"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Monday, April 25, 2011


TAJUK FILEM-FILEM P. RAMLEE

BAHAGIAN TERAKHIR DI STUDIO MERDEKA
Teks & Foto: Mustafar A.R.
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop



Bersama SALOMA







Bersama SALOMA



Bersama SHARIFAH HANIM






Bersama KARIM LATIFF A.R. TOMPEL & IBRAHIM DIN



Bersama VERA WEE



Bersama JULIE FARIDAH



Bersama ROSE YATIMAH




Bersama RUMINAH SIDEK



Bersama SALOMA




Bersama JINS SHAMSUDIN



Bersama NOOR AZIZAH



Bersama ISMAIL MAHMUD & MAHMUD SOREY



Bersama SARIMAH



Bersama ISMA RUBEE



Bersama LATIFAH OMAR



Bersama NORSIATI



Bersama DAYANG SULU




ULASAN FK___

BAHAGIAN ketiga dan terakhir ini dimuatkan tajuk-tajuk filem yang diarah dan dilakonkan oleh P.Ramlee selama berada di Studio Merdeka Kuala Lumpur iaitu bermula "Si Tora Harimau Jadian" sehingga ke "Laxmana Do Re Mi".

Sebanyak 21 filem diarah dan dilakonkannya dan dari sejumlah itu, hanya tiga filem tidak diperolehi tajuk asal yang terdapat di credit title - "Si Tora Harimau Jadian", "Sabarudin Tukang Kasut" dan "Bukan Salah Ibu Mengandong".

"Si Tora Harimah Jadian" sampai sekarang tidak diketahui samada masih boleh diperolehi atau pun sudah hilang seperti juga "Bakti".

"Sabarudin Tukang Kasut" boleh dikatakan keseluruhan catatan di credit title terpotong, hanya tinggal: "DIUSAHAKAN SHAW'S MERDEKA STUDIO" dan "ACTED EDITED DIRECTED by P. RAMLEE A.M.N."

"Bukan Salah Ibu Mengandong" pun hampir semuanya terpotong. Yang tinggal hanyalah: "Lakon layar dan Arahan Jins Shamsudin".

"Ahmad Albab" P.Ramlee menggunakan 4 tajuk - tulisan Arab (Jawi), China, Tamil dan Melayu (Rumi). Di sini dimuatkan satu saja, "Ahmad Albab".

"Ragam P. Ramlee" pula terdapat 4 tajuk - "ramlee DAN saloma", "Minta Nombor Ekor", "DAMAQ" dan "Ragam P.Ramlee" yang terletak di hujung filem tidak di awal sebagaimana kebiasaan dilakukan terhadap sesebuah filem.


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.








4 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Saya seperti yang lain disini amat menyanjungi dengan lagenda Allayarham P. Ramlee. Saya ingin tahu samada encik menjual poster2 filem beliau? atau mengumpul koleksi utk tatapan orang ramai di galeri? kerana saya betul2 ingin melihat dan kalau boleh saya mahu poster filem beliau juga dirumah saya.

    Apa2 maklumat lanjut, saya harap encik dapat balas e-mail saya di: aloha_ikarama@yahoo.com

    Saya betul2 berminat dengan poster2 filem era 50an P. Ramlee. Harap2 encik dapat maklum balas dari encik. Terima Kasih.



    Bujang 30an.

    ReplyDelete
  2. Dulu arwah atuk saya ada menyimpan filem bakti dalam bentuk video tape

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulke?
      Boleh bagitau perkembangan selanjutnya.
      Filem "Bakti" ini sedang dicari-cari.

      Delete
  3. Salam.
    P. Ramlee memang mengagumi pengarah tersohor Jepun, Akira Kurosawa yang digelarkan oleh beliau sebagai "ular sawa Jepun". Gaya pengarahan Kurosawa menjadi ikutan P. Ramlee, contohnya dalam filem Semerah Padi. Dalam filem Laxmana Do Re Mi, pengaruh Kurosawa juga dapat dilihat. Pada permulaan lagu Do Re Mi, ada satu syot kamera yang mengadap matahari. Kurosawa merupakan pengarah pertama yang mengambil shot mengadap matahari (filem Rashomon, 1950). Begitu juga ketika adegan pertarungan Do Re Mi menentang aska-askar menteri Fasola, sesetengah syot yang diambil kelihatan sangat serupa dengan syot-syot adegan pertarungan filem The Hidden Fortress (1958). Filem The Hidden Fortress telah menjadi inspirasi buat George Lucas menghasilkan filem Star Wars (1977). Adakah Laxmana Do Re Mi juga memberikan inspirasi yang sama kepada George Lucas? Wallahua'lam.

    ReplyDelete