"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Tuesday, March 21, 2017


10 FILEM TERBAIK ARAHAN P.RAMLEE


Teks: Zaini Yusop & Mustafar A.R.
Foto Dari Pelbagai Sumber
Di Edit, Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


ANAK-KU SAZALI

NUJUM PA' BLALANG

IBU MERTUA KU


MEMPERINGATI SENIMAN AGUNG P.RAMLEE
Oleh: Mustafar A.R.



PADA 22 Mac 2017 ini tercatat sebagai Hari Ulang-Tahun Kelahiran P.Ramlee yang ke-88. Beliau lahir pada 22 Mac 1929 di Counter Hall Road, Pulau Pinang.

Sebagai memperingati peristiwa bersejarah dalam perkembangan filem Melayu (Malaysia), myMetro telah membuat penilaian
filem-filem lakonan dan arahan P.Ramlee sejak 1948 (Chinta) hingga 1973 (Laxmana Do Re Mi). 10 filem menjadi pilihan.

Usaha menulis artikel bertajuk "10 Filem P.Ramlee Teragung" oleh Roslen Fadzil patut dipuji dan seharusnya diikuti pula oleh
media-media lain (blog, akhbar dan sebagainya) dengan corak artikel yang lain atau apa-apa saja bersangkutan dengan P.Ramlee.

Begitulah usaha dan cara terbaik bagi kita yang mencintai karya seniman agung itu, bukan sekadar filem, irama dan lagunya juga.

Begitu pun, menulis artikel mestilah dengan fakta yang tepat. Roslen sudah membuat sesuatu yang baik, tapi tajuk filem tidak mengikut seperti tercatat dalam filem, ini membelakangkan fakta walaupun menggunakan ejaan baru.

Jangan pandang remeh menulis tajuk filem kerana ia (kebiasaannya) menjadi rujukan kepada penulis-penulis (buku dan akhbar terutamanya) menulis bersangkutan dengan filem. Kalau tidak menepati fakta, akan salahlah selama-lamanya.

Kesilapan fakta mengenai filem (tidak pada tajuk filem
semata-mata) bukan saja berlaku pada myMetro, tapi juga
media-media cetak - Utusan Malaysia, Berita Harian, Sinar Harian
dan lain-lain.

Penulis-penulis dan dikalangan wartawan-wartawan terkenal juga buat salah. Antaranya Johan Jaffar, Zainuddin Maidin (Zam), A.Kadir Jasin dan Adam Kadir.

Rupa-rupanya mereka pun jahil apabila menulis mengenai filem Melayu lama, dan gemar sekali mencatat tajuk filem menggunakan ejaan baru. Walhal ini salah.

Aku membaca dan meneliti tulisan mereka, dan genjala ini tidak sepatutnya berlaku.

Dalam artikel Roslen, 3 tajuk filem tercatat salah;

1. Anak-Ku Sazali bukan Anakku Sazali
2. Nujum Pa' Blalang bukan Nujum Pak Belalang
3. Ibu Mertua Ku bukan Ibu Mertuaku

Sebagai bukti salah, lihat gambar seperti di atas.

Aku dan Aziz Sattar, telah menerbitkan buku "Filem-Filem P.Ramlee" dengan harapan tajuk filem-filemnya diselaraskan - jangan berlaku sini lain sana lain.

Nampaknya, memperbetulkan yang salah sangat sukar jika dibandingkan mempersalahkan yang betul.






Tawaran istimewa bermula dari 1/2/2017 hingga 1/5/2017.

Kini diterbitkan sebulan sekali tidak dua minggu sekali.

Pelancarannya Di Jangka Pada 27 Ogos 2017.

Kini, Dalam proses penyelenggaraan.



12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 21 MAC 2017)
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 172,944
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 171,541
* SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 167,529
* SELAMAT PENGANTIN BARU 68,132
* FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 28,883





PANGGILAN PULAU

HANG TUAH

SEMERAH PADI

SERGEANT HASSAN

PENDEKAR BUJANG LAPOK

ANTARA DUA DARJAT

MADU TIGA

10 FILEM P.RAMLEE TERAGUNG
Oleh Roslen Fadzil
(myMetro 18 Mac 2017)

Biarpun musim bertukar ganti, karya dan nama beliau tetap hijau di ingatan kita. Begitulah yang sering diperkatakan mengenai Seniman Agung P.Ramlee atau nama asalnya, Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh bersama hasil ilhamnya.

Sempena ulang-tahun kelahiran P.Ramlee pada 22 Mac 2017 ini, mari kita mengimbas kembali 10 filem terhebat lakonan mahupun arahan beliau yang tidak pernah jemu-jemu ditonton sampai kini.

1. PANGGILAN PULAU (1954)

Ini antara filem Melayu klasik bercorak pengembaraan yang menarik lakonan P.Ramlee, Normadiah, Latifah Omar dan Yusof Latiff. Berkisar mengenai seorang penjaga kuda yang berazam mengubah taraf hidupnya kerana dihina oleh golongan berada.

Dia akhirnya menjadi kelasi kapal dan berjaya menjumpai harta karun yang tersorok di Pulau Kazambo. Lagu evergreen daripada filem ini termasuk "Bulan Dan Juga Angin", "Dengarlah Gemala Hati" dan "Mengapa Pilu Saja".

2. HANG TUAH (1956)

Arahan Phani Majumdar, "Hang Tuah" filem Melayu pertama terbitan Studio Jalan Ampas dalam format warna-warni Eastmancolor.

Selain P.Ramlee, filem epik ini dilakonkan oleh Sa'adiah, Ahmad Mahmud, Haji Mahadi, Nordin Ahmad, Sa'amah, S.Kadarisman dan Siti Tg. Perak.

Filem ini memenangi anugerah Skor Muzik Terbaik (untuk P,Ramlee) pada Festival Filem Asia 1956 di Hong Kong disamping menyertai Festival Filem Berlin Ke-7 di tahun yang sama dan menerima pencalonan Golden Bear.

Antara lagu merdu dalam filem ini adalah "Berkorban Apa Saja" dan "Joget Pahang".

3. ANAKKU SAZALI (1956)

P.Ramlee dianggap pencetus terawal ‘dual role’ atau dwi-watak dalam sejarah filem Melayu. Dengan kehebatan lakonannya serentak sebagai ayah penyayang dan anak derhaka, P.Ramlee akhirnya menjulang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Asia 1957 di Tokyo.

"Anakku Sazali" yang diarahkan Phani Majumdar turut dibintangi Zaiton, Nordin Ahmad, Hashimah Yon dan Rosnani. Lagu merdu dalam filem ini adalah "Itulah Sayang", "Joget Si Pinang Muda" dan "Istana Cinta".

4. SEMERAH PADI (1956)

Satu-satunya filem klasik Melayu arahan P.Ramlee yang mengetengahkan hukum hudud dan tema cukup Islamik. P.Ramlee memegang watak sebagai Aduka, Sa'adiah (Dara) dan Nordin Ahmad (Taruna).

Bahasa filem "Semerah Padi" dianggap ada pengaruh filem klasik Jepun, "Rashomon" arahan Akira Kurosawa. Babak paling mendebarkan ialah Galak (Normadiah), isteri orang yang dihukum disula kerana berzina.

Antara lagu menarik termasuk "Sekapur Sireh Seulas Pinang", "Semerah Padi" dan "Lenggang Kangkung".

5. SERGEANT HASSAN (1958)

Dengan plot bertumpu kepada penjajahan Jepun di Tanah Melayu pada era Perang Dunia Kedua, "Sergeant Hassan" diarah dengan cemerlang oleh Lamberto Avellana.

Turut membintangi filem ini ialah Sa'adiah, Salleh Kamil dan Jins Shamsudin. Filem ini dianggap satu penghormatan kepada Rejimen Askar Melayu Diraja. Lagu merdu daripada filem ini tidak lain daripada "Tunggu Sekejap".

6. PENDEKAR BUJANG LAPOK (1959)

Ini adalah filem kedua dalam siri Bujang Lapok lakonan trio P.Ramlee, Aziz Sattar dan S.Shamsuddin.

Ia mengisahkan tiga bujang terlajak - Ramli, Ajis dan Sudin pergi berguru seni silat dengan Wak Mustarjo sambil cuba memikat anak gadisnya, Rosnah (Rose Yatimah).

Dengan genre lucunya, "Pendekar Bujang Lapok" menggondol anugerah Filem Komedi Terbaik pada Festival Filem Asia 1959 di Kuala Lumpur.

Lagu popular dalam filem ini adalah "Malam Bulan Di Pagar Bintang", "Maafkan Kami" dan "Pok Pok Pok Bujang Lapok".

7. NUJUM PAK BELALANG (1959)

Pastinya lakonan Bat Latiff sebagai budak kampung cerdik (Belalang) yang mahu menyelamatkan nyawa ayahnya, seorang tok nujum palsu (P.Ramlee), sentiasa diingati penonton.

Ia juga karya unggul kerana meraih anugerah Filem Komedi Terbaik pada Festival Filem Asia 1960 di Tokyo.

Filem ini dimantapkan dengan lakonan humor Hashimah Yon, Habsah, Ahmad Nisfu dan Shariff Dol.

8. ANTARA DUA DARJAT (1960)

Kritikan sosial bahawa darah itu sama warnanya menjadi tema "Antara Dua Darjat" lakonan P.Ramlee (Ghazali) dan Sa'adiah (Tengku Zaleha).

Filem ini bukan saja menonjolkan lakonan berkesan oleh pasangan sepadan itu malah bintang lain seperti S.Kadarisman, Yusof Latiff, Kuswadinata, Ahmad Nisfu dan Rahimah Alias.

Lagu evergreen yang terdapat dalam filem ini tentunya "Getaran Jiwa" dan "Alunan Biola".

9. IBU MERTUAKU (1962)

Siapa boleh menidakkan kehebatan cinta Kassim Selamat dan Sabariah Mansor? Siapa pula boleh menafikan hipokrasi Nyonya Mansor terhadap anak menantunya sendiri?

"Ibu Mertuaku" seharusnya menjadi antara filem terbaik P.Ramlee, turut berlakon Sarimah, Mak Dara, Zaiton, Ahmad Mahmud dan Zainon Fiji.

Babak paling sadis tidak lain daripada tusukan garfu oleh Kassim Selamat ke matanya sendiri dek tidak tertahan melihat sandiwara palsu manusia di sekelilingnya.

Filem ini diperindahkan lagi dengan lagu "Jeritan Batinku", "Jangan Tinggal Daku" dan "Di Manakan Ku Cari Ganti".

Hasil kerjanya itu, P.Ramlee dianugerahkan dengan The Most Versatile Talent pada Festival Filem Asia di Tokyo pada 1963.

10. MADU TIGA (1964)

Kekecohan tiga madu, Latifah (Zaharah Agus), Hasnah (Jah Mahadi) dan Rohani (Sarimah) menjadi tulang cerita bagi karya popular arahan serta lakonan P.Ramlee ini.

"Madu Tiga" sekali lagi membuktikan ketokohan Seniman Agung ini di kerusi pengarahan genre komedi apabila diiktiraf sebagai Filem Komedi Terbaik pada Festival Filem Asia 1964 di Taipei.

Lagu popularnya termasuk "Madu Tiga" dan "Selamat
Pengantin Baru".





Pertama SEMERAH PADI

Kedua PENDEKAR BUJANG LAPOK

Ketiga ANTARA DUA DARJAT

4. SUMPAH ORANG MINYAK

5. PENAREK BECHA

6. PANCA DELIMA

7. IBU MERTUA KU

8. NUJUM PA' BLALANG

9. MADU TIGA

10. "MUSANG" BERJANGGUT


10 FILEM TERBAIK ARAHAN P.RAMLEE
Oleh Zaini Yusop



Sebenarnya, pemilihan 10 filem terbaik arahan P.Ramlee sudah lama kami (Mustafar A.R. dan aku) lakukan. Hanya menunggu masa terbaik dan sesuai untuk disiarkan dalam blog FK ini.

Oleh kerana Roslen Fadzil sudah menyiarkan 10 filem pilihannya dalam myMetro (turut dimuatkan dalam blog ini), ada baiknya disiarkan sekali gus bersama pemilihan yang telah dibuat itu.

Tidak sangka pula Roslen mempunyai citarasa yang sama dengan kami di FK. Baguslah begitu.

Bezanya, Roslen memasukkan filem lakonan P.Ramlee pengarahnya lain - "Panggilan Pulau" (S.Ramanathan), "Anak-Ku Sazali" dan "Hang Tuah" (Phani Majumdar) dan "Sergeant Hassan" (Lamberto Avellana).

FK tertumpu filem-filem yang diarahkan P.Ramlee di Jalan Ampas, Singapura saja. Filem-filemnya di Merdeka Studio, Kuala Lumpur dikecualikan. Kemungkinan akan dinilai berasingan, dan disiarkan pada suatu masa nanti.

Filem-filem arahan P.Ramlee yang di nilai;

1. Penarek Becha
2. Semerah Padi
3. Panca Delima
4. Bujang Lapok
5. Sumpah Orang Minyak
6. Pendekar Bujang Lapok
7. "Musang" Berjanggut
8. Nujum Pa' Blalang
9. Antara Dua Darjat
10. Ali Baba Bujang Lapok
11. Seniman Bujang Lapok
12. Ibu Mertua Ku
13. Labu Dan Labi
14. Nasib Si Labu Labi
15. Madu Tiga
16. 3 Abdul

Boleh dikatakan kesemua filem arahan P.Ramlee itu baik belaka. Mustafar A.R. dan aku terpaksa pilih 10 mengikut keputusan yang kami buat berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Pemilihan adalah hak FK, tidak boleh dipertikai dan dipersoalkan oleh sesiapa pun. Sekiranya anda mahu buat pilihan sendiri, 10 terbaik, catatlah diruangan komen.

myMetro buat pilih 10 filem (overall, secara menyeluruh), FK pula pilih 10 (terbaik mengikut ranking).

Pertama: SEMERAH PADI (1956)
FK meletakkan filem ini paling atas (pertama) kerana kekuatannya dari segi cerita, jalan cerita (plot), sinematografi, suntingan, lakonan, musik latarbelakang serta irama dan lagu.
Kisahnya mengenai bagaimana Penghulu Semerah Padi bertindak adil (berpandukan Al-Quran) menghukum anaknya sendiri, Dara, yang melakukan zina dengan pengapit kirinya, Aduka.
Disebabkan terbaik itu, ada usaha mengcolorkan filem ini oleh Aziz Singah, Aziz Sattar dan Mustafar A.R., namun gagal kerana Shaw Brothers enggan bekerjasama.
Cerita Omar Rojik (sumber ilham kisah legenda "Mahsuri"), lakonlayar P.Ramlee dan dialog S.Sudarmadji.
Pelakon: Nordin Ahmad, Sa'adiah, P.Ramlee, Salleh Kamil, Daeng Idris, Normadiah, A.Rahim dan Musalmah.
Lagu popular: Semerah Padi, Makan Sireh Di Semerah Padi, Lenggang Kangkong Baru dan Sekapur Sireh Seulas Pinang.

Kedua: PENDEKAR BUJANG LAPOK (1959)
Filem ini merupakan yang kedua dalam siri Bujang Lapok. Diletakkan ditempat kedua kerana kelucuan (kelakar habis) yang diperlihatkan oleh Mustarjo, Aziz Sattar, S.Shamsuddin dan P.Ramlee. Tambahan pula adanya ketua samseng, Ahmad Nisfu, yang tergila-gilakan anak Mustarjo, Rose Yatimah. Perkataan 'cubaan' kemudian menjadi cukup popular.
Cerita Madjilee (S.Sudarmadji dan P.Ramlee), lakonlayar dan
dialog P.Ramlee.
Pelakon: S.Shamsuddin, Aziz Sattar, P.Ramlee, Mustarjo, Ahmad Nisfu, Rose Yatimah, Momo, A.Rahim dan Shariff Dol.
Lagu popular: Malam Bulan Di Pagar Bintang, Pok Pok Bujang Lapok dan Maafkan Kami. Anugerah: Komedi Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik Ke-6, Kuala Lumpur (1959).

Ketiga: ANTARA DUA DARJAT (1960)
Filem bercorak drama masyarakat ini mengemukakan darjat (miskin dan kaya) sebagai tema. Kecemerlangnya kerana ia dipersembahkan secara flash back (sorot ke belakang) oleh penceritaan Ghazali, Sudin dan Tengku Zaleha. Ia kemudian digabungkan untuk mencari penyelesaian kepada kisah yang berada dalam kegelapan. Teknik penceritaan diilhamkan oleh P.Ramlee dari filem Jepun, "Rashomon" arahan Akira Kurosawa.
Cerita dan lakonlayar Omar Rojik (berdasarkan filem Hindi "Madhumati") dan dialog P.Ramlee.
Pelakon: P.Ramlee, Sa'adiah, S.Kadarisman, Yusof Latiff, S.Shamsuddin, Ahmad Nisfu, Rahimah Alias, Kuswadinata dan Mariam. Lagu popular: Getaran Jiwa dan Alunan Biola.

4. SUMPAH ORANG MINYAK (1958)
Sungguhpun filem bercorak drama fantasi ini tidak begitu sesuai ditonton oleh kanak-kanak kerana adanya memperkosa terhadap wanita oleh Orang Minyak, namun ia layak berada ditempat ke-4.
Ini kerana ceritanya mengandungi iktibar, jangan menghina sesama manusia walaupun cacat dan miskin seperti Si Bongkok.
Buruk padahnya.
Dua filem Hollywood menjadi sumber ilham P.Ramlee mengarahkan filem ini, "The Hunchback Of Notre Dame" dan "Wizard Of Oz". Digabungkannya peristiwa yang berlaku di alam bunian (ghaib) dan di alam nyata (dunia).
Cerita Teuku Dj'afar, lakonlayar P.Ramlee dan dialog S.Sudarmadji.
Pelakon: P.Ramlee, Sri Dewi, Marion Willis, Haji Mahadi, Daeng Idris, Salleh Kamil dan Ali Rahman.
Lagu popular: Sri Bunian, Tari Tualng Tiga dan Tudung Periok.
Anugerah: Fotografi Hitam & Putih Terbaik (A.Bakar Ali) di Festival Filem Asia Pasifik Ke-5, Manila, Filipina (1958).

5. PENAREK BECHA (1955)
Ramai meramalkan P.Ramlee tidak berkemampuan berperanan sebagai pengarah. Nasibnya akan kecundang sama seperti Haji Mahadi yang diberi peluang mengarahkan filem pertamanya "Permata Di-Perlimbahan". P.Ramlee juga dikatakan akan menutup peluang ramai lagi anak Melayu menjadi pengarah.
Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Dengan lahirnya filem ini dan mendapat kejayaan box office, muncul pula Jamil Sulong, Omar Rojik dan S.Kadarisman sebagai pengarah.
Sejak munculnya logo SB, kemudian P.Ramlee mengayuh becanya membawa Udo Umar ke Kampung Candan dan diiringan musik ciptaan P.Ramlee, sudah terasa bahangnya yang akan membawa kita sebagai penonton ke satu kisah dalam masyarakat, pertentangan antara kaya dan miskin.
Azizah, anak orangkaya Marzuki, mencintai Amran, penarik beca, terhalang kerana Amran miskin. Dia mahu Azizah berkahwin dengan Ghazali yang disangkanya kaya, tapi sebenarnya penjenayah yang menjadi buruan pihak polis.
Orangkaya Marzuki menyedari kesilapannya kerana selama ini kaca pun disangkakannya permata. Dia kemudian bersetuju menjodohkan Azizah dan Amran, mewrisi harta kekayaannya.
Cerita dan lakonlayar P.Ramlee, dialog S.Sudarmadji.
Pelakon: P.Ramlee, Sa'adiah, Salleh Kamil, Udo Umar, Muhammad Hamid, Saamah dan Habsah.
Lagu popular: Engkau Laksana Bulan, Azizah, Dengarlah Sang Ombak Berdesir dan Inang Baru.

6. PANCA DELIMA (1957)
Satu penghasilan cukup mantap dan unggul oleh P.Ramlee. Berdasarkan karya Run Run Shaw, cerita mengenai Putera Raja, Suria Kencana, yang disumpah oleh ibu tirinya, Cemara Jingga, siang menjadi ular malam berubah semula menjadi manusia, mencari Gadis Desa (Teratai) bagi mendapatkan kalong Panca Delima supaya dapat menghilangkan sumpahan yang terjadi.
Bercorak romantik, fantasi dan penggembaraan, filem yang melonjak naik nama Jins Shamsudin dan Hashimah Yon ini, sangat menghiburkan. Ia berinspirasikan filem Hollywood "The Beauty And The Beast" dan "Snow White And The Seven Dwarfs". Ular turut memainkan peranan.
Cerita Run Run Shaw, lakonlayar P.Ramlee dan dialog S.Sudarmadji.
Pelakon: Jins Shamsudin, Hashimah Yon, Omar Suwita, Uda Umar, Haji Mahadi, Aini Hayati, Aziz Sattar dan S.Shamsuddin.
Lagu popular: Kasihnya Ibu dan Dari Masa Hingga Masa.

7. IBU MERTUA KU (1962)
Filem ini memperlihatkan kemampuan P.Ramlee menguasai semua elemen filem hinggakan panel juri festival filem terpaksa memberi anugerah istimewa (satu-satunya pernah wujud) untuknya.
Kekuatan filem ini juga bergantung kepada Mak Dara yang membawa karekter Ibu Mertua yang mahukan anak perempuannya, Sabariah, berkahwin dengan Dr.Ismadi bukannya Kassim Selamat, pemusik yang tidak disukainnya. Klimaknya, adegan P.Ramlee mencucuk dua matanya dengan sudu dan garfu, penuh debaran dan sangat menakutkan.
Cerita Ahmad Nisfu (berinspirasikan filem Hindi "Deedar"), lakonlayar dan dialog P.Ramlee.
Pelakon: P.Ramlee, Sarimah, Zaiton, Mak Dara, Ahmad Mahmood dan Ahmad Nisfu.
Lagu popular: Jangan Tinggal Daku, Di Manakan Ku Cari Ganti dan Jeritan Batinku.
Anugerah: Most Versatile Talent (Bakat Serba Boleh) di Festival Filem Asia Pasifik Ke-10, Tokyo (1963).

8. NUJUM PA' BLALANG (1959)
Filem ini bercorak purba komedi dan sangat melucukan berdasarkan cerita dongeng rakyat, Pa' Blalang. Sungguhpun pemalas tapi dengan kejujuran dan keiklasan hatinya serta dibantu oleh kecerdikan anaknya, Blalang, Pa' Blalang akhirnya dapat menjadi menantu Sultan. Disamping P.Ramlee lakonan Bad Abdul Latiff (Bat Latiff) sangat mencuit hati. Ditambah adanya Aziz Sattar dan S.Shamsuddin berperanan sebagai perompak dan penyamun.
Cerita dongeng, lakonlayar dan dialog P.Ramlee.
Pelakon: P.Ramlee, Hashimah Yon, Bad Abdul Latiff, Ahmad Nifsu, Aziz Sattar, S.Shamsuddin, Shariff Dol dan Malik Sutan Muda.
Lagu popular: Kalau Kaca Menjadi Intan dan Ketipang Payung.
Anugerah: Kemedi Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik Ke-7,
Tokyo (1960).

9. MADU TIGA (1964)
Ramai lelaki berkahwin tiga. Filem ini menceritakan bagaimana seorang suami, Jamil, terpaksa bertindak dengan penuh kelucuan apabila tiga isterinya (Latifah, Hasnah dan Rohani) mendapati diri mereka telah dimadukan.
Untuk mencari penyelesaian, Jamil mendapat bantuan bapak mertuanya (Haji Latiff) dan pekerja dipejabatnya (sebagai pembantu kanan), Rafee. Mereka membuat berbagai-bagai rancangan bagi meredakan keadaan yang maha kelam-kelibut. Apa pun, akhirnya berkesudahan dengan happy ending. Jamil tetap disayangi oleh
tiga isterinya itu.
Cerita S.Kadarisman, lakonlayar dan dialog P.Ramlee.
Pelakon: P.Ramlee, Sarimah, Zera (Zaharah) Agus, Jah Haji Mahadi, Ahmad Nisfu, M.Rafee, Mislia dan Alias Congo.
Lagu popular: Pukul Tiga Pagi, Selamat Pengantin Baru dan
Madu Tiga.
Anugerah: Komedi Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik Ke-11, Taipeh (1964).

10. "MUSANG" BERJANGGUT (1959)
Cerita dongeng bangsawan termashyur ini diambil P.Ramlee sebagai filem arahannya yang penuh sindiran terutama dikalangan Raja dan Sultan. Ceritanya mengenai anak angkat Sultan Alam Shahbana, Tun Nila Utama, pergi menggembara mencari isteri yang benar-benar "perempuan" kerana di Negara Pura Cendana, semua yang ada hanyalah "betina" belaka.
Keadaan Negara Pura Cendana menjadi hura-hara apabila Tun Nila Utama membawa isterinya, Puspa Wangi, yang cantik jelita. Kesemua pembesar negara termasuk Sultan Alam Shahbana terpikat dengan kejelitaan Puspa Wangi, dan rancangan pun dibuat supaya Tun Nila Utama pergi menggembara, disuruh mencari "musang" berjanggut, supaya mudah bagi Baginda Sultan dan pembesar-pembesarnya memikat Puspa Wangi.
Tun Nila Utama dan Puspa Wangi, tahu mengenai kemiangan dan tipu muslihat Sultan Alam Shahbana dan pembesar-pembesarnya, lalu mereka pun membuat rancangan untuk membawa "musang" berjanggut ke hadapan Baginda Sultan.
Agak menarik, P.Ramlee tidak banyak berkomedi. Peranan lucu tertumpu kepada Ahmad Nisfu, Musatrjo, Uda Umar, Nyong Ismail dan Malik Sutan Muda, juga Raden Sudiro dan Momo.
Cerita dongeng bangsawan, lakonlayar dan dialog P.Ramlee.
Pelakon: P.Ramlee, Sa'adiah, Ahmad Nisfu, Momo, Raden Sudiro, Shariff Dol, Malik Sutan Muda, Uda Umar, Nyong Ismail dan Mustarjo.
Lagu popular: Jangan Adik Angan-Angan dan Nenek-Nenek
Si Bongkok Tiga.






TAWARAN ISTIMEWA BUKU FILEM-FILEM P.RAMLEE

Sempena menyambut Ulang-Tahun Ke-7 Filem Klasik (FK) terawang-awangan di Alam Maya, satu tawaran istimewa dilakukan iaitu potongan harga buku "Filem-Filem P.Ramlee".

Harga lama RM90.00
Poslaju RM10.00
Harga baru RM60.00
Poslaju percuma

Satu buku kecil (pamplet) filem "Siapa Salah?" diberi percuma bagi setiap satu buku "Filem-Filem P.Ramlee" yang dibeli. Ia tidak dijual di kedai-kedai buku, dan sesuai dijadikan koleksi.

Tawaran bermula 1/2/2017
Tawaran berakhir 1/5/2017

Kepada peminat filem-filem P.Ramlee, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Di kedai-kedai buku di Malaysia, Singapura dan Brunei sudah tidak ada lagi. Hanya sedikit saja lagi yang tinggal.

E-mail mar27843@yahoo.co.uk atau telefon/sms 012-3408117 bagi mendapatkan maklumat lanjut. Mustafar A.R. dan Zaini Yusop menunggu anda.

KONSEP PENERBITANNYA HARUS DIPUJI

Setelah diamati buku setebal 355 muka surat ini, kesimpulannya konsep penerbitannya harus dipuji kerana ia berlainan sekali dari apa yang pernah disajikan sebelum ini. Dilihat pula dari segi kesungguhan kedua-dua insan (Datuk Aziz Sattar dan Mustafar A.R.) yang pernah mengenali P. Ramlee, banyak betul perkara yang boleh kita ambil iktibar, dan 20 tahun bukan masa yang sedikit untuk mereka menyiapkan buku yang cukup bermutu ini. Memang benar karya peninggalan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee tiada bandingan dan sumbangannya dalam bidang seni terus abadi dan terpahat dalam minda semua lapisan masyarakat, namun di sebalik kehebatannya, buku ini yang turut menyelitkan gambar-gambar dari filem, sinopsis, ulasan dan pengalaman kedua penulis ketika pembikinan 66 filem P. Ramlee, ada memaparkan kisah menarik antaranya bagaimana P.Ramlee menceduk idea dari filem-filem luar untuk disesuaikan dengan filem-filem arahannya - KAKAK TUA.


# UPDATE AKAN DILAKUKAN DARI MASA KE MASA.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?


Wednesday, March 1, 2017


PEMENANG THE OSCAR 2017


Teks: Mustafar A.R. * Aida Zailina * Zaini Yusop
Foto: Dari Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


Pengacara Jimmy Kimmel & Dobly Theatre.

Warren Beatty & Faye Dunaway

Pengumuman & Penyampaian The Oscars 2017
(Sumber: 470,950 Views)




Moonlight (Sumber: A24) - PEMENANG



Arrival (Sumber: Movieclips Trailers)


Fences (Sumber: Zero Media)


Manchester By The Sea (Sumber: StudiocanalUK)


La La Land (Sumber: La La Land)


Hidden Figure (Sumber: Zero Media)


Lion (Sumber: Kinocheck International)


Hacksaw Ridge (Sumber: FilmTrailerZone)


Hell Or High Water (Sumber: CBS Films)



TITIK-TITIK HITAM CEMARI THE OSCARS 2017
Oleh Mustafar A.R.

Oscar Academy Awards mencatat sejarah apabila dicemari dengan titik-titik hitam yang tidak pernah berlaku sejak diwujudkan 89 tahun yang lalu, pada 16 Mei 1929.

Tugas pengumuman dan penyampaian The Oscar Filem Terbaik diberikan penghormatan kepada Warren Beatty dan Faye Dunaway, hero dan heroine "Bonnie And Clyde".

Namun, kerana tersalah menerima sampul surat, mereka mengumumkan Filem Terbaik "La La Land".

Selepas upacara pengumuman, penyampaian dan pengucapan, yang merupakan acara terakhir pada malam itu dilakukan, tiba-tiba Jordan Horowitz, produser "La La Land", bersuara membetulkan kedudukan yang sebenar.

“Guys, guys, I’m sorry. No. There’s a mistake,” kata Jordan Horowitz. “Moonlight, you guys won Best picture. This is
not a joke.”

Pengerusi PricewaterhouseCoopers (akauntan bertauliah), Tim Ryan, mengesahkan petugasnya, Brian Cullinan, bertanggungjawab memberikan sampul surat yang salah kepada Warren Beatty dan Faye Dunaway.

Dengan itu, jelaslah kesilapan teknikal punca utama kekecuhan berlaku bukan kerana sabotaj. Tidak ada sesiapa pun yang patut dipersalahkan. Bersalahnya Brian Cullinan kerana cuai, tersalah memberi sampul surat.

Cuba hayati lirik lagu "Que Sera, Sera" nyanyian Doris Day ini;

Que sera, sera
Whatever will be, will be
The future's not ours to see
Que sera, sera
What will be, will be

Apa yang harus terjadi, akan terjadi. Itulah nasib malang yang menimpa The Oscars 2017, yang sejak awal berjalan dengan kemas dan lancar.

Sebagaimana yang dijangkakan, Oscar Academy Awards tidak mengikut telunjuk Golden Globe Awards dalam memberi kemenangan Filem Terbaik.

Golden Globe Awards pilih "La La Land", manakala "Moonlight" menjadi pilihan Oscar Academy Awards. Ramai tidak menduga kemenangannya, namun itulah realiti. Ia menerima 8 calon, menang 3 oscar.

Selain Filem Terbaik, Seniman Peranan Pembantu Terbaik (Mahershala Ali) dan Lakonlayar Adaptasi Terbaik (Barry Jenkins
& Tarrel Alvin MacCraney).

Mahershala Ali, adalah seniman beragama Islam (Black Muslim) pertama menang oscar.

"La La Land" yang menyamai calon "All About Eve" dan "Titanic" (14 semuanya), sekadar mampu menang 6 sama dengan "All About Eve". "Titanic", 11 oscar.

Agak malang bagi "Lion", "Hell Or High Water" dan "Hidden Figures", turut dicalonkan Filem Terbaik, tidak menang satu pun oscar.

Apa pun, "Manchester By The Sea" menang oscar utama, Seniman Peranan Utama Terbaik (Casey Affleck) dan "Fences" juga menang oscar utama, Seniwati Peranan Pembantu Terbaik (Viola Davis).

The Oscars 2017, walaupun diselesaikan dengan peristiwa yang tidak ada sesiapa pun menjangkakan, namun ia tetap berlangsung dengan penuh kejayaan dan memberi kemenangan kepada
mereka yang berhak.







Kini diterbitkan sebulan sekali tidak dua minggu sekali.

Dalam proses penyelenggaraan.

Dalam proses penyelenggaraan.



12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 1 MAC 2017)
PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 171,330
SEKSI SELEBRITI INDONESIA 169,852
SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 165,085
SELAMAT PENGANTIN BARU 67,780
FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 28,810







Damien Chazelle (La La Land) - PEMENANG


Denis Villeneuve (Arrival)

Kenneth Lonergan (Manchester By The Sea)

Barry Jenkins (Moonlight)

Mel Gibson (Hacksaw Ridge)







Casey Affleck (Manchester By The Sea) - PEMENANG


Denzel Washington (Fences)

Viggo Mortensen (Captain Fantastic)

Ryan Gosling (La La Land)

Andrew Garfield (Hacksaw Ridge)






Emma Stone (La La Land) - PEMENANG


Isabelle Huppert (Elle)

Natalie Portman (Jackie)

Meryl Streep (Florence Foster Jenkins)

Ruth Negga (Loving)







Firouz Naderi (kiri) & Anousheh Ansari

Shahab Hosseini (kiri) & Taraneh Alidoosti


Toni Erdmann (Germany)

Tanna (Australia)

A Man Called Ove (Sweden)

Land Of Mine (Denmark)

FILEM IRAN TERIMA CALON SEKALI LAGI
Oleh Aida Zailina



UPDATE STORY: 1 Mac 2017

Berjayanya filem Iran, "The Salesman" merebut Filem Bahasa Asing Terbaik, bolehlah dianggap sebagai cabaran kepada Donald Trump yang rasis terhadap agama Islam.

Pengarahnya, Asghar Farhadi, memboikot upacara pengumuman dan penyampaian The Oscar 2017 itu.

Ini kali kedua Iran menang oscar yang dianggap berprestaj, sebelumnya pada 2011, "A Separation", juga diarahkan Asghar Farhadi.

Dengan kemenangan tersebut, memperlihatkan Negara Islam juga mampu bersaing dengan negara-negara lain yang sering menjadi pembolot tegar terutama Italy dan French yang menduduki tempat
teratas - Italy (14) dan French (12).

Dengan kejayaan itu, Iran berada dikedudukan selesa (ke-5) bersama Hungry, Germany, Argentina, Czechoslovakia, Switzerland dan Austria, juga menang 2 oscar.

Dilakonkan Taraneh Alidoosti dan Shahab Hosseini, kisah "Salesman" mengenai si isteri diserang ketika berlakon dalam pementasan "Death Of A Salesman" karya Arthur Miller.

Si suami berusaha mencari penyerang, si isteri berusaha memulihkan keadaan trauma yang dialaminya.

Filem cerita dalam cerita ini turut bertanding di Festival Filem Cannes 2016, dan menang 2 anugerah - Lakonlayar Terbaik (Asghar Farhadi) dan Seniman Peranan Utama Terbaik (Shahab Hosseini).

Iran juga satu-satunya Negara Islam paling ke depan menang oskar Filem Bahasa Asing Terbaik.

Dalam hal sebegini Asghar Farhadi harus dipuji kerana dapat mengharumi Negara Islam yang kini, tidak disenangi Presiden Amerika, Donald Trump.

Firouz Naderi dan Anousheh Ansari menerima oscar bagi pihak Asghar Farhadi.



Filem Iran, "Salesman", termasuk dalam senarai 5 filem merebut Anugerah The Oscars 2017, Filem Bahasa Asing Terbaik 2017. Ini kali ketiga Iran berjaya ke senarai 5, sejak mula disertainya pada 1977 dengan "The Cycle", selepas "Children Of Heaven" (1998) dan
"A Separation" pada 2011.

"A Separation" yang diarahkan Asghar Farhadi menang Oscar apabila mengalahkan "Bullhead" (Belgium), "Footnote" (Israel), "In Darkness" (Poland) dan "Monsieur Lazhar" (Canada).

"Children Of Heaven" tewas kepada "Life Is Beautiful" (Italy) yang menang Oscar dan diarahkan Roberto Benigni. Turut bersaing "Central Station" (Brazil), "The Grandfather" (Spain)
dan "Tango" (Argentina).

Soalannya, berjayakah Iran kali ini?

Dua negara teratas, Itali (menang Oscar 13 kali) dan France (12), gagal dalam pemilihan 5, dan dijangka "Salesman" menghadapi jalan sukar apabila terpaksa bersaing dengan "Toni Erdmann" dari German, bercorak drama-komedi diarahkan Maren Ade.

Sejak 1956, German menang 3 Oscar - "The Tin Drum" (1979), "Nowhere in Africa" (2002) dan "The Lives of Others" (2006).

Sweden dengan "A Man Called Ove" tidak kurang hebatnya. Ia mula rebut Oscar pada 1956 dan sejak itu menang 3 - "The Virgin Spring" (1960), "Through A Glass Darkly" (1961) dan "Fanny And Alexander".

Denmark yang diterima calonnya, "Land Of Mine", menyertai rebut Oscar pada 1956 juga menang 3 - "Babette's Feast" (1987),
"Pelle The Conqueror" (1988) dan "In A Better World" (2010).

Australia dengan "Tanna", ini julung-julung kali dipilih ke senarai 5 filem. Mula menyertai pada 1995, hanya pernah sekali masuk
ke pemilihan kedua pada 2009 dengan "Samson And Delilah" yang diarahkan Warwick Thornton.





Meryl Streep

Emma Stone

The Amazing Spider-Man

Birdman



BOLEHKAH MERYL STREEP MENANG OSCAR?
Oleh Zaini Yusop

UPDATE STORY: 1 Mac 2017

Bolehkah Meryl Streep rebut The Oscars Seniwati Peranan Utama Terbaik?

Mungkin boleh, mungkin tidak.

Itulah soalan yang timbul dalam artikel Calon The Oscars 2017.

Ternyata Meryl Streep boleh dikalahkan.

Beliau tewas ditangan Emma Stone, pertama kali dicalonkan dalam kategori tersebut kerana membintangi "La La Land".

Emily Jean "Emma" Stone (lahir 6 November, 1988), salah seorang seniwati tertinggi bayarannya di dunia pada 2015, telah menerima satu anugerah Akademi, satu anugerah BAFTA, satu anugerah Golden Globe dan tiga anugerah Screen Actors Guild.

Beliau muncul dalam Forbes Celebrity 100 pada 2013, dan sering digambarkan edia sebagai salah seorang seniwati paling berbakat di kalangan generasinya.

Dilahir dan dibesarkan di Scottsdale, Arizona, Emma memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak dalam teater "The Wind In The Willows" pada 2000.

Apabila remaja, beliau berpindah ke Los Angeles dengan ibunya, dan buat pertama kalinya muncul dalam "In Search Of The New Partridge Family" pada 2004, rancangan realiti (pilot) yang tidak terjual. Gagal ditayangkan di mana-mana stesen tv.

Pada 2007, kerana lakonan filem pertamanya "Superbad," Emma menang Young Hollywood Awards, dan mula mendapat perhatian media apabila membintangi "Zombieland" pada 2009.

Apabila berlakon filem komedi "Easy A" pada 2010, beliau menerima calon BAFTA, Bintang Harapan dan calon Golden Globe, Seniwati Peranan Utama Terbaik, Kemudian disusuli "Crazy, Stupid, Love" dan "The Help" pada 2011.

Emma mendapat pengiktirafan lebih luas apabila diberi peranan sebagai Gwen Stacy dalam "The Amazing Spider-Man" pada 2012 dan sekuelnya pada 2014.

Di The Oscars 2015, Emma terima calon Oscar Academy Awards, Seniwati Peranan Pembantu Terbaik, kerana karekternya sebagai penagih dadah berjaya dipulihkan dalam "Birdman."

Bagaimanapun, beliau tewas kepada Patricia Arquette yang membintangi "Boyhood."

Di pentas Broadway, Emma tidak berkecuali. Beliau muncul dalam "Cabaret", mengenai kebangkitan semula musik cabaret, pada
2014 dan 2015.

Selepas menang oscar Seniwati Peranan Utama Terbaik, mahu ke mana Emma Stone?

Sejauh manakah kemampuannya menandingi kehebatan
Meryl Streep?



Bolehkah Meryl Streep rebut The Oscars 2017 Seniwati Peranan Utama Terbaik?

Mungkin boleh, mungkin tidak.

Sepanjang kerjaya filemnya merebut Oscar sejak 1979, dengan "The Deer Hunter, Meryl terima calon 19 kali. Antaranya menang 3 - "Kramer Vs Kramer" (1980), "Sophie's Choice" (1983) dan "The Iron Lady", membawa karekter bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher, pada 2012.

Pada keseluruhannya, Meryl terima 409 calon dari pelbagai penyampaian Anugerah, antaranya 157 menang.

Oscar 2014, Meryl dicalonkan kerana "August: Osage County", tetapi tewas kepada "Cate Blanchett" (Blue Jasmine). Oscar 2015 juga dicalonkan kerana "Into The Woods", gagal lagi kali ini kepada Patricia Arquette (Boyhood).

Oscar 2017, peranan yang dibawanya sebagai penyanyi opera terkenal, Florence Foster Jenkins. Diarahkan Stephen Frears, turut berlakon Hugh Grant dan Simon Helberg.

Saingan Meryl paling ke depan, Isabelle Huppert kerana "Elle" dan Natalie Portman, "Jackie".

Isabelle banyak menang Anugerah tetapi bukan Oscar. Kejayaannya merebut Anugerah Golden Globe 2017 (Seniwati Peranan Utama Terbaik, Filem-Drama), memperlihatkan kedudukan Meryl masih tidak selamat.

Natalie, membawa karekter bekas wanita pertama USA, Jackie Kennedy, dalam "Jackie", boleh juga menggugat kedudukan Meryl. Pada 2011, dia menang Oscar Seniwati Peranan Utama Terbaik dalam "Black Swan."

Saingannya yang lain, Emma Stone (La La Land) dan Ruth Negga (Loving), juga tidak boleh diperkecilkan terutama Emma yang menang Anugerah Golden Globe 2017, Seniwati Peranan Utama Terbaik, Musikal-Komedi.







Mahershala Ali (Moonlight) - PEMENANG


Michael Shannon (Nocturnal Animals)

Dev Patel (Lion)

Jeff Bridges (Hell Or High Water)

Lucas Hedges (Manchester By The Sea)







Viola Davis (Fences) - PEMENANG


Michelle Williams (Manchester By The Sea)

Naomie Harris (Moonlight)

Octavia Spencer (Hidden Figures)

Nicole Kidman (Lion)



ACADEMY HONORARY AWARDS
(ANUGERAH KEHORMAT AKADEMI)

Jackie Chan & Anne V.Coates

Lynn Stalmaster & Frederick Wiseman

JACKIE CHAN
(Artis mempertahankan diri Hong Kong, seniman,
pengarah, produser dan penyanyi)
ANNE V.COATES (Penyunting filem)
LYNN STALMASTER (Pengarah casting)
FREDERICK WISEMAN
(Pembikin filem, pendokumentari dan pengarah teater)



SENARAI PEMENANG & CALON THE OSCARS 2017

# FILEM TERBAIK
(Best Picture)

PEMENANG
“MOONLIGHT” (A24)
(Adele Romanski * Dede Gardner * Jeremy Kleiner)

“La La Land” (SUMMIT ENTERTAINMENT)
“Manchester By The Sea”
(ROADSIDE ATTRACTIONS/AMAZON STUDIOS)
“Arrival” (PARAMOUNT PICTURES)
“Lion” (THE WEINSTEIN COMPANY)
“Hacksaw Ridge” (LIONSGATE)
“Hell Or High Water” (CBS FILMS)
“Hidden Figures” (20TH CENTURY FOX)
"Fences" (PARAMOUNT PICTURES)

# PENGARAH TERBAIK
(Best Director)

PEMENANG
DAMIEN CHAZELLE
“La La Land“

Barry Jenkins – “Moonlight“
Kenneth Lonergan – “Manchester By The Sea“
Denis Villeneuve – “Arrival“
Mel Gibson - "Hacksaw Ridge"

# SENIMAN PERANAN UTAMA TERBAIK
(Best An Actor In Leading Role)

PEMENANG
CASEY AFFLECK
“Manchester By The Sea“

Denzel Washington – “Fences“
Ryan Gosling – “La La Land“
Andrew Garfield – “Hacksaw Ridge“
Viggo Mortensen – “Captain Fantastic“

# SENIWATI PERANAN UTAMA TERBAIK
(Best An Actress In Leading Role)

PEMENANG
EMMA STONE
“La La Land“

Ruth Negga - "Loving"
Natalie Portman – “Jackie“
Meryl Streep – “Florence Foster Jenkins“
Isabelle Huppert - Elle

# SENIMAN PERANAN PEMBANTU TERBAIK
(Best An Actor In Supporting Role)

PEMENANG
MAHERSHALA ALI
“Moonlight“

Lucas Hedges - "Manchester By The Sea"
Jeff Bridges – “Hell Or High Water“
Dev Patel – “Lion“
Michael Shannon - "Nocturnal Animals"

# SENIWATI PERANAN PEMBANTU TERBAIK
(Best An Actress In Supporting Role)

PEMENANG
VIOLA DAVIS
“Fences“

Michelle Williams – “Manchester By The Sea“
Nicole Kidman – “Lion“
Naomie Harris – “Moonlight“
Octavia Spencer – “Hidden Figures“

# LAKONLAYAR ORIGINAL TERBAIK
(Best Original Screeplay)

PEMENANG
KENNETH LONERGAN
"Manchester By The Sea"

Hell Or High Water - Taylor Sheridan
La La Land - Damien Chazelle
The Lobster - Yorgos Lanthimos/Efthimis Filippou
20th Century Women - Mike Mills

# LAKONLAYAR ADAPTASI TERBAIK
(Best Adapted Screenplay)

PEMENANG
BARRY JENKINS * TARELL ALVIN MACCRANEY
"Moonlight"

Arrival - Eric Heisserer
Fences - August Wilson
Hidden Figures - Allison Schroeder/Theodore Melfi
Lion - Luke Davies

# SUNTINGAN FILEM TERBAIK
(Best Film Editing)

PEMENANG
JOHN GILBERT
"Hacksaw Ridge"

Arrival - Joe Walker
Hell Or High Water - Jake Roberts
La La Land - Tom Cross
Moonlight - Nat Sanders/Joi McMillon

# SINEMATOGRAFI TERBAIK
(Best Cinematography)

PEMENANG
LINUS SANDGREN
"La La Land"

Arrival - Bradford Young
Lion - Greig Fraser
Moonlight - James Laxton
Silence - Rodrigo Prieto

# FILEM BAHASA ASING TERBAIK
(Best Foreign Language Film)

PEMENANG
THE SALEMAN
Iran

Australia - Tanna
Denmark – Land Of Mine
Germany – Toni Erdmann
Sweden – A Man Called Ove


Kenneth Lonergan

Justin Hurwitz

Linus Sandgren

# REKAAN PRODUKSI TERBAIK
(Best Production Design)

PEMENANG
DAVID WASCO * SANDY REYNOLDS-WASCO
"La La Land"

Arrival
- Patrice Vermette/Paul Hotte
Fantastic Beasts And Where To Find Them
- Stuart Craig/Anna Pinnock
Hail, Caesar!
- Jess Gonchor/Nancy Haigh
Passengers
- Guy Hendrix Dyas/Gene Serdena

# REKAAN KOSTUM TERBAIK
(Best Costume Design)

PEMENANG
COLLEEN ATWOOD
Fantastic Beasts And Where To Find Them

Allied
- Joanna Johnston
Florence Foster Jenkins
- Consolata Boyle
Jackie
- Madeline Fontaine
La La Land
- Mary Zophres

# ADUNAN SUARA TERBAIK
(Best Sound Mixing)

PEMENANG
KEVIN O’CONNELL * ANDY WRIGHT * ROBERT MACKENZIE * PETER GRACE
"Hacksaw Ridge"

Arrival
- Bernard Gariépy Strobl/Claude La Haye
La La Land
- Andy Nelson/Ai-Ling Lee/Steve A.Morrow
Rogue One: A Star Wars Story
- David Parker/Christopher Scarabosio/Stuart Wilson
13 Hours: The Secret Soldiers of Benghazi
- Greg P.Russell/Gary Summers/Jeffrey J.Haboush/Mac Ruth

# SUNTINGAN SUARA TERBAIK
(Best Sound Editing)
PEMENANG
SYLVAIN BELLEMARE
"Arrival"

Deepwater Horizon
- Wylie Stateman/Renée Tondelli
Hacksaw Ridge
- Robert Mackenzie/Andy Wright
La La Land
- Ai-Ling Lee/Mildred Iatrou Morgan
Sully
- Alan Robert Murray/Bub Asman

# VISUAL EFEK TERBAIK
(Best Visual Effect)

PEMENANG
ROBERT LEGATO * ADAM VALDEZ * ANDREW R.JONES * DAN LEMMON
"Jungle Book"

Deepwater Horizon
- Craig Hammack/Jason Snell/Justin Billington/Burt Dalton
Doctor Strange
- Stephane Ceretti/Richard Bluff/Vincent Cirelli/Paul Corbould
Kubo And The Two Strings
- Steve Emerson/Oliver Jones/Brian McLean/ Brad Schiff
Rogue One: A Star Wars Story
- John Knoll/Mohen Leo/Hal Hickel/Neil Corbould

17. LAGU ORIGINAL TERBAIK
(Best Original Song)

PEMENANG
“CITY OF STAR”
MUSIC: JUSTIN HURWITZ / LYRIC: BENJ PASEK * JUSTIN PAUL
"La La Land"

“Audition (The Fools who Dream),” (La La Land)
- music: Justin Hurwitz, lyric: Benj Pasek/Justin Paul
“Can’t Stop the Feeling,” (Trolls)
- music/lyric: Justin Timberlake/Max Martin/Karl Johan Schuster
“The Empty Chair,” (Jim: The James Foley Story)
- music/lyric: J.Ralph/Sting
“How Far I’ll Go,” (Moana)
- music/lyric: Lin-Manuel Miranda

# SKOR ORIGINAL TERBAIK
(Best Original Score)

PEMENANG
JUSTIN HURWITZ
"La La Land"

Jackie - Mica Levi
Lion - Dustin O’Halloran/Hauschka
Moonlight - Nicholas Brittell
Passengers - Thomas Newman

# MAKEUP DAN DANDANAN RAMBUT TERBAIK
(Best Makeup And Hairstyling)

PEMENANG
ALESSANDRO BERTOLAZZI * GIORGIO GREGORINI * CHRISTOPHER NELSON
"Suicide Squad"

A Man Called Ove
- Eva von Bahr/Love Larson
Star Trek Beyond
- Joel Harlow/Richard Alonzo


"Jungle Book"

"Zootopia"

"The White Helmets"

# DOKUMENTARI TERBAIK SABJEK PENDEK
(Best Documentary Short Subject)

PEMENANG
"The White Helmets"

Extremis
4.1 Miles
Joe's Violin
Watani: My Homeland

# ANAMASI FEATURE TERBAIK
(Best Animated Feature)

PEMENANG
"Zootopia"

Kubo And The Two Strings
Moana
My Life As A Zucchini
The Red Turtle

# ANIMASI FILEM PENDEK TERBAIK
(Best Animated Short Film)

PEMENANG
Piper

Blind Vaysha
Borrowed Time
Pear Cider And Cigarettes
Pearl

# DOKUMENTARI FEATURE TERBAIK
(Best Documentary Feature)

PEMENANG
"O.J. Made In America"

Fire At Sea
I Am Not Your Negro
Life, Animated
13th

# AKSI LANGSUNG FILEM PENDEK TERBAIK
(Best Live Action Short Film)

PEMENANG
"Sing"

Ennemis Intérieurs
La Femme Et Le TGV
Silent Nights
Timecode





Barry Jenkins (kiri) & Tarell Alvin McCraney - "Moonlight"

"Fantastic Beast And Where To Find Them"

Alan Barillaro (kiri) & Marc Sondheimer - "Piper"

JUMLAH OSCAR DITERIMA CALON FILEM TERBAIK

# 1. LA LA LAND (14) (6)
1. Filem Terbaik
2. Pengarah Terbaik - PEMENANG
3. Seniman Peranan Utama Terbaik
4. Seniwati Peranan Utama Terbaik - PEMENANG
5. Lakonlayar Original Terbaik
6. Sinematografi Terbaik - PEMENANG
7. Suntingan Filem Terbaik
8. Rekaan Produksi Terbaik - PEMENANG
9. Rekaan Kostum Terbaik
10. Adunan Suara Terbaik
11. Suntingan Suara Terbaik
12. Lagu Original Terbaik - PEMENANG
13. Lagu Original Terbaik
14. Skor Original Terbaik - PEMENANG

# 2. MOONLIGHT (8) (3)
1. Filem Terbaik - PEMENANG
2. Pengarah Terbaik
3. Seniman Peranan Pembantu Terbaik - PEMENANG
4. Seniwati Peranan Pembantu Terbaik
5. Sinematografi Terbaik
6. Suntingan Filem Terbaik
7. Lakonlayar Adaptasi Terbaik - PEMENANG
8. Skor Original Terbaik

# 3. MANCHESTER BY THE SEA (6) (2)
1. Filem Terbaik
2. Pengarah Terbaik
3. Seniman Peranan Utama Terbaik - PEMENANG
4. Seniman Peranan Pembantu Terbaik
5. Seniwati Peranan Pembantu Terbaik
6. Lakonlayar Original Terbaik - PEMENANG

# 4. HACKSAW RIDGE (6) (2)
1. Filem Terbaik
2. Pengarah Terbaik
3. Seniman Peranan Utama Terbaik
4. Suntingan Filem Terbaik - PEMENANG
5. Suntingan Suara Terbaik
6. Adunan Suara Terbaik - PEMENANG

# 5. ARRIVAL (8) (1)
1. Filem Terbaik
2. Pengarah Terbaik
3. Lakonlayar Adaptasi Terbaik
4. Sinematografi Terbaik
5. Suntingan Filem Terbaik
6. Rekaan Produksi Terbaik
7. Adunan Suara Terbaik
8. Suntingan Suara Terbaik - PEMENANG

# 6. FENCES (4) (1)
1. Filem Terbaik
2. Seniman Peranan Utama Terbaik
3. Seniwati Peranan Pembantu Terbaik - PEMENANG
4. Lakonlayar Adaptasi Terbaik

# 7. LION (6) (0)
1. Filem Terbaik
2. Seniman Peranan Pembantu Terbaik
3. Seniwati Peranan Pembantu Terbaik
4. Lakonlayar Adaptasi Terbaik
5. Sinematografi Terbaik
6. Skor Original Terbaik

# 8. HELL OR HIGH WATER (4) (0)
1. Filem Terbaik
2. Seniman Peranan Pembantu Terbaik
3. Lakonlayar Original Terbaik
4. Suntingan Filem Terbaik

# 9. HIDDEN FIGURES (3) (0)
1. Filem Terbaik
2. Seniwati Peranan Pembantu Terbaik
3. Lakonlayar Adaptasi Terbaik


# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI___


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?