Tribute... P.Ramlee (22/3/1929 - 29/5/1973) Seniman Agung Sukar Di Cari Ganti (Update: 21/3/2017)

Semerah Padi * Pendekar Bujang Lapok * Antara Dua Darjat * Sumpah Orang Minyak * Penarek Becha >>> Kliks Di Sini

Wednesday, February 29, 2012


SEMERAH PADI IN COLOR

Usaha Mengcolorkannya Sudah Pun Bermula
Oleh Mustafar A.R. & Zaini Yusop


P. Ramlee dan Noordin Ahmad dalam filem "Semerah Padi" yang akan di Color dan mungkin juga akan di CinemaScope kan



Tiga tokoh filem yang prihatin menjadi perintis jalan untuk meng Color dan mungkin juga meng CinemaScope kan filem "Semerah Padi". Dari atas: Dato' Aziz Singah, Amin Khan dan Mustafar A.R.

PADA 28 Februari 2012 jam 5 petang di Seremban, bermulalah perbincangan mengenai usaha untuk mengcolorkan filem "Semerah Padi" yang diarahkan oleh Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee.

Diperbincangan awal itu, sebagai perintis jalan dan sebelum di bawa ke peringkat yang lebih tinggi, pertemuan hanya di antara Dato' Aziz Singah dari Pusaka Pictures, Amin Khan (Minjan Productions) dan Mustafar A.R. (pembawa usul) dari MZA Terbit Enterprise.

Dalam perbincangan tersebut Mustafar (penggerak utama) memberitahu, ketika melayari alam maya (internet) tiba-tiba dia bertemu dengan filem color Dev Anand, "Hum Dono".

"Saya terhenti dan termenung sebentar, kemudian memori saya berpatah balik ke tahun 1969 teringatkan kekecewaan P. Ramlee kerana filemnya "Kanchan Tirana" tidak dicolorkan," kata Mustafar.

P. Ramlee puashati dengan filem tersebut dari segi cerita, lakonan, sinematografi (dalam bidang luas MerdekaScope), perkelahian, penyuntingan dan lagu-lagu, tetapi kecewa kerana tidak dicolorkan.

"Kalau dicolorkan, sudah pasti lebih menarik lagi disamping penyemburan darah akibat perkelahian kelihatan merah dan ini sudah tentulah lebih realistik," kata P. Ramlee selepas filem itu di pra-tontonkan kepada (terutamanya) para wartawan.

Sebagai pelakon, P. Ramlee hanya muncul dalam tiga filem color saja - "Hang Tuah", "Love Parade" (Shaw Brothers Hong Kong) dan "Melanchong Ka-Tokyo". Tidak ada satu pun filem arahannya dicolorkan.

P. Ramlee pernah bersuara kepada Shaw Brothers (Runme Shaw dan Run Run Shaw) ingin mengarahkan filem color semasa berkarya di Merdeka Studio, tetapi di tolak. Alasannya, kos perbelanjaan membuat filem color (pada masa itu) terlalu mahal.

Akhirnya, P. Ramlee (sepanjang riwayatnya) tidak dapat menunaikan dua perkara yang paling ingin dilaksanakannya - mengarah filem color dan menjadi produser filem.

Menurut Mustafar lagi, filem "Hum Dono" asalnya black & white (hitam & putih) dan kemudian dicolorkan (diwarnawarnikan) yang mana pelancarannya telah dilakukan oleh Dev Anand sendiri pada 4 Februari 2011.

Ia merupakan filem Hindi (Bollywood) yang ketiga berbuat demikian selepas "Mughal-E-Azam" (2004) yang dibintangi oleh Dilip Kumar dan Madhubala dan "Naya Daur" (2007) lakonan Vyjayantimala dan Dilip Kumar.

Untuk menjadi produser filem, adalah perkara mustahil P. Ramlee dapat berbuat demikian kerana dia telah meninggal dunia pada 29 Mei 1973, tetapi impian dan hasratnya untuk mengarahkan filem color boleh dijadikan kenyataan.

BERSETUJU MENERIMA PERLANTIKAN

Ini bermakna, filem-filem black & white yang diarahkan oleh P. Ramlee boleh dicolorkan seperti juga "Hum Dono," "Naya Daur" dan "Mughal-E-Azam".

Mustafar menambah, P. Ramlee telah diiktiraf sebagai Seniman Agung, dan kemudian diberi gelaran Tan Sri. 100 atau 1,000 tahun lagi belum tentu dunia filem Malaysia dapat melahirkan seorang lagi seniman sepertinya.

Jasa P. Ramlee terhadap dunia filem Malaysia sangat besar dan payah pula ditandingi. Kehilangannya sememangnya sukar dicari ganti.

"Oleh yang demikian, kita bertiga sebagai peminat filem-filem P. Ramlee seharusnya mengambil inisiatif berusaha mengcolorkan filem "Semerah Padi" supaya hasrat dan impiannya mengarahkan filem color tercapai," terang Mustafar.

Setelah Mustafar memberi penerangan dengan panjang lebar, kenapa dan mengapa harus "Semerah Padi" dicolorkan, Dato' Aziz Singah bersetuju menerima perlantikan sebagai Pengerusi Sementara usaha mengcolorkan filem "Semerah Padi."

Mustafar A.R. diberi tanggungjawab sebagai Setiausaha Sementara dan Amin Khan sebagai Bendahari Sementara.

Dalam pertemuan itu, persetujuan telah dicapai untuk menubuhkan Tabung Amanah P. Ramlee bagi mencari dan mengumpul dana (wang).

Bagaimanapun, sebelum penubuhan tabung tersebut, terlebih dulu keizinan mengcolorkan "Semerah Padi" harus diperolehi dari tuanpunya filem, Shaw Brothers.

Keputusan juga telah diambil untuk menubuhkan tiga biro pelaksanaan.

* Biro Perundingan Dengan Shaw Brothers
Tugas: Bagi mendapatkan kebenaran (hak cipta) dan memertai perjanjian mengcolorkan filem "Semerah Padi."

* Biro Perundingan Dengan Legend Films
Tugas: Menilai sebutharga dan membuat perjanjian mengcolorkan filem "Semerah Padi."

* Biro Mencari Dan Mengumpul Dana (wang)
Tugas: Mencari dan mengumpul dana (wang) untuk membiayai mengcolorkan filem "Semerah Padi."

Selain itu, keputusan telah dibuat untuk mengadakan Tayangan Perdana "Semerah Padi" sempena Hari Seniman pada 29 Mei 2013 di Coliseum, Kuala Lumpur dengan kehadiran DYMM Yang Di Pertuan Agung dan Raja Permaisuri Agung sebagai tetamu Di Raja serta YAB Perdana Menteri dan isteri.

Panggung wayang Coliseum (kini berusia 92 tahun) di Kuala Lumpur merupakan cadangan awal untuk Tayangan Perdana filem "Semerah Padi" yang akan di Color dan mungkin juga di CinemaScope kan sempena sambutan Hari Seniman pada 29 Mei 2013


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.


Monday, February 27, 2012


GELORA (1970)

HANYA SESUAI UNTUK ORANG DEWASA
Teks & Foto: Mustafar A.R.
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



Lima gambar lakonan pembawa watak utama, P. Ramlee, Sarimah, Arman Yadi dan Isma Rubee

MERDEKA FILEM SETUDIO Mempersembahkan GELORA (The Gale) Karya OSMAN ABADI P. RAMLEE SARIMAH ARMAN YADI Dengan IDRIS HASHIM AHMAD DADIDA MINAH HASHIM NORSIATI MINAH YEM SHARIFF BABOO Memperkenalkan ISMA RUBEE MARIATI ABDUL RAHMAN BAB MUSTAFFA Pelakun Kechil S. NORAINI ZURAIDAH SULAIMAN Teknik Fotografi SIEW CHAN WAH Rakaman Awal ANUAR YUSOFF Rakaman Akhir TAN CHUA HOON Art Director ABD. HAMID AZIZ Filem Editor JOE IBRAHIM PENOLONG2 Pengarah, sambongan BAKAR JAFFAR Camera AMIN ZAA Editor JOHAN IBRAHIM Make-Up ROKIAH OSMAN Penchitak ROSALIND TEOH Artis ESA AHMAD Screen Play, Dialog P. RAMLEE OSMAN ABADI Kugiran DENDANG IRAMA Kugiran BEN PUTEH 4 Kugiran P. RAMLEE ORKES Lagu2, Gurindam dan Arrangements P. RAMLEE a.m.n. Directed P. RAMLEE a.m.n.

Credit title seperti tercatat dalam filem
Tahun diedarkan: 1970 (30 November)
Masa tayangan: 107 minit (lebih kurang)

JALAN CERITA___

Kuala Lumpur: Rizman sangat dibenci oleh ibu tirinya kerana dia (sewaktu kecil) menyebabkan kematian adik tirinya. Oleh kerana tidak tertahan lagi dengan kata-kata nista dan celaan ibu tirinya itu, Rizman keluar rumah meninggalkan ayahnya serta dua orang adiknya. Rizman berhasrat untuk ke Singapura.

Sebelum peristiwa itu, Rizman bersama teman wanitanya (Ruby) menghadiri parti kemudian Ruby mengajak Rizman makan malam di rumahnya. Rizman diperkenalkan oleh Ruby kepada ibunya (Rima Murni).

Di Stesen keretapi, Rizman bertemu dengan Rima yang kebetulan menghantar Tengku Zaman menaiki keretapi. Bila Rizman menyatakan hasrat mahu ke Singapura Rima menghalang dan mencadangkan supaya Rizman tinggal bersamanya dan juga Ruby.

Dalam pada itu, di tempat kerja Ruby mendapat bos baru (Rozaiman). Rozaiman yang pertengahan umur tertarik dengan Ruby dan cuba memikatnya tetapi Ruby tidak melayannya kerana dia cintakan Rizman.

Apabila tinggal dalam satu bumbung, perhubungan antara Rizman dengan Rima semakin erat.

Semasa begitu gembira dan ingin menunjukkan surat yang dia telah lulus ujian memandu kereta, Rizman termasuk ke bilik Rima di mana Rima ketika itu berada dalam keadaan menggairahkan.

Rizman terpegun dan kegairahan. Seperti "pucuk dicinta ulam mendatang," Rizman menghampiri ke katil Rima di mana dia sedang berbaring dan menyuruh Rizman memicit badannya.

Rizman tidak "bertepuk sebelah tangan." Berlakulah perzinahan dan sejak itu, perhubungan antara Rizman dengan Rima (ibu kekasihnya, Ruby) semakin erat dan keterlanjuran terus berlaku tanpa disedari oleh Ruby.

Dalam usahanya memikat Ruby, Rozaiman tidak putus asa. Setelah di desak beberapa kali akhirnya Ruby setuju makan malam dengannya.

Ketika makan malam itulah Rozaiman menyatakan cintanya kepada Ruby tetapi di tolaknya dengan alasan dia setia dengan Rizman.

Di panggung wayang, Mustabab (berdendam dengan Ruby kerana Ruby tidak melayannya) bersama dua orang kawannya terserempak dengan Rizman dan Rima.

Ini telah dipergunakan oleh Mustabab membalas dendamnya terhadap Ruby. Mustabab memberitahu Ruby, Rizman sudah ada girlfriend baru. "Mother, you," katanya. Ruby tersentak, "Mother, I."

Bagi mempastikan kata-kata Mustabab itu benar, pulang ke rumah Ruby buat siasatan. Ruby terperanjat apabila mendapati Rizman dan Rima sedang bercengkerama dibilik Rizman.

Dengan perasaan kecawa dan hampa, Ruby pergi ke rumah Rozaiman dan menawarkan untuk menjadi perempuan simpanan Rozaiman. Bagi Rozaiman pelawaan Ruby seperti, "orang mengantuk di sorongkan bantal".

Kekerapan Rima keluar malam dan pulang di waktu pagi, menyebabkan Rizman (yang mencintai Rima sepenuh hati) sentiasa berada dalam kerisauan. Rizman mencurigai kesetiaan Rima terhadapnya.

Rizman marah dan merajuk tetapi kerana Rima pandai memujuk dan menggoda, Rizman berlembut dan mengalah. Perhubungan Rozaiman dan Ruby pula semakin bertambah erat. Ruby tidak payah bekerja tetapi dia tetap mendapat gaji tiap-tiap bulan.

Kemudian Rizman diracuni fikirannya oleh Mustabab dan dua orang teman setianya. Dia mengajak Rizman pergi ke sebuah rumah di mana Rima sering berkunjung.

Mustabab menyuruh Rizman memanjat sebatang pokok dan dari situ dia dapat menyaksikan Rima sedang melayan nafsu seorang tua.

PEREMPUAN SIMPANAN

Apabila pulang, Rima di tempelak oleh Rizman dan mengugut akan meninggalkannya. Kerana merasakan yang dia sangat cintakan Rizman dan kini sudah mendapat lelaki pujaannya dan dia mahu berkahwin dengan Rizman, Rima menceritakan kedudukan sebenar kepada Rizman.

Menurut cerita Rima, dia berasal dari Sumatera Utara. Dia jatuh cinta dengan seorang pemuda bernama Rozaiman. Hasil percintaan mereka, Rima telah berbadan dua mengandungkan Ruby.

Rozaiman tahu yang dia telah mengandung tetapi dia tidak mahu bertanggungjawab lalu melarikan diri dari kampung. Dia kemudian di usir dari kampung dan dengan pertolongan dua tiga orang yang bersimpati dengannya, Rima datang ke Malaysia.

Apabila Ruby di lahirkan, dia menjadi perempuan simpanan Tengku Zaman yang telah memberikannnya kehidupan yang mewah.

Tanya Rizman, kalau begitu mengapa Rima tidak berkahwin saja dengan Tengku Zaman. Menurut Rima, Tengku Zaman berkahwin mengikut undang-undang mahkamah. Mahkamah tidak membenarkannya berkahwin lebih dari satu.

Rima meminta Rizman bersabar kerana Tengku Zaman telah tua, tidak lama lagi dia akan mati. Kalau dia mati setidak-tidaknya separuh (atau pun suku) daripada hartanya akan dimilikinya.

Bagaimanapun, Rizman meninggalkan Rima menyebabkannya tidak dapat menerimanya. Rizman pergi menemui Ruby untuk kembali ke pangkuannya tetapi dihujung pistol, Ruby menolak.

Setelah berfikir panjang, Rima kemudian pergi menemui Tengku Zaman dan menyatakan yang dia mahu memutuskan perhubungannya dengan Tengku Zaman kerana dia sudah pun bertemu dengan lelaki pujaannya.

Terkejut dengan tindakan Rima itu, Tengku Zaman diserang penyakit jantung lalu meninggal dunia.

Rizman kemudian bertunang dengan Haryati (teman wanitanya) dan sempena dengan pertunangan tersebut satu majlis tari menari diadakan.

Rima turut hadir. Dia kemudian berhadapan dengan Rizman dan Haryati dan meminta Rizman kembali kepangkuannya semula.

Perbuatannya itu memarahkan Haryati yang menyebabkan Haryati mengeluarkan perkataan "perempuan lacur." Rima tersangat marah lalu mengambil keris yang ada didinding lalu menikam Haryati.

Apabila Rizman enggan pulang kepadanya dan menyatakan juga Rima "perempuan lacur," dia menikam Rizman pula. Rizman dan Haryati mati disitu juga.

Selepas itu, Rima pergi menemui Ruby dengan keris berlumuran darah. Semasa pertemuan itu, Ruby memperkenalkan kekasihnya yang bercadang untuk berkahwin dengannya.

Apabila bertemu, masing-masing terperanjat dan dengan tidak disedari Rima mencapai pistol yang ada di situ lalu menembak Rozaiman. Rozaiman mati.

Rima kemudian memberitahu Ruby katanya, "Aku tak mau kau kahwin dengan orang itu, Ruby. Dialah Rozaiman. Bapak, kau."

Rima menelefon polis dan membuat pengakuan telah membunuh Rozaiman, Rizman dan Haryati. Rima menunggu kedatangan polis, dia mahu menyerah diri.


Bab Mustaffa dan Norsiati

Arman Yadi, Bab Mustaffa, Ramli Ismail dan N.S. Sulaiman

Mariati Abdul Rahman dan Arman Yadi

Sarimah dan Nor Jin sebagai Tengku Zaman



ULASAN & KRITIKAN___

Filem ini tidak lahir sekiranya P. Ramlee tidak bertengkar dengan Osman Abadi.

Menurut ceritanya, P. Ramlee ketika mula-mula mengenali Osman Abadi (pengarang kanan di Utusan Melayu ketika itu) telah dikecam oleh P. Ramlee kerana wartawan hanya pandai menghentam orang-orang filem terutama filem-filem arahannya.

"Dia orang cakap senang, tahu hentam saja. skrip lemah, arahan lemah. Tapi siapa ada antara wartawan yang ada yang bagi skrip bagus pada saya," kata P. Ramlee.

Mendengarkan kata pedas tersebut terkeluar kata Osman Abadi, "Bagaimana kalau saya buat skrip Encik Ramlee boleh terima ke?"

"Boleh, dengan syarat skrip misti bagus. Bila Encik Osman nak bagi," kata P. Ramlee.

"Malam esok di studio ni," jawab Osman Abadi.

Malam esoknya (kira-kira jam 10.00) Osman Abadi datang, lalu bercerita di depan P. Ramlee berdasarkan nota yang ditulisnya di sekeping kertas.

Ketika mendengar cerita Osman Abadi, P. Ramlee hanya memejamkan matanya. Osman Abadi sendiri tidak tahu samada P. Ramlee mendengar ceritanya itu atau pun tidak.

"Selepas bercerita, P. Ramlee tidak berkata sepatah pun apakah cerita saya itu bagus dijadikan filem atau pun tidak," kata Osman Abadi.

Melihatkan wajahnya, Osman Abadi yakin ceritanya itu tidak akan diterima.

Esoknya, Osman Abadi menerima telefon P. Ramlee yang memintanya menulis 'rough idea' cerita yang diceritanya itu. P. Ramlee memberi masa seminggu untuk Osman Abadi menyudahkannya.

Bagaimanapun, Osman Abadi hanya dapat menyudahkannya dua minggu kemudian. P. Ramlee sendiri menyusun cerita dan lakonlayarnya manakala Osman Abadi menyusun dialognya.

Bermula dari situlah lahirnya filem ini yang dirangkumkannya dengan lagu popular ciptaanya - "Gelora" petikan filem "Seniman Bujang Lapok."

Bolehlah dikatakan filem ini sebuah drama berat yang tidak ada komedi langsung. Dari awal hingga akhir ketegangan mencengkam penonton.

Hanya mereka yang berminat dengan filem-filem drama berat dan masih meminati karya P. Ramlee menyukai filem ini.

GOLONGAN REMAJA

Bolehlah dikatakan juga, filem ini hanya sesuai ditonton oleh orang-orang dewasa saja (for adult only) dan boleh juga diagak kenapa filem ini jarang-jarang ditayangkan di tv kerana temanya yang tidak sesuai ditonton oleh golongan remaja apatah lagi kanak-kanak.

Adegan-adegan menyolok mata, antara Sarimah dan Arman Yadi serta antara P. Ramlee dan Isma Rubee, begitu ketara dan menggairahkan.

Agak menarik juga, dalam vcd dan dvd yang ada sekarang, adegan-adegan tersebut masih kekal dan tidak di gunting dan di potong.

Dari segi persembahan filem ini tidaklah mengecewakan. Arahan dan lakonan pelakon-pelakonnya tetap baik dan memuaskan terutama P. Ramlee dan Sarimah yang memegang watak utama.

Bab Mustaffa (adik seniwati Rosmawati) tidak pernah berlakon sebelum ini. Tetapi dalam filem ini dia telah memperlihatkan mutu lakonan yang sangat baik - bersahaja dan natural

Jika Festival Filem Malaysia (FFM) ada ketika itu, kemungkinan dia memenangi anugerah best leading actor in supporting role (pelakon pembantu lelaki terbaik) adalah cerah sekali.

Bagaimanapun, karekternya (berpasangan dengan Ramli Ismail dan N.S. Sulaiman) tidak jelas.

Mahu dikatakan crook (peranan jahat), bukan. Hendak dikatakan berperanan baik, pun bukan. Mungkin sebagai pengacau (penyibuk), batu api dan menjaga tepi kain orang sesuai untuknya.

Pada keseluruhannya, filem ini menampak penurunan (merosot) P. Ramlee dalam pengarahan filem. Nampak sudah P. Ramlee kekeringan idea atau mungkin juga keadaan dan kedudukannya di Merdeka Filem Setudio  sudah mulai goncang lebih-lebih lagi kontraknya sudah hampir tamat.

Begitupun juga, filem ini masih bertenaga dan mempunyai kekuatan dari segi cerita, arahan dan lakonan terutamanya. Tinggal lagi, sebagaimana yang dikatakan, kisah yang dipaparkan tidak sesuai dengan mentaliti kaum remaja dan kanak-kanak.

P. Ramlee tidak banyak muncul dalam filem ini. Tumpuan utama lebih kepada Arman Yadi (sebelumnya pernah mucul dalam "Keranda Jingga" dan "Perentah Seri Paduka") yang memegang peranan Rizman dan Sarimah sebagai Rima Murni.

Bolehlah dikatakan P. Ramlee sebagai pelakon pembantu dan Arman Yadi hero.

Pada saya, irama dan lirik lagu "Gelora" begitu indah sekali. Tetapi dengan lahirnya filem ini, sedikit sebanyak telah mencemarkan kebaikan dan keindahan lagu tersebut.


COMMENTS & CRITIQUES___

IT CROSSED THE INVISIBLE CODE OF DECENCY!
By Farouk Gulsara
(Blog Rifle Range Boy, 26 August 2012)

The late 60s must have been a bad time for P. Ramlee. The introduction of the idiot box to Malaysia, the glamour of the Hindi films with unbelievably drop dead suave actors and melodramatic stories and melodious songs to match in cinematographic colours, the closure of Jalan Ampas studio due primarily to labour disputes and age issues had its toll in garnering finances for his movie making.

On top of all that, he was the punching bag of ridicule for the local papers for his inability to replicate his previous successes in Singapore here. The bank were not forthcoming for loans either.

P. Ramlee expressed his dismay of Utusan Melayu for constantly belittling his efforts, his stories and his direction. In a sudden twist of events, an editor from this journal, Osman Abadi, came forward to the legend with a script of this story.

After some screenplay changes here and there,' Gelora' materialised. Of course "Gelora" is the name of his favourite song. The background musical score had a heavy dose of the song in instrumental form in various beats - Indian, electric guitar etcetera.

Talking about music, P.Ramlee also to battle it out with the British invasion bands and the emerging pop yeh yeh for popularity. He had to employ 3 various bands for musical score, including a modernized keroncong song sang by Ramlee himself.

This 1970 movie was nostalgic in that it showed certain popular landmark buildings around KL like the Parliament building and the clock tower, a 2-door Fiat 600 with the door hinge at the back, a beetle VW 1300 (BL8785) like the one my Standard 3 master had and a National Jetcycle refrigerator which was a familiar landscape in the more affluent years of our 1-bedroom flat of RRF!

The film starts with thoughts reminiscing a time before the blitz from the Iranian Revolution swept across the globe dividing the world into two - the believers and the nons. 9/11 just tipped the the scale even further!

The credit starts with a dancing crowd gyrating and twisting to a live band in a house party. Girls are willing to dance with their new partner at the wave of the hand, dresses were modern (baby doll, mini skirt) and short at mid thigh level, hair was longer than the dresses and smiles were all around.

English is used freely, I and you are used freely as pronouns in their Malay sentences. Wine and drinks tracks were available in houses. Peck in the cheek seem like an acceptable form of greeting in the film.

Ruby (Isma Rubee) is dancing happily with her boyfriend Rizman (Arman Yadi) only to be disturbed by her sore-loser ex-boyfriend Mustabab (Bob Mustafa) who wrecks the party by his mischief.

Rizman, who has a stormy relationship with his step mother, decides to leave his father's home. Meanwhile, Rizman meets Ruby's mother, Rima Murni (the vivacious Sarimah), when he dines at her home. He is awed by Rima's youth and beauty.

When Rizman decides to leave KL for Singapore, he is coaxed by Rima who met him at the railway station accidentally, to stay at her home.

Rizman, a 21 year old jobless youth, is taught to drive by Rima. After obtaining his driving license, the jubilant Rizman rushes in to Rima's bedroom to thank his teacher.

What he saw changed his life forever! Lying in a compromisingly provocative manner, he is lured by the temptress of a cougar to massage her sore back. When the heat built up, he was told to do the necessary and hence a 'Mrs. Robinson' kind of illicit sexual liaison starts.

This jobless guy continues with his clandestine activity whilst Ruby works diligently as a secretary. Rima and Rizman are spotted at an afternoon matinee show by Mustabab (Ruby's old flame) who spills the beans to Ruby.

Meanwhile, Ruby's office has a new boss, Rozaiman (P Ramlee), a 40 something bachelor who fancies Ruby. Repeated attempts at wooing Ruby proved futile as she wishes to stayfaithful to Rizman.

After Mustabab's squealing, Ruby caught her boyfriend and her mother embraced on bed in an awkward manner. In rebound, she left her maternal house and moved in to her boss' house to stay as a mistress!

Rima and Rizman's sinful union based on lust lands on a rough patch. Rizman was not comfortable with her frequent late night early morning trips dressed to her nines to do her work which paid her bills. A small tiff ensues.

Here, Mustabab emerges again. He coaxes Rizman to go for a drive just to bring him to Rima's alleged workplace. Here, Rima is seen entertaining an old man in bed. Devastated, another confrontation happens back home and the truth is told.

Rima was a young unwed mother from Northern Sumatra who left her abode after the shame. Visibly pregnant poor and hungry, she was ushered into the care of a Tengku Zaman who took care of her so well that she decide to reciprocate her gratitude by staying as his mistress.

An ultimatum was given - "leave him or I will leave". Used to the good luxurious life, Rima hesitates and Rizman leaves. On the rebound, drinking himself to the ground and walking around with his suitcase, Rizman is courted by Hayati, a colleague of Ruby. Pretty soon, they hold their engagement party.

Rima, on the other side, yearning for Rizman's love and longing to be legally married, decides to woo Rizman back to her life at the engagement party. A duel ensues. Rima stabs to death Rizman and Hayati with an decorative dagger displayed on the wall when she is called as a whore.

Rima then goes to see Ruby to say her peace before surrendering to the police. There, she discovers that the man that her daughter has been co-habitating all this while is indeed Rima's jilted boyfriend who absconded when he discovered that she was pregnant. In a fit of rage, she guns him down.

The movie ends with Rima calling 999 and waiting for the arrival of the police...

A full length heavy drama dealing with adult matters that seems to have crossed all boundaries of accepted norms. I am yet to see a film where father and daughter are lovers!

P. Ramlee here acts a supporting actor only whilst the main show is dominated by Sarimah and other new actors. Unfortunately, Arman Yadi (Rizman) and Isma Rubee (Ruby) need to polish on their acting skills.

Bab Mustaffa (Mustabab) is likeable as a villian. The famous Mak Enon with her toothless smile appears briefly in a gambling scene in Rizman's father's house and is memorable in her comedy sketch.

At one time I wondered why the four main characters had their names starting with the letter R and sounded confusing.

Interestingly, a scene was shot at a A&W food outlet. Hey, I did not know that A&W was already around in 1970!

Amir Muhammad, the famous new movie-maker was searching high and low to lay his hands on a copy of the film to review in book but his effort proved to be in vain.

He was probably trying to get a 35mm film copy; mine is a DVD-R copy, a good copy though!


Sarimah dan Norsiati

Isma Rubee dan Arman Yadi

P. Ramlee dan Isma Rubee

Sarimah dan Isma Rubee


(Sumber: Supermasjoko)


(Sumber: Legendafilemmelayu)

Dua klip video dari filem "Gelora"

IRAMA & LAGU___

Disebabkan irama kumpulan gitar rancak (kugiran) begitu mendapat sambutan hangat ketika itu, dalam pengendalian muziknya P.Ramlee mengunakan 3 kugiran - Dendang Irama, Ben Puteh 4 dan P.Ramlee Orkest.

Lagu-lagu yang terdapat dalam filem ini tidak begitu menarik dan itulah sebabnya tidak ada yang popular seperti filem-filem P.Ramlee sebelum ini.

Hanya satu lagu yang agak menarik dan seronok didengar, "Apa Guna Bersuami Muda", berirama keroncong yang disampaikan oleh Tamam Idris menggunakan suara P.Ramlee (sila lihat video).

FAKTA & ANGKA___

* Filem pertama P.Ramlee mengambil cerita karya Osman Abadi (wartawan Utusan) sebagai filem arahannya.
* Filem pertama lakonan Bab Mustaffa, Isma Rubee dan Mariati Abdul Rahman, maksudnya ada peranan. Mariati Abul Rahman kemudian menjadi menantu P.Ramlee apabila Nasir P.Ramlee berkahwin dengannya, tetapi kemudian bercerai.
* Filem ketiga P.Ramlee mengambil Sarimah berlakon di Merdeka Film Productions selepas "Kanchan Tirana" dan "Dr.Rushdi".
* Filem pertama lakonan Arman Yadi dibawah arahan P. Ramlee. Arman Yadi diperkenalkan oleh Omar Rojik dalam filem arahannya, "Keranda Jingga", berlakon bersama Ed Osmera dan Norsiati.
* Nama sebenar Bab Mustaffa ialah Mustafar bin Baba, tetapi diubah oleh P.Ramlee kepada Bab Mustaffa berdasarkan satu karakter yang terdapat dalam cerita 1001 malam ("Ma'aruf Tukang Kasut dan Isterinya Fatimah"), Baba Mustaffa.
* Bab Mustaffa yang turut membintangi filem "Kisah Seorang Biduan" (arahan M.Amin) dan "Pertentangan" (Salleh Ghani) meninggal dunia ketika umurnya masih muda. Tarikh sebenar tidak diperolehi tetapi diawal tahun 2002.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.







Sunday, February 5, 2012


AHMAD MAHMOOD DARI KACAMATA MUSTAFAR A.R.

Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop





OLEH MUSTAFAR A.R.
TEMAN RAPAT AHMAD MAHMOOD





Ahmad Mahmood dan Khatijah Mohammad masa muda-muda dulu ketika baru memperolehi dua orang cahayamata, Rogayah dan Siti Fatimah.

BIODATA___
Nama sebenar AHMAD BIN MAHMUD
Nama popular AHMAD MAHMUD (AHMAD MAHMOOD)
Lahir 17 MAC 1927 REMBAU, NEGERI SEMBILAN
Meninggal dunia 27 OGOS 2008, KG. TUNKU, SELANGOR
Isteri KHATIJAH MOHAMMAD
Anak ROGAYAH SITI FATIMAH ARIFFIN






Antara lima filem color yang dikeluarkan oleh Shaw's MFP, tiga dibintangi oleh Ahmad Mahmud. Dari atas: "Hang Tuah", "Ribut" dan "Raja Bersiong".

TIDAK boleh sesiapa mempertikaikan Ahmad Mahmud merupakan seniman kedua popular selepas P. Ramlee. Ini kerana kekacakan, ketanpanan dan peranannya dalam filem telah memberikan hiburan kepada jutaan rakyat Malaysia bukan saja orang-orang Melayu tetapi juga Cina dan India.

Sampai sekarang filem-filemnya (yang ditayangkan di RTM, TV3 dan Astro) tetap menarik minat ramai seperti "Iman", "Isi Neraka", "Hang Tuah", "Lela Manja", "Siti Muslihat" dan "Jebak Maut".

Di lahirkan di Kampung Chembong, Rembau, Negeri Sembilan pada 3 Januari 1926, Ahmad Mahmud memulakan kerjayanya sebagai pelakon filem di Keris Filem dengan membintang dua filem - "Perwira Di-Lautan Teduh" yang tidak dapat disiapkan dan "Setia' yang turut dibintangi Rosini.

Filem "Setia" berjaya disiapkan tetapi kerana Ho Ah Loke tidak puas hati tentang kualitinya dan bimbang menggambarkan ketidakmampuannya menghasilkan filem dan akibat satu lagi filemnya ("Ramlee Ramlah") kecundang di box office, filem tersebut tidak diedarkan secara meluas, hanya ditayangkan di panggung-panggung kecil saja.

Memandangkan di Keris Film masa depannya agak gelap, Ahmad Mahmud mencuba nasibnya di Shaw's MFP, Jalan Ampas.

Kedatangannya ke Jalan Ampas (sebelumnya pernah bekerja sebagai kondaktor bas) bolehlah dianggap seperti 'melukut ditepi gantang' kerana P. Ramlee sudah berada dikemuncak tambahan pula Yusof Latiff sedang meniti kepopularaan.

Kecut juga Ahmad Mahmud tetapi ditabahkan juga hatinya.

Pada tahun 1953, bermulalah kerjayanya sebagai pelakon filem di Shaw's MFP apabila V. Girimaji memberi peranan sebagai pelakon pembantu dalam "Istana Impian" yang turut dibintangi S. Shamsuddin, Neng Yatimah, Aziz Sattar dan Sa'adiah.

Kekacakan dan ketanpanan Ahmad Mahmud telah menarik minat K.M. Basker, lalu diambilnya berlakon sebagai hero (peranan utama) dalam "Ayer Mata" bersama Rosnani yang sebelumnya membintangi filem "Sedarah", "Miskin" dan "Ibu" disamping P. Ramlee.

Kemudian sekali lagi K.M. Basker mengambilnya membintangi "Mangsa" dan digandingkannya dengan dua bintang yang begitu popular ketika itu - Siput Sarawak dan Yusof Latiff.

Sebagai peguam, Ahmad Mahmud telah memperlihatkan mutu lakonan yang sungguh berkesan.

Sesudah itu, dia diambil oleh V. Girimaji sekali lagi membintangi "Arjuna" disamping Rokiah yang juga telah berpasangan dengan P. Ramlee sebelumnya dalam "Penghidupan", "Antara Senyum Dan Tangis" dan "Putus Harapan".

Yang menariknya Rokiah senegeri (Negeri Sembilan) dengan Ahmad Mahmud.

Bagaimanapun, filem-filem yang dibintanginya itu belum mampu menarik hati penonton. Ia sekadar memberitahu Ahmad Mahmud sudah wujud di Shaw's MFP dan bakal bersaing hebat dengan P. Ramlee dan Yusof Latiff.

Kepopularaan Ahmad Mahmud memuncak apabila pengarah K.R.S. Sastry mengambilnya berlakon dalam "Iman" (berpadankan dari cerita klasik Jerman, "Faust") yang tidak diduga mendapat sambutan luar dugaan apabila ditayangkan pada pertengahan tahun 1954.

Ketanpanan Ahmad Mahmud dan kejelitaan Sa'adiah dalam "Iman" itu menjadikan mereka mula mendapat perhatian dan mula pula menjadi pujaan.

Namun begitu, hampir setahun barulah Ahmad Mahmud diberi peranan dalam "Insan" berlakon disamping Sa'adiah dan Latiffah Omar yang sebelumnya membintangi "Panggilan Pulau" dan "Merana" berherokan P.Ramlee.

Walaupun sebagai hero, tetapi peranannya kecil saja kerana karekter utama tertumpu kepada Omar Rojik dan Sa'adiah. Latiffah Omar juga terpinggir.

Apabila "Hang Tuah" mahu difilemkan, pengarahnya (Phani Majumdar) tidak nampak siapa paling layak membawa karekter Hang Jebat selain Ahmad Mahmud.

MENDAPAT SAMBUTAN

Memang tepat pemilihan itu kerana dia telah membawanya dengan berkesan sekali hingga apabila tergambarkan Hang Jebat rupanya seperti Ahmad Mahmud.

Sebagaimana ramai yang menggambarkan Hang Tuah itu rupa dan karekternya seperti P. Ramlee.

Noordin Ahmad (sebagai Hang Kasturi dalam "Hang Tuah") juga melakonkan karekter Hang Jebat dalam "Hang Jebat" (arahan Hussain Haniff), tetapi tidak ramai yang menggambarkan wajah Hang Jebat itu menyamai Noordin Ahmad.

Dengan itu ternyatalah Ahmad Mahmud lebih menghayati watak Hang Jebat dibandingkan Noordin Ahmad walaupun "Hang Jebat" itu lebih berkualiti filemnya jika dibandingkan dengan "Hang Tuah".

Selepas "Hang Tuah" nama Ahmad Mahmud sudah berada dibarisan depan bersama pelakon-pelakon handalan di Shaw's MFP waktu itu - P. Ramlee dan Yusof Latiff.

Kemudian Ahmad Mahmud membintangi satu demi satu filem yang mana boleh dikatakan semuanya mendapat sambutan baik dan ada antaranya mendapat kejayaan box office.

Agak menarik Ahmad Mahmud terlibat dengan tiga dari lima filem Shaw's MFP yang dibuat color.

Selain "Hang Tuah", "Ribut" (yang diarahkan oleh K.M. Basker) dan "Raja Bersiong" (karya Perdana Menteri Tungku Abdul Rahman) arahan Jamil Sulong.

Ahmad Mahmud juga berheroinekan Latiffah Omar yang mengakhiri lakonannya dengan Shaw's MFP, "Putera Bertopeng" (1957).

Filem tersebut merupakan satu-satunya filem bercorak fantasi (1001 malam) yang dibintanginya.

Latiffah Omar berpindah ke Cathay Keris Film dengan membintangi filem ketiganya (selepas "Dahlia"), "Serangan Orang Minyak" yang diarahkan oleh L. Krishan.

Selain itu, Ahmad Mahmud juga menjadi kegemaran pengarah-pengarah filem Filipina yang pernah berkhidmat dengan Shaw's MFP.

Dengan mereka dia membintangi "Dupa Chendana" (Ramon A. Estella), "Kembali Saorang" (Ramon A. Estella), "Taufan" (T.C. Santos), "Azimat" (Ralf Bayer) berlakon disamping dua pelakon Filipina - Panco Magalona dan Tita Doren, "Mata Hari" (Ramon A. Estella) dan "Pusaka Pontianak" (Ramon A. Estella).

"Mata Hari" merupakan satu-satunya filem Ahmad Mahmud berlakon disamping Maria Menado sama seperti P. Ramlee yang berlakon dengan Maria Menado satu filem saja - "Penghidupan".

Sebagai seniman besar, Ahmad Mahmud juga turut diambil berlakon oleh P. Ramlee dalam filem arahannya - "Ibu Mertua Ku" (sebagai Dr. Ismadi), "Seniman Bujang Lapok" (bintang undangan, ada dialog) dan "Nasib Si Labu Labu" (bintang undangan tiada dialog).

Satu lagi perkara yang agak menarik, Ahmad Mahmud terlibat dengan filem terakhir Shaw's MFP yang penyelengaraannya memakan belanja begitu besar memegang karekter utama - Raja Bersiong.

Turut dibintangi Zaiton, Sarimah, Aziz Jaafar, Noor Azizah dan Haji Mahadi, filem ini dibuat dalam bidang luas CinemaScope (ShawScope) dan bercolor dengan para petugas dan peralatan filemnya dibawa khas dari Jepun dan Hong Kong.

Kelemahan Ahmad Mahmud tidak dapat menandingi P. Ramlee kerana dia tidak boleh berlawak, mencipta lagu, bermain musik (dalam ertikata sebenarnya) dan menyanyi.

Begitu pun juga, dia pernah menyumbangkan suaranya untuk filem seperti "Pertarongan" (bersama Rahmah Rahmat), "Gerhana" (Normadiah) dan "Isi Neraka" (Rahmah Rahmat).

Apabila Shaw's MFP melabuhkan tirainya, Ahmad Mahmud tidak pergi ke Cathay Keris Film walaupun ramai teman seperjuangannya berbuat demikian. Dia bertekad mahu mengarah dan mengeluarkan filem sendiri.

Dengan mengunakan kamera 16mm, Ahmad Mahmud mengarahkan "Di-Antara Dua Nesan" yang dibintangi oleh Noor Azizah, Z. Galak (A. Galak), Zaharah Ahmad dan Munshi Salleh.

BIDANG PERNIAGAAN

Sungguhpun diperbesarkan menjadi 35mm untuk dipermudahkan tayangnya di panggung wayang, namun kualiti filemnya agak rendah.

Dengan itu, ternyata Ahmad Mahmud dalam usahanya mengeluar dan mengarah filem dianggap sebagai gagal.

"Di-Antara Dua Nesan" telah dijualkannya kepada Kementerian Penerangan Malaysia dan Filem Negara Malaysia, dan pernah ditayangkan di TV Malaysia.

Kegagalan tersebut menyebabkan Ahmad Mahmud berhenti mengeluarkan filem buat sementara, begitu pun juga dia bolehlah diterima sebagai anak Malaysia pertama menjadi produser filem.

Maria Menado juga diiktiraf sebagai produser filem Malaysia pertama tetapi dia bukan dikalangan anak Malaysia tetapi Indonesia.

Ahmad Mahmud kemudian pindah ke Kuala Lumpur dan sebelum terjun ke bidang perniagaan (percetakan dan mengimpot baja), di Shaw's Merdeka Studio (tahun 1968), Omar Rojik mengambilnya berlakon dalam "Teratai" kemudian "Tunggal" yang diarahkan oleh S. Kadarisman.

Dua filem tersebut, Ahmad Mahmud digandingkan dengan Noor Azizah.

Filem terakhirnya di Shaw's Merdeka Studio, "Lanang Sejagat" (arahan Omar Rojik) berheroinekan Khatijah Hashim.

Sebaik saja meninggalkan Shaw's Merdeka Studio, Ahmad Mahmud mendapat tawaran berlakon dari Sabah Filem membintangi "Kisah Seorang Biduan" yang diarahkan oleh M. Amin dan turut dibintangi oleh Dhalan Zainuddin, Jefri Din dan Gaya Zakri.

Inilah filem pertama dan terakhir Ahmad Mahmud membintangi filem yang diarahkan oleh M. Amin yang pernah berlakon dalam beberapa filem Shaw's MFP seperti "Kembar", "Dewi Murni" dan "Antara Senyum Dan Tangis" serta pengarah filem box office - "Lanchang Kuning".

Tiga tahun kemudian, Ahmad Mahmud menerima pula tawaran berlakon dalam "Ranjau Sepanjang Jalan" (arahan Jamil Sulong) memegang peranan penting sebagai Lahuma disamping Sarimah.

"Ranjau Sepanjang Jalan" merupakan filem terakhir Ahmad Mahmud membintangi filem keluaran syarikat filem lain kerana selepas itu dia berlakon dalam filem-filemnya sendiri atas nama Ahmad Mahmood Company.

Filem pertama yang diusahakannya (selepas "Di-Antara Dua Nesan"), "Mama Oh Mama" kemudian diikuti pula "Dendam Dari Pusara", "May 13 (Korban Hari Raya)" dan "Komplot".

"Dendam Dari Pusara" membawa kejayaan buat pertama kalinya bagi Ahmad Mahmud apabila memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-4 (FFM4) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 9 hingga 11 Disember tahun 1983.

Keempat-empat filem yang diarah dan dikeluarkannya itu (kecuali "Mama Oh Mama") kurang mendapat sambutan di box office.

Oleh yang demikian selepas "Komplot," Ahmad Mahmud terus menghentikan pembabitannya dalam filem, tambahan pula usianya semakin lanjut yang menghendakinya lebih banyak berehat.

Kerana banyak jasanya dalam filem yang sudah menjadi sebahagian dari darah dagingnya, Ahmad Mahmud telah diberi anugerah Pelakon Lelaki Sepanjang Zaman di Festival Filem Malaysia Ke-17 (FFM17) bersama Maria Menado untuk wanitanya.










Ahmad Mahmood (tengah) bergambar dengan Aziz Sattar (kiri) dan Mustafar A.R., di Festival Filem Asia Pasifik Ke-35 (FFAP35) di Kuching, Sarawak pada tahun 1990.


ENGGAN NAMANYA DIKEMUKAKAN UNTUK ANUGERAH___

Sempena Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-83 pada 19 Julai 2005, Ahmad Mahmud telah dikurniakan darjah kebesaran Dato' Paduka Tuanku Jaafar (DPTJ) yang membawa gelaran Dato'.

Dengan pengkurniaan tersebut Ahmad Mahmud kini sudah duduk sebaris dengan S. Roomai Noor, Mustapha Maarof, Jins Shamsudin, Jamil Sulong, Rahim Razali, Yusof Haslam dan beberapa orang lagi yang terlebih dulu bergelar Dato'/Datuk.

Sepatutnya Ahmad Mahmud awal-awal lagi diberi anugerah Dato' kerana kemunculannya dalam dunia filem Malaysia mendahului Mustapha Maarof, Jins Shamsudin apatah lagi Rahim Razali dan Yusof Haslam.

Tetapi kerana sikapnya yang tidak suka menonjol diri, bersuara lantang dan ada pula pihak yang berkuasa di Negeri Sembilan tidak tahu Ahmad Mahmud lahir di Rembau (atau pura-pura tidak tahu) disamping tidak tahu pula sejauh mana penglibatannya dalam filem, terpinggirlah dia daripada menerima gelaran Dato'.

Cadangan dari Persatuan Seniman, Persatuan Pengeluar Filem (PFM) dan persatuan-persatuan seni di Negeri Sembilan, pun tidak pernah ada.

Padahal ramai juga antara saudara Ahmad Mahmud di Rembau (sepatutnya tahu) dan seharusnya membuat cadangkan supaya dia diberi gelaran Dato' sejak lama dulu.

Malah saudara terdekatnya, Mohamad Rais Zainuddin, pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Sembilan.

Inilah yang menimbulkan persoalan. Kenapa?

Hanya selepas saya mengemukakan kertascadangan kepada Setiausaha Akhbar (Mokhtar Alias, bekas wartawan Berita Harian) kepada Menteri Besar Negeri Sembilan (Mohammad Hassan) supaya Ahmad Mahmud diberi anugerah kerana jasanya dalam filem barulah dia mendapatkan gelaran Dato'.

Ceritanya begini:

Suatu hari (dalam tahun 2005) ketika berkunjung ke Pejabat Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Sembilan, Pengarahnya (ketika itu, Siri Neng Buah) sedang sebuk mencari-cari anak-anak Negeri Sembilan yang berjasa untuk dikemukakan (dicalonkan) menerima apa-apa anugerah sempena Hari Keputeraan Yang Di-Petuan Besar Negeri Sembilan Yang Ke-83.

Tiba-tiba saya teringatkan Ahmad Mahmud dan sepanjang yang saya tahu dia belum pernah menerima sebarang anugerah Dato' sedangkan seniman-seniman lain yang terkemudian darinya (Mustapha Maarof, Jins Shamsudin, Rahim Razali dan Yusof Haslam) telah pun menerimanya.

Kemudian saya sebut nama Ahmad Mahmud kepada Siri Neng Buah, kenapa tidak dikemukakan namanya.

Siri Neng Buah terpinga-pinga. "Ahmad Mahmud tu orang Negeri Sembilan kah?" tanyanya kepada saya.

"Ya. Dia orang Rembau," jawab saya.

"Yakah," katanya seolah-olah tidak percaya.

Dengan serta merta Siri Neng Buah menyuruh saya menelefon Ahmad Mahmud, dan memberitahu dia ingin bertemu dengannya.

Saya menelefon Ahmad Mahmud dan menyatakan yang saya dan Siri Neng Buah mahu bertemu bersabitan penganugerah Dato' oleh Yang Di-Pertuan Negeri Sembilan sempena Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Yang Ke-83.

"Tak payahlah Mustafar, Bang Mat ni siapa?" itulah kata-kata Ahmad Mahmud yang saya anggap sebagai nada merajuk dan sampai kini masih ternyiang-nyiang ditelinga saya.

"Tak boleh macam tu, Bang Mat. Jasa Mat dalam filem banyak dan sepatutnya lebih dulu menerima anugerah Dato' jika dibandingkan dengan Mustapha Maarof, Jins Shamsudin, Rahim Razali dan Yusof Haslam," kata saya memujuk.

"Betullah tu, Mustafar. Tapi orang sudah melupakan sumbangan dan jasa Bang Mat," tambahnya dengan nada sayu.

"Bukan lupa Bang Mat. Orang-orang di Negeri Sembilan ni ramai yang tak tau Bang Mat anak kelahiran Rembau. Mereka menyangka Bang Mat orang Singapura," kata saya memberi keyakinan.

Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya Ahmad Mahmud bersetuju bertemu Siri Neng Buah dan saya. Hari itu juga pertemuan berlangsung. Takut, kalau tunggu esok atau lusa, fikirannya akan berubah.

Ahmad Mahmud, walaupun nampak uzur, kelihatan riang dan gambira. Dia bersedia menjawab apa saja pertanyaan yang dikemukakan oleh Siri Neng Buah dan juga saya.

Banyak juga, butir-butir tentang dirinya diperolehi yang mana cukup dijadikan profail untuk dikemukakan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan supaya dipanjangkan kepada Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dengan tujuan memberinya anugerah Dato'.

Bagi saya, itulah kali terakhir saya bertemu dengan Ahmad Mahmud. Lepas itu saya tidak pernah menemuinya lagi sehinggalah dia meninggal dunia pada 27 Ogos 2008.

Adalah beberapa kali saya menelefonya bertanya khabar, dan Ahmad Mahmud pun demikian beberapa kali menelefon saya bertanya khabar.

27 Ogos 2008, merupakan Ulangtahun Hari Kelahiran saya yang ke-65 dan kematiannya tidak dapat saya ziarahi (terkilan juga rasa dihati) kerana di masa itu saya berada di London.

Begitu pun juga, saya merasa bangga kerana saya telah berjaya melakukan sesuatu, memujuk Ahmad Mahmud (bukan saya seorang saja, mungkin ramai lagi), supaya mahu menerima anugerah Dato'.

Setidak-tidaknya dalam hidup saya ini, ada juga jasa saya kepada seniman besar Ahmad Mahmud, sebagaimana yang saya katakan awal-awal lagi, merupakan seniman nombor dua popular selepas P. Ramlee.

Ahmad Mahmud menerima gelaran Dato' bersama Aziz Singah (terlalu jauh Ahmad Mahmud mendahuluinya), juga anak kelahiran Rembau.









MARI KITA MENONTON FILEM "PUTERA BERTOPENG"___


(sumber: FilemKlasik Melayu)


(sumber: Njendra)


KRITIKAN "AHMAD MAHMOOD BINTANG DI LANGIT SENI"



Membukukan profail bintang-bintang filem yang banyak jasanya dalam dunia filem Malaysia, sangat baik dan patut digalakkan.

Usaha sebegini telah dilakukan oleh Finas bergabung dengan Kementerian Penerangan, dan diharap akan diteruskan dari masa ke masa.

Bagaimanapun, setakat membukukan profail mereka tidak cukup. Tetapi hendaklah disertai dengan fakta yang lengkap dan tepat.

Ini kerana buku-buku serupa ini menjadi rujukan terutamanya kepada jenerasi-jenerasi yang akan datang, 100 atau 1000 tahun lagi.

Baru-baru ini, saya menerima satu buku yang diterbitkan oleh Finas dan Kementerian Penerangan dari teman baik saya dan menganggapnya adik, Amin Khan.

Bukunya, AHMAD MAHMOOD Bintang Di Langit Seni oleh Mohammad Saleeh Rahamad, dan Amin meminta saya mengulasnya seperti buku Nostalgia Filem Melayu Klasik.

"Apa komen abang tentang buku ini," katanya sambil menghulur buku tersebut kepada saya.

Setelah saya selak-selak sambil lalu, membaca serba sedikit apa yang tercatat dan menatapi gambar-gambar yang dimuatkan serta menilai art work atau layoutnya, saya pun berkata, "boleh tahan, menarik dan cantik."

"Tapi," kata pula saya.

"Tapi apa bang," tanya pula Amin.

"Isi kandungan belum tau." kata saya dan menambah, "kalau Amin nak tau, beri saya masa seminggu membaca dan menelitinya."

"Baiklah," Amin bersetuju.

Setelah baca dan teliti, ternyata kandungannya memberi informasi sangat berguna dan ada antaranya mungkin ramai yang tidak tahu.

Contohnya, asal usul dan tempat lahir Ahmad Mahmud di Kampung Chembong, Rembau, Negeri Sembilan; Ahmad Mahmud kahwin umurnya terlalu muda dan Khatijah Mohammad itu isteri keduanya.

Ahmad Mahmud menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman meminta jasa baiknya bagi membolehkan filem keluaran dan arahannya "Di-Antara Dua Nesan" dapat ditayangkan di TV Malaysia; sebab-sebab Ahmad Mahmud berkrisis dengan P. Ramlee.

Bagaimanapun, untuk dijadikan buku rujukan terbaik untuk 80% pun gagal, ini kerana banyak fakta yang tidak tepat dan boleh mengelirukan pembaca.

Saya banyak kali menyarankan supaya berhati-hati menulis tajuk filem. Pakailah apa yang tercatat dalam filem (original) walaupun menggunakan ejaan lama.

Tajuk filem adalah fakta, kalau tajuk dieja salah (menggunakan ejaan baru) ia bukan lagi fakta. Ini harus difahami oleh setiap penulis buku yang mahu menulis tentang filem-filem Melayu lama.

Dalam buku ini, tajuk filem banyak dieja mengikut ejaan baru.

Antara sebanyak itu, saya cuma menyenaraikan tajuk filem Ahmad Mahmud saja.

* Adek Ku (bukan Adikku)
* Kembali Saorang (bukan Kembali Seorang)
* Mata Hari (bukan Matahari)
* Puteri Bunong Banang (bukan Puteri Gunung Banang)
* Raja Laksamana Bintan (bukan Raja Laksamana Bentan)
* Ibu Mertua Ku (bukan Ibu Mertuaku)
* Kaseh Tanpa Sayang (bukan Kasih Tanpa Sayang)
* Dayang Senandong (bukan Dayang Senandung)
* Anak Buloh Betong (bukan Anak Buluh Betong)

Kesalahan fakta pula ialah;

Muka 31:
* Keterangan gambar: Bersama Ahmad Mahmud dan Salleh Kamil itu bukannya Kirk Douglas, saya pun tidak tahu siapa. Gambar satu lagi Robert Vaughn. Apa kena mengena gambarnya itu ada di situ.
Muka 33:
* Runme Shaw adalah abang kepada Run Run Shaw.
* Peringkat awal (sebelum perang), Shaw Brothers mengeluarkan lapan filem, bukan dua.
Muka 46:
* "Seruan Darah" diarahkan oleh Chew Cheng Kok dan H.M. Rohaizad.
Muka 52:
* "Raja Bersiong" diarahkan oleh Jamil Sulong pada tahun 1967 bukan tahun 1968.
Muka 56:
* Ahmad Mahmud tidak berlakon dalam "Ibu-Lah Shorga".
Muka 58:
* H.M. Shah bukan pemilik Syarikat Utusan Melayu. Ketika itu, dia hanya sebagai Pengerusi Syarikat Utusan Melayu saja.
Muka 68:
* Gambar dari filem "Tunggal" bukan "Lanang Sejagat".
Muka 69:
* "Leila Majnun" (bukan "Laila Majnun") dikeluarkan pada tahun 1934 bukan tahun 1938.
Muka 79:
* Nama ayah Noor Azizah, Azizul Hassan bukan Azizul Abdul Rahman.
Muka 106:
* P. Ramlee dan Ahmad Mahmud tidak berlakon dalam filem "Menyerah".
Muka 117:
* Mustapha Maarof hanya berlakon satu filem dengan Ahmad Mahmud, "Hang Tuah".
* Muka 130:
1. Rosnani tidak membintangi "Perwira Di-Lautan Teduh," tetapi Rosini.
2. Tidak ada filem bertajuk "Mata Hati", yang ada "Mata Dan Hati" keluaran Cathay Keris Film.

Itulah antara beberapa fakta yang silap terdapat dalam buku tersebut yang dapat dikesan. Sungguhpun kecil, tetapi besar ertinya.

Contohnya filem "Menyerah". Kesalahan faktanya bertaliarus, kerana Zulkifli Ahmad telah membuat kesilapan dalam bukunya. Kesilapannya itulah sering berlaku berulang-ulang kali.

Satu lagi yang agak malang, apabila kata-kata aluan Rais Yatim terdapat tajuk filem tersalah cetak, "Sri Tanja." Sepatutnya "Sri Tanjong".

Macam mana di muka Bicara Menteri boleh berlaku kesilapan.

Dalam penilaian saya, buku AHMAD MAHMOOD Bintang Di Langit Seni ini, dari segi persembahan ianya gagal diiktiraf sebagai buku profail bintang-bintang filem lama yang bermutu tinggi.

Justeru itu, satu penyusunan semula atau satu lagi buku Ahmad Mahmud (lebih baik, lebih menarik, lebih lengkap dan lebih tersusun) perlu diterbitkan.

Seminggu kemudian, Amin Khan menelefon saya. "Bagaimana bang? Dah baca," tanyanya.

"Bukan dah baca, dah komen pun," jawab saya. "Kalau nak tau bacalah dalam blog Filem Klasik Malaysia."

"O.k. bang, nanti saya baca," katanya dan menutup telefon.



Bersalaman dengan Elizabeth Taylor sambil diperhatikan oleh Saloma, Rosnani, Haji Mahadi dan Hashiman Yon



Bersama teman-teman seperjuangannya. Belakang kiri: Aziz Sattar dan Salleh Kamil. Duduk: Mustapha Maarof dan disebelahnya Ahmad Kechik



Bersama Maria Menado ketika menerima anugerah Pelakon Lelaki/Wanita Sepanjang Zaman di Festival Filem Malaysia Ke-17 (FFM17)









MARI KITA MENYANYI LAGU "KENANGAN LAMA"___

(sumber: dezydizzy)

KENANGAN LAMA

Hembusan angin yang mendayu-dayu
Menimbulkan kenangan dimasa dulu
Segala kejadian yang lalu
Masih terbayang selalu

Disinilah tempat aku bersuka
Menyanyi berkejar dan bergurau senda
Peristiwa lama tidakku lupa
Tetap tersimpan dijiwa

Kini datang semula
Hasrat idaman lama
Bertemu dengan pujaan jiwa
Timbul rasa kasih juga cinta

Kini datang semula
hasrat idaman lama
Bertemu dengan pujaan jiwa
Timbul rasa kasih juga cinta

Entah mengapa hatiku gembira
Bertentangan mata denganmu jelita
Menggetar seluruh jiwa raga
Sebab matamu nan bisa


Penyanyi filem AHMAD MAHMUD
Penyanyi suara H.M. ROHAIZAD
Penyanyi piringhitam KAMSANI
Pencipta lagu OSMAN AHMAD
Pencipta lirik H.M. ROHAIZAD
Iringan musik M.F.P. ORCHESTRA
Filem ADEK KU (B.N. RAU)


(sumber: malayascreen) "Isi Neraka"

(sumber: dezydizzy) "Arjuna"

(sumber: filemklasik) "Gerhana"

(sumber: filemklasik) "Ayer Mata"



Bersama Sa'adiah dalam "Siti Muslihat"



Bersama Hashimah Yon heroine dalam "Sri Tanjong"



Bersama Rosnani dalam "Ayer Mata"



Bersama Omar Suwita dalam "Taufan"





FILEMOGRAFI___

* PERWIRA DI-LAUTAN TEDUH (1951)
* SETIA (1952)
* ISTANA IMPIAN (1953)
* AYER MATA (1953)
* MANGSA (1953)
* ARJUNA (1954)
* IMAN (1954)
* INSAN (1955)
* HANG TUAH (1956)
* RIBUT (1956)
* ADEK KU (1956)
* PUTERA BERTOPENG (1957)
* MOGOK (1957)
* SERUAN DARAH (1957)
* KEMBALI SAORANG (1957)
* TAUFAN (1957)
* AZIMAT (1958)
* MATA HARI (1958)
* PUTERI GUNONG BANANG (1959)
* RAJA LAKSAMANA BINTAN (1959)
* LELA MANJA (1960)
* MEGAT TERAWIS (1960)
* ISI NERAKA (1960)
* SRI TANJONG (1961)
* SENIMAN BUJANG LAPOK (1961)
* MAS MERAH (1961)
* IBU MERTUA KU (1962)
* SITI MUSLIHAT (1962)
* GERHANA (1962)
* KASEH TANPA SAYANG (1963)
* NASIB SI LABU LABI (1963)
* KORBAN (1963)
* JERITAN BATIN (1963)
* DUPA CHENDANA (1964)
* PUSAKA PONTIANAK (1965)
* DAYANG SENANDONG (1965)
* SRI ANDALAS (1966)
* ANAK BULOH BETONG (1966)
* JEBAK MAUT (1967)
* RAJA BERSIONG (1967)
* DI-ANTARA DUA NESAN (1967)
* TERATAI (1968)
* TUNGGAL (1969)
* LANANG SEJAGAT (1969)
* KISAH SEORANG BIDUAN (1980)
* MAMA OH MAMA (1981)
* DENDAM DARI PUSARA (1983)
* RANJAU SEPANJANG JALAN (1983)
* MAY 13 (1984)
* KOMPLOT (1984)

* Jumlah semuanya 50 filem, 49 filem kalau ditolak "Pewira Di-Lautan Teduh" yang tidak dapat disiapkan kerana filem untuk diproses colornya di London hilang dalam perjalanan.



Ahmad Mahmud mengakhiri perjalanan hidupnya pergi menemui penciptanya pada 27 Ogos 2008. Al-Fatihah


FAKTA___


* Heroine pertama Ahmad Mahmud Rosini berlakon dalam "Setia". Kemudian disusuli pula Rosnani "Ayer Mata", Rokiah "Arjuna" dan Sa'adiah "Iman".

* Ahmad Mahmud banyak kali menyertai Festival Filem di luar negara. Saya pun banyak kali menyertai Festival Filem luar negara. Tetapi Ahmad Mahmud dan saya cuma sekali saja pergi bersama iaitu memeriahkan Festival Filem Asean Ke-14 (FFA14) di Jakarta pada tahun 1984.

* Antara 49 filem yang dibintangi oleh Ahmad Mahmud, paling banyak dia berlakon disamping Sa'adiah, 15 semuanya.

* Dalam "Putera Bertopeng" Ahmad Mahmud dan Latiffah Omar sebagai hero dan heroine. Agak menarik, kedua mereka gagal mencipta nama di Cathay Keris Film tetapi berjaya di Shaw MFP.

* "Iman" yang dibintangi oleh Ahmad Mahmud dan Sa'adiah merupakan filem pertama Shaw's MFP menyertai Festival Filem Asia-Pasifik iaitu di Tokyo pada tahun 1954.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.









ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

NOSTALGIA FILEM MELAYU KLASIK
maklumatnya tepat atau mengelirukan

P. RAMLEE
and the golden era of malay cinema


ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar


CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff

LONG HOUSE (1957)
kalau pun ada, kita tidak dapat menontonnya


PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan

PELANGI (1951)
filem pertama keluaran nusantara film

SERUAN MERDEKA (1947)
keganasan dan kekejaman jepun ditentang





KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.