(Sumber: Sony Pictures)
(Sumber: Movies Coming Soon)
(Sumber: Film Trailers Zone)
(Sumber: The Weinstein Company))
(Sumber: MovieClip Trailers)
(Sumber: MovieClip Trailers)
(Sumber: MovieClip Trailers)
(Sumber: MovieClip Trailers)
(Sumber: MovieClip Trailers)
ULASAN FK___
Oleh MUSTAFAR A.R.
SIAPAKAH yang akan menang?
Itulah persoalannya, dan hanya dapat diketahui apabila upacara pengumuman dan penyampaian anugerah oscar akademi kali ke-86 berlangsung di Hollywood's Dobly Theatre pada 2 Mac 2014 ini.
Pertandingan kali ini ternyata hebat, masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri yang membolehkan mereka memenangi sebanyak mana anugerah oscar yang sangat berprestij itu.
Dalam kategori filem terbaik, 9 dipilih beradu kekuatan. Bagaimanapun, yang diramalkan bertarung hebat, 3 - "12 Years a Slave", "American Hustle" dan "Gravity".
Keputusan anugerah golden globes yang baru berlangsung memilih, "12 Years a Slave" sebagai pemenang kategori drama, manakala "American Hustle" musical/comedy.
Kebiasaannya, keputusan yang dibuat oleh anugerah golden globes turut mempengaruhi anugerah oscar akademi.
Kemungkinan juga, "12 Years a Slave" yang diarahkan oleh pengarah kulit hitam, Steve McQueen, bakal dinobatkan sebagai filem terbaik mengekori anugerah golden globes.
"Gravity", kedudukannya ditahap underdog atau darkhorse. Mana tahu mungkin pengarahnya, Alfonso Cuaron, boleh melakukan sesuatu kejutan.
"The Wolf of Wall Street", "Nebraska" dan "Captain Phillips" pula, ada harapan untuk menang, tetapi menghadapi jalan sukar.
Ini kali ke-3, filem terbaik dipilih 9. Sebelumnya 5. 3 lagi, "Dallas Buyers Club," "Her" dan "Philomena."
"American Hustle" dan "Gravity" menerima, 10 calon setiap satu termasuk filem terbaik dan pengarah terbaik.
8 lagi ("American Hustel"), aktor utama (Christine Beal), aktor pembantu (Bradley Cooper), aktres utama (Amy Adams), aktres pembantu (Jennifer Lawrence), lakonlayar original, rekaan kostium editing dan rekaan produksi.
"Gravity", aktres utama (Sandra Bullock), sinematografi (Emmanuel Lubezki), editing (Alfonso CuarĂ³n & Mark Sanger), musik (skor original, Steven Price), rekaan produksi, editing rakaman, adunan rakaman dan kesan visual.
PERNAH MENERIMA
"12 Years a Slave" menerima 9 calon, manakala 6 untuk "Captain Phillips", "Dallas Buyers Club" dan "Nebraska".
"The Wolf of Wall Street" yang melibatkan Riza Aziz (sebagai produser) dari Malaysia, terima 5 calon bersaing dengan "Her".
Agak memelikkan, jarang berlaku sesuatu filem yang dicalonkan tetapi nama calon (produser dan sebagainya) akan ditentukan kemudian, nominees to be determined.
Apakah kerana adanya Riza Aziz dan kebetulan berlaku pula ribut di Malaysia, perkara tersebut terjadi? Mungkin juga, mungkin tidak.
# UPDATE (23 JANUARI 2014)
Academy of Motion Picture Arts and Sciences Hollywood menyifatkan, pembelian hak dan membiayai pembikinan sesebuah filem sebenarnya, tidak melayakkan seseorang itu menjadi seorang produser.
Berikutan itu, dalam apa yang dilihat sebagai ‘satu tindakan yang jarang berlaku’, akademi menggugurkan nama Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri, Najib Razak, daripada senarai pencalonan anugerah oscar kategori filem terbaik bagi filem "The Wolf of Wall Street".
Sebaliknya, senarai produser yang dicalonkan filem yang berharga AS$100 juta itu, adalah pengarah Martin Scorcese; pelakon utama Leonardo DiCaprio; rakan kongsi perniagaan Riza Aziz, Joey McFarland, dan rakan Martin Scorsese, Emma Tillinger Koskoff.
Senarai produser yang dicalonkan bagi filem "The Wolf of Wall Street" itu dimuktamadkan oleh akademi, seminggu selepas pencalonan diumumkan, pada 16 Januari lalu.
Sebelum ini, Leonardo DiCaprio, mengesahkan anak lelaki Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz, terbabit dalam penerbitan filem "The Wolf Of Wall Street" yang mencetus pelbagai kontroversi diserata dunia.
Ucapan Leonardo Dicaprio itu dibuat, sewaktu dia menerima anugerah aktor peranan utama (musical/comedy) dianugerah golden globes, baru-baru ini.
* SUMBER: MALAYSIAKINI.
Dalam kategori arahan, Martin Scorsese ("The Wolf of Wall Street") yang filem-filemnya dimasa lalu terlalu banyak memenangi anugerah, menghadapi masaalah.
Ini berdasarkan, dia tidak dicalonkan (pengarah terbaik) dalam anugerah golden globes, dimana dapat menyaksikan Alfonso Cuaron ke depan dan terhebat kerana filemnya, "Gravity".
Memenangi anugerah di golden globes, tidak semestinya berjaya di anugerah oscar akademi.
Ini bererti, kedudukan Steve McQueen ("12 Years a Slave") dan David O. Russell ("American Hustle") begitu ampuh, dan boleh menang.
Kategori aktres utama, persaingan antara 2 veteran (Meryl Streep, Judi Dench), 2 semi veteran (Sandra Bullock, Cate Blancett) dan satu muka masih baru (Amy Adams).
Meryl Streep, pernah memenangi anugerah oscar 2 kali, (1982, "Sophie's Choice") dan (2011, "The Iron Lady"). Kali ini dia berdepan jalan agak sukar.
Sandra Bullock, sebelumnya menerima satu anugerah oscar saja, pada 2010 ("The Blind Side"), dan harapannya untuk menang 50-50.
Judi Dench, yang merupakan aktres paling tua antara 5 calon (lahir pada 9 Disember 1934), hanya menang satu oscar (1998, "Shakespeare in Love") dari 6 calon yang diterimanya, itupun aktres peranan pembantu.
Cate Blancett, pernah menerima 5 calon oscar, tetapi hanya menang satu saja (2004, "The Aviator"), dan dia juga pemenang golden globes yang baru lalu, kerana "Blue Jasmine".
Amy Adams, yang termuda (lahir pada 20 Ogos 1974), pernah dicalonkan 4 kali tetapi gagal.
Diramalkan, kali ini harapannya untuk memperolehi oscar pertamanya melalui "American Hustle", sangat cerah.
Kategori aktor peranan utama pula, agak menarik Tom Hanks tidak dicalonkan kerana "Captain Phillips", kecundang dan mengejutkan.
Dimasa lalu, dia terima 5 calon, tetapi hanya menang 2 (1993, "Philadelphia") dan (1994, "Forrest Gump").
BERSAING SENGIT
4 aktor besaing sengit, tetapi kecerahan berada kepada Leonardo DiCarpio, "The Wolf of Wall Street", disamping terbukti kemampuannya memenangi golden globes.
Dia pernah menerima 2 calon sebelumnya tetapi gagal menang, "The Aviator" (2005) dan "Blood Diamond" (2007).
Menyusul dibelakang, Christian Bale ("American Hastle"), Bruce Dern ("Nebraska") dan Chiwetel Ejiofor ("12 Years a Slave").
Tetapi jaga-jaga, Matthew McConaughey ("Dallas Buyers Club") adalah pemenang anugerah aktor peranan utama golden globes.
Berjayakah "The Great Beauty" menang anugerah oscar filem asing?
Filem Italy itu dapat golden globes, tetapi oscar, terpaksa bersaing dengan "The Hunt" (Denmark) dan "Omar" (Palestine).
Di anugerah golden globes, hanya "The Great Beauty" dan "The Hunt" menerima pencalonan.
Tahun 2013, hanya Denmark saja dicalonkan, "A Royal Affair", tetapi tewas ditangan "Amour" (Austria).
Sejak tahun 1956, paling banyak menang oscar Italy, 10, diikuti Denmark, 3, Belgium, Cambodia dan Palestine, tidak pernah menang.
Bagaimanapun, Belgium banyak kali juga dicalonkan, Palestine, kali kedua, pertama (2005, "Paradise Now"), Cambodia pula buat pertama kalinya dengan "The Missing Picture".
Amerika kini berpresidenkan Barrack Obama, kemungkinan "12 Years a Slave", Steve McQueen, Chiwetel Ejiofor, Barkhad Abdi dan Lupita Nyong'o memenangi oscar, silap-silap semuanya sekali, adalah besar.
Mungkinkah ini berlaku? Kita tunggu dan lihat.
DAVID O.RUSSELL
MARTIN SCORSESE
STEVE MCQUEEN
ALEXANDER PAYNE
ALFONSO CUARON
CHRISTIAN BALE
LEONARDO DICAPRIO
CHIWETEL EJIOFOR
MATTHEW MCCONAUGHEY
BRUCE DERN
AMY ADAMS
SANDRA BULLOCK
CATE BLANCHETT
JUDI DENCH
MERYL STREEP
DENMARK
(Sumber: Movies Coming Soon)
ITALY
(Sumber: MovieClips Trailers)
PALESTINE
(Sumber: Film Is Now)
CAMBODIA
(Sumber: Festival Films and Indie Films)
BELGIUM
(Sumber: MovieClips Trailers)
JULIA ROBERTS ("August: Osage Country")
LUPITA NYONG'O ("12 years a Slave")
SALLY HAWKINS ("Blue Jasmine")
JUNE SQUIBB ("Nebraska")
JENNIFER LAWRENCE ("American Hustle")
BRADLEY COOPER ("American Hustle")
BARKHAD ABDI ("Captain Phillip")
MICHAEL FASSBENDER ("12 Years a Slave")
JONAS HILL ("The Wolf of Street Wall")
JARED LETO ("Dallas Buyers Club")
ATAS: ELLEN DEGENERES, PENGACARA ANUGERAH OSCAR BAWAH: DOBLY THEATRE, HOLLYWOOD, LOS ANGELES
Di Susun Oleh ZAINI YUSOP
# BEST PICTURE
FILEM TERBAIK
* "American Hustle"
Charles Roven, Richard Suckle, Megan Ellison,
and Jonathan Gordon, Producers
* "Captain Phillips"
Scott Rudin, Dana Brunetti and Michael De Luca, Producers
* "Dallas Buyers Club"
Robbie Brenner and Rachel Winter, Producers
* "Gravity"
Alfonso CuarĂ³n and David Heyman, Producers
* "Her"
Megan Ellison, Spike Jonze and Vincent Landay, Producers
* "Nebraska"
Albert Berger and Ron Yerxa, Producers
* "Philomena"
Gabrielle Tana, Steve Coogan and Tracey Seaward, Producers
* "12 Years a Slave"
Brad Pitt, Dede Gardner, Jeremy Kleiner, Steve McQueen
and Anthony Katagas, Producers
* "The Wolf of Wall Street"
Nominees to be determined
(Calon akan ditentukan kemudian)
# AKTOR PERANAN UTAMA
ACTOR IN A LEADING ROLE
* Christian Bale
"American Hustle"
* Bruce Dern
"Nebraska"
* Leonardo DiCaprio
"The Wolf of Wall Street"
* Chiwetel Ejiofor
"12 Years a Slave"
* Matthew McConaughey
"Dallas Buyers Club"
# AKTRES PERANAN UTAMA
ACTRESS IN A LEADING ROLE
* Amy Adams
"American Hustle"
* Cate Blanchett
"Blue Jasmine"
* Sandra Bullock
"Gravity"
* Judi Dench
"Philomena"
* Meryl Streep
"August: Osage County"
# AKTOR PERANAN PEMBANTU
ACTOR IN A SUPPORTING ROLE
* Barkhad Abdi
"Captain Phillips"
* Bradley Cooper
"American Hustle"
* Michael Fassbender
"12 Years a Slave"
* Jonah Hill
"The Wolf of Wall Street"
* Jared Leto
"Dallas Buyers Club"
# AKTRES PERANAN PEMBANTU
ACTRESS IN A SUPPORTING ROLE
* Sally Hawkins
"Blue Jasmine"
* Jennifer Lawrence
"American Hustle"
* Lupita Nyong'o
"12 Years a Slave"
* Julia Roberts
"August: Osage County"
* June Squibb
"Nebraska"
# FILEM CERITA ANIMASI
ANIMATED FEATURE FILM
* "The Croods"
Chris Sanders, Kirk DeMicco and Kristine Belson
* "Despicable Me 2"
Chris Renaud, Pierre Coffin and Chris Meledandri
* "Ernest & Celestine"
Benjamin Renner and Didier Brunner
* "Frozen"
Chris Buck, Jennifer Lee and Peter Del Vecho
* "The Wind Rises"
Hayao Miyazaki and Toshio Suzuki
# SINEMATOGRAFI
CINEMATOGRAPHY
* "The Grandmaster"
Philippe Le Sourd
* "Gravity"
Emmanuel Lubezki
* "Inside Llewyn Davis"
Bruno Delbonnel
* "Nebraska"
Phedon Papamichael
* "Prisoners"
Roger A. Deakins
# REKABENTUK KOSTIUM
COSTUME DESIGN
* "American Hustle"
Michael Wilkinson
* "The Grandmaster"
William Chang Suk Ping
* "The Great Gatsby"
Catherine Martin
* "The Invisible Woman"
Michael O'Connor
* "12 Years a Slave"
Patricia Norris
# ARAHAN
DIRECTING
* "American Hustle"
David O. Russell
* "Gravity"
Alfonso CuarĂ³n
* "Nebraska"
Alexander Payne
* "12 Years a Slave"
Steve McQueen
* "The Wolf of Wall Street"
Martin Scorsese
# CERITA DOKUMENTARI
DOCUMENTARY FEATURE
* "The Act of Killing"
Joshua Oppenheimer and Signe Byrge Sørensen
* "Cutie and the Boxer"
Zachary Heinzerling and Lydia Dean Pilcher
* "Dirty Wars"
Richard Rowley and Jeremy Scahill
* "The Square"
Jehane Noujaim and Karim Amer
* "20 Feet from Stardom"
Nominees to be determined
(Calon akan ditentukan kemudian)
# DOCUMENTARI SUBYEK PENDEK
DOCUMENTARY SHORT SUBJECT
* "CaveDigger"
Jeffrey Karoff
* "Facing Fear"
Jason Cohen
* "Karama Has No Walls"
Sara Ishaq
* "The Lady in Number 6: Music Saved My Life"
Malcolm Clarke and Nicholas Reed
* "Prison Terminal: The Last Days of Private Jack Hall"
Edgar Barens
# SUNTINGAN
EDITING
* "American Hustle"
Jay Cassidy, Crispin Struthers and Alan Baumgarten
* "Captain Phillips"
Christopher Rouse
* "Dallas Buyers Club"
John Mac McMurphy and Martin Pensa
* "Gravity"
Alfonso CuarĂ³n and Mark Sanger
* "12 Years a Slave"
Joe Walker
# FILEM BAHASA ASING
FOREIGN LANGUAGE FILM
* "The Broken Circle Breakdown"
BELGIUM
* "The Great Beauty"
ITALY
* "The Hunt"
DENMARK
* "The Missing Picture"
CAMBODIA
* "Omar"
PALESTINE
MAKEUP AND HAIRSTYLING
* "Dallas Buyers Club"
Adruitha Lee and Robin Mathews
* "Jackass Presents: Bad Grandpa"
Stephen Prouty
* "The Lone Ranger"
Joel Harlow and Gloria Pasqua-Casny
# SKOR MUSIK ORIGINAL
MUSIC ORIGINAL SCORE
* "The Book Thief"
John Williams
* "Gravity"
Steven Price
* "Her"
William Butler and Owen Pallett
* "Philomena"
Alexandre Desplat
* "Saving Mr. Banks"
Thomas Newman
# MUSIK LAGU ORIGINAL
MUSIC ORIGINAL SONG
* "Alone Yet Not Alone" from ALONE YET NOT ALONE
Music by (musik oleh) Bruce Broughton;
Lyric by (lirik oleh) Dennis Spiegel
* "Happy" from DESPICABLE ME 2
Music and Lyric by (musik dan lirik oleh)
Pharrell Williams
* "Let it Go" from FROZEN
Music and Lyric by (musik dan lirik oleh)
Kristen Anderson-Lopez and Robert Lopez
* "The Moon Song" from HER
Music by (musik oleh) Karen O;
Lyric by (lirik oleh) Karen O and Spike Jonze
* "Ordinary Love" from MANDELA: LONG WALK TO FREEDOM
Music by (musik oleh) Paul Hewson, Dave Evans,
Adam Clayton and Larry Mullen;
Lyric by (lirik oleh) Paul Hewson
# REKABENTUK PRODUKSI
PRODUCTION DESIGN
* "American Hustle"
Judy Becker
(production design/rekabentuk produksi);
Heather Loeffler
(set decoration/dekorasi set)
* "Gravity"
Andy Nicholson
(production design/rekabentuk produksi);
Rosie Goodwin and Joanne Woollard
(set decoration/dekorasi set)
* "The Great Gatsby"
Catherine Martin
(production design/rekabentuk produksi);
Beverley Dunn
(set decoration/dekorasi set)
* "Her"
K.K. Barrett
(production design/rekabentuk produksi);
Gene Serdena
(set decoration/dekorasi set)
* "12 Years a Slave"
Adam Stockhausen
(production design/rekabentuk produksi);
Alice Baker
(set decoration/dekorasi set)
# FILEM PENDEK ANIMASI
SHORT FILM ANIMATED
* "Feral"
Daniel Sousa and Dan Golden
* "Get a Horse!"
Lauren MacMullan and Dorothy McKim
* "Mr. Hublot"
Laurent Witz and Alexandre Espigares
* "Possessions"
Shuhei Morita
* "Room on the Broom"
Max Lang and Jan Lachauer
# FILEM PENDEK AKSI LIVE
SHORT FILM LIVE ACTION
* "Aquel No Era Yo (That Wasn't Me)"
Esteban Crespo
* "Avant Que De Tout Perdre
(Just Before Losing Everything)"
Xavier Legrand and Alexandre Gavras
* "Helium"
Anders Walter and Kim Magnusson
* "Pitaako Mun Kaikki Hoitaa?
(Do I Have to Take Care of Everything?)"
Selma Vilhunen and Kirsikka Saari
* "The Voorman Problem"
Mark Gill and Baldwin Li
# SUNTINGAN SUARA
SOUND EDITING
* "All Is Lost"
Steve Boeddeker and Richard Hymns
* "Captain Phillips"
Oliver Tarney
* "Gravity"
Glenn Freemantle
* "The Hobbit: The Desolation of Smaug"
Brent Burge
* "Lone Survivor"
Wylie Stateman
# ADUNAN SUARA
SOUND MIXING
* "Captain Phillips"
Chris Burdon, Mark Taylor,
Mike Prestwood Smith and Chris Munro
* "Gravity"
Skip Lievsay, Niv Adiri,
Christopher Benstead and Chris Munro
* "The Hobbit: The Desolation of Smaug"
Christopher Boyes, Michael Hedges,
Michael Semanick and Tony Johnson
* "Inside Llewyn Davis"
Skip Lievsay, Greg Orloff and Peter F. Kurland
* "Lone Survivor"
Andy Koyama, Beau Borders and David Brownlow
# KESAN VISUAL
VISUAL EFFECTS
* "Gravity"
Tim Webber, Chris Lawrence,
Dave Shirk and Neil Corbould
* "The Hobbit: The Desolation of Smaug"
Joe Letteri, Eric Saindon,
David Clayton and Eric Reynolds
* "Iron Man 3"
Christopher Townsend, Guy Williams,
Erik Nash and Dan Sudick
* "The Lone Ranger"
Tim Alexander, Gary Brozenich,
Edson Williams and John Frazier
* "Star Trek Into Darkness"
Roger Guyett, Patrick Tubach,
Ben Grossmann and Burt Dalton
# PENULISAN LAKONLAYAR ADAPTASI
WRITING ADAPTED SCREENPLAY
* "Before Midnight"
Written by (ditulis oleh)
Richard Linklater, Julie Delpy, Ethan Hawke
* "Captain Phillips"
Screenplay by (lakonlayar oleh)
Billy Ray
* "Philomena"
Screenplay by (lakonlayar oleh)
Steve Coogan and Jeff Pope
* "12 Years a Slave"
Screenplay by (lakonlayar oleh)
John Ridley
* "The Wolf of Wall Street"
Screenplay by (lakonlayar oleh)
Terence Winter
# PENULISAN LAKONLAYAR ORIGINAL
WRITING ORIGINAL SCREENPLAY
* "American Hustle"
Written by (ditulis oleh)
Eric Warren Singer and David O. Russell
* "Blue Jasmine"
Written by (ditulis oleh) Woody Allen
* "Dallas Buyers Club"
Written by (ditulis oleh)
Craig Borten & Melisa Wallack
* "Her"
Written by (ditulis oleh)
Spike Jonze
* "Nebraska"
Written by (ditulis oleh)
Bob Nelson
SIAPA SEKSI, SIAPA PULA YANG TERSEKSA?___
AMY ADAMS
JENNIFER LAWRENCE
LUPITA NYONG'O
CATE BLANCETT
JULIA ROBERTS
MERYL STREEP
SANDRA BULLOCK
SALLY HAWKINS
# Update akan dilakukan dari masa ke masa.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
Berapa Banyakkah Yang Masih Ada?
FFAP6 (1959)
Filem Terbaik: THE KINGDOM AND THE BEAUTY (Hong Kong)
FFAP10 (1963)
Filem Terbaik: TWIN SISTER OF KYOTO / KOTO (Tokyo)
FFAP19 (1973)
Filem Terbaik: PERKAHWINAN (Jakarta)
Filem Terbaik: RITES OF MAY / ITIM (Manila)
Filem Terbaik: PENGEMIS DAN TUKANG BECA (Jakarta)
FFAP30 (1985)
Filem Terbaik: DEEP BLUE NIGHT (Seoul)
Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.
Good entry Mr. Mustafar.
ReplyDeleteCarry on working.
- BETTY, Batu Feringgi, Pulau Pinang.
Thank you, Betty.
DeletePengalaman, mengajar segala-galanya.
ReplyDeleteUlasan yang diberikan sangat bertenaga.
Susunan gambar pun, cukup menarik.
Syabas, Encik Mustafar.
Sharizal (via-e-mail), Putrajaya WP.
Ya, memang betul.
DeletePengalaman biasanya,
boleh membaiki diri.
Terima kasih, Sharizal.
Satu persembahan yang sangat menarik, daripada seorang bekas wartawan yang cukup berpengalaman terutama mengenai filem. - Tiara (via e-mail), Pasir Gudang, Johor.
ReplyDeletePenilaian saya untuk 5 kategori ialah,
ReplyDelete1. Filem terbaik - 12 Years Slaves
2. Pengarah - Steve McQueen
3. Aktor - Christian Bale
4. Aktres - Cate Blancett
dan
5. Filem bahasa asing - The Hunt
- JOE, Shah Alam.
Saya pula ramalkan,
Delete1. Filem - Gravity
2. Pengarah - David O. Russell
3. Aktor - Leonardo DiCaprio
4. Aktres - Amy Adams
dan
5. Filem asing - Omar
- SHARENA, Nusajaya.
Kita lihat nanti, siapa yang kena...
Delete