"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Wednesday, January 1, 2014


STATISTIK FILEM KLASIK





Oleh MUSTAFAR A.R. & ZAINI YUSOP


# GOOD NEWS___
Filemklasikmalaysia.blogspot.com is ranked 2,408,870 in the world (among the 30 million domains). This site is estimated worth $2,580USD. This site has a low Pagerank(1/10). It has 12 backlinks. It's good for seo website. It has 21% seo score - WebStatsDomain.




Ahmad Shabery Cheek & Azalina Othman

Harun Salim Bachik & Zed Zaidi

Protes!... Orang kuat Gafim (dari kiri): Norman Halim, Ahmad Fuad Onah, M. Daud & Shuhaimi Baba

Lol!... Erma bayar saman Rebecca dengan duit syiling






LIMA TOPIK HANGAT MENARIK UNTUK DIULAS___
Oleh Mustafar A.R. & Zaini Yusop

ADA lima perkara (topik) paling hangat (hot), berlaku sejak kebelakangan ini, begitu menarik untuk diulas. Dua Finas; dua, Seniman; dan satu, Erma dan duit syiling.

* Laporan audit: Pac akan panggil Finas.
* Zed Zaidi hilangan jawatan presiden Seniman.
* Harun Salim Bachik mahu keluar Seniman.
* Antara Rebecca, Erma dan duit syiling 5 sen.
* Finas lulus filem merepek dan tidak berkualiti.

@ PALING tidak terjangkakan Finas, selaku ajensi yang bertanggungjawab terhadap jatuh bangunnya filem Malaysia, boleh dipanggil oleh Pac untuk disoalsiasat. Ini berita kurang baik bagi industri filem kita.

Pada hemat saya, Pac tidak seharusnya menyiasat mengenai kecelaruan pengurusan rekod akaun Finas saja, tetapi juga hal-hal lain yang melibatkan adanya berlaku unsur-unsur penyelewengan.

* Penerbitan buku filem yang tidak berkualiti, dengan kos yang mahal.

* Pemberian bantuan kewangan membuat filem berlarutan, contohnya kepada Shuhaimi Baba.

* Perlantikan menganggutai Ahli Lembaga Pengarah Finas yang berkepentingan, seperti Mustapha Maarof, David Teo dan Ahmad Idham.

Rungutan terhadap ketidakstabilnya Finas, telah lama saya terima (melalui e-mail), dan antara yang telah dipostkan ke dalam blog ini,

* Penerbitan buku filem yang semboronoh saja tidak memperdulikan kualiti, terutama fakta yang banyak salah. Tidak sesuai dijadikan rujukan.

* Kewujudan blog Sinemalaysia, yang begitu jelek. Tidak menepati sirim filem dan, petugasnya boleh dianggap sebagai makan gaji buta saja. Juga tidak boleh dijadikan rujukan, malah tambah mengelirukan.

* Festival Filem Malaysia (FFM), sering menimbulkan kecelaruan dan membazir wang rakyat, dengan perkara-perkara yang tidak relevan. Contohnya, terlalu banyak anugerah dan dianjurkan dua kali, hari lain, esok lain.

Saya, yang tidak secara langsung terlibat dengan penubuhan Finas, begitu terkilan dengan perkembangan yang kurang sehat ini, diharap Pac membuat siasatan menyeluruh supaya Finas kembali ke landasan yang betul.

@ TERPECATNYA Zed Zaidi sebagai presiden Seniman, tidaklah memeranjatkan. "Iya, bisa terjadi, Pak", kata orang Indonesia.

Pergolakan demi pergolakan berlaku, bermula sejak saya menjadi Setiausaha Seniman pertama di bawah kepimpinan Zainuddin Zimbo pada tahun 1976.

Kalau tidak ada krisis, bukan Seniman namanya. Saya pun tidak tahu, mengapa. Ini kemungkinan, disebabkan pemimpin yang dilantik tidak ikhlas. Ada yang benar-benar ikhlas, ada pula yang hendak menjatuhkannya.

Seniman pernah dibekukan pendaftaran di zaman Zainuddin Zimbo, kemudian diaktifkan semula oleh Rahim Razali. Tetapi bermasalah juga.

Ketika Aziz Singah sebagai presiden, dia dituduh menyelewengkan wang Seniman. Bagaimanapun, dinafikannya. "Duit itu, saya gunakan untuk aktiviti Seniman", katanya.

Sudah cukup baik, Mustapha Maarof memimpin Seniman. Tiba-tiba, ada pula yang mahu mengulingkannya, disebabkan duit banyak dalam akaunnya.

Terpecatlah dia, dan naik pula Harun Salim Bachik. Tetapi tidak lama, disingkirkan dan, Zed Zaidi pula dilantik sebagai presiden.

Kini keadaan Seniman sudah tempang. Tidak tahu apa akan jadi, dan ke mana arah tujunya. Lebih buruk nanti, jika ahli Seniman keluar beramai-ramai.

@ HARUN Salim Bachik, sudah pun mengistiharkan dirinya keluar dari Seniman. Kalau begitu caranya, sejak 1976 tidak pernah aman, eloklah Seniman dibubarkan saja.

Kalau mahu diaktifkan juga, "Biarkan Seniman terjun dengan labu-labunya. Biarkan, biarkan."

@ WALAU apa alasan sekali pun, membayar saman kepada Rebbeca dengan duit syiling 5 sen merupakan satu tindakan yang tidak bertamadun dan melampau, sungguhpun perbuatan itu, tidak boleh dianggap sebagai salah.

Erma Fatima bukan pengkarya filem sebarangan, dan dia sekali gus, memberi inspirasi kepada pihak lain membuat angkara yang sama. Masa yang akan datang, mungkin ramai yang berbuat demikian bukan saja membayar dengan duit 5 sen malah 1 sen, jika duit itu masih ada.

Erma harus ingat, hari ini kita buat orang, esok orang akan buat kita pula. Kalau kena batang hidung sendiri, apa macam? Kata orang, "Ada ubi ada batas, ada budi ada balas."

@ APA yang dirunggutkan oleh Azalina Othman, bukan perkara baru, benda ini sudah lama, sudah berkarat. Buat cerita samseng dan hantu boleh, tetapi janganlah lambakkan terlalu banyak genre itu di panggung wayang.

Kalau duit produser filem itu sendiri, lantaklah. Ini (yang dipersoalkan Azalina) duit Finas, duit rakyat. Bantulah kepada produser yang mahu membuat filem-filem sejarah menyerupai John F. Kennedy dan Abraham Lincoln seperti pembunuhan J.W.W. Birch atau keperwiraaan Mat Kilau dan Tok Janggut.

Dulu (sudah bertahun lamanya) Jins Shamsudin merancang mahu keluarkan filem pembunuhan J.W.W. Birch ("Pasir Salak"), segala persiapan sudah pun siap. Kini, apa sudah jadi?

Dulu, ayah Azalina (Othman Said, ketika menjadi Menteri Besar Johor), ada membantu Mat Sentol mengeluarkan filem "Penagih Dadah". Tidakkah Azalina berminat membantu Jins meneruskan filem "Pasir Salak" itu.

Sungguhpun dikala ini, Jins kurang sehat (uzur), namun banyak cara boleh dilaksanakan. Hanya, mahu atau tidak mahu saja.

Jangan tunggu Jins sudah tidak ada, baru kelamkabut nak buat. Ketika itu sudah terlambat, "Nasi sudah menjadi bubur".

Sekian, selamat melangkah ke TAHUN 2014.







Terbaik Dari Yang Terbaik

BEST OF THE BEST___

Ini adalah anugerah khas di mana tuanpunya blog bukanlah follower blog AWIE OMAR. Namun, saya adalah follower blognya yang amat terbaik bagi saya lantas memberikan perangsang, keterujaan dan keyakinan dalam meneruskan semangat dalam mengharungi dunia blog.

Pemenangnya: FILEM KLASIK MALAYSIA
– http://filemklasikmalaysia.blogspot.com (MUSTAFAR A.R.)

Terima kasih Awie, kerana meletakkan kedudukan Filem Klasik Malaysia (FKM) di tempat yang agak tinggi, dan merupakan satu penghormatan yang selama ini tidak pernah saya duga, apatah lagi mengharapkannya. (Klik Di Sini)

Memang benar, saya bukan follower blog AWIE OMAR, dan sejak terwujudnya FKM saya tidak pernah menjadi follower mana-mana blog pun. Saya lebih suka difollow (diikut) daripada mengfollow (mengikut).

Itulah sebabnya, persembahan FKM lain dari yang lain. Coraknya, sepanjang yang saya ketahui, belum pernah ada sesiapa pun yang buat.

BLOG FILEM KLASIK MALAYSIA, MESTI BACA!___

Assalammualaikum, salam sejahtera.

Lamanya saya tidak update. Agak busy dengan persiapan audit MQA dan juga selepas melahirkan anak yang ketiga.

Dikalangan kita, tentu saja ada yang sangat meminati filem-filem lama. Sebenarnya saya kurang minat, tetapi bila saya jumpa blog ini, saya terus jatuh cinta dengan filem-filem Melayu lama.

Bukan apa, sebelum ini kita sekadar menonton saja tanpa tahu fakta disebalik filem-filem klasik tersebut, rupa-rupanya banyak sekali fakta, kisah suka duka pelakon-pelakon filem lama yang kita tidak tahu.

Saya salute dengan penulis blog ini yang mana beliau masih menjalankan tanggungjawab sebenar sebagai wartawan, walaupun di usia emas.

Bila saya membaca blognya, seolah-olah saya bersama dengan mereka di zaman kegemilangan yang sudah berlalu, sekali gus membuat saya berasa sangat bersyukur dengan masa yang saya ada sekarang kerana, masa sekarang juga akan menjadi kenangan di masa depan.

Jangan lupa melawat blog tersebut: http://filemklasikmalaysia.blogspot.com

Apa lagi yang dapat saya katakan, selain ucapan terima kasih kepada ina_azs, tuanpunya blog Sharing Is Caring.
(Klik Di Sini)


Seperti juga awieomar, ina_azs adalah salah seorang follower blog FKM.

# Dua artikel di atas, dipinda sedikit (edit) oleh Zaini Yusop, disesuaikan dengan corak dan kehendak FKM.




1. PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI

2. SEKSI SELEBRITI MALAYSIA

3. SEKSI SELEBRITI INDONESIA

4. SELAMAT PENGANTIN BARU

5. FILEM TERBAIK INDONESIA

6. FILEM TERHEBAT BOLLYWOOD

7. PEMERGIAN P. RAMLEE

8. GELORA

9. LATIFAH OMAR

10. CECILIA CHEUNG






PENGUNJUNG FK MENGHAMPIRI SETENGAH JUTA___

AGAK menggembirakan dan sebagai penggalak dan perangsang, kunjungan (hits) FKM sudah menghampiri setengah juta. Catatan pageviewsnya yang berakhir pada jam 11.30 malam 31 Disember 2013 sebanyak 411,664.

Rekod catatan dalam sehari, masih kekal dengan 3,604 yang tercipta pada 11 Jun 2013.

Sungguhpun kunjungan (dalam sehari) tidak mencatatkan hingga beribu-ribu atau berjuta-juta, namun dengan sejumlah yang ada sekarang (antara 700 hingga 900 sehari) sudah mencukupi.

Sesuailah, dengan kandungannya berBahasa Malaysia (sedikit saja berBahasa Inggeris) dan topiknya pula (lebih tertumpu kepada filem-filem lama), hanya segelintir saja yang berminat.

Bagaimanapun, ada masa-masanya hits melebihi 1,000, 8/12 (1,719), 10/12 (1,041) dan 30/12 (1,117).

Apa pun, tujuan dan sasaran FKM sudah tercapai dengan begitu baik, hanya dalam jangka masa yang singkat (bermula 12 April 2010, dan aktif pada 9 Mac 2011), informasinya sudah tersebar dengan cukup baik dan meluas.

Artikel "Pergimu Takkan Kembali Lagi" yang mula disiarkan pada 11 Mei 2012, terus melonjak naik dan catatannya pada jam 11.30 malam 31 Disember 2013 sebanyak 33,707 pageviews, dan menduduki tempat pertama dalam senarai artikel popular FKM.

Tempat yang didudukinya itu (nombor 1), tidak pernah berubah sejak sekian lama.

Artikel "Seksi Selebriti Malaysia Dulu-Dulu" menduduki tempat ke-2 dengan 28,519 pageviews dan "Seksi Selebriti Indonesia Dulu-Dulu" memintas "Selamat Pengantin Baru", berada di tempat ke-3 dengan 23,549 lihatbaca.

Agak menarik, sungguhpun sudah meninggal dunia pada 29 Mei 1973 (setelah melebihi 40 tahun), namun P.Ramlee tetap menjadi pujaan dan minat ramai.

Ini kerana artikelnya "5 Tahun Pemergian P.Ramlee" oleh Bahyah Mahmood, masih kekal dalam senarai artikel popular FKM dan menduduki tempat ke-7 dengan catatan 5,976 pageviews, manakala filem "Gelora" berada ditempat ke-8 mencatat 4,755.

12 REVIEW FILEM CATAT HITS TERBAIK___

Tujuan utama Filem Klasik Malaysia (FKM) diblogkan, berhasrat untuk mengimbau kembali filem-filem Melayu lama yang kini sudah dianggap klasik, kebanyakkannya dalam black & white.

Setakat ini, sejak FKM muncul pada 12 April 2010, banyak filem telah direviewkan. Diantara sebanyak itu, "Gelora" masuk dalam senarai artikel popular FKM, menduduki tempat ke-8 (setakat ini) dengan catatan 4,755 pageviews.

Kedudukan yang baik turut dicapai oleh 2 filem Maria Menado, "Selendang Delima" dengan catatan 3,393 (view count) dan "Pontianak" (2,514).

Lain-lain filem, "Semerah Padi" (1,643), "Selendang Merah" (1,546), "Hanchor Hati" (1,538), "Penarek Becha" (1,516) dan "Lain Jalan Ka-Shorga" (1,458).

Diikuti pula, "Permintaan Terakhir" (1,397), "Chemburu" (1,303), "Lanchang Kuning" (1,312) dan "Leila Majnun" (1,207).






MALAYSIA MASIH BERADA DIKEDUDUKAN PERTAMA___

Malaysia, terus berada ditempat pertama, menerima 294,270 lihatbaca, dan diikuti (ke-2) Singapore dengan 22,456 pageviews.

Lihatbaca (pageviews), 6 negara lain yang terbaik, setakat jam 11.30 malam 31 Disember 2013;

3. Indonesia - 19,818
4. United States - 15,553
5. Brunei - 8,162
6. Russia - 2,836
7. Germany - 1,946
8. United Kingdom - 1,350

# Keseluruhan lihatbaca: 411,685

Lain-Lain Negara;

9. Philippines 10. Australia 11. Canada 12. Egypt 13. Saudi Arabia 14. Sweden 15. France 16. Belgium 17. Azerbaijan 18. India 19. Vietnam 20. Brazil

21. Algeria 22. Pakistan 23. Qatar 24. Slovakia 25. Croatia 26. Hong Kong 27. Thailand 28. Japan 29. Oman 30. United Arab Emirates

31. Italy 32. Belgium 33. Switzerland 34. Barbados 35. Uruguay 36. Spain 37. Timor Leste 38. Hungry 39. Netherlands 40. Ecuador

41. Colombia 42. Latvia 43. Jordan 44. Turkey 45. Cambodia 46. Austria 47. Panama 48. Greece 49. Bangladesh 50. China

51. Cyprus 52. Bolivia 53. South Korea 54. Taiwan 55. Lithuania 56. Bulgaria 57. Israel 58. Czech Republic 59. Bahrain 60. Poland

61. Romania 62. Ireland 63. Macau 64. Syria 65. Denmark 66. Peru 67. Malta 68. Tunisia 69. Georgia 70. Albania

71. Myanmar 72. Norway 73. Guam 74. Nigeria 75. Burnika Faso 76. Armenia 77. Sri Lanka 78. Yemen 79. Kazakhatan 80. Iran

81. New Zealand 82. Iraq 83. Ukraine 84. Bosnia And Herzegovina 85. Afghanistan 86. Kuwait 87. Jamaica 88. Senegal 89. Nepal

90. Djibouti 91. Marcedonia (FYROM) 92. Benin 93. Palestine 94. Morocco 95. Aruba 96. Serbia 97. Slovenia
98. Cote d'Ivoire 99. Kenya 100. Estonia

101. Suriname

Ini bererti, 101 negara di dunia sudah berkunjung ke blog FKM, satu pencapaian yang sangat baik dan sangat menggalakkan.

Pada umumnya, selain Malaysia, negara yang sering berkunjung ke FKM, Singapore, Indonesia, Brunei, United States, Russia, United Kingdom, Canada, India dan Germany.

Ukraine yang selama ini menyepi, mula selalu datang bertandang. Hari-hari ada hits. Begitu juga Vietnam dan Estonia.

Siapa mereka, ya? Adakah mereka dari Kedutaan Malaysia di sana?






Pageviews kepada artikel (posts atau entry) pula, 10 terbaik;

1. Pergimu Takkan Kembali - 33,708
2. Seksi Selebriti Malaysia - 28,520
3. Seksi Selebriti Indonesia - 23,559
4. Selamat Pengantin Baru - 19,146
5. Filem Indonesia Terbaik - 10,906
6. Filem Bollywood Terhebat - 9,479
7. Pemergian P. Ramlee - 5,976
8. Gelora - 4,755
9. Latifah Omar - 4,413
10. Cecilia Cheung - 3,013

Rekod lihatbaca yang dicapai dalam sehari;

Pertama: 3,604 lihatbaca (11 Jun 2013)
Kedua: 2,841 pageviews (10 Jun 2013)
Ketiga: 1,919 lihatbaca (8 Disember 2013)

Followers (Pengikut);

Kini semakin bertambah menjadikan 126 (pada 31 Disember 2013). Terima kasih kepada mereka yang baru menyertai; Mar Bawi, Hani, Syarikat Bonda dan Trans.

View my complete profile;

* 1,831 pageviews (28 Februari 2013)
* 2,157 lihatbaca (30 Jun 2013)
* 2,514 pageviews (31 Oktober 2013)
* 2,787 lihatbaca (31 Disember 2013)


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?






KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.




2 comments:

  1. Bagi sesiapa yang mahu mengkaji secara ilmiah atau santai tentang sejarah perfileman Melayu dari zaman kelahirannya ke zaman keemasannya hinggalah ke zaman kemerosotannya, tumpukan pada blog yang diusahakan oleh Encik Mustafar AR & Puan Zaini Yusop ini. Blog atau halaman web yang lain (walaupun yang dikelolakan oleh FINAS yang sepatutnya menjadi pusat info yang berwibawa) sungguh mengecewakan. Fakta-fakta yang disajikan kurang tepat, bercanggah, mengelirukan & bersifat "asal boleh". Semoga FKM akan terus berada di tangga yang teratas.

    - NONAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa saja yang kita lakukan mesti ada keikhlasan. Jika sikap itu ada, dan berusaha apa saja, untuk kebaikan, walaupun kita menghadapi bermacam-macam rintangan, namun segalanya itu akan dapat diatasi. Malah akhirnya, "hanya mutu saja yang mengenali maknikam". Ranking catatan WebStatsDomain, pengiktirafan awieomar dan ina_azs (lihat Statistik FKM seperti diatas) adalah sebagai contoh yang terbaik. Terima kasih, NoNama.

      Delete