Teks: Mustafar A.R. Azlan Mohamed Said & Zaini Yusop
Foto: Buku Muzika & Daripada Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop
TONY CASTILLO SEBAGAI SAZALI DALAM "ANAK-KU SAZALI".
TONY DENGAN TRUMPETNYA YANG MEMBAWA TUAH.
TONY JAUH BERUBAH APABILA LEBIH DEWASA.
TONY DENGAN GAYANYA KETIKA MENYANYI SAMBIL MENIUP TRUMPET.
TONY CASTILLO TIDAK MALU MENCERITAKAN PERANGAI BURUKNYA
Oleh Mustafar A.R.
Kali terakhir saya bertemu Tony Castillo di Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 5-8 Ogos 2009. 15 bulan kemudian, 13 Disember 2010, tidak ada hujan tidak ada ribut, tiba-tiba saja Tony menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Di Kota Kinabalu, saya sering juga bersamanya, berbual-bual bila ada masa terluang terutama ketika berada dalam bas pelancong dan bersarapan pagi
di restoran Grand Borneo Hotel, tempat Tony dan saya menginap.
Topiknya banyak mengenai zaman kegemilangan filem Melayu di Singapura, dan penceburannya dalam arena musik bersama trumpetnya selepas meninggalkan terus bidang lakonan.
Saya seronok mendengarnya berceloteh, loghat Singapura campur Indonesia diselangseli dengan cakap orangputih, ada-ada saja ceritanya.
Satu perkara saya salute kepadanya, beliau kelihatan jujur dan berterus terang. Tony tidak malu menceritakan perangai buruknya di masa lampau.
Katanya: "Abang tahu, saya pernah masuk penjara."
"Ya, saya tahu," jawab saya.
Katanya: "Dari mana abang tahu?"
"Saya baca surat khabar," jawab saya.
Katanya: "Dulu sememangnya saya nakal, macam Sazali karekter yang saya lakonkan dalam filem Anak-Ku Sazali.
"Ketika muda, darah pun masih panas. Jahat tu macam main-main saja. Sekarang tidak lagi, saya sudah taubat dan masuk Islam. Nama saya sekarang,
Mohammad Nor Abdullah.
"Mungkin sebab itulah, saya dimurahkan rezeki menerima anugerah bintang legenda dengan wang tunai, di Kota Kinabalu ini."
Tony sering masuk keluar mahkamah. Pernah jadi buruan pihak polis, pernah juga masuk penjara di Queenstown.
Ada tiga kes melibatkannya. Budak sekolah, jam tangan dan dadah morfin. Semua itu dapat ditanganinya, dan selesai dengan baik.
Banyak lagi perangai buruknya diceritakkan kepada saya. Tetapi kerana Tony sudah tiada, cukuplah setakat apa yang sudah saya tulis. Selebihnya, biarkanlah ia berlalu bersama angin lalu, gone with the wind.
Dalam penceritaan, Tony nampak begitu ceria dan gembira. Tiada tanda-tanda dalam keuzuran atau kesakitan, dan beliau sering melayan para peminatnya begitu baik terutama bila diminta menandatangani autograf. Kerana itu, pemergiannya, benar-benar mengejutkan saya.
Semasa bertugas sebagai wartawan hiburan di Utusan dan selepas bersara, saya tidak banyak bertemu Tony. Seingat saya, empat kali. dua di Singapura, sekali di Kuala Lumpur dan Kota Kianabalu.
Artikel mengenainya dalam akhbar dan majalah, tidak banyak saya tulis. Yang saya ingat, ketika beliau datang ke Kuala Lumpur berunding dengan Jins Shamsudin mengenai filem sequel, "Anak-Ku Sazali 2".
Pelakon kanak-kanak Malaysia dan Singapura, ramai yang memenangi anugerah
di Festival Filem Asia Pasifik (FPAP), namun tidak sehebat lakonan Tony dalam "Anak-Ku Sazali" yang diarahkan oleh Phani Majumdar.
Sungguhpun, filem tersebut merupakan filemnya yang pertama, namun Tony telah memperlihatkan lakonan sebagai Sazali, P.Ramlee waktu kecil, baik, natural dan berkesan.
Sama seperti P.Ramlee, Tony telah menghayati karekter Sazali itu sepenuh jiwanya, dengan pemilihannya sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di FFAP4
di Tokyo pada tahun 1957, sudah kena pada tempatnya dan
sukar dipertikaikan.
Sungguhpun "Anak-Ku Sazali" makin lama makin jauh ditinggal zaman, namun lakonan Tony tetap diingati terutama babak (powerful scene), semasa Sazali menyorokkan permainan Rokiah (Habibah) kemudian ditemui ayahnya, Hassan (P.Ramlee). Cukup realistik dan sangat mengkagumkan.
Ternyata Tony dan P.Ramlee telah menjiwai karekter masing-masing
(sebagai Sazali dan Hassan) sebaik mungkin sehingga menyebabkan filem tersebut merupakan, salah satu filem terbaik pernah dikeluarkan oleh MFP.
Tony sudah meninggalkan kita, begitupun juga beliau tetap diingati sampai
bila-bila, seratus tahun atau seribu tahun lagi atau selagi nadi filem dan musik Malaysia/Singapura masih berdenyut.
12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG
# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
* JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA
# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 29 SEPTEMBER 2015)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 118506
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 109255 * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 101379
* SELAMAT PENGANTIN BARU 59425 * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 21273
TONY CATILLO SEBAGAI P.RAMLEE WAKTU KECIL.
TONY SEBAGAI AHMAD MAHMUD WAKTU KECIL.
TONY SEBAGAI SAMAD DAN KARIM.
TONY SEBAGAI AZIZ JAAFAR WAKTU KECIL.
ANAK-KU SAZALI: AYAHNYA P.RAMLEE.
P.RAMLEE & HASHIMAH YON.
SERUAN DARAH: IBUNYA NENG YATIMAH.
AHMAD MAHMUD & SUPARTI.
MASHARAKAT PINCHANG: KAKAKNYA ROSNANI.
TONY CASTILLO & TONY CASTILLO.
DOCTOR: AYAHNYA S.KADARISMAN.
AZIZ JAAFAR & ZAITON.
TONY CASTILLO, PENIUP TRUMPET HANDALAN
Oleh: AZLAN MOHAMED SAID
Petikan Buku: MUSIKA ARENA MUZIK SILAM DI MALAYSIA
Antonia Castillo atau Tony Castillo telah mendapat gelaran sebagai 'Singapore Wonder Boy' pada pertengahan tahun 1950an. Beliau telah juga memenangi anugerah pelakon kanak-kanak terbaik untuk filem 'Anak Ku Sazali' yang diarahkan oleh P.Ramlee dalam tahun 1957.
Tony juga merupakan seorang kanak-kanak yang berbakat bukan sahaja dalam seni lakonan malah seorang peniup trompet handalan.
Dilahirkan pada tahun 1946 di dalam keluarga seni, bapa Tony, Don Castillo adalah seorang pemuzik dan ketua orkestra yang berasal dari Filipina, manakala ibunya pula, Edith Castillo, adalah seorang ahli 'flying trapeze' bersama kumpulan Sarkis berasal dari Russia kepunyaan keluarganya yang telah menjelajahi beberapa negari.
Edith kemudian telah bertemu dengan Don Castillo di Singapura dan mereka berkahwin pada tahun 1942. Ibu beliau juga adalah seorang guru tarian di Malay Film Productions pada awal tahun 1950an.
Minat beliau dalam bidang musik bermula apabila beliau menerima sebuah trompet sebagai hadiah oleh ayahnya pada harijadi beliau yang ke 9. Sejak dari hari itu, Tony telah berlatih meniup trompet hampir setiap hari sehinggalah mampu bermain seperti peniup trompet profesional dalam masa setahun.
Melihat kebolehan anaknya yang berlatih bersungguh-sungguh, Don Castillo telah menyuruh Tony memberanikan diri bermain muzik bersama orkesnya di kabaret. Kemunculan Tony di atas pentas dengan tiupan trompetnya yang mengkagumkan telah menarik perhatian ramai pengunjung di kabaret itu.
Oleh kerana kediaman keluarga Tony berdekatan dengan Studio Jalan Ampas, Tony sering kali mengikuti ibu beliau ke Studio Jalan Ampas dan kadangkala dapat melihat sesi perfileman dijalankan disana.
Tidak lama kemudian, beliau telah ditawarkan berlakon dalam filem Anak Ku Sazali pada tahun 1956. Setahun selepas filem itu ditayangkan, Tony telah terpilih menjadi pemenang Pelakon Kanak-Kanak Terbaik dalam Festival Filem Asia yang ke 4 yang diadakan di Tokyo.
Selepas memenangi anugerah itu, beliau telah berlakon untuk beberapa buah filem yang lain termasuklah filem Doktor dan Masharakat Pincang pada tahun 1958.
Walaupun lakonan Tony begitu berkesan sekali, namun jiwa beliau lebih cenderung kepada bidang muzik dan membuat keputusan untuk tidak melanjutkan diri dalam seni lakonan.
Pada awal tahun 1960an, bapa beliau telah diserang penyakit angin ahmar dan tidak mampu bekerja lagi. Tony ketika itu telah pun bermain muzik di beberapa buah kelab malam yang popular di Singapura dan membantu keluarga beliau mencari rezeki.
Pada satu malam, kelab beliau bekerja telah dikunjungi oleh seorang penganjur dari Ceylon bernama Donovan Andree. Encik Dovovan sangat kagum melihat Tony meniup trompet lalu menawarkan beliau bermain muzik di beberapa bandar di Asia seperti Colombo, Hong Kong dan Jepun selama 6 bulan.
Tony telah menerima kontrak itu dan membawa ibunya bersama sebagai pengurusnya.
Seperti ibubapa beliau, Tony telah menjelajahi beberapa negara mengukir nama beliau sebagai seorang pemuzik profesional sejak tahun 1960an.
Sepanjang di perantauan, beliau telah bermain muzik di Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Mexico, Turki dan Eropah. Beliau juga berkesempatan membuat persembahan didepan orang-orang bangsawan di St. Tropez dan Monte Carlo.
Beliau juga pernah mebuat persembahan menghiburkan Presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan.
Pada awal tahun 1970an, Tony telah menubuhkan syarikat rakamannya yang diberi nama PAL Recording. Pada awal tahun 1980an, Tony, yang telah pun memeluk Islam ketika itu, telah merakamkan 10 buah lagu dalam sebuah album yang berjudul Insaf.
Salah satu lagu dalam album itu adalah lagu Anak Ku Sazali yang berirama instrumental dengan tiupan trompet oleh Tony sendiri.
Sejak dari tahun 1980an dan 1990an, Tony telah beberapa kali muncul di kaca TV membuat persembahan untuk rancangan hiburan Inggeris dan juga Melayu.
Tony juga telah bergabung dengan teman-teman dari Jalan Ampas Studio seperti Hashimah Yon, Momo Latiff, Kassim Masdor dan beberapa bekas bintang filem membuat penampilan mengimbas kembali kegemilangan filem Melayu di negara jiran di Malaysia.
Pada bulan November 2010, Tony telah dipilih untuk berlakon dalam sebuah filem terbitan Ace Pictures berjudul Empayar yang mana beliau mengambil peranan seorang mafia.
Beliau sempat menyelesaikan hampir semua adegan yang melibatkan diri beliau dan hanya beberapa adegan terpaksa terhenti kerana beliau telah dikejarkan ke hospital akibat barah yang dihidapi sejak bulan Sebtember.
Setelah beberapa minggu di Hospital Besar Changi, Tony telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 13 Disember 2010. Jenazah beliau telah disembahayangkan di Masjid Ba'alwie dan disemadikan di Pusara Abadi, di Lim Chu Kang, Singapura.
# Artikel ini disiarkan sepenuhnya tanpa edit (original), walaupun terdapat kesilapan fakta, tajuk filem dan ejaan.
FILEM TONY CASTILLO DI YOUTUBE___
Di antara empat filem Tony Castillo berperanan penting, hanya dua terdapat di YouTube - "Anak-Ku Sazali" dan "Doctor". Tidak ada di YouTube, tetapi masih boleh diperolehi dengan mudah, "Masharakat Pinchang". "Seruan Darah", sukar diperolehi, namun saya bernasib baik kerana masih ada dalam simpanan yang telah saya perolehi sejak lama dulu.
(Sumber: Pinatubo)
(Sumber: FilemKlasik Melayu)
DI ANTARA FOTO MENARIK TERKANDUNG DALAM BUKU MUSIKA___
Dean & Tijah Opera.
Barisan depan (dari kiri): Wanly Yazid dan Osman Ahmad. Barisan tengah: Ismail Kassim, Nona Asiah, Momo dan Abdul Rahman. Barisan belakang: Hussein Karim, Yusoff B., Wan Ahmad dan Ahmad Wan Yet.
Dari kiri: Julia, Fatimah Simen, Mahmud June dan Uda Omar.
Dari kiri: Momo, Wan Jah Ahmad, Zaharah Zaaba dan Nona Asiah.
Dari kiri: Mohamed Said (Said Tenor), Rahim Hamid dan Rahmat Ali.
Dari kiri: Salbiah Haron, Rokiah Wanda, Nona Asiah dan Marsita.
Dari kiri: Zainal Abbas, Bing Slamat dan S.Hamid.
ULASAN & KRITIKAN___
Buku: 1900-1965 MALAYA'S EARLY MUSIC SCENE
MUSIKA ARENA MUZIK SILAM DI MALAYSIA
Penulis: AZLAN MOHAMED SAID
Penyunting: JUFFRI SUPA'AT
Penerbit: AZLAN MOHAMED SAID
Pengulas: MUSTAFAR A.R.
Dengan terbitnya buku "1900-1965 Malaya's Early Music Scene MUZIKA Arena Muzik Silam Malaya" yang dibuat dalam dwi-bahasa atau bilingual (Inggeris dan Melayu), ia merupakan satu langkah yang amat baik dan seharusnya dipuji.
Mendapat sokongan kuat daripada National Arts Council (Majlis Seni Kebangsaan) di Singapura, buku ini yang mula diedarkan pada bulan Februari 2013, begitu berguna dan boleh dijadikan bahan rujukan terutama di kalangan peminat musik dan filem baik di Malaysia mahupun di Singapura.
Setebal 256 muka (tidak termasuk kulit), ia bolehlah dianggap sebagai dokumentasi terlengkap mengenai sejarah musik Malaya (dulu Singapura dalam Malaya) sejak awal abad ke-20 (1900) sampailah ke tahun 1965.
Seperti tercatat di muka 49: Pada awal abad ke 20, Singapura terkenal sebagai sebuah pusat hiburan di rantau ini. Selain daripada mempunyai seniman yang berbakat kelahiran Singapura, ramai juga pemuzik dari negara jiran seperti Malaya, Indonesia dan Filipina telah berhijah ke sini dan mewarnakan lagi kegiatan seni di Singapura.
Di muka 9 tercatat: Musika - Arena Muzik Silam di Malaya adalah satu kompilasi biodata pemuzik di Malaya yang pertama kali diusahakan dalam bentuk buku untuk para pembaca yang berminat akan sejarah muzik di Malaya yang berkembang pada tahun 1900 ke tahun 1965.
Terdapat 15 Bahagian (Susur Masa);
1900 - Opera bangsawan adalah sumber hiburan di awal abad ke 20.
1910 - Gramafon telah di bawa ke Malaya oleh pegawai Inggeris dan saudagar kaya.
1920-1930 - Wak Jarr antara yang banyak mencipta lagu untuk opera bangsawan.
1933 - Laila Majnun, filem Melayu bersuara pertama dikeluarkan di Singapura.
1933-1935 - Ahmad Patek mencipta lagu "Di Tanjong Katong".
1935 - Wujudnya stesen radio pertama terletak di Bangunan Cathay.
1942 - Singapura di tadbir oleh Jepun, dan namanya diubah kepada Syonanto.
1945 - British kembali ke Malaya, dan arena muzik berkembang semula.
1949 - Ramai pemuzik mendapat pekerjaan di pusat-pusat hiburan.
1950 - Permulaan kegemilangan filem-filem Melayu.
1957 - Lagu Kassim Masdor, "Bahtera Merdeka", menang peraduan mencipta lagu.
1958 - Lagu Zubir Said, "Majulah Singapura", menjadi lagu kebangsaan Singapura.
1963 - Singapura menjadi sebahagian daripada Malaysia.
1963 - P.Ramlee berpindah ke Studio Merdeka, di Kuala Lumpur.
1965 - Lagu Zainal Abbas, "Sumbangsih", kisah perpisahan Malaya dan Singapura.
Setiap bahagian digaraf dengan 'event' yang berlaku, dan diberi informasi jelas bagi membolehkan setiap pemusik dan pencinta musik mendapat manfaatnya.
Bukan saja musik dan filem, Musika juga memuatkan perkembangan pentas (opera) bangsawan bermula dari Pulau Pinang kemudian menyerap masuk keseluruh Malaya, Sumatra, Jawa dan beberapa kepulauan Indonesia.
Turut dimuatkan, biodata penyanyi dan pemusik yang ada diantaranya tidak ramai yang kenal seperti Ahmad Patek, Dahari Jarr, Ahmad Jarr, Abdullah Sumardi, S.Omar Baghusir, Rahimah Simen dan Sureini Sani.
Disamping adanya mereka yang begitu popular termasuk P.Ramlee, Nona Asiah, R.Azmi, Rokiah Wanda, Momo, Lena, Aziz Jaafar, Normadiah, Saloma dan Kartina Dahari.
Mungkin ramai yang tidak tahu Kartina Dahari, anak pemusik Dahari Jarr; Fatimah Huri dan Zainab Huri, anak penyanyi Lena; R.Ismail, anak penyanyi A.Rahman; Jamaliah Shariff, anak pelakon Shariff Medan; dan Kamaliah Latiff, anak Momo.
Pendekkata, isi kandungan buku ini sangat berguna untuk diketahui oleh mereka yang berminat dan mencintai musik, filem dan opera. Dua pencipta lagu dari dua era - Kassim Masdor dan Art Fazil - dipilih menulis kata penghantar.
Antara lain catatan Kassim: Walaupun hanya biodata ringkas yang di cungkil daripada para artis-artis lama, namun ia mampu menggambarkan suasana seni yang begitu rancak pada zaman kegemilangan industri muzik Melayu di Singapura pada suatu ketika dulu.
Catatan Art pula: Sebagai peminat muzik era lampau, saya rasa amat senang dengan buku ini yang penuh dengan informasi serta koleksi foto foto para pemuzik, bintang dan primadona zaman itu yang telah menghasilkan karya karya unggul yang masih lagi diminati sehingga hari ini.
Foto-foto banyak yang menarik, yang lama penuh nostalgia, yang selama ini jarang atau mungkin di antara kita, tidak pernah melihatnya di mana-mana.
Dengan memiliki buku Musika ini, pembaca terutama peminat musik, sudah dapat informasi boleh dikatakan sepenuhnya mengenai perkembangan sejarah musik silam Malaya, termasuk Singapura.
Bagaimanapun, sekadar adanya buku ini, tidak mencukupi sekiranya terdapat banyak kesilapan atau kesalahan dari segi fakta, ejaan yang tidak selari, juga salah dan tajuk filem yang tidak tepat, tidak seperti tercatat dalam credit title.
Tajuk buku pun sudah mengelirukan, MUSIKA ARENA MUZIK SILAM DI MALAYA. Kenapa ejaan MUSIKA dan MUZIK tidak selari - MUSIKA dan MUSIK atau MUZIKA dan MUZIK.
Malah isi kandungan juga, sekejap guna muzik, kemudian terdapat juga musik. Trompet, ada juga trumpet. Itu adalah dua contoh, sebenarnya banyak lagi yang sepatutnya tidak boleh berlaku sekiranya penulis dan penyunting cukup prihatin.
Saya belum membaca keseluruhan isi kandungan buku ini, belum ada kelapangan, baca sambil lalu saja. Begitu pun juga saya ingin mengulas satu perkara iaitu mengenai artikel Tony Castillo yang termuat di muka 224 hingga 227.
Kesilapan paling besar;
* Anak-Ku Sazali diarahkan oleh Phani Majumdar, bukan P.Ramlee.
* Tarikh Tony meninggal dunia, tidak sama. Versi Inggeris 14 Disember 2010, manakala versi Melayu 13 Disember 2010. Yang betul, 13 Disember 2010.
* Pengunaan tajuk filem tidak tepat. Anak Ku Sazali sepatutnya Anak-Ku Sazali, Doktor sepatutnya Doctor dan Masyarakat Pincang sepatutnya Masharakat Pinchang.
Itu baru mengenai Tony Castillo, yang lain-lain tidak tahu lagi samada banyak ataupun sedikit. Saya beharap, saya mampu membaca keseluruhanya bagi memberi ulasan dan kritikan (dalam FK) di masa akan datang, demi untuk kebaikan kita bersama.
Ternyata, Azlan dan Juffri tidak membuat sedikit lagi reseach dan tidak berhati-hati dalam membuat penyuntingan, bagi membolehkan kesalahan yang sudah terjadi itu tidak berlaku.
Mereka, nampaknya mengambil bulat-bulat dari keratan akhbar (paper cutting) terutamanya The Straits Times dan Berita Harian, tanpa membuat kajiselidek yang lebih mendalam. Akhbar dan majalah pun selalu juga melakukan kesilapan, tidak boleh di ambil begitu saja, check kemudian balance.
Nampaknya, penyakit Finas sudah merebak, menerbitkan buku dialu-alukan, tetapi malangnya terdapat banyak kesalahan yang tidak dapat membantu mereka yang mahu buat rujukan terutama mengenai perkembangan filem dan musik di Malaysia.
Musika sangat-sangat berguna dan sesuai dijadikan bahan rujukan, namun dengan beberapa kesalahan yang sedia ada, sedikit sebanyak mencalar dan mencacatkan kewibawaan (intergriti) buku ini, kesilapan akan terus berpanjangan jika tidak diperbetulkan.
Saya harap ada edisi ke-2 Musika selepas ini, dengan melakukan penyuntingan secara menyeluruh oleh mereka yang benar-benar tahu dan pakar, supaya ia dapat menjadi sebuah buku yang benar-benar 'perfect' dan boleh pula dibanggakan. Perkara ini tersangat penting.
National Library Board (NLB), tidak berminatkah untuk menjadi sponsor projek edisi ke-2 ini?
KESILAPAN YANG TIADA MAAF BAGIMU
Oleh Mustafar A.R.
Pening saya memikirkannya, bagaimanakah caranya untuk mendidik di kalangan penulis terutama yang masih muda, menghasilkan informasi tepat dan betul. Ini telah saya sarankan sejak sekian lama, namun nampaknya tidak dipedulikan. Mereka malas membuat semakan.
Lihat saja video BERITAMediaCorp (SURIA), sakit hati saya apabila pembaca berita memberitahu, "Anak-Ku Sazali" diarahkan oleh P.Ramlee. Padahal filem itu arahan Phani Majumdar. Apakah si pelapor, Riz Sunawan, tidak buat kajiselidek. Tangkap muat saja, ke?
Kalaulah P.Ramlee masih hidup, pasti beliau geleng kepala, kerana betapa cincainya Riz Sunawan membuat laporan, manakala Phani Majumdar pula, pasti beliau menangis kerana, "lembu punya susu sapi dapat nama".
Sudahlah begitu, tajuk filem tidak sama dengan yang tercatat di credit title - "Anak-Ku Sazali" (bukan Anakku Sazali), "Masharakat Pinchang" (bukan Masyarakat Pincang) dan "Doctor" (bukan Doktor).
Ini semua adalah fakta. Jika tidak tepat dan betul, ia bukan lagi dianggap sebagai fakta tetapi auta!
Sepatutnya, BERITAMediaCorp prihatin segala-galanya kerana SURIA bukan stesen TV sebarangan, ia mempunyai ramai peminat (penonton) bukan saja di Singapura malah juga Malaysia dan Indonesia.
Kesilapan yang begitu menonjol dilakukan BERITAMediaCorp, mencemarkan intergriti SURIA, dan saya merasakan, sekiranya keprihatinan (oleh sesiapa pun) tidak dijadikan sebagai kayu pengukur, sampai bila-bila (sampai kiamat pun) kesilapan akan terus berlaku.
Inilah yang merisaukan saya.
# Bersama ini dilampirkan video BERITAMediaCorp mengenai Tony Castillo meninggal dunia pada bulan Disember 2010 yang dilaporkan oleh Riz Sunawan. Lihat dan nilaikanlah sendiri. Kliks TONY CASTILLO
TONY CASTILLO MENERIMA ANUGERAH BINTANG LEGENDA___
Masing-masing bergembira menerima Anugerah Bintang Legenda. Dari kiri: Tony Castillo, Latifah Omar, Aziz Sattar, Kassim Masdor, Momo dan Zaiton
Pada pertengahan tahun 2009, saya telah dilantik menganggutai panel juri Anugerah Bintang Legenda yang diwujudkan sempena Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) pada 5-8 Ogos 2009 di Kota Kinabalu, Sabah.
Di pengerusikan oleh Iliyas Ibrahim, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, turut sama berada dalam panel juri, Deddy M.Borhan, Zulfifli Wahab, Zain Hamzah, Aimi Jarr, Adam Salleh, Akmal Abdullah dan M.Daud sebagai Setiausaha.
Ramai karyawan seni dicalonkan. Setelah penilaian dibuat, Tony dianugerahkan kerana Pelakon Lelaki, manakala Latifah Omar, Pelakon Wanita; Aziz Sattar, Seniman Serbaboleh; Kassim Masdor, Penggiat Di Belakang Tabir; Momo, Pelakon Komedi; dan Zaiton, Anugerah Khas Juri.
CITATION TONY CASTILLO___
Filem yang dibintanginya berperanan penting tidak banyak. Hanya empat. "ANAK-KU SAZALI", "SERUAN DARAH", "MASHARAKAT PINCHANG" dan "DOCTOR". Namun keberkesanannya membawa peranan Sazali waktu kecil dalam "ANAK-KU SAZALI" telah menyebabkan beliau memenangi anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Asia-Pasifik Ke-4 (FFAF4) di Tokyo, Jepun pada tahun 1957.
Kemenangannya itu, ditambah pula anugerah Pelakon Lelaki Terbaik diterima oleh P.Ramlee yang memegang peranan Sazali waktu dewasa, memperkuatkan lagi mertabat filem Malaysia, Malaya ketika itu, terutama di kalangan penggiat-penggiat filem seluruh Asia-Pasifik.
Agak menarik pencapaian cemerlang beliau dan P.Ramlee di festival filem tersebut mencatat sejarah apabila tidak pernah berlaku di mana-mana penganugerahan filem sekali pun di dunia satu karekter (Sazali) memenangi dua anugerah.
Sebagai Sazali, beliau telah memperlihatkan lakonan yang berkualiti sungguhpun "ANAK-KU SAZALI" merupakan filem pertamanya.
Jika dibandingkan dengan Adek Wan Hussain, Bat Latiff, Aiedi Ali dan Aziz M.Osman yang pernah memenangi anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di festival filem yang sama, sukar dipertikaikan sekiranya nama beliau diletakkan ke tempat paling atas, nombor satu.
Justeru itu, angguta Panel Juri Anugerah Bintang Legenda telah memilih beliau sebagai penerima ANUGERAH BINTANG LEGENDA UNTUK KATEGORI PELAKON LELAKI.
Beliau ialah... TONY CASTILLO
# Citation ini telah dibaca di Malam Anugerah Bintang Legenda sempena Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah pada 7 Ogos 2009. Penulis citation: Mustafar A.R.
FAKTA___
* Pada tahun 1974, Tony bersama tujuh angguta kumpulan The Castillians buat pertama kalinya bermain di disko Lost Horizon, Hotel Shangri-La, Singapura. Kontraknya, selama tiga bulan.
* Pada pertengahan tahun 1982, Tony telah merakamkan suaranya ke piringhitam (album) dengan 10 lagu Melayu. Antaranya, "Insan Dan Kesalahan", "Ulangtahun Harilahir", "Pengalaman Di Rantau" dan "Datang Setelah Menghilang".
* Di peringat awal, Tony mahu menggunakan nama Islamnya, Tony Sazali Castillo. Tetapi kemudian mengubah fikiran, dan digunakannya Mohammad Nor Abdullah.
* Pada bulan Ogos tahun 1982, Tony bercadang mengeluarkan filem sambungan (sequel) "Anak-Ku Sazali". Filem pertama keluaran syarikatnya itu bertajuk "Anak-Ku Sazali 2" dan bakal diarahkan oleh Jins Shamsudin. Entah di mana silapnya, projek filem tersebut dibatalkan.
* Disamping Presiden Amerika, Ronald Reagen, Princess Margaret (adik Queen Elizabeth) dari England pernah menyaksikan persembahan tiupan trumpet Tony, ketika beliau berada di St.Tropez dan Monte Carlo.
# Update akan dilakukan dari masa ke masa.
ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___
FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?
SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem
A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati
R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian
AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni
LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu
SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?
KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI
Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.
ALBUM (LP) LAGU-LAGU FILEM UNTUK DIJUAL___
RM250.00
RM250.00
RM250.00
RM250.00
RM250.00
RM250.00
# Sesiapa berminat memiliki album-album di atas, sila hubungi
Zaini Yusop menggunakan nombor telefon 012-3408117.

TONY CASTILLO: PELAKON KANAK-KANAK PALING BERJAYA
PERANANNYA DALAM "ANAK-KU SAZALI" SUKAR DILUPAKAN
Oleh Zaini Yusop
Tony Castillo bolehlah dianggap sebagai pelakon kanak-kanak paling berjaya dalam dunia filem Melayu. Lakonan yang diperlihatkannya dalam filem pertamanya, "Anak-Ku Sazali", arahan Phani Majumdar benar-benar berkesan sehingga membolehkannya memenang Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Asia-Pasifik Ke-4 (FFAP4) di Tokyo, Jepun pada tahun 1957.
Tony Castillo (dalam credit title "Anak-Ku Sazali" tercatat Tony saja) dan P.Ramlee mencatat sejarah penganugerahan filem apabila kedua pelakon tersebut memenangi anugerah bagi karekter yang sama iaitu Sazali. P.Ramlee memenangi Anugerah Pelakon Utama Lelaki Terbaik: Bahagian Dramatik.
Sepanjang yang diketahui, tidak pernah perkara serupa itu berlaku dalam mana-mana penganugerah filem di seluruh dunia termasuklah Anugerah Oscar Akademi di Hollywood.
Tony merupakan pelakon kanak-kanak pertama memenangi anugerah yang sama
di festival yang sama, bersaing dengan Adek Wan Hussain yang membintangi filem "Mega Mendong" arahan L.Krishnan.
Kemudian disusuli oleh Bat Latiff kerana lakonannya dalam "Lela Manja" dan "Gerhana", Aiedi Ali (Eddie Ali) dalam "Satay" dan Aziz M.Osman dalam
"Sayang Anakku Sayang".
BIODATA___
Nama Popular TONY CASTILLO (TONY CASTELLO)
Nama Sebenar ANTONIO CASTILLO (MOHAMMAD NOR ABDULLAH)
Tarikh Lahir 13 JULAI 1946 (64 TAHUN)
Tempat Lahir SINGAPURA
Ayah DON CATILLO (Filipina)
Ibu EDITH CASTILLO@EDITH JOSEPHINE AISAH ABDULLAH (Russia)
Isteri PAMELA ANNE-LICH & ZAINAB MOHAMED
Anak DAWN (ISTERI PERTAMA)& NUR ANISSA (ISTERI KEDUA)
Meninggal Dunia 13 Disember 2010
Tempat Meninggal Dunia HOSPITAL BESAR CHANGI, SINGAPURA
Sebab Meninggal dunia BARAH HATI
Pusara PUSARA ABADI, LIM CHU KANG, SINGAPURA
Adik Beradik LOUIS CASTILLO MAHMUD & ROSITA CASTILLO
FILEMOGRAFI___
ANAK-KU SAZALI (Phani Majumdar 1957)
SERUAN DARAH (Chew Cheng Kok 1957)
MASHARAKAT PINCHANG (Phani Majumdar 1958)
DOCTOR (Phani Majumdar 1958)
AZIMAT (Rolf Bayer 1958)
DARAH-KU (Ramon A.Estella 1963)
EMPAYAR (Osman Sulaiman 2011)
# "Azimat" dan "Darah-Ku", Tony sebagai pelakon tambahan.
# "Empayar", Tony sebagai gangster atau pailing.
PENCAPAIAN TERBAIK___
PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK
Festival Filem Asia-Pasifik Ke-4 (FFAP4) Tokyo, Jepun, 1957
ANUGERAH BINTANG LEGENDA KATEGORI PELAKON LELAKI
Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) Kota Kinabalu, Sabah, 2009
Sungguhpun sumbangannya terhadap dunia perfileman Melayu (Malaysia dan Singapura) terbatas kepada empat filem saja, namun peranannya tetap unggul dan boleh dianggap sebagai salah seorang Bintang Legenda yang harus diberi penghargaan sama seperti P.Ramlee, Kasma Booty, Yusof Latiff dan lain-lain lagi.
Tony adalah anak kepada pereka tarian (choreography) terkenal di MFP Jalan Ampas - Edith Castillo atau lebih terkenal dengan nama Bobby. Dia banyak merekacipta tarian untuk filem bermula pada tahun di awal tahun 1950an sehingga tahun 1956 yang mana selepas itu diambilalih oleh Normadiah.
Agak menarik di antara beberapa filem yang dibintanginya itu, tiga arahan Phani Majumdar - "Anak-Ku Sazali", "Masharakat Pinchang" dan "Doctor". "Seruan Darah" diarahkan oleh Chew Cheng Kok.
Kalau dalam filem "Anak-Ku Sazali", Tony membesar jadi P.Ramlee (Sazali). Dalam "Doctor" ditukar kepada Aziz Jaafar (Idris,) manakala "Seruan Darah" Ahmad Mahmud (Kamal) mengambil tempatnya setelah membesar.
Dalam "Seruan Darah", Ahmad Mahmud memegang peranan Kamal (Tony waktu kecil) hampir-hampir berkahwin dengan adiknya sendiri, Salbiana (Suptri) yang mana ayah mereka Haslan (Yusof Latiff). Neng Yatimah turut berperanan sebagai Juriah, ibu Kamal dan isteri kepada Haslan.
Filem ini yang dikeluarkan pada tahun 1957 cuba mengikut tradisi "Anak-Ku Sazali", tetapi kurang berjaya malah kecundang di box office. Filemnya pun tidak pernah di kesan tayangannya di tv. Di pasaran pun vcd atau dvdnya pun tidak pernah ditemui. Namun saya bernasib baik, mempunyai filem ini dalam format DVD.
Dalam filem "Masharakat Pinchang" sehingga ke akhir filem Tony terus kekal sebagai Tony dan istimewanya dalam filem tersebut dia memegang dua peranan - Samad dan Karim.
Sebenarnya, "Masharakat Pinchang" yang dihasilkan ceritanya oleh B.H. Chua dan dilakonkan oleh Rosnani, Neng Yatimah dan S.Kadarisman berdasarkan cerita yang sudah jadi klasik - "The Prince And The Pauper" karya Mark Twain - yang telah dijadikan filem beberapa kali termasuklah yang popular pada tahun 1937 dibintangi oleh Errol Flynn dan Claude Rains.
Setelah meninggalkan terus dunia filem, Tony meneruskan karya seninya bermain trumpet. Dengan menggunakan nama Terry Montana dan pernah bermain musik di Belanda, Melbourne, Bangkok, St.Tropez dan Monte Carlo, kemudian apabila pulang ke Singapura dia menganggutai kumpulan musik, The Castillians yang dianggutai oleh tujuh pemusik.
Tony juga pernah merakamkan 10 lagu ke piringhitam (album) yang dikeluarkan oleh syarikat piringhitamnya sendiri, PAL Recording. PAL ialah sengkatan nama isterinya yang pertama, Pamela Anne-Lich.
Tony, lama juga bermastautin di Amerika Syarikat, tetapi kembali semula ke Singapura apabila rumahtangganya bersama Pamela, mula menampakkan krisis.
Tony memeluk agama Islam menggunakan nama Mohammad Nor Abdullah. Ayahnya bangsa Filipina (Don Castillo) manakala ibunya, Edith Castillo, berketurunan Russia tetapi tidak beragama. Hanya disaat-saat akhir hayatnya, beliau
memeluk agama Islam.
Dalam Festival Filem Malaysia Ke-22 yang berlangsung di Kota Kinabalu pada Ogos 2009, Kerajaan Negara Sabah telah mengiktirafnya sebagai Bintang Legenda Kategori Pelakon Lelaki.