"Tribute... S.Roomai Noor". Peranannya Memajukan Filem Malaysia Sepatutnya Di Hargai. Update: 15/3/2021

i. Nasib ii. Berdosa iii. Selamat Tinggal Kekasehku iv. Bayangan DiWaktu Fajar v. Orang Minyak
Sumber (Youtube): Hp * edLOKfc * Hp * HP * edLoKfc

Thursday, December 28, 2017


KALAU P.RAMLEE BERJAYA FILEMKAN "SENIWATI"


Teks: Mustafar A.R. & Zaini Yusop
Foto: Daripada Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


<< PERHATIAN >>
MENCIPLAK APA SAHAJA ARTIKEL TERDAPAT DALAM
BLOG INI SANGAT DIALU-ALUKAN. NAMUN UNTUK
MENGHORMATI SUSAH PAYAH KAMI MENGHASILKANNYA
DIHARAP PENCIPLAK MENCATATKAN FILEM KLASIK
SEBAGAI SUMBER IANYA DICIPLAK - MUSTAFAR A.R.



P.RAMLEE

SARIMAH

YUSOF LATIFF

HAJI MAHADI




SEKIRANYA P.RAMLEE BERJAYA
FILEMKAN "SENIWATI" DI HONG KONG
Oleh Pak Mus



Sekiranya Pak Mus memiliki mesin masa
(time machine), Pak Mus ingin kembali
ke 9 Julai 1963 ketika Shaw Brothers (Runme Shaw dan Run Run Shaw) mengumumkan, akan menghantar P.Ramlee ke Hong Kong mengarahkan "Seniwati".
Mulai dari situlah, Pak Mus ingin melihat P.Ramlee berjaya
(tidak gagal) mengarahkan filem tersebut yang ditulis ceritanya oleh Run Run Shaw, dalam (Eastmancolor) dan berbidang luas (ShawScope) sama seperti "Love Parade", filem P.Ramlee dan Saloma diundang ke Hong Kong menyanyikan lagu "Bengawan Solo".
Realiti, apa yang terjadi sudah pun terjadi (jadilah, maka jadilah ia), tidak boleh diubah lagi, namun Pak Mus ingin berfantasi, ertinya berkhayal dengan sesuatu yang tidak ada, berfantasi hanya ada dalam fikiran Pak Mus saja, dari dulu hingga kini, 28 Disember 2017.
Katakan Pak Mus berjaya menaiki mesin masa seperti yang terdapat dalam novel sains fiksyen ("The Time Machine") karya H.G.Wells, dan kembali berada di tarikh yang disebutkan itu, ketika pengumuman P.Ramlee akan ke Hong Kong mengarahkan "Seniwati".
Kemudian dapat pula menyaksikan P.Ramlee memilemkan filem itu dengan jayanya dan mendapat kejayaan box office, disusuli dua atau tiga filem lagi termasuk "Bujang Lapok Di Hong Kong" yang sudah pasti dibintangi P.Ramlee, Aziz Sattar dan S.Shamsuddin.
Sekiranya itu berlaku di studio Shaw Brothers yang terletak di Clear Water Bay, Hong Kong perkara yang berada dalam benak Pak Mus, bagaimanakah agaknya corak senario filem Malaysia & Singapura sampai ke awal tahun 2018 ini. Antaranya;
* Mungkinkah P.Ramlee terus kekal di studio Jalan Ampas untuk beberapa tahun lagi (sebelum dihantar ke Studio Merdeka,
Kuala Lumpur).
* Mungkinkah "Nora Zain Ajen Wanita 001", "Jurang Bahaya" dan "Bayangan Ajal" tidak akan wujud malah Run Run Shaw akan menyuruh P.Ramlee mengarahkan dua atau tiga filem lagi.
* Mungkinkah P.Ramlee tidak pindah dari Singapura ke Kuala Lumpur pada 16 Jun 1964.
* Mungkinkah P.Ramlee mengarahkan "Si Tora Harimau Jadian", filem arahan bertamanya di Studio Merdeka yang terletak di Hulu Kelang, Kuala Lumpur.
* Mungkinkah studio MFP di Jalan Ampas Singapura ditutup dengan rasminya, tidak lagi mengeluarkan filem, dipenghujung 1967.
* Mungkinkah wujudnya "Gelora" yang mengandungi adegan-adegan gairah yang melibatkan P.Ramlee, Sarimah, Isma Rubee dan
Arman Yadi.
* Mungkinkah Jins Shamsudin mengarahkah dua filem di Studio Merdeka, "Bukan Salah Ibu Mengandong" dan "Di Belakang Tabir" - P.Ramlee turut berlakon.
* Mungkinkah P.Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1973. Pak Mus tetap percaya dengan qadak dan qadar.
* Mungkinkah ada gelaran Seniman Agong untuk P.Ramlee yang diwujudkan oleh Seniman di penghujung 1970an.
* Mungkinkah terhasilnya Festival Filem Malaysia (FFM) yang diasaskan oleh Eja pada tahun 1980.
* Mungkinkah wujudnya Finas yang terletak di tapak Studio Merdeka dengan Ismail Zain selaku Ketua Pengarahnya yang pertama dengan direstui Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Ke-4.
* Mungkinkah wujud Pustaka Peringatan P.Ramlee di Setapak, Kuala Lumpur dan Rumah P.Ramlee di Pulau Pinang.
* Mungkinkah diterbitkan buku "Filem-Filem P.Ramlee" yang diusahakan bersama oleh Aziz Sattar dan Mustafar A.R.
Sebenarnya banyak lagi, namun biarlah Pak Mus berhenti setakat itu saja. Yang lain-lain anda boleh fikirkan sendiri.
Untuk cerita yang lebih menarik dan lengkap, anda stroll dan stroll...




Tawaran istimewa bermula dari 12/4/2017 hingga 12/4/2018.

Kini, diterbitkan sebulan sekali tidak dua minggu sekali.

Dalam proses penyelenggaraan.

Dalam proses penyelenggaraan.


12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 28 Disember 2017)
* SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 199,765
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 193,938
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 191,745
* SELAMAT PENGANTIN BARU 72,204
* FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 30,916



BERITA HARIAN (10/7/1963)


10 PELAKON KE HONG KONG UNTUK
PENGGAMBARAN FILEM P.RAMLEE
Di Edit Oleh Muszaili Mustafar



SingapuraA, Selasa - Seniwati filem Melayu yang jelita, Sarimah Zulkifli akan berangkat ke Hong Kong bulan Ogos depan untuk berlakon dalam filem terbaru pengarah P.Ramlee berjodol "Seniwati", yang akan digambarkan dalam bentuk ShawScope.
Turut dipilih untuk bersama-sama seniwati itu ialah 8 orang pelakon pembantu lain, yang diduga akan berada di Hong Kong selama sebulan.
Semua sekali seramai 10 orang pelakon akan berangkat ke Hong Kong untuk penggambaran filem tersebut termasuk pengarahnnya P.Ramlee sendiri.
Pelakon-pelakon lain ialah S.Sudarmaji (penolong pengarah), Zahrah Agos, Haji Mahadi, Malek Sutan Muda, Kuswadinata, Yusof Latiff, Shariff Dol dan Ahmad Nisfu.
Pemilihan ini telah dibuat sendiri pengarah itu semalam "yang difikirkannya akan dapat menjayakan pembikinan filem baru itu."
Kecuali pelakon-pelakon Yusof Latiff, Ahmad Nisfu dan Zahrah Agos, semua pelakon-pelakon lain itu adalah menjadi pekaerja-pekerja tetap dalam studio Malay Film itu.
PILIH SENDIRI
Pengarah P.Ramlee merasa yakin akan dapat menyelesaikan penggambaran filem itu dalam masa sebulan di Hong Kong "kerana soal-soal lain seperti lagu-lagu, musik dan lain keperluannya telah disiapkan di sini."
Beberapa orang pelakon lain dari penduduk di Hong Kong akan juga diambil untuk berlakon dalam filem itu sebagai pelakon tambahannya.
Menurut pengarah itu lagi bahawa inilah kali pertama beliau mengusahakan diluar dari Singapura dan Malaya secara besar-besaran dalam bentuk baru dengan biayai yang lebih besar dari filem-filemnya yang lalu.
Tujuan menggambarkan filem "Seniwati" dalam bentuk baru ini tambah P.Ramlee lagi, ialah untuk meninggikan taraf filem-filem Melayu supaya setaraf dengan filem-filem antarabangsa.
Dengan itu juga pasaran filem Melayu akan lebih luas dari masa lalu, boleh dapat ditonton oleh penonton-penontonya di merata dunia - tidak seperti masa lalu di mana filem-filem Melayu terlingkong dalam daerah pasarannya yang sempit sekali, ujarnya.
Beliau menerangkan kemudian "sudah sampai masanya untuk diusahakan filem Melayu lebih maju lagi sesuai dengan kemajuan dunia hari ini. Ia tidak hanya kekal dalam bentuk hitam putihnya saja."
Beberapa orang yang telah dipilih itu, ketika ditemui telah menyatakan kegembiraannya yang amat sangat atas pemilihan itu.
Seniwati Sarimah berkata, "mudah-mudahan dengan berlakon di Hong Kong nanti akan dapat saya tambahkan pengalaman saya dalam lakonan dalam filem dan hal-hal lain mengenai perfileman masa depan.
MERASA GEMBIRA
"Saya tidak dapat menerangkan betapa gembiranya hati saya atas pemilihan itu. Bagaimanapun saya rasa pemilihan itu dibuat berdasarkan pada kebolehan dan lakonan saya yang difikirkan sesuai untuk filem baru pengarah P.Ramlee itu."
Pelakon kacak Yusof Latiff pula menerangkan "sebagai seorang pelakon bebas, saya merasa gembira sekali dengan pemilihan itu.
"Disamping berlakon, saya akan berusaha, kalau ada peluang, untuk mempelajari perusahaan-perusahaan filem di Hong Kong dari dekat dan dari segala seginya untuk menambahkan pengalaman saya."
Inilah kali pertama pelakon Yusof Latiff berkunjung ke luar dari kawasan Malaya-Singapura untuk berlakon dalam filem Melayu.
Persiapan-persiapan untuk berangkat ke Hong Kong itu kini sedang sebuk diator oleh pelakon-pelakon tersebut. Satu majlis 'doa selamat' dan untuk mengucapkan 'selamat jalan' kepada pelakon-pelakon itu akan diadakan tidak lama lagi oleh pihak studio itu.

ZAHRAH AGOS

KUSWADINATA

MALEK SUTAN MUDA



BERITA HARIAN (3/8/1963)


PEMERGIAN PARA ARTIS MFP
KE HONG KONG DITANGGUHKAN
Di Edit Oleh Aidalina Mustafar



Singapura, Jumaat - Kunjungan pengarah P.Ramlee dan 10 orang artis yang telah dipilih olehnya untuk mengadakan penggambaran filem "Seniwati" telah ditangguhkan dengan rasminya.
Pengangguhan itu dibuat oleh beberapa hal penting terutama mengenai bayaran-bayaran elaun seberang laut yang akan diberikan kepada artis-artis yang akan pergi ke Hong Kong itu.
Rombongan tersebut dijangka akan bertolak pada bulan Oktober depan, apabila segala persoalan yang berhubung dengan artis-artis yang dipilih untuk pergi ke Hong Kong telah selesai dengan baik.
Sepuluh orang para artis yang telah dipilih untuk berangkat ke Hong Kong pada bulan Ogos itu adalah terdiri dari artis-artis Sarimah Zulkifli, Yusof Latiff, Haji Mahadi, Zahrah Agos, Malek Sutan Muda, Kuswadinata, Shariff Dol, Ahmad Nisfu dan S.Sudarmaji selaku penolong pengarah.
Rombongan tersebut akan berangkat ke Hong Kong khusus untuk menyelenggarakan sebuah filem Melayu baru arahan pengarah P.Ramlee berjudul "SENIWATI".
Artis-artis tadi telah dipilih sendiri oleh pengarah itu dengan persetujuan dan kelulusan pihak penguasa perusahaan filem Melayu Jalan Ampas pada minggu pertama bulan Julai yang lalu.
Inilah kali pertama filem Melayu akan digambarkan di Hong Kong dengan biayai yang lebih besar dan juga dalam bentuk perfilemannya yang lebih besar: ShawScope.
Pada dasarnya pemilihan-pemilihan tersebut telah dipersetujui oleh para artis tadi, "malah sesetengahnya telah bersiap-siap segala kelengkapannya untuk memenuhi pemilihan tadi."
Sesetengah para artis sambilan yang telah dipilih itu seperti Yusof Latiff, Ahmad Nisfu dan Zahrah Agos telah menyambut pemilihan pengarah tadi, disamping bersetuju dengan pembayaran-pembayaran yang telah ditentukan oleh pihak majikannya dengan menyelenggarakan tugas itu diluar negara.
Tetapi kerana soal pembayaran elaun seberang laut belum diputuskan antara pihak majikan dengan artis-artis tadi, maka keberangkatan tadi ditunda hingga bulan Oktober depan kalau soal itu sudah dapat dibereskan.
Pegawai Penerangannya Encik Ja'afar Abdullah bila dihubungi hari Rabu lalu, telah mengesahkan penudaan tadi "kerana beberapa soal kecil belum selesai lagi diuruskan."
Ditanya apakah penundaan itu disebabkan kecaman-kecaman dalam akhbar Berita Harian dua minggu lalu, oleh seorang penulisnya memakai nama 'Bintang Kechil' Encik Ja'afar telah menerangkan, "hal itu takda berkaitan sama sekali."
Tuan Haji Mahadi, salah seorang dari 10 orang artis yang telah dipilih itu, ketika ditanyakan hal itu menerangkan: "Nampaknya soal hendak membuat penggambaran di Hong Kong oleh artis tadi sukar diputuskan kalau tidak ada pertimbangan yang saksama."
Oleh beliau telah diterangkan bahawa artis-artis yang telah dipilij itu akan dibayar oleh pihak majikan sebanyak $30 sehari sebagai elaun seberang lautnya, selain dari bayaran 'kontrek' yang tertentu.
"Ini berbeda dengan elaun seberang laut yang telah diberikan oleh majikan kepada dua orang artis dari Jalan Ampas, Sa'adiah dan S.Kadarisman, ke Tokyo dua minggu lalu.
"Kerana itu pihak artis-artis yang telah dipilih menuntut supaya pembayaran elaun tadi dibuat secara adil dan saksama - sekurang-kurangnya sama bayaran yang telah diberikan kepada dua orang artis ke Tokyo itu."
Oleh beliau telah diterangkan juga bahawa pembayaran elaun yang lebih ini timbulnya dari artis-artis tadi yang telah dibuat secara 'collective'.
Andainya hal itu tak dapat diselesaikan secara 'collective' juga, tambahnya, maka pemergian para artis ke Hong Kong itu "nampaknya menemui jalan buntu dan gelap, mungkin menemui kegagalan."
Beberapa orang artis yang telah dipilih itu ketika ditemui telah menyatakan keberatan untuk memenuhi pemilihan tadi "kiranya pembayaran elaun tadi tak dapat dibereskan lebih dulu."
Mereka berkata: "Sudah sampailah masanya untuk kami memandang berat hal seperti ini. Kami tidak mahu terjadi seperti 'pisang berbuah dua kali' seperti nasib pelakon Ibrahim Pendek ketika dipilih untuk berlakon ke Hollywood beberapa waktu lalu.
"Soalan pembayaran yang lebih kepada artis-artis ke seberang laut sekarang menjadi soal besar kepada kami, meskipun hal itu takda tertulis dalam perjanjian yang telah ditandatangani antara majikan dengan artis-artis itu beberapa waktu lalu.
"Kami mahu supaya tenaga kami dihargai dan dinilai sesuai dengan kebolehan-kebolehan dan bakat-bakat berlakon yang ada pada kami, bila telah dipilih untuk berlakon di luar dari kawasan Malaya."
Sementara itu, Pengarah P.Ramlee sendiri sedang sebuk menyusun sebuah 'script' cerita jenaka yang akan digambarkan di sini sementara menantikan persetujuan antara artis-artis-majikan tercapai dalam soal kunjungan dan penggambaran di Hong Kong itu.
Beberapa orang jawatankuasa PERSAMA pula ketika ditanyakan hal itu telah meramalkan bahawa rancangan hendak membuat filem "Seniwati" di Hong Kong akan menemui kegagalan sukar dilaksanakan sebaik-baiknya.
Mereka menuduh rancangan hendak mengadakan penggambaran filem Melayu di Hong Kong itu "bertujuan hendak memecahbelahkan perpaduan artis di sini."
Tidak pula mereka terangkan lebih lanjut bagaimanakah boleh rancangan itu membawa perpecahan di kalangan artis itu tadi, terutama mereka yang patuh pada kesatuannya.



AHMAD NISFU

SHARIFF DOL

S.SUDARMAJI


SIAPA HERO? P.RAMLEE ATAU
YUSOF LATIFF DALAM "SENIWATI"?
Oleh Zaini Yusop



Pemilihan P.Ramlee terhadap 10 pelakon ke Hong Kong pastinya sudah ada karekter masing-masing. Namun sampai kini kita tidak tahu kerana "Seniwati" yang ditulis ceritanya oleh Run Run Shaw tidak membuahkan hasil,
Erti kata lain, P.Ramlee gagal ke Hong Kong dan "Seniwati" tidak akan wujud buat selama-lamanya sehinggalah sampai hari kiamat. Ketentuan sudah ditentukan.
Tidak dapat dipastikan, samada P.Ramlee atau Yusof Latiff sebagai hero. Yang pasti Sarimah heroinenya. Haji Mahadi, Zahrah Agos dan Kuswadinata pelakon-pelakon pembantu yang dijangka menguatkan lagi kekuatan filem tersebut.
Boleh dikatakan kesemua pelakon yang dipilih itu kesayangan P.Ramlee terutama Sarimah yang diperkenalkannya dalam "Ali Baba Bujang Lapok" kemudian disusuli tiga filem lagi - "Ibu Mertua Ku", "3 Abdul" dan "Madu Tiga".
Mengapa P.Ramlee tidak memilih Sa'adiah, sedangkan beliau juga disayangi P.Ramlee. Menurut Aziz Sattar, P.Ramlee tidak akan mengambil sesiapa berlakon dalam filem arahannya walaupun kawan baiknya, sekiranya karekter tidak bersesuaian.
Sa'adiah membintangi empat filem yang diarahkan P.Ramlee - "Penarek Becha", "Semerah Padi", "Musang Berjanggut" dan
"Antara Dua Darjat".
Sarimah tidak pernah berherokan Yusof Latiff kerana muncul buat pertama kalinya beliau dalam "Ali Baba Bujang Lapok", Yusof Latiff lebih banyak tertumpu lakonannya di Cathay Keris Film.
Begitu pun juga, Yusof Latiff pernah berlakon bersama Sarimah dalam filem keluaran Shahsaree Film (kepunyaan Sarimah) - "Detik 12 Malam" arahan S.Sudarmaji yang turut dibintangi Mustapha Maarof, Mariani, Normala Omar, Kuswadinata dan Yusof Haslam.
Haji Mahadi membintangi tiga filem arahan P.Ramlee "Panca Delima", "Sumpah Orang Minyak" dan "3 Abdul", Kuswadinata tiga juga - "Antara Dua Darjat", "Seniman Bujang Lapok" dan "Ibu Mertua Ku" dan Zahrah Agos cuma satu saja - "Madu Tiga".
Malek Sutan Muda, Ahmad Nisfu dan Shariff Dol sememangnya banyak berlakon dalam filem arahan P.Ramlee seperti "Bujang Lapok", "Pendekar Bujang Lapok", "Musang Berjanggut" dan "Nujum Pa' Blalamg, manakala S.Sudarmaji dipilih Ke Hong Kong sebagai penolong pengarah "Seniwati".



SEKIRANYA P.RAMLEE BERJAYA FILEMKAN "SENIWATI"
LEBIH KURANG BEGINILAH CREDIT TITLENYA...


# Berdasarkan imajinasi kreatif Mustafar A.R.




RUN RUN SHAW

FAKTA

* Selain "Seniwati", Run Run Shaw meminta P.Ramlee menyediakan dua atau tiga skrip filem lagi untuk dilakanakan penggambarannya di Hong Kong. Menurut Aziz Sattar, salah satu antaranya sudah ada dalam kepala P.Ramlee, "Bujang Lapok Di Hong Kong".
* Setelah menyiapkan "3 Abdul", tidak sempat menonton previewnya, pada 16 April 1964 P.Ramlee bersama keluarga termasuk Saloma meninggalkan rumahnya di 28 Cedar Avenue, Singapura menuju Kuala Lumpur untuk bertugas di Studio Merdeka.
* "3 Abdul" mula ditayangkan serentak pada 22 April 1964, 6 hari sekepas P.Ramlee pindah ke Kuala Lumpur, Capitol (Kuala Lumpur), Lido (Kota Bharu) dan Rex (Alor Setar) mulai jam 9.15 malam.
* Filem pertama arahan P.Ramlee di Studio Merdeka, "Si Tora Harimau Jadian", mula ditayangkan (tayangan tengahmalam) serentak di 4 panggung wayang, Rex (Singapura), Capitol (Kuala Lumpur), Capitol (Kuching) dan Rex (Johor Bahru) pada 26 November 1964. Penggambarannya pula bermula sekitar Jun 1964, lebih kurang 4 bulan sesudah beliau berada di Kuala Lumpur.

# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?




Saturday, December 23, 2017


AHMAD NISFU (1902-1972)


Teks: Mustafar A.R. Aidalina Mustafar & Zaini Yusop
Penulis Tamu: Mohd.Danial Abd.Aziz
Foto: Daripada Pelbagai Sumber
Di Edit Di Semak & Di Susun: Zaini Yusop


<< PERHATIAN >>
MENCIPLAK APA SAHAJA ARTIKEL TERDAPAT DALAM
BLOG INI SANGAT DIALU-ALUKAN. NAMUN UNTUK
MENGHORMATI SUSAH PAYAH KAMI MENGHASILKANNYA
DIHARAP PENCIPLAK MENCATATKAN FILEM KLASIK
SEBAGAI SUMBER IANYA DICIPLAK - MUSTAFAR A.R.


AHMAD NISFU

Bersama P.Ramlee, Aziz Sattar dan Kemat Hassan dalam
"Seniman Bujang Lapok."

Bersama P.Ramlee dalam "Ibu Mertua Ku."



AHMAD NESFU

Bersama keluarga yang disayanginya.

BIODATA AHMAD NISFU

Ahmad Nisfu (Nispu/Nesfu/Nespu)
Nama asal: Mohamed Bin Nisfu
Lahir: 1902 (tarikh tepat tidak pasti)
Tempat: Medan, Sumatra, Indonesia
Meninggal dunia: 25 Jun 1972
Tempat: Kampong Kuchai Lorong 3, Singapura
Pusara: Tanah Perkuburan Bidadari & Tanah Perkuburan Choa Chu Kang, Singapura
Isteri: Saadiah Musa (pertama), Chik Osman (kedua)
Anak: Osman Mohamed, Fatimah Mohamed



MEMPERBETULKAN PERSEPSI
SALAH AHMAD NISFU
Oleh Pak Mus

Pada 10 September 2017, Pak Mus menerima emel Mohd.Danial Abd.Aziz.
Begini tulisannya:
Assalamualaikum Wbt.
Pak Mustafar A.R. yang saya hormati.
1. Saya, Mohd.Danial Abd.Aziz dengan rasa rendah hati ingin mempersilakan Pak Mustafar membaca artikel yang saya tulis.
Artikel ini bertajuk “Benarkah Ahmad Nisfu Hidup Sebatang Kara Dalam Kedaifan?” yang telah disiarkan di laman web The Patriots.
2. Tujuan saya menulis artikel ini kerana ingin mengubah persepsi masyarakat terhadap kisah yang pernah tular di internet yang mengatakan Ahmad Nisfu hidup melarat di penghujung hayatnya.
Setelah membuat kajian dan penyelidikan, saya dapati kisah itu fitnah semata-mata.
3. Saya berasa sangat berbesar hati sekiranya Pak Mustafar dapat memberikan sebarang komen, kritikan atau apa saja selepas membacanya nanti.
4. Dengan ini saya sertakan capaian (link) untuk artikel tersebut: (https://www.thepatriots.asia/archives/6535).
Sekian, terima kasih.
Mohd.Danial Abd.Aziz, Kuala Lumpur.
Mulanya Danial meminta Pak Mus komen dan kritik artikelnya itu, namun setelah dibaca ternyata baik sekirannya disiarkan dalam blog Filem Klasik ini. Pak Mus minta izin. Danial ok, tiada masaalah.
Sepatutnya Pak Mus menyiarkannya lebih awal, tapi kerana faktor kesihatan, ramai sudah tahu, terpaksa dikivkan dulu. Kini ada sikit pemulihan, dapatlah Pak Mus mengeposkannya untuk kita sama-sama memperolehi ilmu pengetahuan.
Kalau tidak silap Pak Mus, ini kali kedua fakta serupa diselewengkan. Dulu dikatakan P.Ramlee dihujung hayatnya, sama macam Ahmad Nisfu, hidup melarat dalam kedaifan.
Tapi setelah sekian lama, barulah ada fakta yang tepat dikeluarkan. Ahmad Nawab telah menyingkirkan persepsi tentang melarat dan kedaifan hidup P.Ramlee itu. Katanya: "P.Ramlee tidak pernah miskin dan daif". Jelas dan konkrit. Kliks Di Sini.
Apabila google dilakukan, artikel fitnah Ahmad Nisfu telah Pak Mus temui. Kliks Di Sini.
Oleh yang demikian, disarankan anda semua baca dulu artikel fitnah dan tidak betul mengenai Ahmad Nisfu itu kemudian barulah baca huraian Danial bagi mengetahui kedudukan yang sebenar.




Tawaran istimewa bermula dari 12/4/2017 hingga 12/4/2018.

Kini, diterbitkan sebulan sekali tidak dua minggu sekali.

Dalam proses penyelenggaraan.

Dalam proses penyelenggaraan.


12+1 LAGU TERBAIK RAFEAH BUANG

# ULASAN & KRITIKAN___
* LEILA MAJNUN * MUTIARA * SERUAN MERDEKA
* SINGAPURA DI WAKTU MALAM
* CHEMPAKA * DEWI MURNI * PELANGI * CHEMBURU
* BULOH PERINDU * IMAN * PANGGILAN PULAU * PONTIANAK
* SUMPAH ORANG MINYAK * SELENDANG DELIMA * HANG JEBAT
* LANCHANG KUNING * SELENDANG MERAH
* BAYANGAN DI WAKTU FAJAR * JAMBATAN MAUT
* LAIN JALAN KA-SHORGA
* GELORA * PERMINTAAN TERAKHIR * CINTA DAN LAGU
* WUTHERING HEIGHTS * CREATURE FROM THE BLACK LAGOON
* SHANE * LOVE IS A MANY-SPLENDORED THING
* BATTLE HYMN * THE BRAVADOS * RASHOMON * CINTA PERTAMA

# 5 ARTIKEL POPULAR___
(SETAKAT 23 Disember 2017)
* SEKSI SELEBRITI MALAYSIA 198,081
* PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI 193,020
* SEKSI SELEBRITI INDONESIA 190,860
* SELAMAT PENGANTIN BARU 71,853
* FILEM BOLLYWOOD TERHEBAT 30,761



5 FILEM TERBAIK AHMAD NISFU PILIHAN PAK MUS
Oleh Pak Mus

Ahmad Nisfu membintangi banyak filem di Malay Film Productions (MFP) dan Cathay Keris Film (CKF) dengan melakonkan berbagai-bagai karekter. Namun di antara filem-filem tersebut hanya 5 saja yang Pak Mus anggap terbaik, dan yang menariknya semua diarahkan P.Ramlee.
Ini jelas, P.Ramlee dapat memberi karekter yang tepat kepada Ahmad Nisfu sehinggakan beliau berjaya membawanya dengan baik dan berkesan sampai ke masa ini. Sebagai Sultan Alam Shahbana dalam ""Musang" Berjanggut" dan Sadiq Segaraga dalam "3 Abdul" yang dilakonkannya tetap menghiburkan dan masih boleh mengtertawakan penonton-penonton (termasuk Pak Mus) walaupun menontonnya berulang-ulang kali.
Justeru itu, boleh dikatakan banyak filem arahan P.Ramlee di studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu turut berperanan. Kalau tidak ada yang sesuai diberikannya peranan kecil (comeo) seperti Direktor Ahmad Nisfu dalam "Seniman Bujang Lapok" yang tetap melucukan.
5 filem ini pilihan Pak Mus, yang Pak Mus suka. Jika ada pilihan yang anda suka, catatkan di ruangan komen supaya kita sama-sama
dapat menilaikannya.
* 3 Abdul - Sadiq Segaraga
* "Musang" Berjanggut - Sultan Alam Shahbana
* Nujum Pa' Blalang - Sultan Beringin Rendang
* Pendekar Bujang Lapok - Tauke Sampan
* Antara Dua Darjat - Tengku Karim




No. 1 (Sumber: wan sofian hassan)



No. 2 (Sumber: jody consiglio)



No.3 (Sumber: Akses Movie HD)



No. 4 (Sumber: Akses Movie HD)



No.5 (Sumber: Kolya Kunikova)



VERSI SATU___

Pillbox (kubu perang peninggalan Jepun) tempat Ahmad Nisfu dikatakan mengakhiri riwayat hidupnya. Munasabahkah?

Berita yang tersiar pada 26 Jun 1972 (Berita Harian) ini menjadi bukti konkrit bahawa Ahmad Nisfu meninggal dunia dalam keadaan baik serta dikelilingi oleh ahli keluarganya.

AHMAD NISFU HIDUP SEBATANG KARA DALAM KEDAIFAN
Oleh Ayie Putera Gahara (Platinum Media-1/2013)

Ahmad Nisfu antara seniman studio Jalan Ampas yang cukup kita kenali sedari kecil lagi kerana beliau banyak membintangi filem P.Ramlee, tetapi bagi Ayie sebab paling utama kenapa orang mengingati beliau kerana watak-watak lakonannya yang sangat berkesan, dengan dialog yang cukup bersahaja dan mengelikan hati.
“Walaupun rupamu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tetap enjadi pojaan hati ku.”
Petikan dialog Ajis lakonan Aziz Sattar cukup 'melekat' dalam kepala kita melalui filem "Seniman Bujang Lapok", ucapan yang ditujukan kepada Tuan Director lakonan Ahmad Nisfu benar-benar buat kita ketawa terbahak-bahak.
Seniman Ahmad Nisfu Meninggal Dalam Serba Kedaifan Dan
Sebatang Kara
Mengikut Norizan, bekas isteri P.Ramlee (dalam satu rancangan tv), Ahmad Nisfu merupakan antara teman rapat kepada P.Ramlee. Buktinya cukup nyata apabila sewaktu kemeriahan studio Jalan Ampas dahulu, setiap filem arahan P.Ramlee, Ahmad Nisfu boleh dikatakan kerap terlibat sama dan memegang watak agak besar. Gelaran Paq Besaq (Pak Besar) juga telah diberikan kepada Ahmad Nisfu oleh P.Ramlee kerana lubang hidung Ahmad Nisfu yang besar.
Pelakon yang berasal dari Tanjong Takong, Pulau Pinang ini pada awalnya ialah seorang pelakon bangsawan dan telah dilamar oleh Shaw Brothers untuk terlibat sama dalam produksi sebagai pelakon filem. Dari situlah bermulanya kerjaya Ahmad Nisfu
sebagai pelakon filem.
Walaupun hanya memegang watak pembantu, Ahmad Nisfu seorang yang sentiasa bersyukur walaupun upah yang diterimanya adalah terlalu kecil. Hakikatnya, wang gaji yang diperolehi digunakan untuk menyara dirinya seorang kerana Ahmad Nisfu hidup sebatang kara, tiada isteri, saudara mara atau keluarga ketika di Singapura.
Aktiviti sosial Ahmad Nisfu hanyalah dengan beramal ibadat di masjid di kawasan tempat tinggal beliau dan juga di sekitar studio Jalan Ampas. Ahmad Nisfu seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Beliau juga merupakan seorang bilal masjid di tempat beliau menetap dahulu.
Sehinggalah penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah mendedikasikan titik peluhnya dalam dunia lakonan filem-filem Melayu. Namun selepas penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu mula hilang punca mata pencarian hidup. Filem "Puaka" antara filem-filem terakhir lakonan beliau.
Disebabkan tiada lagi punca rezeki tambahan pula usia yang sudah tua, Ahmad Nisfu hidup dengan bantuan ehsan dari orang ramai. Kerana tiada pendapatan juga, Ahmad Nisfu memilih untuk tinggal di kubu perang atau pillbox di Jalan Labu. Di situ jugalah tempat beliau menghembuskan nafas terakhirnya di dalam keadaan yang sungguh daif keseorangan tanpa saudara mara mahupun ahli keluarga.
Setelah tidak bermain wayang lagi, Ahmad Nisfu sering berada dikedai kopi dipersimpangan Joo Chiat, Geylang Road dan Changi Road. Di kedai kopi itu juga dulunya tempat pelakon tambahan, Shaw dan Cathay berkumpul. Dari situlah mereka diambil menjadi ‘pak pacak’ degan gaji 5.00 ringgit sehari.
Selain meluangkan masa disitu, beliau juga sering ke seberang jalan untuk menikmati ‘sup kambing’ kegemarannya. Kedai sup itu terletak di lorong masuk ke restoran Osman Ghani yang terkenal di Geylang Serai dengan kari ikan dan dalca rusuk kambing.
Ahmad Nisfu juga pernah menjadi imam di Masjid Onan Road (sudah tiada lagi). Mungkin kerana keuzuran beliau tak lama menjadi imam disitu. Kerana usia tua, dia hidup berteduh dikubu perang di Jalan Labu tidak jauh dari Masjid Aminah di Jalan Nanas off
Geylang Serai.
Lama dia tinggal bersendirian disitu menerima ehsan orang kampung di sekeliling. Tidak lama kemudian beliau meninggal dunia, setelah beberapa lama hidup sebatang kara dalam kedaifan.

# Artikel original, tidak banyak edit dilakukan.



VERSI DUA___


Ahmad Nisfu membawa karekter jahat tetapi secara lawak dan mencuit hati yang diperlihatkannya dalam "Pendekar Bujang Lapok."

BENARKAH AHMAD NISFU HIDUP SEBATANG KARA DALAM KEDAIFAN?
Mohd.Danial Abd.Aziz (7/9/2017)



Siapa yang tidak kenal dengan Ahmad Nisfu? Beliau adalah antara pelakon filem Melayu klasik era 1950-an hingga awal 1970-an yang sangat popular di kalangan masyarakat Melayu khususnya. Populariti Ahmad Nisfu masih kekal hingga ke hari ini malah tidak mustahil nama beliau akan terus dikenang sampai bila-bila.
Namun begitu, terdapat berita yang kurang enak tentang pengakhiran hidup seniman Ahmad Nisfu. Kononnya beliau dikatakan hidup sebatang kara dalam kedaifan di sebuah kubu peninggalan tentera Jepun dan meninggal dunia tanpa saudara mara serta anak dan isteri. Kisah itu pernah tular di media sosial sekitar dua atau tiga tahun yang lalu.
Yang menjadi persoalannya, sejauh manakah kebenaran cerita itu? Benarkah kisah hidupnya begitu teruk sekali sehingga terpaksa menumpang tinggal di kubu peninggalan tentera Jepun? Benarkah Ahmad Nisfu langsung tiada saudara mara serta ahli keluarga? Jika benar, dari manakah sumber yang penulis cerita itu dapat sehingga beliau dapat membongkar kisah yang amat sedih itu?
Saya, Mohd.Danial Abd. Aziz mewakili Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik merasa terpanggil untuk menulis artikel ini sejak sekian lama untuk membidas segala kepalsuan kisah Ahmad Nisfu yang tersebar luas di internet.
Kehidupan Awal Di Pentas Bangsawan
Ramai yang tidak mengetahui bahawa Ahmad Nisfu sebenarnya dilahirkan di Medan pada tahun 1902 dengan nama Mohamed bin Nisfu. Ahmad Nisfu merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Beliau kemudiannya berpindah bersama-sama keluarganya ke Pulau Pinang ketika masih kecil. Ahmad Nisfu menetap dan membesar di Kampung Makam, Tanjung Tokong, George Town, Pulau Pinang.
Ahmad Nisfu terdedah dengan dunia pentas bangsawan sejak kecil lagi. Bapanya merupakan tokoh utama dalam Wayang Kassim, sebuah syarikat wayang bangsawan di Pulau Pinang. Semasa di Pulau Pinang, Ahmad Nisfu mendapat pendidikan agama di madrasah. Beliau hanya boleh membaca dan menulis dalam tulisan Jawi.
Semasa di Pulau Pinang, Ahmad Nisfu mula berlakon bersama Grand Opera pada tahun 1912. Mereka sering mengadakan persembahan di utara semenanjung Tanah Melayu. Dari situlah Ahmad Nisfu mengasah bakat lakonannya sedikit demi sedikit. Beliau kemudiannya menyertai Star Opera yang beroperasi di Perak bersama-sama bapanya.
Ketika berusia 18 tahun, beliau telah berhijrah ke Singapura pada tahun 1920 dengan mengikuti kumpulan Indera Bangsawan yang dimiliki oleh Siti Hawa yang sangat terkenal dengan panggilan Seri Panggung Mak Lebai. Semasa berada di Singapura, Ahmad Nisfu bertambah aktif dalam dunia lakonan di pentas-pentas bangsawan sehingga namanya menjulang naik.
Menurut satu temubual, Ahmad Nisfu menerangkan bahawa persembahan kumpulan Indera Bangsawan lebih cenderung kepada kisah-kisah Hikayat 1001 Malam dan corak persembahan Wayang Parsi yang dipengaruhi unsur-unsur Hindi.
Ketika bersama Indera Bangsawan, Ahmad Nisfu hanya menerima gaji sebanyak 25 sen untuk satu malam. Setelah tiga tahun bersama kumpulan itu, beliau kemudiannya berpindah pula ke Malay Grand Opera dengan mendapat gaji sebanyak 45.00 ringgit sebulan sebagai permulaan. Oleh kerana beliau mempunyai bakat serba boleh iaitu berlakon, menyanyi dan berlawak, gajinya dinaikkan sedikit kepada $66.00 ringgit sebulan.
Pada tahun 1932, Ahmad Nisfu menyertai Noran Opera yang dimiliki oleh Abdul Rahman Bin Mat. Kumpulan ini banyak mendapat undangan daripada keluarga Di-Raja Perak. Bersama-sama kumpulan ini jugalah Ahmad Nisfu telah banyak menjelajah ke seluruh Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Indonesia sehingga
ke tahun 1950-an.
Ketika itu nama Ahmad Nisfu sangat besar di dalam pentas bangsawan sebaris dengan tokoh-tokoh lain seperti Shariff Medan, Yem, Khairuddin, Udo Omar, Malek Sutan Muda, Puteh Lawak, Mak Dara, Habsah dan Siti Tanjong Perak.
Dari Pentas Bangsawan Ke Layar Perak
Pada tahun 1950-an, ramai tokoh-tokoh bangsawan telah beralih angin untuk menceburkan diri dalam dunia perfileman termasuklah Ahmad Nisfu. Filem pertama yang dilakonkan oleh Ahmad Nisfu ialah "Anak Pontianak" (1958) arahan Ramon A. Estella, diikuti dengan filem "Gergasi" (1958) yang diarahkan oleh Dhiresh Gosh. Filem ini telah diterbitkan oleh Malay Film Productions (MFP) yang dimiliki oleh Shaw Brothers.
Nama Ahmad Nisfu semakin menjulang naik apabila P. Ramlee mengambilnya berlakon di dalam Pendekar Bujang Lapok pada tahun 1959. Beliau berjaya menghidupkan watak tauke sampan dan kepala samseng di dalam filem itu walaupun ia bercorak komedi. Hal ini tidak menjadi masalah kepada Ahmad Nisfu kerana pengalamannya berlawak semasa di pentas bangsawan dahulu sangat luas.
Beliau sering diberi watak yang penting di dalam filem-filem arahan P.Ramlee di MFP. Lakonan Ahmad Nisfu dalam filem-filem dibawah arahan P. Ramlee sering meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton, hingga ke hari ini.
Filem-filem yang dilakonkan oleh Ahmad Nisfu di bawah arahan P.Ramlee ialah Musang Berjanggut (1959), Nujum Pa' Blalang (1959), Antara Dua Darjat (1960), Seniman Bujang Lapok (1961), Ibu Mertua Ku (1962), Nasib Si Labu Labi (1963), Madu Tiga (1964) dan
3 Abdul (1964).
Beliau banyak melakonkan watak-watak komedi dan sesekali membawa watak berat sepanjang penglibatannya di dalam
dunia perfileman.
Dalam satu kenyataan, P. Ramlee pernah mengatakan bahawa pelakon-pelakon yang dikaguminya ialah bintang Hollywood Stewart Granger, Marlon Brando, dan seniman tanahair iaitu Ahmad Nisfu. P.Ramlee sering memanggil Ahmad Nisfu dengan gelaran 'Pak Besar' kerana lubang hidung beliau sangat besar! Hubungan mereka juga boleh dikatakan erat seperti bapa dan anak.
P. Ramlee sangat menghormati ketokohan Ahmad Nisfu. Ini dapat dilihat sekiranya kita menonton filem-filem arahan P.Ramlee, Ahmad Nisfu sering diberi watak-watak terhormat seperti sultan, bapa mertua, pengarah filem, hakim dan sebagainya.
Penulis cerita filem Ibu Mertua Ku (1962) yang sebenarnya ialah Ahmad Nisfu dan jalan cerita dan bahasanya oleh P.Ramlee. Fakta ini tercatat pada credit title filem tersebut. Gandingan antara Ahmad Nesfu-P.Ramlee ini menghasilkan salah satu filem yang sentiasa dikenang sepanjang zaman dalam sejarah
perfileman Melayu.
Filem Ibu Mertua Ku juga telah memenangi Anugerah Fotografi Hitam & Putih Terbaik dan P.Ramlee menerima Anugerah Bakat Serba Boleh (Most Versatile Talent) Festival Filem Asia Pasifik ke-10 pada tahun 1963 di Tokyo, Jepun. Filem ini juga menerima Anugerah Khas (Special Mention) Festival Filem Antarabangsa 1965 di Paris, Perancis.
Filem-filem lain yang dilakonkan oleh Ahmad Nisfu di MFP ialah Doctor (1958), Saudagar Minyak Urat (1959), Siti Muslihat (1962), Gerhana (1962), Korban (1963), Pileh Menantu (1963), Siapa Besar! (1964), Pusaka Pontianak (1965), Sayang Si Buta (1965), Dayang Senandong (1965), Sri Andalas (1966), Lampong Karam (1967) dan
A Go Go 67 (1967).
Satu yang menarik mengenai Ahmad Nisfu, beliau tidak terikat dengan mana-mana studio. Beliau lebih selesa menjadi pelakon bebas. Oleh sebab itu kita dapat melihat beliau juga turut berlakon di dalam filem-filem yang diterbitkan oleh Cathay-Keris Film (CKF) seperti Dang Anom (1962), Tun Fatimah (1962), Jula Juli Bintang Tujoh (1962), Laila Majnun (1962), Lanchang Kuning (1962),
Darah-Ku (1963).
Bayangan Di-Waktu Fajar (1963), Bunga Tanjong (1963), Tajul Ashikin (1963), Pontianak Kembali (1963), Ayer Mata Duyong (1964), Wan Perkasa (1964), Istana Berdarah (1964), Dua Kali Lima (1966), Playboy (1967), Mat Raja Kapor (1967), Si-Murai (1968), Nafsu Belia (1969), Puaka (1970), Lobang Nuraka (1970), Mat Karung Guni (1970) dan yang terakhir Jahanam (1971).
Mencungkil Kebenaran
Pada tahun 2014, kisah sebenar Ahmad Nisfu telah dibongkar oleh seorang wartawan dari Berita Harian Singapura iaitu Nurmaya Alias. Beliau dapat mencari serta menemubual waris Ahmad Nisfu dan warisnya membidas semua kenyataan palsu yang mengatakan bahawa Ahmad Nisfu hidup sebatang kara di penghujung hayatnya.
Menurut anak kandungnya iaitu Osman Mohamed, Ahmad Nisfu meninggal dunia pada 25 Jun 1972 sekitar jam 9 pagi akibat penyakit kencing berdarah di rumah anak lelakinya di Kampung Kuchai, Lorong 3, Geylang. Beliau meninggalkan seorang balu yang bernama Chik binti Osman, tiga orang anak dan 14 orang cucu. Menurut anaknya lagi, Ahmad Nisfu dikelilingi ahli keluarganya semasa meninggal dunia. Ramai rakan-rakan seniman dan seniwati dari studio MFP dan CKF melawat jenazahnya untuk memberi penghormatan terakhir.
Ahmad Nisfu yang pernah menjadi seorang bilal di Masjid Khalid, Joo Chiat Road itu disemadikan di Tanah Perkuburan Bidadari. Pusara beliau kemudiannya telah dipindahkan ke Tanah Perkuburan Chua Chu Kang oleh kerajaan Singapura.
Di luar bidang lakonan, Ahmad Nisfu pernah menjadi seorang bilal di Masjid Khalid, Joo Chiat Road, Singapura. Selain itu, beliau juga pernah menjadi bilal di Masjid Onan Road. Beliau seringkali memberi tazkirah serta nasihat agama kepada orang awam di masjid. Beliau juga sering membaca al-Quran di masjid ketika tiada penggambaran filem. Jikalau beliau dikehendaki untuk menjalani penggambaran filem, sebuah kereta akan datang menjemputnya di rumah.
Pada awal tahun 1970-an, Ahmad Nisfu berhajat untuk menulis riwayat hidupnya serta pengalaman beliau sepanjang melibatkan diri di dalam seni lakonan bermula daripada pentas bangsawan sehinggalah ke layar perak. Menurutnya, adalah penting bagi seseorang yang terlibat dalam dunia seni itu menulis segala pengalaman serta pahit getir semasa bergelar seniman untuk tatapan keluarga dan para peminat.
Malangnya, hajat beliau untuk menulis dan membukukan riwayat hidupnya itu tidak kesampaian kerana ajal telah menjemputnya terlebih dahulu. Segala pengalaman, pahit getir serta kenangan manis semasa hidupnya dibawa bersama ke alam berzakh.

SUMBER___
* Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik * Ahmad Fauzee Samad * Ahmad Idris (ABI) * Bahyah Mahmood (BAM) * Sulaiman Jeem * A.Rani Mustaffa * Mustafar A.R. * Berita Harian, Singapura * Blog Wadah Seniku kelolaan Ukhti Aminah * Daftar Filem Melayu (1933-1993) oleh Jamil Sulong, Hamzah Hussin dan Abdul Malik Mokhtar (FINAS, 1993) * Filem-Filem P.Ramlee oleh Mustafar A.R. dan Aziz Sattar (MZA Terbit, 2008) * P.Ramlee Erti Yang Sakti oleh Ahmad Sarji (MPH Publishing, 2011) * Filem Melayu Citra Budaya dan Rakaman Sejarah oleh Jins Shamsudin (Penerbit UUM, 2014)

# Artikel original, tidak banyak edit dilakukan.




3 ABDUL: Mariani, S.Kadarisman, Haji Mahadi dan Dayang Sofia.

ANTARA DUA DARJAT: Nordin Arshad, Sa'adiah dan Kemat Hassan.

"MUSANG" BERJANGGUT: Sa'adiah dan P.Ramlee

DANG ANOM (Sumber: filem klasik)

BUNGA TANJONG (Sumber: njendra 01)

GERGASI (Sumber: Lima Jiwas)

A.BAKAR ALI & RENDRA KARNO

SERAHKAN APA JUGA KAREKTER
AHMAD NISFU CUBA BAWA SEBAIK MUNGKIN
Oleh Zaini Yusop



Banyak juga filem Ahmad Nifsu. Peranannya bukan sekadar komedi lucu tetapi juga serius jahat Ini dapat ditonton (sebagai contoh) dalam "3 Abdul" dan "Antara Dua Darjat".
Hanya berlakon di Malay Film Productions (MFP) dan Cathay Keris Film (CKF), tidak pernah di Merdeka Studio, Kuala Lumpur, Ahmad Nifsu mula meletup namanya apabila P.Ramlee menyerahkan peranan Tauke Sampan dalam "Pendekar Bujang Lapok", berkareker jahat lucu.
Ahmad Nisfu pernah berkata: "Serahkan apa juga karekter saya akan cuba membawanya sebaik mungkin".
Ahmad Nisfu memulakan karier filemnya pada 1958 melalui "Anak Pontianak" arahan Ramon A.Estella, filem kedua arahannya di MFP selepas "Kembali Saorang". Kemudian disusuli "GergasI" (dianggap ciplakan "Frankenstein") yang diarahkan oleh Dhiresh Ghosh, dua karekternya itu sebagai doktor.
Ramon A.Estella sukakan lakonan Ahmad Nifsu, selepas "Anak Pontianak" diambilnya berlakon dalam "Saudagar Minyak Urat", "Pusaka Pontianak" (MFP), "Bunga Tanjong" dan "Darah-Ku" (Maria Menado Productions, CKF).
Boleh dikatakan semua filem arahan P.Ramlee di MFP Ahmad Nisfu turut serta. Selain "Pendekar Bujang Lapok";
* "Musang" Berjanggut
* Nujum Pa' Blalang
* Antara Dua Darjat
* Seniman Bujang Lapok
* Ibu Mertua Ku
* Nasib Si Labu Labi
* Madu Tiga
* 3 Abdul
Hanya 2 tidak ada;
* Ali Baba Bujang Lapok
* Labu Dan Labi
Lain-lain filem antaranya;
* Gerhana (1962)
* Siti Muslihat (1962)
* Pileh Menantu (1963)
* Sayang Si Buta (1965)
* Dayang Senandong (1965)
* Sri Andalas (1966)
* Dua Kali Lima (1966)
* Lampong Karam (1967)
* A Go Go 67 (1967)
* Dang Anom (1962)
* Laila Majnun (1962)
* Tun Fatimah (1962)
* Jula Juli Bintang Tujoh (1962)
* Tajul Ashikin (1963)
* Ayer Mata Duyong (1964)
* Playboy (1967)
* Mat Raja Kapor (1967)
* Si-Murai (1968)
* Puaka (1970)
* Lobang Nuraka (1970)
Filem terakhir Ahmad Nisfu, "Jahanam" (1971), arahan M.Amin, turut dibintangi Noordin Ahmad, Sa'adiah, Shariff Medan dan Aziz Singga (Singgah).
Terdapat 6 filem melibatkan Ahmad Nisfu menang anugerah
di Festival Filem Asia Pasifik (asalnya Festival Filem Asia).
* Pendekar Bujang Lapok
* Dang Anom
* Ibu Mertua Ku
* Bayangan DiWaktu Fajar
* Gerhana
* Madu Tiga
Kejayaan paling besar apabila "Ibu Mertua Ku" menang 2 anugerah
di FFAP-10 (Tokyo, 1963);
* Most Versatile Talent (Bakat Serbaboleh)
* Sinematografi Terbaik (Black & White) - A.Bakar Ali.
Dalam filem tersebut, disamping berlakon Ahmad Nisfu bertindak sebagai penulis cerita.
Di festival filem yang sama, satu lagi filem lakonan Ahmad Nisfu menang anugerah, "Bayangan DiWaktu Fajar". Rendra Karno menang anugerah Seniman Pembantu Terbaik.
"Ibu Mertua Ku" juga menerima anugerah khas (Special Mention) di Festival Filem Antarabangsa Paris, Perancis pada 1965.
Di FFAP-6 (Kuala Lumpur, 1959), "Pendekar Bujang Lapok" menang anugerah Filem Komedi Terbaik, dan di FFAP (Seoul, 1962) "Dang Anom" arahan Hussain Haniff menang anugerah Cerita Dongeng Rakyat Terbaik.
Di FFAP-11 (Taipei, 1964) "Madu Tiga" menang anugerah Filem Komedi Terbaik. Ahmad Nisfu berperanan sebagai bapak mertua P.Ramlee (Jamil), Haji Latiff, dan "Gerhana" menang anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik untuk Bat Latiff.

# Update akan dilakukan dari masa ke masa.



ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI


FILEM KLASIK MALAYSIA
berapa banyakkah yang masih ada?


SIPUT SERAWAK
begitu kecewa gagal jadi pengarah filem

A.R. TOMPEL
lawaknya mencuit dan menggelikan hati

R. AZMI
berada dalam kamar sepi dalam kesepian

AHMAD MAHMOOD
ahmad mahmood bintang di langit seni

LATIFAH OMAR
ikon era gemilang filem melayu


SALMAH AHMAD
kejelitaannya terletak didagu, ya tak?