"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Wednesday, June 26, 2019


LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING (1955)















(sumber: ciakhollywood)

Produksi 20TH CENTURY FOX
Produser BUDDY ADLER
Pengarah filem HENRY KING
Sinematografi LEON SHAMROY (CINEMASCOPE/DE LUXE)
Penyunting filem WILLIAM REYNOLDS
Pengarah seni GEORGE W. DAVIS LYLE R. WHEELER
Cerita HAN SUYIN
Lakonlayar JOHN PATRICK
Musik & lagu ALFRED NEWMAN SAMMY FAIN
Pelakon WILLIAM HOLDEN (Mark Elliot) JENNIFER JONES
(Dr. Han Suyin) TORIN THATCHER (Humphrey Palmer-Jones) ESOBEL ELSOM (Adeline Palmer-Jones) MURRAY MASTERSON (Dr. John Keith) VIRGINIA GREGG (Anne Richards) RICHARD LOO (Robert Hung) SOO YONG (Nora Hung) PHILIPS AHN (Pakcik Han Suyin) JORJA CURTRIGHT (Suzanne) DONNA MARTELL (Sochen, adik Han Suyin)

Tahun diedarkan: 1955 (18 Ogos)
Masa Tayangan: 102 Minit

JALAN CERITA___

Mark Elliot, wartawan akhbar perang Amerika yang berpangkalan di Hong Kong, telah berpisah dengan isterinya.

Semasa perang China hampir berakhir, Mark Elliot telah jatuh cinta dengan doktor cantik jelita (Han Suyin) juga janda seorang general.

Ketika mereka sedang berkasih-kasihan dan berhasrat untuk berkahwin, teman-teman dan kaum keluarga Han Suyin melarang perkahwinan yang sedang dirancang itu kerana ia melanggar adat istiadat nenek moyang mereka.

Han Suyin tetap dengan pendiriannya dan mahu ia diteruskan juga.

Bagaimanapun, ketika menjalan tugas membuat laporan di medan perang Korea, Mark Elliot menemui ajalnya.

ULASAN FK___

Saya menonton filem ini masih bersekolah. Umur baru 12 tahun dan menontonnya (kalau tidak silap) di panggung wayang Odeon, Kuala Lumpur. Pada masa itu, saya menonton sekadar gila menonton filem saja.

Saya tidak tahu apa-apa pun tentang filem "Love is a Many-Splendored Thing" apatah lagi William Holden dan Jennifer Jones serta penulis ceritanya (novel), Han Suyin.

Hanya beberapa tahun kemudian, barulah saya memahami filem ini terutamanya bila saya sudah mula meminati William Holden yang kemudian datang ke Kuala Lumpur membuat penggambaran filem "7th Dawn" pada tahun 1963.

Filem yang baik seperti ini, pada ketika itu, sering ditayangkan berulang-ulang kali. Disitulah bermulanya saya tertarik dengan ceritanya, William Holden, Jennifer Jones, Han Suyin dan lagunya yang menyusuk kalbu - "Love is a Many-Splendored Thing" yang ditulis liriknya oleh Paul Francis Webster.

Dulu, semasa pertama kali menontonnya, perasaan saya biasa saja. Apa yang saya tertarik hanyalah penggambaran yang dibuat dalam bidang luas (CinemaScope) dan warnawarni (De Luxe) yang mana pada masa itu baru saja diperkenalkan dan ditambah pula penggambaran dilakukan di Hong Kong.

Tetapi apabila menonton kali kedua dan ketiga (setelah memahami ceritanya) airmata tidak disedari mengalir kerana sama-sama bersimpati dengan nasib Han Suyin yang kecewa dan patah hati kerana kematian kekasihnya (Mark Elliot) di medan perang.

Adigan diakhir filem benar-benar menyumbang lelehan airmata saya yang berlebihan. Filem ini sudah jadi klasik dan sampai sekarang dari masa ke masa saya masih menonton vcd atau dvdnya tidak jemu-jemu (macam juga filem-filem P.Ramlee) walaupun ia tidak sehebat menonton di panggung wayang disebabkan ketiadaan bidang luas CinemaScope dan keindahan warnawarninya.

Satu lagi yang menarik, gambaran Hong Kong di awal-awal tahun 1950an. Keayuannya lebih terserlah kalau dibandingkan apa yang dapat dilihat sekarang.

Saya pernah menjejakkan kaki di Hong Kong bersama pengarah filem dan seniman Hussein Abu Hassan pada tahun 1983 - 28 tahun setelah lahirnya filem yang menyayat
hati ini.



BUKU KEDUA 2019


HARGA SENASHKAH: RM39.90 (162 Muka)
Beli Online Boleh Dapat Tandatangan Penulis
Emel: mar27843@yahoo.co.uk / Telefon: 012-3408117

BUKU PERTAMA 2008

HARGA SENASHKAH: RM69.90 (358 Muka)
Beli Online Boleh Dapat Tandatangan Penulis
Emel: mar27843@yahoo.co.uk / Telefon: 012-3408117
Tinggal Sedikit Sahaja Lagi





12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG.



# ULASAN & KRITIKAN

* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM * CHEMPAKA
* DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU
* PONTIANAK * SUMPAH ORANG MINYAK
* SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA * GELORA * THE LONG HOUSE
* PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * SHANE
* CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON
* TIGA DARA * CINTA PERTAMA * TENGKORAK HIDOEP
* SAYANG ANAKKU SAYANG * MENANTI HARI ESOK
* SIAPA SALAH? * PERJODOHAN
* SEMERAH PADI * SI TORA HARIMAU JADIAN



ANUGERAH___

# ANUGERAH OSCAR AKADEMI 1956

* Lagu Terbaik ("Love is a Many-Splendored Thing")
Sammy Fain (Musik) & Paul Francis Webster (Lirik)

* Musik Terbaik (Alfred Newman)

* Rekaan Pakaian Terbaik (Charles Le Maire)

# ANUGERAH GOLDEN GLOBE 1956

* Filem Terbaik Mempromosi Pemahaman Antarabangsa



HAN SUYIN, perjuangannya patut disanjung tinggi

HAN SUYIN___
Oleh Zaini Yusop


Han Suyin mulai dikenali ramai apabila novelnya "A Many-Splendored Thing" difilemkan oleh 20th Century Fox dengan bintang utamanya William Holden dan Jennifer Jones serta diarahkan Henry King.

Sungguhpun Han Suyin telah melahirkan banyak novel tetapi "A Many-Splendored Thing" (bila difilemkan ditukar tajuknya "Love is a Many-Splendored Thing") yang benar-benar melonjak naik namanya sehingga ke peringkat dunia antarabangsa.

Han Suyin lahir di Xinyang, Henan, China pada 12 September 1917 dan dia boleh dianggap berbangsa Serani (Eurasian) berdasarkan ayahnya kacukan China dan Belgium manakala ibunya berketurunan Flemish Belgium.

Pada tahun 1938, Han Suyin berkahwin dengan Pao H. Tang, pegawai tentera nasionalis yang kemudian dinaikkan pangkat general.

Han Suyin memulakan kerjayanya menjadi jurutaip di Universiti Beijing pada tahun 1931 ketika usianya belum pun mencapai 15 tahun.

Kemudian pada tahun 1933, melanjutkan pelajarannya di Universiti YengChing di mana di situ dia merasakan dirinya di diskriminasi sebab keseraniannya.

Pada tahun 1935, Han Suyin pergi ke Brussel, Belgium belajar ilmu sains. Tiga tahun kemudian dia kembali ke China dan bertugas di hospital kristian Amerika di Chengdu, Sichuan dan mencatat pengalamannya semasa perang dalam memoirnya "Distination Chungkin".

Han Suyin ke London pada tahun 1944 belajar jurusan perubatan di Hospital Free Royal sehingga memperolehi MBBS (Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery) pada tahun 1948.

Tahun berikutnya, dia kembali ke Hong Kong mengamalkan perubatannya itu di Hospital Queen Mary.

Pada tahun 1947 suami Han Suyin terbunuh di medan perang. Dia kemudian bertemu dan jatuh cinta dengan wartawan perang Ian Morrison (berbangsa Amerika) yang sudah beristeri.

Bagaimanapun, Ian Morrison terbunuh di medan perang Korea pada tahun 1950.

Kisah Han Suyin bersama Ian Morrison inilah yang digambarkan dalam novelnya "A Many-Splendored Thing" kemudian dijadikan filem yang kini sudah dianggap klasik.

Nama Ian Morrison ditukar kepada Mark Elliot, nama Han Suyin tetap Han Suyin.

Pada tahun 1952, Han Suyin berkahwin dengan Leon F. Comber, pegawai British yang berkhidmat di Cawangan Khas (SB - Special Branch) Malaya. Dia mengikuti suaminya ke Johor dan bertugas di Hospital Awam Johor Bahru.

Kemudian Han Suyin membuka kliniknya sendiri beroperasi di Johor Bahru dan juga Upper Pickering Street di Singapura.

Leon F. Comber (berjawatan Timbalan Persuruhjaya Polis Cawangan Khas dalam Perkhidmatan Polis British) terpaksa meletak jawatan kerana mendapat tempias dari novel karya Han Suyin "And the Rain My Drink" yang dianggap anti-British.

Buku tersebut berlatarbelakangkan zaman dharurat ditahun-tahun 1940an dan 1950an menggambarkan cara-cara penjajahan British menangangi pemberontakan bersenjata terutama parti komunis.

Pada tahun 1955, Han Suyin menawarkan diri untuk berkhidmat dengan Universiti Nanyang dalam bidang perubatan. Begitu pun juga Presiden pertamanya (Lin Yutang) menawarkan kepadanya mengajar kesusasteraan tetapi ditolaknya.

Katanya: "Untuk melahirkan kesusasteraan Asia, bukannya mengajar cara Dickens."

Pada tahun itu juga novelnya "A Many-Splendored Thing" dijadikan filem.

Apabila berlaku perceraian dengan Leon F. Comber, Han Suyin berkahwin pula dengan Vincent Ratnaswamy, berjawatan kolonel India dan berpindah ke Banglore. Bagaimana pun, tidak lama kemudian mereka ke Hong Kong dan seterusnya ke Switzerland.

Han Suyin juga merupakan salah seorang orang luar pertama dibenarkan melawat pra-1949 Revolusi China termasuk sepanjang tahun berlakunya Revolusi Pertanian.

Pada tahun 1947, Han Suyin merupakan speaker di Nasional Konvensyen Persahabatan Rakyat China Amerika (US China Peoples Friendship Assiociation) di Los Angeles, Amerika.

Konflik politik dan budaya antara timur dan barat sejarah moden merupakan perkara utama dalam kerjaya Han Suyin. Dia juga menerokai perjuangan pembebasan Asia Tenggara dan polisi dalam dan luar negara dalam permodenan China sejak terhapusnya pemerintahan berRaja.

Han Suyin memilih menetap di Lausanne, Switzerland. Dia meninggal dunia ditempat tinggalnya itu pada 2 November 2012 ketika usianya 95 tahun.


MARI KITA MENONTON KLIPS FILEM
"LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING"








(sumber: kwwkwwkww)

# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.



No comments:

Post a Comment