"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Sunday, December 16, 2012


FESTIVAL P.RAMLEE

KOSMOPOLITANISME MELAYU
DALAM KARYA SENIMAN AGUNG P.RAMLEE


Teks Ditulis & Dibaca
Oleh ZAIRIL KHIR JOHARI
Setiausaha Politik Lim Guan Eng
Di Pembukaan Forum Nusantara 7
Festival P.Ramlee
Universiti Sains Malaysia (USM)
11 Disember 2012





WACANA pada malam ini yang bertajuk “Kosmopolitanisme Melayu dalam karya P.Ramlee: Melihat dimensi identiti Melayu yang lain” merupakan acara pertama dalam Festival P. Ramlee anjuran Penang Institute yang akan berlangsung selama sebulan.

Pelbagai lagi aktiviti akan diadakan termasuk forum yang lain, pertandingan esei, tahlil peringatan, pameran khas, pesta rakyat, pertandingan nyanyian, permain tradisional dan lain-lain lagi.

Festival P. Ramlee ini merupakan suatu usaha yang bertujuan bukan saja untuk meraikan tetapi juga untuk mencetuskan ilham baru mengenai hasil karya tokoh seniman yang disanjungi ramai.

Apabila tokoh yang bernama P. Ramlee ini menjadi tajuk perbualan, tidak kiralah sama ada di kalangan tua atau muda, miskin atau kaya, seringkali wujud sepersetujuan antara semua bahawa beliau merupakan seniman negara yang tiada tolok bandingannya.

Ini mungkin kerana mutu karyanya yang terlalu agung hingga tidak tergapai oleh pengkarya kontemporari atau kerana kerendahan mutu karya zaman kini sehingga gagal menyaingi hasil karya P. Ramlee yang tetap menarik dan memukau sehingga ke hari ini.

Sememangnya, P. Ramlee adalah lagenda yang harus dihargai. Namun beliau bukan mitos suci yang harus dipuja dengan buta. Seharusnya wujud sisi kritis untuk membahaskan P. Ramlee dan karyanya dengan lebih adil
– adil untuk masa kini, masa silam dan juga masa hadapan.

Maka pada malam ini, kita tidak mahu hanya bersentimental dengan P. Ramlee. Sebaliknya kita mahu mengupas dan membedah karya Seniman Agung ini dari sudut intelektual, dengan tumpuan kepada soal identiti Melayu.

Pada saya, watak Melayu di tangan P. Ramlee adalah amat menarik. Beliau tidak pernah apologetik atau taksub kepada kerangka kebudayaan yang jumud sebaliknya merangkumi kebudayaan dunia yang lebih besar – daripada telatah Labu dan Labi dalam kelab malam kepada bandar Isketambola yang penuh dengan “saudagar-saudagar, hartawan-hartawan, bangsawan-bangsawan, dermawan-dermawan, yang makan di pinggan, minum di cawan.”

Melayu P. Ramlee juga sentiasa berjiwa besar. Dalam
"3 Abdul", walaupun ditindas oleh abang-abangnya Abdul Wahab dan Abdul Wahib serta bapa mertua yang keji, Ismet Ulam Raja, Abdul Wahub iaitu watak yang dimain oleh
P. Ramlee, tidak membalas jahat dengan jahat. Sebaliknya Abdul Wahub sentiasa bersenang hati dalam mengatasi segala cabaran yang ditimpa ke atasnya.

Dalam "Nujum Pa' Blalang" pula, kita dapat melihat bagaimana P. Ramlee dengan cara sinis mengkritik pelbagai amalan tradisional Melayu seperti kebergantungan kepada bomoh dan ketaatan membabi buta kepada istana.

Pun begitu, walaupun Si Nujum berjaya menemberangkan sultan dan mempermainkan istana, dia tetap setia mempertahankan kedaulatan negara, malah pada akhirnya menjadi orang kanan sultan.

Apakah watak-watak ini mencerminkan susuk P. Ramlee sendiri?

MENGUNGAPKAN REALITI SOSIAL

P. Ramlee yang berketurunan Acheh, lahir dan membesar di Pulau Pinang, kemudian bekerja dengan tauke besar filem di Singapura, Shaw Brothers, untuk menghasilkan filem-filem Melayu.

Ironinya, perwatakan Melayu yang dihasilkan P. Ramlee terbit melalui industri filem multi-etnik yang kuat dipengaruhi penerbit Cina, pengarah India serta menjiwai jalan cerita Hollywood, India serta koleksi kisah-kisah fantasi Arabian Nights.

Dan saya rasa penggemblengan pengaruh luar dengan budaya tempatan inilah yang dapat menzahirkan jambatan antara alam fantasi yang direka dengan realiti masyarakat tempatan.

Apabila dilihat "Ali Baba Bujang Lapok" yang makan belacan Pulau Pinang, secara langsung watak fantasi itu menjadi relevan dan tidak asing kepada kita.

P. Ramlee juga mengungkapkan realiti sosial zamannya dengan teliti, khususnya melalui filem-filem yang dihasilkan semasa era Jalan Ampas (di mana terletaknya studio filem Melayu di Singapura) seperti filem-filem "Bujang Lapok", "Ibu Mertua Ku" dan lain-lain lagi.

Antara contoh permasalahan sosial yang sering diketengahkan adalah seperti keperitan mencari kerja, hubungan antara keluarga, gejala samseng dan juga penularan masalah buta huruf di kalangan orang dewasa.

Malah P. Ramlee dengan halus memperlihatkan betapa pentingnya ilmu membaca dan menulis sehingga untuk belajar silat pun, Pendekar Mustar mengarahkan anak muridnya harus ke sekolah dahulu.

Barangkali citra Melayu yang kosmopolitan dalam filemnya ini dihasilkan, secara sedar mahupun tidak, berdasarkan pengalaman hidup beliau sendiri semasa membesar di Pulau Pinang.

Sesungguhnya Pulau Pinang pada ketika itu merupakan kota kosmopolitan yang menghimpunkan segala macam budaya.

Justeru itu, saya rasa bukan satu kebetulan mengapa pulau mutiara ini melahirkan ramai seniman dan budayawan besar.

Selain Tan Sri P. Ramlee, kita juga mempunyai Syed Sheikh Al-Hadi (tokoh pencerahan dan pencetakan), Datuk Ahmad Nawab (penggubah lagu), Noordin Ahmad (hero filem klasik Melayu), Datuk Nordin Hassan dan Prof. Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara).

Saya bukan orangnya untuk membicarakan P. Ramlee dengan lebih mendalam, tetapi saya yakin, sebagaimana saya, ramai antara kita di sini telah membesar bersama-sama karya beliau.

Saya berharap forum pada malam ini yang membariskan ilmuan, seniman dan budayawan yang akrab dengan karya
P. Ramlee dapat memberi manfaat kepada semua dan membantu kita melihat dimensi Melayu yang lain.









Ucapan ZAIRI KHIR JOHARI
Di forum "Selepas P.Ramlee: Apa jadi warisan Melayu?"
Di Kepala Batas, Pulau Pinang, 28 Disember 2012
Sempena Festival P.Ramlee

KITA berkumpul pada malam ini untuk menghayati program keempat dalam Festival P Ramlee anjuran Penang Institute yang berlangsung selama sebulan.

Festival P. Ramlee ini telah diusahakan bukan sahaja demi memperingati dan mendalami karya-karya unggul Seniman Agung negara kita, tetapi juga untuk memperhalusi tema-tema kebudayaan yang tersirat dalam buah kesenian P Ramlee.

Justeru, pada malam ini, tajuk yang bakal diwacanakan adalah “Selepas P Ramlee: Apa jadi warisan Melayu?”

PERALIHAN DALAM KEBUDAYAAN MELAYU

Satu peralihan besar telah berlaku dalam gerakan kebudayaan Melayu di negara kita pada sekitar zaman 1970-an dan awal 1980-an, susulan daripada usaha besar-besaran kerajaan untuk merombak struktur sosio-ekonomi negara.

Demi matlamat untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi Melayu, maka terpupuklah keterujaan para pemimpin pada ketika itu untuk membentuk masyarakat Melayu yang terdiri daripada pekerja profesional dan pedagang.

Usaha ini dilihat membuahkan hasil apabila sebahagian orang Melayu telah berjaya beranjak memasuki golongan kelas menengah. Maka terzahirlah manusia Melayu moden yang bertali leher, berkereta, dan berpejabat di syarikat-syarikat korporat.

Namun, rancangan yang diuar-uarkan ini ada juga ketimpangannya. Selain menciptakan beberapa kerat manusia Melayu yang maha kaya serta mengabdikan masyarakat Melayu terbanyak melalui kebergantungan kepada “tongkat” kerajaan.

Dasar ini juga secara tidak langsung telah meminggirkan aspek yang begitu penting kepada susuk masyarakat Melayu – kebudayaannya.

Keinginan yang meluap-luap untuk menghasilkan manusia Melayu moden telah membongkar orientasi pendidikan negara kita. Tumpuan dan tekanan yang kuat telah mula diberikan kepada bidang-bidang yang bersifat teknikal, iktisas dan gunaan semata-mata.

Manakala bidang-bidang halus seperti kebudayaan, kesusasteraan dan falsafah bukan sahaja telah diketepikan malah dicemuh sebagai tiada nilai ekonomi dan hanya di awang-awangan. Dengan kata lain, sastera dan budaya hanya untuk mat bunga!

Hasilnya pada hari ini, tiada sebuah pun jabatan apatah lagi fakulti falsafah di mana-mana universiti di Malaysia. Pada hemat saya, ini merupakan suatu tragedi yang amat menyedihkan.

Dasar pembangunan yang meminggirkan dimensi rohaniah ini telah meranapkan sejarah kebudayaan Melayu yang panjang. Maka tersisihlah, sedikit demi sedikit, warisan kebudayaan kita, bukan sahaja dalam karya penulisan, filem dan musik, malah juga dalam reka bentuk bangunan.

Sebagai contoh, jika dahulu jati diri Melayu megah dicerminkan dalam reka bentuk bangunan-bangunan ikonik seperti Masjid Negara, Muzium Negara dan Parlimen, kini semua bangunan kerajaan tampaknya hanya sekadar meniru reka bentuk ala Arab, seolah-olah bangunan berkubah itu merupakan warisan Melayu. Tanpa disedari, warisan kebudayaan kita sedang diganti dengan budaya import.

WARISAN MERUPAKAN KOMPAS

Sememangnya kita sedar bahawa akan sentiasa wujud pergelutan antara desakan kemajuan dan romantisme warisan. Namun yang berlaku di Malaysia adalah kerakusan semata-mata, sehingga ada yang bertanya, apa perlunya warisan ini? Apa perlunya kebudayaan ini? Apa perlunya P Ramlee?

Sebagaimana yang pernah dijelaskan oleh Rustam Sani, warisan merupakan ungkapan naratif panjang pembangunan intelektual dan kebudayaan yang amat penting dalam memahami keadaan semasa sesuatu masyarakat.

Dalam konteks ini, warisan dapat membantu masyarakat Melayu menyedari hakikat bahawa kedudukan mereka pada hari ini bukanlah sesuatu yang terjelma secara tiba-tiba. Warisan juga dapat membantu kita untuk menentukan ke mana seharusnya landasan bangsa kita dihalakan.

Dalam erti kata lain, warisan dapat menjelaskan dari manakah kita dahulu, di manakah kita sekarang, dan ke manakah kita selepas ini.

Tanpa kesedaran tentang sejarah warisan sendiri, masyarakat Melayu akan kekal sebagai bangsa yang kerdil dan berpandangan jumud. Lebih teruk lagi apabila Melayu hari ini seakan-akan taksub dengan pemimpin yang selama ini sebenarnya meremehkan dan mendangkalkan bangsa sendiri.

Meminjamkan kata Syed Hussein Alatas, akibat pandangan orientalisme yang kemudiannya diperteguhkan oleh pemimpin yang kononnya memperjuangkan bangsa, masyarakat Melayu akan terperangkap dalam “minda tertawan” (captive mind) dengan mempercayai bahawa bangsa mereka tidak berdaya, malas dan akan mati kelaparan tanpa bantuan daripada pelindung.

Jika tidak dibendung, mentaliti terkepung ini akan makin menular dalam sanubari Melayu, sehingga akan datang suatu masa di mana kesenian dan kebudayaan Melayu akan menemui jalan buntu dan hanya dapat dialami melalui filem-filem hitam putih P. Ramlee, seolah-olah terperangkap dalam kepompong zaman yang lampau.

Maka, adalah penting kita menggerakkan semula penghayatan warisan kebudayaan kita dengan tidak hanya membicarakan yang silam tetapi juga dengan memikirkan langkah praktikal yang baru bagi membentuk masa depan bangsa yang lebih progresif.



BUJANG LAPOK (Sumber: Sha3818)


PENDEKAR BUJANG LAPOK (Sumber: Boy21551)


ALI BABA BUJANG LAPOK (Sumber: AmirAfifuddin)


LABU DAN LABI (Sumber: Sha3818)


NUJUM PA' BLALANG (Sumber: Sha3818)


IBU MERTUA KU (Sumber: Sha3818)


3 ABDUL (Sumber: Sha3818)


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.










ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

NOSTALGIA FILEM MELAYU KLASIK
maklumatnya tepat atau mengelirukan

P. RAMLEE
and the golden era of malay cinema


ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar


CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff

LONG HOUSE (1957)
kalau pun ada, kita tidak dapat menontonnya


PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan

PELANGI (1951)
filem pertama keluaran nusantara film

SERUAN MERDEKA (1947)
keganasan dan kekejaman jepun ditentang



FILEM-FILEM BARU DI PANGGUNG WAYANG___



























KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.







3 comments:

  1. Syabas Zairil Khir Johari
    dan Kerajaan Pulau Pinang
    kerana memberi penghormatan kepada
    Seniman Agung P. Ramlee dengan
    menganjurkan Festival P. Ramlee
    di Pulau Pinang selama sebulan.
    Semoga festival tersebut memberi
    manfaat kepada kita semua terutamanya
    dikalangan peminat-peminat P. Ramlee.

    SHAHROM HUSSAIN, Balik Pulau, Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  2. sukses terus untuk mas Agung P. Ramlee :D

    ReplyDelete
  3. this is one of the cult game now, a lot of people enjoy playing them . Also you can refer to the game :
    age of war | earn to die 5 | Tank trouble | happy wheels | earn to die 6
    The game controls are shown just under . Movement mechanisms primarily include acceleration and tilting controls.
    tank trouble unblocked | wings io | strike force heroes

    ReplyDelete