"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Wednesday, December 18, 2013


SINGAPORE (1960)



Teks: MUSTAFAR A.R.
Foto: Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: ZAINI YUSOP





SHAMMI KAPOOR & MARIA MENADO

DEKHOJI DEKHO (Sumber: UltraHindi)
Maria Menado menggunakan suara Lata Mangeskhar

PELAKON & KREW___

EAGLES FILMS F.C. MEHRA
Pelakon SHAMMI KAPOOR PADMINI MARIA MENADO SHASHIKALA K.N. SINGH MADAN PURI HELEN GAUTAM MUKHERJEE LILIAN RAJAN KAPOOR AGHA BALARAM HANUMAN GOPAL RADHAKISHAN MOHAN BERODIA MOOSA RATAN GAURAND BIHARI AMEER SHANKER DWARKA DIVECHA Cerita SURINDER Lakunlayar QAMAL JALALABADI Dialog VRAJENDRA GAUR Fotografi DWARKA DIVENCHA Penyunting Filem PRAN MEHRA Penolong KRISHAN SACHDEV Tarian SOHAN LAL SATYANARAYAN Pergaduhan SHETTY Makeup K.V. MIRAJKAR VASOO DEV DHANNA KOOTTI Pengarah seni SHANTI DASS Penolong V. CHARI ABID SURTI Audiogrfi S. NASHARMA Musik SHANKER JAIKISHEN Lirik SHAILENDRA HASRAT Produser F.C. MEHRA Pengarah
SHAKTI SAMANTA

Tahun Di Edarkan: 1960
Masa Tayangan: 155 Minit
Lokasi: Singapura, Mumbai, Hyderabad & Andhra Pradesh


JALAN CERITA___

SHYAM (Shammi Kapoor) telah di pertikaikan oleh pengurusnya, Ramesh (Rajan Kapoor), untuk menjual ladang getah (estet) kepunyaannya di Singapura kerana, ketika meneliti rekod-rekod lama, di dapatinya (tercatat di peta) mendedahkan terdapat khazanah harta yang besar jumlahnya terpendam di ladang getah tersebut.

Ramesh segera menulis surat kepada Shyam, tetapi mengejutkannya, sebab Shyam tidak membalas suratnya itu apatah lagi untuk datang ke Singapura.

Akhirnya, Ramesh menghubungi Shyam melalui telefon. Tetapi talian telah di potong ketika mereka sedang berbual. Kerana kegagalan untuk memahami apa-apa dan meragukan, Shyam terbang ke Singapura dan dalam pernerbangan dia berkenalan dengan Maria (Maria Menado).

Apabila tiba di Singapura, Shyam mendapati Ramesh hilang iaitu sejak perbualan dengannya di telefon tiba-tiba terputus. Shyam mula mencari Ramesh. Dia membuat laporan polis dan mencari setiap sumber yang boleh membawanya bertemu Ramesh.

Dalam pencarian itu, Shyam bertemu Lata (Padmini), penari India, dan mendapati Lata kakak Shobha (Shashikala) yang di cintai Ramesh. Dia juga mengunjung ke tempat Lata dengan kerap, dan juga bertemu Shivdas (K.N. Singh), bapa saudara Lata.

DITUDUH MEMBUNUH

Suatu hari, Lata, Shobha, Shivdas dan Shyam pergi ke ladang getah untuk berkelah. Ketika inilah, Shivdas mencuri peta yang boleh membawa kepada khazanah harta dari beg Shyam. Shobha melihat dan mengikuti Shivdas ke khazanah harta terpendam itu.

Shyam juga mengekori, tetapi hanya menyedari Shivdas di tembak penjahat-penjahat dan kemudian mayatnya hilang. Shyam terkejut, kemudian tiba-tiba penjahat-penjahat menyerangnya.

Apabila Shyam melarikan diri, untuk memaklumkan kepada Lata yang bapa saudaranya telah mati, polis datang untuk menangkapnya dan dituduh membunuh Shivdas.

Bersama Chachoo (Agha), Shyam cuba untuk membuktikan yang dirinya tidak bersalah. Bagaimanapun dia membawa ke dalam penglibatan musuh seluruh kumpulan yang di ketuai oleh Chang (Madan Puri), dan berada dalam kedudukan yang lebih rumit dan mengelirukan.


ULASAN FK___
Oleh MUSTAFAR A.R. (18 DISEMBER 2013)

FILEM "Singapore" mencatat sejarahnya yang tersendiri. Tidak akan padam dan akan kekal buat selama-lamanya. Sebab, dua perkara utama.

Satu, tidak pernah ada seorang pun pelakon Malaysia berlakon di Bollywood dan bermusuhkan Shammi Kapoor, kecuali Maria Menado.

Dua, tidak pernah ada seorang pun pelakon Malaysia (setakat ini) menyanyi menggunakan suara Lata Mangeskhar, kecuali Maria Menado.

Lagu "Dekhoji Dekho" sebagai bukti (lihat YouTube).

Usianya 53 tahun, namun ia masih segar dan menghiburkan bukan saja adanya Shammi Kapoor, Maria Menado dan jodolnya "Singapore", tetapi kerana tarian-tarian (oleh Padmini dan Helen) serta lagu-lagu ciptaan Shanker Jaikishen yang mengasyikkan.

Saya berulang-ulang kali menonton filem ini, namun tidak pernah ada rasa jemu. Entah kenapa, agaknya?

Shakti Samanta, memang terkenal dengan filem-filem 'action thriller'nya. Selain "Singapore", yang popular ialah "Howrah Bridge", "China Town" dan "An Evening In Paris".

Kecuali "Howrah Bridge" (hero dan heroinenya, Ashok Kumar dan Madhubala), dua lagi filemnya itu heronya Shammi Kapoor dan heroinenya Shakila (China Town) dan Sharmila Tagore (An Evening In Paris).

SUDAH TERKEBELAKANG

Cerita, kini tahun 2013, mungkin sudah terkebelakang. Perebutan khazanah harta (harta karun) dalam ladang getah sudah, boleh dikatakan tidak relevan lagi.

Namun begitu, persembahannya tetap menarik. Asam garamnya cukup. Penonton tetap terhibur dan pasti menyukainya terutama mereka yang meminati filem-filem Hindustan.

Lakonan menggila Shammi Kapoor sudah cukup baik, diiringi pula dengan kejelitaan Maria Menado dan disulami oleh lagu-lagu ciptaan Shanker Jaikishen.

Trend filem Hindustan (dari dulu hingga sekarang) tetap sama. Tarian-tarian dan lagu-lagu mesti ada, tidak boleh tidak. Kalau tidak, asam dan garamnya dianggap kurang.

Justeru itu, sebagaimana yang dikatakan, "Singapore" tetap segar, menarik dan masih seronok ditonton.

Pengkritik filem, Souvik1 dari blog Expertsc Column, ada mencadangkan supaya filem ini dicolorkan. Saya bersetuju 100%.

Jika dilaksanakan, kemungkinan besar persembahannya lebih menarik seperti juga filem Dev Anand, "Hum Dono", black & white turn to color, dijangka akan mendapat sambutan dan boleh buat duit.

Atau pun setidak-tidaknya, Maria Menado merasa juga berlakon dalam filem color. Selama ini, semua filemnya black & white saja.


SHAMMI KAPOOR & PADMINI

PADMINI, SHAMMI KAPOOR & K.N. SINGH

AGHA & LILIAN


HELEN, "RASA SAYANG RE"

SHAMMI KAPOOR & LILIAN

K.N. SINGH, MADAN PURI & SHAMMI KAPOOR


PADMINI & MARIA MENADO






REVIEW___
BY SOUVIK1 (EXPERTSC COLUMN)
6 FEBRUARI 2013




DIRECTOR Shakti Samanta, for the first time completed a full shooting of the film "Singapore" in foreign location in 1960. F.C. Mehra produced the film and the music was composed by Shanker Jaikishen.

Shammi Kapoor’s friend, Ramesh, called him to come to Singapore because he got a map which showed that there was treasure in the rubber estate. His friend Ramesh was kidnapped by K.N. Singh, Maria Menado and their gang. Shammi Kapoor came to Singapore to deal with the matter.

Padmini and her sister, Shashikala, never knew about their relative K.N. Singh’s involvement in the kidnapping of Ramesh. Agha, the driver of Shammi Kapoor, helped him to find the contacts of Ramesh.

He found the map lying in a cigarette case. One daym when he was called for picnic by K.N. Singh, Padmini and Shashikala, he went with another fake map in the car. While Padmini and Shammi Kapoor were walking K.N. Singh stole the map and created a drama where he appeared to have been killed by someone.

STEAL THE TREASURE

Shammi Kapoor was arrested by the police. He then told the police about his innocence and was released. Shashikala was kidnapped along with Ramesh. Then Shammi Kapoor in disguise entered the gang of Madan Puri, K.N. Singh and Maria Menado.

At the end of the film with the help of the police, Shammi Kapoor arrested all the offenders who tried to steal the treasure in the rubber estate.

The music composed by Shanker Jaikishen did not create popular songs. Rafi and Lata’s song “Hat Jayo Dewane” and Mukesh “Yeh Shahar Bada Albela” were impressive.

Had the film being coloured it would have done more business. Shammi Kapoor and Padmini were excellent in their performances. K.N. Singh, Madan Puri and Maria Menado were impressive in their negative roles.

This film should be restored.



"Rasa Sayang Re"
Shammi Kapoor & Helen (Mohd. Rafi & Lata Mangeshkar)
(Sumber: Archanasapkota1)

LAGU-LAGU___

* Yeh Shahar Bada Albela (Mukesh)
* Aane Lage Jeena Ka Maza (Lata Mangeskhar)
* Dekhoji Dekho (Lata Mangeskhar)
* Tu Kahan Kho Gaya (Lata Mangeshkar)
* Hat Jaao Deewane Aaye
(Mohd. Rafi & Lata Mangeshkar)
* Tum Lakh Chhupna Chahoge
(Mohd. Rafi & Lata Mangeshkar)
* Rasa Sayang Re (Mohd. Rafi & Lata Mangeshkar)
* Dhoka Khaayegi Na Yaaron Ki Nazar (Mohd. Rafi)

# Musik: Shanker Jaikishen
# Lirik: Hasrat Jaipuri & Shailendra


MARI KITA MENONTON FILEM "SINGAPORE"





(Sumber: BiscootTalkie)


(Sumber: UltraMovieParlour)

FAKTA___

* Tercatat dalam sejarah filem Malaysia, mungkin juga Bollywood, Maria Menado merupakan satu-satunya pelakon Malaysia berlakon di Bollywood (India) dan bermusuhkan Shammi Kapoor yang cukup popular dan mempunyai ramai peminat.

* Maria Menado merupakan pelakon Malaysia pertama berlakon dalam filem luar negara dan berlakon di samping Shammi Kapoor, kemudian di susuli Ibrahim Pendek tahun 1962 berlakon dengan Rock Hudson di Hollywood dalam filem "The Sprial Road".

* Pertama kali dalam sejarah filem Bollywood, Singapura digunakan sebagai lokasi, boleh dikatakan keseluruhannya.

* Agak menarik, Shaw Brothers dan Cathay Keris Film, yang sering bersaing mengeluarkan filem Melayu, turut bergabung membantu F.C. Mehra dan Shakti Samanta mengeluarkan filem ini.

* "Rasa Sayang Re" merupakan satu-satunya lagu (lagu asal, Rasa Sayang Eh) berasal dari rantau Indonesia, Malaysia dan Singapura (Nusantara), pernah dihindustankan dan cukup popular sejak sekian lama sampai ke hari ini.

* Jangan terkeliru dengan filem Hollywood "Singapore" (1947) yang diarahkan oleh John Brahm dan dibintangi oleh Ava Gardner dan Fred MacMurray. Seperti juga "Singapore" Bollywood, penggambaran filem ini turut dilakukan di Singapura.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?

ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar

CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff

PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan

MUTIARA DARI MALAYA (1955)
teknik fotografinya sangat menarik

LAIN JALAN KA-SHORGA (1968)
apa, berdosakah aini?

SELENDANG DELIMA (1958)
kejelitaan maria menado dieksploitasi sepenuhnya



16 comments:

  1. Benar, menurut laporan filem "Singapore" telah mendapat sambutan yang hebat ketika ia diedarkan dulu. Sekiranya filem ini dibuat dalam warna Eastmancolor (macam kebanyakan filem Hindi di era 60'an yang mula beralih dari era hitam-putih ke warna), sudah pasti sambutannya akan melebihi apa yang telah dicapai dulu. Tetapi masih belum terlambat jika pihak pemilik "copyright"nya di Bollywood sekarang berusaha untuk meng"colour"kan filem ini untuk edaran semula di pasaran. Benar, inilah satu-satunya produksi yang telah berjaya menyatukan dua gergasi tempatan yang "bermusuhan" - Shaw Brothers & Cathay-Keris - untuk menggembleng tenaga bagi menjayakan penerbitan filem ini. Benar, selepas Maria Menado, Ibrahim Pendek pernah diterbangkan ke Hollywood untuk berlakun dalam filem "The Spiral Road" di samping Rock Hudson & Burl Ives. Pada tahun-tahun 70'an & 80'an, artis-artis Melayu kita pernah diambil berlakun dalam filem penerbitan syarikat asing. Misalnya, Aznah Hamid dalam filem "Priya" berbahasa Tamil keluaran tahun 1978 di samping Rajnikanth & Sri Devi. Noor Azizah pernah diambil untuk siri TV Australia "Bailey Birds" & filem Thai "Vendetta"(Dendam Yang Membara) manakala Sarimah dalam filem usaha sama Malaysia-Filipina yang berjodol "Malaysia 5"; Hussein Abu Hassan & lain-lain pernah diambil untuk siri TV Itali yang berjodol "Sandokan", Anita Jaafar (artis Studio Merdeka) dalam "Last Of The Cannibal World", sebuah filem produksi Itali yang diadakan penggambarannya di Malaysia.
    Ini membuktikan bahawa walaupun industri perfileman Melayu amatlah kecil, namun penglibatan para artisnya dulu boleh kita banggakan.
    - NONAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, NoNama.
      Diharap Zaini Yusop dapat pula membuat
      artikel lengkap mengenai pelakon-pelakon
      Malaysia berlakon di luar negara.

      Delete
  2. Tertinggal ........... Osman Zailani pernah diambil untuk siri TV keluaran Hollywood, "Hawaii Five-O" bagi satu episode yang dijalankan penggambarannya di Singapura.

    - NONAMA

    ReplyDelete
  3. Good post (article), Mr. Mustafar.
    I love "Singapore", Shammi Kapoor,
    Padmini & Maria Menado.
    And I hope, this film should restored in color.

    - Rajan (via-email), Woodlands, Singapore.

    ReplyDelete
  4. Di sini saya sengaja tidak mahu menyenaraikan filem-filem keluaran Indonesia atau yang diproduksikan secara joint-venture dengan syarikat-syarikat tempatan yang melibatkan artis-artis Melayu kerana saya anggap ia adalah hasil usaha bangsa serumpun. Interaksi antara artis & produksi Melayu-Indonesia memang tidak dapat dielakkan sejak dulu. Antaranya ialah filem-filem seperti Bayang Di Waktu Fajar, Pengejaran Ke Neraka, Tiada Waktu Bicara, Malim Kundang serta filem-filem di era 80'an, 90'an & awal 2000 yang pernah mengambil artis-artis Melayu waktu itu seperti Noor Kumalasari, S. Roomai Nor & Umi Kalsom, Raja Ema, Yusni Jaafar, Ziela Jalil, Sabree Fadzil & lain-lain.

    Dalam salah satu edisi "Majalah Filem" penerbitan Shaw Brothers pada pertengahan tahun 60'an dulu, ada suatu laporan yang menyebut tentang sebuah filem Tamil berwarna dari India yang diberi jodol Inggerisnya sebagai "The Foreign Bride" lakunan Sivaji Ganesan, seorang bintang ternama Tamil. Ketika itu, Sivaji telah berkunjung ke set penggambaran sebuah filem di studio Shaws MFP di Jalan Ampas, Singapura. Mungkin Sivaji yang bergambar dengan seniwati Sarimah & beberapa artis lain adalah sekadar "posing" saja & mungkin juga ketika itulah baru tercetus idea untuk mengadakan sebuah filem usaha sama yang bakal diberi title "The Foreign Bride".

    - NONAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak juga Sdra tau, ya. Baguslah.
      Terima kasih, info yang diberikan itu.

      Delete
  5. Baru saya tau, Maria Menado pernah berlakon dalam filem keluaran Bollywood disamping Shammi Kapoor. Hebat juga pelakon "Pontianak" tu, ya. En. Mustafar, teruskan usaha memberi info yang berguna mengenai filem-filem lama untuk pengetahuan kita semua. Bila nak buat artikel filem Hollywood "The Spiral Road" lakonan Ibrahim Pendek dan Rock Hudson? - NurulHuda (via-email), Thomson Road, Singapura.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "The Spriral Road" akan menyusul.
      Siap saja akan dipostkan.

      Delete
  6. Bagi sesiapa yang mahu mengkaji secara ilmiah atau santai tentang sejarah perfileman Melayu dari zaman kelahirannya ke zaman keemasannya hinggalah ke zaman kemerosotannya, tumpukan pada blog yang diusahakan oleh Encik Mustafar AR & Puan Zaini Yusop ini. Blog atau halaman web yang lain (walaupun yang dikelolakan oleh FINAS yang sepatutnya menjadi pusat info yang berwibawa) sungguh mengecewakan. Fakta-fakta yang disajikan kurang tepat, bercanggah, mengelirukan & bersikap "asal boleh". Semoga FKM akan terus berada di tangga yang teratas.

    - NONAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa saja yang kita lakukan mesti ada keikhlasan. Jika sikap itu ada, dan berusaha, apa saja, untuk kebaikan, walaupun kita menghadapi bermacam-macam rintangan, namun segalanya itu akan dapat diatasi. Malah akhirnya, "hanya mutu saja yang mengenali maknikam". Ranking catatan WebStatsDomain, pengiktirafan awieomar dan ina_azs (lihat Statistik FKM yang terbaru) adalah sebagai contoh terbaik. Terima kasih, NoNama.

      Delete
  7. PEMBETULAN BAHASA

    bersifat - bukan bersikap

    MAAF!!!

    - NONAMA

    ReplyDelete
  8. Nak tanya.
    Ada ke, filem Bollywood atau Hollywood
    gunakan tajuk "Kuala Lumpur"
    seperti "Singapore".

    - Ingin Tahu, Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya, tidak ada filem Bollywood "Kuala Lumpur".
      Tetapi filem Hollywood "Malaya" penerbitan 1949, ada.
      Pelakon utamanya, Spencer Tracy dan James Stewart.
      Diarah oleh Richard Thorpe, heroinenya Valentina Cortesa.

      Delete
    2. Sungguh luas pengetahuan En. Mustafar tentang filem. Sesuailah blog FKM ini dikendalikan oleh seseorang yang benar-benar tahu tentang filem terdulu dan filem terkini. - Sofia, Ayer Keroh, Melaka.

      Delete
  9. Terdapat sebuah filem keluaran Itali pada tahun 1964 yang diberi jodol THE PIRATES OF MALAYSIA ("I Pirate Dela Malesia") lakonan Steve Reeves, Jacqueline Sassard & Andrea Bossic.

    - NONAMA

    ReplyDelete
  10. Filem lakonan sashi Kapoor pretty polly atau A Matter of Innocence juga dibuat di Singapore hujung tahun 60an klu xsilap... ada kelibat Raja Zai dlm film ni...pastu Salleh Melan pun ada berlakon dlm filem terbitan Itali...xingat judul tp berkaitan snake

    ReplyDelete