanatan (yang dimainkan pemusik Kalyanji Virji Shah). Bila bertemu, Mala mendapati peniup seruling ialah Sanatan. Mereka jatuh cinta, tetapi mendapati sukar medamaikan permusuhan antara kedua-dua puak dan menentang percubaan penjahat Prabir (Jeevan) yang tidak mahu perkahwinan Mala dan Sanatan menjadi kenyataan. Pelakon: Pradeep Kumar Vyjayanthimala Jeevan Mubarak I.S. Johar Pengarah: Nandlal Jaswantlal Pemusik: Hemant Kumar


"MERA DIL YE PUKARE AAJA"
Vyjayantimala (Lata Mangeskar)
Filem: NAGIN (Sumber: UltraHindi)


"PUJAAN HATIKU" (Zainab Majid)
# Tajuk digunakan "Pujaan Hatiku" bukan "Kau Di Hatiku".
(Sumber: PakLong Klasik)


"PUJAAN HATIKU" (Sharifah Aini)
(Sumber: Eliyzas)


"PUJAAN HATIKU" (Sudirman)
(Sumber: OldToad63)

LAGU "Pujaan Hatiku" nyanyian Zainab Majid cukup popular suatu ketika dulu (di tahun-tahun 1950an), begitu juga "Airmata Kasih" dendangan R. Azmi. Dua lagu tersebut telah menarik hati Sharifah Aini dan Sudirman merakamkannya semula ke piringhitam di zaman populariti mereka,
di tahun-tahun 1970an.

Zainab Majid dan R. Azmi pasti tahu lagu-lagu tersebut saduran dua filem Hindustan, tetapi kemungkinan besar Sharifah Aini dan Sudirman tidak tahu ianya petikan dari dua filem Hindustan yang diminati ramai hingga kini dan sudah pun dianggap klasik.

"Pujaan Hatiku" berdasarkan lagu "Mera Dil Ye Pukare Aaja" nyanyian Lata Mangeshkar dari filem "Nagin", manakala "Airmata Kasih" ialah lagu "Andhe Jahan Ke Andhe Raaste" nyanyian Talat Mahmood dan filemnya "Patita".

Tidak dapat dinafikan lagi, dua penyanyi lagu-lagu Hindustan (berlirikkan Bahasa Melayu) di tahun-tahun 1950an dan 1960an yang cukup popular sampai kini, R. Azmi dan Zainab Majid dan di antara mereka berdua, duduk paling atas ialah R. Azmi.

Disamping R. Azmi dan Zainab Majid, ada juga beberapa penyanyi lain turut merakamkan ke piringhitam lagu-lagu Hindustan tetapi tidak sepopular mereka, antaranya Nona Asiah, Rokiah Wandah, Razak Majid, Momo, Kamariah Noor dan A. Rahman.

R. Azmi dan Zainab Majid banyak menyanyikan lagu Hindustan dari filem-filem Hindustan yang mendapat sambutan hangat atau box office seperti antaranya "Aar Paar", "Patita", "Nagin", "Jaal", "Mr. & Mrs. 55", "Howrah Bridge", "Ashiana" dan "Miss Coca Cola".

Memang benar penyanyi-penyanyi kita menceduk lagu-lagu Hindustan dan di bahasaMelayukan, tetapi lagu-lagu Hindustan itu sendiri menciplak juga, terutama lagu-lagu popular Barat dan diminati ramai.

Mungkin ramai yang terperanjat, mengikut statistik SmashHit (sebagai contoh), setiap 1,000 lagu Hindustan yang dihasilkan di India, 80% hingga 90% adalah saduran atau ciplak. Hebat, bukan?

TERSANGAT BANYAK

Banyak, terlalu dan tersangat banyak, tetapi yang dapat di catat dan di kesan di YouTube antaranya "Quizas Quizas Quizas" ("Babuji Dheere Chalna", Aar Paar) dan "My Darling Clementine" ("Aei Dil Hai Mushkil Jenna Yahaan", C.I.D.)

"My Darling Clementine" merupakan lagu asli (folk) Amerika ciptaan Percy Montrose pada tahun 1884, tetapi dikatakan juga ciptaan H.S. Thompson berdasar lagu "Down By The River Liv'd A Maiden".

"Quizas Quizas Quizas" pula adalah lagu ciptaan pencipta lagu Cuba, Osvaldo Ferres, pada tahun 1947 berlirikkan bahasa Sepanyol, kemudian di bahasaInggeriskan oleh Joe Davis.

Ramai yang telah menyanyikannya termasuk Caterina Valente (1955), Nat King Cole (1958), Doris Day ("Perhaps, Perhaps Perhaps", 1964), Trini Lopez (1964) dan Jennifer Lopez & Andrea Bocelli (2013).

Di bahagian pertama ini (1), marilah kita sama-sama memperolehi fakta dan menikmati lagu-lagu Hindustan berlirikkan bahasa Hindi dan Melayu yang di cari di kumpul dan di susun oleh Zaini Yusop.

Di bahagian kedua nanti (2), akan di senarai lebih banyak lagi termasuk lagu-lagu nyanyian P. Ramlee yang di ceduk dari lagu-lagu petikan filem-filem Hindustan, dan ada di antaranya mungkin akan memeranjatkan anda semua.

Saya dan Zaini sudah lama tersentak.




(Sumber: Biscoot Talkie)

PATITA (1953)
Cerita mengenai, Radha melakukan pengemisan untuk menyara diri dan bapanya yang lumpuh dan sakit. Mereka hidup dalam pondok buruk kecil, di bawah ancaman berterusan pengusiran tuan tanah yang mereka sewa dan tidak di bayar sudah beberapa bulan. Radha kemudian bertemu Nirmal Chander yang ingin melihat dia meningkatkan kehidupan dengan mendapatkan pekerjaan, bekerja di kilang. Nirmal kemudian menjemput Radha mememui ibunya, dan meminta restui perkahwinannya dengan Radha, yang dipersetujuinya. Nirmal juga bertujuan meminta kebenaran ayah Radha, tetapi apabila dia pergi untuk mendapatkannya, Nirmal mendapati Radha dan ayahnya hilang. Usahanya mencari mereka sia-sia, kemudian selepas beberapa bulan, Nirmal mendapati Radha berada dalam pondok kecil usang bersama Mastram dan seorang kanak-kanak yang diakui sebagai anaknya tetapi dia belum berkahwin. Siapakah bapa kandung kanak-kanak itu? Pelakon: Dev Anand Usha Kiron Lalita Pawar Agha Pengarah: Amiya Chakrabarty Pemusik: Shankar Jaikishan


"ANDHE JAHAN KE ANDHE RAASTE"
Agha (Talat Mahmood)
Filem: PATITA (Sumber: Rajshri)


"AIRMATA KASIH" (R. Azmi)
(Sumber: Manzboyle)


"AIRMATA KASIH" (Sharifah Aini)
(Sumber: Yuyie79)


"AIRMATA KASIH" (Sudirman)
(Sumber: Muhammad Izzudin)


"YAAD KIYA DIL NE KAHAAN HO TUM"
Dev Anand & Usha Kiron (Hemant Kumar & Lata Mangeshkar)
Filem: PATITA (Sumber: Rajshri)


"DI MANA KAU" (R. Azmi & Nona Asiah)
(Sumber: Njendra)


"KISI NE APNA BANA KE MUJHKO"
Usha Kiron (Lata Mangeshkar)
Filem: PATITA (Sumber: Rumahale)

# Tidak ada di YouTube
"SI PUTIH KUNING" (R.Azmi)


"TUJHE APNE PAAS BULATI HAI"
Agha (Talat Mahmood)
Filem: PATITA (Sumber: Rajshri)

# Tidak ada di YouTube
"TIDAK BERIBU" (R. Azmi)




(Sumber: bbc Gaane)

AAR PAAR (1954)
Cerita mengenai, Kalu bekerja sebagai pemandu teksi di Mumbai. Dia mempunyai dua wanita jelita (Shyama dan Shakila) sebagai kekasih yang suka kepadanya dan ingin mengahwininya. Kalu, bagaimanapun, terlebih dulu mahu menguatkan kedudukan dirinya sendiri dan menjadi kaya, sebelum dia boleh berfikir tentang perkahwinan. Shyama yang menyukainya mempunyai bapa yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti gangster dan jenayah, dan mahukan Kalu juga turut menyertainya supaya dia boleh mendapatkan menantu yang kaya. Kalu kini mempunyai dua pilihan, samada untuk menjadi kaya cepat atau tidur yang lebih lena dan tidak bermasalah. Pelakon: Guru Dutt Shyama Jagdish Sethi Shakila Jagdeep Johny Walker Pengarah: Guru Dutt Pemusik: O.P.Nayyar


"BABUJI DHEERE CHALNA"
Shakila (Geeta Dutt)
Filem: AAR PAAR (Sumber: UltraHindi)


"KERANA MATA" (R. Azmi)
(Sumber: Njendra)


"QUIZAS QUIZAS QUIZAS" (Nat King Cole)
(Sumber: Bmwklasik)


"PERHAPS PERHAPS PERHAPS" (Doris Day)
(Sumber: Dayniac4324)


"HOON ABHI MAIN JAWAAN AYE DIL"
Shakila (Geeta Dutt)
Filem: AAR PAAR (Sumber: UltraHindi)


"KECANTIKAN" (Zainab Majid)
(Sumber: PakLong Klasik)


"SUN SUN SUN ZALIMA"
Shyama & Guru Dutt (Geeta Dutt & Mohd. Rafi)
Filem: AAR PAAR (Sumber: Ultra Hindi)


"JA JA JA JA BEWAFA"
Shyama (Geeta Dutt)
Filem: AAR PAAR (Sumber: Ultra Hindi)


"AKU MERANA" (R. Azmi)
(Sumber: ZamShahRizal)


"YEH LO MAIN HAARI PIYA"
Shyama (Geeta Dutt)
Filem: AAR PAAR (Sumber: Ultra Hindi)

# Tidak ada di YouTube
"KEKASIHKU SAYANG" (Zainab Majid)


LAGU-LAGU LAIN NYAYIAN R.AZMI, ZAINAB MAJID, ROKIAH WANDAH DAN RAZAK MAJID YANG TERDAPAT DI YOUTUBE___




"AAJA RE AB MERA DIL"
Nargis & Raj Kapoor (Lata Mangeshkar & Mukesh)
Filem: AAH (Sumber: RK Film)


"MARILAH" (Razak Majid & Zainab Majid)
(Sumber: PakLongKlasik)


"YEH RAAT BHEEGI BHEEGI"
Nargis & Raj Kapoor (Lata Mangeshkar & Manna Dey)
Filem: CHORI CHORI (Sumber: UltraHindi)


"CAHAYA BULAN DI AIR TENANG" (R. Azmi)
(Sumber: Njendra)


"MAI NA JAANO"
Mohana (Lata Mangeshkar)
Filem: ASHIANA (Sumber: Bemused321)


"MAI NA JAANO"
Mohana (Lata Mangeshkar)
Filem: ASHIANA (Sumber: Sepl VintageMovies)
# Lihat minit yang ke 78


"KU TAK TAHU" (R. Azmi)
(Sumber: DezyDizzy)


"TANDHI HAWAYEIN LEHRATI AAYE"
Nalini Jaywant (Lata Mangheskar)
Filem: NAUJAWAN (Sumber: Maskalandr)


"TINGGAL KENANGAN" (R. Azmi)
(Sumber: Njendra)


"AYE DIL MUJHE BATA DE"
Shyama (Geeta Dutt)
Filem: BHAI BHAI (Sumber: Rajshri)


"SENYUMAN YANG MANIS" (R. Azmi)
(Sumber: PuciTau)


"YEH KYA KAR DAALA TUNE"
Madhubala (Asha Bhosle)
Filem: HOWRAH BRIDGE (Sumber: Rajshri)


"KALAU SUDAH TERGODA" (R. Azmi)
(Sumber: Njendra)


"JAANE KAHAN MERA JIGAR GAYA JI"
Johnny Walker & Cuckoo (Geeta Dutt & Mohd. Rafi)
Filem: MR. AND MRS. 55 (Sumber: UltraHindi)


"PEMUDA PEMUDI" (R. Azmi & Rokiah Wandah)
(Sumber: Njendra)




ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


UTUSAN RADIO & TV (URTV)
genap usianya 43 tahun

SINEMATEK MALAYSIA
sudah sampai masanya diwujudkan

FESTIVAL FILEM ASIA PASIFIK KE-30
seoul menang filem terbaik

FESTIVAL FILEM MALAYSIA
perlukan reformasi menyeluruh

MICHELLE YEOH
kini, tan sri michelle yeoh

10 FILEM INDONESIA
yang diiktiraf terbaik sepanjang masa

10 FILEM BOLLYWOOD
yang terhebat sepanjang masa




KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.