KEJAYAAN YANG MERUNTUN HATI DAN JIWA...
Teks: Mustafar A.R.
Foto Dari Berbagai Sumber
Di Edit Di Susun & Di Semak: Zaini Yusop
12+1 LAGU TERBAIK SUDIRMAN
# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
* JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA
# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 18 APRIL 2015)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 109,824
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 87,925 * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 82,727
* SELAMAT PENGANTIN BARU 52,914 * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 17,829
TRIBUTE... BAHYAH MAHMOOD
Bahyah Mahmood menjulang Anugerah Skop Productions, sambil diperhatikan oleh Masnah Rais, Yusof Haslam dan Sonny Abdullah.
Bahyah Mahmood dan Masnah Rais dikelilingi artis-artis terkenal. Rahman Hassan, D.J.Dave, Nancy Foo, Noor Kumalasari dan Salamiah Hassan.
Sepasang suami isteri yang bahagia (dua-dua wartawan) - Ahmad Idris (ABI) dan Bahyah Mahmood (BAM).
Nama penuh BAHYAH BINTI MAHMOOD
Nama samaran BAM
Umur 73 TAHUN (30 OKTOBER 1941)
Tempat lahir NO. 4, JALAN ENGKU KADIR
OFF JALAN EUNOS, KAMPUNG MELAYU,
SINGAPURA 14.
Pendidikan SEKOLAH MELAYU, SEKOLAH AGAMA, INGGERIS dan ARAB
Singapura dan Johor Bahru.
Suami AHMAD BIN IDRIS
Nama samaran ABI
Tarikh kahwin 17 APRIL 1966
Anak FARIZAH * FADHILA * FAZLIANA
Pencapaian Gemilang
* PELAKON FILEM "SRI MERSING" (1961) & "SRI ANDALAS" (1966)
* PENULIS SKRIP HIBURAN MINGGU INI (RTM, 1976)
* PANEL JURI PENGANUGERAHAN SENIMAN (1979)
* PENGASAS FESTIVAL FILEM MALAYSIA (EJA, 1980)
* AHLI LEMBAGA PENGARAH FINAS (1991-1993)
* PENULIS LIRIK LAGU SALOMA, SALAMIAH HASSAN D.J.DAVE & EBBY SAIFUL
Mustafar A.R. bersama isterinya, Zaini Yusop, turut sama menghadiri majlis penganugerahan "Tribute... Bahyah Mahmood" yang cemerlang dan gemilang.
LINANGAN AIRMATA MENGIRINGI KEJAYAAN "TRIBUTE... BAHYAH MAHMOOD"
AKHIRNYA, "Tribute... Bahyah Mahmood" direalisasi dan direalitikan.
Idea yang saya cetuskan itu, mula dibincangkan pada 23 Februari 2014. Kemudian, mesyuarat demi mesyuarat, pertemuan demi pertemuan diadakan, untuk menjadikannya kenyataan.
Tapi entah dimana silapnya, perancangan tidak berjalan sebagaimana yang dirancang, dan ahli jawatankuasa (ajk) pula seringkali bertukar-ganti.
Sudahnya, hanya lima kekal dalam ajk - Sonny Abdullah, Rosnani Jamil, Ahmad Fauzee, Sandakiah Azez dan saya sendiri.
Anehnya, sungguhpun sekadar lima, namun dapat juga dijayakan cukup sempurna dengan bermodalkan RM20,000.00 (bajet sebenar lebih RM60,000.00) sumbangan Yusof Haslam, tuan-punya Skop Productions.
Lebih menyedihkan Utusan, tempat Bahyah berkhidmat selama 32 tahun, menolak permohonan dana oleh Wartisma. Begitu juga Finas, dimana beliau pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Finas (1991-1993).
Apakah, jika memberi sumbangan, sama-sama prihatin sebagaimana yang ditunjukkan oleh Skop Productions (tidak payah RM20,000.00, RM2,000.00 atau RM3,000.00 pun cukuplah), Utusan dan Finas boleh bangkrap? Tidakkah mereka malu dengan Yusof Haslam?
Kalau Bahyah tidak terlibat dengan Utusan dan Finas, Wartisma tidak berminat untuk memohon dana tersebut. Inilah, salah satu punca, "Tribute... Bahyah Mahmood" terlewat melangkaui lebih setahun.
Sebagai pencetus idea "Tribute... Bahyah Mahmood", jiwa dan hati saya meruntun dengan iringan titisan airmata apabila melihat Bahyah menerima Anugerah Skop Productions daripada Masnah Rais dan ketawa riang sepanjang majlis berlangsung. Memperlihatkan, betapa 'happy'nya beliau.
Berbaloi usaha saya bersama Sonny, Rosnani, Ahmad Fauzee dan Sandakiah. Hasrat untuk menganugerahkan sesuatu bagi merintis jalan supaya para wartawan akan datang ditributekan dan yang tidak dapat dilupakan oleh Bahyah sepanjang hayatnya, sudah pun tercapai.
“Saya tidak pernah minta dihargai, namun berterima kasih kerana ada pihak yang mahu menghargai sumbangan saya selama ini," kata Bahyah dimajlis penyampaian anugerah dipetang yang aman dan damai itu.
Memang benar, ketika saya ke rumahnya di Kampung Datuk Keramat, pada awal tahun lalu, Bahyah menolak untuk ditributekan. "Tak payahlah Pa, tak usahlah susah-susah. Bahyah takda jasa, takda bakti pun," katanya merendah diri, sifat itulah yang saya mengenalinya sejak dulu.
"Tak boleh begitu Bahyah," kata saya memujuk, dan menambah: "Saya mahu Bahyah sebagai pemangkin untuk pemberian anugerah kepada wartawan terutama wartawan hiburan dimasa akan datang.
"Bahyah kan tahu wartawan terpinggir, yang banyak dikalangan artis saja, bermacam-macam untuk mereka. Untuk wartawan jarang ada, apakata kita mulakan dari sekarang." Bahyah masih tidak mahu, menolak. Saya pula resah, kecewa.
Namun, selepas Ahmad Idris, suami Bahyah, membaca kertas-kerja yang saya kemukakan, beliau bersuara: "Biarlah Bahyah, Mustafar dah susah-payah buat kertas-kerja ni, Bahyah tolak pula."
Bahyah terdiam, lama juga. Berfikir antara mahu dengan tidak. Kemudian berkata: "Dah Bang Mat kata begitu, Bahyah terimalah. Bahyah setuju ni pun kerana Pa, kalau orang lain Bahyah tak mau." Saya gembira, tapi tersentak pula.
Kerana saya Bahyah mahu, kalau orang lain Bahyah tak mahu?. Sampai sekarang saya masih tertanya-tanya, apa kelebihan saya dihati dan jiwa Bahyah, berbanding dengan orang lain.
Bermula dari situlah, "Tribute... Bahyah Mahmood" bergerak. Halangan terlalu banyak, macam-macam kerenah. Sampai kesatu peringkat saya sudah mula kecewa dan 'give up'.
Ahmad Fauzee sekeluarga (isteri dan anak-anaknya), terpaksa naik komuter dari Kuala Lumpur datang ke Seremban, semata-mata mahu memujuk saya supaya "Tribute..." diteruskan. "Kesian, Kak Bahyah," katanya.
Saya pernah menjadi Setiausaha Festival Filem Malaysia dua kali, Pegawai Penerangan sekali, tapi menganjurkan "Tribute... " ini terasa sangat panas bahangnya, perit sekali.
Bukan itu saja, saya kehilangan ramai kawan karib termasuk Zain Haji Hamzah, Raja Ahmad Niza, Deddy M.Borhan dan Amin Khan. Nyaris-nyaris pula Fauziah Rauf, Omar Manan dan Abass Bakar.
Sebabnya, masing-masing mahu merombak kertas-kerja (konsep) "Tribute..." kearah yang lebih membebankan dan cuba mengambil kesempatan mencari dana mengaut keuntungan.
Kata saya kepada mereka, "Tribute..." untuk memberi penghormatan, bukannya mencari dana derma kebajikan.
Entah dari mana sumbernya, Bahyah dapat tahu ajk "Tribute..." menghadapi masalah kewangan, dan telah menelefon saya supaya penghormatan untuknya itu dibatalkan.
Saya berkata: "Terima kasih Bahyah kerana bersimpati, tapi kebiasaannya niat yang baik akan dimakbulkan Tuhan, terlebih dulu dugaan harus dihadapi."
Tambah saya: "Bahyah rilek, biar saya usahakan dulu seberapa yang terdaya. Jika saya sudah tidak berdaya dan sudah tidak mampu, nanti saya beritahu Bahyah diiringi penuh kesal dan kecewa, kerana hajat tak sampai."
Tepat. Niat yang baik direstui Yang Maha Esa. Yusof Haslam tidak berganjak, sejak mula-mula dulu lagi, dan akan terus memberi bantuan menjayakannya.
Ini memberi semangat kepada Sonny, Ahmad Fauzee, Rosnani, Sandakiah dan saya untuk berusaha lebih gigih merealisasi dan merealitikannya.
Pada 12 April 2015 (juga genapnya lima tahun Filem Klasik terawang-awang di alam maya), di Saloma Bistro yang langitnya di liputi mendung, gerimis berkilauan dan hujan renyai-renyai, "Tribute... Bahyah Mahmood" pun tercatat dalam sejarah...
Hail Amir dan Isma AF dengan lagu "Malam Ku Bermimpi".
Ahmad Fauzee dan Ebby Saiful dengan lagu "Si Manis 17".
Ebby Saiful dan Ayu Cendana dengan lagu "Setangkai Kembang Melati".
Masnah Rais menyanyikan lagu popular S.Effendy, "Fatwa Pujangga".
Ahmad Nawab meniup saxophonenya dengan lagu khas buat Bahyah Mahmood.
Salamiah Hassan menyanyikan lagu "Gelombang" ciptaan Kassim Masdor dan liriknya oleh Bahyah Mahmood.
"MEKAR SEJAMBAK" MENGIMBAU KEMBALI ZAMAN LAMPAU
DISAMPING berjaya menyampaikan Anugerah Skop Productions kepada Bahyah Mahmood, persembahan nyanyian dan tarian oleh kumpulan "Mekar Sejambak" yang dipimpin oleh Ahmad Fauzee, merupakan antara penyebab "Tribute... Bahyah Mahmood" berada dalam situasi yang sangat meriah dan menyeronokkan.
Rata-rata yang datang dikalangan orang veteran (senior) baik artis, wartawan mahu pun tetamu yang diundang, lagu-lagu yang dihidangkan bernostalgia, mengimbau kembali dizaman lampau yang tidak akan kembali lagi.
Paling menarik, apabila hasrat saya supaya lagu "Kesetiaan Kasih (Aduhai Adinda)" petikan filem "Sri Andalas" yang dibintangi Bahyah Mahmood disamping Sarimah, Ahmad Mahmood dan Nor Azizah, turut didendangkan.
Dalam filem, lagu tersebut dinyanyikan oleh Rafeah Buang dan Ahmad Mahmood. Dalam "Mekar Sejambak" didendangkan oleh Ahmad Fauzee dan Ayu Cendana.
Persembahan bermula dengan nyanyian berama-ramai lagu "Ayo... Ayo... Ayo... Ayo... Kazambo" petikan filem "Panggilan Pulau" yang pernah disampaikan oleh P.Ramlee dan Momo.
Kemudian disusuli "Kesetiaan Kasih (Aduhai Adinda)", "Suka Sama Suka" (Salwa Abdul Rahman/Ebby Saiful), "Malam Cemerlang" (Isma AF/Hail Amir), "Setangkai Kembang Melati" (Ebby Saiful/Ayu Cendana), "Sumpah Tanda Setia" (Salwa Abdul Rahman/Ahmad Fauzee) dan "Malam Ku Bermimpi" (Isma AF/Hail Amir).
Lagu-lagu tersebut merupakan lagu-lagu 'evergreen' yang sentiasa segar sepanjang zaman dan pernah dinyanyikan oleh P.Ramlee, Momo, Aziz Jaafar, Nona Asiah, Kartina Dahari, Rafeah Buang, Hashimah Yon, Abdullah Chik, Jamaliah Shariff dan Omar Suwita.
Lagu-lagu lain "Si Manis 17" (Ahmad Fauzee/Ebby Saiful), "Jangan Pilih Yang Cantik" (Salwa Abdul Rahman/Ayu Cendana/Isma AF), "Menangis Tiada Guna" (berama-ramai) dan berakhir dengan "Anekaragam" (juga beramai-ramai).
Kerancakan lagu-lagu tersebut yang dipersembahkan 'ala-The Black & White Minstrel Show' dan diiringi pula oleh 13 orang penari begitu menghiburkan para tetamu yang hadir. Kelihatan diwajah masing-masing berseri-seri, nampak riang dan seronok.
Disamping itu, Masnah Rais turut mencuit hati dengan kata-kata nasihat, lucu dan sindir, sebagai menggantikan tempat Rais Yatim yang tidak dapat datang kerana kesebukannya di Jelebu, Negeri Sembilan.
Tambah menarik apabila beliau menyanyikan lagu popular S.Effendy, "Fatwa Pujangga", dengan penghayatan yang sangat baik walaupun beliau bukan penyanyi.
Diperingkat awal, dirancangkan tiga lagu yang liriknya ditulis oleh Bahyah, turut dipersembahkan - "Dian" (Saloma) akan dinyanyiankan oleh Siti Nurhaliza, "Gelombang" (Salamiah Hassan) dan "Kadangkala" (D.J.Dave).
Namun hanya "Gelombang" nyanyian Salamiah Hassan saja yang dapat dipersembahkan, manakala "Dian" disebabkan Siti Nurhaliza ada program lain dan "Kadangkala" tidak sesuai kerana berirama Hindustan.
Ahmad Nawab, seniman negara yang begitu rapat dengan Bahyah dan suaminya, Ahmad Idris, turut menyumbangkan sebuah lagu dengan tiupan saxophonenya, khas untuk Bahyah.
Bahyah Mahmood dengan ucapannya.
Ogy Ahmad Daud dengan sajaknya.
Noor Kumalasari dengan citationnya.
Chuari Selamat dengan aturcaranya.
CITATION BAHYAH MAHMOOD ________________________________________ LAHIRNYA Bahyah Mahmood ke dunia, dunia dalam kegelapan. Bagaikan malam tidak berbintang. Seperti bulan ditutup awan. Peperangan di Eropah bermula bulan September 1939, tidak sampai dua bulan Bahyah Mahmood dilahirkan, Jepun menyerang Pearl Harbour di Hawaii, kemudian ke Malaya dan terus masuk ke Singapura. Dilahirkan di Kampung Melayu, Singapura, Bahyah Mahmood kehilangan bapanya yang terbunuh dan hilang di lautan ketika bertugas dalam kapal perang semasa Perang Dunia Kedua pada November 1941, 40 hari setelah beliau lahir ke dunia. Empat tahun kemudian, setelah hidup merana, ibunya pula pergi menemui Tuhannya, menjadikannya hidup sebatang kara, anak yatim piatu. Bahyah Mahmood dipelihara dari satu tangan ke satu tangan, sehinggalah meningkat remaja. Mendapat pelajaran yang sederhana, Melayu, Agama, Arab dan Inggeris, menjadi penulis impian Bahyah Mahmood sejak dibangku sekolah apatah lagi setelah membaca novel-novel hebat seperti "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck", "Di Bawah Lindungan Ka'abah" karya Hamka, "Siti Nubaya (Kasih Tak Sampai)" karya Marah Rosli, "Athies" karya Achdiat K.Mihardja dan banyak lagi yang dihasilkan oleh Mokhtar Lubis dan Pramoedya Ananta Toer, menjadi sasaran bacaannya. Di awal-awal tahun 1960an, Bahyah Mahmood berjinak-jinak dengan persatuan yang tumbuh bagaikan cendawan di musim hujan di Singapura. Beliau masuk menjadi ahli Taman Bacaan, kerana minatnya kepada buku. Adanya kegiatan seni budaya Melayu di taman bacaan tersebut, Bahyah Mahmood tiba-tiba dipilih memegang peranan Permaisuri dalam drama pentas, "Tun Mandan" karya A.Shukor Haron, manakala Sultannya, Ahmad Idris, yang mana 7 tahun kemudian menjadi suaminya. Sungguhpun, sudah melibatkan diri sebagai pelakon pentas, penari dan penyanyi, namun hatinya lebih terdorong ke penulisan. Sebagai permulaan, Bahyah Mahmood mencuba bakatnya sebagai pengulas drama-drama yang dipentaskan di Panggung Victoria, Singapura dengan bintang-bintang handalan seperti Maniseh Haji Siraj, Fatimah Yassin, Salim Bachik, Osman Zailani dan ramai lagi. Artikelnya banyak tersiar dalam akhbar Utusan Zaman dan Utusan Filem Dan Sport, yang mana ini memerangsangkan beliau untuk terus menulis. Setelah menjadi penulis bebas atau free lance, dan setelah mendapat galakan daripada A.Samad Ismail dan A.Samad Said, turut berkarya Berita Harian, Bahyah Mahmood dengan mudah diterima bertugas di Utusan Melayu, Singapura pada bulan Disember 1965. Kemudian berpindah ke Kuala Lumpur bulan April 1967, bersempena terbitnya Utusan Malaysia. Bahyah Mahmood diberi tugas menulis rencana didua akhbar - Mingguan Malaysia dan Utusan Zaman bertulisan Jawi. Selepas itu, Beliau dilantik mengelolakan Halaman Wanita di Mingguan Malaysia, seterusnya sebagai Penolong Pengarang majalah Utusan Filem Dan Fesyen disamping mengelolakan columnist gosipnya yang popular, "Syyhhhh... BAM", di Mingguan Malaysia. Pada tahun 1986, Bahyah Mahmood dilantik pula sebagai Editor majalah URTV. Beliau mengakhiri Jawatan Terakhirnya sebagai Editor URTV disamping mengekalkan columnist BAMnya hampir 20 tahun, dan berkhidmat dengan Utusan Melayu keseluruhannya selama 32 tahun, pada bulan Oktober tahun 1997. Sebenarnya, banyak lagi sumbangan Bahyah Mahmood yang tidak dapat dicatatkan dalam ruangan yang terbatas ini. Bak kata pepatah, "hanya jauhari saja yang dapat mengenali manikam". Memandangkan sumbangan Bahyah Mahmood yang tidak ternilai harganya kepada masyarakat, kewartawanan dan seni budaya tanahair, dengan bangganya Wartawan Dan Artis Prihatin Malaysia atau Wartisma menyampaikan Anugerah Skop Productions dan Wang Tunai kepada BAHYAH MAHMOOD... ________________________________________ Citation Ini Di Susun Oleh MUSTAFAR A.R. Pencetus Idea "Tribute... Bahyah Mahmood" Di Baca Oleh Noor Kumalasari Di Saloma Theatre & Restaurant, Kuala Lumpur Pada 12 April 2015.
Biduk lalu kiambang bertaut. Dari kiri: Zaiton, Rosnani dan Dayang Sofia.
# Rosnani berlakon bersama Zaiton dalam "Samseng" & "Anak-Ku Sazali".
# Zaiton berlakon bersama Dayang Sofia dalam "Bujang Lapok."
Bahyah Mahmood diapit oleh (dari kiri): Shah Reza, Huzz, Muzlina Abu Bakar, Dayang Sulu dan Yusof Haslam.
Sophia Ibrahim merupakan artis pertama menandatangani banting yang akan diserahkan kepada Bahyah Mahmood. Tercatat: Semoga panjang umur BAM dari Sophia Ibrahim 12.4.2015.
Gallery Bahyah Mahmood, "Mekar Dalam Taman", yang dihiasi dengan gambar-gambar ketika Bahyah Mahmood bertugas sebagai wartawan, bersama keluarga dan teman-teman artis.
Masnah Rais sedang menjamu selera yang dihidangkan bersama Bahyah Mahmood, Yusof Haslam, Rosnani dan Ahmad Idris.
Zaiton, S.Rosley dan K.Fatimah turut sama menikmati juadah yang disediakan.
Gabungan wartawan dan artis. Dari kiri: Ahmad Fauzee, Chuari Selamat, Mustafar A.R., Sonny Abdullah, Fauziah Rauf, Huzz, Bahyah Mahmood, Muzlina Abu Bakar dan Yusof Haslam.
Masnah Rais sedang berbual dengan Zaiton, Salamiah Hassan pula dengan Nancy Foo, sambil diperhatikan oleh Bahyah Mahmood, Ahmad Idris dan A.Rahman Hassan.
Salamiah Hassan begitu gembira dapat bergambar dengan Masnah Rais dan Bahyah Mahmood. Dua tokoh yang menjadi pujaan hatinya.
Antara 300 para hadirin yang memenuhi Dewan Saloma Bistro yang turut sama memberi penghormatan kepada Bahyah Mahmood.
RAMAI ARTIS BERI PENGHORMATAN KEPADA BAHYAH MAHMOOD
POPULARITI Bahyah Mahmood, tidak pernah pudar dan tidak akan pudar, selagi artis yang menjadi bahan artikel dan ruangan pojok "Syyhhhh... BAM", mengingati dan terus mengingatinya.
Kehadiran ramai artis di majlis penyampaian anugerah "Tribute... Bahyah Mahmood" itu, memperlihatkan Bahyah menjadi kesayangan mereka. Jasa dan baktinya dalam mewarni dunia seni tanahair, tidak pernah mereka lupakan.
Ramai juga peminat Bahyah dikalangan artis yang sudah pergi menemui Tuhan, dan dalam keadaan keuzuran. Jika tidak tentu mereka sama-sama berada Saloma Bistro meraikan majlis yang telah dilaksanakan cemerlang gemilang diluar jangkaan oleh Wartisma.
Jins Shamsudin pasti datang, begitu juga Sarimah, Maria Menado, Aziz Sattar, Mustapha Maarof, Rose Yatimah, Kassim Masdor, Wahid Satay, S.Shamsuddin, Sa'adiah, Ahmad Daud, Sharifah Aini, Hussain Abu Hassan, Rafeah Buang, Latiff Ibrahim, Dhalan Zainuddin, Sudirman, Ahmad Jais dan ramai lagi.
Apa pun, agak menggembirakan, empat pelakon studio Jalan Ampas di Singapura sanggup datang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk memberi penghormatan kepada Bahyah - Zaiton, S.Rosley, Dayang Sofia (kini menetap di Brunei) dan K.Fatimah.
Hashimah Yon, sepatutnya datang dan menyanyikan lagu "Istana Cinta" petikan filem "Anak Ku Sazali" yang diarahkan oleh Phani Majumdar, tidak dapat datang kerana keuzuran.
Nor Azizah yang berlakon bersama Bahyah dalam filem "Sri Andalas", Rosnani dan Mariani dalam "Sri Mersing", dapat menghadirkan diri. Inilah yang menariknya, inilah yang uniquenya.
Selain mereka, turut kelihatan Salmah Ahmad, Sopiah Ibrahim, Julie Faridah dan Dayang Sulu yang pernah berlakon di Merdeka Studio, disamping Hail Amir, Yusof Haslam dan Sonny Abdullah.
Turut Sama, Junainah M.Amin, A.Rahman Hassan, D.J.Dave, Salamiah Hassan, Nancy Foo, Sofea Jane, Raja Nor Baizura, Rubiah Suparman, Ebby Saiful, Salwa Abdul Rahman, Ahmad Nawab, Ogy Ahmad Daud, Noor Kumalasari, Hafsah Hassan, Ziela Jalil, Shah Reza, Salimah Mahmood dan Herdawati.
Lebih bermakna, adanya Rahayu S.Sudarmaji (Ayu) yang terkenal dengan duit 20 sen "kalau tidak rahsia buka, hah..." dalam filem "Bujang Lapok" yang diarahkan oleh P.Ramlee.
Dikalangan wartawan, tidak dikira yang menjalankan tugas, tidak ramai. Zainuddin Maidin, suatu ketika dulu pernah menjadi 'boss' Bahyah dan saya, yang pada awalnya akan hadir, tidak dapat hadir.
Namun begitu, antara mereka yang kelihatan, Adam Salleh, Norazli Noh, Nazeri Nong Samah, Niezam Abdullah, Muzlina Abu Bakar, Fauziah Rauf, Omar Manan, Ahmad Idris, Huzzaini A.R.Kamaluddin (Huzz) dan Rosli Manah.
Hanya enam orang saja yang menjayakan "Tribute... Bahyah Mahmood" dengan cemerlang dan gemilang. Dari kiri: Ahmad Fauzee, Mustafar A.R., Sonny Abdullah, Yusof Haslam, Rosnani Jamil dan Sandakiah Azez.
# Update akan dilakukan dari masa ke masa.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?
SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem
A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati
R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian
AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni
LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu
SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?
KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI
Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.

AKU MENANGIS...
"KIRA-KIRA lebih 30 tahun aku berkhidmat di Utusan. Disitulah rumah keduaku.
Rakan-rakan sepejabat bagaikan keluargaku sendiri. Dalam dunia hiburan pula, artis-artis seperti pelakon, penyanyi, produser filem, pemusik dan kesemuanya, bagaikan sahabat yang serasi dan selesa dalam pergaulanku dengan mereka. Tiba saatnya terpaksa berundur diri kerana perkhidmatanku telah tamat, tak siapa tahu hati dan jiwaku menangis... bangun dari tidur... duniaku sunyi sepi... Aku masih kuat boleh bekerja, masih boleh menulis, mengapa aku mesti duduk memerap dirumah? Begitulah keluhan hatiku, termimpi-mimpi dan teringau-ingau teringatkan, alangkah bahagianya menjadi seorang Wartawan!"
# Sebagaimana yang tercatat dalam
Buku Cenderamata "Tribute... Bahyah Mahmood".
# Sebagaimana yang tercatat dalam
Buku Cenderamata "Tribute... Bahyah Mahmood".
Hail Amir dan Isma AF dengan lagu "Malam Ku Bermimpi".
Ahmad Fauzee dan Ebby Saiful dengan lagu "Si Manis 17".
Ebby Saiful dan Ayu Cendana dengan lagu "Setangkai Kembang Melati".
Masnah Rais menyanyikan lagu popular S.Effendy, "Fatwa Pujangga".
Ahmad Nawab meniup saxophonenya dengan lagu khas buat Bahyah Mahmood.
Salamiah Hassan menyanyikan lagu "Gelombang" ciptaan Kassim Masdor dan liriknya oleh Bahyah Mahmood.
"MEKAR SEJAMBAK" MENGIMBAU KEMBALI ZAMAN LAMPAU
DISAMPING berjaya menyampaikan Anugerah Skop Productions kepada Bahyah Mahmood, persembahan nyanyian dan tarian oleh kumpulan "Mekar Sejambak" yang dipimpin oleh Ahmad Fauzee, merupakan antara penyebab "Tribute... Bahyah Mahmood" berada dalam situasi yang sangat meriah dan menyeronokkan.
Rata-rata yang datang dikalangan orang veteran (senior) baik artis, wartawan mahu pun tetamu yang diundang, lagu-lagu yang dihidangkan bernostalgia, mengimbau kembali dizaman lampau yang tidak akan kembali lagi.
Paling menarik, apabila hasrat saya supaya lagu "Kesetiaan Kasih (Aduhai Adinda)" petikan filem "Sri Andalas" yang dibintangi Bahyah Mahmood disamping Sarimah, Ahmad Mahmood dan Nor Azizah, turut didendangkan.
Dalam filem, lagu tersebut dinyanyikan oleh Rafeah Buang dan Ahmad Mahmood. Dalam "Mekar Sejambak" didendangkan oleh Ahmad Fauzee dan Ayu Cendana.
Persembahan bermula dengan nyanyian berama-ramai lagu "Ayo... Ayo... Ayo... Ayo... Kazambo" petikan filem "Panggilan Pulau" yang pernah disampaikan oleh P.Ramlee dan Momo.
Kemudian disusuli "Kesetiaan Kasih (Aduhai Adinda)", "Suka Sama Suka" (Salwa Abdul Rahman/Ebby Saiful), "Malam Cemerlang" (Isma AF/Hail Amir), "Setangkai Kembang Melati" (Ebby Saiful/Ayu Cendana), "Sumpah Tanda Setia" (Salwa Abdul Rahman/Ahmad Fauzee) dan "Malam Ku Bermimpi" (Isma AF/Hail Amir).
Lagu-lagu tersebut merupakan lagu-lagu 'evergreen' yang sentiasa segar sepanjang zaman dan pernah dinyanyikan oleh P.Ramlee, Momo, Aziz Jaafar, Nona Asiah, Kartina Dahari, Rafeah Buang, Hashimah Yon, Abdullah Chik, Jamaliah Shariff dan Omar Suwita.
Lagu-lagu lain "Si Manis 17" (Ahmad Fauzee/Ebby Saiful), "Jangan Pilih Yang Cantik" (Salwa Abdul Rahman/Ayu Cendana/Isma AF), "Menangis Tiada Guna" (berama-ramai) dan berakhir dengan "Anekaragam" (juga beramai-ramai).
Kerancakan lagu-lagu tersebut yang dipersembahkan 'ala-The Black & White Minstrel Show' dan diiringi pula oleh 13 orang penari begitu menghiburkan para tetamu yang hadir. Kelihatan diwajah masing-masing berseri-seri, nampak riang dan seronok.
Disamping itu, Masnah Rais turut mencuit hati dengan kata-kata nasihat, lucu dan sindir, sebagai menggantikan tempat Rais Yatim yang tidak dapat datang kerana kesebukannya di Jelebu, Negeri Sembilan.
Tambah menarik apabila beliau menyanyikan lagu popular S.Effendy, "Fatwa Pujangga", dengan penghayatan yang sangat baik walaupun beliau bukan penyanyi.
Diperingkat awal, dirancangkan tiga lagu yang liriknya ditulis oleh Bahyah, turut dipersembahkan - "Dian" (Saloma) akan dinyanyiankan oleh Siti Nurhaliza, "Gelombang" (Salamiah Hassan) dan "Kadangkala" (D.J.Dave).
Namun hanya "Gelombang" nyanyian Salamiah Hassan saja yang dapat dipersembahkan, manakala "Dian" disebabkan Siti Nurhaliza ada program lain dan "Kadangkala" tidak sesuai kerana berirama Hindustan.
Ahmad Nawab, seniman negara yang begitu rapat dengan Bahyah dan suaminya, Ahmad Idris, turut menyumbangkan sebuah lagu dengan tiupan saxophonenya, khas untuk Bahyah.
ENTAH, SEJAK BILA SAYA BERTEMU BAHYAH MAHMOOD?
SAYA tidak begitu ingat, bila saya bertemu (face to face) Bahyah Mahmood. Tahu-tahu saja, saya sudah begitu rapat dengannya. Malahan kerapatan saya dengan beliau bukan sekadar saya menceburkan diri dalam kewartawan dunia hiburan sepertinya, tapi juga sebagai adik beradik.
Suaminya, Ahmad Idris, pun begitu. Saya cukup menghormatinya dan beliau begitu menghormati kerjaya saya yang dianggapnya teliti dan berhati-hati, namun kadang-kadang mengamuk sakan dengan saya apabila kerja saya kurang memuaskan hatinya ketika saya bertugas dibawah tangannya di Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.
Seingat saya, tidak macam Ahmad Idris, Bahyah tidak pernah memarahi saya secara berdepan, dibelakang saya tidak tahu.
Menariknya, saya memanggil Ahmad Idris, "Bang Mat". Tapi Bahyah Mahmood, "Bahyah" saja sejak dulu sampailah sekarang. Pada saya itu lebih mesra dibandingkan "Kak Bahyah" walaupun jarak umurnya dengan saya dua tahun. Bahyah lahir 30 Oktober 1941, saya 27 Ogos 1943.
Ketika saya memimpin URTV dan Utusan Filem Dan Fesyen (UFF), Bahyah seringkali memberi sumbangan artikel yang boleh dikatakan banyak juga. Begitu pun juga, semasa beliau memimpin URTV dan UFF, selepas saya, artikel saya jarang keluar.
Ini kerana, bukan Bahyah menghalangi saya menulis malah disuruhnya, tapi saya agak keberatan kerana pada masa itu saya sebuk dengan jawatan sebagai penyunting Utusan Malaysia.
Lama juga saya tidak berkarya. Malah Yusof Haslam menyedarinya dan pernah bertanya: "Abang Mus, kenapa tak tulis dan kritik filem?" Jawab saya ringkas saja: "Tak ada masa, Sop".
Bahyah Mahmood mula terpahat dihati saya, semasa beliau bergiat menulis diakhbar di Singapura lagi. Diperingkat awal banyak tulisannya tersiar di Berita Harian, kerana ketika itu Utusan Malaysia belum diterbitkan lagi.
Wajahnya mula saya kenali, ketika gambarnya (muka depan) tersiar dalam majalah Utusan Filem Dan Sport pada bulan April 1966 semasa bertemu jodoh dengan Ahmad Idris. Dan saya masih ingat, majalah tersebut saya beli disebuah kedai buku didepan Central Market, kini Pasar Seni.
Majalah tersebut saya simpan baik-baik, tapi ketika pindah rumah dari Gombak ke Senawang ianya ghaib, hilang daripada simpanan saya. Ada yang minat Bahyah, agaknya!
Dari situlah mulanya, dan tidak pernah saya jangkakan suatu hari nanti saya bertemu dan berkawan rapat dengan beliau dan suaminya, Ahmad Idris. Jauh sekali menganjurkan "Tribute..." untuknya.
Kerana kerapatannya itu, Bahyah dan Bang Mat pernah berkunjung ke rumah ibu saya dan melihat sendiri rumah kelahiran saya di Kalumpang, Hulu Selangor. Mereka juga makan durian dan mandi manda di Sungai Ingkih yang airnya sejuk dan jernih, macam di hulu sungai Bengawan Solo. Pada masa itulah, kini tercemar, berlumpur macam teh tarik.
Kerana Bang Mat dan Bahyah suka makan durian, setiap kali durian dusun berbuah, ibu saya akan mengumpulkannya, dan menyuruh saya hantar kerumah mereka di Datuk Keramat. Ia berlaku beberapa kali, kemudian terhenti secara tiba-tiba.
Hubungan saya dengan Bahyah tergerencat apabila beliau bersara pada 1997, tambah jauh apabila saya pula bersara pada 1998, saya berhasrat melupai terus dunia luar kerana mahu tumpukan menulis manuskrip yang kemudian menjadi buku "Filem-Filem P.Ramlee" bersama Aziz Sattar.
Apabila buku tersebut berjaya diterbitkan dan mendapat sambutan dengan begitu baik, tapi pertalian persahabatan dengan Bahyah masih boleh dianggap jauh berbatu-batu. Dengan Bang Mat saya sering bertemu dan berbual-bual dikedai bukunya di Datuk Keramat, sekarang sudah dirobohkan.
Biduk berlalu kiambang bertaut, apabila Rosnani meminta jasa baik Bahyah untuk mengambilalih menulis manuskripnya yang akan dijadikan buku "Gelora Hidup Rosnani", kerana saya sudah tidak mampu meneruskannya kerana menghadapi masalah penglihatan mata.
Tidak lama selepas itu, entah macam mana tiba-tiba saja timbul inspirasi saya untuk membuat kertas-kerja mengajurkan "Tribute... Bahyah Mahmood" yang perlu dibuat kerana selama ini hanya diberikan kepada dikalangan artis saja, sedangkan wartawan terutamanya wartawan hiburan dipinggirkan.