"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Tuesday, December 29, 2015


FILEM BAHASA ASING ANUGERAH OSCAR KE-88

"LELAKI HARAPAN DUNIA" GAGAL KE PEMILIHAN 9
Teks Oleh Zaini Yusop
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun Oleh Mustafar A.R.


FILEM BAHASA ASING ANUGERAH OSCAR KE-88

"LELAKI HARAPAN DUNIA" & PENGARAH LIEW SENG TAT

Setelah menunggu beberapa ketika akhirnya, filem "Lelaki Harapan Dunia" yang diarahkan oleh Liew Seng Tat gagal ke pemilihan 9 yang telah diumumkan pada 17 Disember 2015 yang lalu.

Dengan kegagalan tersebut, karyawan filem Malaysia harus berkerja kuat supaya di masa akan datang berjaya bukan saja ke pemilihan 9 tetapi juga ke pemilihan 5 terbaik yang dianggap sebagai paling unggul dalam sejarah perfileman global.

Jika diperhatikan senarai ke pemilihan 9, tidak ada satu pun filem dari negara-negara Asia, 7 dibolot oleh negara-negara Eropah, satu Amerika Latin dan satu lagi Timur Tengah.

Apapun, FK mengucapkan tahniah kepada "Lelaki Harapan Dunia" kerana setidak-tidaknya tersenarai juga di pemilihan awal, masuk ke dalam 81 filem untuk kategori Filem Bahasa Asing Terbaik Anugerah Oscar Akademi ke-88.
Klik Disini


Bukan mudah sampai ke peringkat itu lebih-lebih lagi apabila blog AwardsCircuit telah membuat ramalan (other possiblities) ia berada di tempat yang sangat memerangsangkan, ke-23, bersaing dengan;
* "Sivas", Turkey (21)
* "How to Win at Checkers (Every Time)", Thailand (22)
* "The Wave", Norway (24)
* "600 Miles", Mexico (25)
* "Muhammad: The Messenger of God", Iran (26)
* "Rams", Iceland (27)
* "Xenia", Greece (28)
* "Moira"”, Georgia (29)
* "Sand Dollars", Dominician Republic (30)

Dengan berada di tangga tersebut, jelas memperlihatkan "Lelaki Harapan Dunia" (berdasarkan penilaian AwardsCircuit), sudah berjaya mengatasi negara-negara yang sering mengeluarkan filem-filem hebat dan terbaik seperti Norway, Mexico, Iran dan Greece.






12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
* JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 29 DISEMBER 2015)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 125,337
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 120,883 * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 110,542
* SELAMAT PENGANTIN BARU 63,224 * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 23,490





1. "THE BRAND NEW TESTAMENT" (BELGIUM)

2. "EMBRACE OF THE SERPENT" (COLOMBIA)

3. "A WAR" (DENMARK)

4. "THE FENCER" (FINLAND)

5. "MUSTANG" (FRANCE)

6. "LABYRINTH OF LIES" (GERMANY)

7. "SON OF SAUL" (HUNGARY)

8. "VIVA" (IRELAND)

9. "THEEB" (JORDAN)




9 FILEM TERPILIH KE PEMILIHAN 9
Oleh Zaini Yusop


9 filem terpilih ke pemilihan 9 dari 81 filem tersenarai diperingkat awal;

* Belgium "THE BRAND NEW TESTAMENT (pengarah Jaco Van Dormael)
* Colombia "EMBRACE OF THE SERPENT" (pengarah Ciro Guerra)
* Denmark "A WAR" (pengarah Tobias Lindholm)
* Finland "THE FENCER" (pengarah Klaus Haro)
* France "MUSTANG" (pengarah Deniz Gamze Erguven)
* Germany "LABYRINTH OF LIES" (pengarah Giulio Ricciarrelli)
* Hungary "SON OF SAUL" (pengarah Laszlo Nemes)
* Ireland "VIVA" (pengarah Paddy Breathnach)
* Jordan "THEEB" (pengarah Naji Abu Nowar)

Pencalonan Anugerah Oscar Akademi Filem Bahasa Asing Terbaik Ke-88 (2015) dibahagikan kepada 2 fasa.

Jawatankuasa Fasa 1 dianggutai oleh beberapa ratus orang ahli Anugerah Oscar Akademi di Los Angeles. Mereka menonton filem-filem yang disenaraikan di antara pertengahan bulan Oktober hingga 14 Disember 2015.

Pemilihan 6 filem teratas, ditambah dengan 3 lagi yang diundi oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif Anugerah Filem Bahasa Asing Oscar Akademi, yang merupakan itu adalah senarai pendek.

9 filem yang disenarai pendekkan itu akan ditapis dan diturunkan ke pemilihan 5 filem saja oleh Ahli Jawatankuasa yang diundang khas dari New York, Los Angeles dan London.

Mereka akan mengadili ke semua 9 filem itu pada 8 Januari hingga 19 Januari 2016, menonton 3 filem setiap hari, sebelum undian peringkat akhir dijalankan.

Kesemua pencalonan Anugerah Oscar Akademi Ke-88 akan diumumkan secara langsung pada 14 Januari 2016 di Samuel Goldwyn Theater, Beverly Hills.

Upacara penyampaian anugerah akan dibuat secara langsung oleh ABC pada 28 Februari 2016 di Dolby Theatre, Hollywood, dan dijangka dapat ditonton oleh ramai peminat filem di 225 negara diseluruh dunia.


# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?








KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.




Sunday, December 13, 2015


ARTIKEL PILIHAN FK BULAN INI


BANGSAWAN TANPA TAJUK PERKENALAN PERTAMAKU

Ketika melayari Sinar Online, saya tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Kolumnis Nasir Jani, pengarah filem "Kembara Seniman Jalanan" dan "Rozana Cinta 87". Justeru itu, saya muatkan sepenuhnya tanpa edit supaya peminat-peminat FK dapat menghayati apa yang dicatatkannya itu demi untuk renungan kita bersama - Mustafar A.R.





12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___

* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA * SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH * BAYANGAN DI WAKTU FAJAR
* JAMBATAN MAUT * LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 13 DISEMBER 2015)

* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 123,871
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 118,535 * SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 108,883
* SELAMAT PENGANTIN BARU 62,577 * FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 23,066






ROZANA CINTA 87


KEMBARA SENIMAN JALANAN


LEILA MAJNUN



Oleh NASIR JANI
Petikan Sinar Online
13 Disember 2015


KURANG 20 hari lagi kita akan berada di tahun baharu 2016 Masihi. Seiring dengan ketibaan tahun baharu ini, aku tiba-tiba teringat usia industri filem Melayu. Filem Melayu pertama berjudul – Leila Majnun KLIK DISINI arahan BS Rajhans diterbitkan
pada tahun 1933.

Ini bermakna industri filem Melayu sudah berusia 82 tahun setakat 2015 dan 18 tahun lagi, industri filem Melayu menyambut 100 tahun kewujudannya.

Usia 82 tahun sesebuah industri filem jika disamakan dengan hayat seorang manusia pastinya merupakan satu usia yang penuh kematangan dan kejayaan. Apakah industri filem Melayu berjaya seperti berjayanya seorang manusia berusia 82 menempuhi segala onak duri cabaran hidup sejak awal hidupnya sehingga berakhir sebagai seorang wise old man?

Rasanya tidak perlulah aku menjawabnya. Ketenatan dan dilema dihadapi industri filem kita sekarang sudah cukup untuk memberi jawapan yang sering kita cari bila membincangkan maju mundurnya industri dan dunia perfileman Melayu.

Keadaan ini sering dibincangkan oleh penggiat, pengkaji dan peminat filem kita sehingga ke peringkat ahli akademik, birokrat dan budayawan.

Melihat laporan serta kajian yang dibuat membawa kepada satu kesimpulan – filem Melayu tempatan masih gagal mendapat sambutan daripada bangsa Melayu dan bangsa Malaysia secara keseluruhannya. Masih dan makin gagal menjana pulangan keuntungan ekonomi.

Informasi terkini dikeluarkan oleh Finas menyatakan kutipan tiket filem-filem cereka tempatan semakin merudum sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Pada 2013 sebanyak 71 filem tempatan ditayangkan di pawagam dengan kutipan tiket RM85 juta, 2014 (81 filem - RM75 juta) dan sehingga November 2015 lalu
(85 filem - RM49 juta).

Selain masalah sambutan, industri filem Melayu juga berdepan dengan masalah pemasaran, promosi, panggung serta tayangan, masalah cetak dan rakam rompak. Masalah birokrasi yang sering melibatkan Finas.

Masalah dalaman persatuan-persatuan berkaitan industri filem tempatan dengan gabungan persatuan masing-masing. Lazimnya, bila memperkatakan industri filem Melayu dan tempatan, kita pasti bertemu dengan lebih banyak masalah daripada kejayaan.

Apa yang aku tuliskan di atas adalah sejarah ringkas industri filem Melayu yang bermula di Singapura, 45 tahun awal sebelum aku terlibat dalam filem bermula pada 1978.

Ini bermakna sudah 37 tahun penglibatan aku dalam bidang perfileman bermula dengan filem iklan sehingga aku berjaya mengarah dua filem cereka, Kembara Seniman Jalanan dan Rozana, Cinta 87, sehinggalah sekarang.

Aku masih bikin filem walaupun terpaksa berdepan dengan berbagai halangan, hambatan dan batasan untuk berkarya sejak awal 90-an.

Hampir kesemua kajian ilmiah oleh pengkaji filem dan ahli akademik merumuskan adanya hubung kait antara seni bangsawan dengan kemunculan awal filem-filem Melayu.

Hampir kesemua pelakon membintangi filem Melayu pertama, Leila Majnun (1933) terdiri daripada pelakon pentas bangsawan yang popular ketika itu – M Suki, orang muda (hero) dan Fatima Jasman, primadona (heroin).

Cerita-cerita filem Melayu 40-an dan 50-an sehingga awal 60-an banyak diadaptasi daripada cerita-cerita bangsawan.

Apa yang aku nukilkan minggu ini bukan kajian ilmiah yang akademik tetapi lebih berdasarkan pengalaman peribadi ketika aku membesar pada era peralihan bangsawan ke filem. Aku ingin melayan rasa Masihkah Kau Ingat seperti didendangkan oleh Kopratasa.

Aku masih ingat ketika dibawa oleh Allahyarham datuk ku menonton persembahan bangsawan di pekan kecil kami, Alor Gajah pada 1960. Ketika rombongan bangsawan itu datang ke pekan kecil kami, aku masih belum menjejak kaki ke bangku sekolah.

Ketika itu aku berusia 6 tahun. Seperti kanak-kanak lain pada era lewat 50-an dan awal 60-an, aku tidak kenal apa itu tadika atau sekolah ‘makan’. Belum wujud lagi tadika dan kindergarden. Kami hanya tahu ABC bila mula masuk sekolah darjah satu ketika berusia 7 tahun.

Berbalik kepada pengalaman menonton bangsawan ketika berumur peringkat prasekolah, sememangnya pengalaman itu merupakan culture shock buat aku. Bayangkan suasana hidup ketika itu yang belum ada televisyen walaupun kampung aku telah ada bekalan elektrik dan air paip.

Pernah aku tulis dalam artikel terdahulu di kolum ini tentang nikmat awal kemerdekaan - nikmat ‘potek topi tongah menyalo’ dan ‘air dalam bosi’ yang dirasai oleh penduduk kampung berhampiran pekan kecil kami
di Alor Gajah, Melaka.

Walaupun kemudahan asas sudah ada, bukan semua kampung di daerah aku ini dapat menikmatinya. Apatah lagi kemudahan menikmati hiburan masih hanya bergantung pada siaran radio.

Kedatangan rombongan bangsawan pasti disambut meriah. Bangsawan masih sumber hiburan bagi penduduk kampung dan rakyat marhaen. Kehadiran bangsawan di pekan kecil kami adalah sesuatu yang happening.

Masih aku ingat panggung bangsawan dengan dinding papan dan kepingan zink. Beratap zink dengan penonton duduk di kerusi kayu yang boleh bersandar di bahagian depan pentas dengan harga tiket mahal. Sebahagian penonton duduk di bangku-bangku kayu panjang di bahagian belakang – ruang kelas dua dengan harga tiket murah.

Datuk dan aku duduk di kerusi depan dekat dengan pentas. Depan kami di bahagian bawah pentas terdapat pemuzik-pemuzik yang bermain alat muzik secara live bagi mengiringi persembahan bangsawan pada malam itu.

Apabila dewasa dan terlibat dalam bidang filem dan teater baru aku tahu apa sebenarnya yang aku lihat dan alami bersama Allahyarham datuk ku hampir
50 tahun lalu.

Seni bangsawan adalah asas kepada seni lakonan dan persembahan visual secara live atau hidup yang kemudiannya dimanfaatkan sepenuhnya dalam perkembangan dan usaha mewujudkan industri perfileman Melayu.

Jujur aku katakan, aku tidak tahu apa-apa pun ketika menonton persembahan malam itu. Aku tidak tahu apa itu bangsawan, apa itu lakonan, muzik dan tarian yang dipersembahkan oleh rombongan bangsawan tersebut.

Bayangkan aku sebagai seorang anak kecil pertama kali menonton satu persembahan yang aku sendiri tidak tahu apa sebenarnya sedang berlaku depan mataku ketika itu. Sekarang, bila aku kenangkan semula, aku rasa malam bersejarah 50 tahun lampau itu satu pengalaman sungguh surealistik buat aku.

Malam itu aku menonton persembahan bangsawan mengisahkan seorang puteri raja cantik tetapi disumpah sehingga mukanya menjadi sebelah putih
dan sebelah hitam.

Aku hairan dan tidak mampu berfikir kenapa pada awal cerita, wajah puteri cantik tetapi di pertengahan cerita jadi hitam putih. Akhirnya, puteri jadi cantik semula. Macam mana ini boleh terjadi? Magik ke?

Aku seorang kanak-kanak baru berusia 6 tahun ketika itu. Mana aku tahu tentang mekap atau dandanan muka yang boleh merubah wajah seseorang. Manalah aku tahu apa berlaku atas pentas itu cuma lakonan. Aku hanya mampu berasa sedih dan kasihan melihat apa berlaku kepada tuan puteri.

Aku juga rasa takut sehingga memeluk dan menyorokkan mukaku di lengan datukku bila aku lihat seorang lelaki hendak memancung tuan puteri berwajah hitam putih dengan sebilah pedang panjang. Aku pejamkan mata tidak berani melihat babak tersebut.

Aku rasa apa yang berlaku di atas pentas di depanku ketika itu adalah kejadian betul. Ditambah dengan suasana menakutkan ditimbulkan oleh muzik yang dimainkan oleh pemuzik-pemuzik.

Datuk memujuk aku dengan memberitahu aku, apa yang aku lihat itu cuma lakonan – olok-olok bukan betul-betul. Tetapi aku tidak faham lalu tetap tidak sanggup melihatnya.

Malam itu adalah kali pertama aku berdepan dengan satu keadaan yang diwujudkan atas dasar fantasi tetapi mampu menzahirkan suasana yang hidup dan meyakinkan minda tanpa mengira kanak-kanak mahupun dewasa.

Untuk pengetahuan pembaca, tapak panggung bangsawan itu terletak di depan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Alor Gajah. Sekarang di atas tapak tersebut adalah lot rumah kedai.

Hanya satu penyesalanku, sehingga datukku meninggal dunia pada awal 70-an aku tidak sempat dan tidak bertanya beliau apa tajuk cerita bangsawan yang kami tonton malam itu.

Apa pun bangsawan kisah puteri berwajah hitam putih ini adalah persembahan bangsawan pertama dan terakhir dalam bentuk paling asli dan autentik yang berpeluang aku tonton.

Bangsawan puteri hitam putih inilah memperkenalkan aku kepada satu lagi dunia selain dunia biasa ini – dunia fantasi!

# Ramai penulis masih menggunakan tajuk "Laila Majnun", tetapi Nasir Jani menggunakan fakta sebenar tajuk "Leila Majnun". Satu perkembangan yang sangat baik. Bagimanapun tajuk yang digunakan oleh Cathay Keris Film kepada filem keluarannya, "Laila Majnun," tepat dan betul.

# Malangnya, Nasir Jani tersalah fakta apabila mencatatkan "Leila Majnun" dikeluarkan pada tahun 1933, ini mengelirukan. Tahun sebenar filem tersebut diterbitkan pada tahun 1934, tayangannya bermula pada 27 Mac 1934. Ini fakta yang tepat dan betul, dan sejarah filem Malaysia bermula tahun ini, dikira bermula tayangannya kepada orangramai, bukan bermulanya penggambaran.

# Selepas ditayangkan di Singapura, "Leila Majnun" ditayangkan pula di Windsor Cinema, Pulau Pinang (lihat gambar). Tahukah anda, panggung wayang tersebut ditukar namanya kepada Capitol Cinema, dan sering menayangkan filem-filem Melayu keluaran MFP.



# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?







KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.