"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Saturday, July 19, 2014


SYED ALWI (1930-2008)

DARI KACANATA AZIZ ABAS

MENINGGALKAN BANYAK KHAZANAH
SENI NEGARA YANG TINGGI NILAINYA
Teks Tambahan: Budiey Mustafar A.R. & Utih
FotoL Daripada Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


SELAMAT HARI RAYA








SYED ALWI
DARI KACAMATA AZIZ ABAS
PENGARAH FILEM "DAYANG SUHANA"





SYED ALWI, SENIMAN NEGARA YANG SUKAR DICARI GANTI.

SYED ALWI, DI PENGHUJUNG TAHUN 1963.

TOK PERAK, DI DEWAN BAHASA & PUSTAKA TAHUN 2008.

ALANG RENTAK SERIBU, DI ISTANA BUDAYA TAHUN 2003.

TOK PERAK, PERTAMA KALI DIPENTASKAN TAHUN 1975.

PROLOG___

6.30 pagi 1 Disember 2008: Pesanan rengkas dari MYM cukup rengkas: Syed Alwi meninggal dunia. Alfatihah. Pada pagi yang sama akhbar The New Straits Times juga menyiarkan berita kematian yang trajik itu.

Syed Alwi adalah dari golongan pioneer penubuhan system talivisyen di Malaysia diawal tahun 1960an. Beliau mengetuai segelintir pasukan penerbitan talivisyen memulakan siaran percubaan untuk Lembah Kelang di studio sementaranya di Jalan Ampang.

Antara Penerbit TV seangkatannya termasuk (Tan Sri) Ahmad Merican, (Dato’) Abdullah Mohammad (mantan Ketua Pengarah Penyiaran), Thomas Mathews, (Allahyarham) Hashim Amir Hamzah, Allahyarham (Dato’) Aziz Wok, Hysinth Leo, Richard Job, Long Hin Boon dan beberapa orang lagi.

Saya mula kenal dengan Syed Alwi ketika menghasilkan teleplay ke-5 terbitan Talivisyen Malaysia (TV Malaysia) berjodol "Memburu Bulan Sabit" (1964). Waktu itu saya masih lagi berkhidmat sebagai pendidik di Pantai Timur.

Teleplay tersebut di ambil dari naskah teater yang saya pentaskan di Kuala Trengganu sebelumnya. Saya diberitau beliau yang telah memilih naskah teater saya itu, untuk dijadikan penerbitan drama TV.

Penerbit (Dato') Aziz Wok dipilih untuk menerbitkannya. Kerana pemilihan itu, sebagai karyawan seni, saya rasa begitu terhormat.

Secara peribadi, saya mula bergaul rapat dengan Syed Alwi di pertengahan tahun 1970an, ketika menjawat jawatan Penerbit Eksekutif dan Ketua Perkhidmatan Drama di Radio & Talivisyen Malaysia (RTM).

Beliau dan saya telah sepakat untuk menerbitkan 3 naskah teaternya sebagai persembahan drama talivisyen: "Menuju Utara", "Alang Rentak Seribut" dan "Tok Perak".

Berbagai pengalaman menarik dan pengajaran berguna saya, krew RTM lalui ketika berkerja dengan Seniman Negara ini. Kepitaraan beliau sebagai playwright (pengarang drama), penerbit dan penyiar radio dan tv begitu ketara dan terbilang. Beliau ikon pada penggiat teater dan professional radio dan talivisyen ketika itu.

Saya rasa bertuah mengadakan koloborasi (bergabung) itu: Syed Alwi, pengarah dan saya, penerbit eksekutif.

Syed Alwi seorang seniman yang serius, fokus dan tidak akan kompromi dalam penghasilan seninya. Beliau berkelulusan dan professional dalam bidangnya. Kerjaseninya tersusun, dan mantap. Tiap detail yang digariskan dalam karya seninya, tidak boleh diubah.

Itu pra-syarat yang beliau tetapkan kepada saya sebagai penerbit eksekutif RTM yang bertanggungjawab terhadap penerbitan-penerbitan "Menuju Utara", "Alang Rentak Seribu" dan "Tok Perak".

Untuk naskah "Menuju Utara" ("Going North"), Syed Alwi telah meminta sebuah kereta api 'locomotive' untuk difilemkan di sebuah stesyen.

Agak sukar untuk mendapatkan keretapi 'locomotive' berkuasa steam waktu itu kerana Keretapi Tanah Melayu (KTM) hanya mengendalikan keretapi berkuasa diesel.

Apabila, saya mencadangkan gunakan saja bahan arkib, beliau tidak bersetuju.

RTM mengadakan perbincangan dengan KTM. Nasib baik, KTM masih menyimpan 'locomotive' tahun 1948 yang diminta itu, ia tersimpan di depoh Sentul, dan masih boleh digunakan.

RTM cuma perlu tanggung kos sewa 'crane' untuk mengangkat 'locomotive' dan beberapa gerabak lama ke atas landasan.

KTM setuju menutup laluan keretapi Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang mulai 9.00 pagi hingga 5.00 petang untuk penggambaran tersebut. Perhentian Keretapi Sungai Way telah dipersetujui sebagai setting.

Menurut KTM menutup laluan keretapi Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang akan menghalang pengangkutan barang dan penumpang dilaluan itu selama 8 jam.

Kerugian yang ditanggung KTM dan Kerajaan sangat tinggi. Tapi demi kepentingan penggambaran itu, pihak kerajaan nampaknya akur dengan keperluan RTM.

Poohhhh...

KOLOBORASI 1___

Penggambaran Filem - Lokasi Sungai Way:

Seluruh krew dan extras (pelakon tambahan) berkumpul di Stesyen Sungai Way pada satu pagi Sabtu. Tepat jam 10.00 keretapi 'locomotive' pun sampai dari depohnya di Sentul. Dari jauh, kelihatan asap hitam berkepul keluar dari serombongnya. Membawa kenangan nostalgia kepada semua.

Kamera pun di pasang. Krew keretapi, pelakon dan extras diberi briefing (taklimat). Semua bersiap sedia untuk penggambaran. Keretapi 'locomotive' itu mengambil masa hampir 30 minit untuk undur ke tempat permulaan yang telah dikenalpasti, kira-kira sejauh 1 kilometer jarak dari Stesyen Sungai Way.

“Slate... kamera... sound... turnover... mark...” teriak assistant director.

“Scene 1, take one,” jerit clapperboy.

“Action,” jerit pengarah melalui ‘walkie talkie’nya.

Semua mata tertumpu ke arah keretapi. Tapi keretapi kelihatan tidak bergerak. Asap hitam dari serombongnya tidak berkepul keluar. Apa sudah jadi?

"Action", jerit pengarah lagi. Kali ini suaranya lebih lantang.

Kamera terus ‘purring’ berputar menggambarkan LS (Long Shot) sebuah keretapi yang mula bergerak perlahan. Kelihatan asap hitam berkepul. Keretapi terus bergerak... mula-mula perlahan... kemundian mula laju. “Filem habis,” jurukamera menjerit. “Perlu reload reel baru.”

Pengarah terpinga. Hempas topi. Hilang sabar. Kemundian, beri arahan ‘retake’.

Keretapi, pelakon dan extras berundur semula kira-kira satu kilometer kebelakang. Kali ini keretapi dicadangkan bergerak dahulu sebelum kamera diputar. Pengarah akan beritahu bila kamera patut diputar.

“Crank kamera,” jerit sang director.

“Scene 1 take 2”, jerit clapperboy.

Semua berjalan lancar. Station Master (pelakonnya, K.Dass) sudah sedia di atas platform menunggu ketibaan keretapi itu. Malangnya, keretapi tidak dapat berhenti tepat pada tempat yang ditandakan. Rodanya terus mengelonsor 300 ela ke depan dari tempat yang ditandakan ia harus berhenti, hampir mengilis jurukamera dan krew bertugas. Perlu 'retake'.

“Arahan saya jelas,” tegas Syed Alwi. (LS locomotive, slow zoom in to FS as it stop at the station). Jam 4.00 selepas lebih 10 retake penggambaran selesai. Masing-masing merasa lega.

Mengundurkan semula keretapi 'locomotive' hampir satu kilometer ke belakang bukan kerja yang mudah. Begitu pula untuk memberhentikan 'locomotive' itu pada garis yang ditetapkan, sukar untuk dilakukan walau pun oleh pengendali yang mahir. Roda keretapi akan terus meluncur beberapa meter ke depan ketika di 'brake'.

Itulah Syed Alwi.

KOLOBORASI 2___

Reccee set "Tok Perak" lokasinya di Kampong Sayong:

Untuk naskah "Tok Perak", Syed Alwi telah memilih sebuah rumah tradisional di Kampong Sayong, Kuala Kangsar. Rumah itu usang dan tidak di berpenghuni. Dipenuhi dengan rumput dan pokok renek. Kawasan perlu ditebas dan bangunan dibaikpulih. Memerlukan masa berbulan baru boleh digunakan, walhal jadual penggambaran telah ditetapkan lebih awal.

Walaupun ada rumah lain yang lebih sesuai berhampiran boleh di sewa untuk dijadikan set penggambaran, namun Syed Alwi masih bertegas, mahukan rumah pilihannya itu juga.

“Aku hendak rumah ini, kerana senibenanya dan sebatang pokok rambutan tua ada disisi rumah anjung. Di pohon rambutan itu tempat Tok Perak berbuai. Di pengkalan depannya, tempat Tok Perak mandi sungai. Semua jelas dalam naskah skrip teleplay ini,” tegasnya selamba.

"Mungkinkah itu rumah kelahiran beliau? Munkinkah di situ, naskah Tok Perak telah dihasilkannya?" Walaupun saya yakin itu, tapi mulut sangat berat untuk bertanya.

Sebagai penerbit eksekutif saya akur dan seberapa boleh akan diuruskan keperluan beliau itu. Pengambaran 2 episod "Tok Perak" memakan jangkamasa lebih 12 bulan.

Babak dimana Tok Perak buka gelanggang jual ubat di perayaan Keputeraan Sultan Perak dalam kawasan hiburan dibelakang istana Bukit Chandan, perlu 'retake' (difilemkan semula). Untuk tujuan itu krew penerbitan RTM perlu tunggu perayaan Hari Keputraan Sultan Perak tahun berikutnya.

Berbaloikah (Allahyarham) Ahmad Marbawi dipilih melakonkan watak Tok Perak? Bayaran untuk beliau antara RM1,200 hingga RM1,500.00 untuk 2 episod. Tunggu lebih setahun baru dapat duitnya.

RTM hanya akan uruskan bayaran selepas siaran 2 episod itu, bukan pada masa penerbitan. Berapa pula bayaran bagi pelakon-pelakon lain? Berapa Syed Alwi di bayar RTM untuk terbitkan "Tok Perak"?

Sukar untuk dicatatkan, kerana kadar bayaran yang ditetapkan kerajaan tidak memihak pada mereka. Apapun, mereka tidak akan bersungut. Mereka semua komited.

Melalui "Tok Perak" itu, Ahmad Marbawi seterusnya di kenali dengan nama jolokan Tok Perak oleh peminat-peminatnya. Sepanjang ingatan saya, tidak ada artis (pelakon) lain yang lebih berjaya menjalankan peranan Tok Perak selepasnya.

Mungkin, barangkali, pada Ahmad Marbawi, Syed Alwi telah menemui watak sabenar Tok Perak yang telah beliau ketengahkan ke khalayak Malaysia.

KOLOBORASI 3___

Dalam set "Alang Rentak Seribu" - Sound stage Filem Negara:

Tahap professionalisma Syed Alwi sebagai pengarah teater terpancar dalam set "Alang Rentak Seribu" di sound stage Filem Negara waktu rakaman TV oleh RTM. Sebagai pengarah beliau sangat cerewet pada ciri pementasan dan lakonan perwatakan sekuen (sequence) yang dirakamkan.

Sedikit kejanggalan akan mengakibatkan seluruh sekuen dirakamkan semula, walau untuk berberapa kali. Beliau tidak penat mengasuh artis-artisnya akan penghayatan sebenar (yang beliau mahu) bagi watak dan perwatakan yang dilakonkan.

Rahim Razali (Dato'), Datin Rohani Yusoff, Dato' Abdullah Ahmad, Adman Salleh, Ahmad Yatim dalam kasting bukan calang-calang artis atau pelakon. Beliau tidak akan berpuas hati, sehingga mereka berjaya mempamerkan penghayatan watak yang terbaik.

Saya kagum, mereka komited pada keperluan Syed Alwi. Itu keistimewaan Seniman Negara ini. Mereka sedia akur pada arahan beliau bagaikan terpukau pada kehendaknya.

Ada kalanya sekuen beberapa minit, memakan masa sepanjang malam hingga kedinihari untuk merakamkannya. Pun begitu, beliau dan 'cast' "Alang Rentak Seribut" tetap komited.

Kerana komited dan sifat tidak kompromi, sebagai pengarah Syed Alwi telah berjaya melahirkan golongan karyawan seni yang professional dan berdisplin - 'gergasi' dikalangan artis talivisyen dan teater negara hingga kemasa ini.

Itu keistimewaan Syed Alwi, Seniman Negara, yang pernah saya kenali.

EPILOG___

Hari ini semua warga seni teater, filem dan talivisyen menangisi atas pemergian Syed Alwi. Playwright, anak kelahiran Pondok Tanjung ini, telah meninggalkan banyak khazanah seni negara yang sangat tinggi nilainya.

Prinsip hidup dan ketokohannya, mungkin tidak ketara kepada ramai orang secara langsung. Bagaimanapun, menurut pengamatan saya, Syed Alwi, seorang yang radikal, tidak mudah menyerah kalah. Beliau bukan manusia yang mementingkan diri sendiri.

Ramai yang mengenalinya hanya sebagai penulis dan pengiat teater, tidak lebih dari itu.

Apakah, benar begitu?

Alfatihah... semoga Allah mencucuri rahmatNya, dan menempatkan rohnya dikalangan orang yang soleh.


# Artikel ini telah di edit dari naskah asalnya (diblog Kata Sahibul Hikayat), untuk disesuaikan dengan prosedur FK, oleh Zaini Yusop, dengan melakukan banyak pindaan terutama ejaan.








DRAMATIST SYED ALWI REMAINS A TRUE BELIEVER THAT THE BANGSAWAN IS STILL VIVID MEDIUM FOR TELLING DRAMATIC STORIES.


SYED ALWI: 60 AND STILL
GUNG-HO ABOUT THEATRE
By UTIH
(The Straits Times, 23 August 1989)

Age is no constraint on a die-hard dramatist like Syed Alwi, at 60, the Malaysian playwright-director will continue to do the type of theatre that means most to him, say Utih.

Old soldiers never die. But they also refuse to fade away.

It was thought that he has done so. After all he has been follow as a playwright and director since 1981 when he stage his doomday drama "Z:00-M1984".

Now it seems, he will mount a new play, "Hamba Allah" ("Servant of God"), to be staged next week at the Experimental Theatre of the University of Malaya in Kuala Lumpur from Monday to Wednesday.

Not only that. He is simulatneously working to make a Broadway-type musical out of Lat's latest comic book, "Mat Som The Lat Musical", to be staged on Sept. 20 at the Putra World Trade Center in Kuala Lumpur, will celebrate the installation of the ninth Yang di-Pertuan Agong, Raja Azlan Shah.

The presence of an active 60-year-old playwright-director is uncommon phenomenon on the morden Malaysian stage, which has at least two examples of this unusual species who has denied history its comforting adages that the old gives away to the new.

The other nay-sayer is, of course, Noordin Hassan and Syed present themselves both as roles models and as a challenge and a trail to young dramatists.

Ever since he turned 40, Syed has belled his age. The spirit of renewal that his body emanates as often efected his theatre.

By the time he reach 40, Syed has turned the expatriate-dominated Stage Club, the Malaysian arts theatre group, into a forum of homegrown dramatic creativity in the English language.

The yields of that nationalistic struggle were the pioneering plays such as the two, K.Das dramas, "Lela Mayang" and "AllThe Perfumes: The Need To Be" by Patrick Yeoh and Syed's earlies investigation into cultural conflict, "The More We Get Together".

Before he was 50, Syed has become one of the most innovative playwright-director of the experimental theatre decade of the '70s and has won the annual Hadiah Sastera (Literary Award) for best drama two years in the row.

Writing execlusively in Bahasa Malaysia, he evoked his most powerful argument for the autonomy of the self in what turned out to be Malaysian's first multi-media drama called "Tok Perak" (1975).

He has created his dramatic mascot, Alang, whose trickster-like presence in the triology, consisting of "Alang Rentak Seribu" (1974), "Desaria" (1970) and "Z:00M1984", reflected his creator's vision of the changing times.

Alang begin as the personage containing all possiblities in the most possible of all worlds. By the time he bade farewell to his audience in 1981, he has become passive and eve irrelevent figure in the face of rampant foreign influences symbolised by former American President Ronald Reagan, Hollywood and the golden arches of McDonald's.

As Alang faded away from the stage, it seemed as if Syed was doing the same. He turned to freelance in film and television. He made documentries and tranformed "Tok Perak" in the mini-series for Radio And Television Malaysia.

TRAGIC COMMENT

He did three-years stint as production executive in TV3, Malaysia's commercial television station. He has always armed with scripts for feature film. It has tragic comment on the Malaysian film industry that he has yet to make a full-length feature film.

Syed is freelancing again and has come up with a new character, Hamba Allah to tell about his new sense of the times.

Some things in Syed's theatre, however, do not change much over time. He remains a passionate and true believer of bangsawan (tradisional Malay opera). Even as a title, "Hamba Allah" reeks of the fabulous milieu of bangsawan.

The once-popular theatre between the two worlds wars might has been put to deep sleep by film and TV, but for Syed, it still a vivid medium for telling dramatic stories.

In his latest play, bangsawan is the mode that he uses to literally present the story of "Hamba Allah". What is curious about his contemporary bangsawan is that a part from that of the manager (played by Megat Saiful Bahri), the major roles are played by women.

Rohani Yousoff (as Hamba Allah), Norhayati Hashim (Ketua Kampung or Village Head) and Monica Voon (Pegawai Daerah or District Officer) will called attention to the issue of gender in bangsawan and indeed, in Malaysian soceity.

Nineteen eighty-nine will surely be recorded as the year of gender in Malaysian theatre. Last June, the Liberal Arts Soceity's staging of "Romeo And Juliet" executed gender changes with regard to the famous Shakespearean roles of Mercutio, Tibault and the Nurse.

The Singapore play, Eleanor Wong's Peter's "Passionate Pursuit", which is scheduled for a Kuala Lumpur showing in early October, will also experience a gender switch under the hands of its director, Ong Keng Sen.

And gender is the main issue of "The Killing of Sister George", to be staged by Actor Studio in mid-November. Apparently, the international struggle with problems of gender is beginning to be echoed, even if belatedly, in Malaysian theatre culture.

In Syed's play, the gender change renders bangsawan somewhat ambiguously to the contemporary stage. This might well be commentary on the state of bangsawan in Malaysian Soceity. Nobody want to see it die but nobody wants to do anything concrete and vible to revive it.

As usual Syed does not simply write a play. He contends with problem that in his view bridge his personal concerns with those of soceity in general.

The same can be said about his current stance towards theatre. He is not interested in theatre peruse. He does not have his own group anymore. "Hamba Allah" is being done under the auspices of the Malaysian Ministry of Culture and Tourism and the Cultural Center of the University of Malaya.

The assumption is that it is up to the younger theatre generation to wrestle with problems of the development of theatre. He is done with struggling to create a cause for theatre and building theatre audiences.

He will do the type of the theatre that means the most of him. Whatever his age and whatever the convolutions of the times, it appears that Syed Alwi's sense of his personal destiny remains inviolate.



SYED ALWI, ARTIS YANG LUAR BIASA.

SYED ALWI, BEGITU SERIUS KETIKA MENGARAH SESEBUAH DRAMA.


SEDIKIT MENGENAI SYED ALWI___
(Petikan daripada Wikipedia)
Di edit oleh ZAINI YUSOP

Datuk Syed Alwi Syed Hassan merupakah tokoh Seniman Negara Malaysia, dilahirkan di Pondok Tanjung, Taiping, Perak.

Beliau bersekolah di Pondok Tanjung dan Taiping, kemudian melanjutkan pelajarannya di University of Minnessota, Amerika Syarikat dalam bidang teater dan kewartawanan serta merupakan anak Melayu pertama melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang teater.

Sebagai dramatis, Syed Alwi mula bergiat dengan drama Inggeris pada tahun 1950an. Antara dramanya yang terkenal, "Going North", "The More We Get Together" dan "Day of Efil".

Syed Alwi menerima Hadiah Pelajaran Tabung John D. Rockefeller III untuk mengkaji perkembangan teater dan filem semasa di Amerika Syarikat antara April dan Jun tahun 1980.

Disamping itu, pernah bertugas dengan RTM, TV3 dan NTV7 sebagai pengurus, penerbit, pelakon, penulis dan pengarah selain bertugas dengan Filem Negara Malaysia, Panggung Negara, Akademi Seni Warisan dan Budaya, Universiti Malaya dan Pejabat Penerangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.

Syed Alwi dianggap sebagai tokoh terkemuka yang mengangkat martabat teater tanahair (Malaysia) daripada corak purbawara dan bangsawan kepada corak yang lebih bersifat kontemporari.

Beliau terkenal kerana teater dua zaman - zaman penjajahan serta zaman kemerdekaan dan banyak menghasilkan karya yang mantap dan mempunyai impak khususnya dalam memperkatakan isu-isu berhubung dengan bangsa Melayu.

ANUGERAH BUDAYA

Syed Alwi adalah pengasas Kumpulan Teater Seni Malaya (Malayan Art Theater Group) pada tahun 1951, yang kemudian bertukar menjadi Malaysian Art Theater Group.

Drama-dramanya menyulami gaya realistik dan komedi daripada segi perwatakan, dialog dan aksi. Malah drama "Tok Perak" dianggap teater multimedia yang pertama di Malaysia.

Drama "Alang Retak Seribu" (1973) "Tok Perak" (1974) dan "Desaria" (1978) serta dua drama berbahasa Inggerisnya, "I Remember The Rest House" (1992) dan "Member of The Club" (1994), menerima pelbagai interpretasi (tafsiran) dan pujian.

Syed Alwi pernah mengarah dan berlakon dalam beberapa pementasan teater terkenal antaranya, "Midsummer Night's Dream" (sebagai Starveling), "Androcles and the Lion" (Slave) dan "Henry V" (Duke of Bedford) sehingga tahun 1953.

Beliau juga telah menghasilkan beberapa buah skrip serta turut menerima anugerah budaya daripada negara Amerika Syarikat, Sweden, Australia, France, Yugoslavia dan Malaysia.

Kerana komitmen dan jasanya, Syed Alwi telah diberikan Anugerah Seni Negara (Seniman Negara) pada 19 September 2002 - satu penghargaan dan pengiktirafan tertinggi kerajaan Malaysia kepada seorang penggiat seni negara.








SYED ALWI, MERENUNG JAUH. ENTAH APA YANG DIFIKIRKANNYA...



BELASUNGKAWA
(29/3/1930 – 30/11/2008)
Petikan daripada Sensasi Selebriti
Oleh BUDIEY (1 Disember 2008)





Datuk Syed Alwi Syed Hassan, 78 tahun, bukan saja seorang tokoh teater, drama dan sasterawan dalam pengertian biasa, tetapi juga tokoh sastera, lain dari yang lain.

Dua perkara yang tidak pernah diabaikan oleh Seniman Negara ini, setiap kali berkarya - realiti sosial dan bangsa Melayu. Dua perkara ini telah menjadi identitinya dan ini adalah asas sekali gus membezakan karya beliau dengan orang lain.

Biar pun mendapat pendidikan formal dalam bidang teater di Amerika Syarikat tetapi Syed Alwi tidak pernah terpengaruh dengan budaya luar untuk diserapkan dalam teater tempatan. Di kalangan penggiat teater, beliau ialah “Tok Perak” yang kental dengan jiwa Melayunya.

Jiwa Melayu yang ada pada Syed Alwi cukup tebal. Warna-warna kehidupan kampung yang pernah dilalui di tempat kelahirannya di Pondok Tanjung, Perak selalu terbawa-bawa dalam naskah yang dihasilkan.

Antara naskah teragungnya ialah "Alang Rentak Seribu" dan "Tok Perak". Kedua-duanya telah menjadi naskah klasik dalam dunia sastera kita (genre drama pentas) dan memenangi Hadiah Sastera Malaysia pada 1973 ("Alang Rentak Seribu") dan 1974 ("Tok Perak").

Bukan saja popular dan mendapat tempat di hati penggiat teater tetapi, "Alang Rentak Seribu" dan "Tok Perak" cukup istimewa kerana berjaya membawa jiwa Melayu di tengah-tengah kota di mana ia dipentaskan. Jiwa Melayu yang ditonjolkan di sebuah kampung kecil di Perak dilakukan dengan begitu halus dan sempurna sekali.

Banyak ragam orang Melayu di dalam penceritaan naskah-naskah beliau terutamanya sifat orang kampung yang lurus bendul, bodoh sombong, berterus terang, melenting, mengamuk serta melatah dan gemar mengusik.

Itulah keistimewaan Syed Alwi. Beliau berjaya membawa cerita kampung ke bandar dan masih ramai yang tidak jemu mengikuti cara penceritaannya. Disebabkan faktor ini, pementasan "Tok Perak" terakhir yang dibuat Syed Alwi pada bulan Jun tahun ini (2008) akan meninggalkan 1001 kenangan dan memori indah bagi famili, sahabat dan peminat teater.

Walaupun intipatinya hampir sama, nada yang ingin disampaikan pada pementasan kali ini, jauh berbeza. Tajuknya pun sudah berubah ke "Tok Perak: Yang Mencari dan Menanti".

PENJUAL UBAT

Teater "Tok Perak" terbaru ini disampaikan lebih sinis oleh Syed Alwi, mengisahkan tentang seorang penjual ubat yang muncul semula selepas 34 tahun menghilang dan melihat pergolakan sosial dan politik secara kritis. Walaupun corak penceritaannya lain, tetapi tetap relevan pada masa sekarang.

Watak Tok Perak lebih matang setelah lima puluh tahun merdeka dan ingin berkongsi hikmat dan nikmat zahir batin kepada manusia abad 21.

Tok Perak masih dipaparkan Syed Alwi sebagai penjual ubat, berjaja dari tempat ke tempat di seluruh negara dan melihat berbagai perkara. Bermacam kisah menghalang kegiatannya dan berbagai macam manusia menentang tingkah lakunya, membantah kata-katanya hingga beliau ditangkap dan dihukum kerana mengacau dan mengganggu ketenteraman awam.

Itulah Tok Perak – penuh dengan drama walaupun sudah berusia, selalu sinis dalam perlakuan dan tutur kata. Dan selalu pengamatan beliau tidak pernah tersasar! Sungguhpun sentuhan baru, Tok Perak tetap hebat dan klasik serta ramai memuji dan melahirkan kekaguman.

Namun beliau pernah melahirkan terkilannya kerana tidak berjaya mementaskannya di Istana Budaya seperti yang dihasratkan.

Sekadar di pentas Dewan Bahasa dan Pustaka yang difikirkan ‘layak.’ Mungkin kini penyesalan berpanjangan bagi mereka yang tidak memberi izin?

Nama ‘Tok Perak’ itu sendiri cukup sinonim dengan Syed Alwi sehinggakan beliau turut dipanggil dengan gelaran itu. Karya yang mengisahkan si penjual ubat ini pernah dipentaskan sebanyak dua kali pada tahun 1970an.

Kali pertama di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya pada tahun 1975, di mana watak penting itu dipegang sendiri oleh Syed Alwi dan kali kedua di tempat yang sama pada tahun 1979.

Setiap kali Tok Perak dipentaskan, ianya dianggap berjaya kerana penonjolan watak yang semacam keliru dengan diri sendiri tetapi lurus bendul mendorong khalayak ramai ketawa. Inilah pemerhatian halus Syed Alwi terhadap ragam bangsanya.

SUKA MENYINDIR

Dan, inilah yang membuat naskahnya memukau dan tidak membosankan. Apapun naskah Melayu yang dihasilkannya, Syed Alwi tidak pernah lupa mengutarakan pemikiran dan tindak-tanduk Melayu yang penuh santunnya.

“Orang Melayu banyak ragamnya. Suka menyindir, banyak muslihat, baik hati, pemaaf dan cepat melatah,” begitu antara kata-kata azimatnya ketika ditemubual sewaktu pementasan "Going North" di KLPac satu ketika dulu.

Syed Alwi bijak bermain dengan sentimen ini, bermain dengan ragam manusia dan tahu apa yang perlu ditonjolkan dalam setiap watak dalam drama beliau.

Yang penting, semua karekter kena real bukan artificial. Walaupun mereka berpura-pura tetapi mereka perlu nampak real apabila melakonkan watak yang saya cipta itu,” jelasnya. Dan apa pun kemelut, sifat pemaaf dan tidak berdendam, baik hati adalah keistimewaan bangsa Melayu di mata Syed Alwi.

Mungkin itulah juga sifat yang hampir dengan peribadi Syed Alwi. Bagi mereka yang pernah singgah di hatinya seperti kaum famili dan sahabat karib pelakon dan pengarah Rohani Yusoff, Zaibo, (Datuk) Faridah Merican dan ramai lagi, beliau orangnya unik.

Gaya hidupnya yang suka mengasingkan diri untuk mencari inspirasi banyak membuahkan hasil-hasil yang membanggakan. Yang dipentingkan ialah kehidupan seharian mesti selalu dikelilingi masyarakat dan sastera Melayu.

Tokoh drama kelahiran Pondok Tanjung, Perak ini dilahirkan pada 29 Mac 1930, dan mendapat latihan profesional di University of Minnesota dalam Jurusan Ijazah Seni Teater dan Penulisan. Beliau menceburkan diri dalam bidang penulisan buat sementara waktu sebelum menyambung kembali pembelajarannya di London Film School.

Syed Alwi kembali ke Malaysia dan menceburkan diri dalam bidang industri hiburan termasuklah bidang penerbitan, pengarahan, pengajar dan juga pelakon.

Pemergian Syed Alwi ibarat kehilangan sebutir permata. Kata-kata hikmat beliau akan tetap menjadi teman bagi mereka yang berfikri jauh. “Diharap ribut memberi peluang keadaan dan kaedah lama diganti dengan pembawa baru supaya kita dapat berkhidmat sempurna” – antara kata-kata Tok Perak yang ‘muncul’ dalam naskah terbarunya setelah 34 tahun ‘menghilang’.

Tok Perak@Syed Alwi adalah ikon teater Melayu moden dan seniman yang melihat dan menafsir pergolakan sosial di sekelilingnya. Selama ini, pena tajamnya selalu menulis laju dan kritis dan sinis. Kini tintanya sudah bernokhtah dan terhenti.

Syed Alwi meninggal dunia di kediamannya di Sungai Serai, Kuang, Selangor. Beliau meninggalkan tiga orang anak. Jenazahnya disembahyangkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail dan disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.


KERATAN AKHBAR, SYED ALWI MENINGGAL DUNIA.


KEMATIAN SYED ALWI YANG PENUH MISTERI___
Oleh MUSTAFAR A.R.

Pada 30 November 2008, penerima anugerah Seni Negara 2002, (Datuk) Syed Alwi Syed Hassan, ditemui mati di banglo kediamannya di Kampung Sungai Serai, Kuang, Selangor.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Selangor SACII Hasnan Hassan berkata, mayatnya telah dijumpai di bahagian dapur rumah berkenaan oleh anaknya, Norsham, yang baru pulang ke rumah, kira-kira pukul 8.30 malam.

"Syed Alwi dipercayai sudah meninggal dunia lebih kurang 48 jam," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

MEJA TERBALIK

Hasnan Hassan memberitahu, siasatan awal mendapati ada kesan calar dan lebam di badannya, dan menambah, tiada kesan pecah masuk di banglo bagaimanapun, terdapat sebuah meja terbalik dengan banyak ubat-ubatan bertaburan di sekitarnya.

Begitu pun juga, polis tidak menolak kemungkinan beliau dibunuh dalam satu kejadian rompak, selain berkemungkinan terjatuh lalu meninggal dunia.

"Perlakuan jenayah juga akan disiasat," katanya.

Namun, hingga kini apa yang menyebabkan kematian Syed Alwi masih misteri, semisteri drama "Going North"nya.








SYED ALWI, PEMENANG ANUGERAH SENI NEGARA TAHUN 2002

Anugerah Seni Negara (ASN) ialah anugerah tertinggi bidang seni yang diiktiraf oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Malaysia. Ia mula diperkenalkan pada 1993. Kategori terawal dan paling prestij anugerah ini ialah "Anugerah Seniman Negara".

PENERIMA ANUGERAH SENI NEGARA (SENIMAN NEGARA)___

1. 1993 - HAMZAH AWANG AMAT, penggiat wayang kulit tradisional
2. 1995 - SYED AHMAD SYED JAMAL, penggiat seni lukis visual
3. 1997 - WAN SU OTHMAN, penggiat seni tampak (ukir)
4. 1999 - KHATIJAH AWANG, penggiat seni mak yung
5. 2002 - SYED ALWI SYED HASSAN, penggiat seni teater
6. 2004 - ABDUL RAHMAN BAKAR, penggiat seni teater bangsawan
7. 2006 - AHMAD NAWAB, penggiat seni musik
8. 2008 - JINS SHAMSUDIN, penggiat seni lakon dan perfileman

# Anugerah Seni Negara (ASN). sepatutnya diberikan dua tahun sekali. Tetapi selepas Jins Shamsudin (2008), ianya ternoktah begitu saja. Ertinya, tahun 2010, 2012 dan 2014, tiada, walhal ramai lagi diluar sana patut dan layak menerima ASN.

# Ahmad Nawab dan Jins Shamsudin tidak sepatutnya diberikan ASN kerana mereka sudah terlalu banyak menerima anugerah, macam-macam anugerah. Watak-watak terpinggir selari Syed Alwi, Khatijah Awang dan Syed Ahmad Jamallah seharusnya diberi keutamaan.

# Sejak tahun 2004, terlalu banyak watak mahu dipuaskan hati mereka. Ini menjejaskan kredibiliti ASN itu sendiri. 2004 (10), 2006 (20) dan 2008 (37). Sepatutnya, terus dikekalkan satu, bukankah ini lebih berintegriti. Ini tidak, sampaikan DiGi dan PNB pun dapat ASN. Membazir duit rakyat. Siapalah punya idea goblok ini?


# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA

SALOMA

BAHYAH MAHMOOD

DEEPIKA PADUKONE

UTUSAN RADIO & TV

VICTOR MATURE

R.AZMI

LATIFAH OMAR






KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 mukasurat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P.Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun disebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P.Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar negara untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.