"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Wednesday, February 26, 2014


ZAM NEWSROOM CAFE

Teks & Foto: Mustafar A.R.
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop





# LIHATLAH DAN BACALAH___
* NONA ASIAH "ciumku lagi" dan "nona" membawa tuah * R. AZMI berada dalam kamar sepi dalam kesepian * ROH MEMBELA kekuatannya special effect dan aziz sattar * CHEMBURU banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff * BRAVADOS perbuatan membalas dendam yang sia-sia * BATTLE HYMN buat amal kebajikan sebagai penebus dosa * CHARITO SOLIS sedia berbogel jika benar-benar diperlukan * CECILIA CHEUNG foto-foto lucahnya menggemparkan dunia filem * RAMON A. ESTELLA bertanggungjawab mengubah corak filem malaysia * B.S. RAJHANS perintis filem malaysia dan singapura * RAFEAH BUANG 12+1 lagu terbaik "kalau rindu"
* SUDIRMAN 12+1 lagu terbaik "salam terakhir"






Oleh MUSTAFAR A.R.

Saya, berlatarbelakangkan gambar bilik berita Utusan Melayu yang menghiasi dinding Zam Newsroom Cafe. Teringat masa lalu ketika bertugas di bilik tersebut. Alangkah, sayunya hati ini...

# Kelihatan digambar yang saya masih ingat nama mereka - Khalid Jefri (kanan) Basir Bajuri, Dahlan Abdul Rahman, Nasir Osman Abass, Abdul Shukur Haron (kiri dihujung), Mohd. Noh Padidin, Khalid Yunus dan Zainuddin Maidin, dihujung sekali berbaju gelap.


Apalah yang dikatakan Tan Sri Zam, sehinggakan Dato' Zain Haji Hamzah dan Amin Khan berada di antara senyum dan ketawa.

2 gambar di mana Dato' Zain Haji Hamzah dan Amin Khan begitu asyik meneliti dan menilai hiasan cafe, gambar dan konsep yang dipersembahkan oleh Zam Newsroom Cafe.

Penyampaian buku "Saloma" oleh Ahmad Fauzee kepada Tan Sri Zam sambil diperhatikan oleh (dari kiri) Amin Khan, Dato' Zain Haji Hamzah dan Ayu Cendana.

Penyampaian buku "Filem-Filem P. Ramlee" oleh Mustafar A.R. kepada Tan Sri Zam sambil diperhatikan oleh (dari kiri) Ahmad Fauzee, Amin Khan, Dato' Zain Haji Hamzah dan Ayu Cendana.






Mustafar: Tahniah Tan Sri Zam, kerana buka Zam Newsroom Cafe. Semoga berjaya.

Tan Sri Zam: Mustafar A.R. saya gembira mendapat mesej dari Sdra. Silalah ke cafe saya. Ajak kawan-kawan, kita boleh sembang-sembang. I missed you all.

Mustafar: InsyaAllah. Suatu ketika yang baik, saya akan sampai juga.

Itulah dialog antara Tan Sri Zam dengan saya (melalui ruangan komen blog Zamkata) yang berlaku pada 12 Januari, 2014 setelah, 12 hari Zam Newrooms Cafe memulakan perniagaannya di Putrajaya.

Apabila dihubungi pada 23 Februari, 2014, Tan Sri Zam menetapkan jam 5, esoknya 24 Februari, 2014, dan beliau telah menghabiskan masa lebih 2 jam melayan kami dengan penuh mesra di cafenya itu.

Sebagai Ketua Pengarang, saya pernah duduk dibawahnya. Tan Sri Zamlah mula-mula mengwujudkan jawatan Ketua Hiburan Utusan Malaysia, dan saya dilantiknya sebagai ketuanya yang pertama ke jawatan tersebut. Apakah kini, jawatan tersebut masih ada, saya tidak tahu.

HILANG DAN BERLALU

Tan Sri Zam juga menaik pangkatkan jawatan saya, dari pemberita kepada penyunting Utusan Malaysia, dan tidak lama kemudian beliau meninggalkan Utusan Melayu, dan digantikan pula dengan Dato' Johan Jaafar.

Semasa bernaungkan Tan Sri Zam, banyaklah suka duka, pahit maungnya, tetapi biarlah ianya hilang dan berlalu, ditiup angin lalu. "Masa yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang pasti menangis."

Tan Sri Zam: "Apa khabar, Mustafar? Nampak sihat. Lama kita tak jumpa."

Mustafar: "Begitulah, Tan Sri Zam pun sama, sihat juga."

Tan Sri Zam: "Ya, cuma mata, tak boleh memandu malam."

Mustafar: "Saya pun sama, datang pun menumpang kawan, takut nak drive, line tak clear."

Itulah dialog, antara kami berdua setelah, 5 tahun mungkin lebih, tidak bertemu. Kali terakhir bertemu di majlis makan malam Kesatuan Veteran Utusan Melayu (KVUM) di Finas, tarikh tak ingat.

Ketika pelancaran buku "Filem-Filem P.Ramlee" (26 April, 2008) di Saloma Bistro, saya undang Tan Sri Zam datang, tetapi beliau menelefon saya memberitahu, tidak dapat hadir.

Selain saya, turut sama Dato' Zain Haji Hamzah, Amin Khan, Ahmad Fauzee dan isterinya, Ayu Cendana. Dato' Aziz Singah yang sepatutnya datang, tidak sempat pulang dari Kuantan, Pahang.


6 gambar memperlihatkan betapa mesranya Tan Sri Zam melayan kami ber-5, Dato' Zain Haji Hamzah, Amin Khan, Ahmad Fauzee, Ayu Cendana dan saya sendiri, ketika berkunjung ke Zam Newsroom Cafe di Putrajaya.






Ada tiga aturacara telah disusun dalam pertemuan tersebut.

1. Kunjungan muhibbah, sembang-sembang, minum-minum, dan sambil meninjau konsep Zam Newsroom Cafe.
2. Perbincangan mengenai cadangan mengwujudkan program "Tribut... Bahyah Mahmood"
3. Penyampaian buku oleh Ahmad Fauzee dan saya sendiri, "Saloma" dan "Filem-Filem P.Ramlee".

Ketika bersembang-sembang Tan Sri Zam memberitahu, Zam Newsroom Cafe diuruskan oleh anak lelakinya yang ketiga, Zairin, mempunyai keluasan yang sederhana besarnya, berkonsepkan cafe.

Menu yang dihidangkan seperti juga terdapat di cafe-cafe lain, agak menarik latarbelakangkannya, merupakan newsroom (bilik berita) Utusan Melayu pada tahun 1963.

"Ramai yang mengenali saya, bila bertemu, mengemukakan pertanyaan yang sama: Datuk buat apa sekarang? Tan Sri buat apa sekarang? Jawapan saya juga sama: Menulis.

"Sejak saya bersara setelah kalah dalam Pilihanraya Umum 2008, kerja saya memang menulis. Menulis rencana sekali sekala untuk Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia disamping menulis buku.

"Buku terbaru, Kisah Sejarah Utusan Melayu, Di Depan Api Di Belakang Duri, yang diterbitkan baru-baru ini, dan sebelumnya kompilasi tulisan saya di Mingguan Malaysia, Masa Itu Sudah Berlalu.

"Sebagai Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir, saya sedang menyiapkan buku, Saya Bukan Menteri, sebagai syarat yang saya mesti penuhi, hanya tinggal satu dua bab saja lagi untuk disiapkan. Buku ini adalah merupakan memoir saya secara terus terang.

"Saya kagum dengan Pak Sako, Pak Samad Ismail, Tun Dr. Ismail dan juga hartawan Melayu Syed Mukhtar Al-Bukhary yang dalam buku memoir masing-masing tidak menyembunyikan rahsia kenakalan hidup mereka semasa muda.

MENYIAPKAN DUA BUKU

"Setelah bersara, saya membuat kerja penulisan dirumah termasuk menyiapkan dua buku kerana saya tidak mahu membazirkan wang untuk menyewa pejabat, tetapi Alhamdulillah, mulai 1 Januari, 2014 saya telah mempuyai pejabat kecil di cafe ini.

"Cafe ini, setiap mejanya, dihiasi dengan keratan berita-berita dan rencana-rencana penting dari akhbar-akhbar, gambar-gambar bersejarah, buku-buku dan yang tentunya paling menarik gambar besar hiasan dinding pejabat Utusan Melayu pada tahun 1963 di Jalan Lima, Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

"Ia dibuka mulai 1 Januari, 2014, dan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 10 malam tetapi kerana perniagaan, pejabat, bank dan sebagainya dikawasan baru ini belum dibuka sepenuhnya, ia juga masih belum dapat menghidangkan menu dengan sepenuhnya.

"Di cafe inilah saya akan dapat berintraksi dengan orang ramai, berjumpa dengan rakan-rakan disamping menyiapkan buku, Saya Bukan Menteri. Sesiapa yang datang boleh juga membaca buku-buku yang disediakan, dan dapat membeli atau memesan buku-buku karya saya dari cafe ini."

Dalam perbincangan seterusnya, Dato' Zain Haji Hamzah mengemukakan cadangan saya, menganjurkan majlis hiburan memberi penghormatan kepada seorang wartawan hiburan yang banyak memberi sumbangan dan mengemilangkan karya seni hiburan tanahair, "Tribut... Bahyah Mahmood.

Tan Sri Zam memberi pandangan, idea cukup baik. Tetapi harus diperluas dan dibuat secara besar-besaran dengan menubuhkan satu badan khas dan melantik angguta panel juri bagi memilih seorang dari beberapa orang wartawan hiburan yang bakal dicalonkan.

Beliau sedia membantu bagi merealisasikan projek tersebut, tetapi tidak mahu terlibat secara langsung kerana kesebukannya, kini.

Berdasarkan penerangan dan cadangan Tan Sri Zam, kami puashati, dan menunggu gerakan seterusnya apabila beliau sanggup menghubungi Dato' Yusuf Haslam bagi menetapkan tarikh temujanji membincangkan projek yang bakal dilaksanakan itu.

Atas jasa baiknya Tan Sri Zam itu, pada 5 Mac, 2014, Dato' Zain Haji Hamzah, Dato' Aziz Singah, Amin Khan dan saya sendiri dijangka bertemu dengan Dato' Yusuf Haslam untuk meneruskan perancangan.

Setelah selesai bertemuan dan perbincangan, Ahmad Fauzee telah menyampaikan buku "Saloma" dan saya pula buku "Filem-Filem P.Ramlee" kepada Tan Sri Zam, sambil diperhatikan oleh Dato' Zain Haji Hamzah, Amin Khan dan Ayu Cendana.


Tan Sri Zam bukan saja begitu ramah dan mesra ketika kami berkunjung ke Zam Newsroom Cafe, tetapi juga bertindak sebagai pemandu pelancong semasa kami dibawa melawat di belakang cafenya (tepi tasek) yang memperlihatkan panorama indah di rembang petang di Putrajaya.

Selepas pertemuan dan perbincang ditamatkan, bukan sekadar berakhir disitu saja, tetapi Tan Sri Zam mengajak kami pergi ke belakang Zam Newsroom Cafe, bagi melihat panorama indah di rembang petang di Putrajaya, dengan beliau sendiri sebagai pemandu pelancongnya.

Sambil melihat keindahan ditepi tasek dan menghirup angin segar, Tan Sri Zam menerangkan berbagai pekara terutama tentang kedudukan di Ayer@8 itu yang dijangka akan berada dalam keadaan lebih ceria dan meriah apabila, semuanya sempurna, lengkap dan teratur.

Panorama diseberang tasek cukup mempersonakan. Bangunan Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir gagah tersergam indah, dan jambatan yang kelihatan dari jauh, sejauh mata memandang, teringat saya semasa berada di Sydney Australia, ia menyerupai Sydney Bridge.

LANGSUNG TIDAK TERDUGA

Bagi saya, sambutan yang sebegitu rupa langsung tidak terduga. Keramahan dan kemesraan Tan Sri Zam membuatkan, saya rasa begitu hiba dan terharu.

Ini kerana, semasa di Utusan saya jarang dapat berbual-bual dengannya, apatah lagi setelah menjadi bos saya, Ketua Pengarang. Lagilah, apabila dilantik pula sebagai Menteri Penerangan dari 2006 hingga 2008.

Perubahan sikapnya itu (kalau boleh dikatakan begitu) kini, membuatkan saya lebih menghormatinya, berbanding ketika saya bersamanya di Utusan, selama 21 tahun.

Semoga Zam Newsroom Cafe maju bertambah maju, dan kekal bertambah kekal di Putrajaya.






# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?






KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.




4 comments:

  1. Ini macam Encik Mustafar punya story, apa cara sekali pun saya mesti pergi ke Zam Newsroom Cafe. Lagi pun rumah saya dekat UKM Bangi, tidak jauh dari Putrajaya. - Norman, Bangi, Selangor.

    ReplyDelete
  2. Ini macam punya cerita. saya pun kena pergi juga. Diharap masa tu, Tan Sri Zam ada dicafenya itu. - Azrina Aziz (UM), Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, pergilah beramai-ramai. Konsep cafenya lain dari yang lain. Semasa berkunjung nanti, sama ada Tan Sri Zam berada dicafenya atau tidak nasiblah kerana, beliau terlalu sebuk terutamanya untuk menyiapkan buku terbarunya, "Saya Bukan Menteri".

      Delete
  3. Asalamualaikum
    artikel "SALOMA USAHA TERPUJI AHMAD FAUZEE"
    tak dapat di bace lah
    saya suka baca ulasan tuan tentang buku-buku berunsnur sejarah seni tanah air
    dan saya suka buku Saloma tu
    jadi teringin baca pendapat orang pakar macam tuan mengenainya

    ReplyDelete