"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Saturday, April 12, 2014


SEKSI SELEBRITI BOLLYWOOD DULU-DULU




PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI
tapi jasamu tetap dikenang & dihargai


# LIHATLAH DAN BACALAH___
* YUSOF LATIFF pelukannya dalam "chemburu" dikritik hebat
* SALMAH AHMAD kejelitaannya terletak didagu, ya tak?
* DEWI MURNI kisah zaman silam yang menghiburkan
* MUTIARA DARI MALAYA teknik fotografinya sangat menarik
* LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING akhirnya, kita berpisah juga
* SHANE filem koboi yang paling saya sukai
* RASHOMON filem akira kurosawa yang sukar ditandingi
* TIGA DARA masih enak ditonton hingga kini
* 12+1 RAFEAH BUANG "kalau rindu" menduduki tempat teratas
* 12+1 SUDIRMAN "salam terakhir" berada ditempat teratas
* PERMINTAAN TERAKHIR ciplakan filem hong kong, "susanna"
* CINTA DAN LAGU satu-satunya filem musikal wujud di malaysia






Foto: OSMAN ABDULLAH
Teks: MUSTAFAR A.R.
Di Edit Di Semak & Di Susun: ZAINI YUSOP
_______________________________________________

SALAM sejahtera Encik Mustafar A.R.

Terima kasih di atas kesudian Encik Mustafar memuatkan dua sumbangan saya - Seksi Selebriti Malaysia Dulu-Dulu dan Seksi Selebriti Indonesia Dulu-Dulu.

Ternyata usaha saya menghantar gambar-gambar tersebut sangat berbaloi kerana (mengikuti statistik yang Encik Mustafar catatkan) telah menduduki tempat pertama dan ketiga dalam senarai artikel popular Filem Klasik.

Ini telah memerangsangkan saya untuk meneruskan usaha dengan menyumbangkan artikel yang sama, tetapi kali ini selebriti India (Bollywood) pula.

Sebenarnya, selebriti Bollyood dulu-dulu ramai juga, dan saya cuma sumbangkan, yang dikira popular dan diminati ramai di zaman 1950an, 1960an dan 1970an saja seperti antaranya Madhubala, Nargis, Viyanthimala, Nalini Jaywant dan Meena Kumari.

Namun begitu, turut dihantar selebriti tahun 1930an dan 1940an seperti Seeta Devi dan Devika Rani.

Jika dilihat gambar-gambar mereka di zaman tersebut, keseksian tidak kalah dengan, yang ada di zaman 1980an hingga kini, yang boleh dikatakan hampir-hampir berbogel, tetapi kejelitaan dan dedah sikit-sikit itulah, yang lebih gairah dan lebih seksi.

Lihat saja, Rakhee, Zeenat Aman, Neetu Singh, Tajuna, Sharmila Tagore dan Shabana Azmi, sebagai contoh. Cukup gairah, cukup seksi.

Satu perkara yang agak berlainan sumbangan saya kali ini, coraknya. Jika yang terdulu, gambar-gambar saja saya hantar, kali ini siap dengan framenya sekali yang saya anggap lebih menarik dan lebih kemas.

Persoalannya sekarang (jika disiarkan), apakah Seksi Selebriti Bollywood Dulu-Dulu, dapat menawan hati pengikut-pengikut (followers) dengan memberi lonjakan menduduki tempat pertama atau kedua artikel popular Filem Klasik.

Mungkin ya, mungkin tidak.

Selebriti Indonesia mempunyai ramai peminat. Ini dapat dilihat dimana, setelah sekian lama selebriti Malaysia menjuarai artikel popular, telah dipintas oleh mereka, yang kini meninggalkan Malaysia jauh ke belakang.

Saya menjangkakan Seksi Selebriti Bollywood Dulu-Dulu, akan menerima hits yang lebih drastik kerana tayangan filem-filem Bollywood meliputi seluruh dunia, tidak seperti Malaysia dan Indonesia, hanya tertumpu di sekitar Nusantara dan Asia saja.

Sekian, sekali lagi terima kasih.

- OSMAN ABDULLAH, Nusajaya, Johor.


Itulah e-mail (beserta gambar) yang saya terima daripada Encik Osman Abdullah pada 7 April 2014. Nampaknya, beliau begitu kreatif orangnya hingga sanggup merekabentuk gambar-gambarnya itu, yang kelihatan lebih cantik dan tersusun.

Kepercayaan Encik Osman menyalurkan sumbangannya itu kepada Filem Klasik, begitu mengharukan saya, sedangkan banyak lagi blog-blog lain di alam maya ini. Kenapa, ya?

Untuk lebih menarik lagi, turut dimuatkan gambar anak-anak mereka yang turut menjadi popular, mengikut jejak langkah ibu masing-masing.

Contohnya, Abhishek Bachchan (Jaya Bhaduri), Ranbir Kapoor (Neetu Singh) dan Kajol (Tanuja).

Seksi Selebriti Indonesia, ternyata sudah mengatasi Seksi Selebriti Malaysia. Mengikut catatan pada 12 April 2014, Indonesia, 57,897, berbanding Malaysia, 40,298.

Sejauh mana pula pencapaian Seksi Selebriti Bollywood? Dapatkah mengatasi Indonesia atau Malaysia? Sama-samalah kita tunggu dan lihat...































ANAK-ANAK MEREKA YANG TURUT POPULAR___

* NARGIS (Sunil Dutt) - Sanjay Dutt
* TANUJA (Shomu Mukherjee) - Kajol & Tanisha
* SHARMILA TAGORE (Mansoor Ali Khan)
- Saif Ali Khan & Sona Ali Khan
* NEETU SINGH (Rishi Kapoor) - Ranbir Kapoor
* JAYA BHADURI (Amitabh Bachchan) - Abhishek Bachchan
* HEMA MALINI (Dharmendra) - Esha Deol
* PROTIMA BEDI (Kabir Bedi) - Pooja Bedi
* DIMPLE (Rajesh Khanna)
- Twinkle Khanna & Rinke Khanna


SANJAY DUTT

KAJOL

TANISHA

SAIF ALI KHAN

SONA ALI KHAN

ABHISHEK BACHCHAN

TWINKLE KHANNA

RINKE KHANNA

RANBIR KAPOOR

ESHA DEOL

POOJA BEDI


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___

FILEM KLASIK MALAYSIA
Berapa Banyakkah Yang Masih Ada?


FFAP6 (1959)
Filem Terbaik: THE KINGDOM AND THE BEAUTY (Hong Kong)

AHMAD MAHMOOD
Ahmad Mahmood Bintang Di Langit Seni

FFAP19 (1973)
Filem Terbaik: PERKAHWINAN (Jakarta)

LATIFAH OMAR
Ikon Era Gemilang Filem Melayu


FFAP25 (1979)
Filem Terbaik: PENGEMIS DAN TUKANG BECA (Jakarta)

R. AZMI
Berada Dalam Kamar Sepi Dalam Kesepian

FFAP30 (1985)
Filem Terbaik: DEEP BLUE NIGHT (Seoul)





KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 mukasurat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P.Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun disebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P.Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar negara untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya
- KAKAK TUA.







4 comments:

  1. Saya pilih;
    1. Zeenat Aman
    2. Shabana Azmi
    3. Dimple
    - Luqman, Desa Petaling, Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  2. Menarik artikel ini.
    Pilihan saya ialah:-
    1. Dimple
    2. Zeenat Aman
    3. Rakhee
    - RAJ, Pasir Gudang, Johor.

    ReplyDelete
  3. Selepas ini FK patut siarkan pula
    Seksi Selebriti Hong Kong Dulu-Dulu pula
    seperti Lin Dai dan Lili Hwa.
    Dalam membuat pilihan, saya pilih,
    1. Zeenat Aman
    2. Shabana Azmi
    3. Sharmila Tagore
    Daripada: Zulman, Alor Setar, Kedah.

    ReplyDelete
  4. Dalam artikel ini, bukan saja memperlihatkan seksi selebriti Bollywood dulu-dulu, malah lebih dari itu. Selama ini saya hanya mengenali Kajol, Aishwarya Rai, Deepika Padukone dan beberapa lagi selebriti terkini, tidak tahu adanya Madhubala, Meena Kumari, Nargis, apatah lagi Seeta Devi dan Devika Rani. Inilah kelebihan FK, memberi info yang menarik kepada jenerasi baru seperti saya. Tahniah Encik Osman Abdullah dan Encik Mustafar A.R. Saya juga mahu join membuat pilihan:- 1. Zeenat Aman 2. Rekha & 3. Shabana Azmi. - EDDY, Port Dickson, Negeri Sembilan.

    ReplyDelete