Angguta polis sedang menerima paggilan telefon, ada pembunuhan berlaku di Bandaran Hotel
Atas & tengah: Mayat Bakar (Salleh Kamil) dan Rosnah (Normadiah) bergelimpangan. Bawah: Omar Suwita sedang disoalsiasat oleh angguta polis
Atas: Neng Yatimah berada dalam bilik 13 yang mana keadaannya mencurigakan Aziz Sattar. Bawah: Bandaran Hotel yang terpaksa ditutup kerana dikata berhantu
Special effect yang dilakukan oleh jurugambar C.Ramachandra, semua bergerak sendiri
Tiga orang angguta polis membuat siasatan. Ketuanya kemudian ditempeleng oleh Neng Yatimah (roh) menyebabkan mereka semua lari lintangpukang
Atas & bawah: Aziz Sattar dan Shariff Dol kelihatan bersedih terpaksa berhenti kerja disebabkan Bandaran Hotel ditutup kerana dikatakan berhantu
Atas: Nordin Ahmad dan Aziz Sattar yang kelihatan ketakutan. Bawah: Nordin Ahmad sedang bercakap dengan Neng Yatimah (roh) yang menyatakan kesanggupannya datang ke pejabat (balai) polis untuk memberi keterangan
Antara beberapa turutan (sequence) special effect kereta bergerak sendiri (pemandunya, roh Kalsom) yang digambarkan dengan baik oleh C.Ramachandra
Neng Yatimah mula bercerita...
"ROH MEMBELA"
(sumber: VILLA KARMILA)
Tahun diedarkan: 1955 (2 Oktober)
Masa tayangan: 95 minit
Kedudukan filem: Masih ada
JALAN CERITA___
Kini:
Roh Kalsom terawang-awangan diangkasa raya Singapura menuju ke Bandaran Hotel untuk menginap selepas menuntut bela (membunuh) atas kematiannya dan juga kematian suaminya, Sidik.
Kematian Rosnah dan Bakar (jatuh dari tingkat atas bangunan tempat mereka menginap) menimbulkan kekeliruan kepada pihak polis terutamanya Hussain dari pejabat CID yang ditugaskan menyiasat kejadian yang boleh dianggap sebagai kes bunuh itu.
Bandaran Hotel menjadi kelamkabut apabila Amir (pekerja hotel) bertemu dengan Kalsom (mula-mula jasad kemudian bertukar menjadi roh) ketika dia berada di bilik 13 untuk menginap.
Adanya Kalsom dibilik 13 itu dan dari penceritaan Amir telah menimbulkan ketakutan kepada semua penghuni hotel.
Apabila angguta polis datang menyiasat dan ketuanya pula telah ditempeleng oleh roh Kalsom, terpaksa hotel tersebut ditutup.
Amir kembali ke rumah ibunya, dan di masjid dia bertemu dengan Hussain yang menyatakan hasratnya untuk menyiasat kes bunuh itu dan meminta bantuan Amir.
Hussain dan Amir pergi ke Bandaran Hotel dan setelah menunggu hingga tengahmalam, akhirnya Hussain dapat bercakap dengan roh Kalsom tentang tujuannya ingin tahu cerita sebenar mengenai Rosnah dan Bakar terjatuh dari bangunan dan menemui ajal.
Mula-mula permintaan Hussain ditolak, tetapi setelah dia merayu roh Kalsom bersetuju untuk datang ke pejabat (balai) polis untuk menceritakan segala-galanya hingga menyebabkan berlakunya kejadian terjatuh dari bangunan itu.
Tepat seperti yang dijanjikan, roh Kalsom (kemudian bertukar kepada jasad) datang bertemu dengan Pegawai Penyiasat Polis dan Hussain. Dengan itu bermulalah ceritanya...
Sorotbalik (flashback):
Di kampung, Sidik dan isterinya, Kalsom, serta anak perempuan mereka berada dalam kesempitan hidup apabila pertunjukan (perniagaan) sandiwara Sidik jatuh.
Pada suatu hari, Sidik menerima surat tawaran bekerja sebagai pemimpin pertunjukan sandiwara di Singapura.
Dengan menjualkan barang-barang kemas Kalsom, dapatlah Sidik sedikit wang untuk ke Singapura dan berjanji kepada Kalsom akan membawanya serta anak mereka ke sana apabila keadaan hidupnya sudah kukuh.
Bagaimanapun, Sidik telah digoda (atas hasutan Bakar) oleh primadona sandiwara (Rosnah) supaya dapat pula dia mengaut wang Sidik.
Godaan Rosnah membuatkan Sidik terpengaruh dan menukar fikiran tidak berhasrat membawa Kalsom dan anaknya pindah ke Singapura.
Bagaimanapun, wang perbelanjaan dihantarnya setiap bulan dan surat pula dikirimkannya setiap minggu kepada Kalsom.
Tetapi, wang dan surat yang sepatutnya dihantar kepada Kalsom tidak dilakukan oleh Bakar.
Ini menyebabkan, selama enam bulan Kalsom menderita kesempitan hidup kerana tidak menerima apa-apa perbelanjaan (wang) dari Sidik.
Ini membuatkan Kalsom mengambil keputusan pergi ke Singapura mencari Sidik disamping ingin tahu apa sudah jadi kepada suaminya itu.
Sampai di Singapura, Kalsom dapat mencari tempat tinggal Sidik dan ketika hendak masuk ke bilik dia mendengar suaminya sedang berkecengkarama dengan Rosnah.
Bila Kalsom masuk, membuatkan Sidik terperanjat dan terjadilah pertengkaran antara mereka dan juga Rosnah.
Sidik serbasalah bila Kalsom memberi katadua mahu tinggal bersama Rosnah atau mengikutnya pulang.
Pada peringkat awal Sidik bersama Rosnah tetapi kemudian mengubah fikirannya, mengekori Kalsom.
Bila berlakunya pertemuan antara Kalsom dan Sidik, barulah Sidik tahu yang Bakar tidak menghantar wang dan surat yang disuruhnya kirim kepada Kalsom.
Sidik mahu membuat perhitungan dengan Bakar, ingin tahu kedudukan sebenar wang dan surat, walaupun Kalsom melarang dan menyatakan Rosnah dan Bakar itu bukan orang baik-baik.
Apabila pertemuan antara Sidik, Bakar dan Rosnah berlaku, terjadilah pertengkaran yang mengakibatkan Sidik terbunuh kerana ditikam dengan pisau oleh Bakar.
Rosnah dan Bakar kemudian membuat rancangan supaya kematian Sidik itu berpunca atas perbuatan Kalsom.
Bakar menelefon Kalsom, menyuruhnya datang ke bilik penginapan yang mana dia mendapati Sidik sudah tidak bernyawa.
Bakar dan Rosnah menuduh kematian Sidik disebabkannya. Bila Kalsom mahu menelefon pihak polis dia pula ditikam oleh Bakar dan mati di situ juga.
Setelah di soalsiasat (pihak polis kekurangan bukti) dan penceritaan yang tidak benar, akhirnya Bakar dan Rosnah terlepas dari menerima hukuman yang sepatutnya mereka terima.
Bagaimanapun, tidak lama kemudian roh Kalsom muncul dan pergi ke tempat kediaman Rosnah dan Bakar.
Ketika Bakar menghadiahkan selendang, tiba-tiba selendang tersebut terbang ditiup angin dan terus ke luar jendela.
Rosnah dan Bakar meluru ke tepi jendela untuk mendapatkan kembali tetapi mereka terjatuh apabila ditolak oleh roh Kalsom yang mengakibatkan mereka menemui ajal.
Kini:
Begitulah yang diceritakan oleh Kalsom kepada Pegawai Penyiasat Polis dan Hussain. Selesai saja, secara kilat Kalsom pun ghaib...
HARGA SENASHKAH: RM39.90 (162 Muka)
Beli Online Boleh Dapat Tandatangan Penulis
Emel: mar27843@yahoo.co.uk / Telefon: 012-3408117
HARGA SENASHKAH: RM69.90 (358 Muka)
Beli Online Boleh Dapat Tandatangan Penulis
Emel: mar27843@yahoo.co.uk / Telefon: 012-3408117
Tinggal Sedikit Sahaja Lagi
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM * CHEMPAKA
* DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU
* PONTIANAK * SUMPAH ORANG MINYAK
* SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA * GELORA * THE LONG HOUSE
* PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * SHANE
* CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON
* TIGA DARA * CINTA PERTAMA * TENGKORAK HIDOEP
* SAYANG ANAKKU SAYANG * MENANTI HARI ESOK
* SIAPA SALAH? * PERJODOHAN
* SEMERAH PADI * SI TORA HARIMAU JADIAN
Atas: Daeng Idris menerima surat tawaran bekerja di pertunjukan sandiwara di Singapura. Bawah: Neng Yatimah dan anaknya, Baby Yot, ditinggalkan selepas Sidik menaiki keretapi
Atas: Satu tarian persembahan primadona sandiwara, Rosnah (Normadiah). Bawah: Normadiah sedang dihasut oleh Salleh Kamil untuk menggoda Sidik
Atas: Normadiah menggoda Sidik. Bawah: Daeng Idris dan Normadiah terperanjat apabila Neng Yatimah muncul secara tiba-tiba
Beberapa adegan menggambarkan Daeng Idris, Salleh Kamil, Normadiah dan Neng Yatimah bertengkar dan bergaduh yang mengakibatkan Sidik (Daeng Idris) dan Kalsom (Neng Yatimah) mati ditikam
ULASAN FK___
Filem ini bukanlah filem hantu. Bukan pula filem suspen atau misteri. Ceritanya mendatar (tidak ada sub-plot) dan tidak timbul langsung suspen atau misteri, siapakah yang membunuh Rosnah dan Bakar.
Dengan tajuknya "Roh Membela" sudah diketahui roh Kalsomlah yang menyebabkan Rosnah dan Bakar menemui ajal.
Kepada Pegawai Penyiasat Polis (Haji Mahadi) dan pegawai CID Hussain (Nordin Ahmad), merekalah yang suspen dan misteri bukannya penonton.
Sepanjang yang diketahui, inilah satu-satunya filem bercorak sains fiksyen digabungkan dengan alam ghaib (roh) berlaku di zaman moden dikeluarkan oleh Malay Film Productions (MFP).
Cathay Keris Film dan Merdeka Studio, tidak pernah mengeluarkan filem seperti ini yang dibuat ala-filem "Invisible Man" yang pernah dikeluarkan pada tahun 1933 dan dibintangi oleh Claude Rains.
Ada dua kekuatan terdapat dalam filem. Satu, special effectnya. Kedua, lakonan komidi Aziz Sattar.
Special effect, kereta, tekoh, cawan, piring, kerusi, bantal, selimut, baju, kain, dan kasut bergerak sendiri serta kesan jejak kaki dan perubahan Kalsom (dari jasad ke roh) telah digambarkan dengan begitu realistik.
Pujian harus diberikan kepada jurugambarnya, C. Ramachandran.
Aziz Sattar (Amir) turut memberi nyawa kepada filem ini dengan telatah-telatah lucunya yang mencuit hati dan sudah pasti akan mentertawakan penonton.
Sayang sekali, Aziz Satar hanya muncul hingga minit ke 26 saja, mengikut putaran vcd dan dvd.
Bermula Neng Yatimah (Kalsom) memberi statemannya kepada Haji Mahadi dan Nordin Ahmad, dia hilang dan tidak muncul lagi.
Sekiranya tidak ada special effect dan lakonan Aziz Sattar yang melucukan, besar kemungkinan filem ini tidak ada ertinya sama sekali dan mungkin juga akan dilupakan.
Selain dari itu, musik latarbelakang juga turut membantu menyeramkan filem ini, disamping suara salakan anjing yang berpanjangan.
Dari segi lakonan, kecuali Aziz Sattar yang lain hanya membawa peranan masing-masing sederhana saja bersesuaian dengan karekter.
Lagu-lagu pula, tidak berperanan langsung bagi menguatkan lagi filem ini. Begitu pun juga, dua tarian ciptaan Normadiah, agak menarik juga.
Hanya terdapat dua lagu, satu diulang beberapa kali oleh Neng Yatimah (menggunakan suara Momo) dan satu lagi nyayian Normadiah yang menggunakan suaranya sendiri.
Malangnya, jodol tidak pula diketahui.
Tidak hairanlah di credit title hanya tercatat M.F.P. Studio Orkes bukannya Osman Ahmad, Yusoff B dan Ahmad Jaafar yang selama ini menguasai filem-filem keluaran MFP dalam hal-hal musik dan lagu.
Walaupun terdapat beberapa kelemahan namun pada keseluruhannya, filem ini dikira baik, menarik, sedikit seram dan menghiburkan.
Setelah 57 tahun dikeluarkan, ia merupakan satu-satunya filem jenis ini (gabungan sains fiksyen dan alam ghaib) yang pernah wujud dalam dunia filem Malaysia.
Beberapa adegan menunjukkan Kalsom (Neng Yatimah) menuntut bela atas kematian dirinya dan suaminya (Sidik) dengan menolak Normadiah dan Salleh Kamil ke luar jendela
Dua gambar memperlihatkan Neng Yatimah mengakhiri ceritanya kepada Haji Mahadi dan Nordin Ahmad, kemudian secara tiba-tiba dia ghaib dari padangan mata
FAKTA___
* Kali pertama Normadiah berperanan jahat, dan berpasangan dengan Salleh Kamil. Dalam "Empat Isteri" dia berperanan sebagai isteri pertama Daeng Idris.
* Filem ketiga Normadiah berlakon dibawah arahan B.N.Rau selepas "Siapa Salah?" dan "Perjodohan", keduanya berheroinekan P.Ramlee.
* Nordin Ahmad hero (heroine Maria Menado) filem "Permata Di-Perlimbahan" (1952) yang diarahkan oleh Haji Mahadi, turut berlakon dalam filem ini sebagai Pegawai Penyiasat Polis.
# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.
No comments:
Post a Comment