"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Monday, April 11, 2011


ANUGERAH POSTER FILEM TERBAIK

Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


[>>> # Disebabkan kategori Poster Filem Terbaik dikeluarkan dari
menyertai Festival Filem Malaysia mulai FFM27, dengan itu
update tidak akan dilakukan. Berhenti setakat FFM26, dan
akan diteruskan sekiranya Finas mengwujudkannya kembali. <<<]





FFM9


(sumber: dufrense1978)


ULASAN FK___

ANUGERAH Poster Filem Terbaik diwujudkan buat pertama kalinya bersempena Festival Filem Malaysia Ke-9 (FFM9). Cadangan supaya anugerah tersebut diadakan (sebagai menghargai kreativiti pereka-pereka poster filem) telah dikemukakan oleh saya sendiri kepada Jins Shamsudin, pada masa itu memegang jawatan Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM).

Apabila cadangan tersebut diluluskan oleh Ahli Jawatankuasa Pengelola FFM9, tanggungjawab mengendalikannya telah diserahkan kepada saya yang ketika itu memegang jawatan Pengerusi Pameran Perkembangan Sejarah Filem Malaysia (1933-1990) juga merangkap Pengerusi Anugerah Kritikan Filem Terbaik.

AJK Anugerah Poster Filem Terbaik yang saya pengerusikan telah mengumpulkan 18 poster filem iaitu berdasarkan filem-filem yang menyertai FFM9. Poster-poster filem tersebut ialah:

1. Adik

2. Bayangan Maut

3. Driving School

4. Fenomena

5. Hati Bukan Kristal

6. Hero

7. Janda Meletup

8. Mat Gelap

9. Main-Main Hantu

10. Mat Som

11. Mira Edora

12. OK (Orang Kampung Otak Kimia)

13. Pening-Pening Lalat

14. Rentak Desa

15. Riang Tirana

16. Sejati

17. Tuah

18. Warna-Warna Hati


Dalam pada itu, Panel Juri juga diwujudkan bagi mengadili 18 poster filem tersebut.

Mereka ialah Ismail Zain (bekas Ketua Pengarah FINAS, juga terkenal sebagai pelukis), Baharuddin Latiff (mewakili FINAS), saya sendiri selaku Presiden Persatuan Wartawan Filem Malaysia (PWFM) dan Fariza Saidin dilantik sebagai Setiausaha.

Antara kreateria yang dinilai dan dipertimbangkan ialah:

* Konsep ilustrasi

* Kegunaan warna

* Gambar montage yang digunakan

* Kegunaan ilustrasi kartun atau karikatur

* Kegunaan gambar pelakon

* Jenis dan ukuran perkataan

* Kesan atau impak sesuatu artwork yang ditonjolkan

dan

* Sama ada poster melambang atau menonjolkan filem berkenaan

Berdasarkan kreateria itu, akhirnya poster filem "Sejati" dipilih memenangi anugerah Poster Filem Terbaik FFM9, "Tuah" kedua dan "Fenomena" ketiga.

Tidak ada anugerah piala diberikan. Pemenang-pemenang hanya menerima wang tunai. RM500 (poster "Sejati"), RM300 (poster "Tuah") dan RM200 (poster "Fenomena").

Mulai FFM10, Poster Filem Terbaik menerima anugerah piala dan wang tunai RM1,500 (bergantung budibicara AJK Pengelola FFM), tidak ada pemenang kedua dan ketiga.

Sejak dimulakan pada FFM9, anugerah Poster Filem Terbaik masih diteruskan. Di atas dan di bawah disiarkan poster-poster filem yang telah memenangi anugerah tersebut dari FFM9 sehingga FFM24.



FFM10


(sumber: akuterrer)



FFM11


FFM12


(sumber: jejakasunyi30)



FFM13


FFM14


(sunber: deys2)



FFM15


FFM16


FFM17


(sumber: aanwars4)



FFM18


(sumber: chuinhao10)



FFM19


(sumber: kyels)



FFM20


FFM21


(sumber: naeimg)



FFM22


FFM23


(sumber: dreamrealm27)



FFM24


(sumber: krustudios)



FFM25


FFM26 (Terakhir)


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.








3 comments:

  1. Salam.. minta izin untuk share dalam blog saya.. terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. silakan cikgu fikri.
    - mustafar a.r.

    ReplyDelete
  3. saya juga mohon keizinan untuk menggunakan gambar dan maklumat untuk blog saya dengan menandakan kredit atas nama blog tuan.t.kasih

    ReplyDelete