"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Sunday, May 8, 2011


MADHUBALA (1933-1969)

Teks: Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto: Daripada Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop






TIGA WAJAH JELITA MADHUBALA

PUSARA MADHUBALA DI PERKUBURAN ISLAM DI SANTA CRUZ, MUMBAI, INDIA

BIODATA___
  • Nama Sebenar MUMTAZ BEGUM JEHAN DEHLAVI
  • Lahir Pada 14 FEBRUARI 1933 (HARI VALENTINE)
  • Tempat Lahir NEW DEHLI, INDIA
  • Meninggal Dunia 23 FEBRUARI 1969
  • Tempat Meninggal Dunia MUMBAI, INDIA
  • Suami KISHORE KUMAR



    Filem BASANT (1942)
    Pengarah AMIYA CHAKRABARTY
    Musik PANNALAL GHOSH
    Pelakon BABY MUMTAZ (MADHUBALA) PRAMILA MUMTAZ SHANTI SUREH ULHAS
    (sumber: surjit1234)

    ULASAN FK___

    Kerjaya filem Madhubala bermula sejak kecil. Ketika usianya 9 tahun buat pertama kalinya dia membintangi filem "Basant" (1942) yang mendapat kejayaan box office. Dia berperanan sebagai anak perempuan pelakon filem terkenal - Mumtaz Shanti.

    Bakat dan kebolehan berlakon yang diperlihatkannya telah menarik bintang filem tersohor (Devita Rani) yang kemudian mencadangkan supaya dia menukar namanya ke Madhubala.

    Bagaimanapun, nama Mumtaz terus digunakan di credit title sehingga selepas filem "Neel Kamal".

    Menjelang meningkat dewasa, Madhubala telah membintangi banyak filem dan ini memberikannya cukup latihan untuk bersiap sedia memegang peranan utama atau pun heroine.

    Pada tahun 1948, Madhubala mendapat peluang keemasan apabila Kidar Sharma (pengarah filem "Kaki Kuda" (1958) yang dibintangi Aziz Sattar, Normadiah, S. Shamsuddin dan Saloma) menggabungkannya dengan Raj Kapoor dalam filem "Neel Kamal" semasa usianya masih terlalu muda, 14 tahun.

    Sungguhpun filem tersebut kurang berjaya di box office, namun lakonan Madhubala mendapat perhatian dan diterima baik di kalangan peminat-peminat filem lebih-lebih lagi kerana kecantikan dan kejelitaannya.

    Kejayaan paling besar dicapai oleh Madhubala ialah melalui filem bercorak suspense triller "Mahal" berherokan Ashok Kumar.

    Filem ini bukan saja mendapat sambutan box office tetapi juga menambahharumkan namanya dan juga Lata Mangeshkar yang menyanyikan lagu "Aayega Aanewaalaala" yang bermaksud "Dia Akan Datang"
    Pada tahun 1950, Madhubala mendapati jantungnya berlubang tetapi dirahsiakannya dari diketahui oleh orang-orang dalam industeri filem India.

    Begitu pun juga, ketika membuat penggambaran filem "Bahut Din Huwe" (1954) di Madras dia mengalami muntah darah. Dan sungguhpun dalam kesakitan, Madhubala meneruskan juga kerjayannya itu hingga selesai.

    Pada tahun 1955, Madhubala melanggar sumpah dan janjinya apabila menghadiri tayangan perdana filem "Insaniyat" yang dibintangi oleh Dilip Kumar, Bina Rai dan Dev Anand.

    Madhubala datang ditemani oleh Dilip Kumar.

    Sebagai heroine popular, Madhubala seringkali berpasangan dengan hero-hero popular antaranya Ashok Kumar, Raj Kapoor, Guru Dutt, Pradeep Kumar, Shammi Kapoor, Dilip Kumar, Dev Anand dan Sunil Dutt manakala heroinenya pula Kamimi Kaulshal, Suraiya, Geeta Bali, Nalini Jaywant dan Nimmi.

    Pada pertengahan tahun 1950an, tiba-tiba saja Madhubala dilabelkan sebagai "box office poison" ("racun box office") kerana banyak filem lakonannya kecundang termasuk yang diarahkan oleh Mehboob Khan, "Amar".

    Namun, Madhubala berjaya menebus semula popularitinya apabila filemnya "Howrah Bridge" (1958) yang dibintanginya bersama Ashok Kumar mendapat sambutan hangat disebabkan peranannya sebagai penyanyi kabaret yang membolehkannya beraksi seksi.

    Pada tahun 1960, Madhubala sampai ke kemuncak kerjayanya sebagai pelakon filem apabila dipilih membintang filem epik yang kemudian diiktiraf sebagai klasik, "Mughal-E-Azam", berherokan Dilip Kumar.

    Filem yang diarahkan oleh K. Asif ini membuatkan Madhubala sentiasa diingati sampai bila-bila atau pun selagi dunia perfileman India masih berdengut.




    "MUGHAL-E-AZAM"
    Pengarah K. ASIF
    Musik NAUSHAD
    Pelakon DILIP KUMAR MADHUBALA PRITHVIRAJ DURGA KOTHE
    (sumber: khusiprince)




    "MAHAL"
    Pengarah KAMAL AMROHI
    Musik KHEMCHAND PRAKASH
    Pelakon ASHOK KUMAR MADHUMALA M. KUMAR
    (sumber: shemaroovintage)




    "MR & MRS 55"
    Pengarah GURU DUTT
    Musik O.P. NAYYAR
    Pelakon GURU DUTT MADHUBALA LALITA PAWAR JOHNNY WALKER
    (sumber: harindergerawal)


    BERSAMA DILIP KUMAR


    (sumber: myvision22)


    PERCINTAAN YANG TERHALANG___

    Madhubala mula berkenalan dengan Dilip Kumar di set penggambaran filem "Jwar Bhata" (1944) dan sekali lagi dalam filem "Har Singaar" (1949). Begitupun juga dua filem tersebut gagal disiapkan.

    Dua tahun kemudian, ketika penggambaran filem "Tarana" perhubungan Madhubala dengan Dilip Kumar bertambah erat. Mereka dianggap sebagai pasangan yang romantik apatah lagi telah berlakon bersama dalam empat filem - "Tarana", "Sangdil", "Amar" dan "Mughal-E-Azam".

    Percintaan Madhubala dan Dilip Kumar berlangsung lima tahun antara 1951 hingga 1956, kemudian terputus apabila berlakunya saman menyaman di mahkamah oleh B.R. Chopra pengarah dan produser filem "Naya Daur" (1957) yang dibintangi Madhubala dan Dilip Kumar.

    Sebabnya, B.R. Chopra mahu Madhubala pergi membuat penggamabarn ke Bhopla tetapi ayah Madhubala (Attaullah Khan) membantah dan menuduh jadual yang panjang di situ akan memberi kesempatan kepada Dilip Kumar terus menjalinkan perhubungan dengan anaknya.

    Ayah Madhubala sememangnya tidak sukakan Dilip Kumar.
    B.R. Chopra menyaman Madhubala kerana keengganannya berlakon sedangkan pembayaran sudah pun dibuat. Kemudian peranannya itu diambilalih oleh Vyjayathimala.

    Di mahkamah Madhubala menyebelahi ayahnya walaupun sayangnya terhadap Dilip Kumar tidak berubah manakala Dilip Kumar pula berada di pihak B.R. Chopra.

    Keputusan perbicaraan, Madhubala dan Attaullah Khan kalah.
    Kerana maruah sudah tercemar, terpaksalah Madhubala berpisah dengan Dilip Kumar walaupun hatinya tidak rela melakukannya.

    Menurut adik perempuan Madhubala (Madhur Bhushan), perpisahan antara Madhubala dan Dilip Kumar bukan kerana kerenah ayahnya tetapi berpunca angkara yang dicetuskan filem "Naya Daur".

    Katanya, B.R. Chopra mahu Madhubala membuat penggambaran di Gwalior (ada yang menyebut Bhopla) tetapi ayahnya kurang senang dengan tempat tersebut dan mencadangkan supaya diubah ke tempat lain.

    B.R. Chopra menolak dan ini membuatkan Attaullah Khan menyuruh Madhubala menarik diri daripada berlakon. B.R. Chopra kemudian meminta jasa baik Dilip Kumar (pada masa itu sudah pun dikatakan bertunang dengan Madhubala) supaya memujuk Madhubala terus berlakon tetapi dia enggan kerana tidak mahu membantah kehendak ayahnya.

    Kemudian Dilip Kumar berkata kepada Madhubala "lupakan filem", dan mengajaknya berkahwin. Tetapi Madhubala mengenakan syarat. Kalau Dilip Kumar mahu berkahwin dengannya dia mistilah memohon maaf kepada ayahnya.

    Dilip Kumar keberatan untuk melakukannya, dengan itu Madhubala pun meninggalkan Dilip Kumar.

    Madhur Bhushan juga memberitau, sehingga ke akhir hayatnya Madhubala masih tetap mencintai dan menyayangi Dilip Kumar.

    Hanya hati Dilip Kumar saja yang di bawanya pergi walaupun pada tahun 1960 dia sudah pun menjadi isteri kepada Kishore Kumar.



    BERSAMA DEV ANAND

    FILEMOGRAFI___

    Madhubala membintangi 74 filem. Antara 10 yang terbaik ialah,

    1. MAHAL (Kamal Amrohi 1949) ASHOK KUMAR
    2. TARANA (Ram Daryani 1951) DILIP KUMAR
    3. AMAR (Mehboob Khan 1954) DILIP KUMAR
    4. MR & MRS 55 (Guru Dutt 1955) GURU DUTT
    5. GATEWAY OF INDIA (Om Prakash 1957) BHARAT BHUSAN
    6. KALA PANI (Raj Khosla 1958) DEV ANAND
    7. HOWRAH BRIDGE (Shakti Samanta 1958) ASHOK KUMAR
    8. CHALTI KAA NAAM GAADI (Satyen Bose 1958) KISHORE KUMAR
    9. BASRAAT KI RAAT (P.L. SANTOSHI 1960) BHARAT BHUSHAN
    10. MUGHAL-E-AZAM (K. ASIF 1960) DILIP KUMAR



    "BOY FRIEND" (sumber: biscoot talkie)


    "PASSPORT"(sumber: rajshri)


    (sumber: ffnmrao)


    BERSAMA ASHOK KUMAR



    "HOWRAH BRIDGE" (sumber: rajshri)


    FAKTA___

  • Filem "Mughal-E-Azam" menghasilkan pendapatan lumayan, dan rekord box office itu dapat bertahan selama 15 tahun apabila filem "Sholay" (1975) yang dibintangi oleh Amitabh Bachchan, Dharmendra dan Hema Malini dapat mengatasinya.

  • Filem "Jwala" satu-satunya filem warnawarni keseluruhannya yang dibintangi Madhubala. "Mughal-E-Azam hanya sebahagian saja.Filem tersebut telah dibuat penggambarannya di penghujung tahun 1950an tetapi ditangguhkan kerana Madhubala sakit. Penggambaran disambung semula selepas Madhubala meninggal dunia pada tahun 1969 dengan beberapa pelakon berlakon untuknya (doubling) dan mula ditayangkan pada tahun 1971.

  • Pada tahun 1960, Madhubala membintangi "Chalak" berherokan Raj Kapoor. Bagaimanapun, kerana penyakit yang dialaminya meyebabkan penggambaran sering tergendala dan akhirnya terpaksa dibatalkan.

  • Madhubala telah diberi kesempatan menjadi pengarah dengan mengarahkan filem "Farz Aur Ishq", tetapi disebabkan penyakitnya semakin teruk filem tersebut tidak jadi dibuat dan tidak lama kemudia dia pun meninggal dunia.

  • Kerana lakonannya dalam filem "Mughal-E-Azam", Madhubala telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Filmfare. Tetapi dia dikalahkan oleh Bina Rai yang membintangi "Chunghat". Itulah satu-satunya pencalonan anugerah untuknya.

  • Madhubala berkahwin dengan Kishore Kumar (juga terkenal sebagai playback singer) pada tahun 1960. Kerana dia beragama Islam Kishore Kumar menukar agama Hindunya ke Islam dan menggunakan nama Karim Abdul.

  • Pada tahun 2008, Pos India telah mengeluarkan setem Madhubala yang telah dilancarkan oleh Manoj Kumar dan Nimmi. Madhubala merupakan bintang filem kedua mendapat penghormatan seperti itu selepas Nargis.

  • Ketika masih bayi, Tok Nujum (beragama Islam) telah meramalkan yang Madhubala akan mencapai kemasyhuran dan kemewahan tetapi kehidupannya tidak bahagia dan akan meninggal dunia ketika usianya masih muda. Ramalannya itu tepat sekali.

  • Semasa Guru Dutt mengumumkan akan mengarahkan filem "Pyaasa" (1957), dia telah menyatakan hasratnya akan mengambil Madhubala dan Nargis membintang filem tersebut. Tetapi tidak jadi sebaliknya dia beralih kepada Mala Sinha dan Waheeda Rehman.

  • Satu-satunya filem Madhubala terlibat dengan produksi (mengeluarkan bajet) ialah "Naata" yang diarahkan oleh D.N. Madhok pada tahun 1955 di mana dia berlakon bersama adik perempuannya, Chanchal.


    # UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.








  • 2 comments:

    1. Saya sememangnya meminati Madhubala. Apabila terjumpanya FKM baru-baru ini, baru saya menyedari cerita Madhubala yang sebenar.
      Syabas Sdra Mustafar dan isteri kerana mengwujudkan satu blog yang penuh berinformasi.
      Kini, saya menunggu ulasan filem "Singapore" pula.

      Suraj (Sentul), KL.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Filem "Singapore" masih dalam pemeprosesan.
        Siap saja saya akan siarkan.
        Harap Suraj bersabar.

        Delete