"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Saturday, February 18, 2017


TENGKORAK HIDOEP (1941)

Teks: Zaini Yusop, Aida Zailina & Mustafar A.R.
Foto Daripada Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop




"TENGKORAK HIDOEP"
FILEM INDONESIA PERTAMA AKU TONTON
Oleh: Mustafar A.R.



FILEM Indonesia pertama aku tonton, "Tengkorak Hidoep" (Tengkorak Hidup). Masih segar dalam ingatan, aku tonton bersama Emak dan teman wanitanya di panggung wayang aku tidak tahu namanya tapi bangunan kayu, di Sabak Bernam, Selangor.

Bentuk bangunan macam panggung wayang Central dan Hindustan, semuanya terletak di Kuala Lumpur yang kini sudah tidak ada lagi.

Tahun di awal 1950, umur pun baru masuk 7 tahun. Ketika itu aku tidak tahu apa pun. Emak bawa, aku ikut saja. Apa itu filem aku pun tidak tahu.

Anehnya, tajuk filem "Tengkorak Hidoep" aku ingat, dan sampai sekarang adegan paling aku ingat ketika hero (mungkin?) di masukkan ke dalam guni dan di campakkan ke laut.

Minat aku pada "Tengkorak Hidoep" mula timbul apabila aku membuat kaji selidik mengenai Festival Filem Indonesia 1955 Lihat Di Sini untuk blog Filem Klasik (FK). Ini bererti setelah 67 tahun berlalu.

Tidak dapat aku pastikan di mana "Tengkorak Hidoep" di tayangkan di Kuala Lumpur, namun di Singapura mulai 30 April 1949 di Shirin dan di Rex, Johor Bahru tayangan last daynya pada 14 Disember 1949.

Di samping "Tengkorak Hidoep", aku juga didedahkan dengan "Terang Boelan" (Terang Bulan), "Alang-Alang" dan "Gagak Item" (Gagak Hitam), yang sangat diminati ramai. Sayang sekali, tiga filem itu sampai sekarang tidak pernah aku tonton.

Selepas "Tengkorak Hidoep" agak lama juga aku tidak tonton filem Indonesia. Hanya pada tahun 1955, aku tonton filem arahan Usmar Ismail, "Tamu Agong," yang dibintangi oleh Pandji Anom, Tina Melinda, Hassan Sanusi, Sulastri dan Cassim Abbas.

Filem tersebut aku tonton tidak di panggung wayang tapi di tanah lapang (open air) dikenali sebagai wayang pacak di Sungai Sekamat, Kajang, Selangor. Ia merupakan tayangan filem yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan (Malaya, ketika itu).

Entah mengapa, di kala itu aku tidak begitu minat filem Indonesia. Kerana itu, aku tidak pernah tonton di panggung wayang. Filem "Tiga Dara" pun aku tonton apabila TV Malaysia menayangkannya.

Bila? Aku lupa. Tapi semasa Abah aku bertugas sebagai angguta polis di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur.

Apabila filem Malaysia (Singapura) mula merudum dan bermula pula kebangkitan filem Indonesia, barulah aku minat dan sering menontonnya di panggung wayang terutama di Coliseum, Kuala Lumpur.

Antara yang aku masih ingat, "Gadis Kerudung Putih" dibintangi Mieke Wijaya, Dicky Zulkarnaen dan Rachmat Hidayat, "Matjan Kemajoran" lakonan W.D.Mochtar, Hassan Sanusi, Raden Ismail, Rita Zahara dan Ratno Timoer dan "Sembilan" dibintangi W.D.Mochtar, A.Hamid Arief, Farouk Afero, Rahayu Effendi, Rita Zahara dan Sandy Suwardi Hassan.

Filem negara jiran itu semakin banyak aku tonton, apabila aku turut menyertai Festival Filem Asean di Jakarta (1974 dan 1984) dan Festival Filem Indonesia (FFI, 1985) di Bandung.

Filem "Tengkorak Hidoep" masih wujud dan berada dalam jagaan Sinematek Indonesia di Jakarta. Aku harap dapat menontonnya semula suatu hari nanti, itu pun jika ada sesiapa menguploadkannya ke YouTube.

Oleh kerana "Tengkorak Hidoep", filem Indonesia pertama aku tonton, marilah bersama aku mengenalinya dengan lebih dekat, sebagai menambah ilmu pengetahuan mengenai filem.

# Perlu juga aku beritahu, filem Melayu (Malaya, kini Malaysia dan Singapura) pertama aku tonton, "Rachun Dunia". Nama panggung wayang aku tidak ingat, tapi di Teluk Anson (kini Teluk Intan), Perak, sekitar tahun 1950.







Kini diterbitkan sebulan sekali tidak dua minggu sekali.

Dalam proses penyelenggaraan.

Dalam proses penyelenggaraan.


12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 18 FEBRUARI 2017)
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 170,147
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 168,773
* SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 163,236
* SELAMAT PENGANTIN BARU 67,540
* FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 28,713





Moh Mochtar dan Misnah dihantui Tengkorak Hidoep.

Misnah sebagai Dewi Gumba dalam "Tengkorak Hidoep".

Pengeluar ACTION FILM (JAVA INDUSTRIAL FILM) Produser THE TENG CHUN Cerita TAN TJOEI HOCK Jurugambar TAN TJOEI HOCK Pelakon TAN TJENG BOK * MOH MOCHTAR * MISNAH * BISSOE Pengarah TAN TJOEI HOCK

Tahun Diedar: 1941 (Indonesia)
Status: Masih ada di Sinematek Indonesia, Jakarta

SINOPSIS

Raden Darmadji dan teman-temannya pergi ke pulau Mustika untuk mencari saudara Darmadji yang hilang dalam kecelakaan kapal laut sepuluh tahun yang lalu. Di sana, mereka mengetahui adanya dewa Maha Daru yang terperangkap di pulau tersebut sejak 2,000 tahun sebelumnya, setelah kalah bertarung melawan Dewi Gumba.

Darmadji, ketika sedang menjelajahi gua, mengalami ribut dan hujan lebat. Tanah terbelah dan Maha Daru keluar dari penjaranya. Darmadji yang terkurung dalam gua cuba keluar tapi dihalang orang ramai dan makhluk halus.

Putrinya, Rumiati, juga terperangkap dalam kekacauan tersebut namun berjaya diselamatkan oleh Maha Daru. Namun begitu, ketidaksukaan Maha Daru terhadap Rumiati, yang dianggapnya sebagai jelmaan Dewi Gumba, semakin ketara.

Seorang pemuda yang tinggal di hutan berhampiran telah menyelamatkan Rumiati dan mereka kemudian saling cinta mencintai.

ULASAN FK

Salim Said, pada tahun 1981 menyatakan, "Tengkorak Hidoep" dipengaruhi oleh beberapa filem "Dracula" karya Bram Stoker, manakala Ade Irwansyah dari Tabloid Bintang berpendapat, adegan di hutan berinspirasikan oleh berbagai filem yang tertumpu pada Tarzan ciptaan Edgar Rice Burroughs.

"Tengkorak Hidoep" diedar pada tahun 1941, berjaya dalam pasaran. Tan Tjoei Hock memberitahu, kejayaan tersebut dicapai sebab efek khusus (special effect) pada filem itu termasuk adegan ketika petir menghancurkan makam Maha Daru dan dia bangkit dalam bentuk tengkorak hidup dengan dikelilingi api.


Tan Tjeng Bok, ketika usianya masih muda.

SEDIKIT MENGENAI TAN TJENG BOK
Oleh Zaini Yusop

Tan Tjeng Bok seniman besar peranakan Tionghoa yang terkenal di dunia perfileman Indonesia selama tiga dekade di lahirkan di Jakarta pada 30 April 1899.

Pada tahun 1970an puncak nama Tan Tjeng Bok berkibar sebagai aktor. Dalam kurun waktu sepuluh tahun, antara 1970 sampai 1980, dia telah membintangi 25 filem.

Dalam buku "Sejarah Film 1900-1950 Bikin Film Di Jawa" karya Misbach Yusa Biran diceritakan , filem yang dibintangi Tan Tjeng Bok antara lain, "Melarat Tapi Sehat" dan "Si Bongkok Dari Borobudur", dia berlakon dengan aktris Sofia W.D., kemudian disusuli "Si Gomar," "Singa Laoet," "Srigala Item" dan "Tengkorak Hidoep."

Dalam beberapa filemnya itu, Tan Tjeng Bok banyak berlakon berpasangan dengan aktris Hadidjah. Namanya sejajar dengan aktris terkenal dan diminati ramai pada zaman itu, antaranya Fifi Young, Aminah Cendrakasih dan juga W.D. Mochtar.

Sebelum berlakon filem, Tan Tjoei Bok bergabung dengan opera Dardanella pimpinan Pedro atau Pyotr Litmonov, keturunan Russia. Dia digelari Douglas Fairbanks van Java. Douglas Fairbanks Sr. (1883-1939) merupakan bintang filem dan produser Hollywood yang terkenal sebagai pahlawan dalam filem-filemnya.

Dardanella merupakan kumpulan tonil (sandiwara) terkemuka pada masa itu di Indonesia. Reputasinya terkenal tidak hanya di Indonesia, tapi juga internasional. Dardanella yang ditubuhkan pada 21 Jun 1926, adalah kelompok kesenian Indonesia pertama memiliki pengiktirafan Internasional.

Tan Tjeng Bok meninggal dunia ketika usianya 86 tahun pada 15 Februari 1985 di Jakarta, Indonesia.



FILEM-FILEM TAN TJENG BOK DAN MOH MOCHTAR


Moh Mochtar dan Hadidjah (Srigala Item)

Moh Mochtar (Matjan Berbisik)

Tan Tjeng Bok dan Hadidjah (Si Gomar)

Tan Tjeng Bok (Si Gomar)

Moh Mochtar dan Nana Mayo (Djaja Merana)

Moh Mochtar (Alang Alang)

Tan jeng Bok, Sulastri, Dhiana dan Tina Melinda (Rela)

Moh Mochtar (Retjong Atjeh)




Moh Mochtar

SEDIKIT MENGENAI MOH MOCHTAR
Oleh Zaini Yusop

Lahir di Cianjur pada 1 Julai 1918, Moh Mochtar pada awalnya diajak oleh Miss Ribut untuk memperkuat kesebelasan sepak bola, tapi kemudian tertarik untuk menjadi pemain sandiwara.

Pada tahun 1939 tampil untuk pertama kalinya dalam film "Alang Alang" sebagai pelakon utama, dan sejak itu mendapat julukan "Tarzan Of Java". Di filem-filem selanjutnya dia selalu hadir sebagai bintang penting, seperti "Rentjong Atjeh"(1940), "Srigala Hitam" (1941) dan "Tengkorak Hidup" (1941).

Ketika perfileman Indonesia dalam kesepian di masa pendudukan Jepun, Moh menjadi Heiho (tentera pembantu), kemudian menjadi military police Jepun sampai penyerahan kedaulatan.

Pada tahun 1947 dia kembali ke Jakarta dan mulai membintangi filem, antara lain "Bengawan Solo" (1949), "Terang Bulan" (1950), "Sungai Darah" (1954) dan "Korupsi" (1956).

Setelah menyelesaikan "Teladan" (1957), namanya menghilang dari dunia filem. Dia bekerja di pabrik sepatu kemudian mengusahakan hotel dan restoran.

10 tahun berlalu, Moh muncul dalam "Menjusuri Djedjak Berdarah" (1967), di mana dia terpilih sebagai Aktor Peranan Utama Terbaik dalam Pekan Apresiasi Film Indonesia 1967.

Kemudian berturut-turut berlakon dalam "Djampang Mentjari Naga Hitam" (1968) "Apa Jang Kau Tjari Palupi?" (1969), "Kutukan Dewata" (1970), "Api Di Bukit Menoreh" (1971), "Pendekar Bambu Kuning" (1972), "Pengorbanan" (1974), "Si Doel Anak Modern" (1976) dan "Menantang Maut" (1978).

Moh Mochtar meninggal dunia ketika usianya boleh dianggap masih muda, 63 tahun, di Jakarta pada 1 Disember 1981.








Sofia dalam "Pandji Semirang"

Sofia bersama S.Waldy dalam "Air Mata Mengalir Di Tjitarum"

Sofia bersama Suhaimi dalam "Si Bongkok Dari Borobudur".

Sofia bersama tidak tahu siapa dalam "Bulan Purnama".


SOFIA W.D. BERSAMA TAN TJENG BOK
DALAM "SI BONGKOK DARI BOROBUDUR"
Oleh Aida Zailina

Sofia, aktris Indonesia cukup terkenal pada era 1950an sampai 1980an. Selain sebagai aktris dia juga telah menyutradarai beberapa filem. Setelah tamat HIS (1935) dan Darul Muta'allimin, dia bekerja dengan perusahaan milik Jepun, disamping bergabung dengan kumpulan sandiwara Irama Massa.

Pada mulanya, Sofia hanya sebagai pembawa pesan perusahaan pada penonton. Kerana nasib baik, dia berhasil memegang peranan utama. Ternyata, pengalaman akting inilah yang kelak membawanya ke puncak karier.

Ketika itu perusahaan filem Wong Brothers berusaha mencari pengganti aktris Roekiah, pujaan peminat filem Indonesia sebelum perang. Mereka menemukan Sofia, isteri pada aktor S.Waldy, yang berbadan langsing dan berwajah manis.

Dengan itu muncullah Sofia dalam filem pertamanya, "Airmata Mengalir Di Tjitarum" pada tahun 1948. Kemudian pada tahun 1955 muncul bersama Tan Tjeng Bok, Chatir Harro dan Suhaimi dalam "Si Bongkok Dari Borobudur".

Sejak itu, nama Sofia tidak boleh dilupakan oleh peminat-peminat filem Indonesia, setidak-tidaknya untuk lebih 30 tahun berikutnya.

Membintangi banyak filem Indonesia, Sofia juga mempelajari teknik penyutradaraan, kamera dan penataan gambar. Dia tidak hanya dikenali sebagai aktris, tapi juga sutradara dan pemimpin produksi filem.

Pada tahun 1960 pertama kalinya dia tampil sebagai sutradara dalam film "Badai Selatan", produksi CV Ibukota Film. Sepuluh tahun kemudian berdiri Libra Film dengan produksi film pertamanya "Si Bego Dari Muara Condet". Skenario, penyutradaraan dan pimpinan produksi berada di tangannya.

Ketika berlakon sebagai dukun dalam "Dukun Beranak" tahun 1977, nyawa Sofia nyaris melayang apabila dia di patuk ular.

Pada tahun 1974, Sofia menubuhkan P.T. Dirgahayu Jaya Film, yang terutama membuat filem-filem dokumentasi. "Melawan Badai" tahun 1974, "Tanah Harapan" (1976), "Jangan Menangis Mama" (1977) dan "Christina" (1977), produksi perusahaan filemnya itu.

Dengan nama Gantini, sekitar tahun 1950 hingga 1958, Sofia sering menulis cerpen dalam majalah dan akhbar. Dua dari empat karyanya telah di filemkan - "Si Bego Dari Muara Condet" dan "Si Jampang Menumpas Naga Hitam".

Sofia lahir pada 12 Oktober 1924 di Bandung, dan meninggal dunia di Jakarta pada 23 Julai 1986.


# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?