"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Monday, April 18, 2011


MISS UNIVERSE 1994

MENDAMPINGI MEREKA YANG CANTIK JELITA
Teks & Foto: Mustafar A.R.
Di Edit Di Semak Di Susun: Zaini Yusop



MISS UNIVERSE 1994 - SUSHMITA SEN (India)


77 PESERTA MISS UNIVERSE 1994


6 PESERTA TOP6


SUSHMITA SEN (India), kini


CAROLINA GOMEZ (Colombia), kini


MINORKA MERCADO (Venezuela), kini


KAD JEMPUTAN MISS UNIVERSE 1994, Manila


SUSHMITA SEN (India) & CAROLINA GOMEZ (Colombia)


PAULYN SUN (Singapore) & VALERIE CLAISSE (France)


MINORKA MERCADO (Venezuela) & INNA ZOBOVA (Russia)


AYEERA CHUMSAI (Thailand) & LIZA KOH (Malaysia)


MARIA SOFIA VELAQUEZ (Panama) & MICHELA CIOLACU (Romania)


MICHELLE VAN EIMEREN (Australia) & MICHAELA PYKE (Great Britain)


CHIAKI KAWAHITO (Japan) & SUSANNE ROTHTOS (Canada)


LEONORA DIBUENO (Uruguay) & CECILIA O'CONNOR d'ARLACH (Bolivia)


LILIAN GONZALES (Paraguay) & VALERIE MELOPERIS (Brazil)


MONICA PAREIRA (Portugal) & PATRICIA FASSIER (Switzerland)


REA TOUTOUNZI (Greece) & ARIANNA DAVID (Italy)


CHARLENE GONZALEZ (Philippine) & LU PARKER (USA)


ULASAN FK___

SAYA tidak pernah bermimpi untuk menyaksikan apa-apa pertandingan Ratu Cantik sama ada Miss World, Miss Universe ataupun Miss Earth. Tetapi suatu hari dalam bulan April 1994 saya telah menerima kad undangan dari pihak penganjur (melalui kedutaan Filipina di Kuala Lumpur) untuk menyaksikan pertandingan Miss Universe yang dijangka berlangsung di Manila pada 20 Mei 1994.

Perasaan saya berbelah bagi kerana pertandingan pada 20 Mei sedangkan saya akan ke Britain, Belgium, Holland dan Luxembourg atas undangan satu syarikat ajensi pelancongan bermula 17 hingga 31 Mei.

Saya hubungi wakil penganjur dan memberitahunya, saya tidak dapat hadir dengan memberi alasan yang saya berada di Eropah semasa pertandingan dilangsungkan.

Bagaimanapun dia memujuk supaya saya pergi, kalau tidak dapat hadir di majlis grande finale hadirlah beberapa majlis lain yang diadakan sebelum majlis peringkat final.

Katanya, rugi kalau tidak pergi kerana segala perbelanjaan saya sepanjang berada di Manila ditanggung oleh pihak penganjur.

Disamping saya tidak pernah ke Philippine dan perbelanjaan ditanggung, akhirnya saya bersetuju, dan kerana kad undangan adalah atas jawatan saya sebagai Presiden Persatuan Wartawan Filem Malaysia (PWFM) terpaksa saya mengambil cuti seminggu.

Di pendekkan cerita, pada 24 April 1994 saya pun berlepas dari KLIA menuju ke Ninoy Aquino International Airport, Manila.

Bila sampai saya dibawa ke tempat penginapan di Manila Hotel (dibina pada tahun 1909) yang terletak di Teluk Manila yang juga berhampiran dengan Rizal Park.

Manila Hotel pernah menjadi tempat menginap totoh-totoh terkenal termasuk J.F. Kennedy, Sir Anthony Eden, John Wayne, Ernest Hemingway, James A. Michener, Micheal Jackson dan Sammy Davis Jr.

Selama 4 hari saya berada di Manila tidak ada majlis besar mengenai Miss Universe dilangsungkan, cuma ada sedikit taklimat oleh pihak penganjur mengenai acara-acara yang akan diadakan sehingga ke majlis grande finale 20 Mei.

Dalam majlis taklimat itu, saya berkenalan dengan seorang teman serasi, bertugas dengan syarikat pelancongan. Sepanjang saya berada di Manila dialah yang membawa saya melawat ke beberapa tempat menarik seperti Rizal Park, Malacanang Palace dan City of Markati.

Masa yang banyak terluang, saya juga dibawa oleh teman yang hanya saya kenali sebagai Ramon itu keluar dari kesesakan Metropolitan Manila pergi ke Baguio City yang terletak 250km ke utara Manila dan Laguna menyaksikan bekas letupan dua gunung berapi dan Laguna Bay (sama seperti Danau Toba di Sumatra).

Pada 29 April barulah ada acara yang agak besar iaitu Press Presentation The 1994 Miss Universe Pageant yang berlangsung di Champagne Garden (Poolside), Hotel Manila.

Acara bermula tepat jam 9.00 pagi. Ramai perwakilan media seluruh dunia diundang menyebabkan keadaan sekitar kolam mandi penuh sesak.

Sukar juga saya mengambil gambar tetapi setelah berebut-rebut dan bertolak-tolak akhirnya berjaya juga saya menghasilkan gambar (cantik jelita berbikini) dengan baik dan memuaskan.

(Anda lihatlah 24 keping gambar di atas yang saya ambil 17 tahun berlalu).

Seramai 77 peserta dari 77 negara mengambil bahagian termasuk negara yang pernah memenangi Miss Universe seperti Venezuela, Chile, Sweden, Amerika Syarikat, Jepun, Philippine dan Colombia.

Turut serta Miss Malaysia dan Miss Singapore.

Buat pertama kali, saya dapat bertemu dan menemuiramah Sushmita Sen yang pada masa itu tidak diketahui pun dia akan muncul sebagai Miss Universe 1994.

Dalam pertemuan itu saya masih ingat Sushmita Sen ada menyatakan, dia tidak menaruh harapan besar untuk menang tetapi bercita-cita menjadi bintang filem terkenal.

Selepas majlis Press Presentation itu, esoknya (30 April) saya meninggalkan Manila. Semasa acara Grande Finale berlangsung di Philipine International Convention Center (PICC) saya berada di London.

Saya hanya tahu Sushmita Sen berjaya memenangi Miss Universe 1994 sebaik saja saya memulakan tugas seperti biasa di meja penyunting Utusan Malaysia.

Sedikit mengenai Sushmita Sen.

Sememangnya Sushmita Sen mengikuti langkah Zeenat Aman (Miss Asia Pasifik 1970), Juhi Chawla (Miss Universe 1984) dan Aishwarya Rai (Miss World 1994).

Populariti Sushmita Sen dalam filem tidaklah menyerlah seperti Zeenat Aman, Juhi Chawla dan Aishwarya Rai. Tidak banyak filemnya berjaya di box office.

Sushmita Sen mula berlakon dalam filem "Dastak" (1996) kemudian diikuti "Biwi No. 1" yang menyebabkan dia memenangi anugerah Filmfare Pelakon Pembantu Terbaik.

Setakat ini Sushmita Sen telah membintangi hampir 40 filem tetapi yang benar-benar berjaya hanyalah "Main Hon Na" (2004) berlakon bersama Shah Rukh Khan yang telah memunggut Rs. 340,000,000 dan merupakan pungutan filem kedua terbaik pada tahun tersebut.

Perkembangan terbaru, adalah dijangka Sushmita Sen akan berperanan sebagai bekas Presiden Pakistan yang mati dibunuh, Benazir Bhutto (tajuk sementara "Benazir") yang mana penggambarannya akan dilakukan di Pakistan, Amerika Syarikat, Britain dan Dubai.

Bila ditanya tentang tawaran itu Sushmita Sen dengan gembira berkata, "Ya, saya memang ingin memegang peranan tersebut".

Produser kini sedang menunggu lampu hijau dari Pakistan Peoples Party (parti Benazir Bhutto). "Sebaik saja kebenaran diberi kami akan memulakan penggambaran," tambah Sushmita Sen.

Keputusan penuh Miss Universe 1994 ialah seperti berikut:

1. India - Sushmita Sen
2. Colombia - Carolina Gomez
3. Venezuela - Minorka Mercado


* Enam final
4. Philippine - Charlene Gozalez
5. Slovak Republic - Silvia Lakatosova
6. USA - Frances Lu Parker


* Sepuluh semifinal
7. Greece - Rea Toutounzi
8. Italy - Arianna David
9. Sweden - Dominique Forsberg
10. Switzerland - Patricia Fassler


* Lain-Lain Anugerah
1. Miss Amity (Congeniality) - Barbara Kahatjipara (Namibia)
2. Miss Photogenic - Minorka Mercedo (Venezuela)


* Pakaian Kebangsaan Terbaik
1. Philippine (Charlene Gonzales)
2. Mexico (Fabiola Perez)
3. Russia (Inna Zobova)


* Pakaian Tradisi Filipina Terbaik
Minorka Mercado (Venezuela)


* Pakaian Mandi Terbaik (Jantzen)
1. Minorka Mercado (Venezuela)
2. Rea Toutounzi (Greece)


* Pemenang Peraduan Anjuran Minolta
Gitte Andersen (Denmark)


* Pemenang Kedutaan (Philippine Airline)
Gitte Andersen (Denmark)


* Rambut Paling Cantik
Christelle Roelandts (Belgium)


* Senyuman Miss Kodak
Areeya Chumsai (Thailand)

Malaysia diwakili Liza Koh, Singapura Paulyn Sun.



(sumber: zarly)


(sumber zarly)


(sumber: tpageant)


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.








1 comment:

  1. Baru jumpa blog ni, menarik.
    Wow... seronoknya jadi wartawan.
    Bertuahnya En. Mustafar A.R.

    Zanariah, Rantau Abang, Terengganu.

    ReplyDelete