"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Sunday, June 23, 2013


FESTIVAL FILEM MALAYSIA PERLUKAN REFORMASI

Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop




AHMAD SHABERY CHEEK
Menteri Komunikasi Dan Multimedia
berkuasa memberi arahan FFM direformasi.


RAJA ROZAIMIE RAJA DALNISH SHAH
Ketua Pengarah Finas
berkuasa melaksanakan FFM direformasi.





Oleh MUSTAFAR A.R.
* Salah Seorang Pengasas FFM
* Setiausaha FFM2 & FFM10

SETELAH mengikuti perkembangan Festival Filem Malaysia (FFM) dari FFM1 hingga FFM25, satu reformasi perlu dilakukan demi integriti, keutuhan dan keunggulan festival filem itu sendiri untuk tahun-tahun akan datang bermula FFM26.

Kemuncak festival filem tersebut iaitu yang ke-25 atau meraikan Jubli Perak tidak mempunya roh dan semangat yang sepatutnya ada.

Banyak perkara tidak kena sepanjang perjalanan FFM, ada diantaranya menyimpang jauh dari tujuan asal ianya diwujudkan oleh Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA) pada tahun 1980.

Dari tahun ke tahun, FFM tidak pernah sunyi dengan kontraversi yang tidak sepatutnya atau penganjuran yang tidak professional, dan supaya FFM26 dan FFM seterusnya tidak berkecamuk dan huru-hara, ada baiknya FFM disusun semula (reformasi) pentadbirannya.

Apa yang perlu dilaksanakan ialah mempunyai pejabat Sekretariet (Urusetia) yang tetap, dan Gabungan persatuan atau Gafim tidak diperlukan lagi. Ini bererti diwujudkan Sekretariet Festival Filem Malaysia (SFFM) dan bergerak dalam pemantauan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas).

BUKAN KONTRAK

Sekretariet mempunyai seorang Setiausaha yang bertanggungjawab dengan segala hal-ehwal FFM dari mula hingga akhir, dan beliau mestilah meminati filem dan berpengalaman dalam urustadbir pertandingan FFM pada keseluruhannya.

Setiausaha ini bergaji tetap, bukan kontrak bagi membolehkannya serasi dan matang dalam penganjuran setiap tahun FFM dianjurkan.

Setiausaha bertindak atas arahan Pengerusi. dan Pengerusi ini sebaik-baiknya Ketua Pengarah Finas sendiri. yang mempunyai kuasa mutlak atau 'decision maker'.

Jangan terlalu ramai yang berkuasa, lintang-pukang dan huru-hara jadinya. Saya berpegalaman dalam soal ini, tahulah saya - "too many cooks spoil the broth."


ANUGERAH P. RAMLEE

ANUGERAH RUN RUN SHAW

ANUGERAH L. KRISHNAN






ANUGERAH___

Nama Anugerah dan bentuk Anugerah hendaklah dikekalkan selama-lamanya. Ertinya, selagi FFM masih berlangsung setiap tahun seperti Anugerah Oscar yang tidak pernah berubah sejak ianya wujud pada tahun 1927.

FFM bermula pada 1980, tetapi nama Anugerah dan bentuk Anugerah berubah-ubah dan bermacam-macam yang mana ada diantaranya tidak selari dengan filem. Contohnya, Anugerah Perdana dan Anugerah Cipta

Sepatutnya, ada nama yang lebih baik dari itu (menepati filem) yang harus digunakan. Misalnya, Anugerah Panca Delima dan Anugerah Merak Kayangan.

Dua nama tersebut digunakan dalam FFM1 dan FFM2 tetapi Finas memandai-mandai (kerana berkuasa) menukar kepada Anugerah Perdana dan Anugerah Cipta di FFM3, FFM4 dan FFM5.

Kemudian kembali semula ke Panca Delima, dan seterusnya bertukar-tukar mengikut selera siapa yang berkuasa menganjurkan FFM.

Sebagai perlunya reformasi, ada baiknya nama Anugerah pada FFM26 dan FFM-FFM seterusnya dinamakan Anugerah P. RAMLEE.

Bakat P. Ramlee meliputi banyak kategori yang dipertandingkan yang tidak ada kepada karyawan filem yang lain seperti mengarah, berlakun, menyanyi dan sebagainya disamping menghargai Anugerah Bakat Serba Boleh (satu-satunya anugerah yang pernah wujud di dunia) di FFAP di Tokyo pada 1959 kerana filemnya “Ibu Mertua Ku”.

Dalam menamakan Anugerah P. Ramlee untuk Anugerah FFM, tentu ramai yang setuju kerana filem-filem P. Ramlee masih diminati ramai (jenerasi demi jenerasi) selagi nadi filem Malaysia masih berdenyut atau sampai hari kiamat.

Seperti kata H.M. Shah: "Filem-filem P. Ramlee sentiasa laku, dan 100 tahun lagi pun boleh lagu."

Itu adalah anugerah utama (kreativiti seni), untuk anugerah penghargaan (anugereh juri) perlu di wujudkan satu anugerah lain. Dalam hal ini, karyawan filem yang paling sesuai namanya terpahat di Anugerah FFM tidak lain tidak bukan L. Krishnan.

Ini kerana, sejak awal tahun 1950an (bermula dengan filem “Bakti”), beliau telah mengabadikan dirinya dalam memajukan filem Malaysia, dan telah berkhidmat di tiga studio mengeluarkan filem Melayu – MFP, Cathay Keris dan Merdeka Filem.

Selain itu, L. Krishnan juga menaikkan P. Ramlee bertaraf hero dalam “Bakti” yang diperingkat awal tidak dipersetujui oleh Run Run Shaw yang memiliki studio MFP.

Konsep 1Malaysia hanya baru diperkenalkan ketika Najib Razak sebagai Perdana Menteri, tetapi melalui filem, L. Krishna telah memulakan konsep tersebut sejak lama dulu dengan “Antara Senyum Dan Tangis”, “Selamat Tinggal Kekasehku” dan "Sumpitan Rachun"..

L. Krishnan juga telah dianugerahkan gelaran “Tokoh Perfileman Negara", oleh kerana itu namanya sesuai pula diabadikan kepada salah satu anugerah FFM mulai yang ke-26 (2013).

Bagi melaksanankan konsep 1Malaysia, satu lagi anugerah perlu diwujudkan – Anugerah Run Run Shaw. Ia khusus untuk mereka yang telah berbakti dalam dunia perfileman Malaysia – hidup matinya kerana filem, bukan kerana politik, merasuah dan membodek.

Pemilihan nama Run Run Shaw dibuat kerana beliau merupakan penggiat filem bermula pertegahan tahun 1930an dengan “Mutiara” sehinggalah tertutupnya Merdeka Filem dengan filem terakhirnya, “Adik Manja”.

MENEPATI KONSEP

Tidak adanya Run Run Shaw serta abangnya Runme Shaw, belum tentu wujudnya filem Melayu yang diminati ramai hingga sekarang ini, entah-entah P. Ramlee yang diiktirah sebagai Seniman Agung pun tidak ada.

Anugerah Run Run Shaw ini dikeluarkan satu saja seperti Anugerah Irving G. Thalberg Memorial yang wujud di Anugerah Oskar (Hollywood).

Ini bererti tiga anugerah perlu di wujudkan, dan menepati konsep 1Malaysia.

1. Anugerah P. Ramlee
• Untuk semua kategori kreativiti seni.

2. Anugerah L. Krishnan
• Untuk anugerah khas juri.

3. Anugerah Run Run Shaw
• Untuk pencapaian terbaik sepanjang hayat.

# Nama gelaran Tan Sri (P. Ramlee dan L. Krishnan) serta Sir (Run Run Shaw), tidak payah dipakai kerana dalam dunia glamour gelaran seperti itu sangat janggal sekiranya digunakan.

Bagaimanapun, terpulanglah kepada pihak Finas samada mahu menggunakannya atau pun tidak, lebih-lebih lagi timbulnya masalah kalau tidak dipakai.

Membuat filem dan kejayaan sesebuah filem, berkat kerjasama bemula dari produser yang mengeluarkan duit (bajet) sampailah ke budak suruhan contohnya, pembeli nasi bungkus.

Oleh yang demikian, tidak seharusnya ada anugerah firstary dan secondary seperti Anugerah Perdana dan Anugerah Cipta (seperti FFM25), disamping penyampaian anugerah yang dibuat secara berasingan - dua kali.

Penyampaian harus dibuat sekali gus (semua kategori) di malam penyampaian yang setiap kali FFM boleh menggunakan nama-nama filem yang difikirkan menarik seperti (sebagai contoh);

• Malam Anugerah FFM26 “Lanchang Kuning”
• Malam Anugerah FFM27 “Sumpah Wanita”
• Malam Anugerah FFM28 “Tun Tijah”
Atau menggunakan tajuk filem baru seperti;
• Malam Anugerah FFM26 “Sumber Ilhamku”
• Malam Anugerah FFM27 “Ranjau Sepanjang Jalan”
• Malam Anugerah FFM28 “Matinya Seorang Patriot”

MENGHARGAI KREATIVITI

Setiap kali Penyampaian Anugerah FFM, hendaknya biarlah berlaku di Kuala Lumpur saja, tidak payahlah diadakan diserata negeri/negara dalam Malaysia sebagaimana yang lalu – Melaka, Selangor, Perak, Johor dan Sabah.

Biarlah Finas saja mengeluarkan bajet (duit rakyat), janganlah pula melibatkan duit rakyat kerajaan negeri/negara lain pula.

Contohilah, Anugerah Oscar yang mana tempatnya di Hollywood dan lokasinya pun setiap tahun sama di Kodak Center. Yang FFM pula siap dengan menjelajahi seluruh negeri, apa pasal? Semua itu tidak diperlukan.

Tidak pernah, Penyampaian Anugerah Oscar diadakan di New York, Las Vegas, Washington atau pun San Francisco setelah ianya berlangsung sebanyak 85 kali.

Perlu diingat, FFM ialah untuk menghargai kreativiti seni filem untuk filem Melayu saja. Itulah tujuan asalnya apabila Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA) mengwujudkannya.

Biarkanlah tujuan asal dikekalkan. Filem berbahasa asing (Cina, Inggeris dan Tamil) hendaklah dikecualikan.

Ini bagi membolehkan filem Melayu melawan filem Melayu, dan di sini baru boleh didapati kekuatan setiap filem Melayu itu. Jika dicampuradukkan penentuan sukar dibuat.

Pertandingan atas dasar filem itu sendiri (contohnya dari segi arahan, lakunan, cerita, gambar, musik dan sebagainya) bukan sebab-sebab lain apatah lagi nemasukkan unsur-unsur politik, perasuah dan pembodek di dalamnya. Para juri yang dilantik harus amanah dan jujur.

Ertinya, kreativiti seni filem itu yang diadili dan diberi penghargaan, bukan sebab-sebab lain.

SUDAH KAYARAYA

Anugerah-anugerah untuk kategori ialah;

ANUGERAH P.RAMLEE
• 1. Filem Terbaik
• 2. Pengarah Terbaik
• 3. Pelakun Lelaki Utama Terbaik
• 4. Pelakun Wanita Utama Terbaik
• 5. Pelakun Lelaki Pembantu Terbaik
• 6. Pelakun Wanita Pembantu Terbaik
• 7. Sinematografi Terbaik
• 8. Penyuntingan Filem Terbaik
• 9. Penataan Bunyi Terbaik
• 10. Penataan Seni Terbaik
• 11. Cerita Asal Terbaik
• 12. Lagu Asal Terbaik
• 13. Musik Tema Terbaik
• 14. Efek Istimewa Terbaik
ANUGERAH L. KRISHNAN
• 15. Anugerah Khas Juri 1
• 16. Anugerah Khas Juri 2
• 17. Anugerah Khas Juri 3
ANUGERAH RUN RUN SHAW
• 18. Anugerah Pencapaian Terbaik Sepanjang Hayat

# Anugerah Poster Terbaik dikeluarkan kerana tidak terlibat dalam kreativiti seni filem (maksudnya ia berada diluar gelanggang).

# Anugerah Filem Box Office juga dikeluarkan. Box Office ialah filem popular bukannya ‘artistic film’. Lagi pun, produsernya sudah kayaraya memperolehi kutipan berjuta-juta ringgit, haruskah diberi lagi anugerah dan wang ringgit?

# Anugerah filem pendek, dokumentari dan animasi adalah pertimbangan panel juri dan dimasukkan ke dalam Anugerah Khas Juri.

# Anugerah Pengarah Harapan masukkan ke Anugrerah Khas Juri

# Anugerah Pelakun Harapan (satu saja, tidak perlu dua) masukkan ke Anugerah Khas Juri.






Oleh kerana membuat filem ialah ‘team work’ (kerjasama serumpun), anugerah wang tunai hendaklah diberi sama-rata. Kalau pengarah menerima RM5,000 yang lain juga RM5,000. Kalau RM10,000 yang lain juga RM10,000.

Atau sudah tiba masanya setiap pemenang anugerah (kecuali Filem Terbaik) tidak diberikan wang tunai sebagaimana Anugerah Oscar.

Pemenang Anugerah Filem Terbaik, tidak payahlah diberi banyak sangat duit. Cukuplah setakat RM50,000 atau kalau Finas banyak duit bagilah RM100,000.

Tidak payah banyak-banyak, kerana selama ini pun syarikat-syarikat yang menerbitkan filem itu menerima bantuan Finas (duit rakyat) bukannya duit syrarikat filem itu sendiri.

Paling penting perbelanjaan Penyampaian Anugerah keseluruhan jangan melebihi (duit kepunyaan rakyat) RM1 juta, cukuplah. Jika mahukan lebih carilah duit tambahan melalui iklan atau sebagainya. Buatlah secara sederhana.

MEMPUNYAI KEKUATAN

Menganggutai panel juri, Pengerusi FFM juga pengerusi panel juri, dan setiap mereka mempunyai kekuatan dalam berbagai bidang (contohnya, arahan, gambar, musik, cerita dan lain-lain) serta juga setiap FFM jangan muka-muka itu saja yang menganggutai panel seperti kebiasaan berlaku.

Untuk lebih solid lagi, filem-filem yang bertanding mistilah yang sudah ditayangkan di panggung wayang, yang belum ditayangkan tidak boleh disenarai sebagai filem yang dipertandingkan.

Jika untuk FFM26, filem yang dipertandingkan misti bermula 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013. Selepas itu, dikira untuk FFM27.

Tarikh FFM26 sebaiknya ditentukan dan boleh ditangguhkan jika ada masalah, dan dalam hal ini dicadangkan pada minggu pertama bulan Mac 2014.


HUSIN, MON & JIN PAKAI TONCIT

JUVANA


(Sumber: Azmi Zami)


(Sumber: MetrowealthPictures)

Cara pemilihan dibagikan tiga bahagian.

1. Pengadilan semua filem yang bertanding
2. Pemilihan filem yang layak bertanding
3. Pemilihan lima calon filem terbaik dan lima calon setiap kategori

Tugas juri, mereka harus menonton setiap filem yang dipertandingkan samada yang berkualiti atau pun tidak berkualiti. Tujuannya untuk berlaku adil kepada semua pihak.

Ini kerana, pernah terjadi ada juri yang enggan menonton filem yang dipertandingkan (berhenti sekerat jalan) kerana menganggap filem tersebut tidak menarik. Sebagai juri mereka tidak boleh bertindak begitu, lagi pun mereka diberi elaun sebagai juri.

Angguta juri misti bersikap tegas, jangan ada pengaruh dari pihak luar yang berkepentingan. Adililah kreativiti seni filem bukannya sebab-sebab lain lebih buruk lagi sekiranya ada diantara mereka menerima rasuah.

Dalam kes FFM26 filem yang mula-mula ditayangkan di panggung wayang ialah “Minyak Dagu” pada 3 Januari 2013.

MENIMBULKAN MASAALAH

Sebagai perubahan (reform) pihak Urusetia FFM harus mengumpul filem-filem untuk dipertandingkan dalam FFM26 bermula dengan filem ini, kemudian disusuli yang lain-lain seperti “Juvana” (24 Januari 2013), “Wawa Semput” (31 Januari 2013).

Kemudian “Hantu, Mon Dan Jin Pakai Toncit” (7 Februari 2013), “Hantu Dalam Botol Kicap” (9 Februari 2013) dan seterusnya hingga berakhirnya bulan Disember 2013,

Setelah 25 tahun FFM dianjurkan, satu pentadbiran yang bersistematik hendaklah dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya berbagai-bagai perkara yang menimbulkan masalah dan kontraversi.

Urusetia FFM (di bawah kawalan Finas) misti diwujudkan sekarang, dan seterusunya memulakan pengumpulan filem bermula dengan “Minyak Dagu”.

Ini supaya, diperingkat awal FFM26 dapat bergerak dan menyusun strateji beransur-ansur dan seterusnya pada awal Januari 2014 dapat berjalan lancar dan tidak kelamkabut yang akhirnya berkesudahan dengan baik dan dalam kesempurnaan.

Duit Finas adalah duit rakyat, oleh yang demikian Penyampaian FFM setiap tahun mistilah dibuat secara langsung melalui TV1 atau TV2, bukan saluran Astro yang mengenakan bayaran.

Semua rakyat mahu menyaksikannya dengan percuma, bukannya berbayar setelah duit mereka dilaburkan melalui Finas.






# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu


AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

JEJAK TERBILANG
terbilangkah kalau banyak fakta yang salah?

ROH MEMBELA (1955)
kekuatannya special effect dan aziz sattar

CHEMBURU (1953)
banyaknya pelukan rosnani dan yusof latiff

PONTIANAK (1957)
mencapai kejayaan box office luar jangkaan

SEKSI SELEBRITI MALAYSIA DULU-DULU
dedah ke tak dedah ke seksi tetap seksi

SELAMAT PENGANTIN BARU
jodoh dan perpisahan kuasa tuhan




KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.



4 comments:

  1. Suatu pandangan cukup bernas
    daripada seorang penganalisa filem
    yang sepatutnya diambil perhatian
    sangat serius oleh Finas.
    Tahniah Encik Mustafar A.R.
    kerana cadangan tersebut yang mungkin
    boleh dijadikan panduan oleh Finas untuk
    penganjuran FFM yang akan datang
    supaya tidak kelamkabut dan bercelaru.

    Drp. Hanafiah Hashim, Shah Alam, Selangor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saya setuju.
      Finas harus peka dengan
      tulisan Encik Mustafar ini.
      Yang baik jadikan tauladan,
      yang buruk jadikan sempadan.
      FFM sudah patut direformasikan.

      Saya, Zuraidah, Putrajaya, WP.

      Delete
  2. Takut terlepas pandang,
    ada baiknya Encik Mustafar cetak
    keseluruhan artikel ini, dan
    kemudian hantar satu kopi kepada
    Ahmad Shabery Cheek dan satu
    salinan kepada Ketua Pengarah Finas.
    Ini kerana, mereka berdua entah baca
    entah tidak Filem Klasik Malaysia.

    - Harun Hashim, Taiping, Perak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus cadangan tersebut.
      Nanti saya usahakan.
      Terima kasih, Harun.

      Delete