KEMENANGAN DE ZEDS DIPERTIKAIKAN OLEH A.R.ISMAIL
Teks: Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto: Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
>>>[PERTANDINGAN Kumpulan Gitar Rancak (Kugiran), buat pertamanya dianjurkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula pada 13 Oktober 1968. Ini bererti pada 13 Oktober 2015 depan genaplah usianya 47 tahun.
Begitu cepat masa berlalu.
Dipelopori oleh Ahmad Merican, 145 kugiran telah menyertai ujian awal. Dari sejumlah itu hanya 45 saja layak ke pertandingan selanjutnya.
Pemilihan seterusnya, hanya 15 saja berjaya ke pertandingan separuh akhir, dan telah disiarkan oleh RTM (pada masa itu dikenali sebagai TV Malaysia).
Dari 5 pertandingan yang disiarkan itu, 5 kugiran telah dipilih oleh angguta panel pengadil masuk ke pertandingan akhir.
Kugiran-kugiran tersebut; 1. De Zeds (Kuala Lumpur) 2. The Wanderers (Gemas)
3. Orkes Niwana (Johor Bahru) 4. The Jayhawkers (Seremban)
5. Rayuan Pengembara (Kajang)
Oleh kerana "Muzik Muzik Muzik" merupakan pertandingan kugiran pertama pernah dianjurkan, FK mengambil kesempatan mengimbas kembali peristiwa bersejarah itu supaya ia tidak hilang dan luput ditelan zaman.
Yang menariknya, semasa pertandingan akhir itu berlangsung di Stadium Negara pada 30 Mac 1969, saya turut serta di antara 15,000 penonton yang hadir.
Disamping itu, saya bukan sekadar jadi penonton saja tetapi turut membuat liputan dan mengambil foto untuk majalah "Lagu2 Filem & TV". Saya bertugas sebagai pemberita sambilan ketika itu.
Berita dan foto-foto yang saya ambil, disiarkan dalam majalah tersebut keluaran bulan Mei 1969 (Bilangan 25), dengan muka depannya (cover) dihiasi foto 3 dara, A.Nandong, A.Dayang
dan A.Noni.]<<<
# Dengan penyiaran artikel "Muzik Muzik Muzik" ini, bererti FK mendahului blog-blog hiburan lain yang terawang-awang di alam maya yang pastinya selama ini tidak pernah ada. Kalau ada pun, tidak pernah lengkap.
12+1 LAGU TERBAIK SUDIRMAN
# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
* JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA
# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 24 MEI 2015)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 112,518
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 93,197 * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 87,045
* SELAMAT PENGANTIN BARU 54,668 * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 18,830

Majalah "Lagu2 Filem & TV" dengan cover dihiasi foto A.Nandong, A.Dayang dan A.Noni, yang menyiarkan artikel "Muzik Muzik Muzik".
"Muzik Muzik Muzik" (Juara Kugiran), kali pertama dianjurkan oleh TV Malaysia.
Artikel dan foto yang tersiar dalam majalah "Lagu2 Filem & TV".
DE ZEDS: Ditubuhkan di Kuala Lumpur pada bulan Februari tahun 1967 dan dipimpin oleh Johan Allwi. Sebilangan besar angguta kugiran ini terdiri dari pelajar-pelajar yang masih dibangku sekolah. Nama De Zeds diambil dari huruf "Z", pangkal nama anggutanya terdiri dari Zharaney Ghani, Zefri Othman, Zaidi Zain, Ziuswar Hossein, Zianah Yusoff dan Zainah Zaman.
THE WANDERERS: Sejak ditubuhkan di Gemas pada tahun 1964 dibawah pimpinan Ramlee Hashim, kugiran ini sudah pun merakamkan sejumlah 4 buah lagu ke piringhitam. Muncul dari sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan, ia telah berjaya ke pertandingan akhir setelah mengalahkan kugiran-kugiran lain yang lebih terkenal darinya. Anggutanya terdiri dari H.Latiff, A.Rahime, M.Din dan Ramlee Hashim, manakala penyanyinya, J.Sham.
ORKES NIRWANA: Kugiran ini ditubuhkan di Johor Bahru pada 23 Mac 1965 dipimpin oleh A.Rahman Hassan, juga salah seorang pemain musiknya yang banyak mencipta lagu untuk kugiran tersebut. Setakat ini ia telah merakamkan sebanyak 14 lagu ke piringhitam dengan iringan suara penyanyi tetapnya, A.Rahman Hassan dan Azizah Mohamad. Angguta Orkes Nirwana terdiri dari A.Roozi Ashari, S.Mohamed, B.Bahdron, E.Elias, A.Rahman Hassan dan Azizah Mohamad.
THE JAYHAWKERS: Ditubuhkan di Seremban pada tahun 1964 dan dipimpin oleh Joseph S.Chelliah, kugiran ini pada suatu ketika merupakan kugiran yang memainkan lagu-lagu dengan seluruh anggutanya terdiri dari anak-anak muda bukan Melayu. Hingga ini The Jayhawkers telah merakamkan beberapa lagu ke piringhitam mengiringi suara penyanyi tetapnya, Roziah Latiff. Anggutanya terdiri dari Mohamad Abdul Aziz, Harold Lawrence, John Anthony, Douglas D.C., Joseph S.Chelliah dan Roziah Latiff.
RAYUAN PENGEMBARA: Ditubuhkan di Kajang pada tahun 1962 atas usaha pemimpinya, Mokhtar Haris, kugiran ini sering diundang bermain di majlis tari menari, perkahwinan dan pertunjukan pentas. Kugiran ini pernah mengiringi penyanyi Taufik Ali merakamkan lagu-lagu ke piringhitam dan pernah juga mengambil bahagian dalam rancangan-rancangan hiburan di radio dan televisyen. Anggutanya terdiri dari Abraham Tang, Majid Ghani, Baharom Mohamad Som, Mokhtar Haris dengan penyanyi-penyanyinya, Faridah Hashim dan Aziz Mohamad Som.
# Biodata setiap kugiran yang tercatat di atas diambil dari kenyataan media yang diberikan RTM semasa pertandingan akhir "Muzik Muzik Muzik" itu berlangsung. Dan, sudah pastilah ia
'out of date'.
Majalah "Lagu2 Filem & TV" (Bilangan 22) bulan Februari 1969 yang menyiarkan artikel "Harapan Untok Dua Zainah" dengan foto covernya Ismail Harun, S.Roha dan A.Romzi.
Artikel "Harapan Untok Dua Zainah" dalam majalah
"Lagu2 Filem & TV."
De Zeds dianggutai oleh Zainah S., Zainah Yusoff, Zharaney Ghani, Zefri Othman, Zaidi Zain, dan Ziuswar Hossein.
PENONTON-penonton TV Malaysia terutama peminat siri pertandingan "Muzik Muzik Muzik" tentulah kini sedang tertunggu-tunggu untuk menyaksikan peringkat separuh akhir bagi memilih kugiran-kugiran yang layak ke peringkat akhir.
De Zeds adalah diantara kugiran-kugiran yang berjaya memasuki ke peringkat ini. Dengan mengemuka dua penyanyi yang senama - Zainah Yusoff dan Zainah S. Kugiran ini sedang menjadi buah mulut peminat-peminat lagu pop di Malaysia.
Dalam majalah ini keluaran yang lalu telah diperkenalkan Zainah S., kali ini mari kita cuba pula mendekati penyanyinya yang bernama Zainah Yusoff pula.
Zainah yang ini baru berusia 18 tahun, dan pelajar sekolah Methodist Girls School, Kuala Lumpur yang sedang menunggu keputusan peperiksaan Senior Cambridge.
Sebelum muncul dalam pertandingan "Muzik Muzik Muzik", Zainah pernah menyanyi dalam rancangan terbitan TV Malaysia "Muzik Moden" bersama Roziah Latiff.
Soalnya sekarang, dapatkah De Zeds mengalahkan Les Sutera dan Kilohana 5 yang mana siaran pertandingan separuh akhir akan ditayangkan oleh TV Malaysia pada 9 Februari ini jam 8.10 malam.
Bagaimana pun, ramai peminat meramalkan harapan De Zeds dan dua Zainah untuk melangkah ke pertandingan peringat akhir, sememangnya ada - Mustafar A.R.
Azean Irdawaty dan Azizah Mohammad, telah pergi menemui Illahi.
A.Rahman Hassan, dulu dan sekarang.
Joe Chelliah, dulu dan sekarang.
Penyanyi popular, L.Ramlee, Orked Abdullah, Habibah Yaakob dan A.Halim, tewas dalam pertandingan "Muzik Muzik Muzik".
FAKTA___
* Pada 6 & 7 Jun 2015, Orkes Nirwana akan mengadakan Konsert Jubli Emas
(50 tahun penubuhannya) di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Sayunya, Azizah Mohammad tidak dapat bersama kerana telah dipanggil Yang Maha Esa pada 28 April 2013.
* Agak menarik, penyanyi Orkes Nirwana, Azizah Mohammad, dan penyanyi De Zeds, Zainah Yusoff, meninggal dunia pada tahun yang sama - 2013. Azizah, 28 April, dan Zainah, 17 Disember.
* Lagu tema (instrumental) "M3" dipadankan dari lagu "Tanah Pusaka" ciptaan Ahmad Merican, pencetus idea "M3".
* Rakam pertama "M3" dibuat pada 13 September 1968, manakala siaran pertama ditayangkan TV Malaysia pada 13 Oktober 1969.
* Setiap kugiran menyertai "M3" dimestikan membuat persembahan 3 lagu - 2 nyanyian dan 1 instrumental.
* Sebelum turut serta "M3", The Jayhawkers telah membuat 3 rakaman piringhitam (EP). EPnya yang ketiga mengandungi lagu "Laguku Ini", "Kaseh Ibu" (ciptaan Joe Chelliah), "Idaman Hati" dan "Di Lamun Rindu" (ciptaan A.R. Ismail).
* Trofi "Sri Ampang" direkacipta oleh Johan Ariff yang bertugas sebagai pereka set TV Malaysia. Ia melambangkan 3 alat yang digunakan oleh setiap kugiran - 3 gitar 1 dram.
* Nama "Sri Ampang" digunakan kepada trofi, untuk dijadikan kenangan yang pertandingan "M3" bermula di studio TV Malaysia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Kini ia merupakan sebahagian dari MaTic.
* Pemimpin kugiran The Wanderers, Ramlee Hashim, menggubah semula lagu M.Yatim dan Rubiah, "Ikan Di Laut Asam Di Darat, dan dinyanyikan oleh A.Talib dan Norela Nasir.
* Pada bulan September 1970, telah diumumkan EP J.Sham "Surat Ku Untuk Mu" telah mencapai kejayaan dengan penjualannya sebanyak 30,000 keping. Kebiasaannya seseorang penyanyi paling banyak mencapai jualan antara 12,000 hingga 15,000 saja.
* Faridah Hashim pernah mengambil bahagian dalam pertandingan "Talentime" anjuran Radio Malaysia (Bahagian Inggeris) pada tahun 1965 ketika usianya 14 tahun, memenangi dua gelaran - johan menyanyi perseorangan dan penyanyi terbaik. Selain itu dia pernah muncul bersama Rayuan Pengembara dalam rancangan hiburan TV Malaysia, "Anikaragam Zain Azman".
* Joe Chelliah kini menjadi pengurus NJ Entertaiment, dan telah melahirkan 4 buku. Satu antaranya, "The Times And Chimes Of Joe Chelliah". Dari tahun 1960 hingga 1996, bermula sebagai guru muzik dan bersara sebagai ketua jabatan muzik di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Ikutilah blognya joechelliah.blogspot.com (Joe Chelliah @ Johami Abdullah) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dirinya.
* Pada tahun 1970, De Zeds telah muncul dalam filem "Di Belakang Tabir" yang diarahkan oleh Jins Shamsudin. Mereka menyanyikan lagu "Di Malam Pesta" ciptaan Ziuswar Hossein dan dinyanyikan oleh Zainah Yusoff dan Zainah S.
* Turut memeriahkan lagi pertandingan "M3", 3 kumpulan tarian telah diundang mengambil bahagian - Kumpulan Budaya Negara, Sonny Ho dan Akademi Ballet Selangor.
* Ramai penyanyi handalan tewas dalam pertandingan "M3" ini. Antaranya Orked Abdullah (Les Coasters), A.Halim (De Fictions), L.Ramlee (Orkes Teruna Ria) dan Habibah Yaakub (D'Mahkota).
* Diperingkat awal, pertandingan akhir "M3" dijadualkan berlangsung di Dewan Tengku Abdul Rahman (MaTic), tetapi terpaksa berubah ke Stadium Negara kerana sambutan hangat yang diberikan oleh peminat-peminat muzik dan lagu.
Ahmad Merican (pencetus idea) berusaha keras menjayakan pertandingan "Muzik Muzik Muzik".
Ahmad Merican (duduk) bersama 3 tokoh muzik RTM yang sudah tidak asing lagi, (dari kanan) Ooi Eow Jin, Johari Salleh dan Mokhzani Ismail.
SEDIKIT MENGENAI AHMAD MERICAN ________________________________________ SAYA masih ingat lagi, ketika menginterview Ahmad Merican di TV Malaysia, Jalan Ampang (kini sebahagian dari MaTic), beliau begitu susah hati kerana artis (penyanyi dan pemuzik) Malaysia ditenggelami oleh kumpulan muzik Pop Yeh Yeh berpusat di Singapura.
Dan kepada saya, beliau berikrar: "Selagi saya mampu melakukan sesuatu, penyanyi dan pemuzik Malaysia akan saya ketengahkan dan menjadi popular sebagaimana mereka yang ada di Singapura."
Itulah janji beliau yang saya masih ingat, dan terbukti selepas berakhirnya pertandingan "Muzik Muzik Muzik" pada 30 Mac 1969, ternyatakan apa yang dikatakan oleh Ahmad Merican itu menjadi realiti.
Kemunculan penyanyi dan pemuzik Malaysia, membuatkan penyanyi dan pemuzik Singapura yang begitu popular sekian tahun, mulai beransur-ansur merosot. Peminat-peminat muzik dan lagu mula beralih ke penyanyi dan pemuzik di Malaysia.
Perubahannya yang begitu drastik, ramai penyanyi dan pemuzik berpindah ke Malaysia terutama Kuala Lumpur, dan mennyebabkan gelanggang muzik dan lagu di pulau Temasik itu sepi, kemudian semakin lemah, tidak bermaya.
Siapa Ahmad Merican?
Pada saya, Ahmad Merican terlalu besar jasa dan baktinya kepada negara dan seni budaya tanahair bukan saja kepada muzik dan lagu tetapi juga dalam bidang pengurusan. Beliau pernah bertugas dengan syarikat penerbangan MAS.
Dalam Festival Filem Malaysia yang pertama (FFM1) dimana saya dilantik sebagai Pegawai Penerangan, Ahmad Merican merupakan salah seorang angguta panel juri bertanggungjawab menilai muzik dan lagu dalam setiap filem yang dipertandingkan.
Lagu Terbaik FFM1, "Tangisan Hati Yang Derita" ciptaan Ahmad Nawab petikan filem "Sumber Ilhamku", merupakan pilihan beliau yang tepat dan tidak boleh sesiapa pun mempertikaikannya.
Ahmad Merican, merupakan pengasas Orkestra Radio Malaya yang berpengalaman luas. Beliau bertanggungjawab meniup semangat yang membawa kepada penubuhan orkestra tersebut.
Anak jati Pulau Pinang inilah yang bertanggungjawab membentuk konsep dan pentadbiran Orkestra Radio Malaya ketika pada awal penubuhannya.
Peranan itu bermula apabila beliau pulang ke tanah air setelah melanjutkan pengajian dalam bidang muzik di Berklee School of Music, Boston, Amerika Syarikat pada tahun 1960.
Ahmad Merican yang merupakan anak Melayu pertama melanjutkan pengajian di kolej muzik terkemuka di Amerika Syarikat itu menyedari, betapa perlunya diwujudkan sebuah orkestra di RTM.
Kebetulan pula Orkestra Radio Malaya yang ada pada ketika itu telah berpindah dari Kuala Lumpur ke Singapura selepas republik itu keluar dari Malaysia pada tahun 1965.
Ketika itu beliau yang bertugas sebagai penyelia terpaksa menubuhkan orkestra baru bagi meneruskan kesinambungan Orkestra Radio Malaya yang ditubuhkan pada tahun 1961, dan kemudian menampilkan pemimpin pertamanya, Alfonso Soliano.
Dalam kumpulan pertama itu, terdapat Ahmad Nawab bermain saksofon, Wan Ahmad (trumpet), Taib Osman (saksofon) dan Jaafar Harris (gitar), mereka antara pemuzik awal Orkestra Radio Malaya.
Ahmad Merican menyifatkan Orkestra RTM hari ini telah banyak berubah berbanding Orkestra Radio Malaya yang ditubuhkannya 45 tahun lalu.
Pembabitan Ahmad Merican dalam bidang muzik bermula lebih awal, sebelum tertubuhnya Orkestra Radio Malaya.
Semuanya bermula apabila Ahmad Merican bergiat aktif dalam kumpulan-kumpulan muzik seperti "Pantai Kenangan", "Hawaiian Queen" dan "Rindu Malam" yang disertainya sejak tahun 1939 hingga 1957.
Beliau bermain gitar dalam kumpulan-kumpulan itu. Ketika itu stesen radio yang ada hanyalah stesen ZHJ yang terletak di Pulau Pinang. Ia merupakan stesen radio pertama di negara ini.
ZHJ ditubuhkan pada 1939. Ketika itu kumpulannya, "Hawaiian Queen", telah diberi peluang mengadakan persembahan di ZHJ dari jam 7.30 malam hingga 12 tengahmalam setiap hari.
Tetapi aktiviti itu tidak lama, beliau kemudian berpindah ke Kuala Lumpur pada 1955, dan menubuhkan kumpulan "Pantai Kenangan".
Sewaktu berkhidmat di RTM, Ahmad Merican telah mengasaskan banyak program dan pertandingan seperti "Muzik Muzik Muzik", "Bakat TV", "Bintang RTM", "Malam Irama Malaysia", "Juara Kugiran", "Pertandingan Mencipta Lagu" dan "Pesta Dendang Rakyat".
Walaupun setelah meninggalkan RTM, namun Ahmad Merican terus aktif mengikuti perkembangan penyiaran tv di Malaysia. Beliau juga, ahli lembaga Kolej Muzik Antarabangsa (International College of Music) dan angguta panel penasihat Akademi Seni Kebangsaan.
____________________________________________ Teks Oleh MUSTAFAR A.R. Diedit Disusun & Disemak Oleh Zaini Yusop
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?
SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem
A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati
R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian
AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni
LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu
SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?

3 pemuzik handalan menganggutai panel pengadil "Muzik Muzik Muzik". Dari kiri: Johari Salleh (Ketua), Ooi Eow Jin dan Gus Steyn.
KEJAYAAN DE ZEDS DAN SEBABNYA
Kemenangan De Zeds dalam pertandingan akhir "Muzik Muzik Muzik" kerana mutu permainan mereka lebih baik, demikian menurut 2 antara 3 angguta panel pengadilnya, Johari Salleh dan Gus Steyn.
"Tidak timbul sama sekali pilih kasih dalam pengadilan kami," kata Johari Salleh, dan beliau memberikan 3 sebab kemenangan De Zeds itu;
* Gerak dalam pertunjukan, baik dan sopan.
* Berjaya dalam menyampaikan paduan nyanyian beramai-ramai.
* Gubahan dan ciptaan lagu terbaik, lain dari yang biasa didengar.
Gus Steyn tidak banyak mengulas tentang kemenangan De Zeds itu, beliau hanya menyatakan persetujuan dengan pendapat Johari Salleh atas sebab kemenangan kugiran dari Kuala Lumpur itu.
THE WANDERERS
Johari Salleh, tidak menafikan The Wanderers dari Gemas yang mendapat tempat kedua itu kugiran yang baik. Tetapi menurutnya, kejayaan mereka itu kerana penyanyi J.Sham.
"J.Shamlah yang banyak memberikan markah atas kemenangan kugirannya itu, dan kalau tidak kerananya mungkin The Wanderers kalah," katanya.
Gus Steyn juga bersetuju, kejayaan The Wanderers kerana adanya J.Sham, dan menegaskan, boleh mengalahkan De Zeds sekiranya permainan yang mereka tunjukkan itu tidak liar.
Beliau juga menyatakan, kurangnya markah mereka kerana salah satu lagu instrumental yang digubah dicampuraduk dengan tempo masri, joget, inang dan sebagainya.
ORKES NIRWANA
Mengenai Orkes Nirwana, Johari Salleh memberitahu, kugiran dari Johor Bahru itu juga baik, tetapi kerana mereka tidak mempunyai penyanyi yang handal, itu sebabnya mereka jatuh tempat ketiga.
Tambah beliau, "Kalaulah tidak kerana Azizah Mohamad yang kelihatan agak tergamam malam itu, mungkin kugiran ini mendapat tempat kedua."
THE JAYHAWKERS
The Jayhawkers dari Seremban pula, Johari Salleh berpendapat, kugiran tersebut tidak menunjukkan permainan yang bersungguh-sungguh, tidak seperti di pertandingan separuh akhir.
Gus Steyn pula memuji The Jayhawkers, namun menegaskan Roziah Latiff telah menjatuhkannya kerana nyanyiannya tidak seperti yang pernah didengar. "Roziah Latiff, kelihatan takut-takut dan seolah-olah macam orang deman," tambahnya.
Disamping itu, Gus Steyn berpendapat, dari segi ciptaan dan gubahan lagu The Jayhawkers juga lemah.
RAYUAN PENGEMBARA
Mengulas kekalahan Rayuan Pengembara Johari Salleh menegaskan, kugiran dari Kajang itu tewas disebabkan mutu gubahan dan ciptaan lagu mereka kurang menarik.
Tetapi berkata, penyanyinya, Faridah Hashim, sangat berbakat. Sayangnya dia tidak mendapat sokongan padu dan kuat dari kugirannya.
# Penjelasan terpaksa dibuat oleh Johari Salleh dan Gus Steyn disebabkan, ramai peminat muzik mempertikaikan kemenangan De Zeds. Mereka berpendapat, The Wanderers atau Orkes Nirwana patut duduk di tempat pertama.
# Dalam komennya di Berita Harian pada 8 April 1969, pencipta lagu terkenal, A.R.Ismail, berkata: Keputusan angguta panel pengadil akan diterima sekiranya tajuk pertandingan itu ditukar kepada "Muzik Pop Pop Pop".
Kalau berpandukan kepada perkataan "Muzik Muzik Muzik" itu, yang sepatutnya menerima kemenangan seperti berikut;
* Orkes Nirwana (Johor Bahru) - pertama. * The Wanderers (Gemas) - kedua.
* The Jayhawkers (Seremban) - ketiga. * De Zeds (Kuala Lumpur) - keempat.
* Rayuan Pengembara (Kajang) - kelima.
The Tornadoes dan Orkes Teruna Ria tewas kepada The Wanderers.
PERINGKAT AKHIR
* Siaran Langsung 30 Mac 1969
Pertama: DE ZEDS (Kuala Lumpur) - Trofi "Sri Ampang" & RM800.00
Kedua: THE WANDERERS (Gemas) - RM500.00
Ketiga: ORKES NIRWANA (Johor Bahru) - RM300.00
Keempat: THE JAYHAWKERS (Seremban) - RM100.00
Kelima: RAYUAN PENGEMBARA (Kajang) - RM100.00
PERINGKAT SEPARUH AKHIR
* Siaran 26 Januari 1969:
Irama Perwira (Kuala Lumpur)
THE JAYHAWKERS (SEREMBAN)
D'Putera (Kuala Lumpur)
* Siaran 2 Februari 1969:
F.Strangers (Pulau Pinang)
ORKES NIRWANA (JOHOR BAHRU)
The Kilats (Melaka)
* Siaran 9 Februari 1969:
Les Sutera (Pulau Pinang)
DE ZEDS (KUALA LUMPUR)
Kilohana 5 (Melaka)
* Siaran 16 Februari 1969:
Tornandoes (Taiping)
THE WANDERERS (GEMAS)
Orkes Teruna Ria (Pulau Pinang)
* Siaran 23 Februari 1969:
Stringendos (Pulau Pinang)
RAYUAN PENGEMBARA (KAJANG)
D'Mahkota (Kuala Lumpur)
PENILAIAN PANEL JURI
Pengadilan berdasarkan;
* Mutu lagu instrumental - 30 markah
* Mutu lagu gubahan dan ciptaan sendiri - 20 markah
* Mutu nyanyian penyanyi - 30 markah
* Mutu persembahan - 20 markah
# Jumlah - 100 markah
# Setiap peserta dikehendaki mempersembahkan 3 lagu,
1 antaranya mesti bercorak instrumental.
SINGLE (EP) PENYANYI-PENYANYI "MUZIK MUZIK MUZIK"
De Zeds: Azean Irdawaty (Zainah Yusoff).
The Wanderers: J.Sham.
Orkes Nirwana: A.Rahman Hassan & Azizah Mohamad.
The Jayhawkers: Roziah Latiff.
DE ZEDS TIDAK SANGKA KALAHKAN ORKES NIRWANA
DAN THE WANDERERS
Oleh Mustafar A.R.
AKHIRNYA, setelah menunggu beberapa lama pada malam Ahad 30 Mac yang lepas para panel juri telah telah memilih kugiran De Zeds dari Kuala Lumpur sebagai juara kugiran "Muzik Muzik Muzik".
Seramai lebih 15,000 peminat telah datang ke Stadium Negara, Kuala Lumpur untuk menyaksikan pertandingan tersebut yang buat pertama kalinya dianjurkan oleh TV Malaysia (RTM) berinspirasikan idea Ahmad Merican.
Kugiran pertama menunjukkan permainannya De Zeds. Dan sambutan hangat telah diberikan oleh penonton-penonton apabila dua penyanyi genitnya, Zainah Yusoff dan Zainah S. mendendangkan lagu berpadusuara.
3 lagu yang mereka persembahkan "Ku Rela Merana", "Malam Pesta" dan "Terbang Burung Terbang" (instrumental) ciptaan dan gubahan Ziuwar Hoessein.
Walau bagaimana pun, rasa tidak puashati timbul dikalangan penonton-penonton. Ini kerana, sebelum angguta panel pengadil membuat keputusan, ramai di antara penonton meramalkan, The Wanderers dari Gemas akan menduduki tempat pertama.
Orkes Nirwana yang diduga akan memperolehi kejayaan pertama, juga turut kecewa. Penyanyinya, Azizah Mohamad, telah menangis teresak-esak di belakang pentas. A.Rahman Hassan pula menerima tempat ketiga itu dengan tenang saja.
The Jayhawkers yang dijangka memberi tentangan hebat kepada De Zeds, The Wanderers dan Orkes Nirwana, telah tidak dapat berbuat demikian. Penyanyinya, Roziah Latiff, kelihatan semacam tidak berminat untuk menyanyi, persembahannya sambil lewa saja.
Agak menarik, The Jayhawkers mengemukakan lagu-lagu yang telah mereka rakamkan ke piringhitam - "Aku Keciwa" (ciptaan A.R. Ismail), "Cinta Pertama" (Joe Chelliah) dan lagu instrumental ciptaan dan gubahan Joe Chelliah
Mengenai Rayuan Pengembara dari Kajang, tidaklah berapa menarik. Begitupun juga penyanyinya, Faridah Hashim, patut diberi pujian kerana mempunyai suara seakan-akan penyanyi Indonesia, Titiek Puspa.
Pertandingan "Muzik Muzik Muzik" telah disiarkan secara langsung melalui TV Malaysia mulai jam 8.10 malam.
# Artikel di atas telah disiarkan dalam majalah "Lagu2 Filem & TV" keluaran Bilangan 25 pada bulan Mei 1969, dengan sedikit pindaan terutama ejaan.

RM250.00
RM250.00
RM250.00
RM250.00
RM250.00
RM250.00
# Sesiapa berminat memiliki album-album di atas, sila hubungi
Zaini Yusop menggunakan nombor telefon 012-3408117.