"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Friday, August 10, 2018


PANGGUNG WAYANG (KUALA LUMPUR)

DULU-DULU LAIN KINI SUDAH BERUBAH

Di Selongkar Di Kajiselidik & Di Tulis Oleh
Mustafar A.R. Aidalina Mustafar & Muszaili Mustafar
Foto Di Ambil Daripada Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun Oleh Zaini Yusop





COLISEUM

ODEON

REX

MADRAS

PAVILION

CATHAY

CAPITOL

FEDERAL

PANGGUNG WAYANG DI KUALA LUMPUR
DULU-DULU LAIN KINI SUDAH BERUBAH
Oleh Mustafar A.R.



Panggung Wayang merupakan tempat hiburan paling terkenal dan jadi kesukaan di Kuala Lumpur, sejak awal kurun yang ke-20. Namun apabila wujudnya tv kemudian vhs, vcd, dvd, komputer dan berbagai-bagai macam lagi media berteknoloji tinggi, popularitinya semakin pudar dan akhirnya ditutup kemudian ada juga dirobohkan.
Yang tutup ditukar jadi pusat membeli-belah, kedai perabot, bazaar, hostel dan gudang makanan ringan, yang roboh digantikan dengan bank, stesen mrt, hotel dan padang letak kereta.
Penutupan panggung wayang selepas 1980 begitu mendadak, hanya dua atau tiga masih kekal beroperasi (masih menayangkan filem) sampai ke hari ini. Contohnya, Coliseum dan Federal.
Perubahan drastik bukan saja berlaku di Malaysia, malah diseluruh dunia termasuk Amerika, India, Hong Kong, negara-negara Eropah, Jepun, Korea, Indonesia dan Singapura.
Bagi mengekalkan kehadiran penonton, pengkaji-kaji filem membuat perubahan teknikal yang tidak boleh dapat dirasakan dirumah (tidak sebaik di panggung wayang) yang mana dengan itu lahirkan filem-filem berbidang luas dan warnawarni yang menarik seperti antaranya CinemaScope, CinemaScope 55, 3D, Todd-A0, Cinerama, Panavision, VistaVision, Technirama dan Imax.
Panggung wayang baru terpaksa dibina, tidak lagi sebagai panggung wayang yang dibina disesuatu tempat tetapi didalam kompleks membeli-belah dengan peralatan yang lebih moden dan canggih untuk mengasilkan tayangan yang lebih menarik ditambah dengan rakaman suara (sound) menggunakan dobly dan digitil.
Dengan perubahan tersebut, banyak panggung wayang lama ditutup kemudian dirobohkan, dan tapaknya dibina dengan bangunan lain bukan panggung wayang, tersergam disesuatu lokasi.
Artikel kali ini, saya ingin membawa peminat-peminat FK meninjau keadaan panggung wayang di Kuala Lumpur, sesudah Singapura. Oleh kerana sebahagian besar hidup saya berada di bandaraya yang indah dan terus pesat membangun ini (sejak tahun 1950), dapatlah saya melahirkannya penuh unggul, tepat dan berfakta.
Dengan penyiaran tersebut bererti FK sekali lagi mendahului
blog-blog hiburan lain yang terawang-awang di alam maya pastinya selama ini tidak pernah ada. Paling saya banggakan, Wikipedia
(blog rujukan paling terkemuka di alam maya) juga tidak ada, kalau ada pun tidak selengkap artikel ini.
Panggung wayang utama terdapat di Kuala Lumpur (di kira selepas penutupan Merdeka Film Productions dengan filem terakhirnya "Adik Manja") pada tahun 1980 (ada di antaranya bertukar nama) ialah;

* Alhambra
* Capitol
* Cathay
* Central
* Coliseum
* Federal
* Hindustan
* Lido
* Madras
* Majestic
* Metropole
* Odeon
* Pavilion
* Rex
* Sentul
* Star

# Huraian satu persatu ada di bawah. Anda strolllah...




Kini diterbitkan sebulan sekali tidak dua minggu sekali.

Dalam proses penyelenggaraan.


12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA * GELORA
* PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 10 OGOS 2018)
1. PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI -> 198,120
2. 10 FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT -> 32,081
3. 10 FILEM INDONESIA TERBAIK -> 17,095
4. 5 TAHUN PEMERGIAN P.RAMLEE -> 16,628
5. GELORA (1970) -> 11,379

# 5 PAGEVIEWS TERBAIK___
(SETAKAT 10 OGOS 2018)
1. MALAYSIA -> 1,367,721
2. INDONESIA -> 206,127
3. UNITED STATES -> 130,115
4. SINGAPORE -> 115,924
5. RUSSIA -> 49,544





COLISEUM, panggung wayang pertama di Kuala Lumpur?



DI MANA LOKASI PANGGUNG WAYANG PERTAMA DI KUALA LUMPUR?
Oleh Aidalina Mustafar



Tidak dapat dipastikan di mana sebenarnya lokasi (kawasan) panggung wayang pertama di Kuala Lumpur. Namun setelah dibuat kajian sekian lama dapat difahami ia adalah Estana Hall Kinema yang terletak di Batu Road, kini Jalan
Tuanku Abdul Rahman.
Maksud panggung wayang di sini ialah sebuah bangunan berasingan khusus menayangkan filem bukan panggung wayang yang terdapat di shopping complex (komplek membeli-belah) atau kelab persatuan dan kebajikan. Sebagai contoh, Kelab Di-Raja Selangor dan
Sungei Wang Plaza.
Malayan Tribune 16 Januari 1917 menyebut:
The "Whatnots" gave their performance at Estana Hall Kinema, Batu Road on Friday night, before a large and highly
appreciative audience.
(Terjemahan: The "Whatnots" memberikan persembahan mereka di Estana Hall Kinema, Batu Road pada malam Jumaat, dihadapan ramai penonton dan mendapat kejayaan besar).
Dalam iklan di Malay Mail 13 Januari 1920, tersiar tayangan dua episod siri filem bercorak western (koboi) "The Terror Of The Range" berjodol "The Chasm Of Fear" dan "The Midnight Raid" di Estana Hall Kinema. Turut ditayangkan "The Girl From Bahemia" persembahan Pathe yang dibintangi Irene Castle.
The Straits Times 31 Oktober 1923 mencatat:
Estana Hall Kuala Lumpur Friday, November 2 and following nights. "The Great Japanese Eartquake Film". Actual pictures of burning Tokio taken on the day of earthquake. The Terror Striken Populace Blazing Oil Wells, Devastated Area etc. For a short season only at the Estana Hall, Kuala Lumpur.
(Terjemahan: Estana Hall Kuala Lumpur Jumaat, 2 November dan malam berikutnya. "The Great Japanese Eartquake Film". Gambar sebenar pembakaran Tokio diambil pada hari gempa bumi. Kebakaran telaga minyak di kawasan penduduk yang menakutkan, daerah yang hancur dan sebagainya. Untuk masa yang pendek hanya di Estana Hall, Kuala Lumpur).
Bila Estana Hall di bina dan bila pula beroperasi? Setakat ini tidak diketahui. Nampaknya pencarian dan kajiselidik FK tidak boleh berhenti di sini saja. Ia terpaksa diteruskan.
Apapun, jika diikutkan iklan Malayan Tribune ternyata ia sudah
ada sebelum tahun 1917.
Dengan itu, jelaslah sudah Estana Hall (Estana Hall Kinema) merupakan panggung wayang pertama wujud di Kuala Lumpur kemudian ditukar namanya beberapa kali sebelum terpahat menjadi Coliseum yang kini sudah tercatat megah dalam lipatan
sejarah filem Malaysia.
Dalam The Straits Times 2 Mei 1931 ada tercatat begini: At the meeting of the Board a member argued for the renewal of the licence of the Estana Hall in Batu Road, although the technical officers were against it.
(Terjemahan: Pada mesyuarat Lembaga, seorang ahli berhujah pembaharuan lesen Estana Hall di Jalan Batu, walaupun pegawai teknikal bertentangan pendapat dengannya).
Agak mengelirukan, Coliseum dikatakan (oleh penulis sejarah filem) mula dibuka pada tahun 1920, tetapi Estana Hall tidak diperbaharui lesennya pada 1931, sedangkan Estana Hall itu nama asal Coliseum.
Panggung wayang pertama menayangkan filem suara (ada dialog) ialah Prince's, terletak di Jalan Brickfields (kini Jalan Tun Sambanthan) berhampiran KL Sentral, kemudian di tukar namanya Cathay selepas itu Lido pada bulan Jun 1930.
Kedua, Coliseum pada bulan Januari 1931, disusuli (ketiga) Empire terletak di Jalan Pudu yang memulakan operasinya pada tahun 1933 kemudian dirobohkan pada tahun 1940 dan digantikan pula dengan Majestic, kini sudah ghaib.



WAJAH-WAJAH COLISEUM

Antara Dua Wajah Coliseum, Kuala Lumpur

Coliseum ketika menayangkan "Rumah Itu Dunia Aku".

Antara Dua Wajah Coliseum, London


NAMA COLISEUM TIDAK ADA
DI SINGAPURA, INDONESIA DAN BRUNEI
Oleh Zaini Yusop



Sesuatu yang agak menarik dan boleh dianggap klasik, panggung wayang Coliseum. Dalam Malaysia di mana-mana negeri sekali pun juga Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah malah Indonesia tidak ada satu pun panggung wayang diberi nama Coliseum.
Coliseum (London Coliseum Theatre) ada di London yang terletak di St.Martin's Lane yang mula dibuka pada 24 Disember 1904, dan masih beroperasi hingga kini.
Coliseum (Coliseum Cinema) juga wujud di Harrow Road, London, tetapi ditutup pada tahun 1956 kemudian dirobohkan. Tapaknya sekarang diambilalih oleh pejabat Paddington Churches
Housing Association.
Coliseum yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman (dulu Batu Road) dikatakan antara salah satu panggung wayang paling lama beroperasi di Kuala Lumpur, bermula pada tahun 1920.
Mengandungi 900 tempat duduk, Coliseum diusahakan oleh Chua Cheng Bok dan familinya. Apabila dia meninggal dunia pada tahun 1940, ia ditabdirkan warisan harta pusakanya hingga pada tahun 1973 apabila diambilalih oleh anak saudaranya, Chua Boon Tek bersama isterinya, Khor Joo Saik.
Pada tahun 2006, Kerajaan Malaysia bercadang menutup dan menjadikannya pusat warisan budaya, tetapi mengalah apabila terdapat bantahan dari orangramai. Kerajaan kemudian memutuskan untuk tidak menutupnya malah menganggapnya sebagai warisan yang perlu dipelihara.
Pada tahun itu juga, Chua Seong Siew, anak sulung Chua Boon Teck dan Khor Joo Saik, berjaya dalam rayuannya untuk panggung wayang tersebut kekal terbuka, justeru itu ia terus beroperasi.
Pada tahun 2012, Coliseum dimiliki oleh Lotus Five Star Cinema, dan mengubahkannya menjadi Cineplex 2 skrin mengandungi sejumlah 474 kerusi. Ia dijenamakan semula sebagai LFS Cineplex Coliseum dan dibuka secara rasmi kepada orangramai
pada bulan November 2012.
Coliseum kini lebih menumpukan tayanganya kepada filem-filem Hindustan dan Tamil. Kalau ada pun, filem Melayu lama, dari masa ke masa, yang ditayangkan khas atas pengedalian Finas. Kini program tersebut sudah diberhentikan.
Di Zaman gemilang filem Melayu ditahun-tahun 1950an, Coliseum sering menayangkan filem-filem keluaran Cathay Keris (tidak ada filem Malay Film Productions), antaranya termasuklah "Pontianak" (B.N.Rau), "Orang Minyak" (L.Krishnan), "Istana Berdarah" (Hussain Haniff) dan "Kekaseh" (Noordin Ahmad).
Turut ditayangkan di situ satu-satunya filem keluaran Shah Film (kepunyaan H.M.Shah) "Kasih Menumpang" arahan L.Krishnan dan dibintangi oleh S.Roomai Noor, Mislia dan Mustapha Maarof serta filem arahan pertama S.Roomai Noor, "Adam".
Disamping itu, filem box office Raj Kapoor "Sangam" (1964) yang turut dibintangi Rajendra Kumar dan Vyjayanthimala, juga "April Fool" lakonan Biswajeet dan Saira Banu.
Filem Indonesia "8 Penjuru Angin" (Usmar Ismail, 1957) lakonan Bambang Hermanto, Chitra Dewi, Bambang Irawan dan Mimi Mariani disertai dengan 16 lagu merdu ciptaan Shaiful Bahri,
turut ditayangkan di situ.
Demikian juga, filem Filipina, "Tres Muskiteras" ("Three Musketeers") yang dialihsuarakan dalam Bahasa Melayubertajuk "Tiga Pahlawan" (Darno Vercudia, 1954) yang dibintangi oleh Cesar Ramirez
dan Myrna Delgado.



ANTARA FILEM-FILEM SAYA TONTON DI COLISEUM

"Pontianak"

"Orang Minyak"

"Kasih Menumpang"

"Sangam"

"Dondang Sayang"

"8 Penjuru Angin"

"Tres Muskiteras" ("Tiga Pahlawan")



FAKTA

# Pada 27 Disember 1946 telah berlaku sebuah trak melanggar penonton-penonton yang sedang keluar dari panggung wayang Coliseum mengakibatkan 6 terbunuh dan 6 lagi tercedera. A.C. Frank Joseph Sayer dan A.C. Ken Stocker dari tentera udara (R.A.F.) telah direman hingga 3 Januari 1947.
# Filem versi 1950 "Terang Bulan" terbitan Tan & Wong Brothers dibintangi Mohamad Muchtar dan Sofia W.D. mula ditayangkan di Coliseum pada 29 Disember 1950.
# Filem-filem Melayu pernah ditayangkan di Coliseum antaranya "Keranda Berdarah", "Si-Murai", "Laila Majnun", "Istana Berdarah" dan "Sri Kandi."
# "8 Penjuru Angin" arahan Usmar Ismail mengadakan tayangan perdana di Coliseum pada 29 Mei 1959.
# Di zaman pemerintahan Jepun nama Coliseum ditukar kepada Yatio Kan.




WAJAH-WAJAH ODEON


Odeon mula beroperasi dalam bulan Jun tahun 1936.

Odeon dalam tahun 1950.

Odeon dalam tahun 1951.

Odeon dalam tahun 1953.

Odeon dalam tahun 1954.

Odeon terbakar dalam bulan Januari 1957.

Odeon juga tayangkan filem-filem X-Rated.

Odeon dalam tahun 1990.

Antara dua wajah Odeon. Kiri tahun 1960 dan terkini.



ANTARA FILEM-FILEM SAYA TONTON DI ODEON

SELENDANG DELIMA

LELA SATRIA

CHE MAMAT PARANG TUMPOL

SAMSON AND DELILAH

THE TEN COMMANDMENTS

BLUE HAWAII

THE FALL OF THE ROMAN EMPIRE

SOUTH PACIFIC

BOY ON A DOLPHIN



FAKTA

# Odeon terletak dipersimpangan Batu Road (Jalan Tuanku Abdul Rahman) dan Campbell Road (Jalan Dang Wangi) dibina oleh Pertubuhan Cathay dan mula beroperasi pada bulan Jun tahun 1936 dan menayangkan filem hingga bulan November tahun 1997 apabila ia ditutup buat sementara. Kini jadi arked menjual pakaian, gerai surat khabar dan majalah, peralatan eletrik dan
kedai makanan ringan.
# Odeon terbakar pada bulan Januari tahun 1957 ketika menayangkan filem Dean Martin dan Jerry Lewis, "Hollwood Or Bust" yang turut dibintangi Anita Ekberg.
# Odeon merupakan panggung wayang pertama menggunakan format TODD-AO, dan telah menayangkan filem "South Pacific" yang dibintangi Rossano Brazzi, Mitzi Gaynor, John Kerr dan France Nuyen.
# Di zaman pemerintahan Jepun namanya ditukar kepada
Syowa Gekiyo.



WAJAH-WAJAH PAVILION


Pavilion mula di buka pada tahun 1936.

Tapak Pavilion, bakal jadi stesen mrt

Buloh Perindu, satu-satunya filem Melayu ditayangkan di Pavilion.

Top Hat, filem pertama ditayangkan di Pavilion.

PAVILION

The Pavilion Theatre was the first Cathay Organisation cinema and opened in 1935. It was located next to another popular Cathay Organisation’s cinema — The Cathay Kuala Lumpur.
Originally, Pavilion showed mostly English movies until Cathay was opened in the 1950s. From then, Pavilion shown mostly Chinese movies and occasionally showed some B-graded English movies, Walt Disney’s reruns and Hollywood blockbuster movies simultaneously with Cathay Kuala Lumpur.
Before the emergence of cineplexes, Pavilion drew crowds especially during the weekends and holidays as it was the first-run movie hall along with Cathay Kuala Lumpur at that time.
Pavilion was also popular because of it's location, which was located a few blocks from the shopping hub of Kuala Lumpur. People who were driving along that road would definitely be distracted by the huge movie poster board attached in front of the cinema building displaying the feature movie.
Once in a while movie stars from Hong Kong would make apperences at the Pavilion to promote their films and to meet fans. Most people would identify Pavilion with Bruce Lee’s movies, and Chinese classics from Hong Kong.
Sadly, the Pavilion Theatre was closed in 1996 and was converted into a dance club and later closed again. It was finally demolished in 2000. The site where Pavilion once stood is now a parking lot.

- Source: Cinema Treasures



ANTARA FILEM-FILEM SAYA TONTON DI PAVILION

GONE WITH THE WIND

LORD JIM

THE GREATEST SHOW ON EARTH



FAKTA

# Dibuka pada 6 Ogos 1936, asalnya menayangkan filem-filem berbahasa Inggeris sehingga Cathay (terletak bersebelahan) dibuka. Ditutup dalam tahun 1996 dan kemudian dirobohkan tahun 2000 untuk memberi laluan pembinaan stesen mrt.
# "Buloh Perindu", satu-satunya filem Melayu ditayangkan di situ, ditayangkan dalam bulan November 1953, di Singapura tayangannya di Odeon dan bermula pada 21 November 1953.
# Sultan Selangor dan Tengku Ampuan hadir ke tayangan perdana filem "The Planter's Wife" pada 10 Disember 1952.
# Nama Pavilion tidak hilang terus, ia kini GSC Pavilion terletak di Pavilion Kuala Lumpur di Jalan Bukit Bintang,



WAJAH-WAJAH REX

Sultan Street Hall -> Rex

Rex -> Red Dragon Hostel.

Anak Pontianak, satu-satunya filem Melayu ditayangkan di Rex.



ANTARA FILEM-FILEM SAYA TONTON DI REX

THE INCREDIBLE SHRINKING MAN

BATTLE HYMN

HOW THE WEST WAS WON



FAKTA

# Rex terletak di Jalan Sultan (Chinatown) direkabentuk oleh Kington Loo, terbakar pada 10 September 1975. Kini dijadikan hostel bajet - Red Dragon Hostel.
# Rex pernah mengadakan tayangan perdana "All The King Men" pada 28 Jun 1950 dengan dihadiri oleh Sultan Selangor, Salahuddin Abdul Aziz Shah, dan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney. Pada 6 October 1951 Sir Henry Gurney terbunuh dalam serang hendap oleh pengganas komunis di Fraser's Hill, Pahang.
# Sebelum namanya Rex, dikenali Sultan Street Hall.
# "Anak Pontianak" arahan Ramon A.Estella, satu-satunya filem Melayu pernah ditayangkan di Rex serentak dengan Capitol Theatre.
# Rex satu-satunya panggung wayang di Kuala Lumpur dilengkapkan dengan layar perak Cinerama (3 projektor) dan menayangkan filem cerita - "How The West Was Won".



WAJAH-WAJAH MADRAS

Madras dalam tahun-tahun 1950an.

Tapak Madras kini jadi padang letak (pakir) kereta.



ANTARA FILEM-FILEM SAYA TONTON DI MADRAS

JUWITA

LIMELIGHT, filem pertama selepas terbakar.

PULAU MUTIARA

PURPLE MASK

PENAREK BECHA

VOODOO TIGER



MADRAS

The Madras Cinema located in Kuala Lumpur’s Chinatown (Madras Lane) was one of the earliest movie house in Kuala Lumpur with huge screen and wooden seats. It was ran by Shaw Brothers and shown mainly Chinese movies despite it's name.
The Madras was located a few blocks away from Rex cinema. It was a place for Shaw Brothers to handout Chinese New Year goodies to senior citizens every Lunar New Year.
The Madras was said to be haunted — one of the seats was occupied by a supernatural being and no matter how full the cinema was, ticket to that particular seat (In Malaysia, all cinemas have reserved seatings) will not be sold to patrons!
The cinema was burnt down in 1978 and Shaw never rebuilt it, and from 1979 till now, the spot where Madras cinema once stood is a parking lot.
An interesting fact is that the Rex cinema which was located few blocks away from Madras was also burnt down in the early 1970s and Shaw erected a newer Rex in 1977 and it became the most popular movie hall in Kuala Lumpur in the 1970s, 1980s and 1990s!

- Source: Time Out

FAKTA

# Saya tonton "Juwita" di Madras pada tahun 1951, tidak pula ingat tarikh tepatnya. Lain-lain filem saya tonton di panggung wayang terletak di Madras Lane (Chinatown) ini antaranya;
Penarek Becha
Pulau Mutiara
Panggilan Pulau
Jubah Hitam
Kipas Hikmat
Madame White Snake
Bernoda
Purple Mask
Jungle Jim
Siapa Salah?
Perjodohan
# Pada 8 Jun 1952 Madras terbakar mengakibatkan ia terpaksa ditutup untuk pemulihan. Pada 25 Disember 1952, selepas diperbaiki, filem Charlie Chaplin "Limelight" telah ditayangkan.
# Madras terbakar pada 10 Oktober 1978 (umurnya ketika itu 70 tahun). Selepas terbakar Shaw Brother enggan membaikpulih, dan terbiar. Kini, menjadi padang letak kereta. Waktu terbakar ia sedang menayangkan filem Mandarin, "Seceret Message".



WAJAH-WAJAH CATHAY

Cathay (1958)

Cathay (1986)

Cathay (1990)

Tapaknya bakal jadi stesen mrt



ANTARA FILEM-FILEM SAYA TONTON DI CATHAY

CAMPBELL'S KINGDOM, filem pertama di Cathay.

THE BRIDGE ON THE RIVER KWAI

LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING

ZARAK

THE POSEIDON ADVENTURE



FAKTA

# Cathay yang terletak di Bukit Bintang berhampiran Hotel Federal dibuka pada 23 Januari 1958 dengan tayangan filem pertamanya "Campbell's Kingdom". Ditutup pada bulan December 1997 kemudian dirobohkan pada tahun 2002 untuk memberi laluan kepada
pembinaan stesen mrt.
# Perdana Menteri Tengku Abdul Rahman menonton "Bridge On The River Kwai" arahan David Lean dan dibintangi oleh William Holden dan Alec Guiness itu pada 2 April 1958 dan telah mencatat rekord tayangan pada minggu pertama dengan kehadiran 70,000 penonton.



WAJAH-WAJAH CAPITOL

Capitol

Kini (2018) Capitol jadi Pasaraya Wan Lee Hing.



ANTARA FILEM-FILEM SAYA TONTON DI CAPITOL

SEMERAH PADI (tayangan tengahmalam 31 Ogos 1957).

LONG HOUSE

MELANCHONG KA TOKYO

THE GUNS OF NAVARONE

CINTA DAN LAGU

THE CONQUEROR

JAWS 3



FAKTA

# Tayangan perdana "The Guns Of Navarone" diadakan pada 21 Ogos 1962 dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong dan
Raja Permaisuri Agong.
# Filem P.Ramlee "Seargeant Hassan" mengadakan tayangan perdana pada 26 Ogos 1958 untuk memungut derma mengisi tabung Askar Melayu di-Raja Malaysia dengan dihadiri Yang Di-Pertuan Agong
dan Permaisuri Agong.
# Capitol yang terletak di Jalan Raja Laut, tidak jauh dari PWTC, bersebelahan Federal dibuka pada 3 Februari 1958 oleh Sultan Selangor dan ditutup pada tahun 2000. Ia kekal wujud tetapi jadi Pasaraya Wan Lee Heng, pembekal berbagai jenis makanan ringan.



WAJAH-WAJAH FEDERAL

Federal (1959)

Federal (1960)

Federal (1997)



ANTARA FILEM-FILEM SAYA TONTON DI FEDERAL

BEN HUR

THE UNFORGIVEN

SERGEANT HASSAN

BIG COUNTRY

THE VIKINGS



FAKTA

# Federal terletak di Jalan Raja Laut bersebelahan Capitol dibuka pada 6 Februari 1959 dengan tayangan "Vikings" (dibintangi Tony Curtis dan Kirk Douglas) oleh Perdana Menteri Tengku Abdul Rahman. Ia dibuka serentak dengan Lido Singapura yang memilih filem Glenn Ford "Torpedo Run" sebagai filem pertama tayangannya.
# Federal ditutup buat sementara pada bulan Februari tahun 2013, kemudian dibuka semula pada bulan Februari 2015.



WAJAH-WAJAH BUKIT BINTANG PARK (BB PARK)

Bukit Bintang Park (Hollywood Park) semasa dalam pembinaan pada penghujung tahun 1932.

BB Park sejurus selepas pembukaan pada tahun 1936.

BB Park pada tahun 1954 ketika Shaw Brothers menganjurkan Pameran Perdagangan.

BB Park di waktu malam pada tahun 1971. Rialto disebelah tepi (kanan). Hotel Federal tidak jauh dari BB Park.

Hollywood Park kemudian dikenali Bukit Bintang Park. 1 -> Dewan Menari (Dance Hall) 2 -> Pintu Masuk Utama.

Sungei Wang Plaza. Dulu (atas) dan sekarang.



ANTARA FILEM-FILEM SAYA TONTON DI BB PARK

CREATURE FROM THE BLACK LAGOON

6 JAHANAM



BUKIT BINTANG PARK (BB PARK)

Bukit Bintang Park (BB Park) was located on the site of today's Sungai Wang Plaza and Bukit Bintang Plaza and was built in the 1930s by a group of businessman. The place has been a centre of social and & cultural activities for the Kuala Lumpur residents.
This site used to be Hollywood Park way back in the 1930s. Back then, this part of town was considered the outskirts of Kuala Lumpur. It was for precisely this reason that Pudu Prison
(popularly called Pudu Jail) was built in 1895.
It then flourished as an entertainment spot after it was sold to Shaw Brothers who then upgraded the place and renamed it BB Park. The place was known for it's cabaret and dance halls and it even had a boxing ring, stage shows, theatres, restaurants, exhibitions and game stalls until it was closed down in the early 1970s to make way for the construction of Sungei Wang Plaza and Bukit Bintang Plaza.
Today BB Park is under the management of Low Yat and Sons Realty Sdn. Bhd. and has continued to live up to it's glory days.

- Sourse: MyOld Cinema

FAKTA

# Sebelum namanya Rialto ia adalah Capitol. Apabila panggung wayang baru dibina di Jalan Raja Laut Shaw Brothers memberi nama Capitol, dan menukarkannya dengan nama Rialto. Di zaman Jepun Capitol (Rialto) itu menggunakan nama Tokyo GekiZye.
# Terdapat 2 panggung wayang di Sungei Wang Plaza - President dan Sungei Wang. Antara filem-filem saya tonton, "Hurricane" arahan Jan Troell ibintangi Mia Farrow dan Jason Robards, juga filem Jackie Chan, "Snake and Crane Arts of Shaolin".



WAJAH-WAJAH LUCKY WORLD

Lucky World, terletak tidak jauh dari situ restoran popular
-> Nasi Kandar Kudu.

Lucky World pada tahun 1953.

The Queens terbiar sekian lama sebelum diambilalih oleh Rumpun Melayu kemudian ditukar namanya Pawagam P.Ramlee.

Pawagam P.Ramlee

Tapak Lucky World pada tahun 2016 dan masih wujud hingga kini.



ANTARA FILEM-FILEM SAYA TONTON DI LUCKY WORLD

THEY DIED WITH BOOTS ON

LAXMANA DO RE MI



FAKTA

# Lucky World ditutup pada bulan Januari tahun 1956 kerana adanya pertikaian hakmilik tanah. Ia terbiar sekian lama. Kini sebahagiannya menjadi sederet medan selera, dan sebahagian lagi menjadi kompleks membelibelah Quill. Di tapak The Queens (Pagawam P.Ramlee) sekarang menjadi padang letak kereta.
# Saya masih ingat, pentas pertunjukan dalam Lucky World hampir-hampir roboh apabila ramai peminat P.Ramlee dan Kasma Booty datang menyerbu. Pada masa itu mereka cukup popular setelah membintangi "Bakti", "Juwita" dan "Sejoli".

PAWAGAM P.RAMLEE

P. Ramlee and H.M. Shah formed Rumpun Melayu Filem Production. They decided to rent and renovate an old and unused cinema, "Queen Cinema", to promote their own films. P. Ramlee decided not to use the name "Queen Cinema" as he said that Malaysia was not Malaya anymore, as such not appropriate to use the term
Queen anymore.
So he suggested to his partners and colleagues that the name be changed to Panggung Wayang Gambar Rumpun. With his creativity flowing non stop, he further suggested to shorten the term Panggung Wayang Gambar to PAWAGAM. And everyone readily accepted his suggestion.
The term Pawagam is still being used now in the modern society, all thanks to P. Ramlee, who is not only a great artiste, but also as a great contributor to the Malay language. P. Ramlee also popularise other term such as "Mambang" which was used widely in the film Pendekar Bujang Lapok.
The official opening date for the newly refurbished cinema was set for 15th. August 1973, sadly P. Ramlee passed away on the 29th. May 1973. The name Pawagam Rumpun was changed to Pawagam P. Ramlee soon after his passing.
It was demolished in the year 1976.

- Source: P.Ramlee Project




CAPITOL, sering menayangkan filem-filem Melayu Malay
Film Productions.

ODEON, selalu menayangkan filem-filem Melayu Cathay Keris Film.

HANYA 4 PANGGUNG WAYANG SERING
TAYANGKAN FILEM-FILEM MELAYU
Oleh Muszaili Mustafar



Coliseum, Odeon, Capitol dan Federal merupakan 4 panggung wayang sering menayangkan filem-filem Melayu terutama keluaran MFP, Cathay Keris dan Merdeka Studio iaitu sebelum tiga studio filem tersebut dibubarkan.
Filem-filem MFP dan Merdeka Studio, kebiasaannya ditayangkan di Capitol dan Federal, manakala keluaran Cathay Keris tertumpu di Coliseum dan Odeon.
Agak menarik, sepanjang pengetahuan saya, tidak pernah filem-filem MFP dan Merdeka Studio ditayangkan di Colisuem dan Odeon, begitu juga sebaliknya, filem-filem Cathay Keris tidak pernah diputarkan di Capitol dan Federal.
Ini disebabkan, Capitol dan Federal dikuasai oleh Shaw Brothers manakala Coliseum dan Odeon ditadbirkan oleh Pertubuhan Cathay.
Apa pun, sebelum diwujudkan Capitol dan Federal, filem-filem MFP ditayangkan di Madras (Madras Lane) dan Lido (Jalan Brickfields). Sekali sekala di Central.
Dalam pengetahuan saya juga, hanya sekali saja filem Melayu ditayangkan di Pavilion yang terletak di persimpangan Jalan Pudu dan Jalan Bukit Bintang iaitu "Buloh Perindu" pada tahun 1953.
Begitu juga dengan Rex yang terletak di Jalan Sultan hanya sekali saja menayangkan filem Melayu iaitu "Anak Pontianak" yang ditayangkan seretak dengan Capitol pada tahun 1958.
Antara filem Melayu pernah ditayangkan di Capitol ialah "Semerah Padi", "Melanchong Ka Tokyo", "The Long House" (Rumah Panjang), "Raja Bersiong" dan "Cinta Dan Lagu".
Di Federal "Si Tora Harimau Jadian", "Tiga Abdul" dan
"Sergeant Hassan".
Di Odeon "Lela Satria", "Che Mamat Parang Tumpol" dan
"Dendam Pontianak"
Di Coliseum "Pontianak", "Orang Minyak", "Mutiara Dari Malaya", "Kasih Menumpang," "Istana Berdarah" dan "Kekaseh".
Di Madras "Pulau Mutiara", "Panggilan Pulau", "Juwita", "Penarek Becha', "Jubah Hitam" dan "Kipas Hikmat".
Di Lido "Nilam," "Bakti", "Sedarah", "Madu Tiga" dan "Gerimis".



WAJAH-WAJAH MAJESTIC

Empire -> Majestic

Majestic -> Kini D'Majestic Place.



ANTARA FILEM-FILEM SAYA TONTON DI MAJESTIC

THE JILTED



FAKTA

# Majestic yang terletak di Jalan Pudu dibuka pada tahun 1930an. Ia dirobohkan pada tahun 2006 dan terbiar menjadi tanah lapang hingga 2009. Kini tersergam D'Majestic Place.
# Pada 16 September 1940, Empire telah diarah roboh oleh Perancang Bandar Kuala Lumpur kemudian dibina semula dengan menggunakan nama Majestic.



WAJAH-WAJAH STAR

Star

Star -> Kini emart.



ANTARA FILEM-FILEM SAYA TONTON STAR

CAPTAIN FROM CASTILE

THE BLACK SWAN



FAKTA

# Star banyak menayangkan filem Cina dan Inggeris. Kini, telah ditutup dan diubahsuai menjadi Kompleks E-Mart, terletak di antara persimpangan Lorong Yap Hin dan Jalan Landak dalam kawasan Jalan Pasar.
# Agak menarik di panggung wayang inilah saya menonton hanya dua filem, "Captain From Castile" dan "The Swan", kedua-duanya dibintangi pelakon cukup popular, Tyrone Power.



WAJAH-WAJAH CENTRAL

Central Tahun 1967

Central Tahun 1980

Kedudukan lori dulu tersergam Central. Di sebelah belakang terletaknya Eastern Cabaret.



ANTARA FILEM-FILEM SAYA TONTON DI CENTRAL

BOBBY

KANCHAN TIRANA

JAB JAB PHOOL KHILE



FAKTA

# Tidak diketahui bila Central dibuka, juga ditutup. Apa yang saya tahu, sejak awal ia dalam pengurusan Shaw Brothers. Tidak pernah saya lihat filem Cina ditayangkan. Kebanyakannya filem Hindustan, Melayu dan Tamil. Antara filem Melayu pernah ditayangkan
di situ "Kanchan Tirana."




FOTO TIDAK ADA, SEKARANG SUDAH BERUBAH



WAJAH-WAJAH LIDO

Prince's -> Cathay -> Lido -> Kini Public Bank.



ANTARA FILEM-FILEM SAYA TONTON DI LIDO

SEDARAH

SESUDAH SUBOH

GERIMIS

AASHIQ



FAKTA

# Lido asalnya Cathay. Sebelumnya Prince's. Di awal tahun 1940an Prince's telah diubahsuai, dan apabila siap diubah nama Cathay. Setelah beroperasi sekian lama atas nama Cathay, Shaw Brothers telah mengambilalih dan menamakannya Lido pada 15 Mei 1951.
# Tidak pasti bila ditutup operasinya, Lido terletak di Jalan Sambanthan (Jalan Brickfields), hanya beberapa meter daripada KL Sentral dan Stesen Monorail, tapaknya kini Public Bank.
# Di Lido ini juga saya mengenali Rosnani buat pertama kalinya dengan menonton "Sedarah" (1952) arahan S.Ramanathan, turut dibintangi P.Ramlee dan A.Rahim. Tidak disangka 63 tahun kemudian saya berganding dengannya menganjurkan "Tribute... Bahyah Mahmood" (2015) bersama Yusof Haslam, Sonny Abdullah, Ahmad Fauzee dan Sandakiah Aziz.
# Pada 1 Februari 1932, Pengarah Urusan Ong Ee Lim telah membawa filem "East Of Borneo" (1931) ke Kuala Lumpur untuk di tayangkan di Prince's.
# Banyak juga filem saya tonton di panggung wayang ini yang sering menayangkan filem-filem Melayu, Hindustan dan Inggeris. Antaranya "Bakti", "Sesudah Suboh", "Mangsa", Aashiq, "Jab Pyaar Kisse Hota Hai" dan "Night Creatures".
# "Sesudah Suboh" arahan P.Ramlee ditayangkan di Lido mulai
3 Mac 1967.



WAJAH-WAJAH ALHAMBRA

Alhambra -> Kini KFC



ANTARA FILEM-FILEM SAYA TONTON DI ALHAMBRA

MAT BOND



FAKTA

# Alhambra terletak bersebelahan Masjid Jami'ul Ehsan (masjid lama) di Setapak. Tidak ada kepastian bila dibuka tetapi ditutup pada awal tahun 1980an. Kini tapaknya dibina sederet kedai termasuk KFC.
# Apa yang menarik, Zaini Yusop nyaris-nyaris maut apabila dia dilanggar pemandu kereta mabuk betul-betul dihadapan masjid terkenal itu. Disitu juga, beberapa tahun kemudian A.R. Tompel dilanggar kereta hingga membawa maut, tidak lama selepas kemalangan itu.
# Anehnya pada penghujung tahun 1960an, A.R. Tompel turut menjayakan pertunjukan Malam Gembira anjuran Persatuan Kebajikan Am Gombak Selatan. Turut bersamanya penyanyi M.Bakri dan Jamaluddin Alias.
# Tidak jauh dari Alhambra, di persimpangan Jalan Gombak and Jalan Genting Kelang, terdapat Pejabat Pos (kini Pos Malaysia). Di situlah lokasi penggabarran filem "Masam2 Manis" arahan P.Ramlee. Scenenya, Sharifah Hanim mengepos surat, kemudian naik bas dan bertemu P.Ramlee.
# Seingat saya hanya satu filem saya tonton di situ, "Mad Bond" filem ala-Get Smart arahan M.Amin dan Mat Sentol turut dibintangi Malek Selamat, Siti Tg.Perak dan Rahim Hamid.
# Alhambra pernah mengadakan Festival Filem "Mat" selama 3 bulan. Antara filem yang ditayangkan termasuk "Mat Lanon", "Mat Magic", "Mat Toyol" dan "Mat 3/4".
# Alhambra juga wujud di Singapura, dan namanya diambil dari istana dan kubu Alhambra yang bersejarah dan masih kukuh terletak di Granada, Spain.
# Juga tidak jauh dari Alhambra Normah Yuzie (pelakon "Cinta Dan Lagu" dan "Pendekar") meninggal dunia akibat kemalangan kereta pada 20 Julai 1977 ketika umurnya masih muda, 29 tahun.



WAJAH-WAJAH GOLDEN CITY

Golden City -> Kini Hotel Dynasty



ANTARA FILEM-FILEM SAYA TONTON DI GOLDEN CITY

LAND OF THE PHAROAHS

SUSPIRIA



FAKTA

# Golden City, terletak di Jalan Ipoh (Jalan Sultan Azlan Shah) mula beroperasi pada 1 Januari 1958. Tidak ada maklumat bila ia ditutup. Kini tersergam indah Hotel Dynasty.
# Tidak banyak filem yang saya tonton di situ. Yang saya ingat "Land Of The Pharoahs", mengenai pembinaan Piramid di Mesir, dibintangi Joan Collins dan Jack Hawkins serta filem seram Italy, "Suspiria".



WAJAH-WAJAH METROPOLE

Metropole -> Kini Sederet Kedai




ANTARA FILEM-FILEM SAYA TONTON DI METROPOLE

FANNY HILL



FAKTA

# Bila Metropole dibuka, ditutup dan diroboh, tidak ada maklumat yang sah saya perolehi. Apa yang saya tahu ia lebih tertumpu menayangkan filem-filem Cina dan sekali sekala filem-filem Inggeris. Seingat saya, hanya sekali saya masuk ke panggung wayang tersebut menonton x-rate film, "Fanny Hill". Metropole terletak tidak jauh dari Star di kawasan Market Jalan Pasar.



WAJAH-WAJAH HINDUSTAN

Anak panah (->) menunjukkan lorong masuk ke Hindustan dari Jalan Dang Wangi.



ANTARA FILEM-FILEM SAYA TONTON DI HINDUSTAN

HIS MAJESTY O'KEEFE

AURAT



FAKTA

# Hindustan maklumatnya terbatas. Tidak ada kepastian bila mula beroperasi dan bila pula ditutup. Banyak juga filem yang best-best saya tonton antaranya "His Majesty O'Keefe", "Indian Fighter" dan "Aurat" (ciplakan "Samson And Delilah") dibintangi Premnath dan Bina Rai.
# Kedudukan Hindustan tersorok, terletak di belakang sederet kedai, hanya beberapa meter dari Central (yang dikedalikan oleh Shaw Brothers) dan kelab malam Eastern Cabaret yang begitu popular sedikit masa dulu.
# "Aag" yang memulakan kerjaya Raj Kapoor sebagai produser dan pengarah filem ditayangkan di Hindustan pada 16 April 1949.



WAJAH-WAJAH SENTUL


Antara dua wajah Sentul.



ANTARA FILEM-FILEM SAYA TONTON DI SENTUL

BEWITCHED

AIRPORT 1975

TWO-MINUTE WARNING



FAKTA

# Sentul terletak di Jalan Perhentian, mula beroperasi di awal tahun 1970an. Kepunyaan Shaw Brothers ia menayangkan filem-filem Cina, Inggeris, Melayu, Hindi, Indonesia dan Tamil. Ditutup pada tahun 1984 dan menjadi kedai perabot dan restoran sekian lama, dibuka semula beberapa tahun kemudian.
# Di sinilah saya menonton filem seram keluaran Shaw Brothers Hong Kong lakonan Hussain Abu Hassan "Bewitched" arahan Chih-Hung Kuei, turut dibintangi Fei Ai, Melvin Wong dan Fanny Fen-Ni. Saya masih ingat, tiket diberi percuma oleh Hussain Abu Hassan.
# Sentul ditutup buat selama-lamanya mulai bulan Februari tahun 2018 kerana kedatangan penonton tidak begitu menggalakkan.
# Di peringkat awal namanya pernah menggunakan Venus kemudian berubah kepada Empire.




TOWN HALL

THE GODFATHER

ANDA PATUT TAHU JANGAN TIDAK TAHU

# Di Town Hall, dewannya pernah dijadikan panggung wayang. Antara filem masih saya ingat tonton di situ, "Ratu Ular" arahan Lilik Sudjio dengan bintang utamanya Lenny Marlina, Farouk Afero dan Faisal Riza.
# Sun Theatre dan Canton Theatre juga ada di Kuala Lumpur? Dimana lokasinya tidak dapat dipastikan.
# "The Godfather" lakonan Marlon Brando dijadulkan ditayangkan di Mido tetapi kemudian dibatalkan kerana diharamkan. Ceritanya mengenai keganasan Mafia.
# Ampang Park yang dibuka pada 15 Mac 1973, juga dilengkapi dengan panggung wayang. Saya tidak pernah menonton apa-apa filem di situ namun pernah menyaksikan penggambaran "Permintaan Terakhir" lakonan Uji Rashid dan Sonny Abdullah. Scenenya, saat-saat Uji Rashid akan menemui ajalnya ketika berdrama
di atas pentas.
# Mido terletak di kopleks kedai di Chow Kit Road. Antara filem-filem yang saya tonton, "Moses The Lawgiver" dibintangi Burt Lancaster dan "The Devil' Rain" lakonan John Travolta.
# Tidak jauh dari Pasar Sentul dan pejabat Mustapha Maarof, Warna Motion Pictures, terdapat panggung wayang sederhana besarnya. Tidak dapat dipastikan bila dibuka bila ditutup dan bila
pula dirobohkan.

* Akan ditambah sekiranya maklumat terbaru diperolehi.




Pak Mus di Alhambra (Granada)

Pak Mus di Capitol (Washington)

Pak Mus di Coliseum (Rome)

Pak Mus di Lido (Venice)

DARI MANA NAMA PANGGUNG WAYANG DIPEROLEHI
Oleh Pak Mus



Empat nama paling banyak digunakan untuk panggung wayang hampir meliputi seluruh dunia - Capitol, Rex, Odeon dan Lido.
Capitol merujuk kepada bangunan Capitol di Washington DC., Usa. Tempat persidangan kongres seperti persidangan parlimen
di Kuala Lumpur.
Rex asalnya perkataan latin bermaksud Raja.
Odeon menyerupai stadium di zaman kuno yunani dan roman tempat latihan menyanyi, bermain musik dan membaca sajak.
Lido merujuk pulau (pantai) Lido di Venice, Italy. Tempat berlangsungnya Festival Filem Venice setiap tahun sejak 1932.
Alhambra, terdapat juga di Singapura, merujuk kepada kubu berwarna merah, Alhambra. Terletak di Granada, Spain jauhnya 415 kilometer dari Madrid.
Rialto merujuk kepada Jambatan Rialto, merintangi Grand Canal,
di Vanice, Italy.
Pavilion merujuk kepada Pavillon de Paris. Mempunyai kawasan luas untuk pementasan konsert berada dekat Porte de Pantin di utara Paris, French.
Cathay berasal dari perkataan Catai. Nama negara China dalam pengertian orang-orang Eropah (Inggeris).
Madras bukan berasal dari Madras (kini Chennai) di India tetapi nama pemilik panggung wayang tersebut (ketika itu) bernama Madras. Nama penuh tidak pasti.
Central (Eropah Tengah) merujuk kepada satu wilayah di Eropah yang terbentang di antara Eropah Timur, Barat, Selatan dan Utara.
Sentul merujuk kepada pekan Sentul (kini pesat membangun) di Kuala Lumpur. Sentul nama sejenis buah.
Federal merujuk kepada Federal Government
(Kerajaan Persekutuan).
Hindustan perkataan Parsi bererti Negara India.
Metropole (mother city) merangkumi empayar British, French
dan Portugal.
Golden City ibu negara (capital city) Kerajaan Wakanda terletak di persempadanan California dan Oregon.
Star sudah jelas merujuk kepada film star (bintang filem).
Agak menarik, panggung wayang Coliseum dan Madras tidak
ada di Singapura.
Enam negara di mana nama asal panggung wayang terdapat di Kuala Lumpur telah Pak Mus kunjungi.
1. Alhambra
2. Capitol
3. Coliseum
4. Lido
5. Rialto
6. Pavilion
7. Cathay
Dua di Venice (Italy), satu di Rome (Italy), satu di Washington (Usa), satu di Granada (Spain), satu di Beijing (China) dan satu
di Paris (French).
Pertama Pak Mus kunjungi Coliseum di Rome tahun 1986, kemudian Lido dan Rialto di Venice. Kemudian tahun 1988 Pak Mus melawat Usa dan dapat masuk ke bangunan Capitol.
Dalam lawatan sebulan ke Spain, Portugal dan French, Pak Mus naik keretapi ke Granada, dari Madrid menyaksikan Alhambra yang kotanya begitu kukuh dan berwarna merah.
Paris Pak Mus lawat pada tahun 1995, dan Pavilion terletak di utara Paris. Beijing pula pada tahun 2002.





# UPDATE: 27 OGOS 2018





REX (Seremban) Tahun 1955

REX (Seremban) Tahun 2013

REX (Seremban) Kini Public Bank

HANYA SATU FILEM SAYA TONTON DI REX

TIADA MA'AF BAGIMU

CAPITOL (Seremban) Tahun 2013

CAPITOL (Seremban) Kini Bangunan Masih Belum Digunakan

HANYA SATU FILEM SAYA TONTON DI CAPITOL

SUMPAH ORANG MINYAK



CAPITOL (Pulau Pinang) Tahun 1957

CAPITOL (Pulau Pinang) Tahun 1960an

CAPITOL (Pulau Pinang) Tahun 1981

HANYA SATU FILEM SAYA TONTON DI CAPITOL

RAINTREE COUNTY

ODEON (Pulau Pinang ) Tahun 1956

ODEON (Pulau Pinang) Tahun 1957

ODEON (Pulau Pinang) Tahun 2014

ODEON (Pulau Pinang) Tahun 2017

HANYA SATU FILEM SAYA TONTON DI ODEON

SULTAN MAHMOOD MANGKAT DI-JULANG



CATHAY -> PANGGUNG BANGSAWAN (Melaka) Kini

CATHAY (Melaka) Tahun 1960an

HANYA SATU FILEM SAYA TONTON DI CATHAY

BAYANGAN DIWAKTU FAJAR

LIDO (Melaka) Tahun 1950an

LIDO (Melaka) Tahun 2014

HANYA SATU FILEM SAYA TONTON DI LIDO

IBU MERTUA KU

FEDERAL (Melaka) Tahun 1960an

FEDERAL (Melaka) Tahun 2012

HANYA DUA FILEM SAYA TONTON DI FEDERAL

MOONRAKER

SENJA MERAH



ISIS -> REX (Ipoh) Tahun 1930an

REX (Ipoh) Tahun 1948

REX (Ipoh) Tahun 1954

REX (Ipoh) Tahun 1990an

HANYA SATU FILEM SAYA TONTON DI REX

ALI BABA BUJANG LAPOK

ODEON (Ipoh) Tahun 1950an

ODEON (Ipoh) Tahun 1960an

ODEON (Ipoh) Tahun 1990an

ODEON (Ipoh) Tahun 2000an

HANYA SATU FILEM SAYA TONTON DI ODEON

SCARED STIFF



CAPITOL (Johor Bahru) Tahun 1950

CAPITOL (Johor Bahru) Tahun 1953

HANYA SATU FILEM SAYA TONTON DI CAPITOL

Knights Of The Round Table



# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?




10 comments:

  1. Satu lagi artikel menarik dari FK. Begitu lengkap mengenai panggung wayang lama di Kuala Lumpur. Terima kasih Encik Mustafar A.R. Diharap selepas ini FK buat pula Panggung Wayang (Pulau Pinang). Apa yang saya tahu filem Melayu pertama, "Leila Majnun." pernah ditayangkan di Windsor, Pulau Pinang (kemudian berubah nama Capitol) pada tahun 1934. Di Pulau Pinang kini banyak juga panggung wayang lama masih wujud tetapi tidak lagi menayangkan filem antaranya Federal dan Odeon - Yusof Maidin (via e-mail), USM, Pulau Pinang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya akan cuba lakukan tetapi mengikut kemampuan. Jika terdaya, adalah. Kalau tidak, takdalah. Ini kerana keperluan masa untuk membuat kajiselidek bagi mendapatkan fakta yang tepat. Apa pun, terima kasih Encik Yusof di atas cadangan tersebut yang boleh dianggap menarik.

      Delete
  2. Walaupun kepesatan media sosial pada hari ini, blog tuan masih menyajikan maklumat yang dikemaskini selalu, moga tuan diberikan kelapangan & kesihatan yang baik agar dapat mendokumentasi sejarah industri hiburan di Nusantara....

    ReplyDelete
  3. Ada foto panggung Capitol Johor Bahru .. dah lama tak ada sejak awal 70an buat komplek perniagaan sebelah setesen keretapi JB. Setesen tu masih ada tapi Capitol dah dirobohkan. Pernah tengok masa kecil .. kira paling besar di Negeri Johor masa tu, T. kasih .. kenangan nostalgia.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas sumbangan sejarah panggung wayang berserta gambar yang mwmberi kenangan yang tidak ternilai. Harap dapat berjumpa dengan tuan untuk berkongsi pengalaman. Saya Shan dari Kuala Lumpur, Sound Engineer untuk panggung wayang. No telepon: 0129438341. Terima kaaih

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas sumbangan sejarah panggung wayang berserta gambar yang mwmberi kenangan yang tidak ternilai. Harap dapat berjumpa dengan tuan untuk berkongsi pengalaman. Saya Shan dari Kuala Lumpur, Sound Engineer untuk panggung wayang. No telepon: 0129438341. Terima kaaih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kembali. Ya. Saya pun ingin bertemu sdra Shan. Mana tahu kalau ada apa-apa yang boleh saya perolehi daripada sdra terutama mengenai panggung-panggung wayang di Kuala Lumpur.

      Delete
  6. Salam dan selamat hari raya pak mus. Maaf sy mengganggu. Dh lama mengikut blog ini cuma br sekarang terbuka nk beri sedikit cadangan. Bagaimana pandangan pak mus tentang panggung wayang di tg malim perak? Seingat sy ada dua iaitu rex dan cathay. Cathay terletak di sempadan tg malim - hulu bernam. Rex sy x sempat nk masuk sbb dh lama ditutup. Yg sy sempat masuk ialah cathay. Dpt la tgk filem spt x files dan volcano sekitar tahun 96/97 dulu kalau x silap sy sblm ditutup terus. Sekarang cathay tu dh jd kedai perabot manakala rex pula dh diruntuhkan dan terbiar agak lama sblm baru2 ini dibangunkan menjadi kelihatannya spt pusat perniagaan baru yg sedang disiapkan. Mohon pak mus mengulas keadaan di tg malim ketika kegemilangan panggung2 ini sekiranya pak mus tahu atau ada sumber2 yg tahu. Dan kalau x keberatan ulas juga panggung wayang di peka sg besar selangor cuma yg itu sy lgsung x tahu sbb agak jauh dr tempat tinggal sy. Terima kasih pak mus dan semoga sihat sekeluarga.

    ReplyDelete
  7. TERIMA KASIH tuan di atas perkongsian cerita nostalgia ini. Ia mengimbau kembali zaman remaja saya membesar di Jalan Bangsar, KL sekitar tahun 70an sehingga 90an

    ReplyDelete
  8. Saya terlalu nostalgia dengan panggung central tepi sungai Kuala Lumpur...terubat rindu bila lihat gambar.

    ReplyDelete