"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Saturday, January 4, 2014


FESTIVAL FILEM ASIA-PASIFIK KE-35









POSTER FESTIVAL FILEM ASIA PASIFIK KE-35 (FFAP35)

Atas: Majlis pembukaan rasmi FFAP35 disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud. Bawah: Taib Mahmud menerima cenderamata dari Kamarul Ariffin selaku Presiden Produser Filem Malaysia (PFM).

FILEM TERBAIK
"Song Of The Exile" (TAIPEI)


FILEM TERBAIK
"The Song Of The Crazy Love" (SEOUL)







Teks & Foto: MUSTAFAR A.R.
Di Edit Di Semak & Di Susun: ZAINI YUSOP




FESTIVAL Filem Asia Pasifik kali Ke-35 (FFAP35) yang berlangsung di Kuching cukup meriah. Ramai artis filem dari tujuh negara peserta berhimpun di ibu negara (bukan negeri) Sarawak itu.

Ini kali ke-3, Malaysia dipilih sebagai penganjur FFAP. Pertama, FFAP6 (1959) dan ke-2, FFAP27 (1982). Ini juga pertama kali, FFAP anjuran Malaysia berlangsung di luar Kuala Lumpur.

Agak menggembirakan, sejarah penganjuran FFAP di Kuching ini saya terlibat sama.

Suatu hari dalam tahun 1989 (tarikhnya saya lupa), satu pertemuan antara Gafim dengan perwakilan dari Sarawak bertemu di Bangunan Bank Pembanguan, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Saya masih ingat, Gafim diketuai oleh Pengerusi Finas, A.Samad Idris, manakala Sarawak dipimpin oleh orang kuat Taib Mahmud, Taha Ariffin.

Turut sama, Pengerusi Gafim, Jins Shamsudin; Presiden PFM, Kamarul Ariffin; Ketua Pengarah Finas, Zain Haji Hamzah dan saya sendiri, ketika itu berjawatan Setiausaha Gafim.

Wakil Sarawak, selain Taha Ariffin, ada beberapa orang lagi tetapi tidak dapat saya pastikan kerana mereka terlalu asing buat saya.

Peringkat awal, pertemuan tersebut bukan membincangkan penganjuran FFAP. Fokusnya kepada Festival Filem Malaysia Ke-9 (FFM9), tetapi Taha Ariffin nampaknya, lebih berminat FFAP35 berbanding FFM9, kebetulan pula 1990 merupakan giliran Kuala Lumpur sebagai penganjur.

Berikutan itu, Selangor yang bermenteribesarkan Muhammad Taib, mengambilalih penganjuran FFM9, dan berlangsung di Shah Alam pada bulan Jun 1991.

Di Bangunan Panca Delima, kepunyaan Jins Shamsudin, telah dijadikan pejabat (bilik) gerakan dan operasi. Oleh kerana selaku Setiausaha Gafim saya telah dilantik sebagai pengarah, dan dari masa ke masa saya berulangalik ke Kuching menyelaraskan program, apa yang patut dilakukan.

Kebiasaannya, saya ke Kuching bersama Kamarul Ariffin, Habsah Hassan dan Mustapha Maarof.

Satu-satunya keistimewaan FFAP35, adanya Pameran Anugerah FFAP35 (1954-1989) yang tidak pernah dilaksanakan sebelum dan sesudah FFAP35 sampai ke FFAP56 yang berlangsung di Macao baru-baru ini.

Pameran tercetus dari idea saya sendiri, bertujuan untuk menghargai para karyawan filem Asia Pasifik yang telah dianugerahkan dengan berbagai-bagai anugerah sejak tahun 1954 hingga 1989, disamping tidak melupakan bakti yang mereka telah curahkan.

Ia berlangsung di Kompleks Penerangan Dan Pelancongan (Matic) Kuala Lumpur pada 8 hingga 21 Oktober (sebagai pra-FFAP) dan di Muzium Sarawak, sepatutnya 30 Oktober sampai 4 November, tetapi diperpanjangkan seminggu lagi, hingga 12 November.

Tujuh negara yang menganggutai Persekutuan Produser Filem Asia Pasifik (FPA) menyertai FFAP35, dengan mengemukakan filem masing-masing untuk pertandingan.

Bangkok (Thailand), Hong Kong, Jakarta (Indonesia), Kuala Lumpur (Malaysia), Seoul (Korea Selatan), Taipei (Taiwan) dan Tokyo (Jepun).

Manila (Filipina) dan Singapore hanya menghantar perwakilan saja, tiada filem.

Agak menarik, inilah FFAP dapat menghimpunkan karyawan filem Malaysia begitu ramai jumlahnya. Terdapat nama-nama besar dan popular, gabungan lama dan baru.

Antaranya, Kasma Booty, Ahmad Mahmood, Jins Shamsudin, Mustapha Maarof, Rosnani, Jamil Sulong, Abdullah Chik, Normadiah, Aziz Sattar, A. Rahim, Osman Hafsham, Ahmad Jais, M.Osman, Azlina Aziz, M.Shahdan, Baharuddin Haji Omar, Azean Irdawati, Azmil Mustapha, Rubiah Suparman, Nora Shamsuddin dan Ziela Jalil.

Agak kurang menarik, delegasi Indonesia yang sering membawa rombongan yang begitu besar ke setiap FFAP sangat mengecewakan. Tidak kelihatan Christine Hakim, Sophaan Sophiaan, Widyawati dan Rano Karno. Kemana mereka pada masa itu, ya?

Cuma yang ada hanyalah, Ratnor Timoer, Raden Mochtar dan Turino Junaidy.

Ketua-ketua delegasi yang hadir, Boonlert Satthamongkol (Bangkok), Lin Deng Fei (Taipei), Isao Matsuoka (Tokyo), Shaw Vee Meng (Singapura), Turino Judaidy (Jakarta), Run Run Shaw (Hong Kong) dan Jins Shamsudin (Kuala Lumpur).

Sungguhpun, saya terpaksa bertugas mengedalikan dan mengawasi pamera di Muzium Sarawak, tetapi dapat juga mencelah (bersama rombongan karyawan filem) berkunjung ke beberapa lokasi menarik.

Antaranya yang sempat dikunjung, Kampung Kebudayaan, di Pantai Damai, Santubong, menyensurui Sungai Sarawak, Zoo Kuching, Taman Buaya dan perasmian lumba kerbau, tibau dan menyumpit di Padang Central, Kuching.

Disamping upacara penyampaian anugerah di malam terakhir FFAP35, turut dipersembahkan (oleh anak-anak seni Sarawak) "Night Of The Stars" (Malam Bintang Bergemalapan) di Dewan Suarah dan "Malam Taipei" (sempena FFAP36 yang akan berlangsung di Taipei) di Dewan Asiajaya, Holiday Inn, Kuching.

Bagi memeriahkan lagi suasana FFAP35, tujuh filem telah dipilih untuk ditayangkan di tiga panggung wayang di Kuching.

KENYALANG - "Hati Bukan Kristal" (Kuala Lumpur), "Classmate" (Bangkok) dan "Song Of Exile" (Taipei).

CAPITOL - "The Chinese Ghost Story II" (Hong Kong) dan "Korean Connection" (Seoul).

MIRAMAR - "Sand Castle" (Tokyo) dan "Pacar Ketinggalan Kereta" (Jakarta).

Upacara perasmian (pembukaan dan pelancaran) disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud, di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri Sarawak Petra Jaya, manakala "Malam Seri Wangsa" (upacara penutup dan penyampaian anugerah) berlangsung di Stadium Perpaduan Negeri, Petra Jaya, Kuching, Sarawak.


FILEM-FILEM (CERITA) YANG DIPERTANDINGKAN___

1. BANGKOK - "Tell Them We're No. 1", "I'm Not, You're Crazy", "Silloutte Of God" dan "Classmates".

2. HONG KONG - "A Chinese Ghost Story II", "The Story Of My Son", "Bullet In The Head", "Kawashima Yoshiko" dan "A Moment Of Romance".

3. JAKARTA - "Prickly Heat (Pacar Ketinggalan Kereta)", "Neosa Penida", "Every One You" (Semua Sayang Kamu), "Bintoro Tragedy" (Tragedi Bintoro) dan "The Teacher" (Si Badung).

4. KUALA LUMPUR - "Driving School", "Fenomena", "Hati Bukan Kristal" dan "Sumpahan Mahsuri".

5. SEOUL - "Korean Connection", "Lovers Of Wumuk-Baemee", "Watercolor In Rain", The Song Of Crazy Lover" dan "The Rooster".

6. TAIPEI - "Song Of The Exile", "Fratenity" dan "Dangerous Choices".

7. TOKYO - "Sand Castle", "Gunhed", "Via Okinawa", "Under Aurora" dan "Free And Easy".

FILEM-FILEM MEMENANGI ANUGERAH___

# SERI WANGSA
(ANUGERAH UTAMA/MAIN AWARDS)

Filem Terbaik/Best Films
* SONG OF THE EXILE (Taipei)
* THE SONG OF CRAZY LOVE (Seoul)

SONG OF THE EXILE: Berlaku pada awal tahun 1970an, kisahnya mengenai seorang pelajar keturunan Cina/Jepun yang kembali ke kampung asalnya, Hong Kong, selepas berjaya menamatkan pengajian di sebuah universiti di London. Sejurus tiba ke rumah, dia dan keluarganya mula berbalah, sebahagian besarnya disebabkan konflik budaya dan masyarakat antara ibunya dan dirinya sendiri.

THE SONG OF CRAZY LOVE: Seorang profesor wanita, mengalami konflik yang ekstrem antara masa silam dan masa kini. Ketika sebagai belajar, dia mencintai seorang pelajar yang bila lulus universiti, dia ke Vietnam sebagai askar. Dia kemudian, dilaporkan hilang dan dikatakan menemui ajal. Profesor tersebut tidak dapat melupakannya kerana dia tidak percaya tentang kematian kekasihnya itu.






YASUO DAICHI
Aktor Terbaik (SAND CASTLE)


KU MIJA-KIM
Aktres Terbaik (THE SONG OF CRAZY LOVE)


NINIEK L. KARIM
Aktres Pembantu Wanita Terbaik
(PACAR KETINGGALAN KERETA)


IDRIS SARDI
Ciptaan Musik Terbaik
(PACAR KETINGGALAN KERETA)


RENTORO MIKUNI
Aktor Pembantu Lelaki Terbaik (FREE AND EASY)


Perwakilan Bangkok menerima anugerah kerana filem SILHOUTTE OF GOD.






Aktor Terbaik/Best Actor
* YASUO DAICHI (SAND CASTLE)

Aktres Terbaik/Best Actress
* KU MIJA-KIM (THE SONG OF CRAZY LOVE)

Aktor Pembantu Lelaki Terbaik/Best Supporting Actor
* RENTORO MIKUNI (FREE AND EASY)

Aktres Pembantu Wanita Terbaik/Best Supporting Actress
* NINIEK L. KARIM (PACAR KETINGGALAN KERETA)

Pengarah Terbaik/Best Director
* KIM HO SOON (THE SONG OF CRAZY LOVE)

Pengarah Seni Terbaik/Best Art Director
* EDDY MOK & FONG YING (KAWASHIMA YOSHIKO)

Filem Pendek Terbaik/Best Short Film
* BEAUTY AND GRACE (Kuala Lumpur)

Suara Efek Terbaik/Best Sound Effect
* KINI BYUNG SU (KOREA CONNECTION)

Musik Terbaik/Best Music
* ROJIRO KOROKU (UNDER AURORA)

Suntingan Terbaik/Best Editing
* HYUN DONG-CHUN (THE SONG OF CRAZY LOVE)

Sinematografi Terbaik/Best Cinematography
* YUJI OKUMURA (UNDER AURORA)

Lakonlayar Terbaik/Best Screenplay
* NIEN-JEN WU (SONG OF THE EXILE)


HATI BUKAN KRISTAL

UNDER AURORA

PACAR KETINGGALAN KERETA

FREE AND EASY

KAWASHIMA YOSHIKO

THE STORY OF MY SON






# TUNAS HARAPAN
(ANUGERAH ISTIMEWA JURI
/JURY'S SPECIAL AWARDS)

Kehidupan Berkomuniti
/Community Life
* KAJAR COMMUNITY IN TANA TOWA (Jakarta)

Persembahan Warisan Budaya
/Presentation Culture Heritage
* VILLAGE GUARDIAN OF GOD (Seoul)

Aktor Kanak-Kanak/Child Actors
* HUANG KUN-HSUAN (THE STORY OF MY SON)
* CHENG PAK-LAM (THE STORY OF MY SON)

Ciptaan Musik Istimewa
/Special Music Treatment
* IDRIS SARDI (PACAR KETINGGALAN KERETA)

Persembahan Setting Terbaik
/Presentation Of Best Setting
* SILHOUTTE OF GOD

Keseluruhan Pencapaian Terbaik Teknikal
/Best Overall Techincal Achievement
* BULLET IN THE HEAD

Pengarah Muda Harapan
/Promising Young Director
* RAJA AHMAD ALAUDDIN (HATI BUKAN KRISTAL)

Ini bererti, SEOUL menang anugerah terbanyak - 6 semuanya.

TOKYO (4)
HONG KONG (4)
JAKARTA (4)
KUALA LUMPUR (3)
TAIPEI (2)
BANGKOK (1)


RADEN MOCHTAR & KASMA BOOTY

Atas: Raden Mochtar menerima anugerah Panca Delima dari Railey Jeffrey. Bawah: Kasma Booty (kanan) bersama Azlina Aziz (tengah) dan June Rahim.

RADEN MOCHTAR, PAREH (Sumber: RushdyHoesein)

KASMA BOOTY, DEWI MURNI (Sumber: Njendra)






# PANCA DELIMA
(PENCAPAIAN TERBAIK DALAM FILEM
BEST ACHIEVEMENT IN FILM)

* KASMA BOOTY (Kuala Lumpur)
* RADEN MOCHTAR (Jakarta)

KASMA BOOTY, dipilih kerana penglibatannya dalam filem menyebabkan ramai yang ingin menjadi primadona filem Melayu, dan dengan tidak secara langsung muncullah nama-nama besar seperti Neng Yatimah, Mariam, Rokiah, Rosnani, Latifah Omar, Normadiah, Zaiton dan ramai lagi.

Kemunculan Kasma dalam "Chempaka", "Noor Asmara", "Dewi Murni", "Sejoli" dan "Juwita" menyebabkan filem Melayu melonjak naik dan menjadi minat ramai bukan saja di Malaya (Malaysia)/Singapura tetapi juga di seluruh Nusantara termasuk Indonesia.

RADEN MOCHTAR, dipilih kerana pengabdiannya dalam filem Indonesia bermula dengan filem "Pareh" pada tahun 1935 sampai kini. Komitmennya kepada filem tidak pernah pudar, dan sungguhpun sudah berusia emas namun dia tidak pernah menolak jika ada tawaran berlakon buatnya.

Di zaman mudanya, Raden terkenal dengan filem-filem berjaya memperolehi box office seperti "Terang Bulan", berlakon disamping Roekiah, kemudian disusuli "Gagak Itam", "Fatima", "Siti Akbari" dan "Bengawan Solo". Dia juga membintangi filem keluaran Cathay Keris Film, "Terang Bulan Di Malaya", berheroinekan Rusini.



THE STORY OF MY SON (Sumber: MyAsianHeroes)

BULLET IN THE HEAD (Sumber: TheWonderMan100)

TRAGEDI BINTARO (Sumber: Zulhisham Toksid)

KAWASHIMA YOSHIKO (Sumber: NoraStoleMyFreeStyle)


GAMBAR-GAMBAR MENARIK SEPANJANG FFAP35___




Taib Mahmud sedang berbual mesra dengan karyawan dan wartawan filem. Turut kelihatan (atas): Normadiah, Sarbanun Marican, Mior Ahmad Zaudi, Fariza Saidin, June Rahim, Nora Shamsuddin, Julie Dhalan dan Ziela Jalil. Bawah: Jamil Sulong, Rosnani, M. Shahdan, Sivaji Rajah, Hamid Gurkha, Mustafar A.R. dan Zahari Zabidi.

Atas (dari kiri): Taib Mahmud, Jins Shamsudin dan orang kanan Taib Mahmud yang tidak dapat dipastikan namanya. Bawah: (dari kiri): Railey Jeffrey, Bujang Mohammad Nor, Zain Haji Hamzah dan A. Samad Idris.

Atas: Taib Mahmud berduet dengan Azlina Aziz menyanyikan lagu-lagu P. Ramlee. Bawah: Persembahan hiburan oleh anak-anak Sarawak yang menarik dan mempersonakan para hadirin.

Atas: Run Run Shaw sedang berjabat tangan dengan Kamarul Ariffin ketika melawat Kompleks Finas Kuching, dan dibelakangnya Shaw Vee Meng. Bawah: Para delegasi keluar dari Kompleks Finas Kuching setelah membuat kunjungan muhibbah.

Atas: James Wong, Menteri Alam Sekitar dan Pelancongan (kiri), di majlis perasmian Pameran Anugerah FFAP35 di Muzium Sarawak. Bawah: James Wong diiringi oleh Kamarul Ariffin melawat dan menyaksikan gambar-gambar pemenang anugerah yang dipamerkan.

Atas: Pelakon popular Indonesia, Ratnor Timoer (kiri), ketika berkunjung ke Kampung Kebudayaan di Pantai Damai, Sentubung, Sarawak. Berasamanya dari kanan: Abdul Rahim, Mustafar A.R. dan Ahmad Marbawi. Bawah: Ratnor Timoer (tengah) diapit oleh pelakon dan wartawan Malaysia. Dari kiri: Rohaya Rahman, Rahman B., Ahmad Marbawi dan Fariza Saidin.

Pelakon dan wartawan filem melawat Zoo Kuching dan Ladang Ternakan Buaya. Atas (dari kiri): Mustafar A.R., Bahyah Mahmood, Muzlina Abu Bakar, Yusof Wahab, Fariza Saidin dan Mior Ahmad Zaudi. Bawah: Sama, cuma bezanya ada Norbaini Masri (kiri), tidak adanya Mustafar A.R.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
Berapa Banyakkah Yang Masih Ada?


FFAP6 (1959)
Filem Terbaik: THE KINGDOM AND THE BEAUTY (Hong Kong)

FFAP10 (1963)
Filem Terbaik: TWIN SISTER OF KYOTO / KOTO (Tokyo)

FFAP19 (1973)
Filem Terbaik: PERKAHWINAN (Jakarta)

FFAP24 (1978)
Filem Terbaik: RITES OF MAY / ITIM (Manila)

FFAP25 (1979)
Filem Terbaik: PENGEMIS DAN TUKANG BECA (Jakarta)

FFAP30 (1985)
Filem Terbaik: DEEP BLUE NIGHT (Seoul)





KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.







4 comments:

  1. Mr. Mustafar.
    I am from Hong Kong, and my hobby is to collect all the result of Asia Pacific Film Festival begin from the year 1954.
    Other than FKM, I also try to find out from other source as IMDb and Cinemalaysia, But not enough and not complete as what I can found from your blog.
    Bravo! Mr. Mustafar you are doing a good job, and I hope more result to come for the people like me to know.
    - JIMMY CHONG (via-e-mail), Clear Water Bay, Hong Kong.

    ReplyDelete
  2. Apabila saya membaca artikel FFAP35 ini, saya dapati jauh bezanya dengan yang tercatat oleh IMDb. Filem terbaik "Song Of The Exile" ok, tetapi "Buddies" tidak sama dengan "The Song Of The Crazy Love". Begitu juga actor terbaik Ken Takakura (IMDb), FKM pula, Yasuo Daichi. Actor pembantu terbaik Rentoro Mikuni (FKM), IMDb pula Kyôzô Nagatsuka. Musik terbaik Rojiro Koroku (FKM), IMDb pula, Tomoyuki Asakawa. Soalnya sekarang, mana satukah yang betul. FKMkah yang betul atau IMDbkah yang betul? Kalau FKM yang betul, kedudukan IMDb samalah dengan Sinemalaysia (Finas), banyak fakta tidak tepat dan mengelirukan.
    Bagi saya, saya lebih yakin kepada FKM berbanding IMDb.
    - Razlan Manan (via-email), Putrajaya, WP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi yang boleh saya katakan.
      Kecuali, nilailah sendiri.
      terima kasih, Razlan.

      Delete